Pages

30 Januari 2012

Mr Pai Epal 17

Hik Hik Hik...(sambil tutup mulut dengan jemari) Ini gaya Yaya ketawa malu! Hahaha.

Alhamdulillah, berjaya juga saya menulis dari jam 8 malam ke 12 tengah malam. Sakit pinggang ni haaa! Ceh! Sambil televisyen yang melihat dan menemani saya! Facebook saya tinggalkan sebab kalau ber'Facebook saya memang tak fokus menulis.

Minggu ini bab ke 17 berjaya saya sempurnakan. So tak mo lah bebel-bebel lagi kan? Jom kita layannnn! Lepas siap bab ini, barulah boleh ber'Facebook kan? Ngeeee

leeminho_113
Nanti Chef Izz Amir akan serius wajahnya bila mengajar Yaya di dapur Pai Epal Cafe! Hik hik hik (Ko tunggu, Yaya!)


Bunyi bip telefon bimbit kedengaran. Aku capai segera telefon yang berada di dalam kocek seluarku. Nama ‘Mr Pai Epal’ tertera jelas. Aku tersenyum panjang. Rasa berdebar-debar pun ada! Bukan selalu SMS dari lelaki ini bertandang. SMS dari Izz Amir akan bersilih ganti 3 kali sehari. Hanya 3 kali, okey! Pagi, tengahari dan malam. Aku kini agak senang dengan hubungan persahabatan kami ini. Fatin hari-hari asyik berpesan, jangan sampai ibu tahu dan jangan sampai ibu menghidu hubungan ‘teman tapi mesra’ kami ini.

Selepas sesi temuduga pagi tadi, barulah aku tahu bahawa Izz Amir rupa-rupanya seorang chef! Chef yang handsome empat belas juta kali, okey ? Ingatkan dia tauke Pai Epal Cafe sahaja. Arah itu ini semua kan ? Rupa-rupanya dia pandai memasak. Mesti dapur akan berbau wangi sahaja kan ? Melati dan Lily yang juga baru tahu mengenai 'Chef Izz Amir' terkejut melopong ! Lily lagilah hairan, kerana fikirnya Izz Amir itu hanya tauke Pai Epal Cafe sahaja. Haih, kalaulah aku duduk di dapur masakan bersamanya, mesti hari-hari aku akan pengsan dan jari terkena pisau sampai berdarah-darah! Hari-hari wajib pergi klinik !

+Amboi-amboi Yaya, gatai nooo !
-Hahahahaha ! Bukan selalu Yaya bergatal-gatal macam ni, tau !
+Cepat buka sms tu ! Asyik berangan saja.

Aku tersengih lagi seperti kerang busuk ! Pantas aku memandang skrin telefon.

Kalau lelaki yang berikan awak baju kurung cantik tu, mahu berkahwin dengan cik Yaya sayang, kan ? Cik Yaya sayang setuju ke ?

Aku tersenyum lagi seorang diri. Menutup mulut aku dengan jemari sambil terhik hik hik hik memerhati skrin telefon berkenaan. Tergedik rasa hati dengan jiwa melantun-lantun bahagia. Soalan cepu emas tahap gaban ! Ini soalan jiwang-jiwang yang tiada dalam soalan peperiksaan SPM. Kembang kembang rasa perut dan rasa ada bunga sakura melatari. Rak buku dan bau buku segera menyelinap menusuk hidung ini. Operasi mencari buku dan bahan rujukan untuk Izz Amir terbantut seketika. Lily dan Melati entah ke mana menyelinap mencari buku seperti yang aku mahukan. Skrin telefon bimbit aku pandang berkali-kali. Tak jemu menatapnya. Senyum melebar lagi.

Pantas aku menaip balasan SMS. ‘Soalan SPM yang susah mahu dijawab!’

“Amboi, ni nak cari buku ke atau nak cari jodoh. Tersenyum-senyum macam kerang busuk cik Yaya kita ni! Siapa SMS? Chef Izz Amir ke?” Lily tiba-tiba terpacul dan menghulurkan sebuah buku agama kepadaku. Terus aku menutup telefon bimbitku tanpa sempat membalasnya. Kacau daun betul si Lily ni! Aku ambil buku yang dihulurkan oleh Lily. Tajuk yang menarik dan kavernya juga cantik. Aku cepat-cepat memasukkan telefon bimbit ke dalam kocek seluarku. Aku belek-belek kandungan buku berkenaan.

“Fatin yang SMS !” aku sudah pandai berbohong. Melati dari kananku pula datang dan menghulurkan sebuah lagi buku untukku.

Buku dari Melati turut sama aku ambil dengan senyuman. “Buku yang ni pun sesuai.” Aku meneliti lagi buku berkenaan. Tajuknya, ‘Hidayah’. Sesuaikah buku ini untuk Izz Amir ?

Lily tersengih lagi sambil menepuk-nepuk bahuku, “Haih, tak lama lagi, kita dapat makan nasi minyaklah Melati ! Cik Yaya kita ni hatinya dah dimiliki !”

Melati ketawa. Aku mencebik dan menjeling Lily. Suka menyakat memang bidang tugas Lily. “Aku nak nasi minyak special! Yang ada sambal belacan khas dari Pai Epal Café! Dimasak oleh chef Izz Amir!” serentak itu mereka berdua ketawa lagi.

“Okeylah kalau nak sambal belacan. Senang katering nak buat! Pengantin lelaki mana boleh masak memasak. Jadi pengantin kenalah diraikan!” aku menyampuk menghangatkan suasana. Kami bertiga memandang lagi buku di atas rak yang tersusun rapi dan kemas. Lily tersenyum.

“Amboi! Dah fikir jadi pengantin nampaknya!” Lily mengusik lagi. Aku menjelirkan lidah. Kami sama-sama ketawa.

“Cepatlah cari buku! Kita nak pergi makan lagi lepas ni, kan?” aku memberi arahan. Mahu segera mereka menghentikan usik mengusik terhadapku. Melati sudah beralih ke sebuah rak di hadapanku dan mencari buku yang sesuai untuk Izz Amir. Lily turut sama segera di rak kedua. ‘Projek Memutihkan Hati Mr Pai Epal’ kini lebih bermakna dengan kehadiran Lily yang baru sahaja tahu cerita ini dari Melati. Aku pandang Lily yang tekun mencari bahan bacaan untuk Izz Amir. Kelak nanti, aku juga mahu Lily bersamaku menyertai ceramah mingguan seorang ustaz di masjid berdekatan bandar. Melati memang cepat sahaja mendapatkan jadual ceramah dari Masjid Abu Bakar. Bersemangat sungguh Melati untuk projek kali ini. Kalau aku boleh membawa Melati meyertai misi kali ini, Lily pasti juga boleh, bukan?

“Habis, hati kita ni putih sangatlah ? Projek putihkan hati mr pai epal konon !” suara Lily kedengaran di halwa telinga. Kenangan perjumpaan kami malam tadi di hadapan rumahku menyinggah di minda.

“Terlanjur tu, belilah dua tiga buku untuk kita. Buku doa-doa seharian pun bagus juga.” Melati memberi cadangan.

“Untuk mr pai epal perlu satu juga !” aku membuat cadangan.

Melati dan Lily memandang aku. Serentak mereka menjawab, “Okey, cik Yaya sayang!”

Dan kami bertiga ketawa lagi.

Lily memandang aku, “Esok selepas habis kau temuduga kita pergi kedai buku dan borong buku untuk Izz Amir! Mana tahu, dia terharu, dan sebak ke kan?” Lily terangguk-angguk. Aku tersenyum dan kini memandang lagi buku yang tersusun. Kami menyusun rancangan bersama-sama. Lily lagi bertambah seronok kerana jarang kami dapat keluar bertiga.

Kenangan bersama mereka berdua terus terbantut apabila Lily sekali lagi menepuk bahuku, “Eh, mr pai epal kau lah, Yaya!”

Mataku terbuntang dan terbeliak. Lelaki itu turut sama sedang mencari buku. Aku memandang Izz Amir yang membelakangkan kami. Melati dengan segera menarik tanganku dan kepalaku menjadi sasaran Melati. Kami bertiga terbongkok-bongkok melarikan diri.

Kenapa pula dia ada di sini? Bila pula dia boleh datang ke kedai buku yang sama masa dengan kami bertiga? Haishhhh! Habislah kalau dia tahu, aku sedang membelikan buku untuknya.

Tanganku ditarik lagi oleh Lily. “Siapa yang gatal beritahu dia yang kita di sini, ni?”

“Manalah aku tahu!” Melati membalas cepat. Kami bertiga terbongkok-bongkok lagi mencari jalan melepaskan diri. Hati terus berdebar-debar. Sekejap-sekejap aku mendongakkan kepala dan melihat Izz Amir yang sedang kusyuk membaca dan mencari buku.

“Kau ya, Lily?” aku cepat menuduh Lily. Lily memandang aku dengan masam mencuka.

Sorry! Tak ada masa aku nak pergi ke Pai Epal Cafe dan beritahu perancangan kita bertiga semalam! Bukankah dia sibuk jadi penemuduga? Jangan serkap jarang, okey?”

Aku gigit bibir bawah. Kepala mendongak lagi melihatnya. Alahai, pakai t-shirt biasa dan seluar jeans sebegitu pun dia sudah handsome empat belas juta kali. Aku sempat menjelingnya. Lily menolak punggungku. “Sempat kau teropong dia ya ! Lekaslah Yaya ! Melati, belok ke rak kanan !” Lily memberi arahan.

“Aku rasa dia ada the six sense dengan kaulah Yaya ! Mana kau pergi, dia mesti ada. Jodoh kuat betul!” Melati terkekek-kekek ketawa. Jemariku lantas ditarik lagi. Sekejap-sekejap aku tutup muka dengan lima jemariku agar dia tidak perasankan kehadiranku. Kalaulah dia nampak, habislah kami! Bocorlah rahsia aku yang mahu menghadiahkan dia buku-buku ini. Buku yang sudah Melati dan Lily pilih aku peluk kuat-kuat.

Kami terkedek-kedek lagi. Selepas kami berada di jarak yang berjauhan dengan Izz Amir, kami bertiga menyusup lagi ke rak ke empat. “Kita berpecah. Jumpa di belakang tau. Yaya, pergi bayar cepat di kaunter belakang!” Melati memberi arahan.

Lagak kami seperti serang hendap peperangan sahaja. Nyaris-nyaris pula aku mencium punggung seorang wanita India di hadapanku. Aku tersengih-sengih buat tidak tahu! Baru sahaja Lily dan Melati melangkah sebanyak sepuluh tapak dan berpecah ke kiri dan ke kananku, satu suara menggangu perancangan kami, “ Cik Yaya sayang! Awak kat sini?” Izz Amir tersenyum simpul. Betul-betul dia berada di hadapanku. Mataku terbuntang kali kedua.

Buku yang aku pegang dengan kuat terus sahaja terjatuh! “Err..err…”

Izz Amir pantas mengambil buku yang betul-betul berada di bawah kakinya. Mata aku memandang Lily dan Melati yang menyusup laju membiarkan aku berdua dengan Izz Amir. “Awak beli buku juga, ya? Seorang?” dia bangun dan menghulurkan buku yang terjatuh berkenaan kepadaku. Dibetulkan sususan buku dan mata kami berpandangan sekali lagi.

“Patutlah lama saya menunggu cik Yaya sayang saya ni balas SMS. Kenapa tak cakap nak datang ke sini?” Tanya Izz Amir. Buku berkenaan terus aku ambil dan sorokkan ke belakang. Aku tersengih-sengih.

“Bertiga! Ada Lily dan Melati sekali. Tu dekat luar sana! Err..err.. ya, beli buku!” muncungku terus menunjuk ke arah Lily dan Melati yang sedang tersengih macam kerang busuk.

Izz Amir tersenyum lagi dan lagi. Aku memandang ke bawah. “Eh, tak kanlah saya nak beritahu tuan saya datang ke sini. Dengan kawan-kawan saja.”

“Dah habis pilih buku ?” soalannya satu sahaja. Agak-agak macam kebingungan dan terkejut dengan aku yang turut berada di hadapannya. Adakah jantung dia turut sama berdegup kencang saat ini ?

Izz Amir tersenyum lagi, “Jantung saya berdegup laju sekarang, cik Yaya sayang! Terkejut tengok awak kat sini. Jom, saya bayarkan buku-buku awak tu ! ” Dia ketawa. Bersisa dan membunuh lagi saluran pernafasan ini. Benarlah telahan aku bahawa jantungnya turut sama berdegup laju. Melati dan Lily aku lihat tersengih-sengih di luar kedai buku. Walau jarak kami agak jauh, tetapi aku masih melihat mereka tersenyum-senyum suka !

Aku masih berdiri terkejut. Izz Amir pantas mendekatkan dirinya denganku dan mahu mengambil buku-buku di belakangku. Dengan pantas aku menghulurkan buku berkenaan kepadanya. Dengan pantas, aku mengeluarkan buku yang berada di belakangku, “Nah, ni bukunya !”

Izz Amir mengenyit mata! Dan dia ketawa melihat gelagatku yang masih gelabah tidak tentu masa. “Mahu jadi chef, mesti bertenang cik Yaya sayang!”

+Rasa-rasa merah tak muka Yaya?
-Kenapa pula perlu merah?
+Wanginya dia! Hampir-hampir terpeluk tadi! Nasib baik Yaya cepat elak! Ops! (Yaya tutup mulut dengan jemarinya)
-Yaya?
+Apa?
-Menggatal lagi! Asyik berangan dan menggatal saja ya? Beritahu kat ibu nanti, nak?
+Bukan selalu Yaya menggatal tau! Dengan Izz Amir sahaja. Bukan selalu.
-Yaya!!!!!

Izz Amir mengambil dan membelek buku yang telah kami bertiga pilih. Matanya pantas memandang aku. “Buku untuk siapa ni, cik Yaya sayang?”

Ahh – dia masih mahu memanggil namaku dengan gelaran, ‘cik Yaya sayang, cik Yaya sayang !’ Berapa kali aku sudah berpesan dan menghantar SMS kepadanya, ‘Jangan panggil saya begitu, malulah !’

“Untuk saya dan Fatin!” Bohong lagi. Rasa mahu sahaja aku cili mulut ini sendiri. Pandai sungguh berbohong, Yaya ! Chet !

