Pages

28 September 2011

Ude...

Copy of SDC12457

Bila Tuhan menguji lantas kita menjadi akrab! Pantas kita anyam buih-buih tali persaudaraan dengan darah yang mengalir tenang.Tuhan, izinkan kembali masa lalu itu kami kutip untuk mendaki ukhwah dan kasih sayang hanya keranaMu. Mudahkan hati kami, tenangkan hati-hati kami, Ya Allah



Sambil jemari saya melayang di atas papan kekunci, hati entah terbang ke mana. Sudah berhari-hari, tanpa ada perasaan dan termenung sahaja. Diikutkan hati, saya mahu duduk bersama adik tersayang di hospital.

Ude
Rabu 21/09/2011.

Mak telefon. Ude masuk Hospital Besar Melaka. Saya pandang kalendar. Jumaatkah saya harus pulang. Akhirnya selepas bermesyuarah dengan suami, saya akan bercuti pada hari Jumaat dengan suami menghantar saya ke Melaka pada Khamis malam berkenaan. Saya mohon izin kawan-kawan untuk bercuti pada hari Jumaat dan Isnin. Suami pula membuat kejutan mengambil cuti pada hari Jumaat.

Ude haid tak berhenti bermula hari jadi saya iaitu 04 Julai 2011. bermakna sudah 3 bulan lebih pendarahan tanpa dia maklumkan kepada kami secara serius. Bila mak asyik memikirkan masalah ude kerana pendarahan sudah keluar dengan banyak, (hari raya – darahnya sudah mula keluar ketul-ketul yang besar). Mak ambil keputusan mengambil ude di Sekolah Teknik Bukit Piatu, Melaka dan dirujuk di Hospital. Doc terus tahan ude.

23/09/2011
Selepas berjumpa dengan Ude 23/09/2011 – dia nampak sihat. Ya. Sihat sangat-sangat. Boleh makan dan berbual seperti biasa. Tapi berat ude turun sebanyak 5 kilo. Ya, ude memang agak ‘chubby’ orangnya. Dia memang dalam proses menurunkan berat badannya. Bila turun berat terus kepada 5 kg, doc terus terkejut!

Katanya lagi, darah keluar masih tak henti-henti. Berketul-ketul pula! Pihak hospital sudah membuat scan dan memang wujud ketumbuhan yang tak dapat dikenalpasti – antara cyst dan fibroid. Ia pun bukan. Kata mereka mass?! Ketulan di belakang rahim ude memang disahkan oleh doktor. Tapi peliknya adalah kerana tekanan darah ude normal seperti biasa. Ubat yang diberikan dari 2 biji ditambah kepada 4 biji. Juga dimaklumkan ubat hormon yang saya tak pasti namanya.

Sehinggalah doktor memaklumkan pada ude untuk memberi suntikan kerana pendarahannya masih tak berhenti.


24/09/2011
Ayah ambil buah delima, selepas saya suruh ayah carikan. Ikhtiar dan usaha perlu ada. Kemudian air yassin turut saya bacakan. Sebotol dari Kuala Lumpur dan sebotol lagi saya buatkan di Melaka. Kemudian ayat-ayat al-Quran saya search di tab saya untuk diberikan kepada ude. Madu dan surah An-Nahl ayat 69 yang saya perolehi dari rancangan Tanyalah Ustaz turut saya bacakan di madu. Air susu kambing turut saya belikan untuk ude. Semuanya saya bawakan untuk ude, sebab saya nak ude sihat. Saya nak ude kembali bersekolah seperti biasa.

Mari saya cerita sedikit mengenai scan yang telah dibuat oleh pihak hospital. Scan yang dibuat oleh pihak hospital tak boleh diberikan kepada saya untuk dilihat? Mengapa ya? Sulit? Ohhhh…saat itu juga saya amat tertekan.

“Awak doktor ya?” soal seorang doktor muda berkenaan kepada saya ketika saya meminta izin untuk melihat ketumbuhan yang sudah discan. Jadinya, memek muka saya, keadaan postur tubuh saya memang agaknya boleh berlakon sebagai doktor! Saya tersenyum dan cuba berbicara secara baik. Fizikalnya, saya sedar saya juga ada ketumbuhan fibroid dan saya pernah mengalami pendarahan beberapa minggu dan saya pernah makan ubat yang diberikan oleh doktor yang merawat saya. Dan saya tahu perasaan ude bila dia melihat darah keluar dari rahimnya. Dan persoalan saya sekarang ini adalah kenapa haidnya masih tak dicuba untuk diberhentikan? Mengapa masih menggunakan ubat yang sama dan hanya menambah dos sahaja? Atau mungkinkan kondisi ude berlainan dari wanita lain yang pernah mengalaminya?

