Pages

28 September 2012

Nama Dia Joe 5



Nama Dia Joe 5. Phewww....Insya-Allah akan lebih pantas menulis. Enjin turbo kuasa 14 juta ni. Hihi. Semoga suka ya. Enjoyyyy!

***

"Mengapa jantung ini penuh warna warni seperti pelangi?"

***
“Satu awak kena teman Eriana makan. Eriana tak makan pedas tau. Awak pesan bihun sup sayur campur untuk dia ya.” Suara Mawar berdesing masuk ke dalam telinga. Dia terima arahan Mawar. Pesanan Mawar dah sebakul dan bertubi-tubi menerjah ke dalam jiwanya. Kaki melangkah longlai menanti Eriana yang sedang melambai-lambai. Joe bersandar sambil berpeluk tubuh. Matanya terbayangkan wajah Mawar dan gerak geri bibir Mawar. Oh, kenapa tiba-tiba kala ini wajah Suri hilang di tubir matanya. Kenapa?

Dating pertama antara Joe dan Mawar menjelma. Hari malang dan hati Joe menyumpah-nyumpah Eriana. Bihun sup yang sebenarnya dipenuhi dengan lada hitam halus sudah dimasukkan ke dalam sup. Bodoh betul Eriana. Percaya saja resipi terbaru yang dia pesan dari pelayan tadi. Lepas makan, sila pitam ya cik adik! Muka tak lawa, perasan lebih. Gedik-gedik gesel bahu membahu. “Oitt..haram tau tak?”

Ala you ni!” Suara manja Eriana macam kucing betina. Baru duduk sebelah menyebelah, Joe sudah segan-segan pula. Eleh, dia tahu jantung Joe berdegup kencang dengan wangian yang dia pakai. Dia tahu, Joe suka bila dia gesel-geselkan bahu dan kuit-kuit kasut Joe. Auww! Dia mula rasa tak sabar mahu berkepit dengan Joe di dalam shopping complex. Mula juga tak tahan nak pegang jemari kasar Joe di dalam panggung wayang dan lentukkan kepala ke bahu Joe. Juga paling tak sabar, dia mahu membonceng di belakang motor berkuasa tinggi Joe.

Joe sengih. Telan air liur. Allahu rabbi. Mawar, rancangan ini adalah bala namanya tau tak? Ini bukan kes kecil-kecil. Ini libatkan nafsu. Argh..Joe jeling Eriana. Tolak jemari Eriana yang mula lekat di pehanya. “Kita makan dulu okey, lepas makan I bawak you jalan-jalan. Tengok wayang nak? Eh, nama penuh you apa? Eriana binti?”

Eriana senyum. Lelaki macam ni dia suka. Lelaki jenis sabar dan tak gelojoh. Oh, dia mesti perfect melayani kehendaknya. Oh, I like! “Eh, lupa pulak nak beritahu kat you. Eriana. Eriana Binti Dato Halim. Father I businessman.”

“Oh…” Joe angguk sambil rasa mahu lempang pipi Eriana agar duduk jauh-jauh dari sebelahnya. Businessman sangatlah. Heiii, budak ni. Ada kena tendangan ultraman ni!
Makanan sampai. Joe sengih. “Kalau you habiskan bihun sup yang I order ni, I belanja you lebih-lebih nanti. Makan okey?” Joe sengih. Tayang gigi putih sambil dalam hati minta ampun maaf berjuta-juta kali dengan Mawar kerana misi pertama ini akan rosak sama sekali. Ah, dia mahu lekas pulang dan tidur.

Eriana terkebil-kebil sambil hidungnya menusuk masuk haruman bihun sup istimewa yang dipesan oleh Joe. Dia pandang nasi ayam pilihan Joe. Eriana angguk. “Eh, ayah you kerja apa?”

Joe tarik pinggan nasi ayam. Ah, laparnya. Pesanan Mawar semalam masuk lagi ke dalam minda. “Joe, jangan bagi Eriana marah. Dia akan suka kalau kau sebut pekerjaan ayah ke, kekayaan ke, harta berjuta ribu satu dunia ke. Dia suka shopping. Jangan sebarangan okey?”

Ah, lantak. Dia dah suruh pelayan kedai curah lada hitam halus sebanyak mungkin. Joe mula makan. Eriana juga. Sambil mengunyah, Joe terus menjawab. “Ayah I tukang kebun je."

