Pages

29 Mac 2009

Dap Dip Dup..

Biar saya tulis sahaja apa yang ingin diluahkan dan ditulis hari ini. Selepas perhimpunan Agung UMNO, banyaklah desas desus kononnya mereka memilih orang yang bermain dengan politik wang dalam angkatan mereka...what can i say haaaa? dah u all yang pilih...tapi dalam kepala ni dok pikir jugak...ape pasal diorang ni memilih macam 'main tangkat muat' je, sedangkan dan hakikatnya, mamat hensem tu sudah dicop bersalah tetapi masih dan diberi peluang untuk dipangkah. Eh,,hensem ker? arghhhh.......poyo!

Hairan bin ajaib den! Saya rasa macam nak pecahkan tibi je malam tersebut. Tapi ..sebab tibi itu adalah hak milik kawan, jadi lebih manis, diriku menutupnya...arghh...tensen pikir pasal politik ni.......Kemudian, Dihah mendapat jemputan kahwin kawan lagi....ni satu perkara yang bisa buatkan diri jadi arghhhh......bilo pulak kenduri den ni? hehehe.

Ha....lama saya tak update blog. Rasa macam dah lama jeeee...minta ampun kepada semua kawan-kawan, artikel ini
rasanya ditulis seperti bahasa yang biasa-biasa, bukan bahasa bunga-bunga dan madah-madah seperti selalu.....Angin Barat Daya dah mai...Rasanya ramai tak rindu karangan Dihah ni...hehehe

Saya agak sibuk kebelakangan ini, dengan menjadi mata-m
ata gelap dan menyusup masuk ke PWTC. Yelah, saja nak tengok fesyen-fesyen terbaru dan mengutuk perwakilan yang tak sedar diri...ups! bahaya betul karangan ini....well....mereka datang dengan penuh gaya
dan secara rumusnya, Malaysia semakin inginkan pimpinan yang bersih dan sentiasa memberikan keadilan kepada semua rakyatnya. Punggung saya makin panas, bila saya disedari adalah mata-mata gelap, kemudian, saya melihat Dafi, Mr Os, dan beberapa artis turut sakan merayakan kepimpinan Hadhari ini. Arghh...saya tak mengerti.

Kemudian saya mencari kakak angkat saya yang membawa saya ke PWTC. Dalam hati saya mengutuk-ngutuk perjalanan usul dan perbahasan..

" Kak...udahleeeee....ni, nak balik, ada koje lain yang berpaedah dari dok mai
datang sini..." saya mencuit pinggangnya.

" Alaaaa...akak dah janji dengan Mak Nab, nak ambik gambar dengan Pak Najib, Khairy...Shahrizat Jalil...itu semua akak minat tawww.."

" Kak...geli ketiak saya ni kak...udahleeeee.....moh le balik...panas ni...." dalam hati saya bersumpah...tak hingin aku datang sini lagi..tak akan aku ikut dirimu lagi...arghhh!!

" Ape pasal pulak nak geli ketiak.......iskk...balik dulu laaaa...akak nak posing-posing ni..." sambil dia membelek tudung jenama "Ekin"....arghhh...saya makin tensen..

"Iyolah...den balik dulu, jangan nyesal ye...."

Saya sengih dan berlari segera. Tiba-tiba...saya terlanggar Dato Shah Rukh Khan...
Berdebar-debarnya saya............dap dip dup..... Mata saya menjeling manja dan gatal padanya.

Saya tersipu-sipu malu. Hujung tudung saya gentel-gentel penuh rasa tak malu!!
"Bilo pulak mamat ni mai sini??.....tak rugi saya datang sini...hehe"saya berbisik dalam hati.

" Hye sweet.....I hantar u balik........dari tadi I memerhatikan U..come..."

Dato Shah Rukh Khan tersenyum kacak......waduh-waduh....Wangiannya menusuk ke hidung. Hidungnya mancung tak terkata. Dengan Ray-Ban dan kot berjenama....arghhh....kacaknya...

Den raso macam adegan filem Kuch Kuch Hota Hai pulak...mai ai...makin geli ketiak aku....bila pulak Dato Shah Rukh Khan pandai berbahasa Melayu ni.....??

Kecepuk....

" Apasal ko tersengih-sengih ni..bangun-bangun....."mata mak membesar.

Saya menggosok mata....Ermmmm....

19 Mac 2009

Selamat Pengantin Baru~~


Minggu ini saya akan ke Kuala Pilah.
Meraikan cinta Hasuga. Majlis akad nikahnya akan berlangsung Sabtu ini.
Majlis langsung perkahwinannya Ahad ini juga. Doa akak, semoga adik bahagia , kekal ke akhir hayat hingga ke anak cucu.
Juga majlis berlangsung dengan lancarnya. Senyum ya adik!

Tahniah juga untuk sahabiah-sahabiah yang melangsungkan majlis walimah mereka. Zai Zaniza dan Faris Metin, pada minggu lepas.
Juga sahabiah serumah dahulu, Suhaili (Ely & Faisal)....

Zai tersenyum manis menyambut kami semua malam itu. Sinar cahaya lampu dewan dan gemersik gamelan menyambut kedatangan kami. Perjalanan cinta mereka termetrai kini. InsyaAllah, doa saya semoga cinta mereka membawa bekalan abadi di akhirat sana. Walau hujan dan kesejukan, tetapi mereka memberi segaris senyuman buat rakan dan taulan!