Dengan langkah yang menampakkan lagi kekacakannya, persis putera raja dan dengan debaran yang semakin memuncak, Izz Amir menoleh lagi. “Jom, kita ke kaunter. Saya bayarkan buku-buku ni sekali! Nanti ajak Melati dan Lily. Kita berempat jalan-jalan pusing shopping complex ni. Kemudian kita makan-makan bersama. Okey?”

Rosaklah rancangan aku kali ini! Aku tepuk dahi dan Izz Amir tersenyum lagi. Aku terus mengikutnya ke kaunter. Automatiknya aku mengikut sahaja langkah lelaki di hadapanku ini. Tangan aku pantas mengisyaratkan Melati dan Lily menunggu aku di luar. Bagaimana aku mahu menolak pelawaannya kali ini? Alasan apa yang harus aku cipta? Baru sahaja kami bertiga mahu ke kedai cenderahati untuk membalut buku ini kepadanya. Rosaklah juga rancangan kami untuk makan di sebuah restoren sebentar lagi.

“Kita makan sekali ya ?” Izz Amir menjeling lagi. Kami kini betul-betul di hadapan kaunter. Juruwang di hadapan memerhati Izz Amir dan matanya tepat memandang aku.

“Boleh ya, cik Yaya sayang?” soalnya kali kedua. Masih menanti jawapan dari bibirku.

Juruwang berkenaan tersenyum memerhatikan aku yang masih terkulat-kulat. Buku dari huluran Izz Amir diambilnya perlahan. Malunya aku dipanggil dengan nama berkenaan di hadapan cik Hafizah ini. Namanya aku perhatikan melalui tag di baju. Aku membalas senyumannya.

Errr…boleh!” jawabku pantas bersama ulas senyuman Izz Amir kepadaku. Akhirnya buku selesai dibayar sendiri oleh Izz Amir. Hadiah untuknya dan dibayar sendiri oleh dia. Arghhh! Rosak semua rancangan aku. Rosak segala-galanya! Secara tiba-tiba juga dan dengan automatik Lily dan Melati datang menghampiri aku. Menyergah aku dari belakang.

“Kami pun boleh!”

Izz Amir menggelengkan kepala melihat gelagat kedua-dua sahabat aku. Aku memandang Lily dan Melati yang tersengih luar biasa!

Oh, tiada alasan keluar dari bibir ini untuknya. Oh, tiada kata-kata yang boleh aku gambarkan lagi. Oh, rasa mahu sahaja aku meloncat sebut ya be da be du! Oh, rasa macam mahu pengsan lagi kali ini.

Kaki melangkah senada dan seirama. Bersama jejaka kacak empat belas juta dari pandanganku. Ada bunga sakura jatuh saat kami berdua berjalan bersama-sama. Terasa ada angin dingin membaluti. Suasana persekitaran terasa milik kami berdua. Walaupun Lily dan Melati turut sama berjalan bersebelahan dengan diriku. Saat dan detik ini, aku hanya nampak kami berdua sahaja. Berjalan berdua beriringan dan berbual apa sahaja. Ditemani aiskrim cornetto perisa coklat! Pilihan aku dan kami menikmatinya bersama-sama. Dia hanya angguk bersetuju dan membayar aiskrim permintaanku.

“Cornetto sahaja? Cukup?”

Aku mengangguk dan mengambil aiskrim yang dihulurkan olehnya. Aku hulurkan pula kepada Melati dan Lily. “Cukup.” Jawabku perlahan.

“Nanti kita makan pula di atas. Ada food court! Tom yam gerai nombor enam tu, sedap!” Izz Amir memancing seleraku. Aku angguk dan kami berjalan lagi.

Bila aku selesai membuka aiskrimku, Izz Amir hulurkan aiskrimnya pula. “Cik Yaya sayang, tolong bukakan!”

Aku bercekak pinggang. “Amboi!” dan dengan pantas aiskrimku beralih tangan kepadanya. Izz Amir tersenyum dan aku membuka aiskrim cornettonya. Selesai sahaja ia kembali bertukar tangan.

Izz Amir tersenyum lagi. “Terima kasih cik Yaya sayang!”

Sukar bukan menegah rasa sayang ini kepadanya? Sukar bukan untuk menidakkan rasa hati ini kepadanya? Hati bagaikan dicas semula. Ada elektrik mengalir deras! Aku sambung senyuman kepadanya. Kaki kami melangkah lagi bersama.

Masa bagaikan pantas berlalu. Masa juga semakin cemburu! Perkenalan kami yang sungguh luar biasa akhirnya memberikan kami ikatan persahabatan seperti hari ini. Kami berjalan menjejaki masa. Berjalan perlahan-lahan merapatkan hati yang memang kosong selama ini. Benar, aku belum mengenalinya dengan sepenuh hati dan aku sedang tanam kenangan ini padat-padat ke dalam jiwaku. Mahu ia terpahat kuat dalam memoriku.

“Semenjak bila tuan jadi chef?” tanyaku.

“Dalam perut umi lagi!” tawanya pecah tiba-tiba.

"Loyar buruk!”

“Kenapa panggil saya tuan? Kenapa cik Yaya sayang tak mahu panggil saya Izz? Saya kan suruh awak panggil saya Izz!” cebiknya tiba-tiba. Tawanya kembali reda.

Aku terdiam. Tersengih tiba-tiba. Lily di sebelah terkekek ketawa. Hidangan petang kami nampak berselera kali ini. Izz Amir pantas meneguk segelas air.

“Panggilan tuan saya rasa lebih mesra!” jawabku perlahan. Erk! Celuparkah mulutku? Izz Amir menjelingkan dan hampir-hampir dia tersedak. Dia mengusap dadanya yang sedikit perit. Melati menggelengkan kepala menyembunyikan tawanya. Sekejapan sahaja kami berempat sudah duduk bersama dan mahu menikmati Tom Yam Kak Milah yang dikatakan sedap oleh Izz Amir. Makanan sudah bersusun. Menyelerakan. Bermula dengan doa dari Izz Amir, kami mula menjamu selera bersama-sama.

Tetapi ketika kami menikmati makanan, Izz Amir aku lihat sedang menulis SMS. Beberapa saat kemudian, bunyi pesanan masuk ke dalam telefon bimbitku.

Awak setuju atau tak kahwin dengan lelaki yang berikan baju kurung tu, cik Yaya sayang?Lamanya tunggu jawapan! Tak sabar tunggu awak panggil saya Abang Izz!

Aku menelan air liur. Pantas aku membalas dengan segera.

Tak. Titik.

Aku menekan butang send. Abang Izz? Mampukah bibir ini menggelarnya dengan gelaran itu? Mahu tersedak rasanya! Biar kami berdua duduk di sebuah meja yang sama. Izz Amir aku lihat membelek telefonnya dengan senyuman manis. Entah apa jawapannya aku ternanti-nanti lagi.

Baik. Tahulah jawapannya nanti bila awak kerja di Pai Epal Café! Sampai awak kata ya!

Bila sahaja aku membaca SMS dari Izz Amir, aku pantas berdiri. Memandang Izz Amir dengan muka terbeliak.

Kerja di Pai Epal Café? Jantungku berdegup terus kencang dan laju. Bermakna aku akan pengsan dan jari ini akan terkena pisau sehingga berdarah-darah! Hari-hari juga akan akan wajib dihantar ke klinik olehnya ! Oh, sukanya ! Oh, bahagianya !

“Yaya!” seru Lily.

“Yaya!” panggil Melati.

***

Saudari Nur Alya Binti Mohd Wafiy,

Dengan ini kami sukacita memaklumkan Yayasan Marjan bersetuju menerima cik/puan sebagai pelajar tahun pertama pemegang biasiswa Yayasan Marjan selama setahun. Untuk makluman, cik/puan akan ditempatkan di Pai Epal Café untuk sesi pembelajaran kulinari dan menjalani kuliah secara separuh masa di Yayasan Marjan. Butiran lanjut kami sertakan di lampiran I dan II.


+Yaya rasa macam tak percaya. Seronoknya rasa! Cita-cita Yaya tercapai akhirnya. Boleh tak Yaya pengsan lagi? Boleh tak?
- Pengsan lagi? Yaya!!
+ Iyalah, nanti ada Chef Izz Amir hari-hari. Macam mana Yaya nak kawal nervous Yaya hari-hari di sana? Mestilah Yaya pengsan selalu!
-Jangan terhiris pisau berdarah-darah sudahlah ya!
+Eh, nanti Izz Amir akan hantarkan Yaya ke kliniklah, kan?
-Amboi-amboi! (sambil cekak pinggang) ingat Izz Amir tu kerjanya jadi Medical Assistant ke?
+Eh, tentulah!
-Yaya?
+Apa?
-Cuba ucap Alhamdulillah sebab dapat tawaran dari Yayasan Marjan. Ucap syukur banyak kali. Ini tak, asyik ingat Izz Amir saja. Amboi-amboi! (sambil cekak pinggang lagi)
-Hehehehe. Iyalah!Iyalah. Yaya say lah ni: Subhanallah , Alhamdulillah, Allahuakbar! Syukur Ya Allah! Syukur!

28 Januari 2012

Mahu Memeluk Bulan 3

Dia selalu rasa pelangi itu dekat dengan jiwanya. Pelangi yang ada tujuh warnanya.

photo11611no589828nb0gw



Abang chik pantas menarik jemari As. Mereka segera mendaki bukit. As mahu melihat pelangi lagi hari ini. Abang chik lekapkan lagi jemarinya dengan kuat. Dia mahu sentiasa menyenangkan As. Dia mahu As gembira. Dia mahu hati As yang sentiasa sedih itu terhibur dan mahu melihat As ketawa bergembira.

Senyuman As itu yang sentiasa dia ingat hari-hari. Biarlah semua kawan-kawannya kata dia kera sumbang. Dia sombong dan dia tidak mahu berkawan dengan kawan-kawan lelakinya yang lain. Bukannya mereka tidak berkawan di sekolah. Main kejar-kejar, main gasing, main layang-layang selalu sahaja dia habiskan masa dengan kawan-kawan lelakinya. Tapi tidak selalu masanya dengan aktiviti berkenaan. Kerana, lepas persekolahan, memang dia akan mencari dan berkawan dengan Asmidar sahaja. Aktiviti yang mengerahkan peluh lelakinya hanya setiap hari Sabtu atau Ahad sahaja. Entah – dia cepat bosan melayani aktiviti sedemikian dengan kawan-kawan lelakinya.

Gerimis. Dan dia tahu, bila ada gerimis seperti sekarang ini, pelangi akan timbul di kaki langit. Mentelah lagi, tadi hujan turun dengan lebatnya. Selepas sahaja hujan berhenti, dia dengar As menjerit memanggil namanya. Abang chik tersenyum dan pantas bangun dari duduknya. Untuk As, apa sahaja dia sanggup! Mereka harus segera menuju ke atas bukit berkenaan. Jalan itu, jalan mereka! Jalan yang sentiasa menemani mereka setiap minggu.

“Abang chik, ada bawa air tak?” tanya As.

“Ada. Dalam beg ni!” mata abang chik bersinar-sinar lagi. Dia tunjukkan beg sekolahnya dan pantas dibuka zipnya.


As pantas mengambil huluran botol berwarna biru berkenaan. Diteguk perlahan-lahan dan wajahnya direnung penuh kasih oleh abang chik.

“Dahaga ya?”

“Mana tak dahaga. Lupa tadi sebelum keluar minum air. Tapi As dah beritahu dengan bonda nak lihat pelangi!”

“Dengan abang chik?” abang chik tarik jemari As untuk mengikut langkah kakinya.

As angguk. “Iyalah, dengan siapa lagi. Abang chik lah!”

Abang chik tersenyum. Botol air yang diberikan semula As dimasukkan kembali ke dalam beg sekolahnya. Dan mereka berjalan lagi.

“Kalau lihat pelangi, As akan ingat abang chik!” itu kata-kata As yang sampai sekarang masih dia ingat. Masih sebati dalam rasa dan jiwa anak-anaknya. Dia tahu dia belum meniti zaman remaja lagi. Tapi abang chik sudah memasang angan-angan tinggi. Nanti, sampai sahaja di puncak bukit, dia mahu nyatakan angan-angan tersebut kepada Asmidar. Angan-angan itu kan, indah dan ianya percuma.

“Warna pelangi ada tujuh tau As!”

“As tahu! Macamlah As tak tahu.”

Iyalah, abang chik cakap sahaja. Mahu bagi tahu As supaya As lebih jelas dan faham!” dia ketawa dengan jawapan As.

Abang chik buka bibirnya, “Haaa..apa warnanya?” sambil berjalan mendaki bukit dan sambil itu dia mhu berbual dengan As.

“Merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu! Errr. Warna indigo itu bagaimana?” tanya As tiba-tiba.

“Warna pada pelangilah. Yang hanya wujud pada pelangi sahaja.” Abang chik menjawab ikut sedap mulut. Nampak logik akalnya, sudahlah. As terkebil-kebil memandang batang tubuh abang chik yang berada di hadapannya. Dia pantas berjalan lagi mengikut jejak abang chik.

“Nanti kita tengok betul-betul pada pelangi.” Seru As.

“Cepat As! Kita dah nak sampai!”

Mereka mempercepatkan langkah. Sedikit semak samun tidak menghalang kaki mereka berdua bergerak dengan pantas. Dua kanak-kanak itu, lantas terus membawa jemari mereka bertaup padat. Warna langit lantas kelihatan membiru. Sedikit tenang dengan ombak langit yang bergerak ditiup angin.

As dongakkan kepala bila mereka sampai ke tempat yang selalu menjadi tempat permainanan mereka berdua.

“Biru! Cantiknya langit!”

Abang chik turut sama mendongkak. Perlahan-lahan dia melepaskan jemari As dan bercekak pinggang. “Cantik! Biru! Nampak pelangi tak?”

As geleng sementara matanya melilau ke kanan dan ke kiri langit. Tiada pelangi. Entah ke mana pelangi menyorok. Dia berlari ke hujung bukit dan memandang kaki langit. Tetap tiada.

“Pelangi menyoroklah abang chik! Mana ya?” jeritnya lagi.

