Pages

31 Oktober 2014

Mrs Pai Epal Prolog



"Abang..."

"Iya.."

Dingin. Jarum minit dan saat terasa berlumba-lumba bersama suasana yang bungkam ini.

"Janganlah nangis ya."

"Eh, abang tak menangis. Sumpah tak." Dia angkat lima jari siap bersumpah bagai. Ek eleh, macamlah cik Yaya ni tak perasan rasa sendu dia tu. Chait!

Kelopak matanya sah-sah kini digenangi dengan air gratis itu. Aku tahu dia bohong. Aku tahu dia sedang menipu. Tubuh tegapnya masih kaku berdiri dan lima jemari Izz Amir kini bersemadi di dalam poket seluar jeans birunya. Nafasnya kedengaran deras mengetuk gegendang telinga. Wajahnya yang rusuh itu sebenarnya menggundahkan jiwa.

Angin terasa nyaman memeluk diri. Awan kini dilimpahi dengan warna nan indah. Aku menjeling lagi sisi wajah nan rupawan. Beberapa detik, mata beralih ke hadapan. Bangunan berkenaan hanya tinggal sejarah. Warnanya kusam dan kini bertambah muram. Aku kira, pemandangan cantik di sini dan cuaca yang cemerlang hari ini, belum mampu memujuk jiwa si lelaki kesayangan. Dia, di sebelah ku ini, sedang memburu kecekalan dan sedang dihidangkan dengan kenyataan. Tengoklah keadaan kedai kesayangan suamiku ini. Sedihnya. Mana mungkin aku tak terkilan melihatkannya. Banyak kenangan aku dan si dia di sini. Dan sebagai isteri yang tabah...tabah hek? Kemain kau cik Yaya. Haha. Iyalah, aku kenalah menjadi tabah dan juga penguat semangat untuk encik yang kacak sebanyak empat belas juta ni kan? Kan?

Hachemmm! Terbersin lak pulak. Aku menggosok-gosok hidung yang sudah memerah. Tanpa sedar, si dia masih lagi di dalam kelukaan.

"Sampai hati umi. Sampai hati umi buat abang macam ni," sambung Izz Amir dan air matanya mengalir perlahan-lahan di pipi.
 
Aik....dia dah menangis? Alamak-alamak. Laki aku menangis dah ni. Apa aku kena buat ni? 
 
:::Saya putuskan untuk menyambung Mr Pai Epal. Ini dia Mrs Pai Epal seperti yang semua nanti-nantikan. Sebab ramai bertanya, jadi akhirnya nah, sila baca. Sambungan akan diteruskan setiap minggu. Entry akan dinaikkan setiap Jumaat. Doakan siap dengan cepat bersama susunan manuskrip yang lain. Saya kena upkan juga di dalam blog sebab kalau tak, saya tidur a.k.a malas a.k.a tengok Running Man. Bahaha. Terima kasih pembaca Mr Pai Epal yang sentiasa bertanyakan sambungan kisah Cef Izz Amir dan Cik Yaya. Panjang lak aku menceceh kat sini. Jumpa minggu depan, okey? Hahaha. Ok bai!:::

Like, share & komen. Komen bersama idea juga dialu-alukan. Mana tahu nanti korang dapat hadiah novel Mrs Pai Epal ke. Kan?
 

15 Oktober 2014

Nadratul Nisa II


Kenangan.
Seperti yang saya kisahkan.
Antara kita banyak ceritanya, bukan?
Cinta, semestinya tidak bersatu, kan?

Heh. apa ni Mardihah? 
Heh, rasa-rasa ada sambungan kisah Nadratul Nisa'? ke?
Ada yang kena penampo ni kang. Cerita lain tak siap-siap ada hati nak sambung cerita ini.
Chait!

Okey, random pick list lagi. Sini baca sebelum korang pi beli kat kedai buku. Gerenti best 14juta kali punya!


Ok bai! 



“Betul you tak ada rasa apa-apa bila berdua dengan I kat sini?” Tan dekatkan wajahnya. Terus matanya menangkap mata berwarna coklat milik Nadratul Nisa’. Dua tiga helai daun mula gugur.