Selamat Pengantin Baru Zai & Faris........

Mari Raikan Cinta.......

p/s : Maaf, lama sudah saya tidak membuat entry yang bisa membuatkan semua terpegun lagi...saya kesibukan. Kehangatan jemari ini
semakin hilang serinya.....hilang serinya kerana terasa diri kerdil sekali.....Kerdil kerana, entah kenapa sepi itu sering bertandang lagi.....

10 Mac 2009

Salam Bahasa....









Hayati sikap Datuk A. Samad Said ini:

1. Setiap orang melayu yang mencintai bahasanya harus membuang undi menyanggah pucuk pimpinan yang tidak melestarikan bahasa ibundanya. Ertinya kalau dimana-mana pun kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu mengucupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita.

2. Saya juga kecewa dengan kenyataan Menteri Pelajaran yang mengatakan dia malu bila pejuang bahasa pergi ke jalanan dan seharusnya menggunakan lorong-lorong tertentu. Pejuang bahasa memilih jalanan kerana sudah tidak ada lagi lorong-lorong yang boleh dimasuki.

3. Saya fikir pemimpin tertentu sahaja begini. Yang saya dengar kalangan akar umbi Umno juga menolak PPSMI. Tetapi bila yang berkuasa terlalu diberi kuasa maka jadinya pucuk pimpinan sentiasa benar. Pucuk pimpinan tidak bersedia untuk berkompromi. Saya fikir penghakisan pengaruh Umno antara sebabnya saya fikir kerana mereka terlalu bertelinga satu dan mereka terlalu berlidah dua.
Oleh kerana persidangan Agung Umno semakin hampir, setiap pemimpin Umno tidak mahu tersilap. Kalau tersilap mereka akan tersingkir lebih awal. Mereka mahu masuk dalam lingkungan itu hingga Mac. Di situ kita boleh lihat wajah sebenar mereka ini. Beruntunglah kalau benar-benar politik rasuah itu dapat disisihkan. Saya mahu lihat yang bukan RM200 ditangkap tetapi yang berjuta ringgit. Yang tangkap jumlah kecil ini cuma wayang gambar tetapi saya mahu lihat yang besar-besar juga ditangkap.

4. Memang ini penghinaan. Bukan saja penghinaan saya fikir ketidakyakinan dan tidak bersedia memartabatkan bahasa oleh pemimpin Melayu itu sendiri. Kalau orang lain atau bangsa lain tidak berbuat begitu, saya tidak kisah dan saya boleh tidur dengan lena. Tetapi yang mengecewakan saya adalah pemimpin Melayu itu sendiri tidak yakin dengan bahasanya.

5. Jadi memang sesuatu sudah terbuku di hati, sudah tetap mahu dilaksanakan supaya bahasa Inggeris itu dijadikan bahasa pengantar. Kalau Menteri Pelajaran kata ada lorong untuk diusahakan sebenarnya lorong itu sudah lama tiada maka sebab itu kami pergi ke jalanan.

6. Kalau dalam Gapena, saya fikir akhir-akhir agak samar. Saya tidak tahu apakah Gapena benar-benar menyokong perjuangan bahasa ini. Terakhir saya dengar Gapena mahu menyaman kerajaan. Saya tidak pasti sama ada itu satu pengucapan yang serius atau tidak. Memang tidak ternampak tokoh-tokoh Gapena berada di tempat-tempat yang sepatutnya. Contohnya di Sogo, saya tidak nampak, mungkin ada di belakang-belakang, saya tidak tahu tapi sepatutnya mereka ke depan.
Saya fikir penyertaan Gapena yang agak total perlu kerana mereka adalah gabungan penulis-penulis Melayu. Kalau tidak ke depan maka ia semacam ada yang tidak kena kerana mereka adalah induk jadi mereka perlu lebih ke depan.
Saya dengan rasa penuh hormat terhadap Professor Ismail Hussein dan rakan-rakannya menyatakan sikapnya dengan jelas dan total. Mereka mahu melestarikan bahasanya atau tidak.

7. Malah ketika dibawah pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, beliau tidak cuba melestarikan bahasa. Dan itu tidak dilakukan. Dan saya tidak tahu apakah yang sudah tersusup dalam hati nurani mereka hingga mereka tidak percaya kepada bahasa mereka sendiri. Dikatakanlah bahawa bahasa Melayu itu kuat.
Pertanyaan saya, apakah yang dilakukan oleh elita kuasa Melayu ini untuk menguatkan bahasa Melayu? Apa yang saya nampak mereka semakin menguncupkan bahasa dan menghala kepada penazak bahasa dan akhirnya akan menjadi pengubur bahasa. Yang salah terbukti elita kuasa Melayu ini kerana tidak berusaha melestarikan bahasa Melayu. Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki, apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang mengucupkan bahasa ini.
- Datuk A. Samad Said.
Sumber : di sini

05 Mac 2009

Ayam Goreng....~!!

Dengan tiba-tiba Dihah terasa pula nak tayangkan picture ini untuk semua.
Teringinnya makan ayam goreng Radix Fried Chicken...nyum-nyum.......









p/s : model di atas salah seorang pembawa kereta yang berlogo Nik Aziz Nik Mat..hehe.Jangan mara aaaa. Sis Dihah bosan, so, letak lah gambar ni dalam blog.....

diq sue : mu jangan habaq kat den yang den rindu kat mu.......eleh!