Pages

26 November 2008

Bercuti!

Blog Ini Bercuti sehingga akan diberitahu kelak.
Terima kasih.

24 November 2008

Selembar Kisah

Dihah sudah dapatkan kebenaran publish gambar di blog ini. Amirul Mukminin tenang sahaja. Ibunya paling belakang sekali. Jangan salah orang ya! Pic Dihah memang tiada. Paling depan adalah kembar Dihah. Percaya? Kami memang serupa..?? Ya ke?

Amirul Mukminin

Sahabiah pasti ternanti-nanti karangan saya di sini. Hmm...susah sebenarnya melayangkan
jemari ke papan kekunci dan bagaimana boleh semua cerita dipaparkan...ia imaginasi dan halusinasi.
Seorang sahabiah bertanya ;

"Mana mu dapat idea ni?"

Saya tergelak kecil penuh muslihat. Barangkali kerana
gemar kepada penulisan dan hasil mak yang suka sangat membaca ketika mengandungkan Dihah. Hmmm...benarkah?
Anugerah Allah kepada setiap insan berlainan kan?

Sabtu, suasana pagi, dilingkari dengan perbincangan semua senior dan Alumni PC. Merangka perjalanan Liqa Mesra Alumni (LIMA)
Januari 2009 tahun hadapan. Selamat bertugas kepada kalian! Mari kita Raikan Cinta! Mari kita perjuangkan perjuangan kita.

Terima kasih tidak terhingga kepada Abang Sobri, belanja kami semua makan...nyum2, sedap sungguh. Kak Kartini, Sue, Kak Long, Dila, Ina menjamu selera sehingga saya berseloroh,

'Wah..Kak Kartini, tak nampak pun orang sebelah ya...cicah asam dengan ikan bakar tu, orang sebelah dia lupa...kemain lagi..lupa diri..huh!'
Kami ketawa serentak di dalam kereta apabila saya mengajukan ketidapuasan hati saya kepadanya akibat tidak merasa air asam yang nampak enaknyaaaaa.

Sahabat di meja sebelah juga menjamu dengan penuh nikmat.

Kami kemudian menjejaki Amirul Mukminin.

Comelnya. Putera sulung Kak Ina, namanya Amirul Mukminin!

Cinta sahabiah kami lahir juga ke dunia. Tahniah kepada Pn Salina Khalil dan suaminya, Encik Faiz. Kami berkunjung dan memaut cinta mereka jauh ke dalam hati. Besar sungguh keagungan Ilahi. Kecil dan comel sekali.

Terima kasih untuk Kak Kartini....2 hari Dihah yang sepi pada minggu lepas dibayar dengan qada yang sungguh meraihkan persahabatan. Kami memenuhi masa dan ada ketika berbual apa sahaja.

Kisah Cicak

Satu cerita menarik tentang kisah seekor cicak. Kak Long berkongsi dengan saya, sudi kiranya turut saya kongsikan dengan kalian juga. Saya kira ini isi kisah ketika Program "Berpaut Di Dahan Cinta". Ustaz Hasrizal yang lebih popular dengan laman SaifulIslam membentangkan cerita ini sehingga sahabiah saya terus bermotivasi. Padat dan penuh ilmu.

Ceritanya begini ;

Ada sekumpulan cicak, bertanding untuk memanjat pokok.
Hadiah akan diberikan kepada cicak yang mendaki ke puncak paling tinggi. Permulaan bermula. 2 ekor cicak jatuh. Penyertaan terbatal. Kemudian, seekor jatuh lagi kerana kepenatan. Penyokong bersorak dan memerli semua cicak berkenaan.

" Tak payah panjat tinggi-tinggi...nanti akan jatuh jugak....turun arrrrrrrr...hahahaha...boooooo...boooooooo..blah lah...turun..turun..."

Lama kelamaan semua cicak jatuh dan berpatah balik. Tetapi...

