Pages

31 Oktober 2008

Menyusuri Memori


Bulan Oktober, Dihah simpulkan sebagai perjalanan yang bermula semula. Kerinduan kepada keluarga saya tatap dengan
doa kepada semua. Semoga semua selamat dan menjalani kehidupan dengan sempurna. InsyaAllah.

Terima kasih kepada semua kerana menjalani dan memproses diri kepada penulisan saya yang sederhana ini. Ada saya sisipkan sebagai pengalaman dan juga sebagai buah tangan kepada semua. Sahabiah dan sahabat, teman dan taulan.

Oh ya, sempat juga tengahari tadi, kami meraikan sambutan hari jadi teman sekerja Hasuga@lebih mesra dengan panggilan 'Joyah'. Saya ketawa seketika. Panggilan mesra untuknya. Untuk Kikimikasa dan Peah juga. Seronok meraikan dan berkongsi ketawa.
Erm, semestinya, meraikan dan memberikan sahabiah atau sahabat gembira merupakan hadiah paling bermakna dalam
kehidupan kita seharian. Meski kecil, sederhana atau besar ia tetap memberi erti yang sungguh murni. Memberi hadiah kepada teman dan sesiapa sahaja adalah perkara paling bermakna sehari-hari. Selamat Hari Jadi ya Hasuga! Semoga terus dilimpahi rezeki, jodoh dan keberkatan dalam kehidupan. Senyum selalu.

Dihah menanti jadual produksi bagi manuskrip Lukisan Jiwa. Bagaimana rupanya ya? Zulkaedah menggamit. Zulhijjah bakal menyusul juga.
Penantian memang menyiksakan jiwa dan perasaan saya. Moga bulan mendatang dengan penuh barakah dan memberi semangat. Pesta Buku Antarabangsa 2009 pada bulan April saya catit penuh mesra dan murni di dalam jadual. Ya, segala akan bermula tahun hadapan. Majlis bicara Alumni PC POLIMAS juga menggamit Februari nanti. Tak sabar rasanya.

Dihah menerima sms ringkas dari Kak Hafizah Haron. Kami berbalas sms. Khabarnya Nawal Aisya, si comel ; sakit demam berjangkit virus mulut, tangan dan kaki. Semoga Nawal Aisya sihat walafiat. Nanti Kak Dihah bagi coklat ya. hehe. Selamat bertemuduga juga untuk Abang Yuzi. Kak Fizah dan Abang Yuzi adalah senior Dihah sewaktu kami belajar dahulu. Hmmm, kita akan berjumpa nanti ya. Jangan lupa bawa Nawal Aisya sekali!

29 Oktober 2008

Cinta Bukan Biasa




PROLOG

Cerita ini bermula lewat dari karangan saya. Seharusnya dipublish semalam, tetapi atas sebab yang tertentu, mencari ilham
dan berkarang juga mengulang kembali. Akhirnya lewat. Fikiran saya asyik tertumpu kepada pengolahan cerita ini. Meski mudah tetapi saya
mahu memberikan yang terbaik untuk kesinambungan kisah ini.
Ini kisah biasa sahaja. Kisah saya, dan rakan-rakan sekalian. Kisah Sya, Kak Long dan Laily....kisah kami bertemu dan memulakan cerita.
Cerita yang ada pelanginya. Warna dan warninya. Adakala ia menyinggah hati dan naluri. Tapi ia biasa sahaja. Dan ia akan serupa dengan cerita antara kita semua. Biasa..tapi ia penuh luar biasa.