Errrr…” Nadratul Nisa’ tundukkan wajah. Tan Jie Kang…jangan dekat sangat dengan Nadratul Nisa’ boleh tak? Eee dia ni kan?

“You sungguh ke suka kat I, Nad?”

Angguk. Bibir si gadis terkunci.

“You sungguh ke sayang kat I, Nad?”

Angguk lagi. Jantung berdegup-degup. Detaknya semakin laju bila Tan mengukir senyuman. Detaknya berlawanan lagi bila Tan mendekatkan wajahnya terus ke wajah Nadratul Nisa’. “You tak akan pergi Cameron dan tinggalkan I kan?”

“’Mana satu soalan yang I nak jawab ni, Tan?” Nadratul Nisa’ melarikan wajahnya. Memandang beberapa batang pohon rendang yang turut sama memberi kesegaran.

Tan tarik nafas. Susah hati. Bila mereka sudah bersedia dan sama-sama menzahirkan, dia tahu masa depan kelak tidak mungkin berada di dalam tangan. Perkahwinannya bakal berlangsung. Nadratul Nisa’ akan pergi meninggalkan dia.

Nadratul Nisa’ menyembunyikan resah. Malam tadi, dia tidak nyenyak tidur kerana memikirkan banyak jawapan kepada persoalan yang selalu bermain di fikiran. Dia tidak boleh menidakkan lagi rasa cintanya kepada Tan Jie Kang. Menolak pun dia tidak akan.

Nadratul Nisa’ kembali menoleh. Memandang Tan yang sedang mengumam bibir. Dia susun buku di sebelah kirinya. Perlahan-lahan, dia menggenggam kedua-dua belah tangannya. Mendekati Tan yang berada di depannya.

Lutut bertemu tikar. Duduk Nadratul Nisa’ kini sama tinggi dengan Tan yang sedang bersila.
“You pilih antara dua. Kanan ke kiri.” Gigi putih Nad berbaris cantik. Dalam hati amat mengharapkan ada keajaiban untuk perhubungan yang baru bermula. Ironinya, dia tahu Tan akan berkahwin dengan Moh Jia Wei. Lelaki ini kelak bukan menjadi miliknya.

Titik.

Tetapi jika betul ada Tuhan hantarkan keajaiban, alangkah bagusnya kan? “Pilihlah cepat.” Ada nada sayu di hujung jiwa. Meski dia sedang tersenyum riang.

Bola mata Tan bergerak-gerak. Kemudian memandang lagi wajah putih Nadratul Nisa’. Cantik sungguh Nadratul Nisa’. Ingin sekali dia menyentuh pipi mulus Nadratul Nisa’. Kalau melihat pipi Nad yang memerah itu, hati meronta-ronta ingin mengucup lembut pipi itu. Tapi dia tahu batasnya hubungan mereka. Dia tahu agama Nadratul Nisa’ melarang semua perkara yang dia ingini itu. “Pilih?” Kening terangkat

“Iya!” Nadratul Nisa’ angguk berkali-kali. “Pilihlah Tan. You kena pilih satu.”

Teragak-agak. “Kalau pilih yang salah, jawapannya tetap sama kan?” Tan sekali lagi merenung hidung Nadratul Nisa’. Hidungnya comel sahaja. Mahu saja dia picit-picit hidung comel Nadratul Nisa’.

Gulp!

“Ada jawapan untuk soalan-soalan yang I bagi tadi. Hek?” Tan senyum. Masih menyoal Nadratul Nisa’. Masih mahu matanya menyeluruhi wajah kesayangan hati. Dia nakal lagi dan merenung pula kening Nadratul Nisa’ yang terbentuk indah.

Nadratul Nisa’ mengangguk. “Iya..cepatlah pilih.” Nadratul Nisa’ masih menggenggam erat kedua-dua jemarinya. Kening bercantum-cantum menunggu reaksi dari Tan. “Kanan ke kiri. You kena pilih salah satu.”

Ermm…” Mata Tan beralih ke arah jemari Nadratul Nisa’ yang sedang erat berpadu. “I pilih kananlah.”

Nadratul Nisa’ mengukir senyum. Melirik ke arah wajah Tan. Jambangnya walau ada tetap nampak kacak di mata. Hidung Tan yang terletak indah itu kadang-kadang buat dia rasa cemburu. “Nak tahu jawapannya tak?”