“Ada. Mesti ada. Cuba tengok matahari! Lambat keluar!” Abang chik yakin. Suasana dingin seperti ini, dan matahari yang malu-malu mahu keluar menandakan pelangi akan muncul di sebalik awan. Dia percaya dan yakin dengan telahannya.


“Penatlah kita datang sini. Abah kalau tahu, habislah As!” As gelengkan kepala. Muka monyak empat belas dan perlahan-lahan melangkahkan kakinya ke arah abang chik semula. Kini, mereka berpandangan dan mencebik. Abang chik tersenyum.

Dua minit menanti dan ketika pelangi malu-malu mahu menampakkan warnanya, abang chik tutup mata comel As. As kebetulan tidak perasan kehadiran pelangi berkenaan.

“ Abang chik ada hadiah untuk As. Tapi As pejam mata dulu!”

As terdiam. “Apa? Pelangi dah keluar ya?” Hadiah kononlah sangat! Pelangilah hadiahnya itu. Dia tahu! Serba serbi tahu dengan perangai abang chik.

Jemari abang chik direnggangkan. Dia menarik tubuh As dan mahu As berdiri betul-betul memandang pelangi. Abang chik tersenyum lagi. “Okey…cepatlah. As nak lihat pelangi dan hadiah sekali!”

Abang chik ketawa. “ Okey, buka mata!”

Dan kini abang chik di hadapannya. As menolak tubuh abang chik kerana mahu melihat pelangi. “Tepilah abang chik. As nak tengok pelangi!”

“Abang chiklah pelanginya!” Abang chik tersengih!

Mata mereka bertemu lagi. Abang chik alihkan badannya ke kiri sedikit. Mata As melihat pelangi. Kemudian abang chik berdiri betul-betul semula. Mata As melihat abang chik pula. Cantiknya pelangi!

“Abang chik dan pelangi! Hadiahnya abang chiklah!”

As terkebil-kebil tidak faham. “Abang chik? Apa kena mengena pelangi dengan abang chik. As tak fahamlah. Tepilah! Bukan selalu nak dapat tengok pelangi ni tau!”

“Nanti bila As tengok pelangi, As akan ingat dan nampak abang chik. Sampai bila-bila!” Abang chik ke kirikan lagi tubuh badannya dan As nampak pelangi. Bila abang chik tegakkana badan di hadapan mata As, As nampak abang chik.

Oh, baru dia mengerti. Pelangi dan abang chik. Memang tidak dapat dipisahkan. Seperti langit dan bumi. Matahari dan juga bulan. Dia pandang abang chik lama-lama. As tidak pedulikan lagi pelangi yang sedang cantik tersusun warnanya. Tujuh warna kini bersatu.

As angguk mengerti, “Abang chik kan pelangi As. Kalau As susah dan sedih, abang chiklah pelangi yang terangkan dan gembirakan hati As. As akan ingat sampai bila-bila. As akan ingat sampai As tua dan mati. As memang dah anggap abang chiklah pelangi dan hadiah yang Allah turunkan untuk As. Pelangi dan abang chik…” ada nada sedih berlagu.


Abang chik rasa terharu. Dia tarik jemari As dan bersatu dengan jemarinya. Mereka lantas berjalan menuju dekat lagi dengan kaki langit. Terasa mahu menyentuh pelangi, namun tidak tergapai.

Mereka berdiri memandang langit biru. Pelangi masih setia menemani. Tangan abang chik pantas melingkar ke bahu As. Dia tidak mengerti lagi tentang erti cinta, tetapi zaman kanak-kanak ini, dia mahu bercinta puas-puas dengan As. Kelak, zaman dewasanya juga dia mahu As bercinta dan berkahwin dengannnya. Angan-angannya cukup tinggi!

“Nanti As kahwin dengan abang chik ya!”

As pandang kaki langit dan pelangi. “Itukah angan-angan abang chik?”

Abang chik angguk dan tersenyum. Apa yang mereka tahu tentang perasaan pun, sukar dibaca. Tetapi dia mahu persahabatan zaman kecil ini berlarutan sampai mereka besar dan dewasa. Dia mahu bahagiakan As yang selalu menangis derita. Dia mahu kesat air mata As yang sentiasa mengalir air mata hiba. Dia mahu gembirakan hidup As. Dia berjanji sampai ke syurga, mahu hidup dengan As.

“Abang chik kan, kecil-kecil lagi dah gatal. Dah nak fakir kahwin dengan As. Kalau abah tahu, mesti abang chik kena marah lagi. Jangan berangan-anganlah!” As ketawa kecil.

“Eh eh. Abang chik serius! Nanti dah besarlah kita kahwin! Bukan sekarang pun. Macam bonda dan abah As. Mereka kahwin kan? Mak Tok dan Pak Aja pun sama. Seronok tengok mereka bahagia sahaja.”


“Berangan selalu saja abang chik ni!” As ketawa lagi.

Abang chik cekak pinggang. Dia cubit pipi As kuat-kuat. Sampai As menjerit sakit! “Abang chik akan jaga As dan bahagiakan As. Akan kesat air mata As dan menjadi pelindung As!” Abang chik menjerit kuat. Jeritannya lantas terus bergema. Bersahut-sahutan. Pelangi terus menemani dan As pandang abang chik yang sedang tersenyum memandangnya.

Dia ditemani abang chik, pelangi dengan tujuh warnanya dan langit yang terus membiru. Angin dingin berpuput lembut. Bunyi pohon-pohon terlanggar antara satu sama lain menangkap telinga. Derap tapak kaki yang menyarung selipar kedengaran lagi. Dua kanak-kanak berkenaan terus riang berlari-lari.

As tidak pernah pasti mengenai zaman dewasa As. Tetapi As turut berjanji dalam hati, yang abang chiklah segala-galanya untuk As. As akan tunggu abang chik sampai As ke syurga! Itu juga janji As.

24 Januari 2012

Mr Pai Epal 16

Izz Amir sampaikan pesanan dengan saya, "Sampaikan salam pada semua pembaca Mr Pai Epal ya!" Semoga terhibur dengan sambungan kali ini! Yeahhh!

-lee-min-ho






Aku tolak langsir berona merah jambu dan ungu ke tepi. Sudah namanya peminat merah jambu dan ungu. Maka langsir polka dot inilah yang menjadi kesayangan diri ini. Kalau Fatin menukarnya dengan langsir lain maka selepas sahaja langsir ini dibasuh, aku akan segera mencari langsir ini kembali. Langsir harus sebati juga dengan warna kesukaan aku.

Yaya! Yaya! Aku geleng kepala dan membuka pula tingkap. Harus juga langsir berwarna merah jambu dan ungu ya! Aku tersengih sambil membetulkan lagi langsir berkenaan. Bilik harus nampak bersih dan sedap mata memandang. Sibuk sekalipun dengan kerja, aku tetap mahu bilik ini sentiasa kemasa. Aku pandang langit di hadapanku. Angin pagi membalut lagi tubuh ini. Mentari mula mahu memberikan sinarnya. Aku tarik nafas dan melihat jam. Hampir 7 pagi. Selepas menyiapkan sarapan, aku kembali naik semula ke dalam bilik untuk bersiap-siap.

Ya – hari ini hari aku ditemuduga. Selepas Fatin mengambil borang biasiswa dari Yayasan Marjan. Dan dipaksa aku mengisinya di hadapan ibu. “Fatin kan dah habis belajar. Sekarang kak long pula kena sambung belajar. Tak kira! Isi! Isi! Lekas!” Fatin memandang aku.

“Kak long dah selalu temuduga sana dan sini. Jawatan marketinglah, perakaunanlah, pembantu akaun lah! Semua tu bukan rezeki namanya, sebab tak dapat! Jadinya biasiswa dari Yayasan Marjan ni, siapa yang tolak maka dia akan rugi! Dibiayai penuh Yayasan Marjan dan ditempatkan bekerja selama satu tahun di restoren terbaik. Gaji lumayan dan selepas setahun, kak long akan sambung belajar di universiti pilihan mereka!” Fatin menerangkan satu persatu kepadaku. Terkebil-kebil aku memandang Fatin.

Ibu selalu memujuk hati ini. “Allah dah tetapkan Yaya sentiasa tak ada peluang kerja di mana-mana. Kerja di syarikat Encik Sulaiman dan kerani di kedai abang Haikal tu pun rezeki mencukupi untuk Yaya. Sabtu dan Ahad pula Yaya kerja lagi di pasaraya!”

“Yayasan Marjan akan tetapkan! Semuanya! Dan kak long bakal jadi chef terkenal nanti macam arwah abah!” Fatin memeluk bahuku dan borang di atas meja diletakkan di atas meja. Aku pandang borang berkenaan. Masih termangu-mangu dengan syarat yang aku sendiri belum teliti.

Belajar dalam bidang kulinari yang selama ini menjadi impian abah kepadaku. Perlukah aku menyambar peluang ini? Pesan arwah abah memang sentiasa aku semat di dalam diri. “Yaya perlu jadi chef seperti abah! Yaya dah tahu selok belok dapur dan bantu abah di dapur restoren Marjan ni. Yaya jadi chef macam abah ya?”

Adakah aku akan menjejaki juga Yayasan Marjan dan menebus kembali hak-hak arwah abah? Ibu juga sentiasa memberi semangat kepada aku! Adakah impian ini akan menjadi nyata? Mampukah aku menyahut cabaran ini, Ya Allah?

“Kak long tak akan penat dan balik lewat malam macam sekarang ni. Fatin akan kerja, ibu pun dapat pendapatan sikit dari kelas fardhu ain tu. Kita sama-sama bantu membantu. Betul kan, ibu?”

“Betul Yaya! Ibu setuju! Kata Fatin mereka berikan gaji juga bila bekerja di restoren yang mereka tempatkan.”

“Kak long pergi ya!” Fatin memujuk lagi. Mukaku kelat-kelat seribu!

Err…yuran? Free best juga!” aku tersengih malu-malu. Jantung berdebar. Rasa seronok tiba-tiba. Adakah aku bakal meneruskan cita-cita impian arwah abah ini?

“Hanya yuran pendaftaran sebanyak seribu ringgit. Duit simpanan pun Fatin ada! Untuk kak long” buku simpanan tabung haji diletak perlahan.

Aku terkedu. Ah – sebaknya dengan pengorbanan Fatin! Fatin menyambung lagi desakannya, “Kalau dulu kak long yang selalu bayarkan yuran Fatin dan bayar hutang sana sini. Kali ini Fatin akan bantu pula. Kita sama-sama, okey?” bola mata Fatin menyinar. Jemariku digenggam erat.

Ibu mengangguk lagi! Hari penuh istimewa.

“Ibu doakan Yaya berjaya! Ibu doa anak-anak ibu semua berjaya. Fatin juga!”

Kami tersenyum. Aku dan Fatin lantas meraih jemari ibu.

Kenangan beberapa hari lepas beralih pergi. Aku pantas mengambil beg galasku. Kembali bersemangat, Yaya! Ayuh! Fighting, Yaya! Dan aku harus melalui fasa pertama menyerahkan borang lengkap ini berserta temuduga pertama. Perjalanan ke Yayasan Marjan mengambil masa setengah jam. Jika sesak, boleh satu jam! Walau dengan menaiki Hei MJ Unguku ia belum tentu mempercepatkan diriku untuk tiba ke sana.

Aku sempat menjeling cermin. Tubuh melekap dengan sepasang baju kurung yang Izz Amir belikan untuk aku selepas tragedi berdarah..eh eh…tragedi memalukan di tutti frutti beberapa hari lepas. Cewah ! Ini baju kurung nostalgia yang digantikan kerana hari comot sedunia. Aku tersenyum melihat tudung ini. Juga pilihan dia.

Kalaulah Izz Amir ada, mesti dia akan berkata, “Cik Yaya sayang saya ni comel!”

Aku pantas berjalan keluar dari bilik. Menggelengkan kepala kerana terlalu sangat mencipta angan-angan! ‘Awak, doakan saya berjaya dalam temuduga ini nanti, ya!’ aku sempat menitipkan sms kepada dia. Sempat juga malam tadi aku membalas emelnya yang penuh kesedihan itu. Emel panjang aku dibalas dan disertakan sekali dengan serangkap pantun comel! Ceh! Kemudian aku terangkan juga kisah biasiswa ini. Kisah Melati menangis tersedu-sedan dan Encik Sulaiman yang agak keberatan meluluskan cuti aku. Ahh, nantilah aku ceritakan. Malu pun ada! Biar sahaja Izz Amir simpan rahsia emel aku itu. Tetapi coretan aku itu diisi dengan jawapan gembira dan ayat-ayat ‘lawakku.’ Dengan harapan, dia menerimanya dan tersenyum sentiasa! Iyalah kan, emelnya sentiasa sahaja berunsur sedih-sedih, sebak-sebak sehingga aku meleleh air mata. Tersedu-sedu aku kan? Jadinya, aku balas emelnya dengan penuh lawak jenaka. Harap-harap, dia suka membacanya! Juga gembira dengan jawapan dariku.

Tetapi yang paling penting, aku dan Izz Amir akan berkawan rapat! Aku mahu kami menjadi sahabat. Itu pintaku darinya. Namun, aku tetap mengakui, yang aku menyayangi dirinya. Mencukupi dengan aku menyatakan rasa hati kepadanya.

Dia juga. Dan Izz Amir membalas emelku dengan SMS ringkas. Tulisnya, ‘Saya bahagia!’

Dan hari ini, perjalanan aku ke Yayasan Marjan ditemani angin yang berpuput lembut. Juga angin yang dingin membalut tubuh. Matahari terus memancarkan sinarnya dan mengiringi perjalanan aku. Pesan ibu dan Fatin aku sematkan di dalam hati. Aku perlu lebih tenang hari ini.

Paling membahagiakan ialah, ada SMS semangat dari Izz Amir. “Awak, jalan jangan jatuh! Jangan terlanggar pasu lagi! Semoga berjaya!”

Aku terus tersenyum sampai ke telinga. Adakah aku sudah secara rasmi menjadi sahabat, kawan, teman dan dan dan errr errrr adakah juga aku kini sudah sah menjadi kekasih kepada Izz Amir itu?