I

Selamat Pengantin Baru untuk Azrina Binti Yahya dan pasangannya Mohd Yazid Bin Abu Said. Semoga bahagia, kekal ke anak cucu. Emmm..Azrina sudah jadi isteri orang akhirnya. Alhamdulilah. Bahagia dan murni suasana. Wahh......Mereka sedondon berbaju hijau muda. Kak Long, Sue, Dila, Naimah, Mak Wan, Di & suami (Di ceria dan baby dalam perut khabarnya bulan 12 akan melahirkan) katanya juga, sebab nak jaga hati suami kenalah pulang awal, kalau tidak, 3 hari 3 malam pun tak cukup melayan sahabiah), Kak Azlin merangkap kakak sulung Azrina & suaminya Abang Ed, Kak Niza, Harith, Azarul dan semua sahabiah juga sahabat yang hadir menceriakan suasana. Kami doakan mereka bahagia ke anak cucu dan jodoh kekal ke akhir hayat. Terima kasih untuk Sue yang berpenat lelah kerana kami; Kak Long & Dihah, Sue menghantar kami ke stesen bas Bahau kerana selepas menghadiri majlis walimah, kami akan terus ke Johor Bahru. Risau juga tidak sempat mengejar bas jam 3.00 petang, namun masa menuruti kami dengan mesra sekali.

Selamat Pengantin Baru.

II

Sungguh luar biasa pemandangan di sini. Johor Bahru menggamit. Luar biasa kerana pertemuan kami berempat selepas hampir 5 tahun tidak berkumpul bersama. Masa sebenarnya menentukan pertemuan ini. 26 Oktober 2008. Titiknya dan akhirnya terpancar kerinduan.

Sya - seorang yang kelam kabut. Penuh misteri persoalan hatinya. Lantaran di usia kami 25 tahun, dia masih kuat menghadapi sakitnya. Lancar berbicara dan becok kadangkala. Saya tertawa mengenangkannya...Mohon rezeki yang banyak untuknya kerana menumpang di rumahnya juga menumpang keretanya. Sya redup sahaja. Wajah putih melepak dan sudah berisi sedikit. Ternyata dia gembira dengan penambahan badannya. Soal hatinya, tiada siapa menjangka. Air matanya jatuh pagi itu lantaran kisah 7 tahun penuh azimat disimpan di hati. Perempuan, barangkali terlalu sayang dan setia menanti. Benarkah. Allah mengadili. Kerja Tuhan Siapa Tahu? Saya menyimpan kisah mereka yang tersendiri. Biar saya tahu sebalik semua ini.

Kak Long - Yang diam dan menuruti kisah. Dihah akan memulakan bicara dan langkah seterusnya dia akan sama meluah kata. Serupa dengan wajah Dihah. Adakala ramai tertipu...'emm..eh..ni Dihah ke Kak Long?'kenapa Dihah dah berisi? ehh..ni Kak Longlah.....' jerit Laily di depan Dunkin Donut. Dia juga tertipu. Nasib baik bukan kembar seiras. Kami berpelukan erat. Tertawa mesra. Sungguh....saya memandang Laily...ya..dia nyata berubah, fizikal dan mental (tembam dan comel juga gayanya)...namun, hati dan jiwa kami masih membara kerana persahabatan dan islam. Kak Long sudah nyata mengetahui banyak isi hati ini. Isi hatinya bagaimana pula ? Kita merencanakan kisah nanti ya. Kita akan berkongsi rasa dan cinta. Saya senyum penuh mesra. Kak Long suka posing-posing depan kamera. hi hi hi.

Laily - sukar saya jangka kisah diri juga cintanya. Bagaimana meraikan cinta penuh murni kepada Ilahi ya Laily? Menjejaknya penuh kisah di jiwa. Kesibukan kerja dan lantaran tidak sempat berjumpa. Saya akui padanya dan teman semua. Makin berisi dan comel juga manja. Keletahnya masih sama. Suka mengusik saya yang katanya berdarah manis. Ahh...ada-ada sahaja. Bergambar mesra dan sesekali meraup kerinduan di hati. Petah saya menasihatinya tentang kerjaya dan masa depannya. Kami berbicara dan destinasi di sini kami luangkan sepenuh masa. Laily, merencana masa depan bukan untuk sehari dua, tetapi hidup ke akhirnya. Kita percaya pada qada dan qadarnya. Hasilnya, indah atau sebaliknya; kita akan merasa. Masa akan berlalu dan akan berpanjangan.Kerinduan sudah terungkai dan kami menganyam dua hari sebaiknya bersama.

Dihah - saya tersenyum sahaja menanti kisah ini berpanjangan.

