Pages

18 April 2013

Mr Tan 4




“I kat bawah ni. Dah siap bawak joran bagai semua. Ni dah pukul 4.30. Kita nak gi memancing kan?” Suara dia yakin tahap seratus peratus sungguh. Tahap gaban jugak. Nad terkebil-kebil sambil mendengar suara lemak merdu si dia. Encik Tak Bernama call Nad. Ishh..macam tak percaya. Haha.

“Eh, kenapa you ada kat bawah ni? Kenapa? Kenapa?” Nad mula mencerna wajah si formosus yang mengganggu mimpinya malam tadi.

“Eh-eh dia ni.” Si dia tak senang hati. “Abang Nazim yang call I tadi kata you tak jadi nak jumpa I kat Di Naina. So I volunteer datang sini ambik youlah. So?”

“Heh.” Nad masih rasa sengal-sengal. Abang Nazim? Kenapa tiba-tiba nama abang Nazim muncul dalam perbualan tergempar ini.

“I tak kira…I dah batalkan rancangan I keluar dengan Jia Wei sebab you. You janji nak bawak I pergi memancing. Kalau you tak turun, I akan tekan loceng ni sampai malam.”

Nad kerutkan dahi. “Memancing? Eh, you ni gila ke?” Jia Wei? Eh siapa pulak Jia Wei ni.

“Gila? You yang gila! Habis semalam siapa yang berwhatsapp dengan I? Hantu Kak Limah?” Nada suara dia di sana dah tinggi tak puas hati.

“Huh.” Nad renggangkan sedikit iphone. Garu kepala. Kembali bercakap dengan si suara lemak merdu. “Kejap-kejap. I konpius tahap nak mati ni. I akan call you balik lepas buat spot-check.”

“You kalau tak turun siap!” Gertak macam dah kenal sepuluh tahun. Ah, si dia tak peduli. Gigih beli joran baru malam tadi. Sebab kan Nad. Kadang-kadang dia keliru pun ya.

Nad dalam bilik menjerit. Tawaf biliknya sepuluh kali sambil membaca semua whatsapp yang ‘Nad a.k.a abang Nazim’nya dan ENCIK TAK BERNAMA itu. Genggam jemari rapat-rapat. Kadang-kadang Nad urut dada dan ucap sabar banyak kali. Cuba telefon abang Nazim tapi tak berangkat. Whatsapp hanya berbalas evil laugh dan jawapan abang Nazim mudah sungguh. Instead of asking me about the programme kan…better you pergi memancing dengan encik tak bernama tu. Hahaha. Dia hensemlah Nad. Pergilah! Jangan lupa tanya nama sebenar dia. Kehkeh.

Bunyi loceng dah berpuluh-puluh kali. Setiap kali Nad terhendap-hendap di balik langsir, encik tak bernama matanya itu tepat ke arah dia. Heh dia ni. Tahu-tahu aje aku tengah mengendap. Bila dengar mama bising kat bawah menjerit-jerit memanggil, Nad terus menukar baju. Haihlah abang Nazim. Kenapa? Kenapa mesti ini yang dia rencanakan?

Roziana cekak pinggang. “Dah banyak kali mama panggil. Tu kawan abang Nazim dah lama tunggu Nad. Siap bawak joran. Abang Nazim kata suruh bawakan kawan dia tu kat tempat biasa.”

“Banyaklah abang Nazim tu. Kawan?” Muka Nad keruh.

“Iyalah. Tadi abang Nazim call mama. Tu kawan abang Nazim yang baru pindah hujung rumah kita ya? Tapi kenapa mama tak tahu ek?”

Eee..Nad rasa berbahang seluruh muka. Abang Nazim memang nak kena. Kalau kena cepuk dengan batang kayu golf baba pun best kan? Mama menambah lagi cerita.  “So nak bawak encik tak bernama tu memancing ke? Waaaa…”

“Mama nak ikut ke?” Nad pandang wajah mamanya. Mama pun pandai sebut ‘Encik Tak Bernama.’ Ni semua tak lain tak bukan kerja abang Nazim lah ni. Choi betul! Pandai betul dia pusing ayat…pusing sana sini. Entah apa agaknya memujuk baba dan cakap pulak kat mama. Kemudian entah bagaimana boleh pulak mengatur semua ni jadi seperti sekarang. Penulis skrip betul!

Senyum. Gelengkan kepala. “Tak naklah. Mama ada banyak kerja lain nak buat. Nad pergilah bawak dia tu. Kesian…lama tunggu Nad. Nanti abang Nazim tunggu Nad dan encik tak bernama tu kat tempat biasa. Enjoy ya!” Roziana senyum. Sempat lagi dia pesan pada Nad. “Haaaa…abang Nazim dah siap sedia jugak joran dia. Reel, tali pancing, mata kail. Siap sekali dengan umpannya. Ada kat depan mama dah siap-siapkan.”

