Pages

29 Januari 2008

RINDU

Saya rindu betul menulis…….semoga Allah masih melapangkan masa saya bersama jemari yang terus akan melayari. Idea-idea saya moga bercambah semula. Sinar kembali menyatukan minda saya ke satu tujuan. Saya jadi kaget di depan ahlami (lap top). Buntu dan akhirnya saya biar ia sendiri dan kemudian ditutup begitu sahaja. Ke mana hilangnya saya yang dulu? Suram, Kelam dan mata saya akan terpejam.....

18 Januari 2008

Cekodok@jemput-jemput Rasa Sayang


Bahan-bahan :

Tepung gandum secukup rasa –bergantung kepada bilangan tetamu/sahabiah/sahabat
yang ingin dijamu.

Bawang besar dihiris-hiris
Ikan bilis secukupnya ditumbuk
Daun sup/bawang dihiris halus
Tauge (Jika berkenan di hati)
Cili hidup warna merah juga dihiris-hiris
Telur 1 biji
Garam secukup rasa
Air masak
Minyak
Sos cili/sos tomato untuk dicicah.

Pesanan : Menu ini selalunya dihidangkan semasa sarapan pagi/sarapan petang/makan tengah malam, ketika perut lapar dan jemu menikmati roti canai. Apa salahnya bertukar menu dan berjimat dengan masakan sendiri. Senang dibuat dan senang dimakan. Betul kan? Jangan lupa, bancuh sekali nestlo atau Nescafe panas. Kopi pun sedap juga.

Selamat mencuba.!

Sabda Rasulullah SAW :
"Yang halal sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas dan diantaranya ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhat), banyak orang yang tidak tahu : apakah ia masuk bahagian yang halal atau haram? Maka barangsiapa menjauhinya kerana ingin membersihkan agama dan kehormatannya maka ia selamat; dan barangsiapa mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir ia akan jatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah terlarang, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah! Bahwa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan, ingat pula bahwa larangan Allah itu adalah semua yang diharamkan" (HR Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW :

"Seorang hamba Allah tidak akan berpindah dua kakipun pada hari kiamat, sampai ia mampu menjawab empat hal: umurnya bagaimana dihabiskan, pengetahuan bagaimana diamalkan, hartanya bagaimana dinafkahkan serta tubuhnya bagaimana digunakan atau diboroskan" (HR.Tirmidzi).

14 Januari 2008

~Janji ~


Semoga ketenangan itu setenang
Alir yang mengalir
Setenang bait-bait zikir,
Ya Ilahi,
Cintamu mendakap rapi,
Pada janji Awal Muharam
Yang tersimpul rapi.

09 Januari 2008

Tazkirah Tahun Baru

Seorang sahabiah saya mengirimkan tazkirah menarik ini. Terlanjur saya masih tertanya-tanya bahan untuk tahun baru, akhirnya saya temui sesuatu. Lewat ini saya agak sibuk dan sentiasa berdepan dengan sesuatu yang membuatkan saya banyak terfikir. Alhamdulillah, Allah itu masih menyayangi hati-hati ini dan semua umatNya.

TAHUN baru ini, samada masihi atau hijrah meninggalkan catatan sejarah yang terukir dalam diari kehidupan setiap insan. Masa untuk kita bertafakur meraba nilai diri yang dicalit oleh tinta yang penuh noda.

Hitam dan putih, dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan, untung dan rugi, kegagalan dan kejayaan, semua itu mematangkan peribadi.

Rasanya baru sekejap anak dilahirkan, merangkak dan berlari, kini sama tinggi dengan ayah dan ibu mereka. Melihat cermin, nampak kulit semakin kedut, uban tumbuh di sana sini, hari-hari semakin sibuk melayari dunia yang mencabar keimanan.

Ada satu amalan paling sesuai dilakukan malam ini, bukalah album kenangan masa lalu dan letakkan ia di hati. Singkap lembaran demi lembaran yang mengandungi gambar mengenai kehidupan kita. Kemudian cuba fikirkan beberapa persoalan mengenai takdir yang anda lalui sepanjang tahun ini.

Betapa lemahnya daya ingatan kita, apatah lagi mahu menjawab beberapa soalan yang menjadi rahsia Tuhan ke atas diri kita. Mungkin ada yang menolak takdir ke atas dirinya, tapi selepas dijalani akhirnya Tuhan membuka matanya melihat bahawa takdir itu baik dan membawa kebahagiaan dalam hidupnya.

