Pages

04 Januari 2011

Dalam hati ada taman

Satu.

Ketika saya dan suami : Dari percutian di Port Dickson dan terus ke Jaya Jusco Seremban 2. Kami bergegas masuk ke kedai buku POPULAR.

Ini dia buku saya. Wah!

Dua.

Kemudian pastinya ke MPH kerana pembelian buku di sana saya akan memperolehi diskaun sebanyak 40% kerana Jualan Tahunan Kakitangan Bank Negara Malaysia.

Ini juga buku saya. Wah!

Tiga.

AGB juga ada di rumah saya. Kerana permintaan menggalakkan dari teman-teman maka saya ambil sendiri buku kedua saya di PTS. Terima kasih Tuan Wahyudi yang turun naik ke stor kerana saya menambah bilangan buku. Suami pula membantu membawa dua kotak buku yang berat dan kemudian ditambah lagi penat kerana menaiki tangga naik ke rumah kami di tingkat tiga. Ya Rabbi, beratnya!
Laku keras juga hasil jualan buku. Kaya raya PTS! Saya juga kaya! hahaha. Yelah kan, setiap diri kita mestilah ada perasaan cemburu melihat hasil-hasil royalti penulis lain. Ribu-ribu sehingga boleh membeli rumah dan sebagainya. Maka, tak salahlah kalau saya juga mahu ada semangat dan cemburu positif untuk turut sama melihat hasil karya saya dijual ribu-ribu di pasaran.
Ingat - dalam hati ini ada taman dan perasaan tau! He he he


Jeng Jeng Jeng...

Hari yang berkenaan, 2 Januari 2011, RM 100.00 melayang dengan gembiranya. Buku Ain Maisarah, siri Impiana ke tiga dan keempat saya sambar. Sebuah buku baharu Ramlee Awang Murshid berjudul Rayyan Fantasi turut sama saya miliki.
Kemudian, tiga siri Dear Yayah tulisan Farihah Iskandar turut saya ambil di saat-saat akhir. Suami sudah jeling-jeling kepada saya.

"Mahu buah eksperimen kenapa novel-novel ini dicetak sehingga enam kali ke tujuh kali." saya tersenyum dengan penuh harapan.

Buku tulisan Aizam Aiman yang comel : Sayalah Puteri Raja dan Sayalah Putera Mahkota turut menjadi sambaran saya.

Buku Kak Lily Haslina Nasir juga turut sama saya beli. 'Akukah Cinderella itu'. Catchy tajuk bukunya. Saya suka!

Paling bernilai buah tangan PTS Litera, Namaku Bukan Maria karya Ibnu Ahmad Al-Kurauwi yang memang mulus-mulus penulisannya. Juga Tuesday With Morrie (Selasa bersama Professor Morrie) yang diterjemahkan dan kavernya memang juga memikat hati.

Entah bilalah saya mahu membaca kesemua novel-novel ini. Sehingga hari ini selepas beberapa hari membeli kesemua novel berkenaan saya sempat membaca Namaku bukan Maria di dalam LRT.Ya, masih sempat membaca dan perlu untuk saya mencari waktu untuk membaca dan menulis kembali untuk tahun 2011. Oh, maaf tak sempat pula 'snap' gambar buku untuk semua melihatnya. Nanti saya akan uploadkan kemudian ya.

Semangat! Semangat! Ayuh! Menulis!

4 ulasan:

  1. tahniah! tahniah! saya sedang cuba nk belajar menulis tapi tersangkut here and there... hu hu hu

    BalasPadam
  2. Puan penerima royalti. Cantik begambar atas jambatan.. siap tangan gini-gini, tangan kira duit lah tu.... hehe

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama7/1/11 21:39

    saya baru je beli buku Andai Gerimis Berhenti novel pertama dwilogi best betul laa..

    BalasPadam
  4. Myspeacial Mall : teruskan usaha menulis.

    Haris Hauzah : alamak! tangan gini-gini saja meriangkan diri. Royalti tak seberapa banyak...sikit2 bolehlah.

    Tanpa nama : terima kasih membeli novel saya. sudikah mengkritik sedikit barang dua ayat untuk dimuatkan di dalam pts.com. best? amin2, puji-pujian kepada Allah.

    BalasPadam