Pages

31 Januari 2011

Cabaran membaca novel/buku 50 buah setahun.

Terdetik pula hati untuk menyahut cabaran ini. Baik, Mardihah akan sertai cabaran membaca novel sebanyak 50 buah setahun.

Untuk teman-teman yang sudi, saya sertakan syarat-syarat penyertaan di sini.

(a) daftarkan nama anda beserta url blog anda kepada kami di amalynputri@gmail.com (Wan Amalyn) atau dunia_novel@yahoo.com (Adhan)

(b) sediakan sinopsis/resensi novel/buku yang anda baca (ikut keselesaan anda) ke blog anda DAN

(c) emailkan sinopsis/review novel/buku tersebut kepada kami untuk kami 'post' sinopsis tersebut ke blog Ulat Buku

(d) letak 'link' blog Ulat Buku (http://ulatbuku-06.blogspot.com/) dalam blog anda..

Mudah bukan.

Saya pula akan ada satu ruangan ‘page’ untuk semua gambar novel yang habis dibaca di dalam page Cabaran 50. Sinopsis akan dilampirkan apabila selesai membaca dan nantikan ulasan saya nanti. Insya-allah.

26 Januari 2011

Ms Vicks

Lama sudah tidak menaip di blog ini. Asyik taip dan kemudian 'reject' hasil tulisan sendiri. Ini sudah entah ke berapa menaip, akhirnya saya copy dan pastekan sahaja ke dalam blog ini. Jadilah, asalkan blog ini nampak bernyawa. Ngeeeeee! Adus, entahlah adakala saya tak pandai mahu cerita banyak-banyak dan menulis laju-laju untuk blog. Makin rasa, ayoyoyoyo! *chet, merapu!

Oh ya, kebetulan pula minggu ini dan minggu lepas adalah hari sakit sedunia. Demam, batuk dan selsema. Oleh itu, vicks sudah sebati pula dengan saya! Itu sebabnya saya tiada mood menulis di dalam blog. Alih-alih suami mengusik,

"Oh, selalu kata abang Mr Vicks ya. Sekarang, yang di sana pula Ms Vicks!"

Perkembangan terkini projek penulisan adalah novel fantasi kanak-kanak musim pertama sudah siap dan diserahkan kepada editor. Jadinya, kenalah banyak bersabar kerana editor banyak susunan kerjanya dan banyak manuskrip sedang beratur. Tahun ini, pastinya, InsyaAllah. Akan ada dua senarai di dalam genggaman untuk novel saya diterbitkan.
Yippiee! Jika makin rajin menulis..banyaklah terbitnya kelak.

Makin ligat menulis untuk musim kedua pula. Tidak mahu bercerita panjang lebar sebab nanti 'no surprise!'. he he he.

Terima kasih Dihah ucapkan kepada teman-teman yang memberi sokongan kepada bidang penulisan ini. Tiada kata-kata yang dapat digambarkan kecuali semoga Allah memberikan kelapangan atas setiap doa kalian. Untuk yang membaca dan ada yang sentiasa bertanya bila sambungan AGB mahu keluar? Insya-Allah, akan diterbitkan tahun ini,jika tiada apa-apa halangan. Saya merancang namun yang pasti, Tuhan yang menentukannya.

Erm...,saya sebenarnya lagi tak sabar melihat buku AGB II diterbitkan. Mahu menangis keluar hingus-hingus sekali nanti! Iyalah kan, sebab manuskrip paling laju yang dihasilkan adalah AGB II. Ia kesayangan lah pokok pangkalnya. Aiceh!

Okey kawan-kawan,tak mahu berceloteh panjang! Kita jumpa lagi di lain masa. Jangan makan buah limau banyak-banyak ya!

Tadaaa

13 Januari 2011

AGB di dalam TOP 500 PTS



Alhamdulillah.


Meski 'Andai Gerimis Berhenti Dwilogi Pertama' novel saya dipasarkan pada penghujung bulan Oktober 2010. Ia sudah memasuki carta 500 terbaik PTS bagi jualan tunai untuk Januari 2010 sehingga Disember 2010. Di angka 327 sudah memadai bagi saya. Cukup-cukup bertuah rasa badan. Yang penting apabila menulis saya rasa kepuasan!


Menulis itu, bukankah cinta?


320 Usahawan Cilik: Nasi Lemak Bonda
321 Menjalin Hubungan Bahagia
322 Dear Yayah
323 Hakikat Cinta
324 Terapi Ruqyah
325 Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad bin Abdullah
326 Tak Bisa Memilihmu
327 Andai Gerimis Berhenti
328 Atan Jambul: Kerana Tikus
329 Dear Yayah 2
330 Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar
331 Sahabat Kole Kacang 3: Misteri Banglo Lama
332 Di Dunia Ada Syurga
333 Gaya Pengajaran Dan Pembelajaran
334 Dua Dunia
335 Cerita Betul Facebook

Entri dicuplik dari laman web universitipts.

12 Januari 2011

Jemputan Menulis Karya



Ini adalah sebuah perancangan jangka masa panjang.

Kami sedang merancang untuk membina sebuah karya kumpulan cerpen kolaborasi. Kami juga sedang mencari penulis yang berminat untuk menjadi anggota kumpulan penulis di dalam karya berkenaan.

Penulisan ‘duet’ secara beramai-ramai ini adalah sejarah. Sesiapa yang berminat sila berhubung dengan Haris Hauzah di : hauzahharis@gmail.com atau e-mel saya di mardihahadam@yahoo.com

11 Januari 2011

Selamat Hari Jadi blog tersayang!


Selamat hari jadi! Selamat hari jadi! Selamat hari jadi blog Mardihah Adam. Selamat hari jadi! Menyanyilah saya seorang diri untuk blog sendiri! Meraikan cinta hingga seterusnya untuk blog peribadi ini. Ekekeke (saya tersenyum)

Diam tak diam sudah menjangkau 3 tahun saya berdiri bersama blog ini. Sudah 4 tahun saya belajar menulis hanya dengan blog kesayangan ini. Mengalunkan air mata, rindu, kasih sayang, cinta, ketawa, duka, kenangan dan segala-galanya di dalam blog ini.

Oh, banyak betul yang terindah!

Dari blog yang diberi nama 1000 dinar, kemudian raikan cinta dan tagline raikan cinta cukup menyentuh jiwa saya sehingga jurugambar perkahwinan saya turut sama menggunakan tagline itu untuk gambar-gambar perkahwinan pengantinnya. Aduh!

Kemudian tagline blog saya beralih kepada 'Menulis itu cinta'. Lebih mengertikan kerana lahirnya anak-anak saya iaitu novel-novel kesayangan hasil jemari ini. Kerana menulis dengan cinta itu melahirkan hasil-hasil indah yang amat saya impikan. Cita-cita menjadi
penulis akhirnya menjadi nyata dengan sekelipan sahaja! Biar dua buah novel dan bakal menyusul pelengkap kepada sambungan Andai Gerimis Berhenti.

Alhamdulillah, puji-pujian kepada Allah SWT. Blog ini yang menjadi teman, menjadi kawan, menjadi penghibur dan sahabat sejati saya. Menulis di blog banyak mengajar saya sebenarnya menulis dengan lebih baik dan lebih mulus-mulus.
Tahun ini, saya menjangkakan dua buah novel akan terbit kerana sekarang sedang bertungkus lumus menyiapkannya dengan tenang. Ya, saya tidak mahu menulis digesa-gesa kerana hasilnya nanti kurang memuaskan hati saya.

Hmm..alih-alih, seminggu satu bab! haaa..ambik kau! Pemalas menulis, mardihah! Asyik sebut, bilalah nak menulis..bilalah nak menulis..bila...bila...sudah Januari 2011, Mar! bangun!bangun dari dunia khayalan dan cemburu melihat penulis lain pegang duit ribu-ribu kerana royalti. Lepas itu jalan-jalan keliling Eropah, Korea, dan Switzerland yang teramat dikau dambakan untuk pergi!

Aduh! Tengok, blog pun tahu marah! Cis!

Nanti, saya bercita-cita mahu berhenti kerja. Yelah kan, bekerja sebab mahu bayar hutang. Koperasi, bla, bla, bla...sebab hidup tanpa hutang bukanlah manusia namanya. Ngeeeee. Betul tak? Menjangkau umur 40 tahun, saya mahu berhenti kerja. Menulis sepenuh masa, bolehlah saya mengemas rumah,mencuci baju bukan seminggu sekali, menyapu rumah, menyeterika baju suami, mengikut suami mendengar ceramah di masjid, menonton televisyen drama korea, yummy!!! Juga perkara paling haibat adalah saya mahu MENULIS!

Saya tak mahu bekerja di bawah orang-orang yang mengarah begini :

"Tolong photostat kertas ini!"
"Aduh, lupa password mesin photostat, awak tolong sekejap!" sambil hulurkan beberapa keping kertas.
"Dik, bawakan fail ini ke depan!"matanya terjengil mengarahkan saya. Dasar kaki bangku. Kaki bangku bukan untuk mereka yang jahil main bolakah? Ahhhh! Boleh sahajalah gunakan peribahasa ini untuk blog saya!

Selepas itu, bekerja sambil mengipas-ngipas. Menggedik-gedik buat rajin! Aduh! paling hairan bila lupa password mesin photostat! Tak menyirap namanya tu? Ha...blog dah pandai buat dosa. Hari ini baru sambut hari jadi ke tiga tahun. Kecik-kecik pandai mengumpat!

Aduh!