Yerp…mestilah nak. Apa jawapannya?” Reaksi Tan spontan sahaja. Serius wajahnya inginkan jawapan.

Hening. Nadratul Nisa’ membuka jemari kanan. “Kanan. Sebab you pilih ni. Jawapannya ialah ya.” Cik gadis menikmati lagi kekacakan Tan Jie Kang. Dia pantas menyambung bicara, “I sukakan you dan sayangkan you. Sungguh!”

Mata bertaut. Angin berhembus perlahan. Tan rasa bahagia. Rasa dihargai. Kali ini, dia rasa sungguh manisnya bercinta. Sungguh asyiknya disayangi oleh gadis yang disukai.

“Kalau I pilih kiri?” Dia menduga.

Nadratul Nisa’ menghembus nafas. Detik indah yang sedang dia lalui bersama Tan ini dia sematkan di dalam kotak fikiran. Tanam rapat-rapat. “Tetap juga I sukakan you dan sayangkan you.”

Nadratul Nisa’ menunduk. Jemari kiri yang masih belum dibuka, perlahan-lahan dilepaskan. Telapak jarinya dikembang-kembangkan. Tan memandang telapak jari Nad. Mata kemudian semakin galak merenung pipi Nadratul Nisa’. “Nad….”

Hmm…iya.” Mata sekali lagi berpadu.

Tan hadiahkan senyumannya. Lafaznya senada. Bersama rentak jantung yang berirama cinta. Hanya untuk Nadratul Nisa’. “I pun sayangkan you.”



03 Oktober 2014

Nadratul Nisa I

Hiks. Random pick plot dari manuskrip. 
Jangan lupa dapatkan novel kebabom best ini di MPH, Popular dan kedai buku seluruh dunia. *penulis minta penampo. Hahaha.
Ok bai.

****



Dia ingat. Tidak akan dia lupa. Ketika usia perkahwinan baru dua bulan. Selepas mereka berdamai dan cinta sudah bermula. Bunga kembang mekar di taman hati. Kalau melihat dan merenung sepasang mata bundar Maleq Rafie, dia akan jadi segan yang amat. Dia sudah jadi sang pencinta suami dikasihi.

Pasar malam Brincang yang sesak dan padat.

Pelancong kebanyakan dari seluruh Malaysia. Mungkin dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Perlis, Sabah dan Terengganu. Iya. Mungkin. Ada juga pelancong dari luar Negara.

Ah – sebenarnya dia benci dengan keadaan pasar malam yang penuh sesak begitu. Benci melihat mata-mata nakal sang lelaki menjamah wajahnya.

Senyum. Dia akan senyum kalau Maleq menarik jemarinya singgah ke mana-mana gerai yang Maleq sukai.

“Nak ni?”

Suara Maleq sambil menunjukkan itu dan ini mengepung-ngepung seluruh jasad. Nadratul Nisa’ sekadar menggelengkan kepala.

“Habis Nad nak makan apa? Abang nak belanja ni. Bukan selalu Nad nak ikut abang keluar tengok-tengok pasar paling popular ni. Hehe.” Maleq merenung ‘dia’ dengan penuh kasih sayang.

Kaki langit sudah mahu gelap. Satu jam setengah lagi gebang Maghrib akan mendekati. Maleq sudah membisikkan, “kita kena balik sebelum maghrib tau. Ni pun rasa macam nak hujan. Tengok langit pun abang tahu. Dah berdentum-dentum tu Nad.”

Dia terangguk-angguk manis dan manja. “Nad nak jagung. Jagung bakar.”

Jemari dia ditarik kemas. Bila berada di kawasan yang dipenuhi pelanggan kanan dan kiri, Maleq dengan senangnya meleraikan jemari dan memeluk terus pinggang dia.

“Oh..jagung ya. Sebakul jagung pun abang boleh belikan untuk Nad.”

Pipi Nadratul Nisa’ sudah merah.

Senyumnya mekar sambil menggigit-gigit bibir.