Ada seekor cicak yang selamat sampai ke puncak dan mendapat Grand Prize...wahhh...hebatnya cicak ini. Si cicak ini penuh gembira. Cicak lain bertanya. "Kenapa kamu tidak berpatah balik...?"

Cicak itu diam dan tiada respon. Owhhh..rupanya dia PEKAK. Bermakna dia tidak mendengar sebarang provokasi mahupun jeritan kawan-kawan untuk turun mengalah ke bawah dari memenangi pertandingan.

Dihah tertanya-tanya. Apakah di sebalik semua cerita ini. Kak Long lantas bercerita lagi.

Mari kita aplikasikan kisah ini kepada dua versi.

Satu - Sebelum berkahwin
Dua - Selepas be
rkahwin

Sebelum berkahwin, orang akan kata kita kolot, tidak up to-date, sebab tidak keluar dengan pakwe, tidak pegang tangan pakwe lah...sebab kita sebagai muslimah perlu jaga peribadi kita agar tidak melanggar peraturan Allah.

Selepas berkahwin, mari kita PEKAKkan telinga kita apabila orang bercakap, kita ini tidak malu, apabila keluar, berpegangan tangan, baju sedondon sahaja, akrab berpelukan pinggang, naik motor rapat-rapat. Kerana itu HALAL bagi kita, dan ia adalah untuk melahirkan keintiman dan kemesraan sepanjang perkahwinan kita.

Menarik bukan?

Saya tersenyum intim sekali.

p/s : Tahniah kepada Siti Sakina(Kak Ikin) & pasangannya Aidil. Selamat Pengantin Baru!!!!Kak Ikin tidak putus melayani dan ramah berbual. Walau pengantin terlalu sibuk, tetapi tetap menjiwai persahabatan kami. Terharu!


Manusia bukan sesiapa.
Seorang penyanyi jiwa tanpa suara, penari bebas gerak minda.
Tiada lirik tapi punya pencipta melodinya.
Hanya sebuah watak di pentas dunia. Salah satu dari ciptaan yang kuasa.
Infiniti @ Kita milik DIA.

20 November 2008

Dia Tidak Terbabit..Sama Sekali Tidak!!

Peringatan : Ini bukan Kereta Mercedes kegemaran Kak Nab!


" Dia tidak terbabit mak...betul mak......sumpah mak...." anak gadis menangis-nangis minta si mak percaya.

" Ahh..kau fikir dia penganalisis komputer, boleh sahaja tak terbabit...ini gambar ni...tak senonoh
punya lelaki...lelaki yang ini mak nak jadikan calon menantu...langkah mayat mak dulu..."sekeping gambar dicampak di atas meja.
Angin berdesing macam puting beliung.

" Ini super impose mak....percayalah mak....kita nak kawin dengan Abang R jugak...tak kira, tak kira...."

" Suruh buat kenyataan akhbar..bersihkan nama....putihkan maruah...mak nak Mercedessss Benzzzz 1 bijik..."

" Mak..sampai hati mak...dia miskin mak...tak ada harta...tak ada tanah pusaka....keta Mr Bean pun tak mampu mak" air mata dikesat dengan hujung lengan baju. Basah.

Kak Nab bercekak pinggang. Matanya merah menahan amarah.

" Selagi mak masih hidup,selagi asam pedas kuah lada mak menjadi pujaan hati ayah kau...jangan sebut
nak kahwin dengan Abang R sebelum bersihkan noda...huh!" Rambut Kak Nab tercacak macam kejutan elektrik.

" 22 bulan kami menganyam cinta...22 bulan saya bersama buku-bukunya...membaca bersamanya..100 kali kalau ikut dalam diari, Abang R datang jenguk saya..bawak bekal. Hari-hari makan suap-suap....sampai hati mak...cinta dia utuh dalam diri saya mak....."...dia mengesat air mata....sedihnya..hibanya...Kenangan terindah cukup tersemat dalam jiwannya. Nuraninya.

" Itu pembohongan memikat hati kau....dah..dah..jangan bersandiwara....lelaki sama sahaja.." Kak Nab mendengus.