Ceh. Mama pun macam berstrategi aje dengan abang Nazim ni. Nad jungkitkan kening. “Mama ni macam iya iya aje dengan abang Nazim tu. Eee, abang Nazim ni teruklah. Entah siapa-siapa yang dia suruh Nad teman bawak pergi memancing. Bencinya!”

Roziana dah ketawa. Tapi buat-buat macam tak tahu perancangan Nazim si anak bertuahnya. Mata terus memerhati Nad yang sedang melangkah sambil hentak-hentakkan kaki. Siaplah abang Nazim malam ni. Memang kena karate dengan Nad. Buat dajal tak habis-habis.

***

Dia pakai snow cap lagi. Tutup mata sebelah. Gaya lanun si mata satu. Tapi nampak formosus. Oh kenapa ni? Kenapa jantung Nad berdetak-detak laju ni. Suara lemak merdu dia akhirnya keluar sambil tayang gigi. “So, I rasa tak salah pun kalau si Nazim tu plankan kita untuk pergi memancing. Kan?”

Ewwww. Nad gigit bibir. Selamba aje dia buka pintu kereta Perodua Viva milik encik tak bernama. Tak berjawab sambil kunci mulutnya yang banyak emas. Nad buka bonet dan mereka sama-sama meletakkan semua alat-alat memancing. Joran sumbat kat tempat duduk belakang.

“So..you tahulah abang Nazim yang whatsapp kat you. Dan bukan I?” Nad terus masukkan diri dalam kereta si lelaki. Ya rabbi. Kereta dia buruknya. Kotor ya amatssss! Mata meneliti. Ke kanan dan ke kiri.

“Sorry. Kereta I memang macam ni. Maklumlah kerja tukang menukang ni perlu korbankan sebijk kereta jadi tong sampah. Tapi you still nak bawak I memancing kan?” Sengih saja dia. Perasan si gadis entah-entah mengutuk kereta comelnya ini.

Eh encik tak bernama ni. Jalan saja. Nak bebel-bebel nanti kat kolam sana. “I tak tanya pun apepasal kereta ni buruk sangat. Tak kisah pun. Asalkan boleh gerak.”

“You pun tak kisah kan keluar dengan I lelaki yang tak bernama dan yang you tak kenal ni?” Viva putih serentak itu berjalan.

“Baba kenal you. Sebab tu I tak kisah. Tapi ada juga satu sebab yang buat I kisah. Sebab nama you pun I tak tahu. Masalahnya ape pasal I terbabit sekali dengan program memancing abang Nazim ni. Huh.” Nad ketuk kepala dengan jemari sendiri.

Dia senyum. Selamba bawa kereta. Tekan minyak laju-laju. “Dijodohkan agaknya.” Terbit ketawa yang menyenangkan halwa telinga Nad.

Nad pusingkan kepala pandang si lelaki yang matanya hanya sebelah saja berfungsi. Dasar gatal sebut perkataan jodoh menjodoh ni. “Heh. You nampak ke memandu sambil pakai sebelah mata aje tu? Snow cap ni fesyen you ya?”

Angguk. Senang sekali mendengar suara Nad. Entah kenapa dia rasa nyaman dan segar. “Yup. Fesyen I. I boleh nampak lagilah. Jangan risau okey? Eh…tak nak tahu nama I ke?” Sambil itu dia jolok sarang tebuan.

“Malas. Buang masa nak tahu nama you. Habis memancing kita balik.”

Haaa…tebuan dah lari. Hehe. “Ohh..okey.” Dia sambung dengan pantas. Bawa lagi Viva selaju boleh. Pertemuan pertama dan pertemuan kedua yang sungguh pelik. Tetapi mengundang sesuatu dalam jiwa si dia. “Tapi nanti you mesti nak tahu jugak nama I kan?” Dia tak nak mengalah.

Eeee..rimaslah. “Iyalah-iyalah. Nanti bila you dah hantar I balik. You bagi tahu nama you.” Nad gigit bibir. Mengawal jantungnya yang berdetak laju-laju. Hairannya ia berdetak laju-laju bila suara lelaki itu menjengah ke gegendang telinganya. Macam bunyi indah…errr..bunyi menyamankan.

“Ohh..okey.” Nada suaranya sama. Rasa terpinggir hati sebab si gadis cantik manis tidak mahu lanjut bertanya namanya.

Sehingga mereka letakkan punggung atas tikar yang disediakan abang Nazim. Cis, tikar pun dia bagi sekali kat mama. Memang nak kena abang Nazim ni. Memang harus kena cepuk dengan batang golf baba.

Sehingga juga masing-masing dah campakkan joran. Pusing reel dan menyedut udara segar petang damai. Dingin sahaja tanpa sepatah kata jawapan dari bibir Nad. Si dia masih selamba melayan joran. Layan perasaan. Layan mata pandang kaki langit. Kalau Nad diam, dia pun lebih baik diam tak mahu membuli si gadis. Abang Nazimnya pun dah mengaku malam tadi siap bertyping! Typing! Tapi dia si lelaki tetap nak mengikut rancangan Nazim. Memancing dengan Nad. You kawan dengan adik I baik-baik ya. sekali you buat tak senonoh..I campak you masuk dalam kolam.