III

Selamat Pengantin Baru juga buat sahabiah tersayang Azalina Binti Yusop dengan pilihan hatinya Mohamad Iswandi Bin Sumari. Moga kekal ke anak cucu dan ke akhir hayat. Rona coklat dan krim menggamit kami. Sungguh, Kak Aza terharu. Menangis menatap kami. Berpelukan penuh gembira.
Air matanya menjadi tanda. Nasib baik belum touch-up. Seri wajah pengantin sungguh jelas di mata kami.

"Akak terharu...."

Wajahnya penuh gembira. Terkejut malahan tidak menyangka kehadiran kami yang datang jauh menjengahnya sebelum benar menjadi isteri. Kami masih akan bersahabat dan berkira-kira menghantar berita kelak.

Saya sempat berkisah sementara di dalam kereta.

" Dulu, kitorang mengejar tikus dalam bilik. Pukul 4.00 pagi, berperang kejar tikus. Terjerit-jerit dalam bilik kamsis. ..."

" Kalau dengar Dihah menyanyi je, Kak Aza sound...ha ha..zikir-zikir......"

Kami tertawa.

Penuh makna.

EPILOG

Senja yang cukup cantik. Kami menyaksikan. Matahari terbenam. Selat Tebrau menjadi saksi pertemuan. Lautan tenang. Todak kelihatan sungguh riang. Malam kami dengan kepenatan. Namun menyeronokkan.

Ya..memenatkan namun penuh luar biasa. Meriangkan diri dan menjelaskan maksud bahawa Allah menciptakan manusia dengan berbagai ketentuan qada dan qadarnya. Saya mencari diri kembali. Pernahkah rasa bahawa ini adalah hadiah kepada diri? Saya terasa bahagia. Dengan semua sahabiah yang ada. Secebis kasih dan sayang yang Allah cipta. Fikiran saya menjauh kepada Hanes, Umi dan Pa'ah yang jauh di utara. Memang jauh di utara namun dekat di hati. Bagaimana kalian di sana?
Penuh nostalgia dan kenangan.

24 Oktober 2008

24 Oktober 2008

Dia sederhana,
Terpancar ikhlas permintaannya,
Wajah mendung bersahaja,
Lirik mata nakal mengusir jiwa.

Moga hari ini,
Dia senyum gembira,
Murah rezeki dan sentiasa bahagia,
Iringan doa; moga Tawakal, Doa, Zikir sentiasa membara.

'Selamat Hari Lahir ya!'

22 Oktober 2008

Bagai Kaca Terhempas ke Batu

Saya rindu mahu menulis. Barangkali kerinduan ini perlu kepada bentuk kesabaran. Yang banyak dan berganda. Bulan Disember saya nantikan sepenuh jiwa. Gerimis tidak akan berhenti, dan panas akan tetap memenuhi ruang hari-hari. Hujan akan tetap menyimbahi bumi. Malam akan bersinar dengan bintang-bintang. Jadual produksi bakal dan tetap akan menjelma dan doakan ia menjadi nyata. Sungguhkah? Mimpi bukan lagi, tetapi ia benar belaka...

Saya membuka laman Saiful Islam.com. Beliau menterjemah isu bahasa ;kelihatan sungguh mesra alam di dalam blog mahupun sms
Contoh ayat mesra alam yang dapat saya berikan ;

'sy ingt nak wat keje dulu lah.'
'korang sume, ingt x bile kiter last jump?'
'sy syg kat awk cam ne sy syg kan kucing sy..btl..x tipu..sumpah!.'
'eh, korang dah mkan keee? bkn pe, nak jempt mkn, kat cn nye mknan dah ckup2ler...pot luck bhgn sana ada lg ke?'

Saya akui, memang bahasa sms akan mempengaruhi gaya bahasa mahupun ketika ramai di antara kita menulis untuk blog masing-masing. Ia mungkin dikatakan mudah dan senang juga menjimatkan idea dan masa.
Adakah ia menggambarkan "bahasa jiwa bangsa"? Menuntut dari itu, saya terpanggil juga dengan cara dan gaya saya menulis yang banyak
terarah kepada jiwa novel dan gaya bahasa bersahaja yang memudahkan kalian memahami penyampaian dengan mudah.
Sesekali menyelitkan gaya bersahaja, itu tidak menjadi masalah, tetapi apabila setiap ayat dan perenggan kalian diterjemah dalam gaya sms
ia nampak seolah kita semakin tidak mempedulikan lagi bahasa ibunda kita.