Burrr! Eriana terus tersedak. Mata merah menahan pedas. Tukang kebun? What? Bukanke Mawar kata ayah Joe kerjanya jual tanah beli tanah? Joe yang suka berfalsafah ni pun ada dua kereta sport mengancam habis dengan sebuah motorsikal Ducatinya itu. Biodata Joe tu biodata tipu ke? Eh, Mawar memang nak kena ni!

Eriana terus terbatuk-batuk. Geram dengan Mawar tak habis lagi!

Joe hulur tisu sambil sengih. “You dah janji kan? Kena habiskan bihun sup tu. Sup kat sini sedap tau kalau you hirup sup tu. Habiskan okey?”

Akhirnya Eriana mengalah. Kerana Joe dan kerana dia mahu bershopping selepas ini. Satu sudu bihun sup dia boleh tahan lagi. Dua sudu bersama kuah pedasnya ini sudah membuatkan kepalanya berdesing dan berputar. Dia rasa hangat. Punggung rasa mahu terangkat. Oh, buasir pasti datang menyerang lagi.

Joe renung Eriana. Muka macam buah kulit buah langsat je aku tengok Eriana ni. Lawa lagi si Mawar itu berpuluh kali ganda. “You cantik!” Joe pasang jerat. Sumpah, saya terpaksa kata awak cantik, Eriana. Iyakkk…...
Eriana terkujat. Serta merta dia makan lagi bihun sup penuh lada hitam itu. Perghh..kerana Joe kata dia cantik, maka dia rela makan bihun sup ini dan rela buasirnya menjelma. Malam ini, dia akan duduk satu jam di dalam bilik air. Ah, sebab Joe kata dia cantik, dia rela. Rela buat apa sahaja. Sanggup habiskan bihun sup ni.

Lima belas minit berlalu. Joe makan dengan kenyang dan suka hati. Sedut straw dan air sirap limaunya sudah habis ditelan. Sedap! Satu SMS masuk. Eriana sedang tahan kepedasan dan wajahnya sudah merah. Telinganya turut sama berbahang kepanasan.

Joe buka telefon pintarnya. Mawar. SMS pertama dari Mawar. Semua okey kan? Hehe. Joe sengih jahat.

Eriana serta merta bangun. Pijar dan nanar rasa seluruh tubuhnya. “I nak pergi toilet. You tunggu I okey. Oh…pedas, pedas!!!”  Eriana ambil beg. Berlari-lari cari toilet. Oh, bihun sup tu membunuh aku. Kau siap Mawar. Aku dah pesan banyak kali pastikan semua menu aku adalah makanan yang tak pedas. Bihun sup yang dah masuk dan bergelodak dalam perut aku ni, gajah pun tak akan makan. Kau memang nak kena dengan aku Mawar. Dah berkali-kali aku pesankan? Eriana bagai lipas kudung. Tolak pintu toilet. Bibirnya kini, sumpah seranah Mawar.

Saat itu juga, Joe terus lintang pukang capai helmet dan jaketnya. Dia lekas-lekas buat bayaran dan segera berlari menyusup menghilangkan diri. Pantas. Bagaikan kilat memburu waktu.

Eriana masuk jamban terus muntah hijau! Pitam dibuatnya sebab taik dalam mangkuk tandas tak berflush. Oh, malang. Hari malang sedunia menjelma saat ini.

***

Joe mengekek-ngekek ketawa. Rasakan! Suara terkejut Mawar di hujung telefon membuatkan dia mahu gelak guling-guling.

“Awak. Ya rabbi. Habis tu tinggal dia macam tu saja?” Mawar gigit bibir bawah. Habislah aku malam ni. Habis!

“Nanti saya pujuk dia. Awak jangan risau, Mawar. Akan okey semuanya.” Joe yakinkan Mawar. Dalam sekejapan, mereka kini sudah bersahabat baik. Sudah berbual-bual dalam telefon. Joe masih bersisa ketawanya. Mawar gelengkan kepala. Berani betul Joe buat Eriana begitu. Hish….takutnya dia kalau Eriana mahu jumpa malam ini.