“Eh..janganlah bisu aje gini. Tak bestlah.” Nad akhirnya bersuara. Si dia seronok mendengar suara mengaku kalah Nad.

“Shhh…” si dia letak jari telunjuk atas bibir sendiri. Pandang Nad sambil hadiahkan senyuman mahalnya. “Diam. Ikan nanti lari dengar suara you tu.”

“Eeee..tolonglah. Tak akan ikan ni lari sebab dengar suara I.” Mata mereka bertemu. Nad terus pusingkan kepala. Pandang tasik yang hijau membiru.

“Nama I Tan Jie Kang.” Dia mula memperkenalkan diri. Senyum sahaja sambil jeling Nad yang berjarak beberapa meter dengannya.

Nad fokus. Sesekali dia membetulkan tali jorannya. Reel jadi teman jemarinya. Rasa macam pernah dengar nama ini keluar dari bibir baba. Jap-jap. Musykil sekejap. “Tan Jie Kang?”  Entah itu bentuk soalan atau jawapan, Nad sendiri tidak pasti.

Tan angguk. “Mr Tan!” Bulat sudah matanya. Eh eh Nad ni.

“Hahahaha.” Nad ketawa. Tiba-tiba dia teringatkan perbualannya dengan baba. Apalah baba ni. Kenapa tak cakap awal-awal yang lelaki ini adalah Mr Tan itu. Habis kena berjemur kat luar pagar tempoh hari. Sudahlah malu tak habis lagi sebab kejadian memalukan dirinya hari tu. “So, youlah Mr Tan yang baba cakap tu. Yang baba cakap nak kenalkan I dengan you tu?”  Iskk..sampai letak nama dia sebagai encik tak bernama dalam whatsapp.

“Serius?” Tan macam percaya dengan kata-kata Nad. Terhibur mendengar Nad ketawa. Sah-sah dia suka mendengarnya.

“Taklah. Baba tu bergurau aje. Kenal-kenal gitu aje bolehlah kan. So you lah kontraktor yang akan renovate rumah kami ya?” Nad dah mula beramah mesra. Tadi dia kaku macam kayu. Kini, dia dah terlebih pulak mahu bertanya.

“Harap-harap baba you pilih I.”

“I pun harap begitu.” Nad lancar menutur katanya. Makin lama duduk memancing ni makin serasi dia dengan lelaki di sebelahnya ini. Tan senyum.

“Ada tiga kontraktor kot. Tapi kalau macam yang baba you kata, kalau pilih I, I bagi diskaun banyak-banyak. Sebab mana tahu I dapat you kan. Bolehlah sikit lebih kurang.” Tan jeling Nad. “Nak renovatekan free pun boleh.”

Nad terbatuk-batuk. Jawapan si Mr Tan ni lain pulak bunyinya. Sekeh kepala tu nanti baru tau. “Hello…you ingat I ni barang dagangan ke?” Nad jelirkan lidah. Langsung si Tan ketawa sampai matanya mengecil.

Ah – ketawa sikit pun dia nampak betul-betul di sisi lelaki manis dipandang. Lelaki berketurunan cina ni buat dia rasa macam err err sumpah jiwanya terhibur.

“Eh…Tan Jie Kang? Apa maksud nama you ni?” Nad selesakan kedudukan punggung. Apesal dia ni cina? Kalau melayu Islam dah lama Nad minta baba pinangkan. Ops. Gila kau Nad? Hehe.

Suara lemak merdu lelaki di sebelahnya ini terus mencernakan kesegaran dalam jiwa Nad. Ceh! “Can be defined in many ways. One of it outstanding and health.”

“Ohhh..patutlah.” Nad angguk. Ye o o aje si Tan ni bagi maksud begitu.

“Apa yang patut?” Tan rasa nak tahu apa sebenarnya yang tercetus dari hati si gadis.

“You boleh matching berkawan dengan I. Haha.”

“Eh dia ni. Ketawa pulak.” Kening Tan dah bercantum.

“Ishh…betul apa. Bukan senang tau nak mula-mula borak dengan I. Abang Nazim cakap saya ni si mulut emas.” Ehh…apa aku cakap ni? Kenapa boleh jadi terlebih manis bergula-gula ni? Tadi bukan kata tak suka ke nak keluar memancing dengan ini encik Mr Tan. Apa Nad dah buat ni?

“Sebab tu I kata kita ni berjodoh!” Burrrr…Tan Jie Kang menoleh pandang Nad. Whatsapp main-main si Nazim dah mengenalkan dia dengan Nad.