Mahu sahaja saya memindahkan ude ke Hukm tetapi selepas mendapat nasihat beberapa orang doktor yang saya telefon meminta pandangan, saya akur. Ayah juga tak izinkan. Saya tahu dan maklum ayah dan mak mahu ude dekat dengan mereka. Fared berusaha juga mahu pindahkan ude ke HUKM. Kadang-kadang tinggi suara pula sebab kami dalam keadaan tekanan. Ayah lagi pula, suruh Fared bertenang dan minta saya calm downkan dia. Saya telefon sana sini minta pandangan. CT Scan pula Jumaat ini. Jumaat ini ya? 30/09/2011. Lama…memang ambil masa lama dan saya tak tahu apa yang diujikajikan lagi oleh pihak hospital. Pokoknya, ude sendiri maklumkan kepada saya, doc kata : kes ini tak serius dan kita jangan buat tergesa-gesa. Tak seriuskah? Darah sudah keluar 3 bulan. Ini darah beku, keluar ketul-ketul maaa! Scan Jumaat lambat maaaa.

Laporan darah yang dimaklumkan oleh doc tiada kanser. Alhamdulillah. Tetapi sampai kini kami semua tertanya-tanya apakah sakit sebenar ude?


25/09/2011.
Tuhan, saya pohon keputusan yang kami ambil ini, keputusan terbaik untuk ude. Saya harus pulang semula ke Kuala Lumpur. Tengahari saya lawat lagi ude. Mak bekalkan asam pedas yang ude asyik sebut-sebut di hospital. Adakala saya lihat mak menangis dan termenung seorang diri. Ayah – tabah. Tenang dan tersenyum selalu. Ude – dia maklumkan saya darah masih keluar dengan banyak. Berketul-ketul. Saya hairan! Malah hairan apa yang doktor sedang buat sebenarnya. Positif? Saya harus positif.

Saya dan suami ke Masjid Al-Azim Melaka untuk solat Zohor. Entah apa sebak berganda-ganda melanda. Saya menangis dan menangis di dalam masjid. Saya berteleku lama di dalam masjid. Saya solat sunat hajat untuk ude. Memang dia nampak kuat, boleh bercakap dan berjalan tapi hati dia siapa tahu. Saya kirim SMS pada ude.


‘Nikmat hidup yang kita perolehi ini, lebih besar dari orang lain yang ditimpa dugaan dan cabaran. Ude, Allah sayangkan ude untuk ujian ini. Sabar ya ude.’



26/09/2011
Saya tak bekerja. Saya entah hilang semangat sekejap. Adakala menangis itu terapi terbaik untuk saya. Mengenangkan emak, ayah dan ude ! Semuanya silih berganti. Rasa mencucuk-cucuk hati ini. Pilu dan sebak. Saya buat kek hiburkan hati, tapi kek saya tak menjadi ! Akhirnya kek yang separuh masak itu saya buat jadi chocolate ball. Saya bakar semula dan salutkan ia dengan coklat dan sedap sangat-sangat. Saya puas hati akhirnya. Saya basuh baju yang tak berbasuh. Telefon mak bila hati saya reda balik. Mak menangis lagi dan lagi. Ude sentiasa sms dengan perkembangan dia. Darah masih keluar tak henti-henti. Dia dah mula kata, gusi berdarah dan rambut dia gugur. Tuhan…..

27/09/2011.
Saya telefon tanya perkembangan ude. Telefon mak dan ayah. Saya pesan pada mak ayah belikan tafsir Al-Quran untuk ude. Masa terus pantas berlalu.


28/09/2011
Kembali bekerja semula. Malam tadi ude sms, katanya doktor akan suntik dia dengan ubat lain. Tapi saya pelik sebab kenapa baru hari ini 28/09/2011 doktor melakukan suntikan untuk memberhentikan darah haidnya. Kerana ude ada maklumkan kepada saya, yang doktor cakap nak suntik semenjak Sabtu lepas lagi. Bermakna mereka akan mengambil masa seminggukah untuk melihat perkembangan para pesakitnya?

Ude sms lagi, “Doc dah suntik ubat. Doc akan rujuk dengan doc pakar yang lain. Sebab rambut ude gugur dan gusi dah berdarah.”

Saya pandang skrin telefon saya. Ahh – menangis lagi dan lagi. Kerja saya dah macam tak serupa kerja. Saya jumpa kak lin dalam bilik swift. Saya menangis lagi tenangkan diri. Saya telefon ude sambil menangis, “Ude, kak lang sedih! Ude sakit apa sebenarnya? Ude sabar ya.”

Ahh – sebak lagi! Masa menulis cerita ini pun saya menangis dan menangis lagi. Kemudian saya letak telefon sebab tak sanggup dengar suara ude.

Ude sms lagi, “Lang, janganlah nangis, tak ada apalah ude ni. Jangan risau ok ? InsyaAllah ok nanti. Jangan cakap dekat mak ayah tau!”

Entah – hari ini saya bekerja macam tak ada hati. Badan saja di sini. Saya telefon mak, suara serak-serak saya katakan saya sakit tekak. Saya bohong mak! Ya, kerana ude tak mahu mak susah hati.

Tafsir Al-Quran dan air zam-zam saya suruh ayah dan mak belikan. Ayat-ayat yang saya mahu beri ini perlu ude baca untuk berusaha dengan keajaiban Al-Quran pula.

