Pages

28 Februari 2011

Stylish Blogger Award


Terima kasih dan salam manis-manis untuk Kak Emila Yusof kerana award Stylish Blogger Award pertama untuk Mardihah. Tidak sangka juga, Kak Emila yang popular dengan artworknya yang cantik sudi menjengahkan nama saya di dalam blognya untuk entry ini. Oh ya, blog ini juga adalah hasil kemasan dan kreatif Kak Emila.

Peraturan sesudah menerima award ini : (saya alih bahasakan ke Bahasa Melayu ya!)

- Ucapkan terima kasih dan ‘link’ kembali mereka yang memberi award kepada blog kamu. *terima kasih itu perlu ya!

- Kongsi 7 perkara tentang kamu!

- Jangan lupa kongsikan dengan 15 lagi nama. Ini namanya menge ‘tag’

- Hubungi yang ditag, jangan lupa!


7 perkara tentang saya.

1. Saya suka menulis. * Ya, sudah pastinya kerana saya seorang penulis separuh masa, maka masa-masa senggang saya di rumah atau ketika berada di mana-mana fikiran saya akan terus berfikir mengenai manuskrip-manuskrip yang sedang disiapkan.

2. Saya sayang emak dan ayah saya. Juga seluruh ahli keluarga saya. * kata emak pada saya di satu hari, Mar, air dicincang tidak akan putus.

3. Saya ada seorang suami yang sangat baik dengan saya. * Alhamdulillah, kerana dalam tempoh masa terdekat ini, saya terasa betapa kerdil diri dengan nikmat kasih sayang yang Allah limpahkan kepada kami berdua. Memahami kesibukan, makan tak kisah, tetapi tetap terjaga oleh si isterinya. hehehehe

4. Saya suka melihat Crime Scene Investigation di AXN. *Agak-agaknya jika tidak bekerja di bank negara dan menjadi penulis separuh masa, saya mahu menjadi pakar forensik yang berjaya. Wah, saya suka!

5. Saya memakai cermin mata dan jika dibuka cermin mata saya rabun jauh! * Nikmat Allah mana lagi yang harus engkau dustakan?

6. Saya boleh memandu kereta.*eksperesi kena lebih ya, walau membawa kereta auto, hahaha!

7. Saya suka berangan-angan menjadi kaya! *angan-angan itu perlu ya, kawan-kawan!
::: 15 nama lagi? jadinya nama tersenarai adalah Mummy Erin, Faridmw, Abah Zino, Mak Su, Mufasiran Dunya, Haris Hauzah dan sesiapalah yang berminat! Sila-sila warkan!

24 Februari 2011

Ouch, apa saya rasa? Oren dan merah jambu tau!



Assalamualaikum kak. Saya sebenarnya baru sahaja mengenali akak melalui karya akak yang berjudul LUKISAN JIWA.Ohh, sungguh baru beberapa helai saya baca, ianya sudah mampu menunjukkan aura kehebatan seorang penulis yg begitu bersahaja. Latar tempatnya juga telah membuatkan saya berada dekat dengan watak dalam novel ini. Dan sungguh saya tak sabar untuk menghabiskan bacaan. (sekarang dihalaman 108). Penggunaan bahasa juga walaupun tidak terlalu puitis tapi ia tetap menangkap pandangan sanubari saya untuk terus membaca dengan khusyuknya helaian demi helaian.

Ianya seperti magnet. Wah!Apakah hebat sungguh karya ini, gaya bahasa akak juga senang dan bersahaja. Terkadang saat membaca saya seperti di dalam novel tersebut. Sama-sama ikut menyusuri dalam pengembaraan kisah Cahaya. Akak saya terfikir 1 hari, sedang duduk termenung sambil memegang novel akak yang best gila ni, Apakah mungkin dan bisa jika karya novel akak ini diangkat kelayar perak? Dibawa menjadi sebuah drama bersiri, ataupun filem, saya teringin sekali menontonnya, kerana saya bisa merasakan aura yg begitu. Whoa!..saya pun tak tercakaplah!