Haa….ambik kau Nad. Sekali kena dengan batang hidung sendiri.  Nad terus diam. Tak berani lagi nak menjawab. Sesi perkenalan antara Tan Jie Kang kini bermula. Tik tok tik tok.

Tan Jie Kang. Nad senyum sahaja sambil seluk poket seluar. Mana iphone I ni? Nad bebel-bebel dalam hati. Dia letakkan joran perlahan-lahan atas rumput dan himpit dengan sebuah bekas. Dia sebut nama itu beberapa kali. Cari senarai contact sendiri dalam iphone.
“Eh you buat apa tu?” Sibuk-sibukkan diri tanya Nad buat apa.

“Edit nama you.” Jujur betul kau Nad.

Tan senyum. “Tan Jie Kang. Tan Jie Kang.” Tan ulang  nama sendiri berkali-kali. “You sebut nama I lima kali….I datang depan you.”

Ah…Nad ketawa. Rasa bahagia dengan kejujuran si Tan Jie Kang ini. “I edit dah nama you.” Nad simpan balik iphone dalam kocek seluar jeansnya.

Tan jadi spesis mat kepoh. Tak sabar nak tahu jawapan dari Nad. “Tukar jadi apa?” Jantung Tan pula dap dip dup.

“……Encik Mata Sepet!”

Cis.  Dan tawa Nad berhamburan bersama jorannya yang tiba-tiba bergoyang-goyang. Oh, ikan berjaya ditawan. Misi memancing berjaya bersama seekor ikan. Oh..Tan seronok saat melihat ikan mula naik ke daratan. Dia dah mula menjeling-jeling. Dah mula rasa seronok dengan aktiviti memancing ikan bersama Nad.

“Tan Jie Kang. Tan Jie Kang. Tan Jie Kang. Tan Jie Kang. Tan Jie Kang.” Nad pusingkan kepala. Angkat kening tuju pada Tan yang masih tak lekang dengan senyumannya. “I dah panggil dan sebut nama you lima kali ni.”

“Chehh you ni kan memang pretty lady…. Ni hen huai dan.”

Haila..ni yang malas nak belajar bahasa mandarin ni. Si dia berukuran 180cm dan handsome ni Nad tenung. “You jangan renung I lama-lama Mr Tan. Nanti you cair. Haha.”

17 April 2013

Mr Tan 3


Nazim sengih. Pandang telefon adik kesayangannya, Nadratul Nisa'. Suara adiknya sedang menyanyi dan mengikut rentak lagu La Suavecita menghiburkan gegendang telinga. Entah apa-apa lah Nad ni! Salah lirik tu dik oi. Berterabur sungguh! Apa yang Nad sebut memang berbeza dengan lagu yang sedang berdendang ini. Bunyi air dari dalam bilik air turut sama menjadi teman.

“Oi. Dahlah menyanyi berzumba bagai tu. Tak sedap langsung. Mandi ajelah.” Nazim goyangkan kepala. Campakkan badan ke tilam bersaiz king Nad. Jemari ligat pandang telefon Nad. Dia sengih. Jemari pantas mencapai.

Shut up you. Buat apa dalam bilik Nad ni. Keluarlah!” Nad berhentikan gerakan zumbanya. Kacau betullah abang Nazim ni. Dia fokus kembali membiarkan air menyirami tubuh. Ah – segarnya.

“Eleh…kita penatlah balik kerja. Rindu kat dia. Ni yang masuk bilik Nad nak jumpa borak-borak. Itupun salah ke?” Nazim tarik nafas. Selesakan keadaan kepala dengan bantal empuk adik sendiri. Hilang stress kerja bila masuk bilik adiknya yang berbau wangi ini.

“Sibuk betullah dia ni. Malam nanti kita sembang-sembanglah. Nad tengah mandi. Boleh tak jangan kacau privacy kita petang-petang ni? Pergilah masuk bilik sendiri. Ishhh…”

“Okey.” Nazim pandang pintu bilik air. Privacy konon. Sangat-sangatlah kan. Kalau malam nanti, tak datang bilik, borak-borak sambil makan jajan…siaplah tarik telinga. Nazim susah hati. Iyalah, kalau tak cerita masalah cintanya bersama Syeqa dengan Nad rasa macam putus nyawa pun ya. khidmat nasihat adiknya selalu tip top! Selalu idea bergeliga datang untuk memujuk Syeqa yang terlebih dos manjanya itu.

“Ada masalah lagi ke?” Nad menjerit dari dalam bilik air. Abang Nazim kalau tiba-tiba masuk bilik memerap tu mesti ada masalah perang dunia ketiga dengan Syeqa. Bukannya Nad tak tahu pun.

Nazim sengih. Usik telefon adiknya. Angguk. “Iya.”

“Masalah apa lagi. Kan ke hari tuh Nad dah suruh belanja dia makan Pizza Hut. Dah buat tak?” Nad masih memetir.

