Pages

30 April 2012

Mr Pai Epal 29

Mr Pai Epal 29! Alhamdulillah, siap saya menulisnya. Saya rasa macam sewel pulak menulisnya. Sekejap Yaya marah, dan sekarang saya tak tahu nak kata apa sebab Yaya sedang cuba merawat marahnya dengan Izz Amir.

Ramai kata Izz Amir lalang! Suruh Yaya merajuk lama-lama. Tapi saya tak sampai hatilah! Kisah ini semakin panjang dan semakin akan mendebarkan pula! Hahaha (perasan ko, Mardihah) Suka atau tak dengan bab ni, boleh komen dan mana tahu saya boleh ubah untuk manuskrip sebenar nanti! Jeng jeng jeng!

Okey, semoga suka dan mengikut perancangan saya MPE habis di bab 30, tetapi sebenarnya tidak! Tidak dan akan diteruskan di blog kerana beberapa perkara. Saya akan war-warkan segera bila Mr Pai Epal akan diberhentikan dan siap untuk penilaian penerbit! Saya usaha menyiapkannya agar semua tidak susah hati dengan cik Yaya sayang!


Keluar dari hidup seorang lelaki bernama Izz Amir ! Ya, aku akan keluar dari hidup lelaki yang penuh dengan impian itu dan akan segera melupakan dia dari jiwa ! Aku kesat air mata yang berlinang. Aku bawa skuterku entah ke mana. Rasa kosong betul ! Rasa mahu berlari jauh-jauh kerana aku masih berhadapan dengan kenyataan ini. Selama enam ke lima bulan ini aku akan berhadapan dengan Izz Amir, Jasmin dan umi ! Sehingga selesai kerjaku di Pai Epal Cafe dan selepas permohonan aku ke Le Cordon Bleu berjaya !

Dan selepas itu, titik ! Maka, aku akan memulakan fasa baru. Cita-cita baru dan warna warni semula dalam kehidupan seorang gadis bernama Yaya !

Telefon bimbitku berbunyi bertalu-talu. Aku tahu itu panggilan telefon dari Izz Amir. Ah, biar ! Ah, biarkan dia ! Paling penting, aku puas hati mencurahkan bawang yang dimesin dan cili di atas kepala Jasmin a.k.a Jasmin Gedik Terlampau itu! Aku tersenyum puas hati ! Meraikan kemenangan yang berpihak kepadaku. Meraikan keberanian Yaya anak kesayangan arwah abah dan ibu ! Yahoooooo….

Hei MJ Ungu terus meluncur sederhana. Aku tahu, aku melanggar peraturan Pai Epal Cafe dan dengan suka hatinya keluar dari cafe walhal sekarang adalah masa bekerja. Dan dalam masa satu jam berlalu, aku sudah masuk ke dalam rumah dan naik ke dalam bilik. Aku mengambil borang kemasukan ke Le Cordon Bleu bersama pen hitam dan mengisinya dengan penuh rasa. Entah di mana datangnya kekuatan, aku tidak tahu ! Tetapi bayangan Izz Amir mengusap-ngusap rambut Jasmin terus terbayang-bayang di depan mata !

Ya, aku cemburu ! Ya, aku sakit hati. Ya, aku benci melihat Izz Amir sebegitu. Dan kalaupun dia mahu mengambil hati Jasmin, dia tidak patut menghalau aku sebegitu di depan semua pekerja Pai Epal Cafe. Izz Amir juga tidak sepatutnya meletakkan kesalahan di atas bahu aku ! Jasmin yang memulakan pergaduhan itu dan Jasmin memang sah-sah memperkecilkan bidang kerja kami semua di bahagian dapur !

Aku rasa aku betul dan aku memang berhak menang dalam pergaduhan berkenaan. Dan selama setengah jam, aku mengisi borang berkenaan. Jemari aku terus lincah mengisi dan di akhir borang berkenaan, mata meliar memilih outlet Le Cordon Bleu. Ke mana harus aku pergi ?

+Sepanyol Yaya !
-Jangan kacau, boleh tak ?
+ Seoul, Korea Yaya ! Nanti bolehlah pergi Pulau Jeju ! Haaaa, nanti bolehlah pergi bergambar bagai macam drama Winter Sonata ! Jumpa Lee Min Ho pun boleh ! Jung Il Woo pun ada sekali ! Won Bin pun ada, Yaya !
+Haishh…ada yang kena cepuk dengan Yaya ni !
-Kobe, Jepun ? Ada Ultraman ! Doraemon pun ada !
+ Jangan kacau, boleh tak ?
-Laaaaa, I cuma bagi suggestion saja. Terpulanglah dekat you ! Haaaa…Australia ! Ada kangaroo ! Paris ? Di sana ada Munir, Yaya ! Haaa, Yaya ada kawan nanti ! Canada ? Mexico ? Peru ?
+Diam ! Jangan kacau Yaya !
-Ala Yaya, janganlah marah. Kita kan kawan. Ugandalah kalau begitu Yaya !
+Hello, Le Cordon Bleu tak ada di Uganda, okey ?
-He he he

Dan mata aku memandang borang berkenaan. Ada rasa tenang dan wajah arwah abah terbayang-bayang di hadapan mata. Akhirnya, aku memilih. Paris. Ya. Paris ! Aku tersenyum penuh puas ! Dan sebenarnya aku lebih puas kerana ketika aku pergi ke negara ini, Izz Amir akan menjadi suami kepada Jasmin. Izz Amir bukan lagi yang teristimewa di hati ini.

Aku tarik nafas dan melepaskan lelah. Pen aku letak perlahan di atas meja dan akhirnya aku lipat borang berkenaan dan memasukkan borang berkenaan di dalam sampul surat. Mata terkebil-kebil ! Telefon bimbit masih terus berbunyi dan menjerit-jerit minta diangkat.

Aku pantas membaringkan diri di atas katil ! Ibu dan kak Hamidah akan terpacul selepas jam 3 petang ! Fatin, akan balik selewat 6 petang nanti. Telefon berbunyi lagi ! Aku gigit bibir dan menarik beg galasku. Pantas, jemari ini menyelongkar beg galas. Kunci rumah, kunci skuter, berbagai kertas dan buku nota berterabur di atas katil. Aku pantas mengambil telefon bimbitku. Namanya tertera ! 188 panggilan tidak berjawab. Gila betul Izz Amir ni !

Dengan pantas aku menekan butang hijau.

Telefon sudah berada di telinga.“Ya! Awak nak apa lagi?”

Dan suara Izz Amir ketawa mengekek-ngekek melekat ke dalam telinga. Dan aku terkebil-kebil tanpa jawapan.

“Awak gila ya? Kenapa awak gelak sampai tak ingat dunia ni?”

“Kelakarlah awak, cik Yaya sayang! Berani betul awak ya! Dan barulah saya nampak tahap kemarahan awak dan tahap kesabaran awak bagaimana!” reda sikit ketawanya. Aku termangu-mangu. Boleh pulak aku terkedu mendengar suaranya.

Izz Amir menyambung perbualannya. “Lain kali, awak curahkan minyak masak dan cili padi yang dah bermesin tu! Baru padan dengan muka Jasmin!” suara Izz Amir ketawa lagi. Membuatkan aku turut sama tersengih. Eh eh, tiba-tiba aku memujuk diri sendiri. Dan tiba-tiba rasa sayang berganda-ganda dengan Izz Amir. Tadi, bukan main marah lagi aku dengan lelaki berwajah empat belas juta ini.

Dan sungguh, suara lemak merdunya inilah yang aku rindui. Kalau tadi, aku dengan beraninya mengatakan aku akan keluar dari hidupnya, sekarang apa pula rasa hati aku ini? Kenapa dengan aku di kala Izz Amir bakal menjadi tunang Jasmin dua hari lagi?

Akukah yang menjadi lalang atau Izz Amir sebenarnya yang lalang? Mampukah aku membencinya selepas dia mengisi ruang hati ini? Dan sungguh, Izz Amir lelaki pertama yang aku cintai. Dia juga lelaki pertama yang memberi banyak rasa. Rasa rindu, rasa remaja, rasa cinta, rasa kasih sayang dan semua rasa yang bercampur aduk di dalam hati ini. Mengapa aku jatuh cinta dengan Izz Amir? Kenapa? Dan mengapa juga Allah menduga dengan kehadiran umi yang tidak menyukai perhubungan kami ini?

“Tapi kenapa Yaya tak boleh sabar?” tanyanya lembut menikam hati. Aku tidak boleh sabar? Ewah-ewah!

Suaranya bergema lagi. “Saya sedang berusaha mengenai perhubungan kita. Saya sedang pujuk umi menerima awak seadanya. Bersabar ya, Yaya! Saya bukan macam mana yang sedang awak fikirkan. Saya bukan, Yaya! Saya harus jaga perasaan umi dan secara tak langsung saya juga sedang memikirkan mengenai kita!” suaranya sayu sahaja.

“Faham saya ya cik Yaya sayang?” pujuknya lagi.