Masa. Ya, masa makin mendekati. Ya Allah, berikan kami kekuatan menghadapi dugaan ini. Andai dugaan sekecil ini kami belum mampu hadapinya apatah lagi kelak berhadapan denganMu di akhirat nanti. Ampunkan dosa kami, Ya Allah. Berikan ude kekuatan Ya Allah. Lapangkan kesulitan yang sedang kami hadapi ini.

27 September 2011

Mr Pai Epal - Bab 1


Mr Pai Epal bab 1. Tak sama macam dalam novel ya. Saya memang dah rombak banyak. 
Sebab versi e-novel nampak macam mengarut sikit awal-awal bab. Ha ha. Tak sama jangan marah tau. Sayang semua 14 juta. ;)



***

“Kak long, bangunlah oi. Nanti kak long lewat pergi temuduga. Fatin dan ibu dah buatkan sarapan ni. Bangunlah kak!” Ketukan pintu oleh Fatin tidak mematahkan impianku untuk meneruskan misi membawa mimpi ini ke alam nyata. Aku tarik selimut dan bermimpi lagi. Seronok sungguh bermimpi berkahwin dengan anak raja. Oh, bukan. Rasanya lelaki tadi bukan anak raja. Anak peniaga pasar malam rasanya. Erm, anak peniaga pasar malam tak banyak duit. Nanti penatlah badan sebab kena membantu mertua berniaga di pasar malam. Mataku bergerak-gerak lagi. Tersengih macam kerang busuk.

Hoi, anak peniaga pasar malam pun kaya raya okey?

“Kak long. Bangunlah!” Fatin menjerit lagi.

Aku terus membulatkan mata. Cepat-cepat menolak selimut dan melihat jam di dinding. Terkebil-kebil aku memerhatikan jam berkenaan. Memang jika aku datang bulan maka aku akan lewat bangun dari tidur. Tetapi kali ini, lewatnya akan membuatkan ibu marah dan aku akan lambat untuk temuduga lagi. Argh!

 Aku pantas meloncat. Bagaikan kilat.

Aku menolak pintu bilik air dengan terhoyong hayang dan terpisat-pisat. Mimpi tadi benar-benar berbekas di jiwaku. Sempat pula aku tersengih-sengih macam kerang busuk. Aku pantas masuk ke dalam bilik air dan memberus gigi. Membuka baju dan mandi secara ala kadar. Ah, tidak akan sesiapa tahu aku mandi secara mandi P. Ramlee hari ini.

Aku menyiram air ke tubuh badan sambil mata terkebil-kebil mengingatkan yang aku ada temuduga untuk kali ke 13. Gila kentang betul. Ibu sudah menggelengkan kepala kerana sudah banyak temuduga yang aku harungi dan masih belum berjaya juga aku perolehi. Selesai mandi, aku bergegas mencari baju yang sudah diiron oleh Fatin malam tadi. Balik dari stesen minyak malam tadi sudahlah lewat, maka Fatin juga yang menjadi mangsa menggosok baju milikku.

“Kak long, cepatlah. Ibu dah panggil tu. Lambat betullah kak long ni. Kak long kan nak pergi temuduga lagi hari ni !” Fatin menjerit lagi. Bunyi dia mendengus dan hentakan kakinya turun dari tangga membingitkan telinga.

“Okey, lima minit.” Aku pantas mencari beg galas, fail yang enak di atas kerusi aku ambil dan tangan kiriku pantas mengambil lipice di atas meja solek dan aku calitkan sedikit di bibir. Sekejapan aku turun ke ruang tamu.

“Cepat sikit Yaya. Ibu rasa macam nak hujan saja. Yaya kan akan temuduga lagi hari ni. Ibu doakan Yaya tenang jawab semua soalan penemuduga. ” Ibu mengusap lembut ubun-ubunku. Lantas mengucup perlahan dahiku. Mata ibu yang ‘gelap ‘ semenjak kemalangan beberapa tahun dahulu aku tenung. Sungguh, dalam keadaan mata ibu yang buta, ibu masih mampu membuat kerja rumah dibantu oleh Kak Hamidah yang akan datang ke rumah setiap hari. Gaji menjadi cashier setiap bulan di stesen minyak secara sampingan sudah cukup untuk membayar gaji Kak Hamidah yang banyak membantu. Untuk ibu aku rela bersusah payah. Untuk Fatin pula aku sanggup bergadai nyawa! Aku harus mencari rezeki yang lebih untuk keperluan rumah kami. Aku anak sulung yang bertanggungjawab. Aku ini ayah kepada Fatin. Kakak kepada Fatin dan anak yang akan berkorban apa sahaja demi keluarga.

Fatin memandang aku. “Good Luck, kak long.” Dia kenyitkan mata. Kami ketawa mesra. Roti yang ibu bekalkan aku sumbat ke dalam beg galasku. Kaki pantas berjalan. Helmet aku sambar dan aku memandang Fatin, “Study elok-elok. Jangan nakal-nakal ya.”

