Pages

29 Jun 2007

~Tentang Cinta~


Aku terbawa-bawa dalam perasaan Cinta,
Aku terbiasa kerana kecewa,
Aku terbawa-bawa dalam kancah Cinta,
Aku terbiasa kerana terkadang lupa,
Aku terbawa-bawa dalam dunia Cinta,
Aku terbiasa kerana halusinya warna,
Aku terbawa-bawa dalam perang Cinta,
Kerana aku makin biasa mencintaiNya...
Sungguh, aku makin dan makin menyayangiNya.....

Tuhan..ampunkan dosaku...
Aku terlalu............

26 Jun 2007

Izinkan Hidayah Itu Tuhan...


Surah Al- Baqarah ayat 1 – 5

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Alif, Laam, Miim.
[2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;
[3] Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
[4] Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Bila memperdengarkan ayat-ayat suci ini, hati dia menjadi tenang. Biar hanya 5 ayat, tapi hati dia seluas terbentang. Sesejuk memandang. Sukar untuk dia nyatakan .Sesukar mana dia pernah membawa risalah islam kepada kelompok pelajar satu masa dahulu, sebenarnya, makin bertambah sukar dengan membawa mesej islam di dalam rumah yang penghuninya sebegitu.

“Kita solat jemaah maghrib hari ni?”
“Orait……..ni yang suka nak dengar!”
“Lepas tu ajar akak baca al-quran ya…?”
“InsyaAllah….saya jadi Imam….”

“Akak tak pandai baca tau….”
“ Tak apa……lama-lama pandai…”
“ So hari ni kita baca ayat Al-Baqarah 1 hingga 5 dulu….ulang 2 kali baca…”
Senyum

“ Dengar saya baca balik..”

Dia perdengarkan kembali ayat berkenaan. Suasana surau satu masa dahulu kembali menyinsip naluri. Wajah-wajah sahabiah seperjuangan terus menerawang dalam minda dia. Bulatan usrah kembali menggamit diri. Tuhan….kembalikan kekuatan kami. Kembalikan kekuatan diri-diri kami. Kami kadang-kadang terlupa …bukan sikit..tetapi banyak. Air mata dia mengalir lesu. Pilu...dan andai diri terlupa...siapakah yang akan mengingatinya....Bukankah zikir-zikir itu menjadi peneman diri..Bukankah ada Allah sentiasa "Maha Kasih Sayang kepada tiap Hambanya"? Dan teman sejati...saat selawat itu dialunkan..........Nabi kesayangan umat...yang sentiasa bibir nya menyebut Umati..Umati...Umati.................

Tangan kakak itu dia cium. Saya tidak punya seorang kakak…..izinkan saya.

“ Salmah mana?”
“Toilet…”
“ Dia angkat wuduk..rasa macam solat …..”separuh berbisik
“Alhamdulillah…bagus….sekurangnya..itukan satu kedamaian…satu istilah kepada pertemuan sifat ihsan kita kepada Allah….”

22 Jun 2007

~Ucapan Khas~

Selamat Hari Jumaat semua....membaca blog saya memberikan satu semangat untuk saya menjuruskan diri ke alam penulisan. Terima kasih untuk semua yang sudi memberikan komentar mahupun kritikan. Saya alu-alukan kalian.
Sabtu ini, saya akan bertandang di rumah sahabiah saya yang akan melangsungkan walimahnya. Kemudian berbagai agenda pula pada hari berikutnya.

SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK JAZLIA BT BOLIA DAN PASANGAN, SHAHRUL. Majlis diadakan di Perak. Perjalanan rasanya akan lebih seronok dengan sahabiah-sahabiah dan sahabat-sahabat bersama "hadiah perkahwinan"

Sukalah saya memetik beberapa perkara berkenaan dgn perkahwinan.Islam telah memberikan konsep yang jelas tentang tatacara perkawinan berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah yang Shahih(sesuai dengan pemahaman para Salafus Shalih -)

Secara singkat penulis sebutkan dan jelaskan seperlunya :

1. Khitbah (Peminangan) Seorang muslim yang akan mengahwini seorang muslimah hendaknya ia meminang terlebih dahulu, kerana dimungkinkan ia sedang dipinang oleh orang lain, dalam hal ini Islam melarang seorang muslim meminang wanita yang sedang dipinang oleh orang lain (Muttafaq 'alaihi). Dalam khitbah disunnahkan melihat wajah yang akan dipinang. Hadits Shahih Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi No.1093 dan Darimi).