Allah Maha Mengasihi hamba-Nya yang reda lagi berusaha mempertingkatkan kualiti diri walaupun mereka diuji dengan cabaran dunia. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanaman-tanaman di bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang, lalu kami jadikan (tanaman-tanamannya) laksana tanaman-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang berfikir.”

Apa saja pencapaian yang kita peroleh atas hasil usaha di dunia ini hanyalah setitis daripada rahmat-Nya yang dituang dalam hati kita. Begitu juga kegagalan dan musibah yang berlaku adalah supaya kita lebih dekat kepada Allah dan bergantung sepenuh pengharapan setelah sebelumnya kita berasa gagah dan hebat menguasai medan kehidupan.

Ketika membuka album hati yang menyimpan rahsia diri, seorang hamba Allah akan menjumpai kecacatan dan aib diri yang apabila tersingkap pasti sungguh memalukan. Tetapi Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan benar-benar membuka segala-galanya pada hari penghisaban nanti.

Bolehkah anda membayangkan jika di dunia ini Allah membuka satu persatu rahsia kita di hadapan manusia? Pastinya kebencian dan penghinaan yang akan kita dapat setiap hari. Al-Imam Muhammad bin Wasi’ pernah berkata: “Seandainya dosa itu dapat dicium baunya, tentu tiada seorangpun manusia mahu mendekati diriku.”

Untuk itu, Umar berwasiat: “Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab dan timbanglah amalmu sebelum kamu ditimbang kerana sesungguhnya kamu melakukan hisab terhadap dirimu sendiri pada hari ini akan lebih memudahkan bagi kamu menjalani hisab pada hari kiamat.”

Al-Quran menceritakan keadaan manusia ketika menghadapi penghisaban di mahkamah Allah yang bermaksud: ”Dan diletakkan kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: “Aduhai celaka kami, Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis) dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juga pun.”

Sesungguhnya amalan muhasabah diri lebih baik daripada ibadat sepanjang malam dalam keadaan hati dibiarkan lalai. Bagaimanakah cara kita mengetahui adakah hati kita lalai atau tidak? Rasulullah SAW menilai kelalaian hati dengan jauhnya seseorang daripada membaca al-Quran dan merenungi dirinya.

Sesuai dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang melakukan qiyam dengan membaca sepuluh ayat, maka dia tidak akan dicatat sebagai orang yang lalai. Barang siapa yang membaca seratus ayat, maka dia dicatat sebagai orang yang khusyuk. Dan barang siapa yang membaca seribu ayat maka dia dimasukkan ke dalam golongan orang yang memperoleh pahala yang melimpah-limpah.” - (Hadis riwayat Abu Daud)

Tanda-tanda kelalaian berkait rapat dengan sengatan hawa nafsu ke atas hati kita. Rasulullah SAW sentiasa berdoa sebelum memulakan khutbahnya yang bermaksud: “Segala puji bagi Allah, kami memohon pertolongan, petunjuk dan ampunan kepada-Nya dan kami memohon perlindungan daripada keburukan hawa nafsu dan dosa-dosa kami.”

Hawa nafsu pada hakikatnya adalah bekalan bagi manusia untuk menjalani kehidupan. Ia bersifat tercela melainkan bagi mereka yang dirahmati Allah sesuai dengan perkataan Nabi Yusuf dalam al-Quran yang bermaksud: “Kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” - (Surah Yusuf, ayat 53)

Saat bermuhasabah, kita boleh merasai apakah kekuatan yang selama ini menunggangi keperibadian kita? Apakah kekuatan hawa nafsu atau keimanan? Dalam diri kita hanya ada dua kekuatan itu, silih berganti yang satu memenangi perlawanan terhadap yang lain.

Perlawanan itu berlangsung sepanjang hayat kita hingga akhirnya. Firman Allah yang bermaksud: “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.”

Selepas beribu batu perjalanan ditempuhi, eloklah berhenti sejenak sambil bertafakur untuk memastikan adakah jalan itu betul dan lurus sesuai dengan matlamat asal kita. Dari mana kita datang, untuk apa kita berjalan dan ke mana kita kita tuju? Kembalilah kepada Allah sebelum segala berakhir dengan kesengsaraan abadi.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan peliharalah dirimu daripada (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).”