Senyuman Fatin sudah cukup membuatkan aku bahagia. Aku pandang ibu yang dibawa perlahan Fatin di anjung pintu. Aku terus menyarung kasut dan memakai helmet. Bersiap sedia untuk membawa skuterku dan memecut di atas jalan raya. Skuter comelku, Miss MJ Ungu lantas menderu perlahan di atas jalan raya. Aku tinggalkan ibu dan Fatin yang setia melambai-lambai. Dari cermin pandang belakang aku perhati wajah ibu dan Fatin. Mereka buah hati pengarang jantung Yaya.

***

Hujan.

Ia memberikan banyak rasa dalam jiwaku. Menurut cikgu Adila, hujan itu memberi rezeki. Tanda kebesaran Ilahi. Ia memberi nikmat kepada semua manusia, alam dan tumbuh-tumbuhan. Hujan makin melebat dan kaki seluarku sudah kebasahan akibat hujan. Aku berlari-lari anak menuju ke sebuah perhentian bas. Tiga orang pemuda dan dua orang gadis turut sama berteduh dari hujan. Kami berpandang-pandangan. Meraikan kedatangan aku bersama mereka dalam hujan yang kian melebat.

Tapi hujan hari ini bukan memberikan nikmat kepada aku. Bukan juga memberikan rezeki untuk aku, ibu dan Fatin. Aku pantas duduk perlahan di atas kerusi berwarna coklat. Mengawal pernafasan selepas berlari di dalam hujan. Memang penat. Aku mengetap bibir dan fail berisi kertas-kertas penting di tangan aku peluk melekap ke dada. Helmet separuh milikku aku letakkan perlahan di sisi. Kunci skuterku yang telah aku tinggalkan ‘di sana’ turut aku simpan dengan hati-hati di dalam beg galas. Mulutku terherot ke kiri dan ke kanan. Mataku terkelip-kelip. Berkali-kali. Cis – kerana dialah, aku basah dalam hujan. Encik Pai Epal yang bodoh sombong.  Berlagak betul ya. Amboi!

Aku ketap lagi bibir kerana kegeraman. Lantas episod beberapa jam yang lepas berlagu dan bermain-main di layar mataku.

Aku memarkir skuter di deretan motorsikal yang sedia ada. Mata lantas memerhati bangunan berwarna kuning air yang kawanku, Lily katakan tempoh hari. “Kau pergi ke bangunan berwarna kuning air. Kedai kedua dari kanan, Nampak tangga, terus naik ke atas. Syarikat tu ada di atas. Bawa semua sijil-sijil penting kau, Yaya. Datang tau. Jangan lambat.”

Aku masih berdiri di depan bangunan berkenaan. Mata masih terkelip-kelip dan aku memerhati kawasan sekitar. Harap-harap aku akan berjaya untuk temuduga kali ini. Aku pandang jam di tangan. Sudah. Mampukah aku ditemuduga dengan jam sekarang sudah melewati 10.00 pagi ? Ahh- sengal ! Hari malang lagi untuk aku. Mata kemudian menangkap sebuah kedai berwarna hijau epal. Kedai hujung yang menarik minat seleraku dan jiwaku. Bukan kedai kedua dari kanan seperti yang Lily pesankan. Ia kedai yang bergabung sebanyak 4 buah. Besar sungguh aku kira.

Kaki aku pantas melangkah dan berdiri di depan pintu kaca Pai Epal Café. Aku memandang dan membaca nama kedai berkenaan dengan perlahan, ‘Pai Epal Café’. Menarik signboardnya.  Berbentuk epal berwarna hijau dan tulisannya berwarna putih dan digabungkan hitam dengan tulisan dari berbagai bahasa. Epal bulat yang disusun atur dengan tulisan jawi, cina, india dan bahasa inggeris. Memukau! Meja-meja di hadapannya turut sama cantik teratur. Aku terpaku lama. Kemudian aku melihat seorang pemuda yang mengetap-ngetap bibirnya sedang memarahi pekerjanya. Dari gerak bibirnya aku amati. Pekerjanya dimarahi kerana datang lewat ke café berkenaan. Aduh- aku juga lewat.

Mata aku meliar lagi. Kagum betul aku melihat hiasan dalaman kedai ini, sehingga kekacakan lelaki di dalam cafe ini aku letakkan ke tepi. Sesekali aku jeling pemuda berkenaan. ‘Kacak empat belas juta’. Boleh tahan juga. Aku tersengih. Putih melepak dan mancung hidungnya. Terpesona aku.

Pemuda berkemeja berwarna ungu muda tiba-tiba terpacul di depan pintu kaca tempat aku berdiri. Aku terpaku tiba-tiba. Erk ! Lengan bajunya dilipat sederhana dan walau kami dibatasi dengan pintu kaca cafe ini, aroma dan harum minyak wanginya menusuk betul-betul ke jiwaku. Ahh – berangankah aku ?

Apa kau rasa, jika seorang lelaki tiba-tiba memandang engkau dan matanya tak berkelip-kelip ? Suara Lily lantas kedengaran di mindaku kali ini. Sudah – aku berangankah lagi kali ini ? 

“Ni apesal tercegat depan pintu ni? Saya tengah marah ni. Saya tengah marah ni.” Lelaki kacak itu mengetap bibirnya. Pintu cafe lantas dibukanya.

Eh eh. Tengah marah pun nak beritahu dengan aku ? Gila apa lelaki ni.