“Habis saya macam mana? Iya, awak senang lepas macam tu saja. Buatnya malam ni dia sekeh lagi kepala saya? Saya yang nangis.”

“Tak apa, nanti saya datang. Pujuk awak, okey?” Joe mula duduk atas sofa. Sofa di mana si Mawar pernah terlena dua hari yang lalu.

Mawar pandang kaki langit. Tarik nafas dan melangkah lagi. “Huh..” Dia mengeluh. Fikirkan nasib yang bakal menjelma malam nanti.

Iya, jangan risaulah Mawar oi. Nanti saya datang sana pujuk awak. Okey?”

Toksahlah awak nak pujuk saya, Joe. Saya tak pasti nasib saya malam ni bagaimana. Saya ni perempuan, awak lelaki. Kan saya cakap, jangan bagi Eriana marah. Awak memang degil kan? Sengaja cari nahas!”

Aik? Sebab awak perempuanlah saya akan pujuk. Awak kan kawan saya. Ala, takat Eriana jerkah saja, jangan takutlah Mawar. Saya kan ada.” Joe renyih lagi. Gigi putih bersusun cantik.

Mawar cebik. “Kawan sangatlah. Saya ni perancang untuk Eriana, tau tak? Kalau tak menjadi, hubungan awak dengan Eriana, habislah saya.”

“Awak kawan saya yang baik kan?” Joe rasa sesak dada. Apa yang akan Eriana buat dengan Mawar ya? Dia mula susah hati. Bergunung simpati menerjahinya kini.
Eeee..geramlah!” Mawar makin laju berjalan. Tahan bas dan harus bergegas ke hospital. Mawar kepit telefon. Antara telinga dan bahu. Masuk syiling dalam mesin. Kad touch n go tidak cukup bakinya.

Joe ketawa lagi. Dia suka mengenali si Mawar. Entah kenapa senang sekali mengenali gadis yang sederhana ini. “Okey-okey. Kita jumpa sekarang. Mawar kat mana? Saya teman awak sampai awak balik rumah dan kita sama-sama jumpa Eriana. Jangan susah hati. Saya kan dah janji akan tolong awak. Awak tolong saya dan saya akan tolong awak. Sistem barter kita..awak ingat kan?”

Angguk. Mawar tarik nafas. Lapang dada. Mawar cari kerusi kosong dan duduk. Beg diletak di peha. Tangan masih pegang telefon jenama lama. “Okey. Saya dalam bas. Nak ke hospital. Sepuluh minit lagi bas nombor 543 ni akan lalu depan apartmen awak. Tahan dan naik. Saya tunggu awak kat dalam perut bas ni. Kalau awak lambat, saya karate awak!”

“Hihi..”Joe ketawa halus. Mawar, Mawar! Kelakarlah. “Berani ke awak nak karate saya?” Joe terus bangkit. Hafal nama bas. Hari ini, dia mahu teman Mawar ke hospital dan hantar Mawar  kembali ke apartmen Eriana.

Eh-eh. Saya beranilah. Siapa kata saya tak berani. Takat karate leher awak tu, kacang goreng je bagi saya.” Jerkah Mawar. Dia sengih. Harus dia terbungkang kalau karate Joe.

“Sebelum awak karate saya, saya cium pipi awak!” Joe tepuk dahi. Terlajak kata, bolehkah diundur semula?

Dingin. Saat itu bas yang sedang meluncur sederhana menyerbukan angin ke wajahnya. Selendang yang melilit dan melekap di kepala berkibar senada. Mawar kaku dan telefon di jemarinya kala ini terkejut sungguh dengan pengakuan Joe.

Errr…awak, tunggu saya tau! Kalau saya lambat suruh bas berhenti. Wajib!!!” Joe terus off telefon.

Mawar pandang telefon. Eeee, dia ingat pakcik drebar bas tu pakcik angkat aku ke? Dia masukkan telefon ke dalam poket beg. Mawar bawa lima jarinya ke dada. Jantung sedang berdegup hebat. Jantung bagaikan mahu melompat.

“Sebelum awak karate saya, saya cium pipi awak!”

27 September 2012

Nama Dia Joe 4



Nama Dia Joe 4. Menyusuri kisah Joe dan Mawar lagi. Hehe. 

***
nama dia joe 1

Orang perempuan itu kadang-kadang macam kanak-kanak juga perinya.