2 . Aqad Nikah Dalam aqad nikah ada beberapa syarat dan kewajiban yang harus dipenuhi

a. Adanya suka sama suka dari kedua calon mempelai.
b. Adanya Ijab Qabul.
c. Adanya Mahar.
d. Adanya Wali.
e. Adanya Saksi-saksi.

Dan menurut sunnah sebelum aqad nikah diadakan khutbah terlebih dahulu yang dinamakan Khutbatun Nikah atau Khutbatul Hajat.

3. Walimah Walimatul 'urusy hukumnya wajib dandiusahakan sesederhana mungkin dan dalam walimah hendaknya diundang orang-orang miskin.

Rasulullah s.a.w bersabda tentang mengundang orang-orang kaya saja bererti makanan itu sejelek-jelek makanan. Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. "Artinya : Makanan paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang.

Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah,maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya". (Hadits Shahih Riwayat Muslim 4:154 dan Baihaqi 7:262dari Abu Hurairah). Sebagai catatan penting hendaknya yang diundang ituorang-orang shalih, baik kaya maupun miskin, karenaada sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam :"Ertinya : Janganlah kamu bergaul melainkan dengan orang-orang mukmin dan jangan makan makananmu melainkan orang-orang yang taqwa". (Hadis Shahih Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi, Hakim4:128 dan Ahmad 3:38 dari Abu Sa'id Al-Khudri).

21 Jun 2007

2 kejadian terkini


Selepas


Sebelum
Lebih baik saya cipta perkara lain yang lebih dahsyat kalau benar saya mahu buat gimik. Lagipun buat apa saya mahu menyeksa diri jika ia tidak memberikan kebaikan kepada semua pihak,’

Kuala Lumpur











Tidak terlewat untuk saya paparkan gambaran Kuala Lumpur selepas banjir!
Selamat Banjir!

20 Jun 2007

Wanita

Dalam saya menjelajahi semua laman tazkirah dalam simpanan saya (peti tazkirah) saya perolehi ini. Agak bagus dan baik untuk saya munasabah diri sendiri. Bagi muslimat/wanita …ayuh, kita perbaiki diri. Ironinya, saya yakin, menjadi yang terbaik bukanlah senang. Namun untuk menjalinkan diri dan memperbaiki diri, insyaAllah. Semua kerja Tuhan..bukan.?

Saya tidak terbaik..namun masih menjadi yang terbaik. Cukup untuk diri sendiri…dan kita sama-sama memperbaiki diri.

“Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Saya tinjaukan paparan ini …

Ada yang semangat belajar Islamnya baik. Antusias menghadiri majlis-majlis ilmu, tapi tidak menjaga lisannya dari ghibah (menggunjing) dan namimah (mengadu domba).

Ada yang hubungan pribadinya dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala baik, tapi tidak menjaga hubungan baik dengan tetangga dan teman-temannya.

Ada Yang hubungannya dengan teman-teman dan tetangganya baik tapi tidak melaksanakan dengan baik hak-hak orang tua. Kurang-kalau tidak dikatakan sama sekali tidak-mereka dalam berbakti kepada kedua orang tuanya.

Ada yang berbakti kepada kedua orang tuanya tetapi tidak memenuhi hak-hak suaminya. Tampil dengan dandanan indah saat menghadiri pertemuan-pertemuan dengan para wanita tetapi tidak pernah memperbaiki penampilannya di depan suaminya.

Ada yang berbakti kepada suaminya tetapi tidak membantu suaminya untuk berbakti kepada kedua orang tuanya. Atau tidak mendukung suaminya untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan beramal soleh.

Ada yang berbakti kepada suaminya tapi kurang memperhatikan pembinaan dan pembentukan kepribadian anak-anaknya. Kurang memperatikan perkembangan kejiwaaan dan akal mereka. Kurang memperhatikan lingkungan sekitarnya yang memberikan pengaruh kepada putra-puterinya.

Ada yang memperhatikan itu semua terapi kurang silaturahimnya kepada saudara-saudaranya.

Ada yang silaturahim terhadap keluarganya baik, tapi hubungannya dengan lingkungan sekitarnya tidak baik. Sibuk dengan urusan pribadinya. Tidak peduli dengan persoalan kaum muslimin dan muslimat.