Tidak ada ucapan selamat kepada mereka yang mensia-siakan hidupnya walaupun setiap tahun mereka menyambut perayaan tahun baru dengan gilang-gemilang. Yang sepatutnya diberi ucapan itu adalah orang yang cekal dan gigih memperjuangkan imannya hingga menemui Tuhannya dengan hati yang reda.

Ahlan Wa Sahlan 1429Hijrah.

Terima kasih khas untuk semua yang membaca laman serba sederhana ini. Juga sahabiah dan sahabat yang menyokong.

-Maafkan saya andai ada ruang di dalam ini yang tidak cukup dan tidak menambahkan apa-apa, tetapi saya percaya, usaha saya, adakala bukan seratus peratus untuk blogging. Ilmu yang saya ada masih seperti setitis air yang menitis dari lautan luas, umpama jari yang dicelup, basahnya di jari itu adalah ilmu kita semua.

Wassalam

Thanks to WNH

03 Januari 2008

Face So Clear On Video Mahhhh!!


Tindakan Bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek satu tindakan wajar. Letak jawatan dan selepas ini, beliau bolehlah menjadi reporter seperti yang dimaklumkan kepada wartawan.

Soi Lek mengaku beliau adalah orang yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang salinan cakera video digital (DVD) perlakuan itu diedarkan secara meluas di Johor sejak empat hari lalu. Mengulas insiden ini, bermakna banyak spekulasi tentang kepimpinan di bawah Barisan Nasional yang mengamalkan Islam Hadhari, sewajarnya saya melihat ini sebagai hadiah tahun baru kepada BN. Tahniah..Mabruk !! Kepala Perdana Menteri dan menteri kebinet ternyata gusar dan terlalu pecah perut apabila memikirkan barangkali selepas ini banyak lagi DVD menteri-menteri bersama dayang-dayang kesayangan mereka yang tidak lagi diketahui umum akan terbongkar. Bukan menfitnah tetapi sebaliknya, Soi Lek sendiri mengaku bahawa terdapat 200 sms mengutuk pemimpin tertentu.

“Saya menerima tidak kurang 200 SMS mengutuk pemimpin tertentu parti yang saya tidak akan dedahkan kerana sebaik sahaja saya beredar, saya tidak mahu lihat parti saya berpecah,” katanya.

Sejauh mana kebenaran, dan istilah memecahkan “RAHSIA” membuka pekung rahsia kerajaan dan menteri-menterinya. Saya beralih kepada kepercayaan Pak Lah yang kemudian mengeluarkan kenyataan berikut :

Perdana Menteri menegaskan, keputusan Naib Presiden MCA itu dibuat setelah mengambil kira kesan-kesan buruk yang mungkin menjejaskan imej parti dan kerajaan.

“Saya anggap ia satu keputusan yang wajar memandangkan perkembangan (isu) yang berlaku begitu singkat.

“Saya ucapkan terima kasih kepada beliau yang telah mengambil kira kesan-kesan buruk yang mungkin menimpa parti dan kerajaan. Beliau telah mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku,” kata Abdullah pada sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri di sini petang ini.

Beliau mengulas langkah Soi Lek meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan, semua jawatan parti dan Ahli Parlimen Labis berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat oleh Soi Lek selepas menilai reaksi rakyat yang tidak menerima permohonan maafnya.

Saya sebagai rakyat Malaysia berhati Islam yang bukan Hadhari, mengutuk tindakan ini dan sewajarnya beliau meletak jawatan dan terus terang saya anggap ini satu perkara yang memalukan, mengaibkan dan menjijikkan bangsa Malaysia juga sebegai Menteri meski beliau adalah seorang yang berbangsa Cina. Dalam laman Zaharuddin.net seorang pengunjung Malaysia Today menyelar :

"written by raven1958, January 01, 2008 | 18:37:30

How not to admit loooo!!!! Face so clear on video mahhhhh...no other choice but to admit....to deny would have been to say that Malaysians were deaf and blind....