***

Pagi tadi, bagaikan lipas kudung Mawar keluar dari rumah Joe. Terjerit-jerit dia macam kena histeria. Sampaikan Joe tersembam jatuh ke bawah dari sofa. Selimut juga jatuh membalut tubuh Joe. Dia cari kunci rumah Joe. Saat itu dia tengok jam di dinding rumah Joe. Jam 5.45 pagi.  Dia tidak pedulikan Joe. Apa jadi dengan Joe, lantaklah. Yang penting dia berjaya buka pintu besi rumah Joe. Tetapi semua kunci yang diambil dari kotak kayu semuanya tak sepadan dengan lubang kunci. Ah, stress! Stress!

Joe cekak pinggang. “Iya, iya. Saya bukakan pintu ni untuk awak. Awak dah sedap-sedap tidur dalam rumah saya, sekarang awak nak keluar tanpa ucap terima kasih. Senang-senang pulak tu  awak menjerit dalam rumah saya ni dan memang betul nampak awak macam orang gila. Heii…” Joe bukakan pintu besi. Kemudian, dia berlari sederhana ambil beg galas Mawar. Dia campak beg ke dalam pelukan Mawar.

Beg bersambut. Mawar terkebil-kebil dan mulut sudah berkunci. Tak lagi menjerit sambil terkebil-kebil mengingati jam-jam sebelum ini semasa dia duduk bersimpuh di dalam rumah Joe. Sengih macam kerang busuk. Garu kepala sambil renung Joe yang muka mamai. “Hehe. Terima kasih ya awak. Tak sangka saya tertidur kat ruang tamu rumah awak.”

Joe sengetkan bibir. “Haaa…kira nasib baiklah tak kena tangkap basah. Lain kali jangan susahkan aku lagi. Dah balik.”

Baru saja Joe hendak tutup pintu, Mawar menjerit kecil. “Joe!”

Kepala Joe tersembul keluar. Dia perhatikan Mawar yang terkial-kial betulkan kasut sarung warna hitam. “Haaa..nak apa lagi?”

“Untuk kali ni sahaja. Tolong saya ya.” Mawar buat muka sepuluh sen. Gigit bibir bawah. Dia mahu Joe faham masalahnya dan sudi membantu.

Joe tarik nafas. Telan air liur dan serta merta dia angguk. “Bila?”

Appoinment dengan Eriana hari ni di cafeteria jam satu tengahari ya. Awak jangan lupa tau. Saya akan bawakan awak jumpa Eriana. Nanti awak belanja dia makan tau. Borak-borak dan lepas tu nanti Eriana yang akan aturkan pertemuan seterusnya dengan awak. Tengok wayang, picnic, shopping, karaoke, makan-makan dan macam-macamlah. Please.” Mawar sudah hafal semua agenda Eriana. Yang dia tahu Eriana akan kikis semua lelaki yang didampinginya.

Joe garu kepala. Eriana ni memang nak kena hempuk dengan helmet. Ataupun campak dia dalam tasik. Senang cerita tak payah aku perlu berappoinment macam CEO begini.  “Berapa lama semua ni nak kena habis?” Joe pandang Mawar.

“Selalunya makan masa sebulan. Sebelum ni Izmir cecah dua bulan. Tengku Syarnaz lima bulan. Saya tak tahulah kalau dengan awak ni berapa bulan. Harap-harap kekallah. Tak payah saya interview lelaki lain.” Mawar cerita dengan jujur. Entah kenapa dengan Joe dia berterus terang dengan sikap Eriana. Mampus kalau Eriana tahu mulut dia dah macam mulut tempayan.

Pintu sudah terbuka luas. Joe sandar depan pintu sambil telinga mereka sayup-sayup mendengar alunan zikir dari surau berdekatan. Waktu Subuh akan menjengah beberapa minit saja lagi. Mereka dipisahkan dengan pintu besi sahaja. Mawar masih menanti jawapan Joe.  “Dari aku kekal dengan dia, baik aku couple dengan kau. Kan?”

Mawar terkujat. Macam nampak hantu. Terkebil-kebil melihat Joe yang terkekek ketawa.

“Habis tu bila kau nak interview aku ni?” Joe mula tersedar dengan Mawar yang terlongo memandangnya. Nasib baik tak ada air liur meleleh. Mawar ni memang nak kena cium pipi dia. Beranganlah tu.