Ada yang memperhatikan persoalan peribadi dan umat islam tetapi kurang memperhatikan pengembangan pengetahuannya. Tidak menambah pengetahuannya dengan belajar dan terus membaca.

Ada yang sibuk dengan belajar tetapi mengabaikan urusan rumah tangga, putera puterinya dan suaminya.

18 Jun 2007

Hmmmmm....


Saya diduga...

Saya diduga..
Yang begitu kerdil..
Kepada sebuah hakikat bernama kehidupan

Wahai teman..
Mengapa ini terjadi..?
Mengapa memakan maruah diri?
Mengapa tidak diingat kepada sebuah "kenikmatan"
Mengapa dijurus diri kepada
lembah penuh hina ini?

Ya Allah
Bantukan daku...
Membawa dirinya...
Kembali ke alam nyata..
Alam penuh dosa dan noda..
Agar keinsafan kami leraikan bersama....

.::Allah benar-benar menguji. Kekuatan saya yang dahulu menimbulkan keinsafan sendiri. Air mata itu menjerut kepada kebesaran Ilahi....Ya Allah...takutnya diri ini....Jauhi kami dengan perkara-perkara sebegini.::

.::Kepala makin berat..2 minggu ini bukan rehat sebenarnya...tetapi rehat yang menguji ketabahan diri dan kecekalan diri.::

15 Jun 2007

~Jawapan Kepada Diri~

Yang sebelah ni, background komputer saya..namanya..? Boleh sesiapa memberikan idea untuk berikan nama komputer saya? Ni komputer kat opis....comey tak?....Komputer ni banyak berjasa..kira-kira dah setahun berbakti..banyak nostalgia nihhh.

2 Minggu mendatang...saya peroleh jawapan untuk diri saya :


1) Menghabiskan semua buku-buku yang tertangguh dibaca.

2) Menghadirkan diri ke majlis Walimah sahabiah di Ipoh..penghujung bulan.

3) Sewaktu denganNya..program sana-sini...usrah sana sini..

4) Bertemu sahabiah-sahabiah perjuangan di Gombak....yuhuuu....akak datang!!masak sedap-sedap tau!!!

5) Urusan-urusan peribadi....


14 Jun 2007

Berita Terkini

Info 1

Bumi Mansurah diselubungi kesedihan yg amat apabila seorang pelajar Muhammad bin Ishak (Terengganu) meninggal dunia pukul 1pg malam di Hospital Dauli akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman diseluruh badan termasuk di leher, mata, peha dan yg paling teruk dikepalanya. kejadian berlaku lebih kurang pukul 7 malam hari rabu 13jun di sebuah rumah pelajar Malaysia di pasar di Dirasat, Mansurah, Egypt. Mangsa yg sedang bermain komputer di serang dari belakang dan bergelut sehinggala ditetak seluruh badan dgn 3 pisau. Antaranya pisau pemotong daging yang baru dibeli. Mangsa yg ditetak bertalu2 lari ke belakang dalam keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian arab di pasar. Maka penduduk arab tadi pun naik ke atas dan menjumpai mangsa terbaring berlumuran darah .

Info 2

Pertamanya maaf kerana kemungkinan besar solat jenazah tidak akan dilaksanakan di Kompleks Dataran Haiyu Asyir kerana jenazah akan terus dibawa pulang ke Malaysia dengan perbelanjaan tanggungan kerajaan negeri Terengganu.

Terima kasih untuk sahabiah : fragrance heaven atas berita ini..

Innalillah...

*Al-Fatihah .........

Bunga, Buku, Pen dan Kertas


Kisah 1

Maghrib hampir. Bunga melihat terus reaksi sahabat-sahabat yang menonton rancangan Manjalara. Terus kelibat Bunga hilang di bilik. Mengemas diri, mandi sepuasnya dan wuduk dengan sempurna.

Hadis dari kaca tv, selesai. Selalunya azan akan berkumandang.
Reaksi seorang sahabat :

Pen : Ya Allah…insaf aku sekejap. Nak taubat. Solat. Isk..hari ni sehari suntuk..sakit-sakit badan teringat pulak tak solat.

Kertas : Ha…sedar pun kau. Ingatkan tak tahu nak sembahyang. Ha ha

Pen : Lama dah tak sembahyang kau tahu tak….?

Kertas : Eleh…..sakit ni kau ingat lah nak taubat..lepas ni kau buat dosa balik.

Bunga tersenyum di depan TV. Melihat Pen dan kertas terbahak-bahak pada perbualan mereka. Sekurangnya, sahabatnya itu sedar.....melankoliknya......."semoga sinar hidayah bersama kalian"

Sedikit senyuman terukir di bibir Bunga. Sekurangnya, Pen sedar tentang kewujudan Bunga yang seringkali bertelengkung ..sekejap ke depan dan sekejap ke belakang. Hint yang tidak pernah Pen dan Kertas sedari. Ada satu hari, selepas Pen pulang ke kampung kerana abangnya meninggal dunia, Kertas masuk ke bilik dan bertanya sesuatu yang buat Bunga berkembang terus mekar. Tersenyum-senyum.

Kertas : Kak…ada buku Yassin tak?

Bunga : Buku baca Yassin ?(terkejut) ~ perasaan gementar.

Kertas : Ha’a….ada tak?

Bunga : (tergamam)….membetulkan telekung…..Ada-ada. Macam-macam versi. Nak yang mana?

Kami ketawa

Kertas : Yang biasa-biasa ajalah..nak baca Yassin sekejap.

Bunga : Owhh…ambik lah yang ni…

Kertas : Pinjam kejap ye kak..nanti Kertas pulangkan balik.

Bunga : Ok..tak kisah. Gunalah dulu…


Kisah 2

Buku tersengih-sengih. Bunga duduk menyimpuh kaki, melipat pakaian yang kering. Syukur dengan matahari.

Buku : Bunga…..ada satu buku Yassin yang Bunga baca tu…ada tak?

Bunga : Buku Yassin….eh ..Bunga ada macam-macam versi. (senyum)

Bunga bangun. Perasaan sedikit gementar hebat. Godek-godek buku-buku, kitab-kitab yang tersusun rapi.

Bunga : Ada banyak ni Buku……yang ni Yassin dengan doa-doa amalan harian. Yang ni ada Al-Mathurat. Ermmm, yang ni pulak Yassin sahaja. Yang ni Manzil. Ermm…ni Surah-surah pilihan. Ada Al-Mulk…ada Al-Waqiah…As-Sajdah..macam-macam. Bagus.

Segala berserah tangan. Buku belek-belek dengan wajah riang sekali.

Buku : Ada, yang Bunga selalu baca tu. Buku nampak selalu.

Bunga : Ohh..al-Mathurat kot.Tak pun milik si Lebah ( Lebah - roommate, Bunga)

Buku : Yang mana ye? – belek bagai gila.

Bunga : Yang ni ek? – Bunga hulur kitab doa milik Lebah.

Buku belek-belek. Geleng-geleng. Bermakna bukan juga.

Buku : Ha..yang ni……!!

Bunga : Ohhh..nilah tadi yang Bunga cakapkan…Al-Mathurat.

Buku : Bunga lancar ke yang ni?

Bunga : Ohhh..ni ayat-ayat dalam Surah Al-Baqarah. Bagus lancarkan. Berguna.

Buku : Panjang ni..boleh lancar ke?

Bunga : Dulu Bunga rangkak-rangkak juga. Tapi sebab kita amal-kan hari-hari. Jadi lancar.

Buku : Akak susah nak lancar.

Bunga : InsyaAllah..boleh..lagipun bagus baca Al-Mathurat. Orang sayang kat kita…tak mudah rasa takut….pendinding diri…semua bagus. Amalkan lepas Subuh dan Asar.

Buku : Ohh..akak pinjam ye…….

Bunga : Pinjamlah……

Senyum.

Kisah 3


Bunga belum habis lipat baju. Buku masuk kembali.

Buku : Bunga…..ada hal sikit…

Bunga : Apa nya kak?...

Buku : Ajar akak mengaji.

Senyum mekar.

Bunga : Ehhh..boleh-boleh. Orait…

Buku : Tapi seganlah..akak merangkak-rangkak.

Bunga : Macam lah Bunga pandai sangat. Kalau nak ajar, insyaAllah boleh.

Buku : Betul ni?

Bunga : Ya….boleh.

Buku : Lepas maghrib esok ya.

Bunga : ~Angguk~ Ayat-ayat lazim akak boleh baca kan?

Buku : Boleh..Al-Quran sahaja rangkak-rangkak.

Bunga : Orait.

Buku : Tahun ni kita boleh pergi tarawikh sama ya……

Bunga : Bunga ada kawan…lagi Bunga suka.

Buku : Ok….esok lepas maghrib tau.
p/s: Bunga terharu. Membawa risalah islam di kalangan yang paling dekat….adalah paling sukar sekali. Kasih sayang membawa kepada pembentukan paling bermakna dalam diari hidup.

p/s: Cuba kita tinjau sekeliling..bukan orang di dalam pejabat, bukan orang di kampus…bukan sesiapa yang akrab dengan kita…tetapi tinjau-tinjau darah daging kita.
Kita menyeru kebaikan….melaung-laung anti itu dan anti ini. Segala kehendak islam kita mahukan..kita mahu buat itu dan ini…tetapi di dalam kalangan keluarga kita……? Ayah, mak, abang, adik…sepupu, sepapat……paling dekat….jiran….kawan serumah……
Kita ambil tahukah….sudah solatkah mereka? sudah sampaikah cerita-cerita kebenaran di sebalik kedaifan di kalangan mereka?

13 Jun 2007

*Ini entri Perasan….cuti-cuti Ke Melaka.


Perjalanan dari Melaka Sentral ke Masjid Tanah mengundang satu nostalgia dalam kamus hidup saya. Biar hanya 45 minit, tetapi berkesan dalam naluri saya.

Tahniah untuk Sapura Lani, Sahabat semasa saya bekerja di A’famosa Melaka, selamat bertunang dengan jejaka pilihannya. Alhamdulillah. Pilihan warna hijau dan biru sedondon – hantarannya.

Perjalanan mencuri minda saya dengan “Rumah Melaka”.
Ciri-ciri unik saya gambarkan di sini :
Ciri khusus dari rumah Melaka adalah mempunyai anjungan yang pendek, rumah induknya mempunyai satu atau dua kamar, loteng, dan rumah dapur di bahagian belakang. Bahagian-bahagian rumah mencerminkan bagaimana hangatnya rumah tangga sekaligus kedekatan keluarga penghuni rumah dengan lingkungannya.


Lebih menariknya lagi, rumah yang terdiri dari beberapa bahagian bangunan ini tidak sama tingginya di antara seluruh bangunan. Rumah ini mengikuti keseimbangan nisbah 1/2:1:1, di antaranya bagian kaki rumah, rumah utama, dan bagian atap secara berurutan.
Ciri-ciri umum pada rumah Malaka ini adalah terdapatnya ruang loteng di bagian plafon, sama seperti rumah Minangkabau di Negeri Sembilan, Malaysia. Kedua bahagian sisi plaform ditutup dengan atap model layar.


Tangga utamanya selalu dihiasi dengan beraneka warna dari ubin keramik yang sering digunakan pada bangunan bernuansa arsitektur Cina. Setiap rumah memiliki corak tersendiri, sesuai dengan selera pemiliknya.


Tangga masuk dibuat permanen dari bahan semen yang menggantikan penggunaan tangga kayu tradisional. Awalnya, tangga rumah terbuat dari kayu setelah dimasuki pengaruh arsitektur Cina di dalam unsur bentuk dan warna.


Serba sedikit saya kongsikan untuk kalian…sejuk mata memandang melihat Rumah Melaka dengan dekorasi dan bunga kertas yang tumbuh melata. Nostalgiknya nilai Rumah Melaka dan Rumah Tua..

Rumah Tua nenek di kampung, sudah dibangunkan oleh adik-beradik mak & ayah. Kami akan berkumpul untuk sebarang acara kenduri mahupun doa selamat. Makan-makan agenda utama dalam keluarga, kerana pastinya mengeratkan tali silaturrahim kami semua. Pakcik saya, diamanahkan menjaga Rumah Tua. Suasana hari raya pasti akan lebih bermakna. Meski bonda dan ayahanda mereka telah tiada. Sebagai cucu, saya menumpang gembira.


Suka saya nyatakan, kerana ia akan membimbing kami generasi muda untuk mengikut jejak langkah mereka. Rumah tua adalah simbolik kepada setiap kelahiran. Meski ayah atau ibu sudah menyahut seruan Ilahi, tetapi nilainya dalam kehidupan adalah “beraja dalam diri”. Jika satu hari, perkara ini pasti akan berlaku kepada kita semua. Meski dalam adik beradik yang ramai atau tidak, rumah tua mesti menjadi salah satu alat pengukur ukhwah dan silaturrahim. Jangan biarkan Rumah Tua begitu sahaja. Pasti, anak-anak akan berpindah ke sana dan ke mari. Bekerja di Kuala Lumpur, mengikut jejak suami…namun jangan dibiarkan rumah tua begitu sahaja. Abadikan ia. Kemeriahannya mungkin setahun sekali bila hari raya menjelma…..namun biarlah kemeriahan sentiasa hari-hari. Caranya…? Berkumpullah..berbincanglah..musyawarah…kalau bab degil-degil takat balik kampung nak minta harta, minta bahagian tanah ni……bagi sikit tazkirah..buatkan makan-makan. Suap-suap sikit. Pujuk-pujuk sikit……….

Berbalik semula kepada Rumah Melaka….comel dan menarik tak?..marilah berkunjung ke Melaka….he he…ada rumah comel….dengan serambinya, tangganya dan ramah mesranya orang Melaka. Asam Pedas menanti anda….Ikan Bakar juga.

p/s : saya terkenang-kenang rumah lama arwah nenda …..Rumah Tua itu makin “mahal harganya” makin berseri-seri wajahnya…..terkenang juga saat nenda mengajar mengupas kulit kentang…..*

08 Jun 2007

Menjauh

Terus-terusan...
Hati makin bimbang..
Pada jauhari....sanubari...menikam kalbu
Menjauh..

Biru..menghijau...makin pekat menghitam
Jiwa sayu...
Terkenang kepada satu peristiwa
Tentang dirinya...
Tentang diriku...
Tentang hakikat kepada
"kenangan lama"

p/s : Bank Negara Malaysia hujan menggila.......lebat ...bagaimana nak balik ni..
tadi menikmati "bihun tomyam.." sedapnya..

07 Jun 2007

Perkara Penting

Tahniah untuk Perdana Menteri Malaysia, Berkahwin untuk kali ke dua .........saya rujukkan anda dengan artikel ini :

PUTRAJAYA, June 6 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will marry Jeanne Abdullah, 53, on Saturday, the Prime Minister's Office announced Wednesday.

The wedding will take place at the prime minister's official residence, Seri Perdana, here and will be attended by close relatives, the Prime Minister's Office said in a statement.

Jeanne was born in Kuala Lumpur on July 29 1953 and is the eldest of four siblings.

She was educated at Sekolah Menengah Assunta and has wide experience in administration and hotel management and has worked as supervisor of the official residence of the deputy prime minister and manager of the Seri Perdana Complex.

Jeanne has two daughters, Nadiah and Nadene.

Perkara penting kedua............TAHNIAH untuk sahabiah tersayang saya, RAFAHAH HUSIN yang baru beberapa minggu mendapat baby sulung..girl..namanya Anis....lahir seorang pejuang Islam baru...InsyaAllah....terkenangkan pula perjuangan kampus dahulu....semoga Rafahah dan suami beroleh barakahNya, dan memperjuangkan terus Syiar Islam..

Kata Umi di dalam SMS..." Paah dah dpt baby.kita bila lagi..Bila hang nak mai Penang dan Kedah? jangan lupa datang sini...rindu kat hang..."

" he he...insyaAllah...kerja jodoh, maut , ajal dan pertemuan di tangan tuhan Umi...nanti ada lapang, insyaAllah..akan mai sana....calon dok tak ada nih....huhuhu..kerja baguih dok?"

" Kerja baguih..alhamdulillah..........."

p/s : Dunia Baru Islam.....

06 Jun 2007

~Kenangan Terindah~



Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

~Kita berhubung dengan segala macam jenis teknologi, nokia, samsung, motorola, 3G, macam2 lagi...
~Kita upgrade jenis handset..kejap-kejap tukar yang merah, lepas tu hijau, biru..tetapi kita lupa "upgrade" diri...Allhuakbar..hibakan diri...makin kerdil jiwa ini..tersentap-sentap seketika..renunglah kebajikan diri, renunglah khilaf diri..yang selalu lupa dan leka...
~Nokia 3310 satu kenangan terindah....bertahannya ia...seolah bertahannya hati dengan hubungan ukhwah...persahabatan, jalinan...segalanya termetrai di sini. Semoga hati setahan, selasak 3310…..walau jatuh…Walau tercampak di bumi lain, masih segar sama..ia masih utuh…semoga hati kita sama seperti dahulu…itu doa saya untuk kalian..

Rasulullah saw telah bersabda: "Betapa aku telah melihat cinta dunia telah banyak mengelabui kebanyakan manusia, sampai seakan-akan mati hanya ditetapkan bagi orang-orang selain mereka dan seakan-akan kebenaran di dunia ini menjadi kewajiban orang lain dan sampai seakan-akan berita kematian yang mereka dengar mengenai orang-orang sebelum mereka seperti berita perginya seorang musafir yang akan kembali lagi; Mereka makan harta warisan mereka seakan-akan mereka hidup kekal, mereka telah lupa terhadap nasihat yang ada di dalam Kitab ALLAH, mempercayai kejahatan yang merupakan akibat dari kebobrokannya, tidak takut pada turunnya malapetaka dan tidak gentar pada setiap tragedi; Kerana itu, gembiralah orang yang menyibukkan diri dengan rasa lebih takut kepada ALLAH Azza Wa Jalla daripada kepada manusia'

05 Jun 2007

~Menulis Blog - Sekadar Pandangan Peribadi~


Sekadar berbasa dan berbasi hari ini. Beberapa minggu lepas banyak artikel menarik tentang blog dan satu-satunya yang dibaca adalah wajibnya mendaftar blog di Negara China. Malaysia? Keyakinan itu datang kerana satu hari nanti penulis blog mesti mendaftarkan diri. …Surat Layang…berita palsu? Kutukan demi kutukan..luahan rasa peribadi….Semua itu akan terjadi dan memang terjadi di laman-laman blog..(ehh..saya tidak kata …tapi ada orang kata)

Blog amnya, menjadi satu “trend” dan trademark masyarakat Malaysia. Juga kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia di luar Negara. Ingin saya sentuh tentang trend ini yang memang terbahagi kepada dua jenis penulisan blog :

1) Menulis blog untuk perihal peribadi. Ala-ala diari….zaman canggih ni …semua orang mahu mencuba sesuatu yang baru. Kalau hari ini kita buka laman-laman blog…memang ramai yang menulis…tetapi seperti satu kisah peribadi. Ala-ala bibliografi. Saya segan sikit menulis tentang perihal diri, melainkan ada sesikit entri peribadi untuk menjalankan kajian…terhadap diri dan memperingati diri tentang sesuatu yang menyanggah fikiran.


2) Ramai juga yang menulis tentang Ilmu, berkongsi pandangan , bertukar pendapat dalam pelbagai bidang juga perkara. Saya suka bercerita tentang buku dan pengalaman juga menulis tentang dunia dan akhirat. Sesungguhnya bidang penulisan memberikan gambaran meluas terhadap penulis. Menulis memberikan gambaran terhadap sikap seseorang. Gaya bahasa, jalan cerita dan susur ayat yang mengalir akan membuatkan ramai terpanggil untuk menjelajah ke blog. Suka saya ingatkan pada diri saya sendiri…bahawa saya sedang membina ayat-ayat dengan “membanyakkan membaca”. Banyak membaca akan memberikan ilham dan seterusnya memberikan gambaran peribadi. Satu contoh blog yang saya cemburui adalah Faisal Tehrani. Gaya bahasanya ketika dalam “Cinta Hari-hari Rusuhan” berlainan sekali dengan “Bila Tuhan Berbicara”….Beliau matang dan menceriakan pembacanya. CHHR berat dari sudut penciptaan watak ..BTB bersahaja dan membuatkan saya tidak kering gusi. Juga fokusnya terhadap pengembangan ilmu dan beberapa komentar terhadap beberapa isu. Saya ingin popular sepertinya tetapi mengambil masa. Agak saya FT mengambil masa lebih kurang 4 tahun ke 5 tahun untuk mencipta gaya tersendiri dan menjadi salah satu penulis tersohor. Saya selidik novelnya….Juga terbaru memiliki Cinta Fansuri..karya pengarang pujaan FT sendiri.. A.Samad Said, Sasterawan Negara.

