Pages

29 Ogos 2011

Salam Aidilfitri




Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Berhati-hati di jalan raya

Jangan main mercun

Kawal kolestorel anda

25 Ogos 2011

Almond London

DSC03567


Rasa berhabuk pun ada blog ini. Chep Dihah asyik bikin kukis di rumah. Iyalah, duduk seorang dengan encik abang kerja syift malam. Jadinya saya ambil kesempatan kerana tiada gangguan dan gurau mesra *ops..terlebih sudaaaa! untuk membuat biskut raya. Tahun kedua berhari raya bersama suami dan tahun pertama pula saya membuat biskut. Tahun lepas kerana oven tiada, jadinya beli sahajalah! Tahun ini, saya memancarkan keaslian kepakaran saya memasak! Yeah!

Teringat zaman bujang dulu kala – balik rumah mak di kampung. Buat macam-macam jenis biskut. Sebab adik beradik ramai. Along, angah, abang chik, kembar, Ude dan busu kalau lepas raya pasti akan bawa balik beberapa balang biskut dari rumah emak. Bawa balik ke asrama pun ada! Dan tempahan pakcik saudara memang juga tersenarai. Pak Dek memang setiap tahun akan beli biskut raya dari emak. Katanya, beli tempat lain, tak sedap! Cheh! Jadinya, tukang buat pastilah saya! Antara yang tersenarai setiap tahun pastinya biskut coklat nestum, biskut coklat cip : resipi asli dari emak. Nanti esok malam saya mahu membuatnya dan InsyaAllah saya kongsikan resipi nanti.

Oh, bulan ini memang rehat menulis. Lalalalala.

Okey kawan-kawan, ini resipinya. Memang sebelum membuat telefon emak memanjang. Buku resipi terlupa mahu disalinnya. Saya rasa sama sahaja resipi ini dari blog-blog yang lain, maaf ya jika ada tersama atau terkurang. Saya memang tak guna timbang-timbang kilo. Saya main campak-campak dan masuk sahaja tepung bila adunan masih basah. Selang selikan dengan tepung jagung dan tepung ros. Tapi seyes, memang sedap dan rangup!

Selamat mencuba.

Almond London

1 cawan marjerin
5 sudu gula
1 biji telur
Sedikit esen vanilla
10 sudu susu tepung
1 cawan tepung ros @ tepung gandum *
1 cawan tepung jagung *
1 cawan badam mesin
badam panggang / terpulang mahu letak atau tak *Chep Dihah tak letak. Badam mahal. Hikkkssss
*diayak

Hiasan
Badam cincang
Coklat masakan,
Paper cup


Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula. Pukul guna senduk je. masuk esen dan telur.
2. Kacau perlahan. kemudian masuk badam halus dan susu tepung.
3. Kacau dan masuk tepung jagung dan gandum@tepung ros.
4. Gaul dan kalau bancuhan basah, masuk tepung dan masuk kedua-dua tepung lagi.
Gaul adunan ikut basah.
5. Kemudian bulat-bulatkan adunan secara panjang dan masukkan badam di dalamnya . *jadi inti.. bakar suhu 180 dalam 20 minit.
6. Masak dan sejukkan.

Hiasan.

1. Masak coklat secara double bioler.
2. Letak kuih dalam paper cup. cedok coklat yang cair tadi ke atas almond london.
3. Tabur badam cincang.
4. Siap!

18 Ogos 2011

Berpindah negerikah?

Gambar hanya hiasan semata-mata. Terima kasih pakcik google.


Selepas beberapa episod yang berlalu dan saya fikir harus mencari jalan selamat.
Jalan selamatkah? Saya sedang terfikir untuk mengubah haluan, membuka kembali gaya penulisan sebenar saya tanpa ‘halangan’ dan ‘kekangan’ yang sedang melanda diri seketika. Puas saya berfikir dan sentiasa juga bertanya teman-teman. Ajaibnya, saya diharungi rasa bersalah pula.