Sebab itu saya mahu lekas-lekas mengkayakan diri. Tak mahu kerja di sini! Perang saraf dan buat sakit jantung dengan perangai-perangai rakyat di sini. Benci! Benci! Saya mahu goyang kaki menulis melayan rumah sendiri. Itu lagi bagus saya rasa!

Okey, ini blog saya. Suka hati saya mahu tulis apa! (tiga tahun dah pandai!) Ayat sudah macam ayat gedik-gedik sahaja! Aduh! Maafkan saya sekali lagi pembaca. Maafkan saya ya! Tetapi ini kenyataan dalam sebuah kehidupan. Saya bekerja, kalian juga bekerja. Jika terasa hati, ampun maaf dipinta.

Semoga blog ini terus mekar dengan kegiatan-kegiatan saya menulis, luahan-luahan hati seorang penulis pemalas! hahaha!

Selamat hari jadi blog Mardihah Adam!

Semoga terus senyum-senyum selalu dan menulis laju-laju!

04 Januari 2011

Dalam hati ada taman

Satu.

Ketika saya dan suami : Dari percutian di Port Dickson dan terus ke Jaya Jusco Seremban 2. Kami bergegas masuk ke kedai buku POPULAR.

Ini dia buku saya. Wah!

Dua.

Kemudian pastinya ke MPH kerana pembelian buku di sana saya akan memperolehi diskaun sebanyak 40% kerana Jualan Tahunan Kakitangan Bank Negara Malaysia.

Ini juga buku saya. Wah!

Tiga.

AGB juga ada di rumah saya. Kerana permintaan menggalakkan dari teman-teman maka saya ambil sendiri buku kedua saya di PTS. Terima kasih Tuan Wahyudi yang turun naik ke stor kerana saya menambah bilangan buku. Suami pula membantu membawa dua kotak buku yang berat dan kemudian ditambah lagi penat kerana menaiki tangga naik ke rumah kami di tingkat tiga. Ya Rabbi, beratnya!
Laku keras juga hasil jualan buku. Kaya raya PTS! Saya juga kaya! hahaha. Yelah kan, setiap diri kita mestilah ada perasaan cemburu melihat hasil-hasil royalti penulis lain. Ribu-ribu sehingga boleh membeli rumah dan sebagainya. Maka, tak salahlah kalau saya juga mahu ada semangat dan cemburu positif untuk turut sama melihat hasil karya saya dijual ribu-ribu di pasaran.
Ingat - dalam hati ini ada taman dan perasaan tau! He he he


Jeng Jeng Jeng...

Hari yang berkenaan, 2 Januari 2011, RM 100.00 melayang dengan gembiranya. Buku Ain Maisarah, siri Impiana ke tiga dan keempat saya sambar. Sebuah buku baharu Ramlee Awang Murshid berjudul Rayyan Fantasi turut sama saya miliki.
Kemudian, tiga siri Dear Yayah tulisan Farihah Iskandar turut saya ambil di saat-saat akhir. Suami sudah jeling-jeling kepada saya.

"Mahu buah eksperimen kenapa novel-novel ini dicetak sehingga enam kali ke tujuh kali." saya tersenyum dengan penuh harapan.

Buku tulisan Aizam Aiman yang comel : Sayalah Puteri Raja dan Sayalah Putera Mahkota turut menjadi sambaran saya.

Buku Kak Lily Haslina Nasir juga turut sama saya beli. 'Akukah Cinderella itu'. Catchy tajuk bukunya. Saya suka!

Paling bernilai buah tangan PTS Litera, Namaku Bukan Maria karya Ibnu Ahmad Al-Kurauwi yang memang mulus-mulus penulisannya. Juga Tuesday With Morrie (Selasa bersama Professor Morrie) yang diterjemahkan dan kavernya memang juga memikat hati.

Entah bilalah saya mahu membaca kesemua novel-novel ini. Sehingga hari ini selepas beberapa hari membeli kesemua novel berkenaan saya sempat membaca Namaku bukan Maria di dalam LRT.Ya, masih sempat membaca dan perlu untuk saya mencari waktu untuk membaca dan menulis kembali untuk tahun 2011. Oh, maaf tak sempat pula 'snap' gambar buku untuk semua melihatnya. Nanti saya akan uploadkan kemudian ya.

Semangat! Semangat! Ayuh! Menulis!

03 Januari 2011

Jemari keras!



Selamat Tahun Baru 2011 dari saya! Jemari rasa keras pula menaip di papan kekunci DELL. Keras macam batu! hahahaha. Itulah, lama tidak menulis..., rasakan!

Dan saya tiada idea lagi menulis di blog melainkan ini dan paparan gambar kenangan saya dan suami ketika melancong di Sabah. Dalam negara ya. Diulangi, dalam negara. Ngee~~

Tiada idea. Takut melalut dan sampai di sini sahaja....