Aku terpaku bila dia memandang aku. Matanya tidak berkelip. Oh. Saat ini juga aku melihat dia dan aku berlari-lari anak berkejaran di tepi pantai sambil bergurau-senda. Mata bertentang mata dan cubit bercubitan bersama. Ahh – seronoknya.

+Yaya – jangan berangan ya. Tolonglah kembali ke alam nyata. Please. Please.
-Sibuk betullah ! Yaya baru nak berangan dengan pemuda kacak empat belas juta ni.
+Cepuk kepala kau dengan helmet kat luar tu nak ? Gatal ko ya ?

Aku gumam bibir. Dia memandang aku. “Amboi-amboi cik minah ni, orang dah bukakan pintu. Masuklah. Berangan ke mana dah ni? ”

Aku tersengih. Dia masih merenung aku. “Awak berangan pergi Uganda ya? ”

Aku tersedar cepat. Mujur. Jika tidak, aku pasti akan memeluknya. Yaya – haram hukumnya memeluk seorang lelaki. Mataku terkebil-kebil. “Err…err…err…” Aku terpaku apabila kaki melangkah masuk ke dalam Pai Epal Café ini. Wah! Hebatnya susun atur café ini. Bau pai epal yang sama dengan yang arwah abah buat menusuk masuk ke dalam hidungku.

Aku garu kepala yang tidak gatal. Sudahnya apa yang akan aku buat di dalam café ini ya? Mataku lantas melihat beberapa orang pekerja yang sedang mengelap meja dan membersihkan lantai. Ada replika epal besar yang di lubangkan di tengahnya dan di dalamnya disusun meja unik bersama kerusi kayu berbentuk pokok dan akar untuk bersantai. Replika epal berwarna merah yang memikat. Meja dan kerusi berwarna kuning yang mempesonakan. Hiasan dalaman cafe ini yang bergred A. Dindingnya ditampal dengan kemasan kertas dinding dengan paduan warna epal yang memikat. Oh, so cute!

Meja lain yang bukan di dalam replika epal besar turut sama disuai padankan dengan paduan kerusi antik. Ruangan cashier  yang cantik dan menarik. Kaki aku lantas melangkah lagi. Café dua tingkat yang menangkap citarasa. Besar dan luas.

Aku lantas berpaling. Melihat pasu-pasu yang semuanya berbentuk epal disusun dengan cantik dan kemas. Berkilat-kilat. “Apa ya yang ada dan dijual di dalam café ni?” Aku memandang lelaki berkenaan yang masih memerhati aku.

Dia melihat jam di tangannya. Aku masih menantikan jawapan dari pemuda kacak ini. “Basikal dan tayar kereta. Cik adik mahu order yang mana?” Dia menyengih macam kerang busuk.

Amboi dia, mulut tak ada insurans. Basikal dan tayar kereta? Gila sungguh lelaki ini. Sombong betul. Lihatlah matanya yang berpusing-pusing tu.

“Encik berlagak bin encik sombong betul.” Aku mencebik dan memandangnya lagi. Malas melayan karenah lelaki sombong seperti ini. Adakah patut kedai ini menjual basikal dan tayar kereta? Gila!

“Awak pelanggan dalam café ini ya?” Aku bertanya lagi. Mata aku melilau melihat pekerja Pai Epal Cafe yang memakai kemeja berlengan panjang dan apron panjang berwarna hijau epal. Apron café ini pun cantik. Lelaki di hadapan aku hanya berkemeja yang dilipat lengannya bersama seluar slack. Bermakna dia bukan pekerja di dalam cafe ini. Kalau bukan pekerja semestinya pelanggan.  Aku tarik sebuah kerusi. Punggung duduk selesa dan memandang lelaki ini. Berpeluk tubuh dan berlagak seperti pengawas sekolah.

“Pelanggan ?” Lelaki dihadapanku ini gelengkan kepala. Dia pantas memandang para pekerja cafe ini yang tersenyum geli hati. Seorang lelaki yang sedang mengelap meja cepat-cepat mengambil alih tugas ‘pelanggan’ ini. Aku perhati namanya yang melekat di chef jacketnya. Adnan. Tubuh pemuda kacak ditolak perlahan. Dia pandang aku atas bawah, atas bawah. Bola matanya bergerak.

Aku terkedu seribu bahasa melihat tolak menolak berlaku di depan mata. Adnan mengesat-ngesat tangannya yang basah dengan apron. Matanya memandang aku.

“Nama kedai ni Pai Epal Cafe tapi jual basikal dan tayar kereta ? Eh, betul ke? Dia tipu ya ?” Aku memandang lelaki yang bernama ‘Adnan’. Pemuda kacak itu gigit bibir bawah. Wajahnya merah. Dia menjeling aku. Dia tersenyum sinis dan melangkah ke ruang tengah cafe ini.

Err..err.. dia bergurau saja cik. Hmmm…cik mahu makan apa? Kami ada pai epal lazat, kopi dan kek. Juga makanan bergoreng yang sadurannya makanan berkhasiat. Cafe sebenarnya masih tutup. Tetapi kerana cik manis ni, bos saya izinkan cik adik pesan makanan.” Katalog menu diserahkan kepada aku. Adnan tersengih-sengih lagi.

