Pages

13 Mac 2020

Eee, lamanya tak jumpa!

Hi semua!

Lamanya kita kita tak berjumpa. Apa khabar semua. Geng Transformers, masihkah kalian ingat dengan saya? RIndu betul nak berblog kan? Sebab sekarang terlalu banyak medium sosial dan ramai pembaca memilih membaca secara online. 

Alhamdulilah.....akhirnya diam tak diam, saya dah ada dua novel yang diterbitkan di bawah penerbit Karya Seni. Selepas ini ada beberapa manuskrip yang harus saya lunasi. Walaupun saya tahu, ramai yang penat menunggu, tapi saya harap saya berbaloi penantian dengan manuskrip yang akan diterbitkan menjadi novel nanti. Terutamanya kisah Izz Amir dan Cik Yaya sayang tu. Satu lagi ada permintaan untuk kisah Majdina dan Zain.. eee rindunya!

Daaaaa. Saya nak letak kaver novel di sini! Jangan lupa beli dan dapatkan di pasaran ya! Beli, baca dan komen di Goodreads! ;)

Satu 

Sara Nur Naila




Dua

Yang Terindah ...jeng jeng. Tapi kita tukar sikit tajuknya kepada 
Hai Cinta, Dengarkanlah!





Kita jumpa lagi kat sini. Garam di laut, asam di gunung bertemu dalam belanga juga. Berjodoh betul. Kan Cahaya, kan?” Adib Huzairi

“Hebat betul taste janda macam kau ni, kan?” Ainil

“Sebab saya jandalah kak, taste saya kena tinggi sikit.” Cahaya

Cahaya ini, benci betul kalau orang memandang rendah kepadanya hanya kerana dia menyandang gelaran janda. Salah ke kalau dia itu janda kerana kematian suami! 

Dihimpit dengan desakan keluarga Aizul yang mahu menyatukan mereka berdua, Cahaya jadi rimas. Mujurlah Adib itu selalu jadi penyelamat, selalu jadi hero untuk dia dan Fifi.

Mama, boleh ke Uncle Adib jadi papa Fifi?" - Fifi

Adib itu akhirnya suka, sayang dan mahukan Cahaya. Tapi dia takut untuk berterus terang dengan emaknya yang terlalu tegas. Roza itu kan anti dengan budak-budak. Fifi nanti mesti akan sepahkan rumah dan nanti rumahnya mesti akan berhabuk. Eeee, Adib nak kahwin dengan janda beranak anak satu?!

“Baiklah, mak setuju Adib kahwin dengan Cahaya. Tapi dengan satu syarat. Lepas Adib kahwin, Fifi tak boleh selalu ada kat rumah mak. Tak boleh!” Roza

Sukarnya untuk Cahaya dan Adib menyemai kasih andai emak sebegitu dengan Fifi.
“Ya Allah, kau lembutkanlah hati Mak Tok Roza yang keras macam batu itu. Mak tok mesti kena sayang dengan Fifi.” - Fifi

Apakah sebenarnya suratan takdir hidup Cahaya dan Fifi, menumpang kasih seorang lelaki yang sepenuh hati menyayangi mereka. Adakah menjadi janda beranak satu itu merupakan satu kesalahan?