Pages

13 Jun 2007

*Ini entri Perasan….cuti-cuti Ke Melaka.


Perjalanan dari Melaka Sentral ke Masjid Tanah mengundang satu nostalgia dalam kamus hidup saya. Biar hanya 45 minit, tetapi berkesan dalam naluri saya.

Tahniah untuk Sapura Lani, Sahabat semasa saya bekerja di A’famosa Melaka, selamat bertunang dengan jejaka pilihannya. Alhamdulillah. Pilihan warna hijau dan biru sedondon – hantarannya.

Perjalanan mencuri minda saya dengan “Rumah Melaka”.
Ciri-ciri unik saya gambarkan di sini :
Ciri khusus dari rumah Melaka adalah mempunyai anjungan yang pendek, rumah induknya mempunyai satu atau dua kamar, loteng, dan rumah dapur di bahagian belakang. Bahagian-bahagian rumah mencerminkan bagaimana hangatnya rumah tangga sekaligus kedekatan keluarga penghuni rumah dengan lingkungannya.


Lebih menariknya lagi, rumah yang terdiri dari beberapa bahagian bangunan ini tidak sama tingginya di antara seluruh bangunan. Rumah ini mengikuti keseimbangan nisbah 1/2:1:1, di antaranya bagian kaki rumah, rumah utama, dan bagian atap secara berurutan.
Ciri-ciri umum pada rumah Malaka ini adalah terdapatnya ruang loteng di bagian plafon, sama seperti rumah Minangkabau di Negeri Sembilan, Malaysia. Kedua bahagian sisi plaform ditutup dengan atap model layar.


Tangga utamanya selalu dihiasi dengan beraneka warna dari ubin keramik yang sering digunakan pada bangunan bernuansa arsitektur Cina. Setiap rumah memiliki corak tersendiri, sesuai dengan selera pemiliknya.


Tangga masuk dibuat permanen dari bahan semen yang menggantikan penggunaan tangga kayu tradisional. Awalnya, tangga rumah terbuat dari kayu setelah dimasuki pengaruh arsitektur Cina di dalam unsur bentuk dan warna.


Serba sedikit saya kongsikan untuk kalian…sejuk mata memandang melihat Rumah Melaka dengan dekorasi dan bunga kertas yang tumbuh melata. Nostalgiknya nilai Rumah Melaka dan Rumah Tua..

Rumah Tua nenek di kampung, sudah dibangunkan oleh adik-beradik mak & ayah. Kami akan berkumpul untuk sebarang acara kenduri mahupun doa selamat. Makan-makan agenda utama dalam keluarga, kerana pastinya mengeratkan tali silaturrahim kami semua. Pakcik saya, diamanahkan menjaga Rumah Tua. Suasana hari raya pasti akan lebih bermakna. Meski bonda dan ayahanda mereka telah tiada. Sebagai cucu, saya menumpang gembira.


Suka saya nyatakan, kerana ia akan membimbing kami generasi muda untuk mengikut jejak langkah mereka. Rumah tua adalah simbolik kepada setiap kelahiran. Meski ayah atau ibu sudah menyahut seruan Ilahi, tetapi nilainya dalam kehidupan adalah “beraja dalam diri”. Jika satu hari, perkara ini pasti akan berlaku kepada kita semua. Meski dalam adik beradik yang ramai atau tidak, rumah tua mesti menjadi salah satu alat pengukur ukhwah dan silaturrahim. Jangan biarkan Rumah Tua begitu sahaja. Pasti, anak-anak akan berpindah ke sana dan ke mari. Bekerja di Kuala Lumpur, mengikut jejak suami…namun jangan dibiarkan rumah tua begitu sahaja. Abadikan ia. Kemeriahannya mungkin setahun sekali bila hari raya menjelma…..namun biarlah kemeriahan sentiasa hari-hari. Caranya…? Berkumpullah..berbincanglah..musyawarah…kalau bab degil-degil takat balik kampung nak minta harta, minta bahagian tanah ni……bagi sikit tazkirah..buatkan makan-makan. Suap-suap sikit. Pujuk-pujuk sikit……….

Berbalik semula kepada Rumah Melaka….comel dan menarik tak?..marilah berkunjung ke Melaka….he he…ada rumah comel….dengan serambinya, tangganya dan ramah mesranya orang Melaka. Asam Pedas menanti anda….Ikan Bakar juga.

p/s : saya terkenang-kenang rumah lama arwah nenda …..Rumah Tua itu makin “mahal harganya” makin berseri-seri wajahnya…..terkenang juga saat nenda mengajar mengupas kulit kentang…..*

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama29/6/07 14:29

    menariknya.......

    he he

    salam perkenalan!!

    BalasPadam