Pages

19 Mac 2009

Selamat Pengantin Baru~~


Minggu ini saya akan ke Kuala Pilah.
Meraikan cinta Hasuga. Majlis akad nikahnya akan berlangsung Sabtu ini.
Majlis langsung perkahwinannya Ahad ini juga. Doa akak, semoga adik bahagia , kekal ke akhir hayat hingga ke anak cucu.
Juga majlis berlangsung dengan lancarnya. Senyum ya adik!

Tahniah juga untuk sahabiah-sahabiah yang melangsungkan majlis walimah mereka. Zai Zaniza dan Faris Metin, pada minggu lepas.
Juga sahabiah serumah dahulu, Suhaili (Ely & Faisal)....

Zai tersenyum manis menyambut kami semua malam itu. Sinar cahaya lampu dewan dan gemersik gamelan menyambut kedatangan kami. Perjalanan cinta mereka termetrai kini. InsyaAllah, doa saya semoga cinta mereka membawa bekalan abadi di akhirat sana. Walau hujan dan kesejukan, tetapi mereka memberi segaris senyuman buat rakan dan taulan!

Selamat Pengantin Baru Zai & Faris........

Mari Raikan Cinta.......

p/s : Maaf, lama sudah saya tidak membuat entry yang bisa membuatkan semua terpegun lagi...saya kesibukan. Kehangatan jemari ini
semakin hilang serinya.....hilang serinya kerana terasa diri kerdil sekali.....Kerdil kerana, entah kenapa sepi itu sering bertandang lagi.....

10 ulasan:

  1. selamat pengantin baru buat hasuga :)

    BalasPadam
  2. Ye..selamat pengantin baru buat hasuga..semoga kasih sayang berkekalan ke akhir hayat.

    BalasPadam
  3. selamat pengantin baru pekada mempelai....

    selamat menulis kembali..

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama20/3/09 12:26

    akak ni bila lg

    BalasPadam
  5. salam kehidupan,

    musim cuti adalah musim akad nikah. ada juga aktiviti berfaedah.

    BalasPadam
  6. selamat dan selamat...

    rindu kamu :)

    BalasPadam
  7. selamat pengantin baru utk hasuga jgk :)

    ewah may2.. rindu pulak ehh heheheh

    BalasPadam
  8. Moga pengantin baru berbahagia sepanjang masa - raikan cinta setiap hari!

    Walau sepi, moga Mardihah sihat walafiat.

    Salam :-)

    BalasPadam
  9. hehehe....terima kasih untuk komen dari semua ya....amin.....:) 13May, buat Dihah senyum sokmo..huuhuhuh

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama2/4/09 11:15

    kak mane pic nye

    *peah*huhuhu

    BalasPadam