Berpindah negeri? Ya, manuskrip yang sentiasa akan mengalir kelak, harus dipelbagaikan penerbitnya. Mahu atau tidak, saya harus segera dan bukan memaksa diri untuk menulis menepati kehendak sesuatu penerbit. Meluaskan karya dan genre diri harus saya perhalusi dan mencari penerbit yang memahami diri saya. Penerbit yang sentiasa memberikan rasa, penerbit yang mengekalkan mutu dan citarasa penulis itu sendiri. Bunga penulisan saya akan lebih terserlah jika sebegini. Andaian. Adakah saya membuat andaian sendiri ? Atau ketika fikiran sentiasa berputar untuk ‘masa depan’ diri sendiri. Adakala terus terang saya katakan, saya masih mencari identiti ketika menulis. Menulis yang tidak menyeronokkan datang apabila dihambat dengan ‘peraturan’ membahasakan dan membudayakan penulisan. Namun, saya tetap dengan misi memertabatkan Bahasa Melayu. Kelonggaran sebenarnya juga perlu bagi mengindahkan mutu penulisan. Tetapi penulis sebenarnya harus mengikut syarat penerbit dan meletakkan diri seratus peratus ketika menulis.

Berita menyedihkan kerana manuskrip saya di KIV kan. Namun tetap saya positifkan diri untuk mengetahui perkembangannya kelak atau saya mungkin menarik balik 3 bab manuskrip tersebut dan meneruskan beberapa baki bab dengan menukar banyak ‘bunga cerita’, mencantikkan dengan selera saya dan mahu menghantarnya ke sebuah penerbit lain.

PTS sebenarnya tetap di hati saya! Kerana saya bermula dan karya saya dilahirkan di sini. Anak sulung sehinggalah yang ketiga. Rasa sedih memang teramat sangat meski emel yang saya terima tetap memberikan harapan untuk saya menanti dan manuskrip berkenaan harus dikategorikan di bawah genre lain. Juga harus diubah banyak plot untuk lebih catchy!

Menarik nafas juga saya ketika itu! Banyak yang saya fikirkan.

Juga sebuah manuskrip lengkap sebanyak 16 bab diholdkan oleh PTS One. dan kemudian saya tarik balik lantas membawa keinginan saya ‘menjual’ manuskrip berkenaan ke PTS Pop. Saya tetap mahu mencuba genre fantasi saya yang satu itu. Saya membawa harapan besar untuk manuskrip fantasi yang sungguh saya idamkan.
Terlalu! Dan hari ini saya masih menanti balasan emel editor untuk perkembangan. Jika menerimanya semula, saya akan menyerahkan keseluruhan kepada editor. Jika tidak maka saya akan layangkan kepada mana-mana penerbit lain.

Saya tidak akan putus semangat!

12 Ogos 2011

Nasi tomato merah

DSC03560




Gambar di atas, nasi tomato yang saya janjikan mahu kongsi resipinya. Senang membuatnya dan amat sedap! Boleh ditambah dan dinikmati dengan ayam masak merah ya kawan-kawan.




Blog ni sudah menjadi seperti blog resipi pulak ya? Bukan selalu, lagi-lagi mood sekarang memang ke arah genre masakan. Jadinya apa yang saya memasak boleh sahaja dikongsikan dan silalah cuba ya kawan-kawan. Manalah tahu teringin makan ke, teringin mencuba ke. Saya alu-alukan copy paste resipi saya. Tetapi gambar eloklah dicreditkan pada blog ini ya.

