Pages

19 Januari 2007

Wajah kesayangan hamba




Saya cuma tersenyum bila melihat pelakon kacak ni.....minat banyak tak adalah, tapi terminat dengan negara KOREA ....cantik pembikinan drama "winter sonata" yang menyentuh hati...pemandangannya...dan segala tentang winter sonata. Mereka berjaya menjual nama winter sonata...jangan tak tahu, berbelas kali dah tengok cerita ni..
menulis dengan "lukisan jiwa" nampaknya perlukan banyak lagi idea...???? penulisan dakwah..menyentap naluri saya....

16 Januari 2007

Kerana

Kerana saya anak mak
Maka saya tabah sebegini
Kerana sebutir kenangan itu menjadi azimat diri

Kerana saya anak mak
Maka saya bersederhana begini..
Kerana mata ini sebati dengan jiwa mak….
Bukankah mencabar kehidupan ini
Menarik sekali

Kerana saya anak mak
Maka saya tidak pernah mengenali kekayaan dunia
Apa yang saya tahu
Bersyukur dengan pemberian Ilahi

Kerana saya anak mak
Air mata ini peneman sepi
Seringkali tewas kepada kesedihan diri
Tetapi hati tetap sabar diuji
Kerana saya anak mak……

URAT

Kalau boleh nak je suruh perempuan2 yang cantik2 dan indah betisnya ditutupkan agar menjadi urat-urat yang indah di pandang dan sejuk untuk diratah.. tapi, mungkin kerana kemodenan dunia ini,mereka rasa urat itu harus didedahkan untuk tontotan dan mereka akan rasa ia sesuatu yang baru dan seharusnya wajib untuk urat itu menjadi tontotan. Mereka mungkin rasa, dengan berskirt akan menampakkan mereka di alam dunia yang canggih dan maju. eh...aku ni tak maju ker? aku kuno ker?hmmm urat ni, memang dah nak terjaga dan dah terbiasa.Mungkin mereka macam aku juga..dah terbiasa membuka urat dan seiring dengan barat...ehh..ibu bapa mereka tak kisah ker?........ Dalam rentak untuk mencari sekelumit kebenaran sebenarnya ia amat payah dan susah sekali.Untuk menyatakan kebenaran agaknya memerlukan masa atau kuasa untuk mengibarkan bendera islam..? jarang sekali kita melihat diskusi urat ni..orang dah jemu dan agaknya kerana mereka rasa perempuan2 di dunia ini atau di malaysia ini memang dah arif bak urat2 ni. ..atau buat2 tak tahu saja...mungkin menantikan hidayah datang dan menantikan seseorang untuk menyatakan kebenaran kepada mereka?

12 Januari 2007

Perjuangan Diri

Dalam hijab
Terkumpul kekuatan diri
Kelemahan diri
Yang mana harus diperbaiki

Semoga menjadi iktibar
Dari pengalaman dan keanehan diri
Kejituan semangat diri
Diterokai
Semangat
Pada mu Ilahi…ku pohon sebuah ketenangan diri
Membuka diri agar terus tenang mencipta
Kejayaan dunia juga akhirat nanti

Kesedihan ini menjadi penawar hati
Pada hakikat SEBUAH PERJUANGAN DIRI

11 Januari 2007

Mengenali diri

:: Ma'rifat adalah Modalku, :: Akal fikiran adalah Sumber agamaku, :: Cinta adalah dasar hidupku, :: Rindu.. kenderaanku, :: Zikrullah adalah kawan dekatku, :: Keteguhan..... perbendaharaanku, :: Duka adalah kawanku, :: Ilmu adalah senjataku, :: Ketabahan adalah pakaianku, :: Kerelaan... sasaranku, :: Faqr (kesederhanaan) adalah kebanggaanku, :: Menahan diri adalah pekerjaanku, :: Keyakinan.... makananku, :: Kejujuran... perantaraanku, :: Ketaatan adalah ukuranku, :: Berjihad... perangaiku.. :: ... dan Hiburanku adalah dalam sembah sujud (sholat). "belajar mencintai seseorang adalah sesuatu yang paling sukar dilupakan, dan ia akan membuatkan dunia cinta seolah berada dalam raja hati...""S@l@m K@siH S@y@ng"