“I kat bawah ni. Dah siap bawak joran
bagai semua. Ni dah pukul 4.30. Kita nak gi memancing kan?” Suara dia yakin
tahap seratus peratus sungguh. Tahap gaban jugak. Nad terkebil-kebil sambil
mendengar suara lemak merdu si dia. Encik Tak Bernama call Nad. Ishh..macam tak percaya. Haha.
“Eh, kenapa you ada kat bawah ni?
Kenapa? Kenapa?” Nad mula mencerna wajah si formosus
yang mengganggu mimpinya malam tadi.
“Eh-eh dia ni.” Si dia tak senang hati.
“Abang Nazim yang call I tadi kata you tak jadi nak jumpa I kat Di Naina. So I
volunteer datang sini ambik youlah. So?”
“Heh.” Nad masih rasa sengal-sengal.
Abang Nazim? Kenapa tiba-tiba nama abang Nazim muncul dalam perbualan tergempar
ini.
“I tak kira…I dah batalkan rancangan I
keluar dengan Jia Wei sebab you. You janji nak bawak I pergi memancing. Kalau
you tak turun, I akan tekan loceng ni sampai malam.”
Nad kerutkan dahi. “Memancing? Eh, you
ni gila ke?” Jia Wei? Eh siapa pulak Jia Wei ni.
“Gila? You yang gila! Habis semalam
siapa yang berwhatsapp dengan I? Hantu Kak Limah?” Nada suara dia di sana dah
tinggi tak puas hati.
“Huh.” Nad renggangkan sedikit iphone.
Garu kepala. Kembali bercakap dengan si suara lemak merdu. “Kejap-kejap. I
konpius tahap nak mati ni. I akan call you balik lepas buat spot-check.”
“You kalau tak turun siap!” Gertak macam
dah kenal sepuluh tahun. Ah, si dia tak peduli. Gigih beli joran baru malam
tadi. Sebab kan Nad. Kadang-kadang dia keliru pun ya.
Nad dalam bilik menjerit. Tawaf biliknya
sepuluh kali sambil membaca semua whatsapp yang ‘Nad a.k.a abang Nazim’nya dan
ENCIK TAK BERNAMA itu. Genggam jemari rapat-rapat. Kadang-kadang Nad urut dada
dan ucap sabar banyak kali. Cuba telefon abang Nazim tapi tak berangkat.
Whatsapp hanya berbalas evil laugh
dan jawapan abang Nazim mudah sungguh. Instead
of asking me about the programme kan…better you pergi memancing dengan encik
tak bernama tu. Hahaha. Dia hensemlah Nad. Pergilah! Jangan lupa tanya nama
sebenar dia. Kehkeh.
Bunyi loceng dah berpuluh-puluh kali.
Setiap kali Nad terhendap-hendap di balik langsir, encik tak bernama matanya itu
tepat ke arah dia. Heh dia ni. Tahu-tahu aje aku tengah mengendap. Bila dengar
mama bising kat bawah menjerit-jerit memanggil, Nad terus menukar baju. Haihlah
abang Nazim. Kenapa? Kenapa mesti ini yang dia rencanakan?
Roziana cekak pinggang. “Dah banyak kali
mama panggil. Tu kawan abang Nazim dah lama tunggu Nad. Siap bawak joran. Abang
Nazim kata suruh bawakan kawan dia tu kat tempat biasa.”
“Banyaklah abang Nazim tu. Kawan?” Muka
Nad keruh.
“Iyalah. Tadi abang Nazim call mama. Tu
kawan abang Nazim yang baru pindah hujung rumah kita ya? Tapi kenapa mama tak
tahu ek?”
Eee..Nad
rasa berbahang seluruh muka. Abang Nazim memang nak kena. Kalau kena cepuk
dengan batang kayu golf baba pun best kan? Mama menambah lagi cerita. “So nak bawak encik tak bernama tu memancing
ke? Waaaa…”
“Mama nak ikut ke?” Nad pandang wajah
mamanya. Mama pun pandai sebut ‘Encik Tak Bernama.’ Ni semua tak lain tak bukan
kerja abang Nazim lah ni. Choi betul! Pandai betul dia pusing ayat…pusing sana
sini. Entah apa agaknya memujuk baba dan cakap pulak kat mama. Kemudian entah
bagaimana boleh pulak mengatur semua ni jadi seperti sekarang. Penulis skrip
betul!
Senyum. Gelengkan kepala. “Tak naklah.