Saya juga menyeru agar kalian bangkit mempertahankan maruah Bangsa Malaysia yang murni dan mulia. Meski Islam, Cina, India dan semua bangsa. Saya juga menyelar keperibadian beliau sebagai Menteri Kesihatan yang melakukan perkara ini. Seharusnya ini menjadi satu kebangkitan kita supaya berfikir kepimpinan sebenar yang kita idamkan adalah terang dan bersinar mengambang.

Semoga 2008, memberikan kita kematangan untuk menilai dan menjatuhkan korupsi, rasuah, peperangan media, ketelusan pilihanraya, mainan politik yang saya anggap sebagai jenayah, ketidakadilan dan persinggahan yang boleh kita jadikan alat untuk sebuah kemenangan. Tindakan kita adalah memilih kepada kebenaran. Ayuh, pejuang islam. Penulisan ini adalah bantuan saya kepada Islam dan semoga ianya menjadikan kita matang dalam menilai baik buruk organisasi pilihan seterusnya dalam kepimpinan sebuah Negara. TAKBIR!

Oleh ,

qudwah_mardihah

02 Januari 2008

Belajar

Salam Perpaduan Tahun 2008
U all yang mana ye?


  • Belajar masak bagi power lagi..
  • Belajar buat air bagi best lagi
  • Balajar tersenyum sokmo lagi
  • Belajar menjahit walau tak tahu menjahit..jahit butang baju boleh lah sikit-sikit.
  • Belajar simpan duit banyak-banyak…Sebab nak tunang ke, kahwin ke, masjlis hari jadi ke, cukur jambul ke, habiskan duit ke pesta buku ke dan penting, sedekah ke rumah anak-anak yatim.
  • Belajar habiskan membaca semua buku yang dah beli meski tak habis-habis lagi
  • Belajar membaca,membaca,membaca dan membaca lagi
  • Belajar menulis,menulis,menulis dan menulis lagi
  • Belajar menyayangi orang lain seadanya…aicehhh
  • Belajar muhasabah diri lagi
  • Belajar untuk bohong sunat..hihihi (jangan buat..kalo buat, tak tahulah)
  • Belajar baca Al-Quran sebolehnya kalian baca bersama tafsir, lebih bagus dan manfaat
  • Belajar solat dengan ketenangan
  • Belajar pergi tazkirah (bagi yang tak pernah pergi….hmm, baik lekas-lekas pergi) banyak manfaatnya.
  • Belajar dengar kaset al-quran, nasyid dan tazkirah Ustaz hensem , Aqill Hayy dalam kereta dan penyanyi nasyid lain.
  • Belajar angkat telefon dengan tenang, jangan gelabah-gelabah masa di opis
  • Belajar kemaskini jadual perbelanjaan diri. Makan 1 hari kena tulis, walau 10 sen. Walau beli pisang goreng di kedai makcik bawah.
  • Belajar simpan duit dalam Tabung Haji (sape tak masuk lagi, g buat cepat)
  • Belajar simpan syiling. 50 sen, 20 sen, 10 sen, 5 sen dan 1 sen. Asingkan ikut kategori dan masuk bila ada lebih lepas balik dari shopping Sogo dan makan ABC atau secret recipe. Duit ini boleh guna masa urgent!
  • Belajar buat kerja dengan keyakinan, usaha dan tawakal, Doa dan sentiasa tahu, setiap apa yang dilakukan adalam kerana Allah s,w.t
  • Juga belajar menghargai perasaan dan kasih sayang yang Allah berikan. Sentiasa Istiqamah dalam gerak kerja, persahabatan dan keluarga.
  • Belajar jadi isteri/suami/ibu/ayah/kawan/teman/sahabat/datuk/nenek/tan sri/puan sri/dato’/datin/mr/ms dan pangkat-pangkat yang sewaktu dengannya. Namun setiap hikmah, kita dijadikan, biar apa pangkat dan darjat, kita serupa di sisi Allah.
  • Belajar menghargai diri sendiri. Doa..
  • Belajar betulkan lap top sendiri..sedihnya diri!
  • Belajar menghargai kebaikan orang lain dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka

Erm, entry ini tuju khas untuk semua yang saya sayang……….ada nak tambah atau update diri anda dengan senarai ini? Senaraikan dan muhasabah diri. Bagi yang ingin menambah, saya alu-alukan. Ini, entri kenang-kenangan sempena tahun 2008. Chayok..chayok!