“Dah.” Nazim cebikkan bibir. Tapi dia gelengkan kepala. “Tapi tak jadilah idea tu Nad. Boleh bagi idea lain tak? Asyik makan aje. Gemuklah abang nanti.” Nazim buka whatsapp adiknya. Mata meneliti. Jiwa rasa tenteram sebab Nad kalau apa-apa pun mesti cuba selesaikan masalah cintanya dengan Syeqa. Tadi memanglah Nad halau dia keluar. Tapi terlanjur Nad bertanya baik cepat-cepat dia jawab.

“Ahh – mengada aje si Syeqa tu. Dia tu kalau rasa dia bagus sangat dan cantik sangat. Abang cari ajelah awek lain. Senang cerita.” Nad ketawa. Hahaha. Dah malas nak layan karenah Syeqa tu. Cucuk mata dengan garfu baru tau!

Nazim pandang pintu bilik air. Grrrr. Berasap kepala dengan idea baru Nad.

“Boleh tak bagi idea lain?” Nazim terus bangun dan bersila. Pandang whatsapp dan baca semua whatsapp antara adiknya dan ‘ENCIK TAK BERNAMA’. Nad dalam bilik air diam. Entah buat apa. Nazim sengih. Kejap-kejap senyum dan jemari ligat membuat sesuatu. Ngeh ngeh.

“Ahhh..malaslah bagi idea lain. Nantilah malam kang.” Nad rupanya masih hidup. Agaknya Nad dalam bilik air pasang telinga. Nazim angkat kening. Jahatnya mengenakan adik sendiri.

Kita pergi memancing nak? Hantar whatsapp kat ENCIK TAK BERNAMA. Nazim senyum jahat.

Memancing? Hahaha. Hei girls…I ingat you nak ajak I pergi club. Eh – encik tak bernama ni balaslah. Nazim rasa makin seronok. Ooo, pandai sungguh Nad ya. Encik tak bernama konon.

Sorry, I tak pergi club. Nazim rasa nak cepuk encik tak bernama ni. Kurang ajar. Ajak adik aku pergi club. Aku karate engkau sampai patah riuk nanti.

Nice. Bagus-bagus. Baba you pun orang baik-baik. You ajak I pergi mancing ni…you mimpi ke?

Yes. Mimpikan you.  Hahaha. Nazim gelak besar.

“Oi oi! Ketawa nampak Mr Bean ke?” Nad musykil. Tutup kepala paip. Telinga cuba menangkap ketawa abangnya. Nazim kalau tengok cerita Mr Bean sampai esok pun boleh.

Errr. Nak memancing I ke nak memancing ikan? Si encik tak bernama membalas lagi.

Hahahaha. Nazim sekali lagi ketawa bagai nak pecah dinding bilik Nad. Suka betul Nazim dapat mengenakan Nad dengan ENCIK TAK BERNAMAnya ini.

“Hei..Nad tak sukalah main-mainkan Nad. Gelakkan apa tu?” Nad menjerit lagi. Suara capai nada keramat tahap lapan.

“Mandi aje lah. Bisinglah dia ni.” Nazim makin syiokkk menjadi Nad.

Esok. Jam 5 petang. You tunggu I kat errr errrrr ….  Nazim mati akal. Tunggu kat mana pulak ni? Jari masih ingin bertyping! Typing!

Restoren Di Naina.

Ohhh…Nazim tarik nafas lega. Senang betul berurusan dengan encik tak bernama Nad ini. Agaknya kat situ selalu Nad berdating dengan lelaki ini. Kemain kau ya. Bagi tahu baba. Ok. Deal. Eh, nama you memang encik tak bernama ya?

Nazim menanti balasan. Laju sahaja jawapan dari di sana. ;)

Hanya ikon senyum. Tomorrow you remind me ya. Call I jam 4.30. I takut terlupa.  Nazim kumpul idea. Untuk Nad. Untuk hari esok. Berjanji temu dengan encik tak bernama. Ketawa lagi si Nazim sampai sakit perut. Adoi! Pegang dahi sendiri.  

Nazim pusing idea. Nad ni kenal ke tak dengan encik tak bernama ni? Hei. You still remember me kan?

Kenapa pulak I tak ingat. Baba cakap nama you Nad. I mengadu kat baba you yang you jemurkan I tengah panas kat luar pagar.

Nazim berjaya! Yes. Jemari menaip lagi. Membalas whatsapp dengan ligat. Erm. Ok. See you tomorrow ya.

Hei hei.  Encik tak bernama typing! Typing! Laju. Laju.  Mata Nazim terus membaca. Bola mata ligat memerhati aksara-aksara yang sedang keluar dari telefon pintar Nad. You tak nak tanya nama I ke?

Esok. Esok you bagi tahu nama you. Bawak alat memancing sekali okey. Jangan lenggang kangkung pulak.  Nazim rasa macam bercinta pun iya. Muahaha.

Okey. ;) tapi I macam tak percaya you ajak I memancing. Opkos sebab I hensem. Kot?