-Kekasih jauh dan cinta jarak jauh ya Yaya! Ceh ! Tapi ingat Yaya, jangan rosakkan cinta ! Jangan sebarangan !
+Okey..okey… Yaya tahu! Yaya tahu pesan ibu selalu! Yaya ingat!
-Kau akan menjadi sahabat yang memberi semangat kepada perubahan Izz Amir, Yaya! Ingat. Projek memutihkan hati Mr Pai Epal. Ingat!
+Oh yang itu! Ingat. Mestilah ingat!
-Yaya!
+Ya..apa?
-Semoga berjaya dengan temuduga kali ke 20 ini ya!
+Chet!
-Jatuh, bangun sendiri!
+Amboi-amboi!


***

Aku menyelinap masuk ke dalam sebuah bilik. Sampul surat berisi duit sebanyak tiga ribu lima ratus aku pegang erat-erat. Mana pula lelaki ini pergi?

“Ha, Yaya! Apa yang awak tercegat di muka pintu ni? Mari masuk!” hampir gugur jantung aku dibuatnya. Aku pandang chef Daud dengan tajam!

Beberapa orang chef keluar masuk dari pejabat sederhana ini. Ini pejabat rasmi semua chef Yayasan Marjan. Aku maklum dengan kedudukan pejabat ini kerana inilah tempat selalu aku bertandang dahulu bersama arwah abah. Aku perlu segera memberi wang ini kepada lelaki yang hampir sebaya dengan arwah abah. Duit bulanan! Duit gertakan dan duit melangsaikan hutang piutang keluarga kami kepadanya.

Aku mahu cepat segera ke dewan Yayasan Marjan dan mengambil nombor giliran untuk ditemuduga.

“Saya nak cepat chef!”

Chef Daud memusingkan badannya. Mengangkat kening dan menjamah wajahku, “Awak ingat awak seorang yang nak cepat! Saya lagi nak cepat. Mana duit bulan ni?” dia bercekak pinggang.

Amboi! Sudahlah minta duit haram! Dasar lelaki penipu! Lelaki itu pantas berjalan dan aku terpaksa mengikutnya masuk ke dalam sebuah bilik. Beg galas dengan segera aku buka. Zip berbunyi dan jemari ini pantas mengambil bungkusan di dalam beg.

Aku hulurkan bungkusan berkenaan. Dia tersengih dan mengambilnya. “Ingat Yaya, kalau awak lambat beri duit langsaikan hutang arwah abah awak. Saya akan pecahkan rahsia arwah abah awak!”

Punggungnya sudah melekap di kerusi. Mejanya penuh dengan kertas-kertas dan buku masakan. Baju sahaja putih bersih, hati hitam legam berkarat! Penuh hasad dengki. Biliknya sedikit berbau harum. Kadang-kadang bau bajunya juga bercampur aduk!

“Kalaupun betul arwah abah ada wanita lain dan sudah memperisterikannya, saya terima dengan rela dan saya pasti satu hari nanti ibu akan menerimanya. Saya pasti!”

“Awak yakin ke Yaya? Yakin dengan perkahwinan kedua abah awak yang ditangkap basah!” matanya membulat besar. Bencinya aku dengan lelaki ini.

Aku pandang wajahnya yang tersengih! “Jangan menuduh sebarangan tanpa ada bukti kukuh wahai tuan Daud! Cakaplah apa sahaja, buatlah apa sahaja. Saya akan bersihkan nama arwah abah saya. Saya janji! Dan jangan ingat tuan akan terlepas dengan menikmati duit hasil titik peluh kami sekeluarga. Sampai matipun saya tak akan halalkan! Dan saya tak ada masa melayan perangai lelaki yang nak mati macam awak ni!” aku mnedengus dan segera melangkah keluar. Malas melayan karenah gila lelaki ini.

Jeritannya bergema, “Yayasan Marjan milik mutlak saya! Bukan milik arwah abah awak, Yaya!”

Chef Daud memeluk tubuh dan bersandar di pintu biliknya. Ketawa penuh menyakitkan hati! Berbisa sahaja! Rasa mahu aku menonyoh mulutnya dengan cili padi.

Langkahku terhenti. Tali beg di belah kanan dan kiri bahu aku pegang. Aku terdiam. Beberapa orang chef dan pekerja di situ memandang aku penuh luar biasa. Okey, Yaya. Sila buat sesuatu! Tarik nafas dan lepas. Yaya, sila kawal kemarahan!

Aku segera memusingkan badan memandang chef Daud dengan senyuman menawan.

“Kalau semua mahu tahu, Chef Daud yang sedang berdiri punya baik tu, adalah seorang pencuri! Makan duit haram!” aku membalas serangannya. Keningku terangkat-angkat! Senyum penuh kepuasan. Aku diperhati beberapa orang chef! Pantas aku menoleh ke hadapan semula dan memecut berlari. Kerana aku melihat chef Daud mula membuka langkahnya mahu mendapatkan aku.

+Okey, gua tak kacau hidup lu! Jangan sebarangan cakap arwah abah gua macam-macam! Ada yang nak kena sparring kepala nanti!
-Fuyooo! Yaya gangster!
+Dia memang suka cari pasal! Haaa.. ambil sebiji! Gangster tak gangsterlah. Ni belum keluar tendangan transformers lagi! Kalau dia nak rasa, kali kedua nanti, Yaya akan tunjukkan.

Aku berlari laju! Biar dengan baju kurung dan dengan beg galas ini. Aku pantas memecut masuk ke dalam lif yang terbuka. Termengah-mengah aku di situ. Melepaskan lelah sampai aku tidak perasan kehadiran seseorang di dalam lif berkenaan.

Aku pegang lutut. Menekan butang G. Aku tarik nafas, “Cool down Yaya. Nanti belasan dia cukup-cukup! Tendangan transformers dan Optimus Primes akan mengganas!” tanganku gaya ala-ala transformer sedang berlawan!

“Cik Yaya sayang saya ni nak jadi Optimus Primes ke?”

Aku terus terjelepuk jatuh! Pandangan mata kami bersatu bersama deraian ketawanya yang sekali lagi mengganggu halusinasi ini. Ah, malunya! Bibir terus terkedu dan aku bangkit perlahan-lahan. Membetulkan kembali baju kurungku dan beg galasku. Tudung pula aku betulkan. Janganlah saat ini dia senget menget!

Aku dan dia. Hanya berdua di dalam lif ini. Bau minyak wanginya memang aku ingat. Terus menyerbu masuk ke dalam rongga hidungku. Ohh, kacaknya dia! Izz Amir sedang tersenyum sambil berpeluk tubuh.

Dia menggelengkan kepala. Lagi dan lagi. Serta merta wajahku bertukar menjadi merah jambu! Izz Amir membetulkan rambutnya sendiri. Kenapa rasa semacam pula debaran hati ini? Kami berdua sahajakah di dalam lif ini? Oh tidak!

Errr…errrr..” sumpah aku rindu dengan dia! Sumpah aku rindu mahu melihat senyuman lelaki ini. Sudah beberapa hari kami tidak bertemu. Rasanya sudah dua minggu selepas kejadian perpisahan dengan rela itu.

Izz Amir memandang aku. “Cantik!” bisiknya perlahan. Aku memandangnya. Penuh pertanyaan. Tiba-tiba aku jadi tersipu kerana baru aku perasan aku sedang memakai baju kurung pemberiannya tempoh hari. Akhirnya dia juga menyaksikan aku dengan pakaian ini. Seronoknya rasa!

“Memang saya cantik!” sumpah aku perasan.

“Tak. Saya kata lif ni cantik!” Izz Amir tersenyum memandang aku. Dia ketawa lagi melihat kegelabahan aku.

Eiii..jahat!” balasku dan serta merta lif terbuka. Izz Amir terus mengikut aku. Kami melangkah seiringan. Masih lagi mendengar suara lelaki ini ketawa.

“Ketawakan saya ya?” aku berhenti. Dia juga.

“Eh, taklah!” jawabnya sengaja dan mengelengkan kepala.

Aku menjelingnya. “Buat apa di sini?”

“Teman cik Yaya sayang saya ni lah!”

Aku tersenyum. Terkedu pun ada. Rasa mahu pengsan.

“Saya pergi dulu ya cik Yaya sayang!” dia lihat jam. Aku pandang pula jam aku. Rasa macam pelik. Kenapa dia ada di sini? Apa pula yang dia buat di sini?

“Jawab betul-betul temuduga ya cik Yaya sayang! Tenang dan sebut nama Allah banyak-banyak. Insya-Allah, awak boleh buat dan berjaya. Saya doakan dari jauh!” Izz Amir masih memandang aku dengan senyumannya. Rasa tenang pula lihat wajahnya. Rindu pula aku dengan usikan nakalnya itu. Aku angguk perlahan-lahan.

“Macam mana awak boleh datang sini?” aku bertanya. Mukaku sudah menunjukkan tanda pelik.

“Mana sahaja cik Yaya sayang saya ni pergi, saya akan ada. Saya akan temani sampai bila-bila!”

Jiwa aku sudah kacau. Dia kini berjiwang karat lagi. Putus sudah urat saraf dengan senyuman dan lekuk lesung pipitnya.

“Boleh percaya ke?” tanyaku. Dan dia ketawa lagi sambil mengangguk. Matanya tepat memandang aku dengan senyumannya yang bersisa.

“Saya mahu ke kanan. Dan cik Yaya sayang saya ni, harus ke kiri dan akan ke bilik 5, tingkat 6. Kan?” matanya mengecil mahu jawapan.

Aku angguk lagi dan lagi. Tahu pula lelaki ini di mana aku akan ditemuduga. Pelik! Mata ini pantas memerhati ruang legar lobi Yayasan Marjan yang kini dipenuhi orang ramai. Semua seperti sedang bersiap sedia untuk sesi temuduga. Berbagai-bagai perangai dan gelagat.

“Ingat ya, bila jawab soalan temuduga, sebut nama saya!” dia ketawa. Amboi-amboi. Aku angguk dan tersenyum. “Saya pergi dahulu, ya?” pintaku. Izz Amir lantas angguk dengan seribu pandangannya masih melekat denganku. Tanda persetujuan. Cewah, macam minta izin suami pergi keluar membeli-belah pula bunyinya ya!

+Ops! Yaya tersasul! ( Yaya tutup mulutnya dengan jemari runcing dan kaki melangkah sedikit demi sedikit)
-Amboi Yaya, gatai nooo!
+Ala, bukan selalu Yaya bergatal-gatal ni tau!
-Hik hik hik! (Ketawa betul-betul)

Aku pantas berpusing ke arah kiriku dan berjalan. Begitu juga dengan dia. Tetapi sekali lagi, Izz Amir memanggil namaku, “Cik Yaya sayang!” serunya.

Aku menoleh. Ah – berdebar-debar lagi. Dia memandang aku dengan penuh tajam. Okey, rasa nak meloncat-loncat lagi! Memang bibirnya sudah melekat menggelar aku dengan gelaran, ‘cik Yaya sayang, cik Yaya sayang!’ Isk, kacaknya dia! Tengoklah lesung pipit dia tu! Dalam bagaikan lekuk kawah gunung berapi!

Aku angkat kening dan memandangnya yang sedang tersenyum menawan.

Good luck! Dan memang cik Yaya sayang saya hari ni amat cantik.” Penuh makna pujiannya. Aku – kembanglah lagi. Rasa mahu terbang tinggi! Kalaulah aku ada kepak sudah semestinya aku terbang membelah awan!

“Oh, bukan liflah yang cantik! Tadi tu memang tipulah ya!” jawabku. Meski berjarak 5 meter dari Izz Amir, aku sempat memandang senyuman mahalnya itu. Dia melambai aku dengan lima jarinya. Angin dingin rasa membalut tubuh! Rasa betul aku mahu memeluk awan dan menyusuri pelangi! Aku tersenyum kembang seperti bunga ros yang sedang berkembang mekar. Mahu pengsan lagi tapi rasa makin bersemangat untuk menyelesaikan temuduga hari ini.

Semangat semakin menebal! Ceh!

Haih
, boleh pula terserempak dengan dia di dalam lif ya. Berdua pula tu! Kaki terus melangkah dengan yakin sambil aku tertoleh-toleh melihat dia yang sedang berjalan segak. Kalau dia berjalan pun aku lihat seolah-olah ada salji sedang turun dan bunga sakura akan jatuh menimpanya perlahan-lahan. Oh, indahnya jika aku yang berdiri di sebelahnya seperti selalu dan berjalan beriringan.

Berangan lagi aku! Chet!
***
Nombor 22. Aku genggam kertas kecil dengan jemari ini. Sumbat di dalam poket beg galasku dan dudukkan ia diam-diam. Semoga nombor ini membawa tuah dan memberi semangat! Aku tidak menoleh ke kanan dan ke kiri. Aku duduk diam sambil memegang beg galas dan tunduk memandang lantai. Fail aku pegang dengan rapi. Jantung berdegup kencang, darah mengalir laju dan urat terasa kembang kempis dengan sendirinya. Berdebar-debarnya hanya Allah swt sahaja yang tahu!

Beberapa minit, fail aku di minta oleh seorang wanita. Aku berikan kepada kakak yang bergelar, ‘Khalida’. Sempat kami berbalas senyuman, “Berapa orang penemuduga ya?”

“Lima!”

Gulp! Aku telan air liur. Bantulah aku, Ya Allah. Gemuruh terasa. Melati, doakan aku! Lily, selamatkan aku dalam temuduga kali ini! Aku berdoa dengan berbagai jenis doa. Semuanya aku susun di dalam hati dan selawat seberapa banyak yang boleh.

Dua jam akhirnya. Lelah dan semput menunggu! Ini betul-betul temuduga paling lama dan sejarah untukku.

“22!”

Erk! Aku terkedu dan pantas berdiri. Berjalan penuh keyakinan, memandang semua pemohon biasiswa Yayasan Marjan yang sedang duduk menanti nombor masing-masing. Kaki pantas masuk ke sebuah bilik dan ajaibnya aku sedang berdiri di hadapan empat penemuduga. Mana seorang lagi? Aku memandang ke belakang. Tubuh tinggi lampai itu sedang memandang keluar. Adakah melihat pemandangan di luar itu akan membahagiakan dirinya? Tingkap menjadi penghubung kini. Aku periksa batang tubuhnya. Macam…. Aku berteka-teki! Tetapi tubuh yang seolah-olah aku kenal itu kini dibaluti kot berwarna hitam.