Mama ada banyak kerja lain nak buat. Nad pergilah bawak dia tu. Kesian…lama
tunggu Nad. Nanti abang Nazim tunggu Nad dan encik tak bernama tu kat tempat
biasa. Enjoy ya!” Roziana senyum. Sempat lagi dia pesan pada Nad. “Haaaa…abang
Nazim dah siap sedia jugak joran dia. Reel, tali pancing, mata kail. Siap
sekali dengan umpannya. Ada kat depan mama dah siap-siapkan.”
Ceh. Mama pun macam berstrategi aje
dengan abang Nazim ni. Nad jungkitkan kening. “Mama ni macam iya iya aje dengan
abang Nazim tu. Eee, abang Nazim ni teruklah. Entah siapa-siapa yang dia suruh
Nad teman bawak pergi memancing. Bencinya!”
Roziana dah ketawa. Tapi buat-buat macam
tak tahu perancangan Nazim si anak bertuahnya. Mata terus memerhati Nad yang
sedang melangkah sambil hentak-hentakkan kaki. Siaplah abang Nazim malam ni.
Memang kena karate dengan Nad. Buat dajal tak habis-habis.
***
Dia pakai snow cap lagi. Tutup mata
sebelah. Gaya lanun si mata satu. Tapi nampak formosus. Oh kenapa ni? Kenapa
jantung Nad berdetak-detak laju ni. Suara lemak merdu dia akhirnya keluar
sambil tayang gigi. “So, I rasa tak salah pun kalau si Nazim tu plankan kita
untuk pergi memancing. Kan?”
Ewwww.
Nad gigit bibir. Selamba aje dia buka pintu kereta Perodua Viva milik encik tak
bernama. Tak berjawab sambil kunci mulutnya yang banyak emas. Nad buka bonet
dan mereka sama-sama meletakkan semua alat-alat memancing. Joran sumbat kat
tempat duduk belakang.
“So..you tahulah abang Nazim yang
whatsapp kat you. Dan bukan I?” Nad terus masukkan diri dalam kereta si lelaki.
Ya rabbi. Kereta dia buruknya. Kotor ya amatssss! Mata meneliti. Ke kanan dan
ke kiri.
“Sorry. Kereta I memang macam ni.
Maklumlah kerja tukang menukang ni perlu korbankan sebijk kereta jadi tong
sampah. Tapi you still nak bawak I memancing kan?” Sengih saja dia. Perasan si gadis
entah-entah mengutuk kereta comelnya ini.
Eh encik tak bernama ni. Jalan saja. Nak
bebel-bebel nanti kat kolam sana. “I tak tanya pun apepasal kereta ni buruk sangat. Tak kisah pun. Asalkan boleh
gerak.”
“You pun tak kisah kan keluar dengan I
lelaki yang tak bernama dan yang you tak kenal ni?” Viva putih serentak itu
berjalan.
“Baba kenal you. Sebab tu I tak kisah.
Tapi ada juga satu sebab yang buat I kisah. Sebab nama you pun I tak tahu.
Masalahnya ape pasal I terbabit sekali dengan program memancing abang Nazim ni.
Huh.” Nad ketuk kepala dengan jemari sendiri.
Dia senyum. Selamba bawa kereta. Tekan
minyak laju-laju. “Dijodohkan agaknya.” Terbit ketawa yang menyenangkan halwa
telinga Nad.
Nad pusingkan kepala pandang si lelaki
yang matanya hanya sebelah saja berfungsi. Dasar gatal sebut perkataan jodoh
menjodoh ni. “Heh. You nampak ke
memandu sambil pakai sebelah mata aje tu? Snow cap ni fesyen you ya?”
Angguk. Senang sekali mendengar suara
Nad. Entah kenapa dia rasa nyaman dan segar. “Yup. Fesyen I. I boleh nampak
lagilah. Jangan risau okey? Eh…tak nak tahu nama I ke?” Sambil itu dia jolok
sarang tebuan.
“Malas. Buang masa nak tahu nama you.
Habis memancing kita balik.”
Haaa…tebuan dah lari. Hehe. “Ohh..okey.”
Dia sambung dengan pantas. Bawa lagi Viva selaju boleh. Pertemuan pertama dan
pertemuan kedua yang sungguh pelik. Tetapi mengundang sesuatu dalam jiwa si
dia. “Tapi nanti you mesti nak tahu jugak nama I kan?” Dia tak nak mengalah.