Hahaha. Nazim membalas sambil ketawa. Perasan betul encik tak bernama ni.

Nad bukak pintu dengan laju. Cekak pinggang. “Ape senyum-senyum?” Nad pandang jemari Nazim yang sedang ligat membuat sesuatu. “Abang buat apa tu? Beraninya dia usik telefon kita. Abang ni suka kan buat Nad marah. Kan Nad kata jangan berani-berani usik iphone Nad. Bak sini balik.”

Nazim control diri. Tahan nafas Nazim. Tahan. Tahan. Jangan ketawakan Nad. Doa banyak-banyak jangan Nad perasankan semua whatsapp ini. Ya Allah, bantulah hambamu yang baik ini. Amin.

“Eleh. Nah. Baru usik sikit dah takutlah tu. Lain kali letak password ke. Tak pun bawak sekali masuk dalam bilik air tu.” Nazim bangun. Gesa-gesa betulkan cadar dan hulurkan telefon kepada Nad. Pantas sahaja Nad menyambarnya.

Dia jeling Nazim. “Kalau berani buat dajal kat Nad..siaplah abang. Nad kasi Syeqa kat Haikal tu. Jangan main-main okey?”

Nazim bulatkan mata. Janganlah si encik tak bernama tu balas whatsapp atau bertyping! Typing! Typing!  Mata Nazim menyorot wajah cemberut adiknya yang dah siap sedia berpakaian.

Esok. Tunggulah hari di mana dia mengatur pertemuan antara ENCIK TAK BERNAMA dan Nad. Haha. Malam ini, dia harus bersekongkol dengan baba. Baba tersenarai untuk projek antara hidup dan mati ini. Sebab si encik tak bernama itu rasanya, semalam datang ke rumah dan bertemu baba. Dia yakin. Amat-amat tepat firasat hatinya. Yang pasti dia harap encik tak bernama itu bukan datuk bercucu. Bukan juga datuk ada bini dua atau datuk berkerepot. Kalau tekaan Nazim tepat – kerepot, datuk bercucu dan datuk bini dua  à Haruslah Nad menjerit dan sebulan nantilah mereka tak bertegur sapa.

Entah-entah perang antara Israel dan Palestin bermula lagi. Nazim lintang pukang membawa tubuhnya keluar dari bilik Nad. Harus cepat bersemuka dengan baba. Yang paling bodoh, kenapa tadi dia lupa nak salin nombor telefon encik tak bernama itu. Ishhh, kan ke dah menyusahkan diri sendiri. Buat dajal kat adik sendiri tapi lupa nak buat strategi.

12 April 2013

Mr Tan 2




Nad cepat-cepat tarik tudung. Siapa pulak yang tekan loceng sampai lima belas kali ni? Adei. Baru nak tengok Running Man sambil gelak guling-guling. Kacau daun betul. Loceng berbunyi lagi dua kali.

“Sabarlah weiii!” Nad betul-betulkan tudung dan hempas pintu sekuat hati. Mama mana ni?

“Ma!” Nad menjerit sambil leher dipanjangkan mencari mama. Loceng rumah menyakitkan lagi telinga. Ni budak-budak mana pulak yang main loceng rumah ni. “Siapa yang main loceng sesuka hati aje ni ma?”

“Ma dalam bilik air. Bukakkan pintu tu, tengok siapa malaun tekan sampai banyak kali tu. Entahlah budak-budak tu kot. Saja main-main tak ada kerja agaknya.”

Nad dah berdiri depan pintu. Mama dah buat kesimpulan sangat. Budak-budak sangatlah kan? Nad panjangkan leher buka pintu kayu. Gesa-gesa cari selipar untuk melihat siapa di luar pintu pagar.  “Hoi…hoi! Kot ya pun janganlah tekan sampai lapan belas kali loceng rumah saya ni. Ishh..” Nad lepaskan kegeraman. Mata nampak seseorang memakai snow cap dan tunduk pandang marmar. Jemari dia pulak terletak cantik di dinding sebelah kiri. Nad sambil pegang remote control pintu rumah cebikkan mulut. Terus dia mara ke arah susuk tubuh lelaki di tepi pintu pagar.

“Panas tau tak?” Dia panggung kepala.

Darah terus menyerbu naik ke muka. Oh macaroni! Oh spagettthi! Oh formosus! Eh, kenapa darah Nad rasa bergelodak dan bulu roma rasa mencanak naik tegak ni? Tapi Nad tak puas hati. Tetap nak menjawab. Meski entah dia rasa macam errr macam nak terkulai kepala lutut melihat wajah si dia di depan mata ini. “Habis, you ingat I ni pekak ke tak nak bukak pintu?”

“Huh. Perempuan. Mana you punya itu bapak?”