Ah, tiba-tiba aku menangis. Memikirkan nasib kami ini. Faham bagaimana lagi, sehingga dia langsung tidak menampakkan diri di Pai Epal Café. Menyepikan diri dan membuang aku jauh-jauh selepas majlis hari jadinya. Kereta comel hadiah untuknya, masih aku simpan dan memang belum menjadi miliknya. Aku letak hadiah berkenaan dengan rasa sebak di dalam almari. Aku berbohong dengan Fatin mengatakan Izz Amir sukakan kereta comel hadiah tidak seberapa dari aku ini.

“Entah, saya rasa kosonglah! Awak kan bakal bertunang dengan Jasmin nanti. Jangan cari saya lagi selepas ni! Jangan lagi say sayang sayang dekat saya!” rajuk aku bertambah-tambah.

“Yaya. Dengar cakap saya! Dengar ni!” dia memujuk lagi.

“Saya kusut! Fikiran serabut. Saya bukan seperti yang awak fikirkan. Bukan! Saya tetap sayangkan awak, seorang! Cinta hati saya ni, sudahlah..jangan menangis! Tak cantik nanti!”usiknya sambil bergelak ketawa.

Aku diam dan kemudian mengesat air mata. Boleh pula aku ketawa. Bila dia kata, ‘cinta hati’, berjiwang bagai itulah yang buat aku rasa terharu.

“Saya dah hantar Jasmin balik rumah dia. Yaya kat mana ni?” tanyanya.

Aku kesat air mata. “Rumah. Baring dan saya nak tidur! Sakit kepalalah!” aku bohong.

“Saya ambil awak. Kita keluar ya!”

“Pergi mana?”

“Teman saya!”

“Tak nak! Nanti apa pula kata orang. Saya keluar dengan bakal tunang Jasmin.”

Izz Amir tarik nafas. “Ya, saya akan bertunang dengan dia Ahad ni! Tapi lepas bertunang dengan Jasmin, saya akan berkahwin dengan awak!”

Mata aku terbeliak! “Peraturan hidup mana yang awak guna ni, chef Izz Amir? Jangan guna peraturan sendiri sampai belakangkan umi dan keluarga awak. Jasmin ada perasaan dan dia perempuan macam saya juga! Saya malas, saya nak tidur!” tekadku serta merta. Entah mengapa aku jadi lebih kuat berhadapan dengan situasi ini. Izz Amir memang suka memaksa aku itu dan ini! Dan dia langsung tidak pernah pedulikan perasaan aku. Langsung juga tidak pernah cuba menyelesaikan masalah ini.

+Hei, hei! Bukankah Izz Amir sedang cuba selesaikan masalah ni? Dia dah mengaku Yaya! Dia tersepit antara umi dan pilihan hati.
-Macam drama tahu tak? Klise macam dalam novel pun ada! Eeeee, bencilah! Kahwin lari sajalah macam ni.
+Amboi-amboi! Ingat senang ke Izz Amir nak pujuk hati umi yang siap pengsan masuk hospital semua.
-Lelaki semua samalah! Macam lalang!

“Kalau awak tak keluar dengan saya hari ni, saya akan pastikan markah awak untuk dihantar ke Yayasan Marjan lima puluh peratus rendah dari biasa!”

Dan dia matikan talian! Aku dengan serta merta merebahkan diri kembali di atas katil! Suara nyaring aku terus bergema dan aku pasti jiran sebelah menyebelah akan pengsan kerana jeritan ini! Izz Amir memang menyusahkan hidup aku! Izz Amir memang membawa berbagai rasa dalam hati ini. Aku terus merangkak dan menjatuhkan diri di atas lantai!

Gedebuk! Aku menjatuhkan diri sendiri.

Aku campak telefon ke atas katil dan aku renung syiling sehingga tertembus ke negara Uganda. Markah itulah yang akan menentukan nasib aku seterusnya. Markah terkumpul aku itulah yang akan membawa aku menyambung belajar ke Le Cordon Bleu. Oh, tidak!

***

Bunyi honnya memecah gegendang telinga! Sudah dua puluh kali! Habislah aku sekiranya semua jiran tahu dan memaklumkan kepada ibu mengenai bunyi hon dari kereta Izz Amir. Kalau juga Fatin tahu mengenai tragedi yang berlaku kepada aku ini, sumpah dia akan menutup pintu dan menghalau Izz Amir jauh-jauh.

Aku membuka pintu. Kereta Volkswagen beetle Izz Amir tersadai dan honnya berbunyi lagi. Bila dia menoleh dan melihat aku yang sudah berdiri di hadapan pintu, hon segera ‘senyap’. Dia memandang aku dengan penuh rasa sayu.

Adnan ada di tempat duduk belakang. Mata aku beralih memandang Izz Amir yang sudah keluar dari keretanya. Aku segera mengunci pintu rumah, menyarung kasut dan membawa beg galasku bersama-sama.

Langkah longlai sahaja sebenarnya. Tetapi aku gagahkan diri merencana nasib dengan lelaki ini. Ke manakah hala tuju Izz Amir hari ini?

Izz Amir membukakan pintu kereta. Aku tutup pintu pagar dan aku perasan beberapa biji mata jiran memandang aku melalui tingkap rumah mereka. Makcik Leha pun terpacul di depan rumahnya dengan mata mencerlung macam aku ini anak saudara mereka pula. Yang pasti, ibu akan tahu dan Fatin akan segera mendapat berita. Makcik Leha, CNN terhebat abad ini!

“Silakan masuk permaisuri hati beta!” Izz Amir tersengih lagi. Aku menjelingnya.  Dan dengan lajunya aku masuk ke dalam kereta Izz Amir dengan tersengih panjang!

Adnan tarik nafas. “Aku dengan baju busuk ni diajak teman kamu berdua jalan-jalan makan angin! Cet!” Adnan membebel.

“Tu chef jacket, Adnan! Hormat chef jacket tu!” Izz Amir sudah duduk di tempat duduknya. Dia menjeling aku yang sedang diam melayani perasaan. Ajaibnya, aku sedang duduk di dalam kereta comelnya ini. Ajaibnya, dalam berkata aku akan keluar dari hidup Izz Amir, aku sedang duduk di dalam keretanya ini. Memang sah-sah aku akan dimarah Fatin dan ibu! Juga sah-sah, Salmi akan mengutuk aku!

Kereta berjalan perlahan.

“Kenapa hon sampai dua puluh kali? Saya dengarlah!”

Izz Amir menjeling. “Saja, suruh awak keluar cepat. Mana tahu awak betul-betul tertidur ke! Boleh saya panjat rumah awak nanti!”

“Saya dengarlah! Eeee, nak panjat-panjat rumah anak dara orang! Berani sangatlah awak!”

“ Boleh! Siapa kata saya tak berani panjat rumah awak! Dan kalau saya tak boleh masuk juga ke dalam rumah, saya betul-betul akan tolak markah awak untuk bulan ni!” dia mengugut lagi. Aku jelirkan lidah dan Izz Amir ketawa. Adnan entah diam sahaja di belakang. Tapi bila aku toleh ke belakang, dia sudah berdengkur! Ya Rabbi!

Aku tarik beg galasku dan bawa ke depan. Aku peluk beg galas dan pandang ke kiri. Entah ke mana kereta ini akan dibawanya, aku tidak tahu. Mahu bertanya, mulut terasa berat sahaja. Aku bagaikan di alam mimpi pun ya sebenarnya.

Iya, aku marahkan sikap tidak ambil tahunya tentang ‘aku’ selepas kehadiran Jasmin. Memang aku dimaklumkan, umi jatuh pengsan dan dimasukkan ke dalam hospital oleh Adnan. Tetapi, sampai hatinya tidak bercerita apa-apa mengenai umi dan Jasmin kepadaku. Sekurang-kurangnya, dia boleh menelefon atau SMS sahaja.

+Yaya!
-Apa lagi?
+Telefon atau SMS? Amboi-amboi. Sudahlah telefon cap ayam tu kau offkan dan buang baterinya selama tiga hari. Tiba-tiba kau bercakap mengenai telekomunikasi canggih berkenaan dan menjadi sebab musabab kemarahan kau kepada Izz Amir. Amboi-amboi!
-Hehehehe. Yaya bukanlah! Yaya cuma nak dia pujuk Yaya. Tu saja!
+Dia ada masalah besar, Yaya! Cubalah bertenang dan kawal emosi perempuan tu sikit. Berikan ruang kepada Izz Amir berterus terang!
-Huh!

Aku tarik nafas perlahan. Aku rasa perlunya aku memaklumkan kepada Izz Amir mengenai rancangan aku menyambung bidang kulinari ini di Paris. “Lepas habis praktikal di Pai Epal Café dan belajar di Yayasan Marjan, saya akan ke Le Cordon Bleu!” aku gigit bibir. Dan selepas sahaja aku habis berkata, kereta Izz Amir terus hilang arah, stereng berputar-putar.

Dan seperti dalam filem Hollywood, Volkswagen beetle hilang arah! Izz Amir sempat brek mengejut dan kereta bernasib baik berhenti dan Izz Amir berjaya mengawal dari keretanya dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Volkswagen beetle tersadai di tepi jalan raya dan hampir-hampir melanggar pembahagi jalan! Adnan menjerit kuat kerana kepalanya terus terpelosok ke bawah.

