Pages

20 Januari 2010

Mardihah Adam Cafe'

Pagi yang dingin
Memberikan banyak inspirasi kepada diri. Saya acapkali tewas dengan nafsu lalai. Lalai mengemudi jemari saya dengan baik untuk manuskrip yang masih terbengkalai. Rindu juga kepada kenang-kenangan bagaimana saya tekun menulis untuk novel pertama dahulu. Setahun mengambil masa. Waktu pagi ketika cuti, saya berteman dengan langsir yang perlahan melambai dengan angin dingin. Berbekal semangat, sebuah buku mencatat plot, dan adakala saya rehatkan diri dengan menggoreng cucur enak untuk sarapan kepada teman-teman. Semua itu berlanjutan sehingga tengahari. Seterusnya membawa ke tidur yang sungguh lena. Kepuasan dan ketelitian saya perolehi meski ketika itu saya terang-terangkan kepada diri bahawa belum tentu manuskrip ini diterima oleh sesiapa. Tetapi kerana ketabahan, saya menulis dan mencongak kepada diri, 'Jika rezeki, impian ini pasti saya perolehi'.

Musim berganti
Angin tetap memberikan nafas. Dedaunan yang jatuh dan kemudian ia menjadi kering dan pepohon akan tetap menggantikan dedaunan kembali. Saya mencongak kepada perubahan diri untuk setahun yang lepas. Ia sama seperti setiap makhluk ciptaan tuhan. Manusia akan melalui fasa kehidupan. Manis. Sedih. Kecewa. Gembira. Air mata dan ketawa.

Saya menjadi penulis

Cita teragung saya adalah menjadi Penulis Sepenuh Masa. Terbayang di minda saya akan bersama sebuah cafe ringan milik sendiri. Bersama sebuah komputer riba comel berwarna merah jambu, secangkir kopi hangat dan sekeping donut. Saya mungkin ketika itu sedang meneliti manuskrip entah ke berapa. Mencari ilham di dalam Cafe'. Mungkin ketika itu ramai rakan penulis menjadikan cafe' ini sebagai teman mencari ilham juga. Ahhh..tingginya angan saya.

Mardihah Adam Cafe'
Ia adalah Cafe penuh milik saya, yang didirikan dengan konsep moden dan islamik. Beberapa kenalan akan menghirup kopi dengan menjelajah dunia facebook, mencari bahan pelajaran dan ketawa membaca di meja sudut. Beberapa kanak-kanak akan membaca di sudut tersendiri.
Setiap keluarga akan selesa di sini.Sebuah surau yang lengkap bersama perpustakaan kecil turut akan disertakan. Ia mungkin di tingkat dua. Bertemakan 'Dunia Buku', kalian akan menjelajah setiap struktur cafe dengan jalinan sentuhan skrin yang tidak akan mengecewakan. Sebuah panggung mini untuk lelaki dan perempuan. Pengasingan akan saya terapkan. Konsep Bar Islamik dan permintaan setiap buku dengan pengarangnya akan dilayan sebaik mungkin oleh pelayan cafe saya yang menutup aurat dan manis-manis belaka. Anda akan berteman dengan 4 tingkat Mardihah Adam Cafe'. Segalanya di sini.

Apa kemahuan anda di sini, akan dimakbulkan! Mardihah Adam Cafe' akan menjelajah minda anda, dan mungkin ia akan terbit dalam manuskrip saya kelak!!!

Kalian pasti merindui cafe ini!
Ahhhh...bahagianya saya menjadi Penulis Sepenuh Masa dengan Mardihah Adam Cafe' yang akan terletak strategik di tengah bandar Kuala Lumpur. Saya tersenyum sendiri. Angan-angan yang amat tinggi nilainya. Penuh eksotik!

14 Januari 2010

BACA@LRT


Tarikh : 16 Januari 2010
Masa : 10:00pagi
Hari : Sabtu
Tempat : Terminal LRT Gombak
Mari beramai-ramai.....

07 Januari 2010

Terima kasih



Isteri
Dengan sekali lafaz, saya sah sebagai isteri kepada Mohd Rustham Bin Abdul Rahman. Terima kasih kerana menerima saya. 'Bukan cantik, tetapi hati'...itu ungkapnya yang hampir membuatkan saya menitiskan air mata.

Hujan
Ia turun tanda rahmat ketika majlis berlangsung. Terima kasih kepada semua teman, rakan-rakan , sahabat seperjuangan yang 'Meraikan Cinta' ini. Hadiah dan ucapan tahniah bersilih ganti. Doakan rumahtangga ini sehingga ke akhir hayat dan hingga ke syurga.

Lama tidak menulis, membuatkan saya sedikit kaku dan tercari-cari bahan. Setengah jam lepas, bahan saya hilang tanpa saya simpan. Entah mana silap saya, sehingga cuai.

Bahan Blog
Saya tidak mahu menulis lebih panjang lagi. Mungkin akibat bahan saya hilang dan saya kehilangan arah. Kaku juga tercari-cari. Saya termenung lama di depan komputer ini.

Masih sempat saya ucapkan 'Selamat Tahun Baru 2010' untuk semua.

Terima kasih untuk keluarga
Bonda ;Pn Latifah Md Yusoff
Ayahanda ;Mohd Tamin Bin Othman
Along ; Mohd Fais & isteri, Junisa Abdullah. Afrina, Aiman & Irfan.
Angah ; Mohd Hasni & isteri, Rashidah. Amar, Athirah & Amir.
Abang Chik ;Mohd Fared
Kak Teh & Kak Chik ; Nor Raihan & Nor Raidah si kembar
Ude ; Nor Hazimah
Busu ; Nor Hazirah

Saudara mara yang dikasihi
Saudara Yus a.k.a Matt Ranggie
Saudara Dzunain Hanafiah
Nurin Adlina Basir
Nordiana Mohd Nasir
Abdul Rahman & Kak Aiza
Kakitangan Bank Negara Malaysia
Rakan-rakan seperjuangan.
Sahabat sahabiah POLIMAS
Teman Sekolah Rendah dan Menengah

dan semua yang terlibat untuk 'Raikan Cinta'