Amboi bahasa. Tunggang terbalik aje dia ni. Meh Nad lawan. Sudahlah tekan loceng banyak kali sampai bernanah telinga. Dia cekak pinggang. “Entah, I tak tahu. Okey bye!” Nad tekan balik remote control. Pintu pagar tertutup balik sambil si lelaki terjengah-jengah lehernya pandang Nad. Pandang pulak bahagian bawah Nad yang terdedah. Eh, budak ni kenapa pakai baju sampai paras lutut aje? Budak-budak melayu perempuan setahunya kalau pakai tudung mesti tutup sampai ke bawah. Fesyen baru ke?

“Oi. Oi. Mana lu punya seluar ke kain ke?”

Aaaaa….Nad terngaga sudah. Mata pandang bawah. Seluar? Kain? Seluar apa pulak ni. Mata terkejip-kejip pandang diri sendiri yang tak sempurna di mata lelaki berkenaan. Darah yang menyerbu naik sampai muka rasa nak tersembur keluar. Oh..malunya. “Mama!!!!”

Hahahahahaha. Si lelaki dah ketawa tak ingat dunia sambil mata menyorot pandang tubuh genit anak Marzunisham yang kelam kabut berlari dan masuk ke dalam rumah.

***
Nad tarik nafas dan menutup kembali langsirnya. Mata tertinjau-tinjau batang tubuh lelaki yang memalukan harinya. Haaaa…segannya. Kenapa lagi dia berdiri kat luar pagar tu? Apa lagi yang dia nak dari baba? Ke dia tu Ahlong kutip duit? Eh baba pinjam dari ahlong ke?

Jemari tangkas menulis sesuatu untuk baba. Mata masih memerhati si lelaki bersnow cap di bawah. Dari langsir ni pun jadilah. Handsome jugak lelaki tu ya baba. Hehehe. Baba pinjam duit dari ahlong ke?

Whats? Tak ada makna. Ni kenapa whatsapp tak bagi salam ni?

Hehe. Saja. Btw, siapa mamat handsome yang cari baba ni? Dia ada kat bawah. Tunggu baba dah dua jam.

Two hours? Gila ka? Kenapa tak suruh dia masuk? Nad, kat luar tu panas tau tak?

Baba. Kat rumah ada mama dan Nad aje. Mana boleh bagi masuk. Chet! Lagipun dia pakai snow cap. Menghalang panas. Ok apa?

Mama tahu tak?

Nad sengih. Gelengkan kepala. Hihi. Jahat betul anak baba kan? Nad cakap kat mama, dia dah balik.

Nakal. Suruh dia tunggu kat taman baba. Setengah jam lagi baba balik. You kan memang suka buli orang.

Bagi number phone dia kat Nad. Nad nak whatsapp dia. Terlanjur tu nak berkenalan sekali. Hehe. Malas arr Nad nak turun. Nad bukak pintu pagar dari atas aje. Boleh? Nad sengih nak  mengenakan si lelaki bersnow cap.

Okey. 019-3880290

I love you, baba! Ehh, nama dia?

Encik tak bernama. Jangan kacau baba. Nak balik cepat ni. K bye.

Nad jelirkan lidah. Senyum simpul baca pesanan dari baba. Amboi baba. Dah macam kawan-kawan aje berwhatsapp. Hihi.

***
Nad pandang lama-lama. Oh spagetthi betullah. Kawan baba sikit punya kacak macam ni. Mata Nad memerhati susuk tubuh tinggi si lelaki yang mengikut arahannya. Oh, dia dah masuk.

Jangan buat macam rumah sendiri okey. Nad hantar lagi whatsapp.

Eleh. You kan…dahlah tak pakai seluar. Haha.

Shut up! Aurat tau tak? Pipi dah merah blushing sebab malu ya amatsss!

Si lelaki pandang atas. Dia perasan langsir di bilik yang itu asyik bergerak-gerak dan dia tahu ada sepasang mata memerhatikannya. Dia senyum. Berdiri tegak betul-betul depan bilik si gadis tadi. Ada taman cantik di sekelilingnya. Jemari ligat membalas whatsapp dari si gadis. I tahulah I ni kacak yang amatsss. Janganlah curik-curik tengok I.

Bluweekkkk. Nad dari balik langsir nak termuntah. Eeeee..geli aje dia ni.

Hei. You dahlah tekan loceng rumah I sampai empat puluh kali. Perasan lebih.

Suka hati I lah. Apa punya orang.

Eh eh dia ni.

Eh eh you ni. I nak jumpa baba you. Bukan nak layan whatsapp you yang entah apa-apa ni.

Gila!

Si lelaki tersenyum sumbing. Dongakkan lagi kepala pandang langsir yang masih bergerak-gerak. Dia mahu mengusik si gadis. Btw thanks sudi ajak I masuk kat taman baba you yang cantik ni. I nak bagi tahu you something ni.

Duduk ajelah kat bawah tu diam-diam. Sibuk aje. Jangan terjun kolam sudah. Haa..apa dia encik tak ada nama? Apanya?

Mata you cantik.