“Kau gila ya Izz?” suara Adnan meraung sakit kedengaran. Izz Amir telan air liur. Dia membiarkan Adnan yang sekarang sedang mengaduh sakit di belakang.  Aku terlopong kerana menyaksikan bagaimana kereta ini terselamat dari dilanggar sebuah kereta. Bunyi hon dari kereta lain kedengaran kerana marah dengan tindakan Izz Amir yang membrek kereta dengan tiba-tiba dan membuat drift mengejut di jalan raya.

“Awak biar betul, cik yaya sayang?” tanyanya.

Aku masih terkaku. Nafas turun naik kerana terkejut. Tapi aku tetap mengangguk mengiyakan segala kata-kataku. “Iya, saya betul! Saya nak lari dari keadaan yang menyesakkan!” jawabku selamba.

Dan sekali lagi, Izz Amir dengan wajah merahnya, menekan minyak! Menarik brek tangan, membawa gear tangan ke huruf D, menderu laju sehingga Adnan sekali lagi menjadi mangsa keadaan. Adnan terpelosok kali kedua! Tali pinggang yang aku pakai menyelamatkan juga aku dari keretanya yang dipandu laju.

“Jangan sesekali awak berani larikan diri ke mana-mana outlet! Sumpah, saya tak akan benarkan dan lepas saja saya bertunang dengan Jasmin, saya serius dan akan bawa awak menikah!”

“Saya tetap dengan pendirian saya! Le Cordon Bleu Paris!” terus sahaja aku memberi jawapan nekadku kepadanya.

Aku pandang Izz Amir. “Saya dah pun isi borang. Setuju atau tak, chef Ridzuan dan semua chef di dalam Pai Epal Café akan menandatangani borang berkenaan. Termasuk awak!”

Izz Amir terus memecut laju!

Suara Adnan menjerit-jerit memarahi Izz Amir! Mereka berdua pula bergaduh di dalam kereta dan aku membiarkan ketegangan yang berlaku antara mereka.

“Kalau ya kau frust dengan Yaya, janganlah aku jadi mangsa terpelosok bawah ni! Sakit tahu tak!”

“Diam Adnan!” Izz Amir melepaskan marahnya kepada Adnan.

“Aku lapar! Aku nak makan dan aku nak tukar chef jacket ni! Busuk tahu tak?”

“Iya, aku tahu! Kau duduk diam-diam boleh tak?”

Ahhh…aku tak boleh diam selagi perut aku tak masuk nasi dan baju ni tak bertukar. Kau belikan aku jersi Chelsea, baju sejuk juga sehelai sebab kat atas tu sejuk! Selipar sekali sebab aku tak tukar safety boot lagi!” Adnan memerintah.

Izz Amir terus diam tidak berkutik! Aku memandang Izz Amir. Apa yang sejuk? Atas?

“Iyalah, iyalah! Aku beli. Duduk diam-diam. Teman saja kami berdua jalan-jalan makan angin dekat atas tu!” Sehinggalah aku pasti yang kereta ini sebenarnya sedang menghala ke Genting Hinglands!

Gila betul, Izz Amir ni! Dan Izz Amir memandang aku dengan renyih panjangnya.

“Apa-apa jadi dekat saya, awak tanggungjawab!” tambahku.

“Tak apa. Saya rela tanggungjawab! Dan kalau awak nak sekalipun, sekarang juga saya akan menikah dengan awak!”

Gulp! Aku telan air liur. Adnan mengetuk tempat duduk Izz Amir dari belakang. “Kau jangan nak menggatal! Cepat, aku lapar ni!”

 Izz Amir ketawa ligat!

Dan ruang kabus di atas puncak ini semakin kelihatan di mata aku! Aku segera memberi SMS kepada Fatin. ‘Kak long keluar sekejap dengan Izz Amir dan Adnan. InsyaAllah semua selamat.

“Kita enjoy! Naik Roller coaster! Pusing-pusing makan aiskrim!” itu kata Izz Amir yang membuatkan aku terus teruja. Hilang rasa marah, hilang sudah rasa mahu keluar dari hidup lelaki berkenaan dan hilang segala rindu yang menyesakkan di dada.

Ya, hukumlah aku kerana aku kembali semula ke dalam hati Izz Amir. Hukumlah aku kerana hati ini telah reda dengan segala pujuk rayunya. Juga hukumlah aku meski sekarang aku sedang cuba memujuk hati menerima segala ketentuan yang bakal berlaku beberapa hari saja lagi. Dan jangan menghukum aku kerana aku benar-benar jatuh cinta kepadanya. Dan perlu satu dunia tahu, bahawa aku akan mencintai lelaki ini sampai bila-bila!

Sampai ke hujung dunia pun, aku akan mencintai lelaki yang seorang ini.

Hari ini, hari berdua aku dengan Izz Amir. Dan sebenarnya aku tahu, ini adalah hari terakhir kami berdua menghabiskan masa bersama-sama. Bila sesekali aku menjeling dan mencuri pandang Izz Amir, wajah sayunya benar-benar kelihatan. Wajah rusuhnya membuatkan aku jatuh simpati.

Dan sekarang kami sedang berdiri di dalam kawasan permainan di puncak sejuk ini. Izz Amir buka baju sejuknya. Dia letakkan baju berkenaan di atas bahuku dan tersenyum menawan seperti selalu. Sikapnya ala-ala hero seperti di dalam drama atau filem. Harus aku pengsan kerananya hari ini. Tetapi kenang-kenangan yang selalu aku cipta apabila dia berada bersama aku, lenyap begitu sahaja. Mana bunga sakura yang selalu gugur ketika aku bersama dengannya? Mana?

Mana juga awan yang selalu melindungi aku dan dia? Mana angin dingin yang selalu memeluk tubuh ini ketika hadirnya dia? Mana?

Ya, aku tidak boleh mengelak dari mengalirkan air mata bila dia menghulurkan sebatang aiskrim kepadaku. “Makanlah!” suaranya perlahan sahaja. Aku ambil aiskrim cornetto yang dihulurnya dan duduk sambil menantikan Adnan makan di sebuah kedai. Memang harga nasinya mahal dan sekadar ada nasi goreng dan burger. Segala macam makanan ringan juga mahal harganya.

Izz Amir memerhati saja beberapa pengunjung yang sedang bergembira. Dia duduk berhadapan dengan aku.  “Saya nak ada kenangan dengan awak. Sampai bila-bila! Hari ni, saya jadi budak nakal dan bukan imam muda Izz Amir!” dia menghadiahkan senyumnya.

Air mata aku mengalir perlahan-lahan. Sebu melanda sehinggakan aku tidak mampu membuka kertas aiskrim berkenaan. Dia ambil semula dan mengoyakkannya. “Kenapa mesti awak menangis. Bukankah saya kata, saya nak hari ni kenangan yang gembira untuk kita berdua. Senyumlah!”      

Izz Amir gigit bibir bawah. “Nanti awak jangan rindu saya ya!” sayu sahaja hati ini berkata. Aku pandang Izz Amir yang diam tiba-tiba. Dia hulurkan aiskrim yang sudah dibuka. Dia angguk perlahan tapi wajahnya penuh kesedihan.

“Saya akan cuba! Jika saya mampu!” jawabnya dengan senyuman. Tetapi aku nampak ada air bertakung di dalam kelopak matanya. Aku nampak dengan jelas, lelaki ini menyembunyikan rasa hibanya.

“Buku yang bagi tu saya dah habiskan bacanya. Alhamdulillah. Terima kasih, cik Yaya sayang!” ulasnya lagi.

Aku diam sahaja. Izz Amir menelan air liur. “Nanti saya akan rindu dengan transformers, rindu dengan skuter Hei MJ ungu awak tu! Rindu tengok awak tersenyum. Ehhh…serba serbi saya akan rindulah!”

Aku terdiam. Dan aku pandang kabus yang semakin menjadi teman. Dalam hati, ada garisan gerimis sedang jatuh! Ada gerimis sedang melanda jiwa! Aku biarkan Izz Amir dengan kata-kata jiwangnya. Seperti biasa, dan aku lali dengan kata-kata manis dari bibirnya! Aku jauh hati sebenarnya dengan sikapnya!

Dari jauh, aku memerhati Adnan. Adnan angkat kening tanda gembira kerana jersi Chelsea sudah diperolehinya, selipar entah berapa ringgit dan baju sejuk siap dibelikan oleh Izz Amir.

Izz Amir pantas mengambil cornetto yang sedang aku nikmati. “Nak sikit!”

Aku menjelingnya. Alih-alih, aiskrim yang aku makan juga yang disapu bersih! Cet! “Buruk siku!” aku jeling Izz Amir dan perlahan-lahan lelaki ini bangun melangkah. Adnan sudah kenyang dan memulakan juga misi sebagai bodyguard kami berdua. Aku terus bangun dan mengekor punggung Izz Amir.

“Kalau awak pergi Paris, saya akan jejaki awak!” jeritnya tiba-tiba. Aiskrim yang sedang dijilatnya dihulurkan semula kepada aku. Aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu dan Izz Amir terus melangkah berdua dengan aku.

Oh, jejakilah! Jika kamu mampu dan aku akan terbang menjauhi segala kenang-kenangan yang sedang dikau ciptakan untuk aku ini!