Tepuk dada tanya selera.

Tetapi tajwid bahasa Dihah pun terabur juga...hehe...ada 'di' didekat dan dijauhkan. Selain blog menjadi sasaran kita berkongsi sesuatu, ia juga boleh menjadikan kita insan berilmu dengan tatabahasa penuh murni. Blog juga mengajar kita dan menjadi medium untuk kita menulis yang baik dan menjadi lebih terbaik.
Mana tahu, bakal menjadi penulis terkenal...
Saya merencana, ia juga menjadi impian saya..ya, menulis dengan baik dan sentiasa mahu menjadi yang lebih terbaik. Mudah-mudahan.

21 Oktober 2008

Mahu atau tidak mahu..

Saya membakar roti. Desit saya mahu mengundang Aya dan Eli.

" Mahu roti bakar...?" saya pelawa perlahan.

" Tak mahu......" serentak mereka menjawab. Saya membancuh milo dan kemudian mula membakar dengan toaster.

" Betul ni tak mahu?" saya bertanya lagi.

" Betul...." mereka angguk

" Kalau mahu katakan mahu....jangan sampai ku tertunggu-tunggu..."

Saya tersenyum simpul..


17 Oktober 2008

Gulp!!

Kak Nab kelihatan merungut-rungut. Donutnya keras. Macam batu! Ayah di sebelah tersengih-sengih.

" Kalau gini, buat puisi donutku keras lagi bagus......mak ai...macam batu..." ayah tersengih.

Kak Nab masam mencuka. " Nabi pun tak pernah mengutuk isterinya tentang makanan.....sedap ni..." Kak Nab memujuk hati
walhal hatinya bengkak macam Teressa Kok hanya sebab isu cerpen si Pak Chamil. Kata FT sastera tidak boleh menyebar kebencian.
Sastera harus memurnikan.

" Ok..sedap ni...nyum-nyum..." ayah menelan perlahan. Si anak tersengih-sengih. Ayah pandai memujuk mak.

" Boleh buat cerpen sehari bersama donut....hahaha" anak gadis ketawa besar.

" Haip....anak dara tak baik ketawa kuat-kuat, nanti tak ada orang pinang..." mak menjeling macam Juhi Chawla mengurat Datuk Shah Rukh Khan.

" Kita order Pizza Hut lah..." ayah menyarankan idea baru. Ayah tak pujuk mak pun!! Mak memandang sambil mata berkaca-kaca.

" Tak boleh..habiskan jugak donut ni...tak kira....tak kira...." mak mengunyah-ngunyah donut.

Ayah dan anak berpandangan. Gulp!

15 Oktober 2008

Antara Kita : Ada Sesuatu

2 tahun 4 bulan Dihah mengenali Ila sebagai roommate, adik, kawan dan sahabat. Ila menjadi kakak kepada
ikan-ikan di rumah. Menjadi adik kepada saya yang kadang-kadang banyak sekali membawa perubahan kepada Ila.
Perubahan yang baik berbaloi untuk diri sendiri, bukan? Ikan di bawa pergi, dan kini terasa sunyi kembali.

Ketika pena ini labuh ke keyboard, terbayang Ila yang tinggi orangnya dan manis sekali. Mengenali dia sebagai
adik dan saya sebagai kakak menghiburkan sekali. Catatan ini khas untuknya yang kini berada di Rumah Sewa baru. Semoga
beroleh ketenangan. Dik, Manzil awak dengan Ayat-ayat Al-Quran (buku kecil) tertinggal. Erm, bila di rumah baru, jangan lupa amalkan
apa yang awak buat di sini ya! Ouchh...touchingnya.... Ila memeluk Dihah seeratnya. Saya kawal perasaan dan jiwa saya semakin
sedih dan sayu bila catatan ini terungkai hari ini. Tuhan....maafkan saya andai tidak layak memberi sebarang kata atau terlebih kata pada dirinya.
Maafkan akak andai ada benar silap dan salah ketika kita bersama. Kata atau perlakuan. Juga apa sahaja.

