Saya Demam....kerja tidak berapa menjadi..selesema....kesiannya...makan apa, tiada rasa dan bau..tidak sedap langsung.....diuji..ujian...menguji????? Saya kongsikan petikan ini untuk semua ya....!! Demam boleh terjadi tanpa sebarang sebab, seperti selepas bersenam atau pun terjadi akibat perubahan fisiologi badan seperti di dalam kes jangkitan kuman. Kuman yang mengjangkiti badan dikenali sebagai pirogen. Istilah ini sebenarnya yang berasal dari perkataan Greek (pyro=api;gen=penyebab) bermaksud sebarang bahan yang menyebabkan kenaikan suhu apabila memasuki badan.
Bahan-bahan lain yang diketahui boleh menyebabkan kenaikan suhu termasuklah ubat-ubatan, penyakit seperti kanser dan serangan penyakit jantung, dadah dan racun. Perlu diterangkan juga bahawa kenaikan suhu badan boleh juga terjadi di dalam keadaan kejutan panas akibat suhu persekitaran yang tinggi. Di dalam keadaan kejutan panas, aktiviti kehilangan haba dari badan akan berlaku melalui perpeluhan dan pengembangan salur darah menjadi perlahan. Semasa kejutan ini terjadi, kehilangan peluh yang banyak sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan kerana mangsa kejutan akan mengalami kekurangan bendalir dalam badan atau dehidrasi. Suhu badan semasa kejutan terjadi boleh melebihi 24 darjah Celcius, pada takat suhu ini kulit mangsa akan menjadi kering, koma dan mungkin kematian. Sekiranya rawatan tidak diberikan secara agresif dan pantas, kemungkinan pesakit maut adalah tinggi sehingga boleh mencapai 80 peratus daripada semua kes kejadian kejutan panas.
Salam,
BalasPadamSemasa kanak-kanak dahulu, almarhum ayah ana pernah kata bahawa demam itu bahang dari neraka. Masa itu saya tidak ambil kisah sangat dan saya tidak tahu samada benar atau tidak. Kata ayah lagi demam ini juga akan dekatkan diri kita dengan Allah. Sebab bila demam kita akan ingat mati. Bila ingat mati kita akan ingat Allah.
Semasa dewasa ada ustaz beritahu ana, kalau dapat musibah contohnya demam, jangan hebohkan sangat. Kalau sakit perut jangan salahkan makanan atau orang yang jual makanan. Kalau tersepak batu jangan salahkan batu sebaliknya ucapkan alhamdulillah katanya lagi.
- anis sabirin
Salam anis,
BalasPadamTerima kasih dengan "demam"
Betul kata anis..
Semoga demam ini memberikan sesuatu kebahagiaan untuk ana juga kalian sana...
Alhamdulillah