Cik Yaya sayang, awak kena makan. Saya tahu awak tak makan berhari-hari kerana saya. Saya tahu sebab Fatin ceritakan segala-galanya pada saya.

Aku menikmati jagung di dalam cawan dengan penuh berselera sekali! Sesekali Izz Amir menjeling dan tersenyum! Habis dibelanjanya aku makan itu dan ini! Burger, air kotak berbagai perasa semuanya disumbat masuk ke dalam beg galasku dan akhirnya beg galasku bersandar di belakang badannya. Izz Amir pula

Kami naik roller coaster. Menjerit kesukaaan melayang di atas langit yang tinggi!

Cik Yaya sayang, awak tahu bukan? Yang saya akan mencintai gadis yang memayungkan ibunya dari hujan itu sampai bila-bila.

Kami berlari-lari mengejar masa! Kepala terbang berpusing juga menaiki spinner! Ya Allah, tingginya!

Cik Yaya sayang, jangan keluarkan saya dari kamus hidup kamu. Jangan keluarkan nama saya dari hati dan bibir kamu itu!

Jantung juga terasa tercabut dan melayang ketika menaiki space shot! Gila, memang gila! Sumpah aku tidak akan mencuba permainan ini untuk kali kedua.

Dan ketika jeritan kamu bergema di sebelah telinga ini, saya bahagia cik Yaya sayang! Saya bahagia melihat wajah merah-merah kamu ketawa dan menjerit ketakutan.

Dan rasa hati kembali melayang lagi bila kami bersama mengayuh boat. Berboating! Berdua dengan Izz Amir dan ketika ini – ya, ada bunga sakura berguguran! Ada bunga sakura menemani saat indah ini. Ada kabus dan ada angin dingin menjadi saksi! Izz Amir yang tersenyum memerhati dan penuh ceritanya.

Dan saya berani mengaku bersaksi kabus ini, bahawa hanya awak sahaja yang selalu membuatkan saya boleh tersenyum bahagia begini. Bukan Jasmin dan bukan sesiapa melainkan awak, cik Yaya sayang! Bagaimana lagi harus saya memaklumkan isi hati ini? Bagaimana harus saya menyembunyikan rasa hati seorang lelaki ini?

Corkscrew! Double-loop roller coaster ini memang menguji kekuatan fizikal dan mental. Dan aku dengan selambanya, menaiki permainan ini dengan Izz Amir. Bergambar dengan Adnan dan entah bila tiba-tiba lengan aku ditarik Izz Amir.

Klik! Mata aku memandang Izz Amir! Dan momen bahagia bersama kenangan terlakar indah! Aku sendiri tidak pasti, adakah mampu aku melupakan setiap detik kami di sini. Aku juga tidak tahu, adakah nanti aku boleh memadamkan nama Izz Amir dalam kamus hidup ini?

Grand Prix Fun Cart dan bumper boat! Bersama Adnan dan lelaki pujaan hati aku ini. Dan sehingga detik ini, ada ketawa dan keseronokan. Meski sebenarnya aku perasan ada mendung dan duka terpalit di garis wajahnya.

Izz Amir.

Biar apa pun yang berlaku kelak, saya berjanji dan pasti akan menjejaki kamu, Cik Yaya sayang! Terbanglah jauh sekalipun. Pergilah ke manapun. Saya akan menanti kamu di sini dan saya akan setia dengan setiap impian itu. Cita-cita kita bersama, saya akan tunaikan hanya dengan kamu sahaja. Kamu seorang pilihan hati!

Dan angin akan menjadi teman! Angin akan membawa rindu saya itu untuk kamu!

Izz Amir memandang aku. Dan untuk kali pertamanya aku ternganga. Betul-betul aku terpaku dengan permintaan Izz Amir.  “Cik Yaya sayang jangan pergi Paris ya! Awak pergi lepas selesai masalah kita dan lepas umi setuju dengan permintaan saya. Please!”

“Awak sayangkan saya, kan?” tanyanya lagi.

Dan Adnan yang sedang memegang jagung di dalam cawan terpaku!

24 April 2012

Dia, Cinta Hati Saya 10

Dia, Cinta Hati Saya menjejaki carta hati saya! Hehehe. Eceh! Alhamdulillah, sudah bab 10 dan perkembangan Zain semakin baik nampaknya. Hahaha. Mari, kita susuri kisah Majdina dan Zain pula hari ini! Semoga semua suka!


iwnews01


Bukan pertama kali saya menyarung baju kurung seperti hari ini. Tetapi seperti bab-bab yang lalu ketika kalian membaca kisah saya ini, baju kurung, secara rasminya saya sarung dan kurungkan membalut tubuh ini ketika pagi aidilfitri. Selalu sahaja saya menyebut kolot jika saya memakainya dan panas akan betul terasa. Bibir juga akan cepat berkata, saya tidak cantik dengan berbaju kurung.

Ajaib bukan kerja Tuhan?

Sekelip mata persepsi itu berubah untuk hari ini dan bila mata saya melihat Husna memakai baju kurung, saya rasa Husna adalah wanita paling cantik di mata ini. Entah saya tidak tahu kenapa dan apa yang merasuk fikiran saya ini. Dan saya cemburu melihat kecantikan Husna. Saya cemburu melihat Zain melayani Husna dengan baik sekali. Saya cemburu mendengar setiap lontaran kata-kata yang Zain keluarkan dari bibirnya untuk Husna.

Hati..kenapa dengan hati ini?

Baju kurung latarnya serba putih dan ada bunga ros kecil-kecil berwarna merah sudah tersarung cantik. Bunga ros yang bertaburan menyerlahkan lagi wajah putih saya ini. Saya tarik nafas dan pandang tudung yang dibeli semalam. Itupun, secara serang hendap saya membawa bibik J  keluar dan kami sama-sama mencari buku, sepasang baju kurung di butik Maya dan dua helai tudung.

Buku pertama yang saya beli adalah buku mengenai solat. Kata bibik J, “Beli dahulu buku ni. Nanti lama-lama kamu beli pula buku lain ! Dina kata nak belajar solat, bukan ?”

“ Perlahan-lahan ! Kelak kamu pasti boleh !” Bibik J tersenyum lagi. Saya terkebil-kebil rasa syahdu !

Ah, apa daya saya selain penuh keharuan memeluk buku berkenaan di dalam bilik. Sambil mengesat-ngesat air mata, saya pandang buku berkenaan. Mampukah saya menghafal setiap ayat-ayat yang terkandung di dalam buku ini? Mahu menyebutnya pun saya rasa payah! Perlukah saya belajar kembali mengaji? Perlukah saya melembutkan lidah saya ini kembali? Saya mahu terang menyebutnya dan sempurna solat saya. Baju kurung juga saya gantung dan gosok baik-baik seperti esok, saya akan menyambut kemeriahan aidilfitri. Saya berdiri juga di hadapan cermin selama satu jam mencuba tudung yang dipilih oleh bibik J.

Dan pagi ini, selepas solat subuh dengan bacaan yang merangkak-rangkak, saya sudah melafazkan janji kepada diri untuk berbaju kurung.

Dan sekarang, di hadapan cermin. Saya cukup rasa saya adalah wanita paling cantik di dalam dunia kerana baju kurung ini. Juga saya sudah kembang kempis tersenyum dan merasakan yang saya lebih cantik dari ‘Dik Husna’. Nanti, adakah Zain akan suka dengan perubahan saya ini? Betulkah nanti saya ini, cantik dan  akan tersusun indahnya di mata Zain?

Zain.

Dan sekiranya betul, saya jatuh cinta dengan dia, saya tidak mahu Zain menjadi perantara dan sebab  perubahan saya ini. Cukuplah saya mahu berubah kerana hati dan rasa syahdu yang membuak-buak itu. Tetapi saya tahu, Zain juga faktor terpenting saya menjadi Majdina seperti sekarang ini. 

Umi juga insan yang sebetulnya berdiri di belakang saya.

‘Dik Husna’ juga yang membuatkan mata ini sejuk memandangnya.

Saya senyum penuh puas. Membetulkan lagi baju kurung dan memerhati diri yang sudah bertudung! Ajaibnya saya rasa tenang! Tidak ada perasaan takut! Adakah proses perubahan saya ini, terus drastik dan membuta tuli? Atau, adakah saya akan tewas dengan pujuk rayu syaitan untuk kembali dengan sikap-sikap lama saya itu?

Saya pandang cermin dan entah kenapa, ada air mata sayu menitis-nitis. Rasa kerdil memandang kesempurnaan sendiri hari ini. Rasa sungguh hiba dan bergunung-gunung dosa menghimpit diri. Saya masih belum sesempurna orang lain! Saya masih belajar dan akan terus belajar.

Ya, saya sudah nekad. Saya mahu belajar bersolat. Saya mahu menghafal kembali ayat-ayat dalam solat yang lama saya tinggalkan. Saya harus mengaji. Saya harus membaca banyak buku ilmu mengenai Islam dan sejarah Nabi Muhamad s.a.w. Sungguh saya banyak ketinggalan dalam banyak perkara!

Sayu menjentik naluri! Adakah Allah swt mengampunkan dosa-dosa saya? Adakah Allah swt menerima perubahan saya ini sekiranya di tengah-tengah perubahan  ini, jambatannya adalah Zain? Adakah Zain bersalah kerana perubahan saya ini?  Saya tarik nafas dan kesa air mata.