“Pai epal satu.” Tanpa melihat menu dan kerana aroma pai epal yang melazatkan aku terus memesan pai epal berkenaan. Terharu pun ada sebab cafe ini memberikan aku layanan emas mereka. Katalog menu yang cantik aku pandang begitu sahaja. Adnan mengangguk-angguk lantas segera ke ruang dapur. Aku terus lupa ingatan mengenai temuduga yang bakal mencorakkan lagi kehidupan aku. Beg galas lantas aku letakkan perlahan. Pemuda itu aku lihat masih mundar-mandir seperti menantikan seseorang. Aku perhatikan dia agak lama. Kalau dia bukan pelanggan cafe ini, dia siapa ya? Beberapa minit kemudian , pai epal yang aku pesan sampai. Adnan tunduk hormat. Ah – sudahlah café ini indah, ditambah pula dengan pekerjanya yang ramah tamah. Tapi bukan macam encik berlagak bin sombong itu! Soalan aku pun tidak berjawab. Matanya itu asyik menjeling sahaja. Cucuk dengan garfu ni, baru tau.

Kali pertama aku menggigit pai epal, gegendang telinga berproses. Suara lelaki kacak itu kedengaran. “Haryati, awak tahu tak sekarang sudah jam berapa?” Aku menoleh memandang pemuda berkenaan. Encik berlagak bin encik sombong sedang marah-marah. Kalau pelanggan kenapa dia Nampak macam bos besar di cafe ini ya? Telefonnya digenggam kemas. Gulp! Aku telan air liur. Kesedapan pai epal ini  merencatkan mindaku kerana suara tegas pemuda berkenaan. Kemudian aku segera teringatkan yang aku sepatutnya sedang ditemuduga dan bukannya duduk di dalam Pai Epal Café ini! Alamak! Aku pantas bangun mengambil beg galasku. Helmet juga aku sambar dengan cepat.

Kemudian suara garangnya menjengah telinga, “Apa? Suka hati mak ayah tiri awak  mahu berhenti kerja ya? Sudahlah selalu datang lambat . Hari ni awak nak MC lagi. Awak tahu siapa saya? ”

Aku berjalan perlahan. Aku sudah habiskan masa yang tidak relevan di dalam café ini. Oh, tidak ! Baru sahaja aku mahu melangkah ke meja cashier, suara encik berlagak bin encik sombong kedengaran lagi.  “Ya, saya memang bos Pai Epal Cafe. So, what?” 

Apa ? dia...dia..bos Pai Epal Cafe?

Gulp. Lelaki itu terus pula mara ke arah meja cashier. Jantung bergerak laju. Aku mahu lari lagi hari ini. Sudahlah aku siap ‘cop mohor’ dia sebagai pelanggan. Habislah aku. Tak fasal-fasal dia itu sebenarnya ialah bos cafe ini.

Kaki melangkah besar. Aku segera menuju ke arah meja cashier. Tangan membuka beg galas untuk mengambil wang membayar pai epal berkenaan. Lelaki kacak itu merenung aku. Telefonnya diletak di atas meja kaunter. Entah apa debaran melanda, lengan aku terus melanggar pasu berbentuk epal. Pasu berbentuk epal berwarna merah di atas meja cashier terus jatuh. Tidak sempat untuk aku menyelamatkannya.

Kami berpandangan. Tangan aku menggeletar lagi. Matanya bulat tanpa reaksi. Seperti terkejut. “Itu pasu kesayangan saya, awak tahu tak, budak pasu pecah?” Jeritan pemuda berkenaan memecah keheningan. Suaranya melantun masuk ke dalam telinga. Aduhai Yaya, malangnya nasib hari ini.

Ya ataupun tidak. Yes ataupun no. Manis ataupun pahit. Hidup ataupun mati. Aku sebenarnya tidak mampu untuk membayar harga pasu cantik yang berkecai itu. Akhirnya aku berlari sekuat hati. Melanggar tubuh pemuda yang aku gelarkannya pelanggan. Bila aku menoleh, aku melihat dia terjatuh tersembam akibat tolakan kuat dariku. Bersama dengan hujan melebat, guruh berdentum dan akhirnya aku terlupa membayar harga pai epal yang aku nikmati tadi. Haramkah hukumnya kerana aku terlupa membayar pai epal berkenaan? Ibu – tolong Yaya bu.

Muka aku kelat sudah. Hujan masih menemani. Perhentian bas semakin dipenuhi dengan manusia untuk menumpang teduh dari hujan lebat. Pai epal yang telah aku nikmati tadi, semakin  bergelodak di dalam perutku ini. Aku pejam mata lagi. Aku membuat haru biru sendiri untuk hari ini. Skuterku yang tersadai di sana mesti bermandi hujan. Kesiannya Hei MJ Unguku itu.

Wajah encik berlagak bin encik sombong menerpa lagi. Bola mataku terkebil-kebil entah untuk ke berapa juta kali. Takutnya aku.