Saya terkenangkan berbual bersamanya sehingga dinihari, mengemas bilik, makan bersama, dan jeritan Ila kerana berperang dengan lipas satu kenangan yang tidak akan dilupakan. Kelakar sungguh! Belum Dihah yang jerit lagi. hehehe

Lepas tu, novel Adam dan Hawa dengan satu lagi ape hek? ada tersusun di almari comel akak.
Awak lupa kot nak bawak sekali. thanks dengan kenangan terindah kita, awak nyer permaidani biru ni, plug awak dengan peti ais......hehehe..Satu lagi, jaga ikan @ adik akak juga baik-baik ya, bagi makan elok-elok sampai kenyang.

Semoga sentiasa gembira dengan kehidupan/rumah baharu dan sentiasa bahagia bersama yang tersayang. Paling tidak dilupakan, bila Ila demam panas dan ia menggamit memori saya. Klik
di sini

Ila adik saya yang banyak memberi semangat dan sentiasa memberi gambaran kepada hubungan kasih sayang antara dua manusia.
Kami tidak pernah sesekali bermasam muka dan ia payah dalam kamus hidup saya. Hubungan yang kami jaga rapi hingga sesekali malam saya terbayangkan Ila di katil roommate baru. Benar, setiap pertemuan akan ada perpisahan.

Kami berpisah bukan untuk hari ini. Tetapi akan bertemu nanti. InsyaAllah.

p/s: Cuba teka ada berapa ekor ikan @ adik angkat Ila dalam aquarium comel tu? hehe

14 Oktober 2008

Sehari Bersama Syiling

Semalam, Dihah korek-korek tabung,
Alhamdulilah.....sebenarnya lama dah nak kira-kira dan godek-godek tabung sendiri, tapi sibuk..biasalah kan,
bak kata sahabiah-sahabiah "mu ni bz manjang ajekkk......??Kalah Gabebor Bank Negara....!!"

Dihah rasa ini adalah amalan yang wajib kepada mereka yang kuat bershopping sakan, makan dan berbelanja. Realitinya, bila habis shopping ke, makan ke, mesti ada duit syiling kan?
Jadi asingkan tabung mengikut kesukaan.
Syiling RM0.50 cen (cakap pelat sikit macam Aiman, hehe) dalam tabung kasut, Syiling RM0.20 cen dalam tabung free dapat semasa Dihah menghadiri perjumpaan alumni Polimas. Syiling RM0.10 cen pulak di dalam bekas anyaman. Diperolehi & dibeli semasa Dihah berkunjung ke Islamic Fair PWTC tahun lepas. Beli satu warna merah. Cute!!
Bekas anyaman juga menjadi hak milik kekal untuk RM0.05 cen dan RM 0.01 cen. Hehehe..Maka hasilnya jadilah seperti dalam gambar. Nyum-nyum...menarik bukan..
Jadi, kalian ikutlah kesukaan masing-masing dengan bekas yang akan menarik perhatian sendiri. Dihah terkenang juga dengan tabung buluh
zaman kanak-kanak dahulu kala. Bila penuh pecahkan......sukalah tengok syiling banyak-banyak...

Maka, dengan rasa bangga, membawa syiling berkenaan ke Bank. Berat ya Rabbi...tapi hasilnya boleh jugak beli beg Carlo Rino satu lagi.
Arghh...mana mungkin, kerana syiling ini harus disimpan.

Kesimpulannya, syiling ini membantu Dihah 'cover perbelanjaan hari raya'..hehe. Bukan kanak-kanak sahaja yang dapat masuk duit dalam Bank bila lepas raya, tapi Dihah pun boleh tawwwwwww........eleh!

Selamat Menabung

p/s : Cuba teka berapa jumlah simpanan syiling Dihah?

09 Oktober 2008

Kita Dapat PM Baru Mac Depan..


Kak Nab tersenyum girang sambil menguli tepung membuat donat. Meski bukan selembut Dunkin Donut atau barangkali selembut donat Mak Tipah , dia tetap berusaha. Anaknya memerhati sambil tersengih-sengih.