Cuba bertenang dan bila bibik J masuk ke dalam bilik, matanya memerhati saya yang bertudung litup. Dia perlahan-lahan mendekati saya.

“Dina, puan panggil sama kamu. Mari kita sarapan!” dan bibik J berdiri di hadapan saya dengan rasa hiba.

Saat bibik J berkata, “Kamu kelihatan cantik sekali, Dina! Dan cantik kamu hari ni kerana Allah swt!”

Saya terus memeluk kuat bibik J dan menangis teresak-esak! Saya terus mengucup pipi bibik J biarpun bau bawang melekat di pipinya! Saya terus menarik tangan bibik J dan menyalaminya. Saya menghormati bibik J seperti ibu kandung saya sendiri. Saya menyayangi bibik J kerana bantuannya juga saya sudah sampai sebegini.

Keharuan dan pagi itu, kami kesedihan dalam kegembiraan! Alhamdulillah, ucap bibik J berkali-kali!

“Kamu turun cepat ya Dina! Minum pagi!” bibik J mengingatkan saya. Episod air mata, terhenti bila bibik J mengingatkan. Saya kesat air mata dan kembali menarik nafas! Sudah beberapa hari saya asyik menangis dan menangis! Berendam air mata yang mendinginkan sanubari. Dan saya tahu, air mata ini penawar.

Saya capai beg tangan dan terus turun untuk bersarapan. Sudah beberapa hari bercuti sakit dan semestinya kerja-kerja di pejabat tertunda.. Kata bibik J ketika kami berdua memilih tudung semalam, “Perlahan-lahan! Istiqamah!”

“Istiqamah tu, apa?” saya tersengih memandang bibik J yang turut sama tersenyum.

“Ia bermaksud berterusan. Sikit-sikit berubah dan berterusan dengan apa yang Dina mahukan ! Dina pasti boleh!”

Saya angguk dan mengingati pesan-pesanan bibik J. Saya pandang bibik J. “Jika Dina mahu ketemu Zain, bibik J rasa bagaimana?”

Bibik J pula tersenyum sipu. Saya sudah menceritakan perihal Zain. A sampailah ke Z kepada bibik J.  Bibik J memandang saya penuh nakal. “Pasti Zain terharu! Gembira dan akan memeluk kamu!”

“Ops!!!!” dan kami berdua tertawa bahagia. Dan rupa-rupanya layanan baik saya terhadap bibik J dibalas sebegini oleh Allah swt. Dan saya mahu juga berkata, ajaib sungguh perancangan Tuhan.

Saya ambil beg dan nama Zain bergema di dalam kotak kepala. Sihatkah kamu, Zain? Tidakkah kamu rindukan saya seperti saya merindui kamu? Saya terus melangkah. Membuka pintu dan menuruni tangga. Saya tarik nafas apabila mendengar suara papa, abang Mukhlis dan abang Muzayyan. Dan sekali lagi saya atur langkah apabila mendengar suara ibu menjerit,  “Majdina, turun breakfast sayang !”

Dan suasana menjadi sunyi sepi.  Saya berdiri di meja makan. Memandang papa dan ibu. Mata memandang abang Mukhlis dan abang Muzayyan.

Abang Muzayyan, rotinya melekap di bibir.

Abang Mukhlis, cawannya terjatuh sehingga menumpahkan air kopinya. Papa, dengan akhbar terhenti bacaannya. Mama pula ternganga tanpa berkata apa-apa.

Crazy! Mimpi apa malam tadi? Kiamat ?” Abang Mukhlis memandang saya. Penuh sinis soalannya. Saya tarik kerusi dan papa memandang saya penuh minat. Saya tuang air milo kegemaran saya sendiri.

“Dina?” ibu melopong. Mata ibu tak lepas menjamah wajah saya.

“Mimpi mati ke malam tadi?” abang Mukhlis masih tidak senang duduk. Saya diam. Menarik nafas dan setidak-tidaknya papa tidak berbunyi apa-apa. Mama berdiri tiba-tiba dan cepat-cepat mampir ke arah saya. Kepala saya diusap.

“Tak cantiklah sayang pakai tudung. Nanti semua tak nampak rambut Dina yang cantik tu. Kenapa dengan Dina ni, sayang?” ibu memeluk leher saya. Dan roti yang mahu saya capai, ditarik keras oleh abang Mukhlis. Dia memang suka mencari masalah.

“Jangan nak tunjuk alim tiba-tiba. Kau kenapa ni, Dina? Syaitan apa yang merasuk sampai jadi begini ni? Bukan kalau wearing baju kurung akan kolot dan panas ke ?” suara abang Mukhlis melekat lagi. Roti sengaja dijauhkan dari piring saya. Ah – sampainya hati abang Mukhlis membuat dia sebegini.

Ya, susah sebenarnya berubah. Betul kata bibik J. Kamu akan digoda syaitan! Manusia mana yang suka kita membuat kebaikan, Dina! Apa lagi, kawan-kawan dan orang yang rapat dengan kamu!

“Tak panas ke sayang?” ibu memujuk lagi.

Saya gelengkan kepala. “Tak bu. Dina suka dengan keadaan diri Dina sekarang. Apa yang abang Mukh nak  cakap, nak kutuk atau apa sahaja kata orang lain, Dina tak akan peduli.”

“Heiii...ustazah mana yang dah sesatkan kau ni, Dina?” Abang Mukhlis menambah panas di hati. Ah, sayu terasa benar pagi ini. Kekuatan hampir hilang. Doa kudus di dalam hati terus bersemi.

Zain, mahukah Zain tahu bahawa dalam detik sebegini, kamu menjadi kekuatan. Alunan syahdu bacaan Al-Quran kamu itu menjadi nadi Dina untuk terus bernafas. Dan umi, tahukah umi bahawa senyuman umi itu memberikan ketabahan untuk Dina di sini.

“Mukh, stop! Pleaselah, jangan kacau hal peribadi orang lain. Dina nak pakai baju kurung ke, wearing tudung ke, apa masalah kau sebenarnya ni?” Abang Muzayyan membidas.

Ibu masih memeluk bahu saya. Dan dalam keadaan terpinga-pinga melihat saya sebegini ibu berjalan dan duduk lesu. Ibu menelan air liur. Bibir terus terkunci dan seolah-olah tertampar dengan jawapan dari bibir merah ini.

Ibu terketar-ketar menuangkan kopi untuk papa. Agaknya ibu perasan, mata papa yang menyuruh ibu segera duduk. Kenapa ibu tidak memeluk saya dan mengucapkan syukur untuk perubahan baik saya ini? Kenapa bibir ibu terkunci mati?

“Mukh okey. Tapi peliklah kan, adik kita yang selalu terkinja-kinja dan kaki kelab ni sekarang dah berubah. Nasib baik tak pengsan! Huh!” Abang Mukhlis menuang sendiri air kopi. Bibik J tergopoh-gapah mengelap meja kerana airnya tumpah tadi.

Papa berdehem perlahan. Pantas melipat surat khabar dan memandang saya. Papa hirup kopi.

“Alhamdulillah!” sebut papa perlahan-lahan. Suara papa bergetar bersama angina! Angin dingin dengan pantas menyelimuti tubuh ini. Saya rasa terharu dan sungguh sebak. Saya pandang papa dengan penuh rasa kasih sayang. Ya, sebelum ini, papa membenci saya kerana tindakan luar kawal diri yang melampau-lampau! Papa pernah memukul saya kerana saya meneguk air syaitan dan papa pernah mengurung saya kerana saya selalu berpeleseran.

Saya tahu papa sibuk dengan urusan kerjanya. Saya tahu papa sibuk ke sana dan ke mari mengumpul harta. Tetapi saya tahu, papa selalu risaukan saya dan keselamatan saya. Tetapi kesibukan papa selalu menghambat diri dan saya selalu berkata, papa tidak sayangkan saya lagi!

Papa tersenyum dan membuat ibu terdiam. Abang Mukhlis terlopong lagi!

Abang Muzayyan yang selalu tidak ambil peduli hal diri saya, terkedu seribu bahasa!

“Papa setuju, Dina! Papa setuju anak papa berubah kerana kebaikan! Subhanallah!” dan untuk pertama kali, saya bangun dari duduk. Mara ke arah papa dan memeluk bahu papa. Papa terus berdiri dan akhirnya saya bertangisan disaksikan ibu, abang Mukhlis dan abang Muzayyan.  Saya memeluk papa erat-erat. Seperti kali pertama memeluk papa dan seolah-olah saya memperolehi semangat baru dan seperti baru dilahirkan ke dunia ini.

Ya Allah! Dan hari ini, kalimah Allahuakbar, Alhamdullilah dan Subhanallah mula terbit dari bibir papa!

***

Saya mengambil cuti separuh hari. Selepas mengemas meja, menyerahkan sijil sakit dan berjumpa Penolong Pengarah untuk meluluskan cuti, saya terus membawa kereta. Membawa kereta terus ke rumah umi. Membawa diri mencari Zain, cinta hati saya itu! Juga bertemu Husna yang pastinya terkejut dengan penampilan baru saya ini.

Tenang.

Ya, saya rasa tenang dan tidak pernah rasa sebegini. Sampai sahaja di pejabat, dan menolak pintu, teman-teman memerhati saya dengan penuh rasa takjub! Raihana membisu dan memerhatikan saya dari atas ke bawah. Dia terkejut dan pipinya merah!

Juwita memandang saya! Menarik saya masuk ke dalam pantry! “Dina…” dan dia memeluk tubuh ini bersama kehangatan.

“Lama kau bercuti, Dina! Dan hari ni kau datang sebegini! Ya, Allah! Cantiknya kau, Dina!” Juwita tersenyum memandang saya. Ah, Juwita meski masih tidak bertudung seperti saya sekarang ini, tetap menyatakan rasa kagum dan hormatnya kepada saya. Dan akhirnya, saya kembali memeluk Juwita dan menangis kegembiraan.

“Kita masih kawan, kan?” tanya saya ikhlas dari hati.

Dan Juwita mengangguk sambil mengesat air mata saya! Pokoknya suasana pejabat pagi tadi, hening! Penuh bisu dan kejutan melanda bagaikan tsunami baru sahaja berlaku. Dan kerana tidak mahu pejabat terus dilanda pertanyaan, saya terus memohon cuti! Dan kini kereta menyusuri jalan raya!
Saya mahu bertemu umi dan Husna.

Juga semestinya saya mahu bertemu dengan Zain.

Dan bila umi membuka pintu. Mata kami bertentangan. Saya tersenyum menawan. Bibir umi terketar-ketar! Mata umi berlaga beberapa saat dengan bola mata saya. “Dina! Alhamdulillah!” Dan umi merangkul saya dengan penuh rasa kesyukuran. Bibir umi terus sahut bersahutan. “Allahuakbar!”

Gema tasbih berlawanan kini! Umi menitiskan air mata! Begitu juga saya! “Dina cantik macam dik Husna kan, umi?” sayu soalan keluar dari bibir ini.

Umi menutup mulut mengawal rasa hibanya dan membawa saya masuk. Umi mengangguk-angguk! “Ya, Dina cantik macam dik Husna. Lebih cantik dari dik Husna!” sekali lagi jemari saya digenggam dan tubuh saya dipeluk erat. Rumah papan ini menyejukkan. Sambungan rumah batu di bahagian dapur turut sama menghangatkan. Dan bau bubur pulut hitam di atas dapur membuat selera saya bertambah-tambah.

Umi terus menarik saya masuk ke dapur. Menuruni enam anak tangga dan perlahan-lahan umi menarik kerusi. “Dina duduk dulu. Umi buatkan air.”

Saya gelengkan kepala. Sepantas kilat saya tarik jemari umi. Menarik kerusi dan saya mahu umi duduk bersebelahan dengan saya.  “Dina boleh ambil sendiri. Umi jangan risaukan Dina.”

“Eh, tetamu!” pintas umi.

“Dina nak berbual dengan umi! Ala, bukan senang nak jumpa umi. Hari ni kebetulan sempat.”

Dan akhirnya umi duduk mengamati wajah saya. Umi tersenyum lebar. “Dina sihat?” suara umi perlahan dan saya mengangguk.

“Dina sihat. Umi?”

“Umi sihat Alhamdulillah. Rindu dengan Dina!” tambah umi.  Saya tarik nafas. Seketika ruang dapur sunyi dan saya memandang umi lama-lama. Tenang betul memandang wajah umi. Rasa rindu dengan ibu terubat bila melihat wajah umi.

Saya tarik jemari umi dan genggamnya dengan erat. “Susah nak jadi baik ya, umi!”

“Mana ada dalam dunia ni yang menyenangkan, Dina! Makan pun susah, kan?” Umi tersenyum dan mengusap pipi saya. Tambah umi, “Memang bila kita buat kebaikan, kita akan diduga. Lagi-lagi bila kita mula nak berubah jadi baik! Allah akan uji, Dina!”

“Dina boleh ke umi? Jadi anak yang baik macam dik Husna? Jadi solehah macam dik Husna dan lemah lembut selalu macam dik Husna?”  Ah- dik Husna sentiasa saya sebut sebagai wanita contoh. Entah kenapa saya jadi terpikat dengan penampilan Husna.

Umi angguk penuh semangat. “Ya, Dina boleh! Selagi Dina ada Allah swt dan yakin!”

Pantas saya memeluk umi. Rasa terharu dan kekuatan bertambah-tambah untuk diri. “Umi suapkan Dina bubur pulut hitam, boleh?” pintas saya dan umi tersenyum.

“Umi memang buatkan bubur pulut hitam lebih ni. Rupa-rupanya ada tetamu istimewa nak datang. Zain suka makan bubur pulut hitam. Eh, Dina tak nak makan nasi?”  sapa umi ramah tamah. Bila sahaja umi menyebut nama Zain, saya rasa indah sekali. Saya rasa tenang sekali.

Saya gelengkan kepala. “Tak nak makan nasi. Dina nak makan bubur pulut hitam yang umi buatkan. Kalau Zain suka makan bubur ni, Dina pun suka!”

Dan sepantas kilat, seperti selalunya. Umi bangun dengan penuh kasih sayang. Menyendukkan bubur ke dalam mangkuk. Panas-panas lagi! Pastinya umi siapkan awal sementara menanti Zain pulang dari bekerja.

“Husna pergi kelas. Petang nanti dia balik dan mesti terkejut tengok Dina hari ni! Hari-hari dia menyebut nama Dina sahaja. Sampai abang Zain tersipu-sipu dibuatnya!”sambil ibu mencenduk bubur, bibir umi tidak lekang bercerita mengenai Zain dan Husna.

Saya menanti penuh sabar. Sehingga umi kembali duduk di sebelah saya, menyuapkan saya bubur pulut hitam.

Suapan pertama sambil umi menyenduk-nyenduk bubur panas itu, saya berkata, “Dina rindu betul makan suap-suap begini dengan ibu. Masa kecil-kecil dulu selalulah! Sekarang, dah jarang umi!” air mata menitis lagi.

Suapan kedua sambil umi menahan esak tangisnya, saya berkata, “Dina rindu betul berbual-bual mesra dengan ibu seperti berbual dengan umi sekarang ni!” air mata tumpah dan bubur disuap penuh kasih sayang. Kenapa saya tidak mampu meluahkan rasa hati seperti ini kepada ibu? Kenapa?

Suapan ketiga memencilkan rasa hati. Saya terus memandang umi yang perlahan-lahan mengawal sudu. Saya terus berbicara, “Dan Dina rindu memeluk ibu seperti Dina memeluk umi!” lantas mangkuk bubur diletakkan perlahan di atas meja. Umi terus memeluk saya kuat-kuat dan umi menangis tersedu-sedu bersama saya.

Air mata saya tumpah lagi dan lagi. Antara benar, saya mahu sekali memanggil ibu perlahan-lahan dan memeluk ibu sebegini. Tetapi saya takut dan saya takut tidak dibalas oleh ibu.

Dan di bawah langitmu hari ini, Ya Allah! Saya solat berjemaah Zohor dan Asar bersama umi di ruang tengah rumah. Sempat umi membetulkan bacaan Al-Fatihah dan surah An-Nas saya.

Menitipkan lagi ingatan untuk saya! Memberikan saya kekuatan dan detik berlalu indah bersama umi hari ini. Sehingga pintu rumah diketuk perlahan. Suara Zain memberi salam kedengaran. Saya telan air liur. Proses membasuh dua tiga biji mangkuk dan beberapa sudu di dapur seakan terus melekat mahu dicuci lebih lama. Suara umi menjawab salam dan derap tapak kaki Zain semakin mendekati.

Saya tidak tahu apa yang boleh saya lakukan saat ini. Mahu melihat cermin, cermin tiada. Saya takut wajah saya comot. Saya perhati baju kurung cantik yang melekap. Masih elok terletak dan cuma saya berbau sedikit masam kerana berpeluh. Ah! Teruknya saya! Saat begini pun saya boleh memikirkan mengenai masam dan wangi diri.

Eh, Zain akan datang ke dapur. Semestinya saya harus kelihatan cantik dan wangi!

Tetapi saya terus membasuh pinggan mangkuk. Meredakan debaran kerana rindu berhari-hari itu menyesakkan dada. Kerana nama Zain sentiasa melekat di jiwa!

“Assalammualaikum…” suara garaunya melekat di hujung jantung!

Dan debaran itu terus berganda bila saya menoleh. Dia tersenyum menawan. Memandang saya dan seketika kemudian dia menundukkan pandangan. Jemari saya penuh dengan sabun dan saya terus lupa mahu menjawab salam yang diberikan oleh Zain.

“Umi kata ada bubur pulut hitam! Mana?” tanyanya sehingga saya terkaku!

Sumpah saya terkedu! Dan saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan saat ini. Kenapa dengan saya? Mana umi? Mana Husna? Saya terdiam lagi.

“Majdina….” Panggilnya perlahan. Suaranya terus tembus ke dalam jantung!

Dan kali ini saya betul-betul hilang pedoman!