Mawar jungkit bahu.

Akhirnya sebelum Joe tutup pintu, suara dia masuk ke dalam gegendang telinga Mawar. “Kau balik rumah, mandi. Solat Subuh dan pergi kelas. Sampaikan salam pada Eriana, okey? Kemudian katakan pada dia aku setuju dating dengan dia tengahari ni dan tepat jam 11.00 tengahari kau perlu tunggu aku kat dalam library. Buku biodata kau fasal aku tak penuh lagi. Okey? Setuju?”

Mawar senyum sampai ke telinga. Sebelum tutup pintu, Joe hadiahkan senyum kacaknya. Kemudian Joe lambaikan tangan. Perlahan-lahan Joe tutup pintu dan Mawar pagi hening itu, berlari sederhana sambil berdoa agar Allah swt permudahkan segala urusan Joe yang baik hati itu. Oh, terima kasih Joe.

Terima kasih Joe.

***

Habis kelas Pharmacology Puan Jaya, Mawar segera dapatkan Eriana. Eriana sengih suka hati bila Mawar katakan yang Joe setuju untuk berjumpa dengannya di café.  “Really?” Mata buntang dan rasa puas hati kerana Mawar akhirnya berjaya mendapatkan lelaki terhebat di dalam kolej abad ini. Rasa nak peluk cium Mawar kala ini.

“Biodata dia, dah siap semua? Segala fasal dia penting tau untuk aku pikat dia.” Eriana jeling Mawar sambil serahkan buku notanya kepada Mawar. Nota subjek Pharmacology perlu Mawar siapkan untuk dia.

“Oh, nanti jam dua belas aku bagi dekat kau. Sebab Joe sendiri kata dia tak sabar nak jumpa dengan kau. Jadinya dia dah prepare soalan-soalan aku dan siapkan dalam satu kertas. Nanti kau tunggu kat café saja. Aku pesankan kat Hajar nanti. Sebab lepas habis jumpa Joe, aku kena pergi hospital.” Mawar mula rasa senang hati. Senang hati kerana Eriana sudah kembali baik dengannya. Dia tak perlu risau lagi dengan duit pembiayaan emak di sana. Eriana ada. Eriana juga sudah terima penjelasan dari dia seadanya. Kalau Eriana senyum, bermakna Mawar juga senang hati.

Eriana angguk. Senyum. “Eh-eh, dia betul nak jumpa dengan aku?”

Mawar angguk. “Iya, betul. Dan kau dah cukup gorgeous hari ni. Cantik dan seksi. Joe pasti akan terpikat. Eh, jangan lupa order juice apple. Joe kata dia suka juice apple.”

Eriana tarik jemari Mawar. Tak sangka Mawar jalankan lagi tugas-tugasnya. “Kalau betul kali ni aku jatuh cinta dengan Joe, macam mana? Kau doakan aku ya Mawar.” Eriana tarik nafas. Kadang-kadang dia berterima kasih dengan Mawar. Mawar sentiasa jalankan perintahnya tanpa masalah. Mawar akan sentiasa menjalan misi interview dan mengatur pertemuan pertamanya dengan mana-mana lelaki pujaan hati. Mawar tak akan menolak dan Mawar akur walau dia di maki hamun. Meski dia kadang-kala diherdik dan menjadi bahan marah semua lelaki yang telah dia tinggalkan.

Mawar. Dia tidak tahu kenapa Mawar menjadi bahan eksperimennya dengan banyak lelaki. Mawar, orang tengah dia. Mawar,pak turut dan pembantu setianya. Mawar yang menjadi sahabat dan adakala si tunggul kayu dalam hidupnya. Eriana senyum meleret. Kerana wang. Kerana emaknya yang terlantar koma di hospital dan kerana yuran pengajian juga perbelanjaan persekolahan adik-adiknya. Kerana dia mampu dan Mawar tidak mampu.