" Kenapa mak ni...tersengih-sengih aje...?"

" Mak mimpi malam tadi, persiapan pernikahan mak, dengan mak andam, baju mengelip-ngelip, siap karaoke. Tapi saat
akhir mak batalkan karaoke. Takut bakal laki mak marah..nyanyi-nyanyi ni dia bangkang sikit...tapi seronoklah.Buat kat dewan besar.." mak terjeling-jeling ayah.

" Ohhh....dasyatnya mak...." anaknya geleng-geleng kepala tanda gatal.

" Tapi muka Pak Lah yang masuk chanel..potong stim betul lah..."mak menepek tepuk sekuat hati tanda protes.

" Pak Lah....?" muka anaknya terkejut.

" Eh kau ni...Pak Lah, bukan ke semalam berita kata dia bertanggungjawab.."

" Ha....pasal apa mak?...."

" Tak bertanding Mac depan..."

08 Oktober 2008

~Raikan Cinta~


Pagi ini saya mengantuk pula. Terlelap sekejap di tempat duduk dan kembali mencari semangat untuk bekerja. Arghhh...Saya kembali menyegarkan mata dengan membaca berita terbaru, tentang kisahnya politik semasa Malaysia yang panas-panas ala pisang goreng.

Mufti Perlis khabarnya akan meletak jawatan selepas tamat tempoh perkhidmatannya. Boleh klik di sini.

Juga kisah replika besar Datuk Sri Anwar Ibrahim di Batu Cave. Catatan blog Faisal Tehrani menjamu mata saya pagi ini.

Raikan Cinta.

Hmm,Kenapa Raikan Cinta?

Raikan Cinta kini memasuki fasa baru, fasa bermulanya tentang bagaimana saya meraikan cinta dan kita semua meraikan cinta. Bait lirik kisah cinta Siti Hajar pada lagu Raikan Cinta - M.Nasir saya tatap. Sahabiah saya mencarikan lirik berkenaan dan sempat berseloroh
"..Eh, kak Dihah, raikan cinta pulak ye...ada apa-apa ke?" saya sempat menjawab..." ha...hang jangan macam-macam tambah ye..."saya tertawa.

Realitinya, antara kita perlu meraikan cinta sesama kita. Cinta kepada Ilahi, Rasulullah s.a.w, ibu bapa, keluarga, suami, isteri, anak-anak, persahabatan, ukhwah, jiran, masyarakat muslim semuanya. Kehidupan kita adalah berlandaskan cinta.

Ketika Siti Khadijah sedang duduk berdua dengan Muhammad s.a.w tiba-tiba Khadijah menangis bercucuran air mata. Rasulullah s.a.w nyata terperanjat. " Isteriku tercinta, apa gerangan yang telah melukai perasaanmu sehingga engkau menangis begitu sedih?"

Khadijah hanya mampu menggelengkan kepalanya. Setelah reda,wanita mulia itu berkata "Suamiku, tiba-tiba sahaja aku teringat bahawa seluruh harta kekayaan yang kumiliki sudah habis. Tidak ada lagi yang bisa dipersembahkan sebagai jalan infak di jalan Allah, padahal dakwahmu belum lagi selesai..itu yang membuatkan sangat sedih...."

Khadijah berkata lagi, " Kerana itu, wahai suamiku, aku ada permintaan untukmu. Kelak aku akan wafat dan rohku akan kembali kepada Allah s.w.t. Dan di dalam tanah yang akan tersisa dari jasadku hanyalah tulang-tulang belaka. Jika pada saat itu engkau mahukan sebuah rakit untuk menyeberangkan dakwahmu ke negeri jauh di sana, maka galilah kuburku, dan rangkailah rakit dari tulang belulangku yang tersisa...."

Siti Khadijah meraikan cintanya kepada dakwah suami tercinta dan kepada Islam. Ayuh kita meraikan cinta sebegini....

Raikan Cinta akan saya teruskan. Semoga blog ini mendapat manfaat dan sekurangnya pengalaman dikongsi bersama. Banyak kenangan dan bicara saya akan tertulis di sini. Kisah peribadi, barangkali serba sedikit dan kalian yang mencungkilnya sendiri. Wahh....

