Pages

11 April 2007

Air Tangan Mak

Sebekas sambal goreng ikan bilis dan sambal ikan

Ianya mengundang satu perasaan halus hari ini. Sambal dari mak…sedapnya. Saya tak dapat nak menolak permintaan adik saya untuk membawanya kepada saya. Padahal, adik saya yang manja dengan ayah itu sibuk di UTM. Dia pulang ke kampung kerana ada urusan di sana. Tapi sudah terlanjur, jadi saya alu-alukan dirinya bawa masakan dari “air tangan mak.”
Air tangan mak, memang sedap. Cukuplah hanya masakan ringkas ini, mengubat sedikit kerinduan kepada kampung halaman. Kampung saya sebenarnya dekat sahaja, tapi rasa macam jauh pulak…(ketawa) jauh dari mata tetapi dekat di hati.


Ke mana kaki kita melangkah, Utara, Selatan, Barat, Timur, London, Paris, USA, Australia………dan ke mana sahaja …kita akan rindukan masakan mak di kampung. Air tangan mak paling berhantu sekali. Bermacam gerai(mamak, restoren, western,seafood….) ahh…-macam lagi…jika tidak menepati citarasa pastinya akan kita bandingkan dengan masakan mak, ibu, mama….mesti tak sesedap yang mak masak…kan?? Jangan harap memandang kari pekat gerai mamak (bagi saya) sebab memang tidak setanding kari mak…alih-alih makanan harian di KL adalah sambal goreng ikan (ikan pun rasa macam tak basuh bersih) telan jugak..apa kan daya…bersama dengan sayur tauge…tambah sikit sambal belacan…selera jugak…(orang melaka..mesti tak tinggal sambal belacan)

Kalau bernasib baik, sebulan adalah sesekali my office will buat makan-makan. Kat sini, masakan kampung..tak boleh cerita lah..sedap memang sedap……tapi memang TAK SAMA…!!
Balik kampung…..suruh mak masak itu dan ini……..teringat kepada kawan yang mempunyai seorang abang yang agak-agak manja….


Mak..jangan lupa buat kuih keria..lama dah Fais tak makan……si Junisa (isteri) tak lulus lagi…… (isteri baru belajar memasak)

Mak gelak dan tersenyum simpul, memandang menantu kesayangan yang menjeling-jeling suami yang tergelak-gelak melayan karenah si Aiman dan Afrina. Buat tidak nampak.
Mak angguk. Sambil mata mencari keledek di dalam kotak. Harap-harap ada..takut anak kempunan.


Kat JB…dahlah kecik…mahal….tak sedap….!!mak buat ye….

Mak angguk lagi…tetap buat…penat pun tetap buat….

Mak…….buat sambal ikan…….

Aik…?sambal ikan pun nak mak buat???

JB lain lah..ni nak merasa masakan mak..bila lagi nak balik kampung….bukan selalu ye mak……………??

Senyum simpul..untuk anak…mak akan buat semua…mak penat pun mak akan buat. Mak akan terbongkok-bongkok mengupas keledek……mak akan tersenyum bahagia,kerana anaknya merindui masakannya …….itu saat manis bagi seorang “mak” yang mengerah “air tangannya” untuk anak yang dirindui…..Hatinya puas…..

Itu juga saat manis bagi anak…kerana kerinduan itu sudah lenyap dengan masakan “air tangan mak”…….

Rindulah pada mak
Rindulah pada kenangan mak
Rindulah pada manisnya senyuman mak
Rindulah pada jemari halus yang mengusap
semasa kecil
Rindulah pada tangan yang membahagiakan
Rindulah pada ketenangan wajah mak
Rindulah pada sebuah harapan seorang mak

Untuk mak,
Terima kasih dengan
Sebekas sambal goreng
Terima kasih,
Untuk sepiring sambal ikan……..

Untuk mak,
Kerinduan itu berlandaskan kasih sayang
Kerinduan itu berlandaskan perhubungan suci
Saya anak mak

Saya memang anak mak
Saya adalah anak terbaik mak
Yang mak lahirkan dari rahim mak…
Sayalah itu……………….
Dan kita semua anak mak…….

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama20/4/07 12:45

    Bermakna sekali cerita ini....sungguh berkesan ke dalam hati saya.................
    Terima kasih

    saya juga anak mak

    BalasPadam