Pantas, mata memandang keempat-empat penemuduga. Semuanya lelaki. Aku tersenyum dan mengangguk. Mengucapkan salam dan dibalas tenang oleh keempat-empat lelaki berkenaan.

“Penemuduga kelima akan bertanya soalan dengan berdiri di tingkap itu sahaja. Tiba-tiba ubah selera pula! Mahu berdiri!” Jelas chef Hakim dengan senyuman. Nama mereka semua tertera di hadapan meja. Aku perhatikan nama mereka semua. Chef Hakim, Chef Zabidi, Chef Lim, Chef Aswad dan nama penemuduga kelima tiada. Okey, dia memang loyar buruk agaknya. Aku terima.

“Perkenalkan diri dan temuduga kita bermula sekarang.” Jantung rasa mahu pecah. Aku tarik nafas dan memulakan temuduga ini dengan penuh keyakinan.

Chef Lim pantas bertanya, “ Awak suka memasak? Masakan jenis apa?”

“Ya, memang saya suka memasak! Oh ya, saya pandai membuat pai epal! Makanan kesukaan arwah abah saya yang juga seorang chef. Pasti semua kenal dengan Chef Wafiy kan? Juga saya suka membuat kek coklat, berbagai dessert, masakan kampung dan masakan barat!” yakin Yaya. Yakin! Walau memang aku tak pernah membuat chicken chop! Hentam sahaja!

“ Awak ada asas dalam dunia masakan? Sebab awak cuma memegang diploma pemasaran sahaja. Awak yakin dengan biasiswa dari Yayasan Marjan?” Chef Zabidi memberikan soalan.

“Saya memang tiada asas. Saya mengaku! Tetapi asasnya ialah hati dan cinta dengan dunia masakan! Saya akan belajar dari bawah. Ini cita-cita saya dan saya mahu capai dengan usaha dan semangat dari arwah abah saya!”

Kelihatan mereka mengangguk serius. Lelaki di tingkap pantas menoleh memandang aku. Dan aku rasa mahu pengsan. Matanya tajam menikam menjamah wajah aku dan dia angguk penuh kacak!

Chef Izz Amir! Kakiku melangkah setapak ke belakang! Izz Amir meletakkan ‘tag’ namanya di atas meja. Tetap berdiri memandang aku sambil berpeluk tubuh. Dia tersenyum dan kelihatan terangguk-angguk mendengar aku memberikan jawapan. Aku rasa amat berkeyakinan! Sungguh – aku tidak pernah selancar ini. Aku selalu tewas setiap kali aku ditemuduga. Nak terkencing pun ada. Soalan keempat-empat chef ini kadang-kadang tak masuk akal dan tak terjangkau pula aku menjawabnya. Ada juga soalan yang bukan mengenai dunia masakan, tetapi aku jawab dengan seadanya. Politik, dunia, hal ehwal semasa dan dunia hiburan!

Aku jawab dengan seikhlas hati. Aku mahu biasiswa ini. Aku mahu berjaya dan mencapai impian arwah abah. Dan kehadiran dia di hadapan aku sebenarnya banyak buat aku lancar bercakap. Jadinya, Izz Amir adalah seorang chef? Pai Epal café itu miliknya dan dia memasak di cafenya? Oh, tuhan! Aku mengetap bibir. Iyalah, selama ini mana pernah aku tanya kerja dan hal ehwal peribadi Izz Amir. Aku dengan dunia aku, dan dia pastinya dengan dunianya. Maka, kecilnya dunia ini! Malunya juga hari ini!

“Cantik baju kurung awak!” Izz Amir mencapai segelas air yang dihulurkan seorang wanita. Temuduga ini nampak lebih santai dan lebih selesa di mata aku. Aku angguk.

“Angguk sahaja? Awak tak nak jawab soalan saya, Nur Alya?” tegas sahaja bunyinya. Tetapi dia melirik dengan senyuman. Aku mahu pengsan sebab dia memanggil nama penuhku dengan penuh dan lembut sekali! Mahu terbang tinggi lagi! Oh, tuhan! Benarkah dia dihadapanku dan sedang menemuduga aku?

Ermmm….” Aku tarik nafas.

Kemudian aku jawab soalannya, “Memang saya cantik dengan baju kurung ini. Lagipun ia pemberian dari seseorang yang saya sayang.” Aku mengaku. Nampak dia mengangguk serius. Rasa mahu aku tampar pipi laju-laju sebab aku memang sengaja mahu melihat dia tersenyum suka. Tapi, muka dia serius Ya Rabbi!

“Warnanya awak suka? Dalam bidang masakan kita kena campurkan warna yang menarik dan rasa yang sedap untuk pelanggan. Adakah baju kurung itu awak suka. Sebagai seorang pelanggan, awak terima campuran warnanya? Rasa hati?” soalan mengarut apakah ini? Aku pandang wajahnya yang tersenyum sinis. Memang sengaja dia mahu mengenakan aku. Amboi, sengaja ya!

Aku atur pernafasan ini, “Ya, saya suka! Sungguh saya suka. Kalau ia dari orang yang saya sayang, warna apa sekalipun saya akan terima. Kerana dia ikhlas memberi dan saya ikhlas menerimanya. Hati saya, sudah termaktub untuk dia. Sampai bila-bila. Rasa hati saya dia pun sedang tahu saat ini! Tuan nak rasa hati saya ke? Rasa masin ke, tawar ke, pahit ke atau payau ke?”

Izz Amir terus terbatuk. Mujur juga dia tidak meneguk air.

Angin sejuk membalut tubuh! Kami berpandangan. Dia menyembunyikan senyumannya yang mahal itu. Izz Amir tunduk malu!

“Tuan Izz Amir suka ke baju kurung saya ni atau suka dengan saya?” aku spontan mengenakan lelaki itu. Sehingga dia tersedak dan terbatuk-batuk lagi. Chef Lim menepuk-nepuk belakang badannya.

Keempat-empat penemuduga menoleh memandang Izz Amir, “Soalan awak soalan yang nakal, Nur Alya!” Dan mereka semua ketawa geli hati. Tetapi Izz Amir memandang aku seolah-olah sepuluh tahun kami tidak berjumpa. Geramkah dengan bibir celupar ini? Rasakan!

40 minit berlalu terlalu istimewa! Ditemani ‘Dia’ yang sentiasa mengawasi dan memerhati. Aku menjawab banyak soalan mengenai dunia masakan, dunia dapur dan pengalaman. Aku bercerita apa sahaja kenangan antara aku dan arwah abah! Semuanya berlegar dan bersatu untuk mereka. Aku kembangkan dan walaupun Izz Amir ada di hadapan aku, ia bukan tiket untuk aku mudah diterima dan senang memperolehi biasiswa dari Yayasan Marjan. Aku mahu berdikari sendiri dan membuktikan yang aku mampu berjaya!

Temuduga tamat dengan seribu erti. Senyuman dari kesemua lima penemuduga. Lirikan Izz Amir paling mahal! Bolehkah aku meloncat tinggi dan menjerit perkataan ‘ya be da be du?’

Selepas keluar, sempat Izz Amir mengenyit mata! Seminit kemudian, ketika aku berjalan mencari Hei MJ Unguku, bunyi bip SMS kedengaran, ‘Amboi-amboi! Rasa saya nak tarik saja bibir awak yang merah tu, cik Yaya sayang! Si mulut murai!’

Aku tersenyum geli hati dan mendongak. Dari bilik tempat aku ditemuduga tadi, seorang lelaki sedang berdiri di hadapan tingkap. Tekun memerhatikan aku. Izz Amirkah itu? Dan dia menggamit mesra dengan jemari bersama ulas senyuman mahalnya. Oh, aku mahu pengsan!

16 Januari 2012

Mr Pai Epal 15

Perlu fokus menyiapkan manuskrip ini. Dalam apa genre sekalipun, saya mahu ada 'kekuatan' dalam setiap plot saya. Biar sedikit, saya mahu ada 'sesuatu' pelajaran untuk kita mengenali diri.

Insya-Allah, selepas ini, Yaya dan Izz Amir akan bekerja di Pai Epal Cafe! Bagaimana Yaya ditemuduga? Berjayakah Yaya? Yaya pengsan sebab ketahui Izz Amir menjadi bosnyakah? Selepas bab 15, kita akan berkenalan pula dengan Chef Daud! Juga akan membawa suasana 'hiruk pikuk' bekerja di Pai Epal Cafe yang akan memasrahkan Yaya. Bagaimana pula dengan 'Projek memutihkan hati mr pai epal?'


Jeng jeng jeng!

Semoga semua terhibur!

4061-orkob12te0




“Dua hari tanpa khabar berita dari dia ?” Melati memandang aku sambil mengira-ngira wang kertas. Laju dan tangkas. Kemudian Melati mengikat wang kertas berkenaan dengan rapi sebelum membungkusnya di dalam beg plastik. Aku hulurkan pen dan Melati pantas mengambil pen yang aku hulurkan. Sekejapan, dia menulis berapa jumlah wang yang diterima untuk urusniaga malam ini. Syiling dengan pantas aku bungkuskan juga.


Aku memandang abang Haikal yang menyusun majalah. Stesen minyak miliknya ini memang sentiasa memberikan pulangan lumayan. Kemudian Melati mencuit aku. “Tak rindu dengan dia ?”

Aku tersengih. Amboi-amboi Melati. Pandai serkap jarang nampaknya! Melati buat muka seratus lapan belas. Muka ala-ala mengejek dengan bibir diherot ke kiri dan kanan. “Ala Yaya, kalau dia suka. Dia akan emel atau sms. Kita tengok malam ni. Dia sms atau tak? Janganlah monyok macam ni Yaya! Tak bestlah kalau tengok muka kau yang comel ni masam mencuka. Senyumlah sikit!”

“Kau ada nampak muka ni rindu dengan mr pai epal tu ke?” tanyaku lagi.

Melati tersengih lagi dengan mengangguk-angguk. “Ya! Sinarnya hilang kini! Cewah!”

Aku gelengkan kepala dengan telatah Melati yang suka sangat mengusik-ngusik. “Pandailah sangat ya! Mengenakan orang, Melatilah nombor satu!” Pantas aku mengunci laci dan mengemas-ngemas meja. Selepas kami memastikan semuanya selesai, kunci segera aku serahkan kepada abang Haikal. Ada perkara tergempar yang harus aku bincangkan dengannya. Tetapi aku lebih suka menguncinya terlebih dahulu. Aku mahu berbincang dengan abang Haikal tanpa kehadiran Melati. Nanti Melati pasti akan memarahi dan bersedih hati. Borang biasiswa dari Yayasan Marjan sudah berkali-kali aku tatap. Maka, aku harus memaklumkan kepada abang Haikal dan Melati mengenai perkara ini. Fatin juga berbuih-buih mulutnya membebel memaksa aku mengambil borang berkenaan.

Aku ketap bibir dan rasanya ini bukan masa yang sesuai untuk aku berbincang dengan abang Haikal. Melati pasti terjun kolam ikan jika tahu aku mengisi borang berkenaan. Eeee, Melati pasti juga menjerit dan pengsan!

Aku tersengih memandang Melati. Buat-buat seperti biasa, agar Melati tidak mengesyaki apa-apa. Pantas, kami berdua mengadap abang Haikal yang masih tekun menyemak stok makanan ringan pula. Lelaki kuat kerja! Girlfriendnya kami gerenti akan bertukar setiap bulan! Lepas Suhana, Norsidah. Kemudian Kak Asiah dan sekarang entah siapa pula!

“Semua okey?” tanyanya. Perkataan yang selalu akan keluar dari bibir abang Haikal adalah ‘okey’. Semua okey tak? Hari ni okey? Okeykah hari ni? Ada yang tak okey? Yaya okey? Melati okey? Kerja hari ni okey tak? Pelanggan okey? Lori minyak datang tak hari ni, okey ke semua?

Kami selalu gelar dia, mamat okey! Asyik okey 24 jam sahaja! Aku pandang Melati yang tersengih geli hati. Dia pasti sedang berfikir apa yang aku fikir saat ini. Aku tersenyum geli hati. Pantas aku menjawab. “Semua okey abang Haikal. Meja okey sudah berkemas, duit okey dan balance. Stok semua okey juga. Kami pun okey!”

Melati menyiku lenganku dan dia memasukkan jemari ke kocek seluarnya. “Ada apa-apa yang tak okey ke dengan kerja kami hari ni abang Haikal? Kami nak balik dah ni. Lewat malam nanti, berembunlah jawabnya! Kami balik, okey?” Melati sengaja mengejek abang Haikal. Abang Haikal, sedar atau tidak yang kami sedang mempermainkan dia?

Abang Haikal anggguk berkali-kali. Dia masih fokus mengira stok makanan ringan. “Okey! Baliklah. Saya okey sahaja. Esok jangan lupa datang macam biasa, okey!”

Memang sah 'mamat okey'. Tiada perasaan dan agak-agaknya abang Haikal selalu berokey-okey dengan kekasihnya sampai semua cabut lari. Bercakap tiada nada dan irama. Bagaikan patung hiasan diletakkan berbagai-bagai pasang baju.

Kami berjalan perlahan. Menolak pintu kedai dan tersengih-sengih geli hati. Beg galas kini dibahu. Malam ini, kami menghirup udara malam yang segar. Mujur juga tidak hujan, jika tidak pastilah Melati akan demam lagi. Aku dongakkan kepala memandang kegelapan malam. Ah – aku betul-betul rindukan usikan lelaki itu. Mahu melihat dia tersenyum dan bola matanya yang bersinar-sinar. Benarkah aku gadis yang ingin dikenalinya hanya kerana memayungi ibu kala hujan itu? Bertuahkah aku dipilihnya? Atau itu hanya mainan dan bibirnya sahaja yang sengaja mereka-reka cerita untuk memancing hati ini?

Ada bintang! Dan kini terasa betul aku merindui dia! Juga ada bulan. Aku telan air liur. Serta merta terasa betul apa yang dikatakan Melati. Wajah aku sudah tidak bersinar. Sudah tidak bernyawa dan hilang serinya. Kenapa dengan aku? Adakah aku merindui lelaki itu?