23 April 2012

Mahu Memeluk Bulan 4

Streetttt…..mahu menepek kaver baru Mahu Memeluk Bulan yang dibuat khas Ria Natsumi. Terima kasih dik! Cantik sekali dan baru ada feel saya nak menulis lebih laju "Mahu Memeluk Bulan" sampai sakit belakang lagi! Ekekeke. MMB bab ke empat ini telah saya edit semula dengan cantik dan nah – semoga suka ya!

Oh, Mahu Memeluk Bulan, naskah sederhana sahaja! Tapi saya percaya akan penuh dengan jiwa! Saya juga percaya cinta itu sebenarnya membuatkan semua menjadi buta! Dan kali ini, alam akan sentiasa menjadi teman. Untuk As, selamat bercinta dengan mata milik lelaki yang bernama Mustaqim.
Untuk Mustaqim, selamat bercinta dengan seorang wanita yang tidak pernah mencintainya.

Untuk abang chik, selamat bercinta dengan alam abadi! Dan mata yang dipinjamkan itu semoga merawat jiwa As yang selalu kesepian.

Selamat membaca Mahu Memeluk Bulan untuk semua.


MMB

Abang chik pantas menukar stesen televisyen yang lain. Mulutnya muncung sedepa. Tidak ada siaran drama dan filem yang menambat jiwa lelakinya. Dia peluk tubuh sambil mata memandang ke atas syiling. Ah, bosannya hari ini!

“Oi Zam! Termenung macam tikus kelaparan nampak!” Hamidi campak sebuah bantal tepat mengenai perut temannya itu. Abang chik pantas mengambil dan memeluknya. Dia tersengih! Nampak lesung pipit sederhana di pipi kanannya. Lesung pipit yang As selalu kata, kacak! “Memikirkan masa depan!” jawab abang chik senada.

Hamidi yang sedang membawa segelas milo ais menerpa dan duduk di sebuah sofa yang masih kosong. Dia lebih mesra memanggil rakannya itu dengan nama Zam. Semenjak mengenali Khairul Azam, dia rasa cerah dunia dan masa depannya. Khairul Azam yang sentiasa tenang mengemudi setiap masalah yang dia hadapi.

Hamidi menggoyang gelas supaya milo sebati bersama ais. Tekaknya memang dahaga. Dahaga gila! “Masa depan apanya Zam? Kerja dah bagus jadi jurutera minyak. Duit berkepuk-kepuk. Perempuan ramai minat dengan kau, keliling pinggang pulak tu! Rumah dah beli sebiji gedabak besar dekat Ampang. Apa lagi yang kau fikir Zam oi!”

Abang chik tersengih. Dia betulkan kain pelikat. Pantas bangun dan memeluk lagi bantal yang menjadi miliknya saat ini. Televisyen dipandang lagi. Tepat dan wajah wanita yang sedang menyanyi langsung tidak memikat.

“As!” aturnya perlahan. Matanya bertemu lagi dengan mata Hamidi. Hamidilah kawan yang sentiasa mendengar masalah dan kisah lampaunya dengan As. Hamidi tempat meluah rasa dan segala perit di dada!

“Entah-entah dia dah kahwin dengan lelaki lain, Zam! Enam tahun Zam. Enam tahun kau datang ke Kuala Lumpur. Sambung belajar dan buktikan yang kau dah berjaya! Dan dalam tempoh tu juga kau masih tak boleh lupakan dia. Carilah perempuan lain, Zam!” Hamidi teguk milo ais. Ah, sedap betul! Cuaca panas terik begini, mandi sebesen ais pun belum mampu keringkan tekaknya.

Abang chik telan air liur. Dia pulang selepas tamat Diploma ke kampung halaman. Dia terus mahu menyunting As menjadi suri hatinya. Tetapi kejadian ‘itu’ akhirnya memusnahkan harapan dan cita-citanya. Janjinya kepada As terlerai kerana perkara yang sama sekali tidak disangkanya terjadi! Tergamaknya dia melukakan hati As. Tergamaknya dia!

Enam tahun kakinya tidak menjejaki kampung halaman. Maka selama enam tahun itu juga hubungannya sepi dengan As. Gara-gara dia dihalau oleh Pak Su dan Mak Nah keluar dari rumah. Dan kerana dia telah membuntingkan si Wawa anak Pak Anjang Jeki. Dan yang pasti Ustaz Shaari, abah As telah menjadi saksi malam hitam itu!

Bukan As! Abang chik tidak pernah rela. Tapi abang chik tidak pasti kenapa abang chik sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu dengan Wawa! Abang chik entah tidak sedar, As! Sumpah, As!

Nah- akhirnya dia melarikan diri sehingga sekarang. Sehingga hubungannya dengan As terputus begitu sahaja. Dia cuma bertanya khabar As melalui Nini, sahabat baik mereka yang menyambung pengajiannya di Kuala Lumpur.

Mata abang chik terkebil-kebil. Setahun lepas, dia terserempak dengan Nini dan gadis itu pantas bercerita! Tidak mahu tunggu lama, dia menawarkan segelas air dan mahu membasahkan tekak dengan Nini. Dia mahu mendengar kisah As. Mahu menghilangkan rindunya dengan As.

“Lepas kau hilangkan diri. As jatuh sakit. Dia demam dan makin kurus, abang chik! Pernah dia meracau-racau macam orang gila sebut nama kau, abang chik! Serius!”

“Sampai begitu sekali?” tanyanya.

Nini menggelengkan kepala. Wajahnya nampak kesal dengan tindak tanduk abang chik. “Kau yang berjanji dengan dia, abang chik. Akan kahwin dengan dia dan As pun tunggu kedatangan kau lepas selesai kes Wawa tu. Wawa pun dah settle kahwin dengan Azlan yang sah-sah jadi pak sanggup sebab kau! Masalah dah selesai, abang chik! Kau sahaja yang tak nak pulang sebab malu!”

Abang chik telan air liurnya. Rasa bersalah bertimpa-timpa. Ya, memang semua akan kata masalahnya selesai. Kalaupun dia balik semula ke kampung, pasti Azlan akan bunuh dan cincang dia hidup-hidup! Ataupun, Azlan boleh menembaknya di kepala! Boleh juga tanamkan dia hidup-hidup kerana perbuatannya itu! Azlan itu tunang Wawa. Azlan itu menyintai Wawa sepenuh jiwa! Masakan Azlan sanggup melihat Wawa merintih diseksa ayahnya?

“As hari-hari menantikan kau di pangkin bawah rumah Mak Tok dan Pak Aja, abang chik! Baliklah, abang chik. Kesian As. Sampai hati kau buat dia begitu. Iyalah, aku tahu kau dah bergaji besar. Mana mahu lagi dengan budak kampung macam si As tu. Diploma pun, dia sempat buat separuh saja sebab sakit. As tu setia, abang chik! Baliklah!”

As sakit? As sakit apa?

“Sakit apa?” matanya tajam menikam wajah Nini.

“Dia sakit menanggung rindu dengan kau, abang chik!” Jemari Nini melekap ke dadanya. Berkali-kali dia menepuk dadanya dengan jemari.

Nini tarik nafas, “Sakit di sini, abang chik! Sakit di hati dan sakit menanggung rindu. Siapa tahu rasa hati dia. Siapa tahu kesakitan yang dia tanggung dengan abahnya yang asyik memukul tubuhnya itu!” air matanya bergenang. Dia pandang abang chik dengan rasa geram. Lelaki yang selalu manis di bibir dan berkata-kata. Tetapi tidak langsung menunaikannya. Lelaki jenis apa, entah! Hatinya sayu mengenangkan As. Sayu menggambarkan nasib As.

Nini ketap bibir bawah. Tiada jawapan apa-apa dari abang chik. Lelaki memang semuanya sama! Tetapi kenapa As begitu setia sampai begitu jadinya? Sampai sakit jiwa dan hatinya!

"As dah kahwin?” soalan cepu emas lantas bergema dari kotak suara abang chik.

Nini bangun sambil menggelengkan kepala. Dia mahu segera balik! Dari terus sakit hati dengan kelakuan lelaki berhati batu ini. Nini sebak. “Siapa mahu gadis yang sakit macam orang gila tu, abang chik. Siapa lelaki yang akan berkahwin dengan wanita yang asyik menyebut nama lelaki lain. Dalam hati dan jiwa dia hanya nama kau, abang chik! Darah dia pun sebati sudah dengan nama, ‘abang chik’. Siapa lagi peduli dia menderita dan meracau seperti tu, abang chik?”

“Begitu sekali?” abang chik terpempan. Pernafasannya berombak pantas. Nini tersenyum sinis. Sebelum melangkah lebih jauh, Nini menjeling abang chik, “Baliklah abang chik. Ustaz Shaari pun pastinya akan terima kau semula. Sekurang-kurangnya, utuslah surat untuk As yang merindui kau, abang chik!”

Hamidi bercekak pinggang. Memandang abang chik yang ralit dibawa kenangan.“Hoi! Hoi! Ingat As lagilah tu! Aku cakap banyak kali dengan kau, Zam! Entah-entah dia dah kahwin dengan lelaki lain. Bahagia beranak pinak! Ada rumah besar, ada bibik sidaikan baju dan kemas rumah As berkilat-kilat! Cari perempuan lainlah Zam!”

