Pages

26 April 2007

Anda Yang Mana Satu?!


Insan berfikiran Tinggi , gemar berkata tentang ilmu,
Insan berfikiran Sederhana, gemar berkata tentang peristiwa,
Insan berfikiran Rendah gemar berkata tentang insan lain....
Anda Yang Mana Satu?

24 April 2007

Iran Perketat Kod Berpakaian Wanita -Terharu..Bangganya saya.....Maruah Wanita Semakin Tinggi di IRAN!


Iran perketat kod berpakaian wanita (Berita Harian - 24/04/2007)


TEHERAN: Pihak berkuasa Iran bertindak mengeluarkan lebih 1,000 amaran dan menangkap hampir 200 wanita dalam usaha baru memastikan golongan berkenaan mematuhi etika berpakaian Islam, kata pegawai polis di sini.

Langkah yang dilancarkan ke seluruh negara itu – diadakan setiap tahun menjelang musim panas – terutama mensasarkan wanita yang kot mereka dilihat terlalu ketat, berseluar panjang tidak menepati ukuran atau tudung yang longgar.Pasukan penguat kuasa menyerahkan amaran dan memberi panduan kepada wanita yang melanggar kod berpakaian di khalayak ramai. Sesiapa yang menentang arahan supaya menukar pakaian akan ditahan dan kemudian dijadikan subjek prosiding perundangan.“Sejak pelan itu bermula jam 10 pagi waktu tempatan Sabtu lalu, 1,347 wanita diberi amaran dan diberi garis panduan berpakaian Islam.

“Terdapat 170 tangkapan dibuat dan 58 daripadanya dibebaskan selepas membuat komitmen bertulis dan membetulkan penampilan mereka. Kes selebihnya, yang sudah ada rekod, diserahkan kepada badan kehakiman,” kata ketua maklumat pasukan polis Teheran, Mehdi Ahmadi.Akhbar Iran menyiarkan gambar wanita berpakaian ketat dan berwarna warni diberi amaran di jalan raya di Teheran oleh pegawai polis wanita yang berpakaian bercadur ketika usaha itu bermula Sabtu lalu. Dua puluh kedai yang menjual pakaian disifatkan tidak bersesuaian turut diarahkan ditutup, kata Mehdi. Langkah itu bertujuan ‘memperbaiki keselamatan masyarakat dengan pendekatan keselamatan moral.’

“Tempohnya bergantung kepada bila masyarakat berasa tiada lagi isyarat seluar panjang yang pendek, kot ketat dan hijab nipis,” katanya.Pihak berkuasa berkata, usaha ‘hijab buruk’ itu bertujuan menggalakkan wanita berpakaian mengikut Islam dan ia lebih kepada mengeluarkan amaran berbanding menahan pesalah.Golongan konservatif memuji langkah itu sebagai perlu untuk mengekalkan moral ketika wanita di Teheran semakin berani bersuara mengenai apa yang boleh dipakai di khalayak ramai. – Agensi

Mungkinkah anda perasan...?


Kemarahan dia sebenarnya meluap-luap. Marah teramat sangat. Ingin sahaja mulutnya menyuarakan nasihat dan teguran. Kain gadis cina itu cukup singkat. Marahnya kerana lelaki di sebelah sekejap-kejap memandang. Sekejap kejap terteleng-teleng. Mamat ni, aku cepuk kang……baru dia tahu…Si amoi ni pulak...pakailah sopan-sopan sikit..
Tapi, sekadar hati yang berkata-kata. Marah lagi…sebab paha cina molek tersebut menjadi bahan taruhan di depan semua khalayak ramai. Ada mata yang masih tidak selesa
Dia makin marah.
Masuk pula dua tiga orang gadis.Mengekeh-ngekeh ketawa. Pembacaannya terbatas sekejap. Dia sudahlah segan bercampur malu-malu alah pada lelaki “keranjang” di sebelah.
Amoi cina masih kekal berdiri. Si lelaki mempamer mata yang membutang.
Gelak-gelak mereka ala “Pontianak Harum Sundal Malam”…….apa kena agaknya..apa yang menarik ye?
Pakaian ala-ala gothic…stokin belang macam nyamuk..hitam putih..erm, dia meneliti sekejap-kejap. Budak-budak sekarang…
Baju sendat macam sarung nangka. Ada warna oren dan ada warna kuning….muka mereka?….hitam ada putih ada…ohh celak agaknya….dia diam sekejap. Kenapa adik-adik zaman sekarang sebegini ? Mak ayah mereka tidak tahu ke dengan pakaian mereka yang serba kekurangan ini?
Dia belek-belek buku. Baca-baca buku……..fikiran sebenarnya terluap-luap!! Lelaki sebelah kejap-kejap sengih pada amoi seksi. Matanya kuyu ala-ala hero hidustan…….Huh……….
Dia bangun. Destinasi sampai. Dan geramnya pada lelaki tersebut…………cepuk..!!!