" Aik..ayah pun sama lah mak erk?"

" Kata Shakespeare dalam Henry IV, ' Pembohongan sudah setengah pusingan mengelilingi dunia sebelum kebenaran sempat menyarung kasutnya'..." Kak Nab berpusing lagi ala-ala model 70 an. " Jangan samakan Abang R dengan ayah. Ayah lain..." mak mendatarkan suara bila anaknya mahu menyamakan kekasih hati dengan suaminya.

" Sampai hati mak...saya nak sambung belajar macam ni....nak g Oxford...menci makkk...menci makkk........menci....menciiiiiiiii"

" Tak baik tawwwwww...dosa besar......meh anak mak cayang...alo-alo manja............" Kak Nab terkekeh ketawa.


Gambar dari Malaysiakini

18 November 2008

Asam Pedas Kuah Lada


Gambar dari blog silembiks


" Mak ingat nak rebut jawatan jugak lah..." Kak Nab tersengih manja. Anak gadisnya terpandangkan
rantai mutiara di leher.

Getus hatinya ..'Sejak bila pula mak pandai melaram macam Rafidah Aziz ni...sebijik pulak tu. Gaya rambut pun sama. Kalaulah
ayah balik...kes naya je niiiii'. Anak gadisnya tersengih-sengih.

"Apesal kau sengih-sengih? Rantai ni lawa kan? Amacam rambut mak ada gaya Aisy..aisyy...warya..rai...kan?kan?" gagap-gagap Kak Nab menyebut.

Aik...salah lagi.... " Bukanlah mak..macam tu, Preity Zinta..." anaknya mengiyakan. Ada-ada sahaja mengusik.

" Mak nak lekas ni..." Kak Nab mencapai Handbag cap Polo.

" Pergi mana.?"

" Kan ke hari ni ada pertandingan rebut jawatan wanita...mak nak sokong...mak nak sokong..mak dah menci tengok orang yang sama naik pentas...mak menci taw.....nak ikut tak?" Kak Nab membulatkan mata. Badannya menggeletis macam model ala-ala 70 an. Alahai mak ku ini!

" Tebiat ape? hari ni hari Ahad....bukan semalam ke mak? Mak salah lagi......tengok ni, kad jemputan eksklusif . Mak salah tengok tarikh...."

Mata Kak Nab terkebil-kebil. Monyok semacam.

" Habis tu, penatlah mak melaram rantai mutiara ni....." Kak Nab mengerling anak gadisnya.

" Sudah...mari, kita bikin asam pedas kuah lada. Ayah dah sebut selalu? Permintaan ayah kepada mak pagi tadi. Nak tambat hati suami...kena masak untuk suami...betul tak mak? kan? kan? kan? ...."
si anak memujuk. Mengenyit mata dan tertawa geli hati. Dia pula berpusing menayang ikan ala model. Ketawa dan Kak Nab bulat mata melihat karenah anak gadisnya.

" Asam pedas, asam pedas, asam pedas............menci...menciiiiiiii"






~Berpaut Di Dahan Cinta~



INI ENTRI IKLAN


Insya-Allah Nisa' Gombak dengan kerjasama Majalah
Muslimah, Konsep dan Wasilah akan menganjurkan program BERPAUT DI DAHAN CINTA pada 23 November 2008. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Miss Suriani (012-3508962), Miss Ummu (012-5900573) @ layari Nisagombak

Barisan Panel :
Dr Robiah Kulop Hamzah
Ustaz Hasrizal (SaifulIslam.com)
Dayangku Intan
Farah Adeeba Mohd Asyraf


17 November 2008

2 Hari Berlalu

2 hari yang sepi,
2 hari penuh emosi keperempuanan,
2 hari memerhati teman,
2 hari menanti jawapan,
2 hari penuh pengertian,
2 hari mentertawakan,
2 hari kebosanan,
2 hari Allah lemparkan,
Kisah dan secebis cerita,
Cerita teman yang berduka lara...
Mana letak sujud dan iktikafnya..
Semoga dengan kalimat rayu cintanya,
Teman itu tidak lupa,
Tanggung dan jawabnya,
Pada Doa dan sembahnya...
Pada Yang Esa

2 hari yang telah berlalu........
Ini catatannya....