Eeee..rimaslah. “Iyalah-iyalah. Nanti
bila you dah hantar I balik. You bagi tahu nama you.” Nad gigit bibir. Mengawal
jantungnya yang berdetak laju-laju. Hairannya ia berdetak laju-laju bila suara
lelaki itu menjengah ke gegendang telinganya. Macam bunyi indah…errr..bunyi
menyamankan.
“Ohh..okey.” Nada suaranya sama. Rasa
terpinggir hati sebab si gadis cantik manis tidak mahu lanjut bertanya namanya.
Sehingga mereka letakkan punggung atas
tikar yang disediakan abang Nazim. Cis, tikar pun dia bagi sekali kat mama.
Memang nak kena abang Nazim ni. Memang harus kena cepuk dengan batang golf
baba.
Sehingga juga masing-masing dah
campakkan joran. Pusing reel dan menyedut udara segar petang damai. Dingin
sahaja tanpa sepatah kata jawapan dari bibir Nad. Si dia masih selamba melayan
joran. Layan perasaan. Layan mata pandang kaki langit. Kalau Nad diam, dia pun
lebih baik diam tak mahu membuli si gadis. Abang Nazimnya pun dah mengaku malam
tadi siap bertyping! Typing! Tapi dia si lelaki tetap nak mengikut rancangan
Nazim. Memancing dengan Nad. You kawan
dengan adik I baik-baik ya. sekali you buat tak senonoh..I campak you masuk
dalam kolam.
“Eh..janganlah bisu aje gini. Tak
bestlah.” Nad akhirnya bersuara. Si dia seronok mendengar suara mengaku kalah
Nad.
“Shhh…” si dia letak jari telunjuk atas
bibir sendiri. Pandang Nad sambil hadiahkan senyuman mahalnya. “Diam. Ikan
nanti lari dengar suara you tu.”
“Eeee..tolonglah. Tak akan ikan ni lari
sebab dengar suara I.” Mata mereka bertemu. Nad terus pusingkan kepala. Pandang
tasik yang hijau membiru.
“Nama I Tan Jie Kang.” Dia mula
memperkenalkan diri. Senyum sahaja sambil jeling Nad yang berjarak beberapa
meter dengannya.
Nad fokus. Sesekali dia membetulkan tali
jorannya. Reel jadi teman jemarinya. Rasa macam pernah dengar nama ini keluar
dari bibir baba. Jap-jap. Musykil sekejap. “Tan Jie Kang?” Entah itu bentuk soalan atau jawapan, Nad
sendiri tidak pasti.
Tan angguk. “Mr Tan!” Bulat sudah
matanya. Eh eh Nad ni.
“Hahahaha.” Nad ketawa. Tiba-tiba dia
teringatkan perbualannya dengan baba. Apalah baba ni. Kenapa tak cakap
awal-awal yang lelaki ini adalah Mr Tan itu. Habis kena berjemur kat luar pagar
tempoh hari. Sudahlah malu tak habis lagi sebab kejadian memalukan dirinya hari
tu. “So, youlah Mr Tan yang baba cakap tu. Yang baba cakap nak kenalkan I
dengan you tu?” Iskk..sampai letak nama
dia sebagai encik tak bernama dalam whatsapp.
“Serius?” Tan macam percaya dengan
kata-kata Nad. Terhibur mendengar Nad ketawa. Sah-sah dia suka mendengarnya.
“Taklah. Baba tu bergurau aje.
Kenal-kenal gitu aje bolehlah kan. So you
lah kontraktor yang akan renovate
rumah kami ya?” Nad dah mula beramah mesra. Tadi dia kaku macam kayu. Kini, dia
dah terlebih pulak mahu bertanya.
“Harap-harap baba you pilih I.”
“I pun harap begitu.” Nad lancar menutur
katanya. Makin lama duduk memancing ni makin serasi dia dengan lelaki di
sebelahnya ini. Tan senyum.
“Ada tiga kontraktor kot. Tapi kalau
macam yang baba you kata, kalau pilih I, I bagi diskaun banyak-banyak. Sebab
mana tahu I dapat you kan. Bolehlah sikit lebih kurang.” Tan jeling Nad. “Nak
renovatekan free pun boleh.”
Nad terbatuk-batuk. Jawapan si Mr Tan ni
lain pulak bunyinya. Sekeh kepala tu nanti baru tau. “Hello…you ingat I ni
barang dagangan ke?” Nad jelirkan lidah. Langsung si Tan ketawa sampai matanya
mengecil.
Ah – ketawa sikit pun dia nampak
betul-betul di sisi lelaki manis dipandang. Lelaki berketurunan cina ni buat
dia rasa macam err err sumpah jiwanya terhibur.
