Pages

06 April 2012

Bonus 1 [Mr Pai Epal 26]

Tadaaa…[Bab 26 Bonus 1] Jeng jeng jeng…Dan hari ini kita anjakkan sedikit Yang Terindah. Bolehkan semua sayang-sayang saya ni? Ini bab 26 yang saya masukkan separuh sahaja dari entry sebenar. Ada tergantunglah sikit babnya. Semoga suka dan tersengih-sengih. Senyum empat belas juta sikit….Hilang rindu tak? Hehehe(Perasan ko, Mardihah) Ceh! Jom layan!


Song_Hye_Kyo_15Wallpaper




Aku gagahkan diri bangun di pagi hari. Entahlah kenapa semangat menjadi tidak kuat seperti selalu. Ibu dan Fatin belum pulang dari Mersing. Makanya, malam tadi, aku ambil kesempatan untuk menangis semahu-mahunya. Tisu berlambak-lambak di atas meja. Tuala juga sama menjadi peneman. Entah kenapalah aku ini boleh bersedih bagai tidak berhenti-henti. Ada berpuluh-puluh SMS dan berkali-kali telefon berbunyi. Aku menyepikan diri ! Mengurungkan diri di dalam bilik. Mata membengkak bukan main lagi ! Sakit hati ini hanya Allah swt yang tahu. Pedihnya betul-betul menghiris hati! Selepas selesai mandi, bersolat dan menyediakan sarapan untuk diri sendiri, aku kuatkan diri untuk ke Pai Epal Cafe. Roti sandwic turut sama aku sumbat di dalam tupperware. Pantas, tupperware masuk ke dalam beg galasku.

Bodoh namanya kan, menangis kerana seorang lelaki ? Ah- kenapalah aku tidak tabah seperti selalu? Mata memandang ruang tamu. Tangan aku memegang sehelai baju sejuk dan sekejapan aku mencari kunci skuterku. Helmet yang pernah lelaki itu hadiahkan aku tolak ke tepi. Akhirnya helmet spare menjadi sambaran. Kenapa pula tiba-tiba aku harus membenci lelaki itu? Mengapa saat aku sudah menerima kehadirannya dalam jiwa ini, perkara ini boleh berlaku kepada aku. Siapa Jasmin sebenarnya dalam diri Izz Amir?

Kenapa aku perlu cemburu? Adakah betul aku menyayangi Izz Amir? Kata Melati di dalam telefon malam tadi, “Cemburu itu tandanya kau sayangkan dia, Yaya!”

Dengan sebak aku membalas, “Adnan ada SMS, katanya itu Jasmin, teman wanita Izz Amir yang pernah Jasmin tinggalkan dia dahulu. Kata Adnan, Izz Amir separuh nyawa sayangkan Jasmin.”

“Itu dulu, Yaya! Sekarang? Kau ni, cemburu tak habis-habis. Cubalah siasat dulu ke, tanya dari hati ke hati dengan Izz Amir sendiri. Habis cerita. Ini tak, yang kau menangis tak henti-henti tu kenapa? Berhujan bagai semua dekat atas bukit tu sampai tak ingat dunia? Kalau kau sakit siapa susah?”

“Aku yang susah!” jawabku malas. Endah tak endah mendengar nasihat dari Melati. Sedangkan tadi, aku yang menelefon Melati, meluahkan rasa sedih kepadanya.

Melati tarik nafas. Sehala dan mendengar keluhannya. “Ibu dan Fatin dahlah ada di Mersing. Kau tahu siapa yang susah nanti?” tanyanya tiba-tiba.

Aku tarik hingus yang baru saja mahu meleleh keluar. “Siapa?”

“Izz Amirlah!”

“Aku benci dia. Penipu! Setan!” Lantas adegan jeritan Fauziah Ahmad Daud dalam filem Ali Setan bertandang.

Aku tarik nafas dan membuang segala nasihat Melati jauh-jauh. Harus juga aku mengeraskan hati dan menabahkan diri. Yaya, bukankah anak arwah abah yang tabah?

Ya, kami bukan bercinta seperti mana-mana pasangan lain. Kami berdua hanya bertemu empat mata di Pai Epal Café. Itu sudah cukup memberi ruang untuk aku mengenali hati budi lelaki itu. Kami bukannya duduk berdua di panggung wayang dan makan malam seperti kebanyakan pasangan lain. Sumpah, aku pernah menolak ajakan lelaki itu dan dia ternyata memahami atas sikap aku yang satu ini. Hanya sesekali memerhatinya di Pai Epal Café dan senyuman yang berbalas di jiwa. Dan kepulangan kami berdua ke Mersing sebenarnya mencambahkan terus rasa sayang ini terhadapnya.

Pertemuan demi pertemuan kami semuanya secara kebetulan yang membahagiakan. Ya, semuanya bermula di Pai Epal Café dan berlarutan akhirnya sehingga Izz Amir berjaya menawan hati ini. Aku puas melakar kenangan indah dengan lelaki ini. Aku gembira kerana namanya sentiasa menjadi teman denyut nafas ini. Ini rupa-rupanya penahan cinta pertama. Ajaib bukan?

Adakah atas dasar hubungan kami yang ala-ala suam suam kuku ini membuatkan Izz Amir beralih arah kepada wanita lain? Sudahlah cantik, dan bajunya amat mahal. Kualiti mengalahkan baju artis-artis popular. Cantiknya bagaikan model juga!

Rasa tewas mula bersarang! Rasa sedih bertandang! Aku buka pintu dan menyarung stokin bersama Safety Boots. Kepala rasa berdenyut-denyut kerana semalam berhujan dan bertangisan. Huh – menangis kerana lelaki! Memang tidak malu betul, Yaya! Aku sarung baju sejukku dan memakai topi keledarku.

Pintu kayu dan pintu besi aku kunci. Ibu berkali-kali memberi pesan supaya aku memastikan rumah dalam keadaan selamat. Dan seperti biasa, bersama beg galas ini, aku meluru menghidupkan enjin skuter, Hei MJ Unguku.

Kaki perlahan menuju ke pintu pagar!

Dan entah bila, lelaki itu terpacul di depan muka pintu pagar ! Bola mataku membulat ! Terkejut ! Dengan kudratnya, dia menolak pintu pagar dan masuk ke halaman rumah. “Jom ikut saya !”

Aku merengus marah. “Saya rasa tak ada apa-apa yang perlu awak cakapkan. Saya tak nak tengok muka awak, Izz Amir. Pergi ! ” Sepantas kilat aku menuju ke skuterku. Buat-buat tidak nampak dengan kehadiran mengejut Izz Amir. Dia pantas ke arahku.

Serta merta Izz Amir mematikan enjin skuterku dan menarik kunci tersebut. Kunci lantas dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

“Hei…awak dah gila ya ? Bagi balik kunci saya. Saya nak pergi kerja!” aku turun kembali dari skuterku. Membetulkan skuterku dari terjatuh dan memandang wajah Izz Amir yang penuh rusuh!

“Ikut saya!” sepantas kilat Izz Amir menarik lenganku. Wajahnya merah seperti marah. Dengan beraninya lelaki ini menarik lengan aku. Aku sempat membetulkan baju sejukku dan kakiku turut sama melangkah mengikutnya. Pantas! Segalanya berlaku dengan amat pantas.

Dia membebel lagi, “Saya telefon awak sampai empat belas juta kali tahu, tak? SMS awak sampai sakit tangan saya ni. Duduk tercongok depan rumah awak malam tadi sampai sekarang dan awak senang-senang suruh saya balik macam tu saja. Ikut saya!”

Arahannya tegas dan bernada serius. Aku kecut perut. Aku ditariknya lagi meski aku meronta-ronta minta dilepaskan. Pintu pagar rumah terbuka begitu sahaja. Dan kami berada betul-betul di hadapan kereta Volkswagen Beetlenya. Sepantas kilat pintu keretanya dibuka dan aku dihenyakkan ke dalam tempat duduk. Keretanya dikunci! Izz Amir diluar berpusing dan segera ke arah tempat duduk pemandu. Membuka kembali kereta dengan kunci automatiknya.

Izz Amir menarik nafas. Dia menenangkan diri dan membetulkan duduknya. “Awak kalau keluar atau sengaja terjunkan diri dari kereta ni, awak siap!”dia menoleh dan merenung wajahku. Penuh emosi wajahnya.

“Awak gila! Gila! Saya benci!” aku memegang lengan yang sedikit sakit akibat ditarik oleh Izz Amir. “Sakit tahu tak! Awak ingat saya ni barang mainan ke?” Aku jelingnya dan kemudian aku tunduk memandang bawah. Entah kenapa rasa sedih bertandang. Rasa aku tidak layak duduk di sebelahnya. Siapa aku ini di dalam hatinya?

Izz Amir merenung wajahku. Dia menelan air liur melihat air mata aku yang kembali melimpah-limpah. Aku kesat sendiri!

“Yaya!” Izz Amir nampak penuh serba salah! Suaranya lembut menikam hati ini.

“Gila! Saya nak kunci skuter saya! Saya nak pergi kerja!” aku tunduk mengesat lagi air mata yang keluar. Beg galasku segera aku letakkan di bawah kaki. Ah- hibanya aku apabila melihat Izz Amir datang dan sebenarnya dia telah menantikan aku di luar rumah ini semenjak semalam lagi.

“Jom, kita kahwin!”

Aku memalingkan wajahku. Merenungnya dengan rasa hiba. Rasa hangat telinga ini dengan permintaannya yang gila itu. Suka-suka hati menyebut mengenai ‘kahwin’ dan menawarkannya untuk aku. Tetapi, bukankah rasa cintanya itu adalah untuk Jasmin. Bukan? Habis… selama ini, sayangnya itu kepada aku, apa? Kata-kata rindunya itu, apa? Impian dan cita-cita yang pernah dia sebutkan kepada aku dulu itu juga apa?

Aku ini patungkah? Permainankah dalam hidup dia?

“Gila!” hanya itu yang terkeluar dari kerongkong ini. Sudahlah air mata aku habis keluar hanya untuknya. Membazir sahaj kan? Eh, tapi betulkah Izz Amir mahu berkahwin dengan aku? Aku gigit bibir bawah. Bagaikan mimpi pula tawaran dari mulutnya itu. Dasar lelaki! Penipu!

Izz Amir terus menghidupkan enjin keretanya. Kemudian, dia pantas mencari tali pinggang yang berada di kiriku. Saat itu, mata kami bertemu dan dia memberikan senyuman mahalnya. Bila dia menarik tali pinggang tersebut, memang sah-sah dia kini dekat dengan aku. Rambutnya berbau harum dan hidung mancungnya menjadi santapan mataku.

Izz Amir tersengih dan kembali duduk di tempatnya. Dia menjeling aku yang kegugupan. Sebelum kereta berjalan sempat lagi Izz Amir menervouskan aku, “Kalau awak nak kata saya gila, katalah! Sebab dari dulu lagi saya memang dah kata yang saya gilakan awak. Kita akan pergi kahwin! Kita pergi Thailand!” desaknya.

Izz Amir mengugut lagi. “Kalau awak berani keluar dari kereta saya, awak siap!”

Dan aku terlongo dengan ugutannya.

Kereta Izz Amir menderu laju! Bagaikan berlumpa di litar Sepang. Sesekali aku menoleh memandangnya yang serius membawa kereta. Sudah lima belas minit berlalu dan tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari bibir ini.

Aku telan air liur. Rasa cuak, takut dan gelisah bercampur aduk!