13 November 2008

Bintang Hati II

Saya merenung bait-bait tulisan seorang kakak kepada saya...sungguh saya tangisi diri. Saya terkenangkan zaman perjuangan
lama saya dahulu. Lain sungguh waqi'a (suasananya). Menyampaikan mesej Islam di sini lain benar cara dan gayanya. Sungguh saya rasa banyak sekali perkara tidak mampu saya tanggung dan jawabkan. Terima kasih untuk semangat semua kakak-kakak di sini. Memberi saya sesuatu pengertian yang luar biasa.

Inilah medan dakwah. Adakala saya senang sahaja bekerja. Adakala bagai menanggung banyak perkara yang tidak terjawab. Banyak rupanya yang saya lalai dan leka. Adakala saya mengeluh dan mengabaikannya. Membiarkan berlalu sahaja. Adakala kerja-kerja di depan meja harus saya segerakan. Sehingga siap dan sehingga saya lupa kepada tanggung jawab sebagai ISLAM. Dakwah itu wajib disampaikan.

" Lama tak dengar berita? ...akak ada kemusykilan..kenapa kamu mendiamkan diri sejak kebelakangan ini?"

Emailnya saya baca perlahan. Berdegup kencang jantung.

" Terutama dalam Biro Dakwah...and i have been informed, tiada ajk yang menyambut kedatangan ustazah hari ini...itu bukan dalam job scope awak ke?"

Air mata saya entah kenapa bersahaja mengalir. Tanpa saya pinta. Saya lupa. Ya..dan saya memang sengaja. Tuhan. Ampunkan saya...

" Akak minta maaf ya Dihah.....jika pertanyaan akak ini buat awak terasa hati....by the way, daripada akak tanya pada orang lain,
better for me to ask u dulu....kan? kan? kan?"

Tuhan Yang Maha Mengetahui.....Tuhan Mengerti.

" Akak sayangkan awak...sebab tu akak tanya...jangan salah faham ye......anggap teguran ini sebagai satu teguran dari kakakmu..."

Saya senyum sahaja. Saya mahu mengembalikan semangat baharu. Semangat saya yang masih segar seperti dahulu. Apa Erti Saya Menganut Islam harus saya warnaikan dalam diri. Persis Kak Ina dan Kak Roszita menangkap ruang mata saya. Saya tiada kakak yang seperti ini, yang sentiasa menegur saya secara hikmahnya. Umumnya, mereka seperti rindu mendengar coleteh saya, nakal saya dan usikan saya. Bagaimana ruang meja dan bilik mesyuarat itu jika tanpa saya satu hari nanti? Bagaimana rindunya mereka pada saya jika kedatangan saya di nanti-nanti....???

Eeeee..sedihnya.....dah-dah.....jangan nak touching! haip....hehehe...

Saya belajar banyak perkara.....

Pesan Amjad Az-Zahawi " Dunia ISLAM telah terbakar, setiap kita harus menuangkan air meski sedikit, untuk memadamkan api semampunya, tanpa menunggu orang lain...."



12 November 2008

Untung Dan Rugi

Saya kembali menugaskan diri. Mencari-cari bahan untuk
menyiapkan manuskrip yang perlu saya edit. Keperluan tatabahasa. Memproses jadual produksi yang bakal menjelma. Entah saya gembira atau
tidak. Saya tersenyum mesra. Entah bagaimana harus saya mulakan, kerana sudah lama saya tidak menulis seratus peratus.

Menulis memerlukan masa.
Menulis memerlukan minda
Menulis memerlukan kesegaran
Menulis memerlukan kefahaman.
Untungnya, ruginya, saya harus tempuhi.

