Pages

20 Jun 2007

Wanita

Dalam saya menjelajahi semua laman tazkirah dalam simpanan saya (peti tazkirah) saya perolehi ini. Agak bagus dan baik untuk saya munasabah diri sendiri. Bagi muslimat/wanita …ayuh, kita perbaiki diri. Ironinya, saya yakin, menjadi yang terbaik bukanlah senang. Namun untuk menjalinkan diri dan memperbaiki diri, insyaAllah. Semua kerja Tuhan..bukan.?

Saya tidak terbaik..namun masih menjadi yang terbaik. Cukup untuk diri sendiri…dan kita sama-sama memperbaiki diri.

“Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Saya tinjaukan paparan ini …

Ada yang semangat belajar Islamnya baik. Antusias menghadiri majlis-majlis ilmu, tapi tidak menjaga lisannya dari ghibah (menggunjing) dan namimah (mengadu domba).

Ada yang hubungan pribadinya dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala baik, tapi tidak menjaga hubungan baik dengan tetangga dan teman-temannya.

Ada Yang hubungannya dengan teman-teman dan tetangganya baik tapi tidak melaksanakan dengan baik hak-hak orang tua. Kurang-kalau tidak dikatakan sama sekali tidak-mereka dalam berbakti kepada kedua orang tuanya.

Ada yang berbakti kepada kedua orang tuanya tetapi tidak memenuhi hak-hak suaminya. Tampil dengan dandanan indah saat menghadiri pertemuan-pertemuan dengan para wanita tetapi tidak pernah memperbaiki penampilannya di depan suaminya.

Ada yang berbakti kepada suaminya tetapi tidak membantu suaminya untuk berbakti kepada kedua orang tuanya. Atau tidak mendukung suaminya untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan beramal soleh.

Ada yang berbakti kepada suaminya tapi kurang memperhatikan pembinaan dan pembentukan kepribadian anak-anaknya. Kurang memperatikan perkembangan kejiwaaan dan akal mereka. Kurang memperhatikan lingkungan sekitarnya yang memberikan pengaruh kepada putra-puterinya.

Ada yang memperhatikan itu semua terapi kurang silaturahimnya kepada saudara-saudaranya.

Ada yang silaturahim terhadap keluarganya baik, tapi hubungannya dengan lingkungan sekitarnya tidak baik. Sibuk dengan urusan pribadinya. Tidak peduli dengan persoalan kaum muslimin dan muslimat.

Ada yang memperhatikan persoalan peribadi dan umat islam tetapi kurang memperhatikan pengembangan pengetahuannya. Tidak menambah pengetahuannya dengan belajar dan terus membaca.

Ada yang sibuk dengan belajar tetapi mengabaikan urusan rumah tangga, putera puterinya dan suaminya.

4 ulasan:

  1. "Barang sesiapa yg tidak mengendahkan perihal kaum Muslimin di sekitar/selainnya..maka dia bukan daripada kalangan umat Muslimin itu"...mafhum dr sabda Nabi (au kama qoolan Nabi)

    -anTusufi

    BalasPadam
  2. Salam ukkhuwwah. Tertarik dengan entri ini, tentang sikap wanita dan muslimat. Tapi abang long lebih suka menegur para suami didalam blog peribadi.

    BalasPadam
  3. salam,

    sesungguhnya jasa mereka yg bernama wanita tidak kurang hebatnya didalam agama..

    apabila mereka dapat memelihara segala batasan agama dalam kehidupan seharian mereka..

    samada dia adalah anak, pelajar, pekerja, isteri mahupun ibu..

    (",)

    BalasPadam
  4. salam,

    wanita juga selalu dikaitkan dengan tabiat kuat berbelanja, apatah lagi, jika berkerjaya dan mampu menjana pendapatan sendiri. Boros boleh merosakkan diri sendiri. Kita bukan sekadar dilarang boros dalam berbelanja tetapi ditegah untuk melakukan pembaziran.

    Rasulullah s.a.w tidak ketinggalan dalam hal ini. Daripada Jabir katanya, Rasulullah s.a.w bersabda " Peliharalah hartamu baik-baik dan jangan dirosakkan kerana setiap orang yang diberi satu pemberian, maka harta itu menjadi milik yang diberi selama hidupnya dan apabila meninggal menjadi milik keturunannya" )Riwayat muslim)

    Ayuh wanita, para isteri ( saya belum lagi) he he...kita sama-sama menilai diri. Sikap boros, menunnjuk-nunjuk jangan kita amalkan. Bersederhana dan sentiasa mensyukuri nikmat.

    allahuakbar

    Salam Perpaduan untuk alwatary, abang long dan bang_gugar. Jagalah wanita untuk menghiasi taman-taman syurga.Aminn

    BalasPadam