Air mata sudah kering. Penghawa dingin di dalam kereta mahalnya ini belum mampu menghilangkan kecewa aku terhadap lelaki berwajah empat belas juta ini.

“Kita nak pergi mana sebenarnya ni?” aku pantas bertanya.

Izz Amir diam.

“Siapa Jasmin tu sebenarnya?” akhirnya aku meluahkan rasa hati.

Izz Amir masih membawa kereta dengan penuh kusyuk. Tidak menjawab sepatah perkataan pun soalan yang aku berikan.

“Saya tak akan kahwin dengan lelaki penipu macam awak, Izz Amir. Saya bukan mainan, boleh suka-suka hati say sayang ke, cinta ke, rindu ke..saya bukan macam tu! Hantar saya balik sekarang! Saya pun tak ingin kerja di Pai Epal Café awak lagi. Saya boleh ubah tempat praktikal saya jika itu juga yang awak mahu!” tekadku satu. Biarlah aku undur diri dari hidupnya. Aku pasrah. Tetapi ada rasa hiba mencucuk-cucuk jiwa!

Kalaupun kami akan sampai ke Thailand. Aku masih boleh melarikan diri dan aku tidak akan berkahwin dengan dia! Sumpah, aku tidak mahu!

“Siapa Jasmin tu?” Cemburu menguasai.

Izz Amir sengih panjang. Eh..eh..bila aku serius, boleh pula dia tersengih !

“Cemburu tandanya sayang, cik Yaya sayang oi !” dia ketawa menggelengkan kepala. Izz Amir menjeling aku dan membelok ke kanan. Cara dia membawa kereta pun, masih kelihatan kacak empat belas juta kali ! Alahai hati !

Izz Amir menjeling lagi. Sampai ketawa terbahak-bahak ! Akhirnya dengan perasaan geram aku ambil beg galas yang berada di kakiku dan aku campakkannya tepat mengenai tubuh badan Izz Amir. “Awak ni memang teruk ! ”

Tangannya sempat mengelak. Beg galasku lantas jatuh di atas ribanya. Dia masih ketawa dan menggelengkan kepalanya. Dalam masa yang sama, aku terus memandang ke kiri. Memerhati pemandangan dan menyembunyikan senyuman kecil. Ah – dalam saat ini pun aku rasa mahu tersenyum melihat telatah Izz Amir. Cool sahaja dia. Aku pula yang berangin satu badan melihat sikapnya yang selamba dan banyak mendiamkan diri itu.

Suasana di dalam kereta terus sunyi sepi. Tetapi aku mendengar Izz Amir menarik nafasnya. Perlahan-lahan suaranya menikam hati ini. “Kita balik rumah umi, okey ? ”

Aku diam. Sebenarnya inilah kali pertama aku berdua dengannya. Duduk diam-diam bersamanya di dalam kereta comelnya ini yang harum semerbak! Entah wangian apa, tetapi aku sukakannya.

“Yaya….” Suaranya tembus lagi di dalam hati. Entah kenapa, rasa syahdu pula.

“Ya…” aku jawab perlahan tetapi mata memerhati pemandangan di luar. Aku mahu stabilkan emosi yang bercelaru. Entah – aku tidak tahu kenapa aku perlu berhadapan dengan semua ini apabila mula mengenali seorang lelaki yang bernama Izz Amir.

“Kita balik rumah umi, okey ! Saya nak kenalkan awak dengan umi.”

“Untuk apa?”

Izz Amir menarik nafas. Dia berdehem dan aku tahu, Izz Amir sedang cuba menyampaikan perkara penting kepadaku. Suaranya terus menikam lubuk hati ini. “Sebab umi nak saya berkahwin dengan Jasmin. Tetapi sumpah, saya tak pernah cintakan dia. Dulu ya. Tapi sekarang saya betul-betul mahu awak yang menjadi isteri saya. Dunia akhirat! Umi setuju atau tak, itu belakang kira. Yang penting, awak kena tunjukkan depan umi yang awak mengenali saya dan umi akan jatuh sayang dekat awak melebihi Jasmin!”