Cinta bila bersama yang halal itu lebih manis rasanya kan Nadratul Nisa’. Dia rasa telinga berbahang merah kala pelukan itu dieratkan. Lebih rasa disayangi bila bahunya dipeluk juga.

Memilih jagung bakar. Sedapnya melihat susunan jagung. Manis dan meliurkan. Retina mata rancak memerhati Maleq mengeluarkan dompetnya. Mata terpaku melihatkan gambar comel dia bertudung ada disisip di dalam sarung lutsinar dompet. ‘Oh, bila masa Maleq mengambil gambarnya itu?’ – hati sudah tersimpul satu janji. Ini suamiku dunia dan akhirat. Cinta sudah menggigit naluri. Indah.

Ketika Maleq menghulurkan jagung bakar untuk dia, aromanya menyeluruhi rongga hidung. Minyak wangi yang dipakai ‘encik ganteng’ turut sama meningkatkan berahi. Dia rasa sayang sudah berhimpun entah berapa banyak untuk lelaki yang penuh sabar ini. Dia ingat lewat-lewat minggu yang sudah bila Maleq meninggalkan dia keseorangan di rumah. Seminggu! Bayangkan selama seminggu itu barulah dia sedari yang dia inginkan Maleq. Baru juga dia tahu apa itu erti rindu.

Minit-minit bersama di pasar malam Brincang membulatkan lagi hati. Nekadnya satu. Mencintai sang suami yang sekarang penentu reda dan syurga untuknya.

Tambah manis. Lebih menyatukan jiwa. Terus dia jatuh cinta dengan Maleq Rafie ialah bila hujan turun. Guruh berdentum-dentum menyentap kehangatan ‘bulan madu’ yang baru bermula. Pelancong lari ke sana dan ke sini meneduhkan diri. Maleq sambil menjinjit plastik berisi jagung bakar terus menarik jemari Nadratul Nisa’ untuk sama berlari-lari.

Sampai mereka menumpang teduh di sebuah kedai menjual pakaian ‘bundle’.

Maleq melarikan anak mata mencari kedai yang ada di sekitar pasar malam. Mahu mencari sekaki payung. Dia ingat Maleq melihat jam di pergelangan tangannya. “Dah lambat ni!” suara encik ganteng menyentuh gegendang telinga. “Nad tunggu sekejap, abang pergi beli payung. Tunggu tau!”Satu minit. Dua minit. Petir sabung menyabung. Tiga minit. Guruh berlawanan mahu membelah langit. Beberapa minit dia berdiri menanti. ‘Oh, mana abang ni.’
Dia panjangkan leher. Tercari-cari akan tubuh tegap suami yang pergi membeli sekaki payung. Nadratul Nisa ingat…dia renung jam di pergelangan tangan. Jam hadiah hantaran yang bermakna. Bila dia panggung kepala, Maleq sudah berdiri di depannya.

“Cik adik manis. i’m back!” dia seperti biasa, menawankan seluruh jiwa raga dengan senyum kacaknya.

Jemari Nadratul Nisa’ ditarik lembut. Pinggang isteri diraih. Sekali lagi cinta bersemi

Kaki berayun kanan dan kiri.

Hujan jatuh menimpa sekaki payung kecil yang meneduhkan. Iramanya asyik. Tub. Tap. Tub. Tap. Jantung juga sama berdetak laju. Bagi dia detik itu, dunia di sekeliling sudah tidak ada sesiapa. Hanya dia dan Maleq. Momen paling membuai asmara bila sesekali Maleq menoleh dan hidung mereka hampir sahaja bersentuhan. Maleq kenyitkan mata.

Kaki berayun lagi. Kanan dan kiri.

Nadratul Nisa’ mengukir senyum. Membalas pelukan hangat suami. Hujan terus turun menari-nari. Derap kaki sesekali masuk ke dalam lopak-lopak air. Hujan sederhana lebat terus melabuhkan damai. Sekaki payung sudah menjadi teduhan. Hujan terus gigih merancakkan. Dia gigit bibir bawah. Suara Maleq deras lagi. Suara bersama renungan nakalnya meresahkan sang jiwa. Aku mahu kamu! Aku cintakan kamu, isteriku! “Nad cantik!”

Nadratul Nisa’ mengembungkan pipi tanda malu.