Lap top jenama apa? Sebelum ini saya mempunyai Compaq. Namun kerana kelalaian...ia rosak sedikit(sekarang sudah rosak banyak)
Khabarnya motherboard tidak berfungsi, selepas melahirkan manuskrip sulung. Untungnya, manuskrip berjaya diterbitkan. Ruginya, ia kenangan mengusik minda saya.
Lama saya berteleku, kerana memblogging selalunya sekitar waktu pejabat, masa bekerja dan sedarnya saya adalah
kita mencuri banyak masa kerja...ohhhh..bukankah kita semua serupa?hehe

Jenama apa?

DELL?
ACER?
COMPAQ/HP?
VIAO?
ASUS?

Kerana berkira-kira pada jenama yang menguntungkan kepuasan, minda saya, idea saya tidak berfungsi beberapa ketika. Jaminannya bagaimana?

Tuhan, redhai perjalanan kali ini. Saya selalu berhati-hati. Tegur HarithHauzah bahawa banyak persoalan yang di ajukan, lambat-lambat juga saya jawab. Saya harus kemaskini diri. Membaca dan mencari bahan. Juga menyambung pelajaran. Itu rasional saya. Kelak dan bakal direncana.
*****************************

Apei tak paham ayat-ayat di atas..Katanya ;

" Aku tak paham ar bahasa kreatif ko ni..pening ar Dihah.....tukar ar lain...ko dengan Harith Hauzah bahasa puisi-puisi laaaaa...aaaaa tidakkk.." (sekadar menambah beberapa ayat)

" Ohh..." Dihah tergelak. Sambung balik.." Jap...Dihah edit..bagi Apei paham..."

*****************************************
Selepas editing. Maaf, tiada penilaian tatabahasa.

Gini, Dihah nak beli lap top baru. Tapi tak tahulah nak beli lap top mana. Bukan ke Apei tahu Dihah dengan Kikimikasa mencanang satu Finance nak beli lap top. Hahaha...Boleh Apei bagi cadangan sikit tak?

Lepas tu, manuskrip tu, Dihah lama dah tak menulis. Nanti nak mula menulis, rasa macam boleh ke tidak ni....mu gase-gase Dihah boleh ke ni? Arghhhh..paham tak ni? kalau hang tak paham, g siapkan kerja..hidup PRIME!..hehehe...~gurau sahaja~

Tu je.Pendek je sebenarnya..

P/S: Hanya sesetengah orang sahaja yang akan faham gaya bahasa Dihah. Apei, jangan pening-pening!

10 November 2008

Bertamu

Ku tunggu-tunggu,
Mencari rindu,
Ku bertanya pada dirimu,
Bagaimana naskah, sudahkah bertamu?

Pantun luahan hati saya hantar segera kepada editor. Hmmmm...

Editor bertukar tangan lagi dan saya harus menanti lagi. Penantian yang saya rasakan menguji diri. Menguji naluri hati.

Doakan semoga cita-cita saya tercapai. Biar ia seolah baru bermula untuk proses membina sayap untuk terbang. Tapi saya mahu terbang setingginya. Seperti burung. Bebas.

Titik

07 November 2008

Sisipan Sederhana

Sempat saya melakar sejenak. Dalam kesibukan di pejabat. Weekly report dan menjengah YM yang tidak berbalas-balas. Kesian Su dan Dila....tak dapat melayani pertanyaan mereka. Berkedip-kedip sahaja.

Apei ke Pulau Pangkor dengan isterinya juga baby comel si Orked esok hari...wah wah...selamat berhujung minggu ya!Dihah pula? Emmmmm...saya akan mendamaikan diri ke kampung halaman malam ini juga. Rindu pada bonda dan ayahanda juga si debab berdua. Jeng jeng................

Cuma pesan saya pada semua, selamat berhujung minggu ya!