Okey, saya mahu bercerita mengenai manuskrip saya. Novel ke empat masih ditukangi. Entah bila mahu siapnya, Ya Rabbi! Kemudian belum siap novel keempat, dua proposal saya layangkan dan masih menanti khabar beritanya. Mudah-mudahan diterima walau saya dimaklumkan novel humor saya ada masalah dengan tajuknya. Maka, 16 tajuk sudah saya layangkan. Makanya – doa dan berharap! Editor sudah berpesan, jangan patah semangat dan dia akan membantu mengusahakan projek kali ini. Oh – editor memang membuat saya berdiri dengan tabahnya sekarang ini. Terima kasih banyak-banyak Faizah. *banyak yang saya belajar dari editor ini sebenarnya. Yang pasti, saya doakan kebaikan dan kebahagiaan semua yang banyak membantu saya.

Eh, terover tulis pula rasanya. Ingat mahu kongsi resipi. Sudah panjang pula menaipnya. Excited pula bercerita mengenai manuskrip saya! Eceh!

Okey, mari semak resipi ya.

Nasi tomato.



Oleh: Chep Dihah


sumber : Chef Henieliza.

3 cawan beras
4 cawan air
½ cawan susu cair
4 sudu besar sos tomato. *chep dihah guna tomato puree.
2 buah tomato dipotong dadu.
2 batang serai
Daun pandan
Garam

Bahan tumis

2 sudu mentega.
Bawang besar *dihiris halus
Bawang putih *dihirs halus
Halia *dihiris halus
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang
Sedikit buah pelaga
Sedikit bunga cengkih

Cara-cara

1. Basuh beras dan rendamkan 15 minit. Toskan beras dan masuk ke dalam periuk nasi.
2. Masukkan tomato, air, susu, sos tomato, garam, serai yang diketuk dan daun pandan, Masak seperti memasak nasi biasa.
3. Tumiskan semua bahan-bahan penumis dan masukkan di dalam periuk nasi tadi. Kacau nasi dan pastikan sebati.
4. Nasi siap dan bolehlah dhias dengan daun bawang atau daun sup.

Saya ambil resipi ini dari buku masakan oleh Chef Hanielieza yang diterbitkan oleh PTS. Saya ubah suai cara memasak mengikut citarasa sendiri. Derhaka namanya. Saya tumis bahan penumis di atas dan masukkan penumis di dalam nasi yang sedang mendidih. Ngeee….

Senang bagai bukan? Juga amat sedap dengan ayam masak merah hasil tangan saya. Cheh!

09 Ogos 2011

Sagu lautan aiskrim

DSC03548

Amacam? Boleh layan dengan pencuci mulut paling menarik abad ini? Saya derhakakan resipi ini. Apa-apa pun boleh dibuat dengan sekelip mata jika bahannya ada. Seronok menikmatinya. Terasa cair-cair aiskrim dan sagu tersebut masuk ke dalam tekak dengan amat mabeles! Susu cair juga menyentap naluri saya selepas bertarawikh!

Encik abang memang tak suka dengan pencuci mulut ini. Tetapi sebab sagu berkenaan saya tutup rapat di dalam bekas dan disimpan di dalam peti sejuk! Fuh – rasanya bila sejuk lagi mantap! Mahu mencuba, mari saya kongsikan resipi ya.

Maaf noo…. ingatkan mahu kongsikan resipi nasi tomato dan ayam masak merah. Esoklah ya.

Sagu lautan aiskrim. *entah apa nama resipi ni..layan!

Oleh: Chep Dihah

Bahan-bahan

A
1 cawan sagu dibasuh bersih
2 cawan air.

B
1 cawan gula pasir
Gula merah *ikut kesukaan masing-masing
1 cawan air.

C
1 tin susu cair.
Aiskrim

Cara-cara:

1. Masak air (A) sehingga mendidih. Masukkan sagu dan masak sehingga sagu kembang. Sagu dikeluarkan dan ditoskan di tapis. Lalukan dengan air masak dan tapis.
2. Masak bahan B sehingga pekat. Sejukkan
3. Masukkan sagu di dalam bekas, tuangkan susu cair. *susu cair boleh digantikan dengan santan. Air gula diletakkan dua sudu dan letakkan aiskrim.
4. Boleh dinikmati lepas berbuka puasa ya. Mahu lebih sedap, bolehlah ditambah coklat cip.