Tapi itu hanyalah cadangan saya. Terpulang kepada akak. Tapi andainya menjadi dan dikabulkan permintaa ini, saya teringin sekali terbabit dalam menjayakan drama/filem yang diadaptasi dari novel akak ini. Saya sentiasa mendoakan ianya menjadi kenyataan dan semoga akak selalu sukses dlm kerjaya dan dalam penghasilan karya-karya yg bermutu.

Dari peminat yang begitu meminati LUKISAN JIWA.
Lain dari yang lain, sungguh unik hingga mampu mengeluarkan aura yang tersendiri.
Ain Shaharom.

:::Bila seorang pembaca melayangkan emel dan komen positifnya mengenai novel pertama saya! Ouch, apa saya rasa? Oren dan merah jambu tau!*gedik sekejap! Ngeee!

Alhamdulillah, ucapan dan rahmat sekeliling alam. Tuhan memberikan ilham dan saya membalas ringkas kepada Ain Shaharom dalam emel di Fb dan saya berterima kasih untuk doanya kepada saya. Sungguh dalam tempoh sekarang, saya terharu! Semoga Ain juga berjaya dalam lapangan yang diceburi:::
Emel Ain Shaharom dipaparkan selepas diedit.

17 Februari 2011

Angan-angan Itu Indah!

Oh...dalam keadaan rasa yang begitu penat semenjak beberapa minggu ini, saya gagahkan menulis di blog kesayangan. Kerana kerja yang banyak dan terpaksa stay back di pejabat. Haru-biru suasana kerja namun saya percaya, Allah ada jalan ceritanya.

Penat tetapi fikiran tetap kepada dua manuskrip yang sudah dihantar kepada editor PTS Litera.
Satu : sambungan Andai Gerimis Berhenti dwilogi terakhir kepada PTS Litera. Kelak nanti, saya mahu buku ini disatukan dan dijadikankulit bukunya tebal sebagai hadiah kepada teman-teman. Pembaca juga pastinya seronok kerana buku yang kavernya cantik ini dikulit keraskan. Ahh, berangan yang indah! Jika ia top sale maka sewajarnya pihak penerbitan kelak akan terfikirkan ilham ini. Mar, berangan! berangan lagi!

Kedua : novel fantasi kepada PTS One. Sudah saya ilhamkan jemari yang penuh fantasi dan siapkan 16 bab dengan penuh keseronokan. Editor menerima proposal saya bulan November tahun lepas dan ia sudah siap dihantar kepada editor berkenaan.
Alhamdulillah.

Projek terbaharu dengan PTS One ini adalah jangka masa panjang, bukunya akan keluar dari musim ke musim. Insya-Allah, dan sasaran saya setiap tahun satu buku akan dikeluarkan sebanyak beberapa musim pengembaraan. Yang teruja pastilah saya. Yang perasan! hahahaha.Tetapi angan-angan yang baik perlu ada untuk iltizam diri sendiri.

Mar, chai yukkkkk!

Paling saya nantikan, dua buah buku pada tahun ini akan terbit! Atau mungkin ada penambahan seiring dengan jadual yang semestinya lebih ketat tahun ini.

Terima kasih Tuhan. Dalam kesibukan, saya tetap mencuri-curi masa menulis walau sehelai muka surat dan satu bab. Dalam kesibukan, fikiran saya tetap berputar berfikir mengenai novel yang sedang ditulis.

Doakan saya kawan-kawan!

09 Februari 2011

Sehari di Kuala Linggi.

Cuti Tahun Baru Cina yang sungguh padat. Namun menyeronokkan. Paling penting menghabiskan masa dengan anak-anak buah yang memang comel macam emak saudaranya. Aiceh! Tak sudah-sudah syok sendiri!

Kami ke Kuala Linggi untuk menikmati pemandangan luar biasa. Ingat tempat yang pernah Rosyam Nor berlakon dalam drama Sekeras Kerikil? Haa...di situlah tempatnya. Memang paling kelas berbanding Port Dickson dan Tanjung Bidara. Air tenang dan tidak terlalu ramai. Semacam tempat yang dikira privacy untuk sesiapa yang malu mandi laut. He he he.

