Rasa berhabuk pun ada blog ini. Chep Dihah asyik bikin kukis di rumah. Iyalah, duduk seorang dengan encik abang kerja syift malam. Jadinya saya ambil kesempatan kerana tiada gangguan dan gurau mesra *ops..terlebih sudaaaa! untuk membuat biskut raya. Tahun kedua berhari raya bersama suami dan tahun pertama pula saya membuat biskut. Tahun lepas kerana oven tiada, jadinya beli sahajalah! Tahun ini, saya memancarkan keaslian kepakaran saya memasak! Yeah!
Teringat zaman bujang dulu kala – balik rumah mak di kampung. Buat macam-macam jenis biskut. Sebab adik beradik ramai. Along, angah, abang chik, kembar, Ude dan busu kalau lepas raya pasti akan bawa balik beberapa balang biskut dari rumah emak. Bawa balik ke asrama pun ada! Dan tempahan pakcik saudara memang juga tersenarai. Pak Dek memang setiap tahun akan beli biskut raya dari emak. Katanya, beli tempat lain, tak sedap! Cheh! Jadinya, tukang buat pastilah saya! Antara yang tersenarai setiap tahun pastinya biskut coklat nestum, biskut coklat cip : resipi asli dari emak. Nanti esok malam saya mahu membuatnya dan InsyaAllah saya kongsikan resipi nanti.
Oh, bulan ini memang rehat menulis. Lalalalala.
Okey kawan-kawan, ini resipinya. Memang sebelum membuat telefon emak memanjang. Buku resipi terlupa mahu disalinnya. Saya rasa sama sahaja resipi ini dari blog-blog yang lain, maaf ya jika ada tersama atau terkurang. Saya memang tak guna timbang-timbang kilo. Saya main campak-campak dan masuk sahaja tepung bila adunan masih basah. Selang selikan dengan tepung jagung dan tepung ros. Tapi seyes, memang sedap dan rangup!
Selamat mencuba.
Almond London
1 cawan marjerin
5 sudu gula
1 biji telur
Sedikit esen vanilla
10 sudu susu tepung
1 cawan tepung ros @ tepung gandum *
1 cawan tepung jagung *
1 cawan badam mesin
badam panggang / terpulang mahu letak atau tak *Chep Dihah tak letak. Badam mahal. Hikkkssss
*diayak
Hiasan
Badam cincang
Coklat masakan,
Paper cup
Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula. Pukul guna senduk je. masuk esen dan telur.
2. Kacau perlahan. kemudian masuk badam halus dan susu tepung.
3. Kacau dan masuk tepung jagung dan gandum@tepung ros.
4. Gaul dan kalau bancuhan basah, masuk tepung dan masuk kedua-dua tepung lagi.
Gaul adunan ikut basah.
5. Kemudian bulat-bulatkan adunan secara panjang dan masukkan badam di dalamnya . *jadi inti.. bakar suhu 180 dalam 20 minit.
6. Masak dan sejukkan.
Hiasan.
1. Masak coklat secara double bioler.
2. Letak kuih dalam paper cup. cedok coklat yang cair tadi ke atas almond london.
3. Tabur badam cincang.
4. Siap!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan