Pages

14 Jun 2007

Berita Terkini

Info 1

Bumi Mansurah diselubungi kesedihan yg amat apabila seorang pelajar Muhammad bin Ishak (Terengganu) meninggal dunia pukul 1pg malam di Hospital Dauli akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman diseluruh badan termasuk di leher, mata, peha dan yg paling teruk dikepalanya. kejadian berlaku lebih kurang pukul 7 malam hari rabu 13jun di sebuah rumah pelajar Malaysia di pasar di Dirasat, Mansurah, Egypt. Mangsa yg sedang bermain komputer di serang dari belakang dan bergelut sehinggala ditetak seluruh badan dgn 3 pisau. Antaranya pisau pemotong daging yang baru dibeli. Mangsa yg ditetak bertalu2 lari ke belakang dalam keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian arab di pasar. Maka penduduk arab tadi pun naik ke atas dan menjumpai mangsa terbaring berlumuran darah .

Info 2

Pertamanya maaf kerana kemungkinan besar solat jenazah tidak akan dilaksanakan di Kompleks Dataran Haiyu Asyir kerana jenazah akan terus dibawa pulang ke Malaysia dengan perbelanjaan tanggungan kerajaan negeri Terengganu.

Terima kasih untuk sahabiah : fragrance heaven atas berita ini..

Innalillah...

*Al-Fatihah .........

4 ulasan:

  1. "Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun..."

    T_T

    BalasPadam
  2. "Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun..."

    sabo eik...!

    BalasPadam
  3. salam,

    inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..

    smga roh dicucuri rahmat..
    amin ya Rabb!..

    BalasPadam
  4. Berita rasmi Berita Harian 15/06/2007


    Pelajar Malaysia di al-Azhar maut ditikam
    Oleh Hardi Effendi Yaacob, Nazura Ngah dan Ifwan Tun Tuah


    KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Universiti al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir, mati selepas ditikam lebih 10 kali oleh rakan senegara, yang dipercayai mengalami tekanan mental, dalam kejadian di rumah sewa mangsa, malam kelmarin.






    Mohammad Ishak, 22, dari Kampung Pangkalan Raja Wali, Chendering, Terengganu, meninggal dunia selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Antarabangsa As-Sallam, Kaherah kerana kecederaan parah di kepala akibat dipukul dan ditikam bertubi-tubi pada leher pada kejadian jam 8.30 malam (1.30 pagi waktu Malaysia).

    Suspek, juga pelajar universiti itu berusia 22 tahun dan berasal dari Dengkil, Selangor, kini ditahan polis Mesir bagi membantu siasatan kes berkenaan.

    Abang mangsa, Hussin, 28, yang ditemui Berita Harian di Chendering bagaimanapun berkata, Mohammad mungkin menjadi mangsa keadaan kerana suspek sebelum itu dikatakan mencari dua rakan serumah adiknya.

    Beliau yang dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh Yang Dipertua Dewan Perwakilan Pelajar Mansurah, Ali Zulfakar, berkata suspek mengunjungi rumah sewa adiknya kira-kira jam 7 malam tetapi dua rakan serumah Mohammad tiada.

    “Ketika itu Mohammad keseorangan dan sedang menggunakan komputer. Selepas gagal menemui rakan serumah Mohammad, suspek dikatakan meluru ke dapur dan mengambil pisau,” katanya yang turut menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah bagi mengesahkan kejadian itu, kira-kira jam 11 pagi semalam.

    Mangsa adalah pelajar tahun pertama jurusan Usuluddin manakala suspek menuntut di tahun tiga jurusan Pengajian Islam.

    Hussin yang juga bekas pelajar universiti itu dan kembali ke tanah air pada 2005, turut mengenali suspek ketika di sana dan menyifatkannya sebagai seorang yang pendiam.

    Katanya, berdasarkan maklumat rakannya di sana, suspek dipercayai mengalami tekanan akibat peperiksaan dan pernah berselisih pendapat dengan rakan serumah adiknya.

    Beliau berkata, Mohammad tidak mendapat tajaan mana-mana pihak dan keluarganya menghantar RM200 sebulan untuk perbelanjaan. Keluarganya reda Mohammad dikebumikan di Kaherah kerana mereka tidak mampu membawa jenazah pulang.

    Bagaimanapun Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kerajaan negeri sedia membiayai kos membawa pulang jenazah yang akan diuruskan Yayasan Terengganu.

    Sementara itu, seorang pelajar Malaysia di Mansurah ketika dihubungi berkata, mangsa dan suspek saling mengenali, malah sering berkunjung ke rumah sewa Mohammad.

    Pelajar itu berkata, suspek dikatakan membawa tiga pisau, termasuk satu pisau pemotong daging yang baru dibeli.

    Jurucakap Bahagian Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Kaherah ketika dihubungi pula berkata, suspek ditahan bersama tiga pisau berlumuran darah, dipercayai senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.

    Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, tidak dapat dihubungi kerana dikatakan ke tempat kejadian, kira-kira dua jam perjalanan dari Kaherah.

    BalasPadam