“Yaya!” seru Melati.

Kalau saya nampak bulan, saya sentiasa nampak awak yang sentiasa tersenyum dan kalau saya nampak bintang, saya sentiasa rasa awak bintang di hati saya! Entah – saya tak tahu kenapa dengan hati saya sekarang ni, Yaya! Suaranya kedengaran menusuk hati! Ah, kenapa aku kala ini.

Ya, bila saya sedut udara yang berhembus nipis ini, saya juga sentiasa menyebut nama awak! Saya sentiasa rasa awaklah ruang angkasa yang temani saya kala ini. Aku pejam mara rapat-rapat. Menyebut namanya lagi dalam setiap nafas ini.

“Yaya!” panggil Melati kuat sehingga bahuku digoyang perlahan.

Kami berpandangan. Melati tersengih. Mataku terkebil-kebil. Oh, fasa jiwang melanda punah akhirnya kerana dirosakkan Melati. “Sila jangan jiwangkan diri di sini. Ayuh, kita start enjin skuter dan balik. Dah malam Yaya! Penat badan sangat ni! Berlengas sungguh rasa ni!”

Tiada jawapan untuk Melati. Rasa hambar dan kosong sahaja jiwa ini. Entah aku tidak tahu kenapa. Melati memandang aku. Turut sama pandangannya yang memberi berbagai rasa. Berbagai erti untukku. Aku ambil kunci skuterku di dalam beg dan menyarung helmet.

Melati memandang aku. “Kau kenapa Yaya? Macam sedih saja. Mukapun tak bermaya. Berjalan pun seolah-olah kaki tak berpijak di bumi. Nampak macam kau sedang terbang! Tahu tak terbang?”

Aku gelengkan kepala. Mendung lagi.

Melati ketap bibir bawahnya. “Mendung dan diam sahaja. Termenung sana sini. Engkau kenal Superman kan? Macam tulah kau terbang!” Melati yang mahu menyarung helmet terbantut. Helmet lantas diletakkan di dalam bakul comel skuternya.

Kami berpandangan lagi. Aku mengumamkan bibir. Tersenyum lagi! aku turut sama membuka helmet yang telah tersarung.

Dengan lembut, Melati menarik lenganku ke hujung stesen minyak. Kaki ini mengikut sahaja arah Melati. Rasa kosong saat ini, bukan? Rasa hambar juga hati ini, bukan? Tuhan, berikan aku kekuatan! Rasa mahu menangis tiba-tiba kerana teringatkan lelaki itu.

Ini pertemuan terakhir kita, cik Yaya sayang!

Pantas kami sudah berada di dalam surau. Aku bersila mengadap Melati yang menanti aku meluah rasa kesedihan ini. Entah dari pagi tadi, memang aku muram sahaja. Segala kerja bagaikan tidak kena jadinya. Dimarahi encik Sulaiman dan beberapa pelanggan kerana kelalaian sendiri. Ya, Melati perasankan semua ini.

Aku pandang Melati. “Kata dia, mungkin itu pertemuan terakhir kami, Melati.” Aku meluahkan rasa hati. Memang aku telah bercerita kepada Melati kisah kami menikmati minum pagi, beralih pula kepada adegan kejar mengejar, kenangan terindah di kedai aiskrim yogurt tutti frutti dan Izz Amir telah menghadiahkan sepasang baju kurung untukku.

Bagaimana pula untuk aku melupakan setiap saat dan detik yang pernah kami lalui bersama?

Melati mengerdipkan matanya. Bibir bersatu, diketap lagi. “Kau kenapa, Yaya?”

Aku tarik nafas. Angin dingin pantas membalut tubuh. Bunyi cicak kedengaran. Ada sendu berlagu di hati. “Bagaimana ya untuk aku tidak merindui dia? Bagaimana untuk aku tolak rasa dan perasaan ini, Melati? Bagaimana?”

Air mata tumpah akhirnya. Tersedu-sedu aku di situ. Melati terlongo. Sekejap sahaja aku meluah rasa hati dan sekejap juga aku boleh mengalirkan air mata. Entah kenapa yang terjadi dengan diri ini. Apa rasuk yang melanda hati ini, aku tidak tahu. Hairan sungguh aku.

“Kata dia lagi, dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang memayungkan ibunya dari ditimpa hujan.”

“Dan gadis itu, ialah kau, Yaya?”

Aku angguk dan kesat air mata. Mahu berbual-bual dengan Melati dan mahu Melati tahu rasa hati ini. Rasa puas meluahkan apa yang terbuku dengannya. Melati, sahabat yang selalu mendengar masalah dan membantu memberikan ‘sesuatu’.

“Rasa rindu itu fitrah, Yaya!” Melati menyambut dengan seulas senyuman. Dia genggam jem
ari ini.

“Rasa sayang juga pemberian dari Dia, Yaya! Tak salah untuk kita rasa semua itu. Dan kasih sayang itu memang Allah swt sudah tetapkan untuk lelaki dan wanita. Kita dijadikan berpasang-pasangan. Bukan?”
Aku angguk lagi. Menyedut hingus. Iyakkkk! Sempat lagi aku tersengih dalam keadaan sebegini.

Melati tersenyum penuh makna. “Dah agak dah. Memang kerana Izz Amir semuanya. Apa lagi yang mahu dikongsikan? Dah-dah, jangan menangis. Buruk benor nampaknya!”

Aku tersengih sambil mengambil tisu yang dihulurkan oleh Melati. Aku kesat hidungku yang berair.

“Bagaimana aku mahu merubah dia menjadi baik seperti yang dia sebutkan di dalam emelnya tu ya? Dia serius menyahut cabaran ibu yang mahu dia berubah. Katanya, dia nak solat, berubah jadi baik seperti yang uminya selalu pesankan pada dia. Luahan hatinya di dalam emel seperti aku baru mengenalinya semalam, Melati! Ayat-ayatnya berubah seratus peratus!”

+Yaya, jiwang? Sejak bila ni Yaya?
-Entahlah. Agaknya semenjak Izz Amir mengganggu jantung, usus dan urat-urat ini.
+Yaya, kumbang bukan seekor, okey?
-Peduli apa dengan kumbang yang seekor dan pepatah merapu tu! Dia kumbang hitam spesis raja gunung Everest. Tahu tak? Tiada di pasaran. Stok tempat lain pun, tiada!
+Huh, sudahlah Yaya, jangan fikirkan dia lagi.
-Tak boleh! Tak boleh! Yaya harus membantu mr pai epal menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat.
+Ceh!

“Soalan pertama aku, dia sihat?”Melati melunjurkan kakinya pula. Nampak Melati penat sungguh. Ah, kasihannya aku dengan Melati.

Melati tersengih lagi. “Soalan kedua, Yaya rasa untuk tempoh sekarang ni, apa sebenarnya hubungan Yaya dan dia?”

Bola mata kami berlaga! Jantung berdegup kencang.

“Izz Amir ada beri SMS semalam. Katanya dia sihat dan sedang sibuk dengan urusan di Pai Epal Cafenya tu. Ermm… jawapan kedua, rasa-rasanya untuk tempoh dan saat ini, biarlah kami sebegini. Yaya dengan kerja dan menyambung cita-cita. Begitu juga dengan dia. Dengan café dan kerjayanya juga sudah pasti boleh hiburkan diri. Boleh begitu?” Rasa mahu sahaja aku ketuk dahi ini. Jawapan tak relevan sungguh! Atau aku perlu bertindak? Menderhaka kepada larangan ibu terus sahaja berpacaran dengannya atau minta sahaja kahwin lari dengan dia? Gila! Gila, Yaya!

-Eh, tak boleh kahwin lari! Memang gila namanya tu, Yaya!
+Jangan buat masalah, Yaya! Yaya ada ibu dan Fatin. Yaya juga harus laksanakan tanggungjawab Yaya sebagai seorang kakak dahulu. Lari kahwin ke Thailand, dah ramai yang membuatnya. Janganlah menyusahkan diri. Kelak merana, Yaya!
-Betul! Betul! Betul! Yaya kena capai cita-cita! Yaya kena patuh arahan ibu!
+Kemudian baru cinta!
-Kalau cita-cita dan cinta digabungkan sekali?

“Yaya dengan kehidupan harian Yaya, dan Izz Amir dengan cara hidup dia? Begitu? Mahu dia putus asa?” Melati membuat kesimpulan.

Aku angguk. Rasa mahu sahaja aku tampar pipi sendiri laju-laju.

Melati gelengkan kepala. Mencebik. “Bukan dengan cara begitu Yaya! Kau kena tolong dia. Memanglah dia kata itu adalah pertemuan terakhir kalian berdua. Itu perancangan kita, Yaya! Perancangan Allah itu lagi teliti. Kalau betullah dia nak berubah, sokong dia. Bantu dia. Bukan jauhkan diri macam yang Yaya sebutkan tadi. Kita kena memberikan dia semangat dan kekuatan walau dengan cinta jarak jauh.”

Cinta jarak jauh?

Itu juga perkataan yang pernah Izz Amir ungkapkan kepadaku.

“Cinta tak salah Yaya! Kita sahaja yang selalu menyalahkannya. Anak-anak muda sekarang yang warnakannya dengan cara yang salah. Kalau tiba-tiba dia putus asa, dan kembali kepada gaya hidupnya yang lama, bagaimana?”

Aku akan larikan diri ke Uganda, Melati! Huwaaaaa!!

“Larikan diri ke Ugandalah tu!” Melati tarik hujung tudungku dan kami ketawa. Sekejap sahaja rasa hiba ini berkurangan. Aku terfikir-fikir lagi. Apa langkah seterusnya yang perlu aku lakukan? Tisu bertebaran di dalam surau.

“Belikan buku untuknya ke. Cari ustaz untuk dia belajar ke. Iyalah, manalah tahu kan, dia pemalu dan bila kita nak berubah ni, perlulah kita berdamping dengan ustaz-ustaz atau orang yang berilmu. Barulah melekat di hati! Juga kita boleh senaraikan masjid atau surau berdekatan yang ada kuliah agama untuk Izz Amir sertai. Secara tak langsung, kita pun akan pergi dengar kuliah maghrib. Dia dapat ilmu, kita pun dapat ilmu. Iya tak?”

Aku angguk dengan penerangan panjang lebar Melati. Konsultan pakar perunding jiwaku ini memang terbaik! “Memang pun kita ni kan? Kita ni satu kuliah agama pun jarang pergi! Isk Isk…” dan aku gelengkan kepala. Mengenangkan hitamnya hati dan bebelan ibu yang selalu memaksa aku menjengah ke surau berhampiran rumah.

Kami berdua tersengih. Menampakkan gigi yang tersusun rapi.

So?” Aku membutangkan biji mata. Semakin hilang hiba ini dengan sahabat sepertinya. Tetapi aku pasti Melati akan lagi hiba jika aku berjaya memegang biasiswa dari Yayasan Marjan!

“Projek memutih hati, Mr Pai Epal!”

Aku angguk suka hati. Bermacam-macam idea berhantu datang dalam otakku. Tetapi mulut ini dengan lancangnya berterus-terang kepada Melati, “Dan aku ambil borang biasiswa Yayasan Marjan!”

Erk!

Melati menjerit bagaikan terkena histeria. Memang betul sanggkaanku. Kalau ada kolam ikan, Melati pasti akan menjunamkan dirinya masuk bersama denganku. Jeritan Melati menggegarkan suasana malam. Abang Haikal sampai keluar memerhati dan bercekak pinggang mengarahkan kami segera pulang!

Sudahnya, aku berlari keluar kerana dikejar oleh Melati. Kasutku entah tercampak ke mana. Kami berlari lagi. Mengejar dan dikejar. Malam ini, rasa gembira, rasa hiba dan rasa segala-galanya. Saat ini juga, aku turut merasakan yang aku tidak mahu kehilangan Melati. Aku juga tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku kepada Melati. Aku mahu Melati juga dihamparkan rasa bahagia seperti yang sedang aku rasai sekarang ini.

Tuhan, Maha Besar segala perancanganmu.

***
Cik Yaya sayang saya ni apa khabar?

Entah kenapa ketika saya mencoretkan emel ini, ada air mata lagi mengalir. Sungguh-sungguh mengalir sehingga saya rasa siapalah saya untuk awak, Yaya! Awak anak yang baik, dan patuh apa yang ibu pesankan. Sehingga ketika mahu berkawan dengan awak, dan pesanan ibu ketika di hospital tempoh hari, membuatkan saya rasa serba salah.

Teramat sangat.

Ya, saya bukan lelaki yang solat lima waktunya. Tidak pernah cukup dan selalu sahaja lalai. Ala, saya selalu berkata, nanti bolehlah saya qadanya. Tetapi bila ibu bertanya, “Izz dah solat? Dah masuk waktu ni.”

Saya menjawab ringkas, “Belum, makcik! Nanti balik saya solat!”

“Lelaki yang mahu berkawan dengan Yaya, perlu segera solatnya! Perlu solat awal waktu! Ibu suka lelaki yang solat!”

Saya telan air liur. Malu. Mata hati ibu sungguh bercahaya sekali! Saya nampak ada senyuman di hati ibu. Saya patuh dan itulah kali pertama ketika menemani awak demam panas, saya solat Zohor dan Asar di hospital dan berbantukan seorang lelaki yang mengambil wuduk dengan bantuan kerusi rodanya.

Sungguh, jemari ini jarang menyentuh kaki untuk alirkan air wuduk. Sungguh, saya rasa hina dengan diri sendiri kerana nikmat kaki saya lebih sempurna dari lelaki cacat itu. Saya malu kerana tanpa ragu-ragu saya minta dia ajarkan saya berwuduk.

Namun, lelaki itu dengan senyuman mengajar dengan penuh tertibnya. Wajahnya penuh keikhlasan sekali. Awak tahu, saya menangis dan menangis selepas itu. Air mata lelaki saya tumpah kerana kesekian kalinya, saya merasakan Allah masih sayangkan saya. Allah masih memberikan saya nikmat yang paling berharga untuk saya. Pancaindera lengkap ini, sudah mencukupi namun saya selalu lalai dan lupa.

Sungguh, saya rasa senang dan tenang kerana Allah izinkan saya berkenalan dengan ibu dan awak, Yaya!