23 April 2007

Pentingnya Keberkatan

Pentingnya keberkatan dalam rezeki

Oleh ASMADI ABDUL RAHMAN

Keberkatan bermaksud mendapat restu, keredaan atau rahmat dari Allah s.w.t. Dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim, kita mengetahui bahawa kehidupan kita tidak hanya terhenti di dunia sahaja.
Sebaliknya kita mempercayai bahawa terdapat kehidupan yang lebih indah menanti kita seandainya setiap perbuatan kita di dunia ini mendapat rahmat dan keberkatan serta perkenan dari Allah s.w.t.
Bagi mendapat keberkatan dan rahmat tersebut, sewajarnya kita mematuhi serta mentaati setiap perintah Allah seperti yang telah digariskan-Nya di dalam al-Quran mahupun hadis.
Di antara perintah Allah s.w.t yang penting bagi mencapai keberkatan di dunia ini adalah berkaitan dengan punca rezeki yang diperolehi oleh setiap hambanya. Boleh dikatakan bahawa punca rezeki di sini adalah pendapatan kita untuk menyara kehidupan sendiri ataupun untuk keluarga.
Punca rezeki ataupun pendapatan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu pendapatan yang berpunca dari sumber yang jelas halal seperti bekerja sebagai guru, berniaga barang yang halal ataupun melakukan pelaburan yang dihalalkan oleh syariat untuk mendapat keuntungan.
Pendapatan yang kedua adalah pendapatan yang bersumberkan kepada perkara yang haram seperti menjual arak, mencuri, membuat pelaburan ditempat perjudian dan pelacuran, sumber pendapatan seperti ini adalah jelas hukumnya adalah haram.
Sumber yang ketiga dikenali sebagai syubhat iaitu meragukan. Kebanyakan perkara syubhat tidak diketahui oleh orang ramai, tetapi hanya diketahui oleh pengamal agama. Seperti isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini iaitu berkaitan dengan pelaburan Internet sebagai sumber pendapatan, pelaburan ini telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana terdapat unsur syubhat di dalamnya.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya yang halal itu jelas, yang haram itu jelas, di antara perkara halal dan haram dinamakan syubhat yang tidak diketahui oleh ramai. Sesiapa yang menjauhi dari perkara syubhat sesungguhnya dia telah menyelamatkan agama dan kehidupannya, barang sesiapa yang melakukan perkara syubhah sesungguhnya dia telah melakukan perkara yang haram. (riwayat Bukhari dan Muslim].
Hadis ini jelas menerangkan tentang halal dan haram sesuatu sumber sama ada sumber makanan ataupun sumber pendapatan. Justeru, amat tepat apabila Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan pelaburan Internet adalah haram. Ini kerana terdapat unsur-unsur syubhat di dalamnya yang perlu dihindari bagi menyelamatkan agama dan kehidupan orang Islam sendiri.
Menurut Abu Darda’ R.a : Kesempurnaan takwa adalah taatnya hamba kepada perintah Allah s.w.t sehinggakan apabila didapati keraguan sebesar zarah terhadap perkara yang halal, maka ditinggalkan perkara tersebut. Maka apabila terdapat unsur yang jelas tentang keraguannya, sewajarnya kita mengelakkan diri daripada terlibat dengannya seperti mana yang yang telah difatwakan tentang pelaburan di Internet.
Kemuliaan seseorang individu adalah berpunca daripada sumber pemakanan yang halal. Menurut al-Syafie : Terdapat lima perkara untuk memelihara hati iaitu membaca al-Quran dan menghayatinya, sentiasa mengosongkan perut (berpuasa), menghadiri majlis ilmu dan bersama orang-orang soleh, mendirikan solat malam, serta sentiasa memohon pertolongan Allah s.w.t.
Namun begitu punca kepada kemuliaan hati adalah makan makanan yang berpunca dari perkara halal. Menurut beliau lagi makanan adalah benih kepada perbuatan, apabila makan sumber yang halal akan lahirlah perbuatan yang mulia, apabila makan makanan berpunca dari sumber yang haram, maka lahirlah perbuatan yang tercela.
Daripada sumber makanan yang bersih maka golongan yang akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t dengan hati yang sejahtera seperti mana firman Allah s.w.t yang bermaksud: Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera. (Al-Syu'ara':89].
Ayat ini menjelaskan bahawa di hari pembalasan nanti, tiada apa yang dapat membantu atau menyelamatkan kita dari seksaan Allah s.w.t kecuali sesiapa yang datang kepada Allah dengan hati dan jiwa yang sejahtera iaitu golongan-golongan yang sentiasa memelihara diri mereka dari melakukan perkara yang dilarang dan sentiasa menjauhi diri dari perkara-perkara yang syubhat.
Selain itu, Rasulullah s.a.w ada meriwayat hadis yang menerangkan tentang syarat-syarat amalan yang diterima oleh Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t baik, tidak menerima apa perkara kecuali perkara yang baik sahaja. Sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan kepada semua golongan mukmin, seperti mana diperintahkan kepada para rasulnya.
Hadis ini menjelaskan kepada kita sesungguhnya, Allah s.w.t tidak menerima amalan hambanya kecuali melakukan dengan jiwa yang tulus suci, Allah s.w.t juga tidak menerima sedekah kita jika bersumberkan punca yang haram atau syubhat.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Mukminun: 51].
Bagaimanakah Allah s.w.t ingin menerima ibadah kita jika kita mencari rezeki dengan bersumberkan perkara yang terdapat keraguannya, memakan makan yang berpunca dari pendapatan yang tidak pasti halalnya. Setiap perkara yang haram atau syubhat akan merosakkan setiap amalan kebaikan yang kita lakukan.
Apabila seseorang itu tidak menitikberatkan soalan soal halal dan haram dalam kehidupan, maka doa yang dipohonnya sukar diterima oleh Allah s.w.t. Seperti mana yang dijelaskan dalam sebuah hadis, apabila Said Bin Abi Wuqaz meminta agar Rasulullah s.a.w mendoakannya supaya Allah s.w.t memperkenankan doanya, maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Perelokan sumber rezekimu, pasti doamu dimakbulkan.”
Justeru, marilah kita bersama-sama muhasabah diri masing-masing agar mensucikan diri daripada perkara yang syubhat, agar Allah s.w.t memperkenankan setiap doa yang kita pohon kepadanya, khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan pendapatan kita yang sudah semestinya digunakan untuk keperluan harian kita.
Bagi mereka yang mempunyai simpanan hasil dari pendapatan yang syubhat, gunakanlah untuk bersedekah agar dapat digunakan oleh orang ramai, seperti mana yang diceritakan oleh Malik Bin Dinar, beliau bertanya kepada ‘Ato’ Bin Abi Rabah bagaimana ingin menguruskan harta yang tidak bertuan dan harta yang haram, lalu beliau menjawab: bersedekahlah. Pendapat ini turut disokong oleh Ibn Rajab.
Semoga Allah s.w.t memberi kita kekuatan untuk terus mencari keberkatan dalam setiap punca rezeki yang kita perolehi, dan membangkitkan kita dalam golongan hati yang sejahtera.
* ASMADI ABDUL RAHMAN ialah Pensyarah Kolej Shahputra Kuantan, Pahang.

20 April 2007

Rumah Siti Khadijah

Saya terkenangkan satu peristiwa beberapa tahun lalu. Zaman perjuangan bersama rakan-rakan. Ianya begitu mengusik perasaan. Barangkali kenangan itu agak “remeh-remeh belaka” bagi orang lain tetapi ianya cukup dan penuh bererti dalam hidup saya.

Rumah Sewa kami agak berlainan dari yang lain. Agak warna dan warni. Hitam dan putih. Kuning dan Oren. Putih dan Hijau. Biru dan Kelabu. Mungkin ianya sama di tempat lain..warnanya membangkitkan ghairah perhubungan “persahabatan” kami.

Rumah sewa kami ada tazkirah…….cerita-cerita Nabi..cerita-cerita perjuangan para sahabat dan kisah kehidupan dan kematian. Kami memperingati di antara satu sama lain. Kami berbincang jika ada masalah. Kami berbincang jika ada yang tidak berpuas hati antara satu sama lain. Kami kadang-kadang bermasam muka tetapi jalan penyelesaian kami adalah muzakarah. Kami akan ketawa semula.

Rumah sewa kami ada makan-makan……makan dalam talam….Sunah Nabi…berselera dan penuh nikmatnya. Makan kami sikit sama sikit……..banyak sama banyak. Bihun Sup Kedah itu berselera sekali. Moi Sup Kedah itu menyentap “ukhwah” kami…..

Juga “mengeratkan” perhubungan kami. Kadang-kadang kami masak sama-sama. Berlaukkan ayam, bercicahkan sambal belacan dan bersama ikan yang digoreng garing. Sedapnya makan dalam talam…makan dalam dulang. Bersuap-suapan….Berkongsi makan bersama-sama. Itu lumrah kami bersama. Seronoknya saat itu…………

Rumah sewa kami ada bacaan Al-mathurat….membacanya selepas subuh dan asar. Membaca bersama doa rabitah dan maknanya bersama-sama. Kami Amin kan bersama.

“ Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwahmu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulatkan dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yan tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu..Jika engkau mentakdirkan mati…..maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu, Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.

Oh ye…juga dengan Al-Mulk dan Al-Waqiah…..bacaan Al-Quran kami bersama-sama. Tadarus juga membetulkan ayat dan tajwid masing-masing. Rindunya dengan teguran “Akak Azalina” ……suara halusnya menyentuh hati…memperdengarkan bacaannya begitu teliti sekali.

Rindunya saat itu….rindunya saat berkumpul itu…….

Rumah Sewa Kami ada gotong-royong. Sesekali cuci bilik air, kadang-kadang menebas rumput yang makin panjang di belakang rumah. Jadual kami ikut rutin harian. Kemas ruang tamu…juga sawang si labah-labah yang memenuhi ruang atas rumah. Sapu rumah, kemas dapur juga menjadi si tukang masak. Gelak ketawa kami menghiasi..Ukhwah kami hanya kerana Ilahi……

Sungguh….saya rindukan saat solat berjemaah bersama-sama itu. Terngiang-ngiang suara sayup Al-Fatihah dan doa yang kami aminkan bersama. Tegur menegur kami sungguh beralas. Kami erat dalam setiap perhubungan. Saat perjuangan kami dilanda masalah dan badai bersama, tangisan itu kami kongsikan bersama. Tangisan itu mendewasakan perjuangan kami….tangisan itu menjadi kenangan yang sukar untuk kami jangkakan. Ia terngiang-ngiang di tubir mataku.

Perjuangan kami adakala membuatkan kami hampir berputus asa. Rantai-rantai perjuangan Rasulullah s.a.w akan kami pastikan tidak terputus. Kami tebarkan semangat perjuangan islam dalam diri. Kadang-kadang payah dan kadang-kadang senang. Sesukar mana kami jejak. “ Tidak ramai yang mahukan kebaikan ..tidak ramai yang inginkan ISLAM bersemi dalam hati mereka…..jika ada…dua atau tiga orang sahaja….”

Kami mengeluh juga..tapi kerana tekad dan “dunia baru islam” yang kami yakini akan tetap bersemi satu hari nanti!!

Rumah Sewa Kami …….segala kenangan itu dalam hati..segala kenangan itu dalam jiwa……………..

Inilah Rumah Siti Khadijah.

Mengembara

Kita manusia sebenarnya mengembara...
Mengembara menyelinap wajah manusia..
Yang barangkali sukar kita kesan..
Sukar kita kesan pada riak wajahnya....

Saya juga mengembara. Adakala saya mengembara ke dalam diri dan adakala mengembara ke dalam diri orang lain. Meneliti pengembaraan orang di sekeliling..yang kadang kala ketawanya tidak seperti ketawa..seperti bermain-main dengan perasaan sendirI...mereka ketawa tetapi menangis sebenarnya...
Adakala kita mengembara bersama sahabat-sahabat..namun fitrah semulajadi manusia..
Sahabat..adakala mentertawakan dan adakala mengecewakan...

Saya juga mengembara...melihat manusia....pada fitrahnya...mereka Islam...tetapi mungkinkan pengembaraan mereka hanya sekadar " Aku adalah Islam".....jalinnya dan intimnya dengan Allah bagaimana? Tidak takutkah mereka pada pengembaraan mereka seperti noda dan penuh dosa itu..ohhh saya terfikirkan pengembaraan mereka...sedangkan dan sepatutnya saya perlu memikirkan pengembaraan saya sendiri...adilkan itu wahai pengembaraan?

Saya juga mengembara....hingga ke hujung dunia..tetapi pengembaraan saya hanya dalam mimpi sahaja.....mengembara di taman syurga yang diidamkan ramai manusia...yang diimpikan ramai karyawan juga ilmuwan.....taman syurga itu pastinya seperti sungai yang mengalir lesu...indah dengan bunga-bunga wangian........buah-buahan segar...syurga bagaimana pengembaraannya??

Saya mengembara di dalam Al-Waqiah....ada titisan air mata saat menyentap kalam dalam mengembara...maghrib itu hening.......maghrib itu menghalusi diri.....ketenangan diri yang dirobek-robek dan di rabak-rabak dengan dosa dan noda yang lalu...Saya bertangisan panjang........mana kembara lalu yang penuh noda dicalitkan......?? mana perginya??? kembara itu makin hilang dengan sebuah harapan yang tegar....sebuah pengembaraan baru bermula sebenarnya..baru saya tersedar.....

Rupanya dalam mengembara, saya banyak lupa pada diri....saya banyak lupa pada kekurangan diri ..dan saya banyak lupa pada kebesaran Ilahi...

Al-Mulk itu mendewasakan diri....Rupa-rupanya dalam mengembara...adalah kita semua....adalah kita yang akan terus mengembara.....hingga ke hujung dunia....

Dunia seperti sebuah kembara diri...yang memerlukan kira meneruskan pengembaraan diri......
Kancah dunia akan juga dan turut mengembara...tanpa kita sedar...kita dan saya yang membawa pengembaraan diri.....

Kita akan terus mengembara..........

Empat Perkara Kebahagiaan

"Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa."

Huraian :
Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.
Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

18 April 2007

Demam...

Salam,

Saya Demam....kerja tidak berapa menjadi..selesema....kesiannya...makan apa, tiada rasa dan bau..tidak sedap langsung.....diuji..ujian...menguji????? Saya kongsikan petikan ini untuk semua ya....!! Demam boleh terjadi tanpa sebarang sebab, seperti selepas bersenam atau pun terjadi akibat perubahan fisiologi badan seperti di dalam kes jangkitan kuman. Kuman yang mengjangkiti badan dikenali sebagai pirogen. Istilah ini sebenarnya yang berasal dari perkataan Greek (pyro=api;gen=penyebab) bermaksud sebarang bahan yang menyebabkan kenaikan suhu apabila memasuki badan.

Bahan-bahan lain yang diketahui boleh menyebabkan kenaikan suhu termasuklah ubat-ubatan, penyakit seperti kanser dan serangan penyakit jantung, dadah dan racun. Perlu diterangkan juga bahawa kenaikan suhu badan boleh juga terjadi di dalam keadaan kejutan panas akibat suhu persekitaran yang tinggi. Di dalam keadaan kejutan panas, aktiviti kehilangan haba dari badan akan berlaku melalui perpeluhan dan pengembangan salur darah menjadi perlahan. Semasa kejutan ini terjadi, kehilangan peluh yang banyak sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan kerana mangsa kejutan akan mengalami kekurangan bendalir dalam badan atau dehidrasi. Suhu badan semasa kejutan terjadi boleh melebihi 24 darjah Celcius, pada takat suhu ini kulit mangsa akan menjadi kering, koma dan mungkin kematian. Sekiranya rawatan tidak diberikan secara agresif dan pantas, kemungkinan pesakit maut adalah tinggi sehingga boleh mencapai 80 peratus daripada semua kes kejadian kejutan panas.

16 April 2007

Kenangan Terusik Di Minda


Assalammualaikum,

Lewat ini, terasa begitu sibuk sedikit....mungkin kerana keperluan diri terhadap keluarga di kampung dan beberapa masalah yang melanda. Setiap manusia sebenarnya tidak dapat lari dari masalah dan wajib kita menerimanya dengan Redha. InsyaAllah...Saya akui, kira-kira setiap masalah adalah satu pengalaman yang paling tidak membuatkan kita matang dan mengajar kita tentang erti kehidupan.

Manusia seharusnya banyak belajar dari pengalaman dan pengamatan. Saya terkenangkan satu kisah saya dan pelajar-pelajar di Politeknik.
Jam 3.00 pagi, pintu bilik saya diketuk (kerana tanggung dan jawab saya sebagai Naib Presiden, maka masalah mengetuk pintu bilik adalah menjadi rutin harian)
Kenapa yer?

kak...kawan bilik tak balik dari semalam.....ayah dan mak Lina (bukan nama sebenar) datang...nak jumpa akak.....
Ohh...Kenapa Ina tak beritahu dari semalam lagi?Lina ke mana yer? pantas aku ambil jubah dan tudung..isk...mana Lina pergi. ?Ajk mungkin terlepas pandang selepas kuliah maghrib.
Tak apa...jom kita jumpa,akak call ketua waden dulu dan waden disiplin. Hanes lena di balik mimpi...
Pantas menyambar telefon, kunci dan mengejut Hanes..ternyata dia terpinga-pinga...
Lina tak balik...!!..kami ke bilik waden sekejap..
Pukul 3 pagi...??
Ha'a...hang pi salin baju lekas.....teman Ina g depan...

Nenek itu menangis-nangis....bapanya merah padam muka. Maknya juga menangis..merintih-rintih...
...Pakcik yang dok hantaq Lina depan pintu gate...nampak anak pakcik jalan masuk asrama...macam mana pulak dia tak ada??
Hanes mengesahkan Lina tiada di dalam bilik...
Telefon di tangan berdering-dering..sekejap dari ketua waden, sekejap dari waden disiplin..saya ke sana dan ke mari, mencari pengesahan di dalam fail butiran pelajar....cantik orangnya..manis dan segak sekali
Ni mesti Lina dok gatai dengan jantan tu....kurang ajar!!ayahnya marah-marah
Saya mencuba menelefon Lina,,tetapi tidak berjawab langsung....lama mencuba....
Jam 3.45 pagi...kami masih menanti...
Nenek nya masik teresak-esak dan menangis lagi....kami memujuk...ahh...inilah agaknya perasaan seorang mak dan ayah juga nenek kesayangan melihat anak gadisnya hilang di depan mata. Ayahnya ke hulur dan hilir...meski agak marah, saya tahu, hatinya sedikit gusar dan kecewa....
Kami memujuk..Hanes (kuyu sudah matanya) ....

Tahu ke mana Lina pergi.....
Saya mengucap panjang.....akhirnya saya tahu dia mengikut lelaki itu ke sempadan.....saya sendiri mencarinya di setiap rumah sewa rakan-rakannya dan mendapat tahu dia ke sempadan...sudah tugasan saya, memastikan adik-adik puteri selamat dan baik di asrama.
Saya mencungkil cerita dari Ina (biasanya inilah perkara paling mencabar, memujuk dan mencuba berdiplomasi dengan adik-adik yang bermasalah) memang ya...Lina ke Sempadan dan apa yang lebih buruk perhubungan Lina dan lelaki tersebut ????? Saya tidak mahu berbicara panjang tentang hal ini, kerana masing-masing tahu dan cukup dewasa..

Saya membayangkan wajah mak, ayah dan neneknya yang menangis malam itu.......
Perjumpaan itu cukup menakutkan...apa yang saya tahu, keesokan harinya, Lina pulang ke kampung dan di soal selidik waden juga ayahnya....Saya merasakan dia dipukul dan saya merasakan dia menghadapi satu masalah dan tekanan dari ayahnya yang dikatakan "GARANG" dan tidak memahami anaknya, si Lina....benarkah??? kasih sayang yang bagaimana agaknya anaknya mahukan?
Namun saya akui, betapa mata saya membengkak kerana perihal Lina...tapi saya puas kerana ianya tanggungjawab saya..
Saya mengikuti perkembangan Lina dari semasa ke semasa...adakalanya, perbualan dan sesi mencurahkan perasaan adalah yang terpenting sekali...bagi seorang gadis,perempuan, wanita.....memujuk dengan nasihat yang baik-baik dan merapatkan diri pastinya membuahkan hasil yang lumayan sekali..............

Lina pelajar baru...sayang bagi saya kerana melihat wajah cantiknya dan dia mendedahkan diri dengan banyak perkara negatif...saya bukan menuduh melulu..hakikatnya saya melaluinya dan saya mengenalinya dan saa menyaksikan dirinya yang terumbang-ambing tanpa pegangan yang cukup kukuh...
Lina mungkin sekarang sudah berkahwin...dan mungkin bahagia dengan suaminya....itu doa saya...
Hakikatnya saya belajar tentang kasih sayang seorang ayah, mak dan nenek...dan saya mengetahui betapa tingginya nilai harga dan maruah diri seorang yang bernama wanita dan gadis sunti.....
Saya mengharapkan Lina sedar tentang tanggungjawabnya sebagai Khalifah Allah di muka bumi...Adakah kerana CINTA dia menjadi sebegini.....

Doa kami, agar kehidupannya dilindungi.................

Simpati saya datang bertubi-tubi kepada neneknya yang saya peluk malam itu..memeluknya, menyatakan cucunya selamat dan cucunya akan kembali ke sini........Apatah lagi melihat wajah sugul ibunya...tidak tidur semalaman....

Minggu itu, minggu penyelesaian masalah dan minggu itu agak mencabar minda dan naluri saya sebagai pemimpin adik-adik di asrama......hakikatnya, saya harus study (assingment dan tutorial juga kuiz yang silih berganti)

“Dalam menghayati maksud cinta itu, sebagai manusia kita perlu mengasihi dan mencintai diri kita terlebih dahulu, sebelum kita mencintai orang lain. Tetapi kita perlu ingat cinta kita pada Tuhan, agama dan keluarga merupakan cinta yang kekal selamanya.
“Apabila kita cinta dan yakin pada diri sendiri, cinta itu akan hadir bersemi pada setiap jiwa dan sanubari setiap insan yang dilahirkan didunia ini,”
Cinta yang abadi menjadi penguat dalam memantapkan semangat juang bagi memperoleh kecemerlangan kehidupan dan sahsiah apabila cinta yang disemai mewujudkan semangat integriti yang kuat dalam diri masyarakat.

Bagi saya CINTA adalah bukan kerana nafsu semata-mata...Cinta adalah kenikmatan dalam perhubungan dua jasad...Cinta adalah anugerah Ilahi yang harus kita tanggung dengan ikhlas hati....

Realitinya, hari ini, saya berdiri di celah kelompok warga kota yang bermacam rupa...mungkin masalah ini sama cuma orangnya berbeza-beza..
Saya ingin membantu adik-adik yang tidak peka tentang maruah dan nilai diri....sayunya hati saya...cuba lihat sahaja mereka di dalam LRT...pakainya?wajahnya?.....saya ingin menerpa dan menegur mereka...tetapi saya bukan seperti satu masa dahulu yang boleh menegur adik-adik di asrama (dulu, ada kuasa...sekarang saya juga penumpang di dalam LRT......) hati saya masih berkata-kata.....

Mungkin ini cerita saya...dan setiap orang mempunyai cerita yang berlainan............

Minda saya masih menari-nari tetapi cukup rasanya sampai di sini......Saya merasakan satu keperluan berkongsi pengalaman dan satu perkara yang mematangkan saya tentang nilai kasih sayang seorang anak kepada kedua ibu bapanya...hargainya....
-pejabat, di hadapan kertas yang masih menanti disiapkan.......di hadapan selerak meja menanti dikemaskan..saya masih belum pulang dari menari-narikan khayalan-..
s@l@m k@sih S@yang


13 April 2007

Renungan Diri

:: Katakanlah:"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, TUHAN alam semesta."
Rasulullah saw bersabda:"Bila umatku melakukan 15 perkara ini, maka malapetaka akan menimpa mereka. Yakni: Bila mereka mengambil harta rampasan dengan berebutan, amanah diremehkan, zakat dianggap rugi, suami taat pada isterinya, derhaka pada ibunya, kejam pada ayahnya, mengeraskan suara di masjid, memuliakan seseorang kerana takut pada kejahatannya, pemimpin suatu kaum adalah orang yang paling hina, orang memakai sutera, minum minuman yang memabukkan, menjadikan hiburan dan muzik sebagai kebanggaan serta generasi terakhir mengutuk generasi yang pertama."

:: Dua kelompok dari umatku sangat menentukan: Bila kedua kelompok tersebut baik, maka umatku akan baik. Bila keduanya rosak, maka umatku rosak. Yaitu para ulama' dan pemerintah.
Bila pemerintah kalian adalah orang-orang terbaik dari kalian dan orang-orang kaya kalian adalah orang-orang dermawan dan masalah yang kalian hadapi selalu diselesaikan dengan musyawarah di antara kalian sendiri, maka permukaan bumi lebih baik bagi kalian daripada perutnya; Tetapi, bila pemerintah kalian adalah orang yang terjahat dan orang-orang yang kaya adalah orang-orang yang pelit dan segala persoalan kalian diserahkan kepada wanita, maka perut bumi ini adalah lebih baik bagi kalian daripada permukaannya.

11 April 2007

Air Tangan Mak

Sebekas sambal goreng ikan bilis dan sambal ikan

Ianya mengundang satu perasaan halus hari ini. Sambal dari mak…sedapnya. Saya tak dapat nak menolak permintaan adik saya untuk membawanya kepada saya. Padahal, adik saya yang manja dengan ayah itu sibuk di UTM. Dia pulang ke kampung kerana ada urusan di sana. Tapi sudah terlanjur, jadi saya alu-alukan dirinya bawa masakan dari “air tangan mak.”
Air tangan mak, memang sedap. Cukuplah hanya masakan ringkas ini, mengubat sedikit kerinduan kepada kampung halaman. Kampung saya sebenarnya dekat sahaja, tapi rasa macam jauh pulak…(ketawa) jauh dari mata tetapi dekat di hati.


Ke mana kaki kita melangkah, Utara, Selatan, Barat, Timur, London, Paris, USA, Australia………dan ke mana sahaja …kita akan rindukan masakan mak di kampung. Air tangan mak paling berhantu sekali. Bermacam gerai(mamak, restoren, western,seafood….) ahh…-macam lagi…jika tidak menepati citarasa pastinya akan kita bandingkan dengan masakan mak, ibu, mama….mesti tak sesedap yang mak masak…kan?? Jangan harap memandang kari pekat gerai mamak (bagi saya) sebab memang tidak setanding kari mak…alih-alih makanan harian di KL adalah sambal goreng ikan (ikan pun rasa macam tak basuh bersih) telan jugak..apa kan daya…bersama dengan sayur tauge…tambah sikit sambal belacan…selera jugak…(orang melaka..mesti tak tinggal sambal belacan)

Kalau bernasib baik, sebulan adalah sesekali my office will buat makan-makan. Kat sini, masakan kampung..tak boleh cerita lah..sedap memang sedap……tapi memang TAK SAMA…!!
Balik kampung…..suruh mak masak itu dan ini……..teringat kepada kawan yang mempunyai seorang abang yang agak-agak manja….


Mak..jangan lupa buat kuih keria..lama dah Fais tak makan……si Junisa (isteri) tak lulus lagi…… (isteri baru belajar memasak)

Mak gelak dan tersenyum simpul, memandang menantu kesayangan yang menjeling-jeling suami yang tergelak-gelak melayan karenah si Aiman dan Afrina. Buat tidak nampak.
Mak angguk. Sambil mata mencari keledek di dalam kotak. Harap-harap ada..takut anak kempunan.


Kat JB…dahlah kecik…mahal….tak sedap….!!mak buat ye….

Mak angguk lagi…tetap buat…penat pun tetap buat….

Mak…….buat sambal ikan…….

Aik…?sambal ikan pun nak mak buat???

JB lain lah..ni nak merasa masakan mak..bila lagi nak balik kampung….bukan selalu ye mak……………??

Senyum simpul..untuk anak…mak akan buat semua…mak penat pun mak akan buat. Mak akan terbongkok-bongkok mengupas keledek……mak akan tersenyum bahagia,kerana anaknya merindui masakannya …….itu saat manis bagi seorang “mak” yang mengerah “air tangannya” untuk anak yang dirindui…..Hatinya puas…..

Itu juga saat manis bagi anak…kerana kerinduan itu sudah lenyap dengan masakan “air tangan mak”…….

Rindulah pada mak
Rindulah pada kenangan mak
Rindulah pada manisnya senyuman mak
Rindulah pada jemari halus yang mengusap
semasa kecil
Rindulah pada tangan yang membahagiakan
Rindulah pada ketenangan wajah mak
Rindulah pada sebuah harapan seorang mak

Untuk mak,
Terima kasih dengan
Sebekas sambal goreng
Terima kasih,
Untuk sepiring sambal ikan……..

Untuk mak,
Kerinduan itu berlandaskan kasih sayang
Kerinduan itu berlandaskan perhubungan suci
Saya anak mak

Saya memang anak mak
Saya adalah anak terbaik mak
Yang mak lahirkan dari rahim mak…
Sayalah itu……………….
Dan kita semua anak mak…….

08 April 2007

Istilah Persahabatan


Sehingga hari ini,

Persahabatan menjadi “bisu, Tiada berita .Tiada khabar gembira

Aku dalam dirimu .Menjadi tunggak sinar sebuah perjalanan. Bernama erti sebuah persahabatan Yang tiada pengertian

Dalam kancah diri, Dalam pergelutan jiwa Mencari kenangan yang bersemi .Namun ia hilang kerana curiga diri

Akukah yang berdosa? Membiarkan jalinan ini menjauh sebegini .Atau kerana halangan yang tidak kita ingini .Dendam, hasutan dan secebis kenangan…

Kirimkan berita Biar jauh, biar beribu jalanan .Biar hilang bersama kerinduan ini .Biar berita itu menyentap segenap naluri .Agar bersinar mekar bersama sebaris lagu puisi…..

Kita singkap jalinan perjuangan .Kita jalin kehendak perasaan

Yang menari bersama tubir langkah peperangan.. Biar keresahan menanti ini menari-nari bersama

Sebuah penantian yang tidak akan berakhir……..

Aku sayang kalian sebagai “sahabat dunia akhiratku…”
" khas untuk sahabat tersayang LAILY IDAYU BT ABDULLAH" semoga makhrifah sentiasa dalam hati kita semua. Sayang diri kamu hanya kerana Allah.....Doaku, semoga mentari menyinari "petunjuk" kembali. Hidayah itu bukankah sekali???? Salam penuh tautan....salam penuh kerinduan......Menjelma kembali dalam kenangan, hanya sesekali...namun kesannya begitu mendalam sekali......



05 April 2007

Ayat-ayat Cinta

Ulasan saya terhadap novel ayat-ayat cinta........

saya membaca novel ini dan ternyata ia memberikan satu impak dalam perubahan diri sendiri...masyaAllah.....bukan berkata apa-apa
sebaliknya "dont' judge a book by it's cover"..........:)


Terus terang juga saya katakan, saya mengambil masa lebih kurang 1 1/2 hari untuk membaca karya penulis yang menikam jiwa ini. Berbaloi kerana hadiah dari sahabat saya ini (saya memang nak beli awal-awal lagi, tapi sebab kulitnya ala-ala jiwang, lagi pulak pink, jadi tak belilah) bernasib baik juga, rupanya isinya memang BAGUS!!menyesal tak beli dari dulu..

, memang memberikan kesan kepada naluri sendiri. Banyak unsur menarik dipaparkan dan bagi saya sendiri, pembelajaran tentang satu perkara yang tidak kita tahu banyak terdapat di dalam ayat-ayat cinta , perhubungan - non muslim kepada muslim, muslim kepada non muslim dan keindahan kota cairo yang diperjelaskan dengan terperinci sekali. Malah, turut di bawa kepada alam mimpi ..menangisi diri dengan keajaiban seorang koptik kristian (maria) yang mampu menghafaz surah Maryam dengan baik sekali, jauh sekali diri saya yang hina ini.
mentalah lagi, banyak perkara perbatasan antara wanita dan lelaki disentuh dengan begitu " ajaib" dan berkesan dengan berlandaskan al-quran dan hadis.

Menegur dengan penuh hikmah dan cukup bermakna. Himpunan doa-doa juga diselitkan . Betul kata FT, bagi yang sedang bercinta, wajib baca buku ni, .........

Menyelitkan gabungan bahasa arab dan perancis, juga kita akan meneliti pembelajaran pelajar2 di universiti al azhar......
.......so, tak rugi membelinya dan hayati ayat-ayat cinta!!!

ini adalah ulasan Faisal Tehrani dalam blognya dan saya paparkan di sini

Akhirnya saya selesai juga membaca novel Ayat-Ayat Cinta. Sudah banyak sangat yang saya dengar mengenai novel ini. Menggunung pujian diberikan kepada penulis novel ini. Ada yang mengatakan penulis novel ini adalah seperti Hamka baru bagi dunia penulisan Indonesia.
Saya mengaku lambat membaca buku ini. Saya baca sesudah Suri Jiwa. Saya mula baca novel ini sewaktu perjalanan ke Padang tempo hari. Ianya saya habiskan seminggu selepas pulang dari Padang. Novel ini saya sambung baca kemudiannya dengan buku Tenggelamnya Kapal Van der Wijk, karya Hamka. Sengaja saya baca kedua buku ini berturut-turut, kerana masih ada lagi mood baru pulang dari Padang. Lagipun, saya mahu kepastian, benarkah novel Ayat-Ayat Cinta ini ada persamaan dengan novel tulisan Buya Hamka.

Terus-terang, saya kurang berkenan membaca novel cinta. Mungkin disebabkan umur yang sudah meningkat ke 40, novel-novel cinta tidak lagi memberi nikmat kepada saya. Saya boleh terima novel yang ada bumbu-bumbu cinta, yang menyelitkan kisah cinta sebagai wahana mempersembahkan mesej yang lebih besar. Saya suka novel yang membawa mesej besar tentang kehidupan dan keadilan manusia seperti karya Pramoedya atau karya Sasterawan Negara. Saya suka novel yang dibuat dengan kajian seperti novel Enrique Mengundang Jauh tulisan HM Tuah Iskandar, Da Vinci Code tulisan Dan Brown, atau karya Faisal Tehrani. Saya suka novel yang mencabar pemikiran, menyuruh saya berfikir, dan memaksa saya mencari bahan bacaan lain untuk saya lebih memahamkan novel tersebut. Usia saya terlalu pendek, untuk sekadar membaca cerita cinta semata-mata.

Membaca novel Ayt-Ayat Cinta menguji kesabaran saya. Memang saya tertarik dengan ketelitian penulis menceritakan secara terperinci tentang Kairo dan Mesir. Rasa jelas terbayang tempat yang beliau ceritakan di dalam novel ini. Saya dan Suri sudah merancang mahu bercuti ke Mesir, bila membaca novel ini.