Inilah yang dikatakan tentang menulis dalam berbagai bidang dan berkongsi sesuatu. Sesungguhnya banyak yang dapat kita pelajari dan meneladani melalui komentar bermanfaat dan bukan “tin kosong sahaja”. Biarlah blog di isi dengan manfaat, ilmu dan memperkasakan Bahasa Melayu sendiri. Teguran dan nasihat juga menjalinkan ukhwah …

Saya berkira-kira mahu mengumpulkan semua penulis blog dalam satu acara. Tetapi ia agenda besar kerana sayap saya baru melebar. InsyaAllah…dizinkan Ilahi. Namun menjadi penulis berjaya, memerlukan kekuatan dan kesabaran. Menulis memerlukan “imaginasi dan kekuatan minda”. Juga Magis…..ya..magis!

Juga memerlukan satu revolusi baru ke dalam diri dan minda. Menulis sahaja dalam bentuk apa….saya tidak kisah..anda berhak..tulislah apa sahaja, namun barangkali menatap cerita peribadi agak “segan” sikit. Terpulanglah diri…….

Selamat menulis blog..

Sifat penulisan dalam Islam seperti yang ditegaskan oleh Prof. Ismail Al-Faruqi rahimahullah, "Gabungan isi kandungan yang luhur dengan bentuk yang luhur".

Hal ni telah ditulis dalam Al-Quran dalam surah Ibrahim:Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. (14:24-27)

Saya makin bersemangat hari ini….

04 Jun 2007

Tambatan jiwa...

Mengapa agaknya..
Saya makin letih...penat...tulisan tidak bermakna. Kerja saya makin bertambah...Makin serabut...

Siang di pejabat, mengadap PC…malam…mengadap PC juga..letih mata…Idea makin kering…Idea makin susah….Bagai tidak bernyawa. Macam orangnya…Sungguh saya makin putus asa…..
Saya gagah juga...mengadap Ilahi...Sukar mengharungi...

Kenapa sakit ini ? Letih sungguh..mengganggu fikiran saya......

01 Jun 2007

Kes Lina Joy: PM minta usah ikut emosi....(SAYA MINTA KITA KENA EMOSI)

Kes Lina Joy: PM minta usah ikut emosi

Oleh Anwar Hussin, Saufi Hamzah dan Rohaniza Idris
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, semua pihak perlu menerima keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes Azlina Jailani atau Lina Joy, dengan terbuka dan tidak membenarkan diri mereka dipengaruhi emosi.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak pernah mempengaruhi mahkamah untuk membuat sebarang keputusan, termasuk berhubung kes Lina Joy yang merayu di Mahkamah Persekutuan untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya

“Kalau kita membenarkan emosi mempengaruhi kita, kita akan fikir macam-macam... syak itu dan ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, petang semalam.Abdullah yang juga Presiden Umno diminta mengulas mengenai reaksi pelbagai pihak berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin yang menolak rayuan Lina Joy yang mengaku murtad sejak 17 tahun lalu untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

Mahkamah menegaskan Azlina, 42, atau nama Kristiannya, Lina Joy perlu mendapatkan perakuan bahawa dia sudah murtad daripada Mahkamah Syariah sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.Ditanya sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan itu melebarkan jurang perbezaan agama di negara ini, Abdullah berkata: “Saya tidak fikir ada jurang perbezaan yang luas walaupun perbincangan berhubung agama semakin meluas”.

Sementara itu, Abdullah menyifatkan media Barat yang memburukkan Malaysia dengan mendakwa tidak mempraktikkan kebebasan agama selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu sebagai jahil mengenai negara ini.

“Mereka mempunyai persepsi salah mengenai apa yang kita boleh lakukan. Ini adalah keputusan mahkamah, saya tidak mempersoalkannya. Ada banyak keputusan yang dilakukan mahkamah dan (kadangkala) kita tidak berpuas hati tetapi apa yang boleh kita buat,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Malaysia juga tidak pernah menolak kebebasan beragama dan perkara itu jelas terbukti kerana jika tidak, sudah tentu tiada penganut Kristian atau gereja untuk mereka di negara ini.Beliau turut menyangkal dakwaan media asing kononnya undang-undang Islam kini mengatasi Perlembagaan Persekutuan.

~ Marilah kita memohon redha Ilahi kerana saya emosi ...saya emosi..........~