Pages

07 Januari 2010

Terima kasih



Isteri
Dengan sekali lafaz, saya sah sebagai isteri kepada Mohd Rustham Bin Abdul Rahman. Terima kasih kerana menerima saya. 'Bukan cantik, tetapi hati'...itu ungkapnya yang hampir membuatkan saya menitiskan air mata.

Hujan
Ia turun tanda rahmat ketika majlis berlangsung. Terima kasih kepada semua teman, rakan-rakan , sahabat seperjuangan yang 'Meraikan Cinta' ini. Hadiah dan ucapan tahniah bersilih ganti. Doakan rumahtangga ini sehingga ke akhir hayat dan hingga ke syurga.

Lama tidak menulis, membuatkan saya sedikit kaku dan tercari-cari bahan. Setengah jam lepas, bahan saya hilang tanpa saya simpan. Entah mana silap saya, sehingga cuai.

Bahan Blog
Saya tidak mahu menulis lebih panjang lagi. Mungkin akibat bahan saya hilang dan saya kehilangan arah. Kaku juga tercari-cari. Saya termenung lama di depan komputer ini.

Masih sempat saya ucapkan 'Selamat Tahun Baru 2010' untuk semua.

Terima kasih untuk keluarga
Bonda ;Pn Latifah Md Yusoff
Ayahanda ;Mohd Tamin Bin Othman
Along ; Mohd Fais & isteri, Junisa Abdullah. Afrina, Aiman & Irfan.
Angah ; Mohd Hasni & isteri, Rashidah. Amar, Athirah & Amir.
Abang Chik ;Mohd Fared
Kak Teh & Kak Chik ; Nor Raihan & Nor Raidah si kembar
Ude ; Nor Hazimah
Busu ; Nor Hazirah

Saudara mara yang dikasihi
Saudara Yus a.k.a Matt Ranggie
Saudara Dzunain Hanafiah
Nurin Adlina Basir
Nordiana Mohd Nasir
Abdul Rahman & Kak Aiza
Kakitangan Bank Negara Malaysia
Rakan-rakan seperjuangan.
Sahabat sahabiah POLIMAS
Teman Sekolah Rendah dan Menengah

dan semua yang terlibat untuk 'Raikan Cinta'

5 ulasan:

  1. Tahniah (Ya Allah, maaf, maksu miss jemputan tu, entah kenapa, sibuk kot hujung2 tahun hari tu).

    all the best, happy new year

    BalasPadam
  2. Ummu Nawal8/1/10 17:08

    selamat kembali menulis, tertunggu-tunggu entri terkini dari dihah...semoga sinar kebahagiaan terus mewarnai kehidupan kalian berdua..tahniah dihah & rustham!

    BalasPadam
  3. Tahniah...penulisan anda sungguh menarik dan kemas. Saya ingin belajar daripada saudari. Silalah komen dan beri tunjuk ajar dlm penulisan blog sy...terima kasih=)

    BalasPadam
  4. tahniah tahniah... sumuga Allah jadikan ia satu perkahwinan yang kekal abadi penuh keharmonian, keberkatan, dan kerahmatan...

    BalasPadam
  5. selamat pengantin baru [maaf baru perasan]..

    tahniah.. :)

    BalasPadam