Pages

16 April 2009

Destinasi..



Raikan Cinta mendahului benak saya sehari-hari.

Kesibukan, kesakitan, perjalanan dan makrifat perjuangan diri semakin hampir.
Ya........Allah menguji setiap hambanya, mungkin dengan peringatan agar kita semua sentiasa mensyukuri nikmat pemberian Allah.

Saya rindu mahu menulis, saya rindu mahu menghambakan diri dengan buku, tetapi masa saya mungkin diambil seketika
untuk menzahirkan diri dengan nikmat dan merindui bacaan peringatan diri.

Ini bulan rehat saya dan minda saya. Terkesan seketika
saya ketika air mata menitis tanda inilah peringatan untuk diri, bahawa Allah masih mahu menduga secebis tawakal dan nikmat kesihatan.
Allah menyayangi setiap hambanya dengan berbagai ujian kehidupan. Teman saya berkata....

" Allah nak tengok sejauh mana erti kesyukuran diri......tapi saya yakin dan tahu, awak kuat hadapinya...."

Saya kembali memproses diri, menghiburkan jiwa dengan susunan buku dan mencari beberapa panduan dalam bahan bacaan.
Hikmahnya, saya dapat mencuri beberapa peluang.

Peluang mengenali keberkesanan ayat al-quran dan tawakal....
Masa saya diulit dengan ibadah kerja yang Allah amanahkan, kemudian pulang ke rumah, berdiskusi menarik, ketawa, sedih, gembira bersama kakak kesayangan di rumah sewa. Saya tiada seorang kakak kandung, tetapi hadir Kartini Hakhim sebagai teman, rakan, kakak, sahabat dan buah hati...........

Hujung minggu yang lapang,
saya akan pulang ke kampung, menzahirkan diri bersama riuh rendah bualan mak, melihat beningnya wajah ayah, keletah adik-adik yang makin menjadi 'manja dunia'.....hiburan di televisyen, mahukan ikan sebagai teman di rumah, semua telah disediakan.....semoga ikan menjadi teman kalian menghiburkan diri dari penat membantu mak di dapur........

Ya...zaman saya berlalu dengan kesederhanaan. Zaman adik-adik sendiri semakin berubah...apa yang di inginkan, akan diturutkan..cuma takut, bahagia dengan kemewahan dan jangan terlampau membahagiakan mereka dengan kebendaan....

Juga saya merencanakan jadual cuti dengan berbagai agenda. Agar menjadi selesa kemudian hari.

Masa berlalu begitu pantas.

Saya menghitung diri..

Kemudian tersenyum.

Terima kasih kerana membahagiakan hati saya.

Terima kasih menguatkan diri.

Dalam resah saya tercari-cari panduan diri.

Allah memberi nikmat bahagia dan semoga lancar perjalanan destinasi kita..

02 April 2009

Pengikat kasih..


1 April 2009,
anak angah yang ketiga selamat dilahirkan di Hospital Sungai Buloh. Alhamdulilah. Baby selamat dan Kak Ngah juga selamat walau ada kompilasi selepas anaknya selamat dilahirkan. Bulan April mendatang dan kemudian saya cukup terasa bulan-bulan saya kebelakangan yang penuh cabaran...Blog tidak dikemaskini selalu dan malas bertandang juga...
Mungkin kepenatan dan saya membiarkan idea-idea berlalu begitu sahaja.

Sempat saya berseloroh dengan angah di dalam kereta. Walau hati penuh bergalau kerana hari ini, saya akan lewat untuk pertama kali!

" Bagi nama baby Ahmad Nizar...." saya ketawa.

" Karpal Singh la............." angah ketawa sambil menahan sabar. Traffic jammed di Subang Perdana. Arghhh!!!

" Glamour apa...." saya menjawab dan ketawa yang tidak control ayu. hehehe.

" Nama anak angah semua bermula dengan A.. Mohd Ammar Hazim, Nor Athirah Zuhaira.....yang ni bagi lah jugak A..." saya berpandangan ringkas.

" Haaaa...Mohd Amir Nizarrudin........"angah menepuk-nepuk stereng kereta.

"Best-best...Amir tu bagi A.M.E.E.R......"

Semoga anak ketiga angah dan kak ngah, menjadi pengikat kasih sayang......menjadi anak yang soleh, insyaAllah. Menjadi peneraju bahasa, peneraju umat dan sentiasa bertuah....Pesan saya, tanggungjawab ayah dan ibu untuk menamakan anak mereka dengan nama yang baik.
Amir - Pemimpin , Putera Mahkota
Nizar - Yang memerintah

Nama yang baik..........

Selamat berjuang petugas yang akan mencipta hatrik 7 April ini. Jika Allah mentakdirkan kemenangan, maka itu adalah tanda langkah yang terus bermula......jika tewas, maka muhasabah itu perlu sentiasa.....

Gambar dicuplik dari blog ini.