Dan kalaupun awak tahu saya selalu lalai dan lupa dengan amal ibadat, masih sudikah lagi awak berkawan dan bersahabat dengan saya?

Izz Amir

14 Januari 2012

Mahu Memeluk Bulan 2

Oh, Mahu Memeluk Bulan untuk bab 2 saya paparkan hari ini. Pembaca ada banyak pilihan untuk membaca dan berurusan di blog tersayang saya ini. Ada Mr Pai Epal, Yang Terindah dan sekarang buah tangan terbaru saya untuk 2012, Mahu Memeluk Bulan. Semoga suka!


Saya tak pasti kenapa harus letak gambar hero Korea lagi dalam setiap entry saya. Mungkin ini unsur memikat. Hahaha. Saya pun bukannya fanatik K-Pop teramat sangat. Cuma drama korea ada sesuatu rencah yang harus industri perfileman dan drama Malaysia ambil dan olah. Ceh, dah mengkritik drama Malaysia pula saya!


Okey allzzz, jom baca perlahan-lahan!


Senyum comel-comel semua......


da56384e3c0cc698d1c86aa




Bonda Marlia selak rambut As yang panjang mengurai. Dikesat-kesat air mata anaknya, As yang sedang menahan sakit dan tangisan menyepikan diri. Mata As merenung kain batik bonda yang membalut. Mata menerawang jauh entah ke mana. Dia bagaikan kanak-kanak yang hilang upaya fikirannya.

“As cuma mahu lihat bulan sahaja dengan abang chik. Bukan buat apa-apapun bonda. Kenapa abah sanggup rotan As dan abang chik hanya sebab tu sahaja? Kasihan abang chik, bonda.” Suara As merintih lagi. Dikesat-kesat air mata sendiri. Tersengguk-sengguk menahan sedih dan hiba.

Bonda Marlia tersenyum. Tapi hatinya lara. Melihat tubuh anak gadisnya dipukul lagi suami sendiri. Diusap perlahan-lahan dahi anaknya, Asmidar. “ As kan kecil lagi. Baru darjah enam dan abah rotan As bersebab. Sebab As tipu abah dan bonda kata mahu ke rumah Nini dan sebenarnya keluar dengan abang chik. As tak lama lagi nak besar. As kena dengar cakap bonda dan abah. Jangan selalu buat abah marah ya, As!”

“Kasihan abang chik!” mata As menyorot dalam. Jauh tembus melihat tubuh abang chik diseret oleh abah dan dipukul bertalu-talu. Sehingga Pak Su, ayah abang chik dan Mak Nah, ibu abang chik menjerit menyuruh abah berhenti memperlakukan abang chik sebegitu. Air mata As ketika itu mengalir-ngalir lebat sekali.

As menjerit-jerit, “As nak duduk dengan abang chik. Jangan bawa As balik rumah. Nanti abah pukul As lagi. Abah jahat!”

Kenangan terpadam. Bayangan dirinya diheret juga oleh abah menerjah-nerjah kotak mindanya. Dan As pandang lagi tingkap yang rapat ditutup bonda. Kepalanya sudah beralih letak ke sebuah bantal kekabu yang dibeli di rumah Makcik Adibah.

“As bukannya pergi mana-mana pun. As kan selalu kawan dengan abang chik. As hanya mahu duduk di pangkin Mak Tok dan Pak Aja sahaja. Salahkah As dan abang chik berbual-bual sahaja?”

Bonda Marlia menarik langsir. Pantas jemarinya merayap ke almari. Membetulkan bedak yang tersusun di atas almari solek Asmidar. “Sudah jauh malam, As. Abah tentulah risau. As kan perempuan, abang chik lelaki. Tak lama lagi, As akan besar tau! Tak elok berkawan dengan abang chik rapat macam tu!” Pujuknya lagi. Bonda Marlia berdiri di hadapan almari. Memeluk tubuh dan pantas tubuh tegapnya memandang As yang sudah diselimutkan.

“As tidur ya. Bonda nak siapkan kopi untuk abah. Nanti mengamuk lagilah abah tu! Dah jangan menangis lagi, nanti abah marah lagi! Tidur!” bonda Marlia berlalu. Menguak pintu kayu dan menutupnya perlahan-lahan.

As merenung lagi tingkap yang bertutup rapat. Air matanya perlahan-lahan mengalir lagi. Sakit sungguh punggung dan betisnya kerana dipukul abah tadi. As pantas bangun dengan senyap dengan derap kaki yang tidak berbunyi bila mendengar bunyi yang sinonim dengan telinganya. Abang chikkah? Anak gadis itu pantas bangun, mengunci pintu biliknya dan terhendap-hendap ke arah tingkap. Bunyi batu dibaling kedengaran lagi.

Rambutnya dibetulkan rapi. Sedunya ditahan dan dipendam. Tingkap dibuka perlahan. Abang chik tersenyum memandang adik kesayangannya itu.

“As okey tak?” tubuh tinggi lampainya muncul di balik pekat malam. Jemari abang chik menyentuh kekisi tingkap. Mendongak kepala melihat keadaan As. Terukkah As dipukul abahnya? Kalaulah bukan kerana dia mengajak As melihat bulan mengambang, As pasti tidak akan dipukul sebegini teruk oleh Ustaz Shaari itu.

As angguk dan tersenyum. Dengan berbisik, dia membalas pertanyaan abang chik, “ As okey. Abang chik kena pukul juga ke dengan Pak Su dan Mak Nah marah kita juga ke?”

Abang chik geleng kepala dan tersenyum. “Pak Su kan sayang abang chik. Mak Nah nak pukul abang chik? Pun tak. Ala, kata pak su, kita budak-budak. Bukan buat apa-apa pun. Main-main dan tengok bulan atas pangkin saja. Salah apanya, As? Kasihan As. Abah pukul lagi ke?” abang chik memandang inci tubuh gadis kecil itu. Dia sungguh kasihkan As gadis berumur 12 tahun itu.
Dia kasihankan As yang asyik sahaja diherdik ayahnya, Ustaz Shaari itu. Kadang kala dialah yang menyelamatkan As. Membawa As berlari mengejar pelangi di bukit belakang rumah Mak Tok dan Pak Aja. Ya, mereka berjiran. Jaraknya sepelaung sahaja. Sebab itu dia tahu bila masa dan waktunya Ustaz Shaari akan merotan As. Panjang sahaja telinganya mendengar herdikan Ustaz Shaari. Dia yang akan berkejar masuk melalui dapur dan merentap tangan As supaya mengikutnya. Bonda Marlia pula merestui sahaha kegiatannya menyelinap masuk itu. Pantas, masa berlalu dan kerana mereka berkawan rapat, maka abang chik rela mengajar As dalam pelajarannya, membantu menyiapkan kerja sekolah As dan kerana itu jugalah mereka menjadi akrab sehingga hari ini.

“As mesti belajar rajin-rajin! Tengok abang Hadi yang selalu abah As puji melambung-lambung tu! As buktikan keputusan UPSR As pun sama macam abang Hadi.”

“Tapi abah selalu kata, sepandai-pandai orang perempuan pun dia akan duduk di dapur juga. As manalah pandai masak-masak ni. Bonda yang memasak! Abang Hadi tu memang kesayangan abah. Apa yang abang Hadi buat semua betul dan abah benarkan. As semua tak boleh!”

Dia pandang wajah putih bersih As. “ Maksud abah tu, nanti bila As dah besar. Bukanlah sekarang abah suruh As memasak. Kalau As memasak sekarang, alamatnya terbakarlah dapur bonda Marlia!” abang chik mengekek ketawa.

Walau mereka umurnya dijarakkan dengan 15 bulan. Tapi mereka akrab bagai seorang adik dan abang. Akrab bagai lagu dan lirik. Bersatu bagai laut dan ombak. Tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh berenggang.

Abang chik melempar pandangannya ke belakang. Takut disergah sesiapa. Kalau ustaz Shaari yang menyergah lagi mati rasanya! Huh!

“Abang chik untung. Semua sayangkan abang chik. As ni, abah selalu pukul teruk-teruk.” Air mata As mengalir perlahan. Tingkap menjadi medan mereka berbual-bual. Abang chik menelan air liurnya. Sedihnya lihat As menangis.

“Abah sayangkan As. Jaga As dan didik As. Abang chik pun kadang-kadang kena rotan juga!” Dia pujuk sedaya upaya.

“Tapi bukan dengan memukul As sampai lebam macam ni. Cikgu kata, mengajar anak-anak ada batas dan caranya!” As tunjukkan lengannya yang biru dan kemudian seluarnya dilipat sedikit ke atas. Betisnya merah menerbitkan darah.

“Ya Allah, As!” dia separuh menjerit. Bunyi cengkerik menemani lagi. Sesekali abang chik menoleh. Mereka berpandangan.

Air mata sayu menitis entah untuk keberapa kali. “Sakit abang chik!” dan dia merenung wajah sugul abang chik. Dia tahu abang chik tidak mampu buat apa-apa kala ini. As pantas menolak seluarnya ke bawah. Dia pegang tingkap dan air matanya meleleh-leleh lagi.

“As rasa abah tak sayangkan As macam abah sayangkan abang Hadi. As ni siapa? As ni kenapa selalu jadi mangsa pukul abah. Badan As selalu sakit-sakit, abang chik!” dia meluah rasa hati.

“As!” suara bonda Marlia kedengaran. Abang chik terus terjatuh ke bawah. Bunyi hentakan kaki Ustaz Shaari lantas terasa dekat dengan mereka. Wajah As berubah.

“Cepat balik abang chik. Kita jumpa esok di sekolah ya!”

Abang chik menepuk-nepuk punggungnya yang kotor. Sakitnya kerana terjatuh. Ustaz Shaari memang berhantu betullah! Abang chik angguk berkali-kali. Memandang wajah As yang sugul.

“ Ya, bonda!”

“Buka pintu ni. Buat apa tu?” suara bonda mengeras lagi.

“As, ambil ni. Minyak gamat! Sapu ya!” abang chik menghulur cepat dan huluran disambut. Pantas As menutup tingkap melihat abang chik sayup-sayup menghilangkan diri dengan kegelapan malam.

“As ada ni. Baca buku, bonda!” pantas As mengunci tingkap. Membetulkan langsir seperti yang bonda aturkan dan meja belajarnya pantas dibukakan sebuah buku. Pensel di keluarkan dari bekasnya.

“Buka pintu ni!” suara abah kedengaran pula.

Mata As memerhati segenap bilik yang tidak menampakkan syak abahnya. Suaranya perlahan membalas. Air mata dikesat lagi. Debaran melanda. “Baik abah!”

Dia tahu abah sayangkan dirinya. Malam itu ditemani bonda Marlia, abah usapkan minyak gamat di betisnya. Suara bonda Marlia menyusup deras ke hatinya. “Tulah abang, ikut sangat panas barannya. Sakit awak tahu tak! Terbit darah kaki budak ni!”

“Saya tak sengaja awak tahu tak!”

“Satu kampung ni tahu sikap panas baran awak tu!” bonda membidas lagi.

“Awak jangan kerana As, awak tinggikan suara!”

As pejam mata erat-erat. Kerana dia juga, malam itu abah dan bonda bertengkar lagi. Bergaduh dan berperang mulut. Dia tidak pasti bila akan berakhirnya suasana ini. Muram dan suram.

Malam terus gelap dan likat warnanya. Hitam dan bunyi cengkerik menemani halwa telinga. Angin dingin dan kedinginan itu belum tentu merubah hati dan perasaan bencinya dengan setiap herdikan dan pukulan abah.

Ada gerimis di hatinya. Air mata As meleleh-leleh lagi.

12 Januari 2012

Dunia Fantasi Kusuma [Bab 2]

Salam semua, Dunia Fantasi Kusuma saya sambung untuk bab yang kedua. Pengenalan kepada watak kanak-kanak untuk pengembaraan musim pertama ini. Actually, ceh, berbahasa inggeris I. Ngeee...ini e-novel yang lebih kepada fantasi kanak-kanak. Sesiapa orang-orang besar, gadis-gadis remaja, wanita-wanita comel dan jelita ituuuu..yang mahu ubah selera dan genre untuk diri sendiripun apa salahnya kan? Hehehe. Manuskrip ini telah saya edit dengan banyaknya! Okey, jom kita layanzzzzz.




[Bab 2] Aiman, bermata biru

Aiman turun dari kereta papanya. Menjerit ke arah nenek dan datuknya. Muhammad turun dari kereta dan menyalami kedua orang tuanya. Camelia, isterinya yang berbangsa Inggeris tersenyum. Membetulkan tudung dan kemudian menuruti, menyalami kedua mertuanya.

“ Cuti sekolah ni, Aiman duduk rumah nenek dengan atuk ya!” Nenek Latifah lantas menciumi pipi cucunya. Beg sebesar bantal pemeluk ditarik perlahan Aiman. Aiman tersengih geli hati melihat telatah nenek dan datuknya. Dia memang suka sekali pulang ke kampung. Suka benar dia berjalan-jalan ke daerah unik dan ganjil ini. Kota Syurgawan yang sering dia rindu! Paling dia rindui adalah banglo Kusuma yang penuh imaginasi itu!

Mesra. Dia tersangat merindui cucu dan anak menantunya.

“ Itulah nek. Memang Aiman nak duduk kampung selalu. Di bandar, papa dan mama asyik sibuk memanjang! Aiman mahu ke Banglo Kusuma. Membaca buku bersama kawan-kawan dan habiskan masa di sana!” Aiman tersenyum. Fikirannya lantas terus ligat, mengingati agendanya pada musim sejuk lepas apabila bersama sahabatnya iaitu Afrina dan Irfan menghabiskan masa dengan membaca buku dan bermain di setiap bilik iklim ajaib.

Aiman. Dia adalah seorang pelajar darjah 5. Pelajar sekolah berasrama penuh. Dia gemar membaca malahan merupakan seorang pelajar contoh yang mampu menguasai berbagai bahasa. Aiman digelar si mata warna biru dan berwajah kacukan persis papa dan mamanya.

“ Mari lekas kita masuk. Emak dan ayah ada buatkan rendang itik! Panas-panas lagi! Lekas-lekas!” Datuk Amin membawa cucunya masuk. Memimpin Aiman dengan penuh kasih sayang.