Noktah. Pertemuan tamat selepas Mawar senyum. Anggukkan kepala dan menitipkan pesanan kedua kepada Eriana. Dia masih patuh dan mengikut janjinya kepada Eriana. “Jangan lambat. Nanti Joe marah. Senyum jangan gedik dan jangan makan gelojoh. Kawal suara dan Joe tak suka perempuan perasan. Okey?”
Mawar segera melangkah. Dia perlu cepat untuk mengatur pertemuan dengan Joe pula. Sepuluh minit lagi pukul sebelas pagi. Dia berlari laju. Mawar tidak peduli lagi dengan pelajar-pelajar lain di kiri dan kanannya.

Eriana peluk tubuh. Senyum puas sebab dia melihat Mawar bersungguh-sungguh menjalankan misi entah keberapa puluh kali ini. harap-harap kali ini pulangannya lumayan. Dia boleh jalan-jalan ke Bali dan kemudian minta Joe belikan tas tangan Loius Vuitton paling mahal sekali dalam dunia. Berangan! Lelaki didampingi perlu kaya, Eriana. Kikis harta dan duit satu bank pun boleh. Eriana sengih suka dan matanya tajam memerhati tubuh Mawar yang semakin kecil di hujung mata.

Joe. Nama lelaki itu dia sebut berkali-kali. Auww… dia tak sabar nak peluk lelaki kacak dan badan ketul-ketul itu.

***

Joe tu susah nak senyum. Muka serius manjang je. Mawar gigit bibir. Teringat pesan Akmal mengenai sikap Joe. Susah senyum ya? Dia tulis sejarah Joe dalam buku nota barunya. Buku nota miliknya yang penuh dengan biodata bekas kekasih Eriana sudah hilang. Arghhh.  Akhirnya buku nota baru dibelinya. Hanya untuk tulis mengenai biodata Joe yang tak siap-siap.

Mawar gigit hujung pen. Terpandang-pandang wajah serius Joe tenungnya semalam. Tapi...tapi....semalam dia senyumlah. Senyum kat aku. Cet! Berangan lagi Mawar. Kenangan pagi tadi melilit di kepala. Wajah bengang Joe dengan sikap gelabahnya bersatu di cepu minda. Mawar sengih sambil harapkan ada pelangi datang hari ini. Harap-harap Joe tunaikan janjinya bertemu dengan dia di sini.

Mawar tarik nafas. Kepala di dongakkan. Kemudian, mata memerhati library yang setia dipenuhi para pelajar. Setia menanti Joe yang meminta dirinya menanti di sini. Mawar buka buku. Buku nota milik Eriana perlu dipenuhkan. Kalau ada assignment, dia perlu buat untuk dua orang. Satu untuk Eriana dan satu lagi untuknya.

Sambil memerhati buku nota  Eriana, wajah Joe tersenyum terpampang atas buku. Aik?

Hatiku cair kembang berbungakah? Arghh..sekali lagi Mawar letak kepala atas meja perpustakaan. Rasa tak bernafas tengok senyum si Joe yang terpacul atas buku ni. Dalam buku pun dia menjelma. Ajaib betul! Mawar lapik pipi dengan buku. Tup tup Joe tersengih. Kepala dia turut sama terlentok atas meja ini. Ehhhh….bila pulak dia tarik kerusi dan duduk di sebelah aku ini?

Eh, nama betul awak memang Mawar ya?” Joe kenyitkan mata. Serta merta Mawar angkat kepala. Pusing badan ke kanan memerhati Joe yang masih terlentok kepalanya atas meja perpustakaan. Terkejut dia, ya rabbi. Joe ni, bagilah salam ke, selamat tengahari ke, selamat pagi ke. Ini tak, muncul macam pari-pari. Hishhh!

Mawar terus angguk. “Iya. Nama saya Mawar.”

Ooo...ringkasnya nama awak.” Joe sengih. Pandang Mawar untuk kali ke lapan. Dari tadi dia perhatikan Mawar. Dia  memang sudah duduk bertapa di dalam perpustakaan ini. Dia perhatikan Mawar dari celah-celah buku dan mengendap si gadis berkenaan sambil tersengih geli hati.

“Kenapa awak tanya?” Mawar angkat kening.

“Senanglah bakal suami awak nak sebut nama awak masa akad nikah nanti. Mawar saja. Ringkas. Hehehe.” Joe pandang Mawar yang sudah merona merah pipinya.

