Pages

08 Ogos 2011

Mee Goreng Basah Mardihah

DSC03529






Sudah masuk hari ke 8, kita berpuasa. Alhamdulillah. Malam tadi, malam pertama sembahyang terawikh bersama encik abang di Masjid Najihin, Bandar Sri Permaisuri. Almaklumlah, encik abang shift kerja malam, Seminggu sudah, tarawikh seorang diri sahaja di rumah. Huwaaa..Kerja menulis juga langsung tidak saya sentuh. Entah apa agaknya virus 'M' sudah melanda.

Walau perut sudah kembung kerana makan sedap! Saya tetap menimati makan dengan sederhana juga. Tidaklah minum air bergelas-gelas seperti zaman kanak-kanak dulu. Sampai terbongkok-bongkok selepas makan! Makan juga tidak bertambah kerana berjaya tidak makan nasi selama satu minggu. Saya cuma makan nasi ketika berbuka puasa hari Sabtu dan Ahad sahaja. Cis! Habis diet saya seminggu!

Sabtu malam, encik abang bekerja juga. Maknanya saya memang tidak dapat ke mana-mana walau ada jemputan berbuka puasa bersama alumni Polimas di Kajang. Tuntutan tanggungjawab isteri harus saya lebihkan dahulu kerana encik abang akan bergerak ke tempat kerja selepas waktu berbuka dan selepas bersolat maghrib.

Eh, hari ini tetap mahu kongsi resipi terbaru dari saya. Rasa macam tak seronok ya, jika tak menulis tanpa resipi di blog ini. Eceh !

Mee goreng basah hasil tangan saya boleh dikategorikan sebagai salah satu hidangan yang paling encik abang suka ! Paling membuatkan kami berselera makan dengan senyuman berpanjangan dari encik abang. Berbuka puasa sebenarnya biar sederhana. Sesekali ke pasar ramadhan saya kira boleh sahaja. Tetapi saya lebih suka memasak dan sekadar menjamu mata melihat keriuhan pasar ramadhan. Dalam tempoh 8 hari, baru 2 kali saya menjengah. Mencari murtabak dan melihat ragam semua pengunjung !

Okey kawan-kawan, mari kita semak resipi dan bolehlah mencubanya untuk menu berbuka nanti.

Lazat o!

Mee Goreng Basah Mardihah.

Oleh : Chep Dihah

Bahan-bahan.

Sepeket mee dibasuh.
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4 sudu cili mesin
10 ekor udang besar
2 keping kepingan ikan. *Fishcake namanya. Entah nama melayu saya tak tahu mahu translatekan. Ngee!
Beberapa biji bebola ikan
3 sudu Sos tiram
½ cawan kicap manis
2 biji telur
2 gelas air
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Sayur tauge *kuantiti berdasarkan kesukaan
Sayur sawi *kuantiti berdasarkan kesukaan
Daun sup dan daun bawang *dihiris halus

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan cili sehingga garing. Kemudian masukkan
udang, bebola ikan dan kepingan ikan.
2. Masak sehingga naik bau dan masukkan dua gelas air. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, sedikit garam dan serbuk perasa.
3. Pecahkan telur dan tunggu mendidih. Jika mahu mee lebih basah, bolehlah ditambah air.
4. Masukkan sayur sawi dan gaul rata. Kemudian masukkan mee.
5. Kacau mee sehingga rata dan masukkan pula sayur tauge.
6. Masukkan daun bawang dan daun sup. Separuh dari bahan boleh ditabur ketika menghidang. Rasa, warna – hitam atau merah mee boleh ditambah mengikut kesukaan dan selera masing-masing.

Banyak lagi resipi menanti untuk dipublishkan. Nasi tomato saya menjadi-jadi cantiknya. Ditambah dengan ayam masak merah. Insya-Allah, esok saya kongsikan ya!

1 ulasan:

  1. selamat berpuasa... nak oder mee goreng satu hehe

    BalasPadam