Laut yang luas mata memandang. Memang dah lama tak melihat laut, jadinya kami mengambil kesempatan mencari ketenangan dan merehatkan fikiran. Melihat anak-anak buah gembira memang terasa membahagiakan. Mardihah say 'no to mandi laut!'

Along, suami, Afrina, Aiman dan Irfan paling buas mandi laut. Ya Allah! 4 jam pun tak cukup! Raidah, Zimah, Zirah dan Mardihah menjadi pemerhati tetap. Tapi akhir jam, Zimah dan Zirah ditarik masuk ke dalam laut. Baju sudahlah tak bawa! Haaaa....

Aktiviti di laut yang semestinya dibuat oleh semua orang adalah mandi dan makan dan makan. Nasi lemak power emak terhidang dan beberapa kali mereka makan dan makan. Kuih donut emak juga pastinya kegemaran!

Yummy!

Kereta baharu yang warna oren merentas perjalanan. Irfan say. 'Fuyooo, power!'

‘Banyaklah powernya, Irfan!’

'Nanti Irfan nak beli kereta macam Mak Yang lah! Warna putih!'

Saya ketawa dan suami lantas memandu bersama si comel oren! Sebenarnya saja tak nak tunjuk skill bawa si oren. ‘abanglah bawa oren hari ini ya!’

Okey semua, tak nak lagi tulis panjang-panjang, mari kita lihat gambar-gambar menarik yang diberi tajuk, 'Sehari di Kuala Linggi.'

Jika bab bergambar, menyengetkan mulut, pusing sana dan sini, serahkan kepada mereka bertiga!


4 jam memang tak akan cukup jika tak paksa mereka naik ke atas! Ya Rabbi!
Along Fais dan Irfan. Angah dan keluarga tak berkesempatan menyertai kerana pulang ke Muar.


Sesi menanam Irfan lesung pipit!


Aiman turut sama mahu kami menanamnya di pasir yang halus dan bersih! Seronok betul dia!


Sesi menanam Afrina pula! Tengok si Aiman dan Irfan. Kalau membuli kakaknya, memang nombor satu.

Ala-ala manjanya. kuang kuang kuang...



Jeng jeng jeng...ini dia kereta comel Mardihah Adam. Pin pin! Iyalah kan, selama empat tahun selepas bekerja dan hasil bonus tahunan ini mencukupi membayar erti lelah bekerja. Bila membeli kereta hasil duit sendiri terasa berbaloi-baloi juga! Pinjaman bank ya! Kereta kecil-kecil sahaja dan mencukupi untuk ke tempat kerja dan membantu saya dari segi keyakinan diri, berani dan kental membawa kereta automatik! Uiks! Auto pun autolah!

08 Februari 2011

Berambus kamu wahai Mubarak!



















Eh-eh, di bawah ini terselit pula gambar wanita pertama. Pertama? Hehehe. Saja kerana saya peminat setia 'dia', kerana saya sukakan cermin mata hitamnya. Rocks you!

Berbicara mengenai kegemilangan Islam yang akan berulang di akhir zaman. Maka, rentetan dari suara lantang dan keberanian rakyat Mesir, Tunisia dan seluruh Arab memungkinkan berlaku dan akan wujudnya teori di mana pemerintahan Islam akan kembali bertakhta.

Memetik kata-kata dari Syeikh Dr Yusof Qaradhawi:
"Saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada."

Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi juga memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa “kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”.

"Berambuslah kamu wahai Mubarak!" Maka dengan ini saya menyokong revolusi kebangkitan rakyat Arab di Asia Barat!

Kami juga kagum dan menyatakan hormat kami kepada keberanian rakyat Tunisia , Mesir dan Yaman , kebanyakannya anak muda , yang tidak takut kepada kereta kebal dan peluru tentera dan dari pihak keselamatan, Kami menyampaikan ta’ziah kami kepada keluarga yang telah kehilangan ahli yang telah mempertaruhkan nyawa mereka untuk memperjuangkan kebebasan dan keadilan. Sehingga ini sudah lebih 150 orang terbunuh - Petikan dari MAPIM
*gambar dicuplik dari pakcik google.

02 Februari 2011

Sayalah Puteri Raja - Cab 50


Hari Isnin malam, ketika suami bekerja syift dan saya menyambar peluang yang ada untuk membaca sebuah novel. Bukanlah tiada masa ketika suami ada di rumah untuk membaca. Soalnya, saya akan rasa bersalah apabila membaca atau menulis ketika suami ada. Jadinya, membaca hanya ketika suami bekerja syift malam dan di dalam tren. Buku ini saya beli ketika Book Sale BNM di MPH. Borong sakanlah sambil suami menjeling-jeling!

Satu malam sahaja, saya berjaya menghabiskan membaca ‘Sayalah Puteri Raja!’

Hahahaha. Saya memang tergelak ketika membaca novel dari penulis Aizam Aiman ini. Hari ini terus saya ‘add’ beliau di laman FB nya.

Sambil mata melihat televisyen, mengunyah kek coklat yang yummy! Novel ini berjaya dilunasi dan cabaran membaca 50 buah buku sedang saya kejari. *Insya-Allah. Sejujurnya saya merasakan tidak mampu kerana kegiatan menulis juga sedang berjalan seiringan sekarang ini. Namun perlu diingat, jika mahu menulis maka hendaklah membaca, membaca dan membaca.
Ceritanya lebih kurang begini :

Kisah ini bermula di negara kecil yang terletak antara Malaysia dan Brunei. Armani nama diberi.
Watak utamanya adalah Zara Bin Muhammad, memang berangan menjadi puteri raja. Kemudian dia amat memusuhi jirannya, Munir Bin Musa. Plot berkembang dengan sungguh menghiburkan hati dan gelak ketawa. Zara juga seorang yang adakala sombong dan adakala membikin saya ketawa!

Ajaibnya, Mak Da (pembantu rumah) dan mamanya juga turut sama melayan angan-angan Zara menjadi nyata. * Isk, kalaulah saya juga dipanggil Puteri Mardihah, alangkah bagusnya. Berbeta dan berpatik-patik di rumah. Mahu saya meloncat keliling dunia. Haaa..perasan-perasan!

Okey, dijadikan cerita jiran baru Zara berpindah berhampiran rumah mereka. Secara kebetulan nama jiran baru mereka adalah Adam bin Muhammad. Berkongsi tarikh lahir yang sama dan bersekolah dan sekelas dengannya. Rupa-rupanya, mama dan papa Adam mahu Zara dan Adam berkawan rapat. Semestinya ada rahsia di sebalik semua ini. Adam menjadi pesaing dalam pelajaran Zara di dalam kelas. Semestinya membuatkan Zara amat cemburukan Adam.

Ada rahsia yang tersimpan di antara mama Zara dan papa Adam. Dipendekkan cerita, mereka sebenarnya adalah adik beradik kembar yang terpisah semenjak 15 tahun dahulu. Melalui perdana menteri Negara Armani, Adam memaklumkan kepada Zara bahawa Zara adalah kakak kandungnya!

Wah, sudah semestinya Zara akan menjadi puteri raja! Namun mereka harus merahsiakan pengetahuan pertama mereka mengenai status adik beradik dari mama dan papa mereka.
Mereka menyamar menjadi sepasang kekasih dan membuatkan mama dan papanya sampai pitam kerana mereka menjadi ‘kekasih’ walhal sebenarnya mereka adalah adik beradik.

Pengakhir cerita, pastinya mereka disahkan status oleh mama dan papa mereka. Rahsia akhirnya dibongkarkan kepada mereka dan Zara menjadi puteri raja seperti angan-angannya. Munir bin Isa yang menjadi musuh Zara pula rupa-rupanya adalah 'bodyguard' Adam dan pemerhati Adam. Pstt : macam ada bau-bau cinta antara Zara dan Munir!

Zara? Lantas dibawa ke Istana Mawarni. Jeng jeng jeng. Jangan ingat mudah menjadi puteri raja ya!
* saya tidak sabar membaca sambungan, 'Sayalah Putera Mahkota!'