“ Sedapnya ayah. Emak jika masak sambal ikan bilis pun sedap. Makan nasi boleh bertambah-tambah sampai tiga kali. Fuh, berpeluh-peluh makan!” dia memandang Camelia isteri kesayangannya. Tersengih-sengih kerana teringatkan rendang daging isterinya yang tidak berapa menjadi pada minggu lepas.

“ Iyalah, saya ni masak tak sedap.” Camelia mencebik.

“Awak ni, janganlah merajuk. Awak masak memang sedap! Emak lain rasanya, awak masak lain!” Muhammad ketawa sambil menggenggam tangan isteri kesayangannya. Mereka lantas terus masuk ke dalam rumah banglo sederhana berkenaan. Nenek Latifah dan Datuk Amin awal-awal lagi sudah membawa cucunya ke dalam bilik, meletakkan beg sebelum mereka sama-sama menikmati makan tengahari bersama.

Makhluk berjubah penuh! Jubah yang berwarna hitam sedang memerhatikan mereka semua! Mata itu terus memerhati kelibat Aiman dan keluarganya. Terbeliak besar melihat Aiman yang memiliki mata berwarna biru. Aiman, diperhatikan penuh mesra dan makhluk berkenaan tersenyum lagi. Aiman, kanak-kanak 11 tahun yang kacak! Dari dalam semak, ia kemudian menukarkan diri menjadi seekor kucing Parsi yang gebu. Terus terkedek-kedek berjalan untuk masuk ke dalam rumah banglo itu.

Hujung jalan raya Jalan Firdaus, seorang anak gadis kelihatan berlari-lari perlahan. Salji terus turun dengan perlahannya. Menyimbah bumi dan pohon-pohon kelihatan amat cantik kerana dibaluti salji. Afrina memeluk tubuh. Baju sejuk berwarna coklat tua sedang melekap kemas. Afrina terus berlari perlahan ke rumah nenek Aiman dan terus menuju ke tingkap bilik Aiman. Dia nampak kereta papa dan mama Aiman melintasi rumah rehat mereka.

“ Aiman! Aiman! ” jeritan Afrina membuatkan Aiman segera meluru kembali ke dalam biliknya.

“ Rina?” Aiman tersengih-sengih!

Pantas Aiman menyembunyikan senyumannya. Dia tahu, Afrina akan datang berjumpa dengannya hari ini.

Afrina turut sama tersengih manja! “Awalnya awak sampai! Kamu akan bercuti di sini untuk semester ni ya?” Aiman memberikan senyumannya. Sambil mata Aiman memandang Afrina, gadis berusia 12 tahun yang erat berkawan dengannya selepas mereka berkenalan di dalam banglo Kusuma.

“Ya. Semestinya saya juga mahu menghabiskan cuti sekolah semester ni di Banglo Kusuma. Membaca buku dan masuk ke dalam bilik-bilik ajaib Banglo Kusuma. Mesti seronok, kan?” Afrina tersenyum memerhatikan Aiman.

Kemudian dengan petah menyambung bicaranya. “ Rina pujuk emak dan ayah, mahu bercuti di sini. Marilah kita ke Banglo Kusuma hari ni. Ada buku baharu kata Yok Ni. Memang banyak sekali. Komik pun ada. Tangga berjalan di tingkat buku melayu pun kita boleh naiki. Taman permainan sekarang, sudah ada ladybird besar. Labah-labah asyik bertanyakan kamu sahaja. Marilah Aiman!” Afrina memujuk mesra. Mahu kawannya itu mengikutnya lekas.

Kucing Parsi yang berselindung terus mendiamkan diri. Memandang kedua sahabat itu. Matanya terus membesar dengan bulat dan menembusi dinding dan seterusnya ke setiap tingkat di Banglo Kusuma. Makhluk bertangan enam yang duduk selesa di tingkat pertama bawah tanah, tersenyum manis sekali. Mereka sedang sibuk menapis wajah kanak-kanak yang akan menjadi pilihan mereka. Sesekali mereka seolah berbisik-bisik. Tiada sesiapa memahami bahasa mereka, kecuali Puan Kusuma!

“ Kita pergi ke Banglo Kusuma, esok ya? Nanti papa dan mama akan marah saya kerana kami baru sahaja sampai ke sini.” Aiman mencemik. Melalui tingkap mereka berpesan-pesan, agar jangan lupa dengan temujanji esok. Juga mengingati seorang lagi sahabat mereka iaitu Irfan yang turut sama akan menghabiskan cuti sekolah di Pekan Syurgawan.

“ Rina, engkau balik dahulu. Jika nenek tahu yang kita akan ke sana esok. Pasti aku akan dimarahi. Ingatkan Irfan juga untuk bersama dengan kita esok!”

“ Irfan yang berbau busuk itukah?” Afrina membulatkan matanya bagai guli kerana terkenangkan badan Irfan yang gebu dan montel. Sesekali, bau badannya, masyaAllah! Boleh pengsan dibuatnya.

Aiman ketawa dan mengerling Afrina. “Aku akan berinya baju baru dan hadiahkan dua puluh botol minyak wangi untuk Irfan. Hehehe.”

“Tetapi dia ada SMS memaklumkan cuti sekolah semester ni, Irfan terpaksa ke kursus kepimpinan. Ayahnya marah betul padanya dan mendesak dia mengikuti kursus berkenaan! Padan muka!” Afrina membawa tangannya masuk ke kocel seluar. Jemari sudah menyeluk saku seluar sendiri.

“Begitukah? Tapi saya yakin, Irfan akan tetap datang walau ribut melanda negaranya! Saya berani bertaruh untuk Irfan! Kerana dia sekarang amat rindukan donut coklat di kafe Banglo Kusuma. Dia akan datang! Saya pertaruh satu donut coklat untuk awak, Rina!” Aiman ketawa dan memandang-mandang ruang tamu.

“Okey, Aiman! Saya bertaruh satu donut coklat! Eleh! Jika Irfan datang saya akan hadiahkan awak sekeping donut coklat. Okey Aiman, kita jumpa esok bersama teman-teman lain di Perpustakaan Banglo Kusuma. Jumpa nanti, ya!”

Lantas mereka ketawa bersama. Afrina melambai-lambai sambil kucing parsi berbulu tebal itu mengamati mereka berdua dan Afrina semakin mengecil dari pandangannya. Aiman berlari kembali ke ruang tamu. Menikmati makan tengahari bersama nenek, datuk, papa dan mamanya.

“ Puan Kusuma itu memang ada kuasa sakti, Aiman. Dia perempuan tua yang tak dikenali. Juga ada kuasa jahat yang kita semua tak sedari! ” Nenek Latifah memberi amaran kepada Aiman. Tidak bersetuju dengan permintaan cucunya untuk ke Banglo Kusuma. Asyik menyebut-nyebut sejak tadi.

“Kamu jangan ke sana! Nanti nenek bawa bercuti di pulau Impian! Lagi seronok!” Nenek Latifah memancing Aiman.

“ Ala nek. Aiman dan kawan-kawan tak pernah kacau sesiapa kalau ke sana. Malahan tahun lepas kami tidak pernah terserempak dengan perkara ganjil sikitpun! Aiman, Afrina dengan Irfan cuma mahu membaca buku dan bermain di taman permainan sahaja. Aiman tak akan ganggu rak labah-labah, pari-pari gadis bersayap dan mengambil buku-bukunya. Sumpah, nek!”

“ Biarlah budak-budak tu ke sana. Tahun lepas, bukan mereka tidak balik ke rumah, pun! Lagipun di sana, banyak buku dan ramai kawan. Banglo itu akan tutup operasinya jam 7 malam. Bosan pula budak-budak ni kalau terperap di sini sahaja.” Datuk Amin menyudahkan karipapnya. Nenek Latifah mendengus seolah memberi amaran atas pilihan cucunya mahu ke Banglo Kusuma.

“ Memang tak ada sesiapa yang mengenali siapa Puan Kusuma. Malah, kita juga tak tahu siapa pemilik sebenar Banglo Kusuma tu. Biarlah Aiman dan kawan-kawannya ke sana. Sekurang-kurangnya mereka mengisi lapang dengan perkara yang berfaedah. Kita pun membeli-belah di gedung barangan harian Bango Kusuma. Macam-macam kita membeli di sana. Setakat ini, tiada perkara ganjil berlaku. Semua okey saja! Awak saja yang takut sangat. Itu inilah! Macam-macamlah awak tu!” Datuk Amin mengenyit mata kepada cucunya. Aiman lantas menunjukkan tanda bagus dan tersenyum simpul.

“Iyalah. Nenek benarkan Aiman ke sana. Tapi janji, jangan sebarangan bila ke sana! Jangan ambil apa-apa barang di dalam banglo tu kecuali buku sahaja!” Nenek Latifah memberi peringatan. Akhirnya dia lembut hati dan berlapang dada dengan nasihat dari suaminya.

Kucing Paris menderam tanda suka hati. Aiman terpandangkannya, lantas diambil dan diulit bulunya dengan manja.

“Kucing milik siapa ni, nek? Comelnya!” Aiman memeluk kucing berkenaan.

“Entah, selalu sahaja jiran-jiran nenek yang membuang kucing. Petang nanti, pasti adalah yang datang mencari dan mengambilnya.”

“ Kalau tak ada sesiapa ambil kucing ni, Aiman mahu belalah! ” dia kembali bermain-main dengan kucing parsi berkenaan.

Kucing yang bermata aneh! Sebelah kanannya berwarna biru dan kirinya berwarna hijau. Kucing berkenaan lantas menggesel-geselkan badannya ke arah Aiman dan melayani Aiman mesra.

“Kita tengok dalam dua tiga hari ni. Jika tak ada sesiapa yang datang untuk mencari kucing gebu ni, Aiman jadikannya sebagai kawan.” Datuk Amin memandang cucunya.

“ Badannya gebu dan montel. Macam Irfanlah badan awak ni! Aiman namakan awak sebagai Mr Montel ya!” dia terkekek ketawa. Lantas si kucing menderam tanda suka hati. Aiman mengesel-geselkan wajah putihnya di muka kucing berkenaan.

Di Banglo Kusuma, semua makhluk bertangan enam ketawa geli hati. Dinding-dinding juga seolah berbisik dan ketawa sesama mereka. Mereka turut sama menjadi geli kerana Aiman mengesel-geselkan wajahnya ke kucing berkenaan. Puan Kusuma tersenyum senang dan matanya membutang besar. Cermin itu ditatap sepenuh hati dan wajah Aiman dijamah perlahan.

Adakah Aiman pilihan Puan Kusuma? Adakah pengembaraan ini bakal bermula beberapa hari lagi? Sementara itu, Aiman dan kucing berkenaan sedang berehat-rehat di beranda. Salji mula turun dari langit. Suasana indah ditemani angin dingin yang mengasyikkan. Luar biasa suasana hari ini. Sungguh luar biasa sekali!

Puan Kusuma, ketawa sekuat hatinya!

Tetapi kemudian Puan Kusuma menangis teresak-esak. Penuh misteri. Penuh tanda tanya!

:::Terima kasih sudi like-like!:::

10 Januari 2012

Blog!

Ehem-ehem!

Sempena tahun 2012, saya mahu menjiwangkan diri selaras dengan tema manuskrip yang akan terus berdetussss...Dush! Dush! Kebabommmm!...(sila lihat alam sekeliling) bunga api tajaan 'gomen' berlawanan menghiasi angkasa raya! Lampu lip lap lip lap pun terbuka dengan sendirinya! Mata terkebil-kebil rasa! Ceh!

Hari ni, rasa macam berat kepala, sebab fikir bilalah nak siap Yang Terindah kan? Hehe. Okey, jom saya cerita serba sikit mengenai blog ini kepada semua. Dulu tagline blog ini ialah '1000 Dinar!' Kemudian bertukar ke 'Raikan Cinta!' Corak blog/background sesebuah blog sebenarnya bergantung juga kepada kreatif dan sedap mata empunya blog memandang. Ada orang suka yang begini, ada juga suka yang begitu. Kan? Eh, dulu blog ini warna latarnya hitam! Ada blog 3 sidebar, kemudian blog 2 sidebar. Saya pernah mencuba sekali dengan 3 sidebar. Kini rasa senang dengan 2 sidebar sahaja.

Pemilihan blog yang berlatarkan putih lebih 'mesra alam' bagi saya. Saya sukakan latar putih dan tulisan hitam juga saya sesuaikan untuk blog ini. Saya memang tidak mahu beratkan blog, jadinya kebanyakan gambar saya upload dari flickr!

Ringkas dan sedap mata memandang. Itu sahaja pilihan saya. Header-header di bawah hanya untuk menjamu mata pembaca semua. Omputih kata, sharing is caring! Ceh!




Header di atas yang saya rasa tidak mahu dibuat sebagai header blog ini! Header yang dipadankan dengan gambar ketika kami berdua berjalan-jalan di Karambunai. Ceh! Sekejap saja saya letak di blog ni. Mengimbau nostalgialah katakan!



Header zaman saya dan encik abang kahwin-kahwin! Hahahaha. Itulah encik abang tersayang saya! Lee Min Ho saya! Eceh! Pun saya yang buat kunun-kunun mengenang kenangan terindah ketika majlis akad nikah. Ngeee.


Header comel lagi ayu dari Kak Emila Yusof. Dengan menggunakan tagline, 'Menulis itu cinta!' Saya tempah khas dari kak emila dan ternyata cukup memuaskan hati saya! Serius suka!


Header diatas buatan saya sendiri! mardihah.blogspot.com. Saya suka serba ringkas sebegini! Tak serabutkan kepala pembaca yang kerut-kerut dahinya untuk yang baru menjeling blog saya ni. Hari ini blog sudah ke 50k! Baru saya sedar bahawa berblog dengan e-novel, menjerumuskan diri ke e-novel ini telah membawa saya mengenali ramai pembaca dan penulis muda yang hebat dari saya!

Terima kasih semua yang menjejaki mardihah.blogspot.com. Saya berjanji, akan terus menulis yang lebih 'umpph..lebih manis isinya dan lebih memberi sesuatu! Namun saya berkali-kali pohon maaf andai ada yang tak menepati selera di antara kalian semua.

Fighting!

^___^