Pages

02 Januari 2008

Belajar

Salam Perpaduan Tahun 2008
U all yang mana ye?


  • Belajar masak bagi power lagi..
  • Belajar buat air bagi best lagi
  • Balajar tersenyum sokmo lagi
  • Belajar menjahit walau tak tahu menjahit..jahit butang baju boleh lah sikit-sikit.
  • Belajar simpan duit banyak-banyak…Sebab nak tunang ke, kahwin ke, masjlis hari jadi ke, cukur jambul ke, habiskan duit ke pesta buku ke dan penting, sedekah ke rumah anak-anak yatim.
  • Belajar habiskan membaca semua buku yang dah beli meski tak habis-habis lagi
  • Belajar membaca,membaca,membaca dan membaca lagi
  • Belajar menulis,menulis,menulis dan menulis lagi
  • Belajar menyayangi orang lain seadanya…aicehhh
  • Belajar muhasabah diri lagi
  • Belajar untuk bohong sunat..hihihi (jangan buat..kalo buat, tak tahulah)
  • Belajar baca Al-Quran sebolehnya kalian baca bersama tafsir, lebih bagus dan manfaat
  • Belajar solat dengan ketenangan
  • Belajar pergi tazkirah (bagi yang tak pernah pergi….hmm, baik lekas-lekas pergi) banyak manfaatnya.
  • Belajar dengar kaset al-quran, nasyid dan tazkirah Ustaz hensem , Aqill Hayy dalam kereta dan penyanyi nasyid lain.
  • Belajar angkat telefon dengan tenang, jangan gelabah-gelabah masa di opis
  • Belajar kemaskini jadual perbelanjaan diri. Makan 1 hari kena tulis, walau 10 sen. Walau beli pisang goreng di kedai makcik bawah.
  • Belajar simpan duit dalam Tabung Haji (sape tak masuk lagi, g buat cepat)
  • Belajar simpan syiling. 50 sen, 20 sen, 10 sen, 5 sen dan 1 sen. Asingkan ikut kategori dan masuk bila ada lebih lepas balik dari shopping Sogo dan makan ABC atau secret recipe. Duit ini boleh guna masa urgent!
  • Belajar buat kerja dengan keyakinan, usaha dan tawakal, Doa dan sentiasa tahu, setiap apa yang dilakukan adalam kerana Allah s,w.t
  • Juga belajar menghargai perasaan dan kasih sayang yang Allah berikan. Sentiasa Istiqamah dalam gerak kerja, persahabatan dan keluarga.
  • Belajar jadi isteri/suami/ibu/ayah/kawan/teman/sahabat/datuk/nenek/tan sri/puan sri/dato’/datin/mr/ms dan pangkat-pangkat yang sewaktu dengannya. Namun setiap hikmah, kita dijadikan, biar apa pangkat dan darjat, kita serupa di sisi Allah.
  • Belajar menghargai diri sendiri. Doa..
  • Belajar betulkan lap top sendiri..sedihnya diri!
  • Belajar menghargai kebaikan orang lain dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka

Erm, entry ini tuju khas untuk semua yang saya sayang……….ada nak tambah atau update diri anda dengan senarai ini? Senaraikan dan muhasabah diri. Bagi yang ingin menambah, saya alu-alukan. Ini, entri kenang-kenangan sempena tahun 2008. Chayok..chayok!

5 ulasan:

  1. Tanpa Nama3/1/08 00:02

    Pesan Rasulullah SAW
    Ambiklah kesempatan sebelum datangnya lima perkara - hargailah

    Belajar menghargai masa lapang sebelum masa sibuk
    Belajar menghargai waktu muda sebelum waktu tua
    Belajar menghargai waktu sihat sebelum datangnya sakit
    Belajar menghargai waktu kaya(nikmat) sebelum miskin
    Belajar menghargai hidup (buru iman) sebelum mati menjemput kita

    Belajar menghargai kesemua nikmat pemberianNya (rezeki, keluarga, pancaindera, orang sekeliling) sebelum ditarik balik
    Belajar dari yang ahlinya dalam byk perkara (hal dunia ke , akhirat ke )
    Belajar menerima sesuatu yang kita tidak jangka (kematian/kehilangan/kerosakan dll) - Syukur nikmat Allah
    Belajar ...Belajar...Belajar dari pengalaman lepas....

    Semuanya dari Allah..dari situ kita belajar ...Jika kita berusaha untuk belajar pasti Allah bukakan jalan-jalan ke arah itu..
    Jalan menuju syurga tu penuh ranjau dan duri..
    Hidup di dunia umpama penjara bagi orang-orang yang beriman....Burulah Syurga...

    Belajar Mengenal dan dekat padaNya..Adakah kita benar-benar beriman , jika kita tidak diuji?

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama3/1/08 10:40

    Belajar menghormati perbezaan pendapat dan life style dan belajar bahawa yang mau diserukan ke arah kebiakan itu sebenarnya lebih baik dari yang menyeru.

    Belajar bagaimana mau jadi "down to earth"

    Mardhiah

    BalasPadam
  3. diya rasa.. diya nak belajar tajwid skali lagi... byk dh lupa. sgala idgham, ikhfak, mad2. adehhh. bile adik tanya soklan pendidikan islam, mula lah blanko tahap dewa. buek malu ajo. hehe

    BalasPadam