“Eh…Tan Jie Kang? Apa maksud nama you
ni?” Nad selesakan kedudukan punggung. Apesal dia ni cina? Kalau melayu Islam
dah lama Nad minta baba pinangkan. Ops. Gila kau Nad? Hehe.
Suara lemak merdu lelaki di sebelahnya
ini terus mencernakan kesegaran dalam jiwa Nad. Ceh! “Can be defined in many ways. One of it outstanding and health.”
“Ohhh..patutlah.” Nad angguk. Ye o o aje si Tan ni bagi maksud begitu.
“Apa yang patut?” Tan rasa nak tahu apa
sebenarnya yang tercetus dari hati si gadis.
“You boleh matching berkawan dengan I. Haha.”
“Eh dia ni. Ketawa pulak.” Kening Tan
dah bercantum.
“Ishh…betul apa. Bukan
senang tau nak mula-mula borak dengan I. Abang Nazim cakap saya ni si mulut
emas.” Ehh…apa aku cakap ni? Kenapa boleh jadi terlebih manis bergula-gula ni? Tadi
bukan kata tak suka ke nak keluar memancing dengan ini encik Mr Tan. Apa Nad
dah buat ni?
“Sebab tu I kata kita
ni berjodoh!” Burrrr…Tan Jie Kang menoleh pandang Nad. Whatsapp main-main si
Nazim dah mengenalkan dia dengan Nad.
Haa….ambik kau Nad.
Sekali kena dengan batang hidung sendiri.
Nad terus diam. Tak berani lagi nak menjawab. Sesi perkenalan antara Tan
Jie Kang kini bermula. Tik tok tik tok.
Tan Jie Kang. Nad
senyum sahaja sambil seluk poket seluar. Mana iphone I ni? Nad bebel-bebel
dalam hati. Dia letakkan joran perlahan-lahan atas rumput dan himpit dengan
sebuah bekas. Dia sebut nama itu beberapa kali. Cari senarai contact sendiri dalam iphone.
“Eh you buat apa tu?” Sibuk-sibukkan
diri tanya Nad buat apa.
“Edit nama you.” Jujur
betul kau Nad.
Tan senyum. “Tan Jie
Kang. Tan Jie Kang.” Tan ulang nama
sendiri berkali-kali. “You sebut nama I lima kali….I datang depan you.”
Ah…Nad ketawa. Rasa bahagia
dengan kejujuran si Tan Jie Kang ini. “I edit dah nama you.” Nad simpan balik
iphone dalam kocek seluar jeansnya.
Tan jadi spesis mat
kepoh. Tak sabar nak tahu jawapan dari Nad. “Tukar jadi apa?” Jantung Tan pula
dap dip dup.
“……Encik Mata Sepet!”
Cis. Dan tawa Nad berhamburan bersama jorannya yang
tiba-tiba bergoyang-goyang. Oh, ikan berjaya ditawan. Misi memancing berjaya
bersama seekor ikan. Oh..Tan seronok saat melihat ikan mula naik ke daratan. Dia
dah mula menjeling-jeling. Dah mula rasa seronok dengan aktiviti memancing ikan
bersama Nad.
“Tan Jie Kang. Tan Jie
Kang. Tan Jie Kang. Tan Jie Kang. Tan Jie Kang.” Nad pusingkan kepala. Angkat
kening tuju pada Tan yang masih tak lekang dengan senyumannya. “I dah panggil dan
sebut nama you lima kali ni.”
“Chehh you ni kan
memang pretty lady…. Ni hen huai dan.”
Haila..ni yang malas
nak belajar bahasa mandarin ni. Si dia berukuran 180cm dan handsome ni Nad tenung. “You jangan renung I lama-lama Mr Tan.
Nanti you cair. Haha.”
I Love You kak dihah... Dah start senyum2 nie!!! sambung la gi.. nak tau cair ke tak Mr. Tan atau Nad yang cair tgk Encik Mata Sepet.. PLEASE!!!
BalasPadamreaders yg cair cmni
BalasPadamsuka suka suka ;)
BalasPadamsuka sgt. harap dapat senyum n ketawa selalu :)
BalasPadamjust so funny....Nad & Mr.Tan
BalasPadamMr.Tan suka letuw dgn Nad...hihi ^_^
BalasPadamcik mardihah,sapa model mr tan tu?
BalasPadamsuka.....more plssss........
BalasPadamwaaa wo ai nee heheh
BalasPadamjgn marah ye hu3