Kelainan novel ini sebenarnya adalah ianya ditulis oleh seorang lulusan
agama dari Mesir. Ianya tentang bagaimana penuntut al-Azhar bercinta. Bagaimana agama memandang cinta. Tajuk Novel ini merujuk kepada begitu banyak Ayat-ayat Al-Qur'an yang menyebut tentang cinta. Ayat itu juga merujuk kepada tanda, kekuatan cinta. Novel ini sangat patut dibaca oleh adik-adik yang baru mengenal cinta. Dalam Islam ada halal-haramnya dalam perhubungan antara lelaki dan wanita. Ianya diterjemahkan melalui cerita dalam buku ini.
Banyak diselit rujukan dari Ayat Al_Qur'an, Hadith dan kata-kata ulamak dalam novel ini. Inilah yang membuatnya berbeza dengan novel lain.

Terus-terang, saya sudah nyaris membakul sampahkan novel ini di pertengahan, apabila watak utama berkahwin. Terasa macam membaca novel cinta remaja yang biasa-biasa. Nasib baik penulis bijak menyambung cerita di dalam novel ini. Peristiwa yang berlaku di tengah novel itu menarik minat saya dan melahirkan rasa kagum pada novel ini. Mujur saya tak menyerah kalah di tengah pembacaan. Buku ini berbaloi untuk dihabiskan.

Selepas membaca novel Buya Hamka, saya berpendapat novel ini tidak banyak persamaan dengan karya Hamka. Hamka menulis tentang cinta tetapi menyinggung adat yang memisahkan cinta antara darjat. Yang sama antara kedua penulis ini mungkin keduanya mempunyai latarbelakang agama. Novel Ayat-Ayat Cinta ini pada saya, lebih rapat dengan novel Tunggu Teduh Dulu tulisan Faisal Tehrani. Kedua-dua penulis berlatarbelakang agama, menulis tentang cinta yang tertib, juga cinta tiga segi.

Yang berbeza cuma jantina watak utama. Malah, Tunggu Teduh Dulu, lebih puitis susun bahasanya, dan mengangkat wanita sebagai watak utama.
Kepada adik-adik yang sedang bercinta, bacalah buku ini. Buat ingatan tentang batas-batas perhubungan. Biar cinta itu halal dan diberkati. Biar cinta itu kekal dari dunia hingga akhirat.

04 April 2007

Betapa Kerdil Diri

Saya perolehi cerita ini dari seorang sahabat saya yang jauh di mata. Dulu kami belajar bersama dan sentiasa mencurahkan rahsia peribadi masing-masing.....saya karangkan cerita di bawah untuk bacaan dan semoga mendapat manfaat dari kisah ini...saya suka dengan cerita darinya......
persoalan saya sekarang..wajarkah perigi cari timba atau timba cari perigi?????Saya merenung diri..tersenyum seketika.......susah juga yer...

Saya ingin terbang seperti burung yang bebas berterbangan, kadang-kadang ingin sekali seperti pohon yang hijau dan redup –teguh berdiri, seperti awam yang mendung dan sejuk mata memandang….juga seperti lautan biru yang terbentang luas, memukul ombak dengan damai dan sesekali menerjah naluri dengan seribu ketenangan…
Tapi itu semua tidak akan berlaku…kerana diri begitu kerdil sekali….cukuplah dengan zikir-zikir penenang jiwa seperti pepohon yang kita tidak Nampak berzikir dan memuji Ilahi. Saya ingin setenang dengan kekuatan diri sendiri, saya ingin sedamai hati dengan monolog sendiri…..saya yakin dengan ketentuan ilahi….
Dan saya inginkan kekuatan membuang rasa cinta terhadap seorang insan yag bernama Lelaki , saya gerun dan takut dengan kelalaian hati….hati menangis dan tangisan saya semakin berpanjangan. Hanya Allah tempat mengadu….saya tiada kekuatan ..untuk mencintai dirinya, membuatkan bahagia namun garis panduan islam makin beraja di hati…adakah insan bernama Lelaki akan mencintai akan kederhanaan diri ini?????
Saya ingin bahagia….dan saya tahu, satu hari nanti kebaikan ini akan dibalas kebaikan……insyaAllah………….

03 April 2007

Secebis Hati

Istighfar - opick

Laa ilahaa'illa anta Ya hayyu ya qoyyum
Subhanallah wabihamdihi
Subhanallah hiladzim
Kubuka jendela pagi di udara yang letih
Deru geram nyanyian jaman
Bersama berjuta wajah kuarungi mimpi hari
Halalkan segala cara untuk hidup ini
Nafsu jiwa yang membuncah
Menutupi mata hati
Seperti terlupa bahwa nafaskan terhenti
Astaghfirullah,astaghfirullah,astaghfirullah, aladzim 2x Kubuka jendela pagi dan dosapun menghampiri
Suara jerit hati kuingkari
La ilaha illa anta ya Subhanaka inni kuntu Minallahdholimin

iLa ilaha illa anta ya Subhanaka inni kuntu Minallahdholimin


Secebis hati saya berkata-kata dengan lagu indah ini...cukup mendamaikan sekali..Saya jarang-jarang dengar lagu-lagu nasyid sekarang..apatah lagi dengan liriknya ala-ala cinta. Saya bosan dengan nasyid cintan cintun ini. Menepati citarasa saya sekadar Raihan, Hijjaz dan, Erm,,nyanyian Ustaz Akil Hayy boleh tahan sedap juga....vokalnya mantap dan memang berpatutan memilikinya. Saya gemarkan lagu-lagu winter sonata - instrumentalnya dan zikir-zikir..koleksi-koleksi zikir dan nasyid ada dalam PC dan lap top kesayangan. Wajarnya, sebab lagu-lagu yang menyentuh perasaan membuatkan minda saya berfungsi dengan lebih baik untuk menulis. Bagi saya, menulis dan membaca sebenarnya menajamkan minda dan membuatkan kita untuk berfikir secara lebih kritis lagi. Menulis dan membaca akan membuatkan kita jadi lebih tenang dan selesa... Fikiran lebih terbuka dan kita akan senang membuat hujah. Logiknya, dengan surah pertama yang Allah turunkan "Iqra ...= bacalah.... Selamat Membaca...................Jadi..ayuh..kita baca!!!