Raikan Cinta akan terus berkisah. Ia masih sama seperti 1000 Hidayah. Gaya, cara dan isi akan sedikit berubah dari semasa ke semasa. Kelahiran baru Raikan Cinta adalah definisi kelahiran sulung bakal manuskrip saya. Saya meraikannya. Alhamdulillah.

Saya mahu meraikan cinta kepada semua sahabiah dan sahabat saya yang telah dan akan melangsungkan walimah. Sempena Syawal yang mulia ini, Dihah dan ucapkan semoga jodoh kalian di panjangkan hingga ke akhir hayat, bahagia ke anak cucu dan tahniah ya!

Untuk Angah dan Radzi, Huda dan pasangan, juga bakal menyusul Azrina dan Yazid....Selamat Pengantin Baru diucapkan....

06 Oktober 2008

Impian

Kasihan betul pada lap top saya. Saya berbicara juga pada adik lelaki saya, minta bantuan trade-in atau menjualkannya. Hmmm, petang sebelum dibawa ke kedai, saya charge dan belek-belek. Ahh...nurani sensitif ini barangkali dirasai betul olehnya.

Boleh on. Girang betul hati saya. Saya putuskan untuk menyimpannya dan membeli aksesori cooling@cooler untuk menyejukkan. Saya berkira-kira mahu melengkapkannya dengan sebuah meja kecil di rumah sewa. Menjaga semula lap top dengan sebaiknya. Juga mahu mengemaskini ruang rumah sewa agar lebih tersusun. Sesak jiwa saya jika tidak tersusun. Bulan mendatang, hari akan berganti hari, penghujung tahun ini saya nanti dengan debaran penuh di jiwa. Manuskrip bakal ditayangkan umum. Benarkah? dan saya harus mempersiapkan diri juga. Bahan bacaan untuk diri makin berkurang, memang benar di tahap kesibukan saya asyik menonton televisyen dan hal-hal peribadi yang lain. Hujung minggu saya yang lepas pula kekerapan pulang ke kampung harus saya sekat sedikit untuk bulan mendatang. Jemari saya perlu fokus. Kira-kira lap top baru muncul dalam minda....tapi sayang betul pada lap top lama ini.

Jadual saya harus disusun semula. Banyak perkara kadang-kadang mendatang tanpa kita pinta. Jiwa saya kadang-kadang terasa mahu berlari mencari sesuatu untuk diri. Tapi bayangnya entah kenapa tidak muncul lagi. Semangat saya, jiwa saya dan adakala banyak kepuasan untuk diri lebih terarah kepada duniawi...Tuhan....saya mahu menangis......

Semoga manuskrip berjaya.................Semoga Lap Top bercambah rindu pada saya..............

03 Oktober 2008

Baju Baru Blog

Saya kembali menatap blog yang berwajah baharu, entah terhibur atau tidak, tetapi saya perlu kepada sesuatu kelahiran baru untuk tujuan semangat dan pembaharuan. Harapan, semoga semua peminat (isk, Dihah ada peminat ke..? hihi) terhibur dengan wajah blog baharu ini.......InsyaAllah.


p/s : Blog juga salin pakaian untuk Hari Raya...

Gambar Raya

Hari Raya keTiga, Dihah bekerja, meski sedih berjauhan beberapa jam dengan anak-anak buah tersayang, sempat juga upload gambar mereka yang gemar berposing sakan. Hmm, gambar-gambar di bawah, ketika pagi raya selepas kami bersalam-salaman sekeluarga.

Paling pandai berposing si Aiman dengan gaya Ultramannya bersama Irfan comel.

Pesanan ringkas : Berilah duit raya kepada kanak-kanak.

hehehehe

p/s: Terima kasih kepada rakan-rakan blog yang mengirimkan kad raya dan sms raya.


Aiman, Amar & Irfan..hensem boy...arghh..


Athirah yang comel...pendiam sahaja dia ni...



Aiman vs Abg Chik...



Riang ria Hari Raya



Kamilah Ultraman....



Wah....gaya ustaz muda....amin



Eeeee..geramnya kat Mak Lang....