Abang chik pantas bangun! Pertemuan dengan Nini terus dibawa oleh angin. Itu dua tahun yang lepas. Barangkali betul, As sudah kahwin dan bahagia. Itu barangkali. Jika As belum berkahwin, bagaimana? Dan jika As tidak bahagia, bagaimana?

“As tak akan kahwin dengan lelaki lain selain aku. Selain aku, Khairil Azam.” Abang chik berdiri tegak. Hamidi mahu tergelak. Menggelengkan kepalanya. Lelaki sejati yang pernah dia jumpa adalah Khairil Azam. Setia sungguh!

“Zam oi! Dah seribu kali perkataan tu keluar dari bibir kau. Aku pun dah naik hafal. As tak akan kahwin dengan lelaki lain selain aku. Selain aku, Khairil Azam. Titik!” Hamidi letak gelasnya di atas almari berwarna merah. Dia geleng kepala melihat abang chik.

Abang chik rasa berpusing. Rasa berputar kepalanya. Serabut dengan banyak masalah yang melandanya. Bukan dia tidak mahu pulang menemui As. Bukan salah dia sebenarnya. Tetapi kerana janjinya dengan abah As. Dia yang berjanji dengan abah As tidak akan menjejaki lagi kampung berkenaan kerana wang! Dia diberikan sejumlah wang untuk melarikan diri. Dia digertak oleh Ustaz Shaari dan rakan-rakan. Dia digertak yang rumah Pak Su dan Mak Nah akan dibakar sekiranya dia tidak melarikan diri.

Dan kerana perbuatan terkutuknya dengan Wawa itu memang disaksikan oleh Ustaz Shaari. Bukan Azlan yang wajib berkahwin dengan Wawa. Tapi dia! Apa yang Wawa katakan itu semuanya benar belaka. Dia! Dialah yang meniduri Wawa. Malam hitam jahanam di mana air minumannya dimasukkan entah apa ‘perasa’ oleh Wawa. Alih-alih, siangnya dia melihat Wawa berselimut dengannya. Dia tanpa pakaian dan tubuh putih gebu Wawa terpampang di tubir mata! Wawa menangis tersedu-sedan di sebelahnya dan pagi itu hanya wajah muram diperhatikannya. Jerit pekik orang kampung di hadapan rumahnya membingitkan telinga! Dia jadi nanar!

“Sampai hati abang chik!” air mata As mengalir lesu. Pandangan As kosong! Jiwanya entah terus mati bila mendapat tahu khabar berita perbuatan terkutuk abang chik dan Wawa, sahabatnya itu.

Abang chik berdebar-debar. Beg di belakangnya sudah tersedia. Dia harus buka langkah seribu! Tetapi sebelum melarikan diri, dia mahu memandang wajah As yang menjadi kegilaan ramai di kampung ini!

“As kena percaya dengan abang chik! Sumpah abang chik tak buat apa-apa! Sumpah! Tetapi janji dengan abang chik yang As akan tunggu abang chik sampai abang chik datang semula ke sini!” peluh mengalir lagi! Dia rasa nak terkencing!

“Dengan siapa As harus percaya?”

“As, percaya dengan abang chik, As!” suaranya lembut memujuk.

Rambut As yang panjang mengurai dipandangnya lama. Dia akan merindui rambut panjang As. Dia akan merindui kenakalan As. Dari jauh, namanya dilaungkan orang kampung! Nyawa seperti di hujung tanduk!

Dia pandang As buat kali terakhir. “Tunggu abang chik ya As! Janji dan percaya abang chik bukan seperti yang As dengar dari mulut Wawa! Sumpah As!”

As terkesima. Air mata menitis perlahan. Sebak berganda-ganda! Abang chik…sampai hati abang chik!

Dan abang chik membuka langkah seribu! Melarikan diri! Sampai hati dia menodai cinta tulus suci As! Sampai hati juga dia membuat sesuatu yang ‘terkutuk’ di pandangan Allah SWT. Dia takut dan dihambat seribu penyesalan. Langkahnya seribu. Wajah penyesalannya satu dan sehingga kini dia trauma. Trauma mahu menjejaki kampung halamannya. Kampung yang telah meletak ‘dosa’ dan ‘noda’ kepadanya.

Berdosa dengan Tuhan.
Berdosa dengan As.
Berdosa dengan Wawa.
Berdosa juga dengan janji-janjinya!

***

“Bonda! Buka pintu ni bonda!” jerit As. Dia mengongoi menangis. Tersedu-sedan dia menangis sambil memeluk sebuah patung comel berwarna merah jambu. Rambut As kusut masai sudah. Penat bondanya menyisir, kini kembali tidak terurus. Pintu biliknya diketuk lagi dengan kuat.

Berpuluh-puluh kali sampai hilang kudratnya. Sampai berpeluh-peluh dan kakinya lenguh menendang pintu kayu berkenaan. Pintu yang telah berpuluh-puluh kali ditukar oleh Ustaz Shaari itu selalu dijahanamkan oleh As.

Dia mengetuk lagi dengan jemari halusnya. “As nak jumpa abang chik, bonda! Bukakan cepat bonda. As nak tengok pelangi lagi bonda. Abang chik akan tunggu As, bonda! As pohon sangat-sangat dengan bonda. Izinkan As keluar hari ni, bonda!” teriaknya sambil mengesat air mata.

Bonda Marlia di luar bilik terdiam tanpa kata. Air matanya menitis lagi untuk entah ke berapa. Hari ini, As akan menjerit mengetuk pintu. Malam hari, As akan sepi menidurkan diri namun di sebalik matanya yang terkatup itu, akan mengalir air mata. Esok, As akan menjerit-jerit lagi bagai orang gila. Meracau tidak tentu arah. Demam tidak menentu dan akan pengsan berkali-kali.

Puas di bawa berubat. Puas dipujuk dan puas dibelai As. As masih menyebut nama abang chik. Dalam tidurnya. Dalam mimpinya! Juga dalam masa khayalannya. Sehingga orang kampung mahu As di bawa ke hospital orang gila! Kudratnya sebagai seorang ibu menghalang! Kasih sayangnya untuk As menebal walau dia tahu suaminya menggalakkan dia supaya As dipindahkan sahaja.

Dia tahu, suaminya membenci As! Dia tahu suaminya mengutuk As! Dia tahu keinginan suaminya mahukan anak lelaki kedua! Tetapi apabila yang lahir ke dunia adalah si comel As. As dianaktirikan. As dipukul dan diherdik. Caci maki hanya untuk As. Hati ibunya rawan! Hati ibunya sebak. Dia berdiri lagi mendengar rintihan As. Sayu hatinya kala ini!

Pintu kayu dimangga. Daun tingkap juga ditukar moden agar As tidak boleh keluar. As dimanggakan dan dikunci 24 jam.

“As rindu abang chik!” suara As tertahan-tahan. As kesat air mata. Dia cuma nampak tubuh abang chik mengejarnya di padang yang luas. Dia cuma nampak abang chik menyelamatkannya dari dirotan oleh abah. Matanya melihat lagi abang chik bersama-sama dengannya sedang melihat bulan yang penuh mengambang.

“As mesti jadi wanita yang kuat! Jangan menangis selalu dan jangan selalu mengalah!”

“Tapi As akan menangis jika abang chik tiada dan menghilangkan diri!”

Abang chik menolak lembut rambut As yang panjang mengurai. “As cantik kalau pakai tudung!”

“Betul ke?” Mata As bersinar-sinar.

Abang chik angguk. Berkali-kali. Dia tahu haram memegang rambut As yang panjang mengurai itu. Dia tahu dan selalu diajari oleh ustaz, ustazah di surau, di sekolah dan pengajian Diplomanya.

Kenangan lewat petang itu terpadam. Batang tubuh abang chik berlari-lari anak dan melambai-lambainya semakin mengecil di dalam mindanya. “Abang chik pergi dulu, As!”

“Abang chik!” jerit As tiba-tiba.

“Abang chik!” As melolong lagi macam orang gila. Air mata sayu melimpah-limpah keluar. Kemudian As terdiam di balik pintu. As duduk bersimpuh seorang diri. Jiwanya kosong dan sebu. Jiwanya mati dan entah ke mana pergi. Bonda di luar mendengar lagi rintihan As. Air mata sayu dan jiwa ibunya tersentuh lagi.

As tersedu-sedu. Air matanya bersatu lagi dan lagi. Rindu dan cintanya pada abang chik kukuh sebati. Sumpahnya, biar sampai As mati! Lagu rindu kedengaran di telinganya. Kisah cinta tergambar lagi di layangan mata. Air mata As mengalir perlahan-lahan.

Sehingga dia lesu dan As memeluk lututnya sendiri. Tubuh As akhirnya dipeluk angin dingin. Mata As kosong dan merah. Mata As lesu dan tiada indah! Jiwa As sebu dan tiada cinta. Bibirnya ternganga sendiri. “Abang chik…sampai hati abang chik pergi!”

As meraung tiba-tiba.

Burung camar bercempiaran. Angin dingin berlawanan dan sawah padi terbentang hijau di lamannya. Jerit pekik As bermula sekali lagi. Dan bonda Marlia menangis tidak henti-henti.