Pages

03 Januari 2008

Face So Clear On Video Mahhhh!!


Tindakan Bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek satu tindakan wajar. Letak jawatan dan selepas ini, beliau bolehlah menjadi reporter seperti yang dimaklumkan kepada wartawan.

Soi Lek mengaku beliau adalah orang yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang salinan cakera video digital (DVD) perlakuan itu diedarkan secara meluas di Johor sejak empat hari lalu. Mengulas insiden ini, bermakna banyak spekulasi tentang kepimpinan di bawah Barisan Nasional yang mengamalkan Islam Hadhari, sewajarnya saya melihat ini sebagai hadiah tahun baru kepada BN. Tahniah..Mabruk !! Kepala Perdana Menteri dan menteri kebinet ternyata gusar dan terlalu pecah perut apabila memikirkan barangkali selepas ini banyak lagi DVD menteri-menteri bersama dayang-dayang kesayangan mereka yang tidak lagi diketahui umum akan terbongkar. Bukan menfitnah tetapi sebaliknya, Soi Lek sendiri mengaku bahawa terdapat 200 sms mengutuk pemimpin tertentu.

“Saya menerima tidak kurang 200 SMS mengutuk pemimpin tertentu parti yang saya tidak akan dedahkan kerana sebaik sahaja saya beredar, saya tidak mahu lihat parti saya berpecah,” katanya.

Sejauh mana kebenaran, dan istilah memecahkan “RAHSIA” membuka pekung rahsia kerajaan dan menteri-menterinya. Saya beralih kepada kepercayaan Pak Lah yang kemudian mengeluarkan kenyataan berikut :

Perdana Menteri menegaskan, keputusan Naib Presiden MCA itu dibuat setelah mengambil kira kesan-kesan buruk yang mungkin menjejaskan imej parti dan kerajaan.

“Saya anggap ia satu keputusan yang wajar memandangkan perkembangan (isu) yang berlaku begitu singkat.

“Saya ucapkan terima kasih kepada beliau yang telah mengambil kira kesan-kesan buruk yang mungkin menimpa parti dan kerajaan. Beliau telah mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku,” kata Abdullah pada sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri di sini petang ini.

Beliau mengulas langkah Soi Lek meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan, semua jawatan parti dan Ahli Parlimen Labis berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat oleh Soi Lek selepas menilai reaksi rakyat yang tidak menerima permohonan maafnya.

Saya sebagai rakyat Malaysia berhati Islam yang bukan Hadhari, mengutuk tindakan ini dan sewajarnya beliau meletak jawatan dan terus terang saya anggap ini satu perkara yang memalukan, mengaibkan dan menjijikkan bangsa Malaysia juga sebegai Menteri meski beliau adalah seorang yang berbangsa Cina. Dalam laman Zaharuddin.net seorang pengunjung Malaysia Today menyelar :

"written by raven1958, January 01, 2008 | 18:37:30

How not to admit loooo!!!! Face so clear on video mahhhhh...no other choice but to admit....to deny would have been to say that Malaysians were deaf and blind....

Saya juga menyeru agar kalian bangkit mempertahankan maruah Bangsa Malaysia yang murni dan mulia. Meski Islam, Cina, India dan semua bangsa. Saya juga menyelar keperibadian beliau sebagai Menteri Kesihatan yang melakukan perkara ini. Seharusnya ini menjadi satu kebangkitan kita supaya berfikir kepimpinan sebenar yang kita idamkan adalah terang dan bersinar mengambang.

Semoga 2008, memberikan kita kematangan untuk menilai dan menjatuhkan korupsi, rasuah, peperangan media, ketelusan pilihanraya, mainan politik yang saya anggap sebagai jenayah, ketidakadilan dan persinggahan yang boleh kita jadikan alat untuk sebuah kemenangan. Tindakan kita adalah memilih kepada kebenaran. Ayuh, pejuang islam. Penulisan ini adalah bantuan saya kepada Islam dan semoga ianya menjadikan kita matang dalam menilai baik buruk organisasi pilihan seterusnya dalam kepimpinan sebuah Negara. TAKBIR!

Oleh ,

qudwah_mardihah

4 ulasan:

  1. Tanpa Nama3/1/08 10:35

    Dia sudah letak jawatan, jadi saudari mau apa lagi?

    Mardhiah

    BalasPadam
  2. Dihah, selamat tahun baru... :) Semoga tercapai cita2 dan beroleh kebahgiaan dunia n akhrat :)

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama3/1/08 23:28

    Mudah-mudahan semua ambik iktibar dari peristiwa spt ni, apa-apa saja leh jd kepada makhluk..Kun Fayakun..Jd bersiap sedia dalam apa jua keadaan , bila-bila saja nikmat boleh ditarik...

    Masa berfikir pasal peristiwa ni..teringat dengan peristiwa seorang yang mengaku pernah berzina di hadapan Rasulullah SAW..Mulianya hati baginda , sehingga baginda seakan-akan tidak menerima pengakuannya (ingin pengaku tu bertaubat)..tp hukum tetap hukuman..akhirnya pengakuan penzina tu (penzina mgkn lagi rela dihukum di dunia) membuatkan dia dijatuhkan hukuman yang dianjurkan Islam..Islam tidak suka menghukum , tp kalo hukuman itu sesuai dan pengakunya mengaku (dengan Izin Allah) ni menjadi iktibar , teladan pd org lain..

    Zaman skrg ni media massa , teknologi semuanya makin berkembang..hati-hatila..risau juga kpd pasangan yang sudah bernikah jika kes2 seperti ni berlaku (rakaman cctv etc) ..jd minta doa pdNya selalu agar dijauhkan benda-benda yang tidak diingini.....

    JazakAllah

    BalasPadam