Berderau darahku. Jantung berdebar hebat! Tetapi entah kenapa, air mata mengalir lebat. Terasa kerdil sungguh diri ini. Jika umi Izz Amir mahukan Jasmin, mengapa pula harus aku diperkenalkan. Dan kenapa baru sekarang perkara ini terjadi.

“Selalunya pilihan umi itu lebih tepat untuk anak lelakinya. Awak pilihlah Jasmin. Saya tak kisah. Saya ni bukan anak orang kaya sangat pun. Hidup pun dengan ibu dan adik perempuan saya sahaja. Saya nak balik!” air mata mengalir lagi dan lagi. Aku teresak-esak menahan perit hati.

“Saya nak peluk ibu!” hiba berlanjutan. Emosi aku kembali berjangkit dengan peristiwa pedih semalam. Benarlah, Jasmin itu kekasih lama Izz Amir. Masakan, dia tidak punya hati dan perasaan terhadap wanita itu lagi.

Dan aku menangis membiarkan Izz Amir terkedu seribu bahasa.

“Yaya… janganlah macam ni.” Dia memujuk aku. Tidak berupaya untuk aku mendengar suaranya lagi. Air mata tumpah berderai-derai!

“Umi mesti suka dengan Yaya! Percayakan saya! Awak sayangkan saya kan?” suaranya lembut lagi. Beg galasku masih dibiarkan terletak di atas ribanya. Dia memandu penuh serba salah.

Aku gelengkan kepala. “Tak..saya benci dengan awak!”

“Awak sayangkan saya kan?” tanyanya kali kedua.

+Cet! Boleh bersayang-sayang bagai dalam kereta ni, pulak! Cepatlah Yaya sebut sayang !
-Tak mahu. Benci, benci..benci!
+Eleh….malu-malu lagi! Semalam tu, menangis sampai sepuluh baldi ! Cemburu bukan main lagi. Sampai sanggup you simpan dalam kotak patung transformers yang pernah Izz Amir hadiahkan tu. Isk isk..baik you bagi kat I !
-Tak boleh! Tu hadiah dari Izz Amir!
+Kalau sayang katakan sayang Yaya ! Eleh !

8 ulasan:

  1. Tanpa Nama6/4/12 14:43

    Hahahaha. dalam sedih-sedih, boleh pulak I ketawa. Kelakarlah!
    Yaya jumpa umi Izz Amir ke? Alaaaaa...

    BalasPadam
  2. AniLufias6/4/12 15:14

    alamakkkk...knpa umi suka sgt dgn Jasmin tuuu
    kan ke Yaya dah bw byk perubahan kat Izz...huhuhuuhuhuhu

    BalasPadam
  3. Ciannye ngan Cik Yaya Sayang...
    Izz Amir x jelaskan lagi siape Jasmin dihati Izz...
    Harap2 umi Izz Amir suka Cik Yaya Sayang lebih dari Jasmin yg gedik tu!!!!!!!

    BalasPadam
  4. ehem ehem, dgn gediksnye sye nk jwb bgi pihak yaya.... yer wahai izz amir, saya saaaaayanggggg sngt2 dkt awk..... hahaha, akk tq ok, nsib izz amir muncul, kallo x tempat izz dhati sye telah btukar kpd zain..... weeeeee. love love love akak yer...

    BalasPadam
  5. Ahkak RSL8/4/12 16:57

    Senduuu... sahdu... hehehe

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama12/4/12 23:52

    Salam..yaya bersedih..tp akak dok menyengih dr awal sampai habis baca..hehe..Mar..bila scene sedih kamu watla sedih samapi akak leh nangis..tp xbestla..tergantung..huhu

    so, ada harapan sambung lg ke tak kt blog ni? :)

    Wassalam

    BalasPadam
  7. sis cpat lerr terbiat an MPE ni..x sbor nk bce..huhu..=)

    BalasPadam