Ooo macaroni! Nad terus tegak berdiri sambil pandang skrin telefon pintarnya. Teringat mulut longkang si Fikri, “Kau kan Nad…kalau orang kata mata kau cantik tu penipu namanya. Hahaha.”

Serius, mata you cantik! Whatsapp dari encik tak bernama buatkan Nad rasa nak pitam tak percaya.

10 April 2013

Mr Tan 1


Tan Jie Kang.
Musim Cinta I
"Jika menyintaimu, berdosakah aku?"

 ****
“Bila nak renovate rumah ni mama?” Sambil kaki turun mengikut tangga dan tangan Nad lancar membalas whatsapp Nani.

Roziana pandang anak dara tunggalnya. “Minggu depan kot. Entahlah baba tu. Asyik tangguh aje.”

“Emmm..baba kenalah confirmkan awal-awal. Nad nak kemas-kemas bilik tu nanti. Pindahkan barang kat bilik Nazim. Nanti renovate dulu bilik Nad ya mama.” Kejap aje Nad dah duduk atas sofa empuk yang baba beli dari Turki.

“Hmm..iyalah. Tengoklah baba nanti macam mana. Mana pulak nak ditukangnya.”

“Ala…jangan baba suruh si tukang tu datang masa Nad cuti semester sudah.”

“Eh..kan ke elok masa kamu ada kat rumah. Nad kan cerewet. Nak ubah itu ini semua. Baba mesti carik masa dan waktu yang sesuai untuk Nad, Nazim dan Nazrul.”

Nad pandang telefon bimbit. Leceh ar baba ni. Dah dua kali dia fakskan gambar bilik idaman kat baba. Asyik hilang dan lupa mana letaknya. Entah-entah suruh faks lagi. Kalau kali ketiga ni mesti dia akan ubah lain pulak.  “Nad letak deko paling mahal nanti, susahlah baba. Asyik suruh ubah suruh faks manjang aje. Eeee..” Nad scroll down telefon pintarnya. Cari nombor baba.

Sekelip mata dah berborak pula dengan baba. “..ba.”

“Hurmm…” Senyum panjang Marzunisham. Suara anak gadisnya lagi. Masuk ni dah lima kali call masuk dari anak sendiri.

Why you hurmmm hurmmm?”

Sengih. “Haha. Baba tengah sibuk ni. So kali ni fasal apa pulak?”

“Boleh tak baba bagi tahu betul-betul kat Nad dan kami semua, bilanya nak start reno rumah ni? Asyik ubah tarikh aje. Masa Nad cuti semester ke baba?”

“Mana tahu?” Marzunisham ubah telefon ke telinga kanan.

“Mama bagi hint aje. Tapi Nad nak tahu jugak. Boleh prepare awal-awal. Mana tahu lambat lagi ke. Boleh ubah balik deko tu. Hehe.” Terbayang bilik idaman hati warna hijau muda yang mama tunjukkan tempoh hari.

“Mengada. No!”

Nad pandang mama. Sengih dengar suara papa kata no. “So?”

“Nad cuti semester nanti, projek akan berjalan. Jangan risau okey?”

“Siapa tukang renovate? Eric Leong?” Haha. Nad dah ketawa terbayangkan keletah deko-deko si Eric Leong.

“Tan. Mr Tan.”

“Mr Tan? Sape pulak Mr Tan ni baba? ” Nad kerutkan dahi. Eee..baba ni suka cari tukang rumah entah sape-sape. Kontraktor mana pulak baba upah kali ini.

“Kenapa tanya? Nak baba kenalkan ke? Haha.”

Nad jelirkan lidah. “Eeeee….okeylah. Nad nak makan dengan mama. Jumpa malam nanti ya baba.” Mata juling air aje tengok karipap yang mama baru goreng.

“Okey. Assalammualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Marzunisham sengih lagi. “Eh-eh. Jap.”

“Nape baba?”

“Tapi kalau betul Nad nak berkenalan dengan Mr Tan tu baba okey aje. Bolehlah baba reno rumah tiap-tiap tahun dan dia buatkan free aje. Deal?”

“Ni bukan citer kahwin paksa okey. Eh eh baba ni!”

***
Hohoho. Lama tak menulis. Banyak manuskrip nak kena siapkan. Phewwww……kepala tak jalan dah. Entahlah. Saya dah langsung tak semangat nak menulis. Pengakhiran yang buat saya termenung sambil hadap cerita Zain & Majdina yang tak siap-siap. Nak nangis pun ya. Lost! Rasa kehilangan dan rasa entah.  Minta maaf ya kalau lepas ni saya diamkan diri berbulan-bulan ke. Kita tunggu sampai MPE publish dan sampailah saya rasa okey untuk berhadapan dengan kenyataan. Hahaha (tak boleh blah). Jangan muntah ijo. Ni ayat penulis separuh masa yang selalu kecewa. Esok lusa entah-entah dapat ilham laju-laju boleh sambung DCHS lagi sampai siap.