Pages

17 Februari 2011

Angan-angan Itu Indah!

Oh...dalam keadaan rasa yang begitu penat semenjak beberapa minggu ini, saya gagahkan menulis di blog kesayangan. Kerana kerja yang banyak dan terpaksa stay back di pejabat. Haru-biru suasana kerja namun saya percaya, Allah ada jalan ceritanya.

Penat tetapi fikiran tetap kepada dua manuskrip yang sudah dihantar kepada editor PTS Litera.
Satu : sambungan Andai Gerimis Berhenti dwilogi terakhir kepada PTS Litera. Kelak nanti, saya mahu buku ini disatukan dan dijadikankulit bukunya tebal sebagai hadiah kepada teman-teman. Pembaca juga pastinya seronok kerana buku yang kavernya cantik ini dikulit keraskan. Ahh, berangan yang indah! Jika ia top sale maka sewajarnya pihak penerbitan kelak akan terfikirkan ilham ini. Mar, berangan! berangan lagi!

Kedua : novel fantasi kepada PTS One. Sudah saya ilhamkan jemari yang penuh fantasi dan siapkan 16 bab dengan penuh keseronokan. Editor menerima proposal saya bulan November tahun lepas dan ia sudah siap dihantar kepada editor berkenaan.
Alhamdulillah.

Projek terbaharu dengan PTS One ini adalah jangka masa panjang, bukunya akan keluar dari musim ke musim. Insya-Allah, dan sasaran saya setiap tahun satu buku akan dikeluarkan sebanyak beberapa musim pengembaraan. Yang teruja pastilah saya. Yang perasan! hahahaha.Tetapi angan-angan yang baik perlu ada untuk iltizam diri sendiri.

Mar, chai yukkkkk!

Paling saya nantikan, dua buah buku pada tahun ini akan terbit! Atau mungkin ada penambahan seiring dengan jadual yang semestinya lebih ketat tahun ini.

Terima kasih Tuhan. Dalam kesibukan, saya tetap mencuri-curi masa menulis walau sehelai muka surat dan satu bab. Dalam kesibukan, fikiran saya tetap berputar berfikir mengenai novel yang sedang ditulis.

Doakan saya kawan-kawan!

4 ulasan:

  1. Tahniah Kak Mardihah atas berita gembiranya. Moga terus tekal dan istiqamah si jiwa.

    Angan-angan ada bagus walau tinggi menjulang langit, pastikan usaha dan doa turut sertakan. :)

    p/s: Saya sedang mengejar sebuah antologi cerpen sebagai permulaan. Penerbit sudah ada berminat untuk menilai, cuma manuskrip masih belum disiapnukilkan. :)

    BalasPadam
  2. semuga terus berjaya..

    BalasPadam
  3. best tak jadi penulis ni?

    BalasPadam
  4. Salam Ibnu Jamaluddin,

    terima kasih untuk doa.Cepat siapkan antologi cerpen itu. Projek kita akan disusuli nanti ya.

    Zino,

    terima kasih abah zino.

    kak ayu jamal,
    memang seronok kak! seronok sangat-sangat.

    BalasPadam