20 September 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Ketika musim dingin, eh silap! Ketika bosan-bosan duduk di rumah dan tiba-tiba rasa mahu pula makan kek coklat. Entah kepingin ke, mengidam? Hahaha, dia rasa macam tekak nak makan sesuatu je! Susu segar memang ada dalam esbuk – tapi sudahnya saya terminum pula susu segar yang dah masam! Arghhhhh! Pening bagai dibuatnya! Akhirnya saya buang semua susu segar yang ada dalam esbuk! Chit!Alahai! Rasa macam tak mahu dah minum susu sebab terminum yang masam! Eee….

Akhirnya dapatlah juga saya mencari resipi kek sedap ini! Tak perlu guna pemutar telur, juga tanpa telur ia moist sangat-sangat dan tiada susu segar. Apalagi, saya terus bersilat di dapur! Ramai juga kakak-kakak blogger yang rajin up resipi kek ni di blog masing-masing. Saya boleh dikatakan ketinggalan juga serba serbi. Tapi saya tetap mahu mencuba. Paling saya mahu buat adalah kek gula hangus. Bilalah ya? Lalala. Okey, mari tengok gambar yang rasanya nampak jerawat-jerawat kek tu! Dan mari layan resipi.





DSC03783
Nampak tak jerawat saya?





Super Moist Eggless Chocolate Cake


BMT = Kek Coklat Lembab Power Tanpa Telur

Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack
Sumber : Izahdaut

Bahan-bahan : loyang 6-7 inci

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon (Dihah guna Oren sunquick)

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas.
Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Topping di atas kek coklat Dihah guna coklat masakan dicampurkan dengan beberapa sudu susu pekat manis dan sedikit butter. Hantam bagai sahaja. Tapi sedap. Hahaha.

09 September 2011

Gembira di hari raya

DSC03705
Bergambar ala-ala manja 'kebabom' dengan Athirah comel.


Sambung lagi cerita hari rayalah kan. Wah, semangat bagai. Cerita akan dicampur aduk mengikut kaedah sendiri tanpa ada plot yang baik seperti di dalam sebuah novel ya saudara dan saudari dan gaya bahasa saya sedikit santai dan memudahkan ramai tidak berkerut-kerut dahi tak faham.

Maksud saya tidaklah berbunga-bunga kaedahnya penulisan saya di sini. Eceh! Setiap gambar saya akan berikan penerangan yang serba ringkas dan jelas. Hari raya kan? Jadinya serba serbi indah di mata semua orang. Kanak-kanak pastinya riang ria kerana dapat duit raya !

Malam hari raya kedua, kami adik beradik ke Kampung Sri Tanjung kerana meraikan hari keluarga dan perjumpaan bersama sempena Aidilfitri. Adalah serba sedikit acara yang menarik seperti, mencari pemenang pakaian sedondon, khemah makanan keluarga yang menarik dan sedap juga banyak (kot) * setiap keluarga kenalah memasak dan bawa menu masing-masing dan urusetia sediakan meja untuk semua keluarga letak makanan. Kenalah hias bagai bagi khemah menarik dan tertarik da bomb ! Termasuklah kami satu keluarga. Bawalah bunga dari rumah, alas meja dan balang kuih raya!


DSC03686


Meja kami sekeluarga. Emak masak asam pedas kuah lada ikan pari dan sambal udang. Nasi lemak pula dari keluarga Pakcik Bakar & Makcik Enon. Kami buat simple sahaja. Ada kuih bahulu emak juga dengan kuih kering! Tak tahulah kenapa dipanggil kuih kering dan kami menyusun balang kuih raya cantik-cantik di atas meja. Bakul cantik itu milik saya semasa majlis perkahwinan dahulu ya. Cheh!


DSC03675


Ini meja Pak Itam Salleh@adang & keluarganya. Spageti ya ejaannya?..haa, hantam sahajalah!Ada cup cake red valvet yang mabeles dan bihun kampung. Sodap sangat-sangat!Sempat juga saya minta resipi dengan sepupu saya, Ilin. Hana memories rupanya. Ilmu masak di blog memang bagus rupanya!


DSC03674
Gerai Mak Long Hawa sekeluarga. Ada ice-blended berbagai-bagai perasa dan wafer juga berbagai-bagai perasa. Rasa sardin sahaja belum ada malam tu. Kanak-kanak riang-ria beratur tak ingat mak ayah di mana kerana penangan ice-blended dan wafer riang-ria!




Kemudian adalah nyanyi-nyanyi karaoke ni. Entah saya tak pasti kenapa urusetia setiap tahun mewajibkan adanya nyanyi-nyanyian begini. Pertandingan nasyid ke, azan ke, buat ceramah setahun sekali ke dan bacaan Yassin serta doa ke, panggil anak-anak yatim raikan ke, saya rasa lebih elok diketengahkan. Membina juga fikiran anak-anak buah dan sepupu-sepupu yang kecil-kecil itu. Begitu? Bukanlah saya mengenepikan hiburan sebegini. Tapi…tapi…asyik sahaja nyanyi! Saya sedikit bosanlah.