05 November 2008

Turutkan hati


Saya bertamu mata dengan ramuan enak malam tadi. Menghabiskan sisa malam dengan membaca. Ahh...rindu sungguh membaca.
Saya kembali kepada fitrah asal diri, menjamu diri dengan jamuan bacaan ringan dan berat. Mengisi diri dan minda. Juga sebagai pengalas diri.
Memang rindu sungguh. Merenung almari yang sekadar tersusun indah banyak ramuan dan rencah. Namun saya belum dapat mengkhatamkannya. Saya akan turutkan nanti.

Kalau diturutkan rasa hati,
Mahu sahaja ku bawa kau pergi,
Jauh pergi ke dasar hati,
Agar tersimpan terus dalam diri.

04 November 2008

Bintang Hati

Ya, sahabat akan sentiasa menjadi payung malahan menjadi pelangi dan matahari kepada diri. Saya akui semua itu, tetapi
pelangi, matahari saya semakin jauh dari hati saya. Kenapa? Saya mendongak perlahan, terkebil-kebil menahan tangisan yang perlahan.
Betapa Allah itu menguji kuatnya perasaan saya terhadap persahabatan.

Ya.. semua manusia diberi pilihan untuk berkongsi apa sahaja dengan sesiapa. Saya sekadar melepaskan lelah di sini. Kecewa dan saya ternyata teramat kecewa. Keluhan saya terhenti. Ternoktah. Jiwa saya tamat sudah di sini. Sayu barangkali. Remuk dan saya bagai sendiri lagi.

Pelangi terus bersama warna dan warninya, tetapi pelangi hati saya malap dan kelam sahaja. Matahari kian menjelma bersama sinarnya,
namun sinar cahaya itu bagai menembusi lutsinarnya. Hilang dan sesekali suram. Bagai senja melabuhkan tirainya.

Saya masih mencari seorang sahabat yang masih percaya dengan saya. Berkongsi segala cerita, sedih, gembira, suram dan dukanya. Namun...siapakan dia? Atau sahabat saya sebenarnya adalah 'permata hati' saya suatu hari nanti? Adakah dia? saya senyum panjang meski berduka lara. Ahh....sadis sungguh perasaan saya.

Doa saya, semoga gadis itu riang harinya, seperti tawanya yang manja. Juga bahagia hendaknya. Saya mahu menjadi sahabatnya semula, tetapi
siapa saya yang kering hatinya.....yang jauh hatinya...yang tawar sahaja memek mukanya. Tawaran saya terhenti dan saya mahu menjalani hidup sebebasnya. Biarkan saya sendiri sahaja, bermukim bersama kenangan dahulu kala yang perciknya memberi sinar bintang kepada hati. Saya mahu menganyam kembali kenangan lama. Saya mahu ia tercatat indah dalam kotak memori saya.

Rintik-rintik hujan perlahan menggamit sayu hati saya.
Saya pantas menutup tingkap, menarik langsir dan kemudian jauh di sudut hati saya mendoakan dirinya, gadis itu tersenyum bahagia. Maafkan saya. Hati saya semakin kecil menerima segalanya tentang dia, tetapi sayu jiwa saya, Tuhan lebih mengetahui. Terima kasih segalanya.

Payung hitam saya jauhkan, simpan perlahan di atas tempatnya dan
kerdip mata saya menyilau dengan serpihan mentari pagi yang mula mahu bersinar. Saya mahu bergegas, memulakan kehidupan dan wajah baharu. Saya menyapu air mata dan kemudian lirik nakal mata saya menjamah sekeping gambar kami di atas meja. Lantas beg dicapai dan derap kaki perlahan mengatur perjalanan hari ini.

03 November 2008

Aku Ternyata Kerdil Sekali

Tuhan,
Dalam menghadapi ujian ini
Moga ketabahan dan peringatan
Dari sesama diri kami
Menjadi azimat dan penguat diri

Semoga cinta bercambah dengan murni
Mendamba Ilahi
Ke jalan dan ruang yang
Sesekali tidak sepi
Warnanya, sinarnya dan pelanginya
Moga dalam makrifah mu dan
Moga cinta dalam naungan-Mu

Aku meraup wajah penuh dosa dan noda...
Aku ternyata kerdil sekali!!!