Senang bagai bukan?

08 Ogos 2011

Mee Goreng Basah Mardihah

DSC03529






Sudah masuk hari ke 8, kita berpuasa. Alhamdulillah. Malam tadi, malam pertama sembahyang terawikh bersama encik abang di Masjid Najihin, Bandar Sri Permaisuri. Almaklumlah, encik abang shift kerja malam, Seminggu sudah, tarawikh seorang diri sahaja di rumah. Huwaaa..Kerja menulis juga langsung tidak saya sentuh. Entah apa agaknya virus 'M' sudah melanda.

Walau perut sudah kembung kerana makan sedap! Saya tetap menimati makan dengan sederhana juga. Tidaklah minum air bergelas-gelas seperti zaman kanak-kanak dulu. Sampai terbongkok-bongkok selepas makan! Makan juga tidak bertambah kerana berjaya tidak makan nasi selama satu minggu. Saya cuma makan nasi ketika berbuka puasa hari Sabtu dan Ahad sahaja. Cis! Habis diet saya seminggu!

Sabtu malam, encik abang bekerja juga. Maknanya saya memang tidak dapat ke mana-mana walau ada jemputan berbuka puasa bersama alumni Polimas di Kajang. Tuntutan tanggungjawab isteri harus saya lebihkan dahulu kerana encik abang akan bergerak ke tempat kerja selepas waktu berbuka dan selepas bersolat maghrib.

Eh, hari ini tetap mahu kongsi resipi terbaru dari saya. Rasa macam tak seronok ya, jika tak menulis tanpa resipi di blog ini. Eceh !

Mee goreng basah hasil tangan saya boleh dikategorikan sebagai salah satu hidangan yang paling encik abang suka ! Paling membuatkan kami berselera makan dengan senyuman berpanjangan dari encik abang. Berbuka puasa sebenarnya biar sederhana. Sesekali ke pasar ramadhan saya kira boleh sahaja. Tetapi saya lebih suka memasak dan sekadar menjamu mata melihat keriuhan pasar ramadhan. Dalam tempoh 8 hari, baru 2 kali saya menjengah. Mencari murtabak dan melihat ragam semua pengunjung !

Okey kawan-kawan, mari kita semak resipi dan bolehlah mencubanya untuk menu berbuka nanti.

Lazat o!

Mee Goreng Basah Mardihah.

Oleh : Chep Dihah

Bahan-bahan.

Sepeket mee dibasuh.
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4 sudu cili mesin
10 ekor udang besar
2 keping kepingan ikan. *Fishcake namanya. Entah nama melayu saya tak tahu mahu translatekan. Ngee!
Beberapa biji bebola ikan
3 sudu Sos tiram
½ cawan kicap manis
2 biji telur
2 gelas air
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Sayur tauge *kuantiti berdasarkan kesukaan
Sayur sawi *kuantiti berdasarkan kesukaan
Daun sup dan daun bawang *dihiris halus

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan cili sehingga garing. Kemudian masukkan
udang, bebola ikan dan kepingan ikan.
2. Masak sehingga naik bau dan masukkan dua gelas air. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, sedikit garam dan serbuk perasa.
3. Pecahkan telur dan tunggu mendidih. Jika mahu mee lebih basah, bolehlah ditambah air.
4. Masukkan sayur sawi dan gaul rata. Kemudian masukkan mee.
5. Kacau mee sehingga rata dan masukkan pula sayur tauge.
6. Masukkan daun bawang dan daun sup. Separuh dari bahan boleh ditabur ketika menghidang. Rasa, warna – hitam atau merah mee boleh ditambah mengikut kesukaan dan selera masing-masing.

Banyak lagi resipi menanti untuk dipublishkan. Nasi tomato saya menjadi-jadi cantiknya. Ditambah dengan ayam masak merah. Insya-Allah, esok saya kongsikan ya!