Hehehe. Mawar pula panggung kepala dan sengih macam kerang busuk. Malunya I. Mawar serta merta pandang jam di dinding. Buku nota dibuka. Tugasnya perlu diselesaikan. Tapi belumpun pennya bersatu di dalam buku, Joe serahkan dua helai kertas kajang. “Saya dah siapkan biodata saya. Macam-macam saya tulis. Awak tak payah nak salin dalam buku nota tu. Nanti dengan Eriana pandai-pandailah saya gorengkan. Awak jangan risau ya.” Suaranya lembut. Timbul rasa kasihan dengan Eriana. Dia nampak buku nota Eriana yang rasanya perlu dibereskan. Akmal ada beritahu juga. Akmal ada cerita kepadanya yang Mawar ini ibarat pembantu rumah untuk Eriana. Ah, kasihannya gadis ini.

Kertas kajang dihulurkan. Dia ambil huluran dari Joe. Joe sengih. Angguk. “Hari ni saya tolong awak, dan nanti-nanti awak pula tolong saya. Sistem barter. Okey?”

Mawar terharu. Rasa nak nangis dengan Joe yang baik hati. “Terima kasih kerana memahami tugas saya. Awaklah lelaki paling payah untuk saya dapatkan biodata dan paling mudah berurusan dengan saya. Terima kasih untuk biodata ni. Bolehlah saya terus berikan pada Hajar dan  malam-malam nanti saya salin juga dalam buku istimewa saya ni.”

Suara Joe menikam jantung Mawar. Gemersik. “Eh, kenapa pulak awak nak kena salin lagi?” Joe masih tidak faham.

Mawar angguk.  Dia tahu, Joe perlu tahu tugasnya. Eriana itu sebenarnya serba serbi bodoh mengingati. “Kadang-kadang Eriana akan lupa hobi dan kegemaran setiap kekasihnya. Saya kena SMS apa yang dia kena buat. Apa yang dia kena belikan untuk lelaki yang sedang dia date. Hari jadi ke, hari persahabatan sedunia ke atau ingatkan tarikh-tarikh istimewa si lelaki berkenaan. Eriana malas nak fikir benda-benda remeh ni. Dia kata serabut. Sebab tu saya kena salin dalam buku nota saya ni. Mana saya pergi, buku nota ni mesti ada dengan saya. Senang untuk saya dan senang juga untuk Eriana. Eriana akan baca sepintas lalu kertas yang saya berikan kepadanya ni. dia akan tampal di dinding biliknya bersama sekeping gambar si lelaki berkenaan.”

“Sampai macam tu sekali ya si Eriana tu buat awak?” Joe pandang Mawar.

Mawar angguk. Dia mahu jelaskan secara terperinci modus operandi Eriana. Entah kenapa dia nekad bercerita kepada Joe. Hanya kepada lelaki ini dia mohon bantuan dan pertolongan. Selalunya lelaki lain jadi pak turut. Tetapi Joe lelaki tidak mudah terpedaya dengan godaaan Eriana. “Saya minta bantuan awak sangat-sangat. Kali ni sahaja dan saya minta tolong awak sebab nyawa emak saya di hospital. Lepas Eriana tinggalkan awak, saya janji saya akan bayar balik segala hutang dan wang yang awak belanjakan untuk Eriana. Saya janji.”

Joe tarik nafas. Perlahan-lahan dia bawa matanya meniti bibir Mawar. Tepat jam sebelas lima belas minit pagi, Mawar mula bercerita. Mula menggerakkan bibirnya dan sepasang mata lelaki Joe terus asyik memerhati Mawar. Mata, bibir, pipi, hidung dan akhirnya mata Joe teralih dan melekat ke alis kening Mawar yang terbentuk cantik.

Cantik. Mawar cantik sebenarnya bila ditenung lama-lama sebegini.

Angguk. Entah kenapa dia angguk mendengar arahan Mawar. Dia terima segala arahan Mawar dengan rela hati. Dia akan bantu Mawamr sebaik mungkin. Dia akan buang segala resah di jiwa Mawar. Jarum jam, minit dan saat terus menjadi saksi.

Hatinya berdetak. Jantungnya senada berdegup seperti dia melihat Mawar lena malam tadi. Dia ingin bertanya. Mahu tahu dengan keadaan emak Mawar. Tetapi bibir Joe terkunci kerana matanya asyik memandang wajah cantik ciptaan Tuhan.