DSC03739


Acara pemberian duit raya! Cis, kalau saya kecil lagi mesti kaya raya boleh beli rumah besar kan?


Acara menyanyi lagu raya ini diselang-selikan dengan pemberian duit raya seikhlas oleh mereka yang mahu menderma. Anak-anak buah kecil-kecil dan sepupu akan beratur panjang untuk terima sumbangan dari para dermawan sekalian. Wah – kalau adik beradik ayah ada 9 orang. Kemudian sepupu saya hampir semua sudah berkahwin dengan berumur antara 30 – 40 tahun. Boleh bayangkan betapa ramainya anak-anak kecil, anak-anak buah dan emak-emak saudara yang beratur dan sumbangan yang bakal mereka terima. Kaya wei! Satu malam sahaja mereka boleh beli 5 cawan besar tutti fruity! Mabelesnya rasa tiba-tiba.

DSC03670


Ini meja yang menang malam itu. Mak Lang Timah sekeluarga. Makanan banyak sampai tak termakan. Memang mereka terror memasak. Alhamdulillah dan sedap! Ada rendang itik, segala macam kuih, periuk kera, puding beraneka rasa, kuih karipap pun tak ketinggalan. Pendek kata, macam-macam adalah!


Cukup sahajalah sampai di sini cerita kali ini. Ada masa kelak, saya sambung lagi kisah di aidilfitri ini ya, kawan-kawan. Masa amat mencemburui saya.


Terima kasih kerana sudi membaca blog sederhana ini. Jangan lupa 'on' kan volume PC untuk lagu sentimental sempena demam 'K-Pop' melanda di Malaysia. Saya juga demam K-Pop rupa-rupanya!

08 September 2011

Cinta ungu di pagi raya

DSC03601




Rasanya macam saya terover exposekah?







Tengok blog semua orang yang glam dan popular dengan pos cerita raya bagai, maka saya juga tak ketinggalan untuk cerita serba sedikit mengenai hari raya? Perasaan untuk update blog memang malas. Entah mengapa melanda jiwa agaknya. Tapi saya gagahkan diri juga untuk menaip beberapa ayat dan terus laju upload gambar di flickr.

Hari raya tahun ini pastinya meriah serba serbi. Sederhana. Kosong itu tetap ada. Entah apa dan mengapa kosong, pembaca setia pasti tahu dan saya pohon maaf jika sebab musabab yang sama membuat semua tak mahu membaca blog ini. Ini blog peribadi, segala peristiwa, mungkin serba sedikit sahaja yang saya kongsikan. Selebihnya, kenang-kenangan dalam jiwa. Nanti saya akan buat satu entry bertajuk 'kosong'.

Paling penting tahun ini kami berdua beraya di Masjid Tanah Melaka. Hari raya ketiga kami bertolak pula ke Johor Bahru dan dua hari berada di sana kemudian balik ke rumah mertua di Sikamat, Seremban. Penat sakan dan memang beraya sakan! Saya tidaklah meletakkan entry setiap hari raya kan di blog ini! Tidaklah setiap hari saya akan cerita apa yang saya buat dan gambar-gambar pun terkadang tak sempat saya snap. Iyalah, selalu ramai blogger ambil gambar menu makanan raya setiap hari dan peristiwa setiap hari di hari raya dan publish semua kisahnya di dalam blog. Wah, meriah sakan kalau blog ini begitu ya! Tapi sebab saya pun bukannya ramai peminat sangatlah, jadinya sederhana sahajalah ya! Ngeeee…









DSC03590




Along touching-touching dengan ayah! Memang adat selepas solat aidilfitri, kami adik beradik memohon maaf dengan emak dan ayah dan adik beradik semualah. Bukankah maaf itu juga setiap hari. Maksud saya, walau bukan di hari raya, kita mesti bermaafan setiap hari.






Menu utama pastinya ketupat, kuah kacang, sambal bali ayam, rendang cili api ayam dan rendang itik memang utama. Itik? Jangan tak percaya, encik abang dari tak pandai makan rendang itik, terus suka bagai! Malam kedua ketika perjumpaan keluarga sebelah ayah di Kampung Sri Tanjung memang dicarinya rendang itik!

Biskut raya pula banyak yang adik kembar saya buat. Ada juga beberapa balang kukis yang saya buat dan bawa untuk emak dan emak mertua. Kelas jah! Menantu rajin buatkan biskut. Sedap pula tu! Eceh!









DSC03585




Aiman kacak!






Tahun ini, angah sekeluarga tiada kerana giliran beraya di Muar dan Fared pun berhari raya bersama keluarga isterinya di Ulu Langat. Fared – jangan sedih-sedih, belum rezeki ya!

Yang seronok anak-anak buahlah! Afrina, Aiman, Irfan dan Ismahani!

Gambar-gambar yang ada untuk tatapan semua. Tema kami berdua adalah ungu. Bolehlah dikatakan sebagai kami bercinta ungu di pagi raya! So sweet! Haaa..perasan!









DSC03605


Emak mertua bilang : perut anak lelaki emak sudah buncit! Sambil tangannya mencucuk perut encik abang.







Copy of DSC03610




Cinta ungu di pagi raya!