03 Ogos 2011

Apam Yogurt Kukus

266523_10150256382329516_829239515_7408196_1988154_o

Bergumbira!

Iyalah, mari sama-sama memberikan semangat kepada diri sendiri sambil melayan resipi
Apam yogurt kukus paling sedap dalam dunia ini. Lama saya berjanji mahu berkongsi resipi ini. Hari ini rasa rajin pula menaip. Eceh !
Sebetulnya saya memang suka dengan apam yogurt ini. Memang terbaik dan senang membuatnya. Teksturnya lembut, gebu-gebu dan rasanya ada masam-masam yogurt dan susu sedikit! Saya memang bukan penggemar yogurt. Tetapi bila sudah dibikin apam, jadi sedap pula rasanya! Ramai sudah memujinya. Ahaks! Chep Dihah bila masak memang sedap ya! Ngeee…..

Paling penting, mesti ada pengukus, acuan comel berwarna merah dan acuan comel kertas untuk membuatnya. Tekun, ikhlas bila membuat dan senyum sahaja selepas menyaksikan apam ini tersenyum mekar. Bab memasak apam ini, saya memang sudah jadi gila kentang rasanya! Hari-hari mahu sahaja saya membuat resipi baru, menggodek dan mencari resipi baru untuk encik abang makan. Rasa macam gila masak pun ada ni!

Okey alls, mari semak resipi.

Sumber: Izahdaut , ramai juga blogger masakan yang buat resipi ini. Dihah tak sempat save semua nama. Maaf ya, izinkan saya masuk resipi dalam blog ini nooo.

2 cawan tepung gandum.
1 sudu kecil baking powder.*ayak bersama tepung gandum.
2 cawan gula. (Chep Dihah guna 1 cawan sahaja) 2 cawan manis sangat
1 cawan yogurt asli *tak kisah apa-apa brand.
1 sudu besar ovellette
2 biji telur
perasa coklat *emulco
perasa keladi atau apa-apa perasa yang suka.

* Panaskan kukus.
* Kesemua bahan di pukul dengan kelajuan maksimum kecuali perasa coklat.
Pukul sehingga Kembang - putih dan pekat macam yogurt. Selalunya ambil masa 5 ke 10 minit.

Asingkan adunan kepada dua bekas.
adunan 1 : mahu rasa apa-apa pun okey, nak letak keladi ke, pisang ke, biasa pun okey.
adunan 2 : satu bekas letak perasa coklat

Sudukan atau piping adunan 1 dalam acuan kertas yang diletakkan dalam acuan plastik kecil. Piping adunan 2 sedikit ke atas adunan 1.

Letak jarak-jarak mangkuk plastik di atas pengukus. kukus dengan air yang mendidih dan api besar untuk mendapatkan apam tersenyum mekar. hehehe

Kukus selama 15 minit ya.
Bolehlah kawan-kawan buat untuk berbuka puasa nanti ya!

Tengok gambar di atas, ada rasa mahu senyum sampai nampak gigikan? Senyum sampai petang. Lalalalala

02 Ogos 2011

Malas

Malas menjawab telefon, kemudian malas membalas sms kawan-kawan. Adakala sms dari suami juga saya malas mahu membalasnya. Sehingga diperli berkali-kali. Adakala terasa pula hilang kekuatan diri. Tiada lagi senyuman bahagia menyambut diri. Semangat hilang deras sebelum bulan Ramadhan tahun ini.

Pagi pertama Ramadhan, dinihari. Memeluk kejap tubuh suami. Mata kemudian memandang kalimah Allah SWT yang jelas dilindungi oleh kayu yang dicorak ukiran khat.

Tuhan, jangan putuskan semangat diri. Jangan putuskan kekuatan ini untuk bernaung atas nama kasih sayangMu itu. Tuhan, jangan pintaskan putus asa lagi dalam jiwa ini. Kemudi ia dengan seribu kekuatan zikir kepadamu.

Air mata pantas mengalir lagi dan lagi. Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah.