Pages

30 Disember 2008

1000 Makna

Salam Maal Hijrah 1430
kepada semua pembaca blog. Banyak yang saya belajar dan meladeni diri tahun ini.
Kesempatan teristimewa untuk Mak, Ayah, Payed, adik beradik yang susah hatinya melihat saya kerana demam panas. Terlantar
dan kemudian menjamah ubat yang payah untuk saya telan. Semoga ia memberi kekuatan kepada saya. Kali pertama, tidak sungguh saya jangka, punggung saya di suntik ubat dan lengan saya dicucuk untuk ujian darah. Terima kasih semua petugas Ampang Puteri Medical Centre.

Alhamdulilah, saya beransur sihat dan pulih. Ini demam saya yang tidak saya jangka. Sehingga terhoyong hayang dan mengundang
kerisauan mak juga ayah. Mujur tak masuk wad seminggu!

Terima kasih :
Kak Ashida, kerana kedegilan dirinya, saya masuk dan menjejaki Hospital. Kalau tidak, Dihah tidak tahu apa yang akan berlaku.
Kak Ieta, sentiasa bertanya kesihatan diri Dihah. Meski saya merasakan, banyak menyusahkan kalian semua.
Kak Rod : Jumaat, saya terfikirkan Accrual Year End sahaja...btw, bila Kak Rod call "take care!..laaaa..siannya, awak berjangkit dengan demam akak..rest ya.."

Payed : membawa kereta, bersama mak, ayah, dan Yan: mengambil Dihah balik ke kampung...hehe..susah-susah aja..
Mak : Air kelapa, daun bunga raya campur sedikit beras dan air sejuk, sapukan pada kepala dan keseluruhan badan. "Bagi sejuk sikit badan dan panas tu...'
Ayah : 'Makan ubat.... ubat macam ni pun takut nak makan...mana nak sihat....makan..'
Along juga Kak Long dan anak-anak buah comel : " Mak Yang tidur ye....Mak Yang demam...Mak Yang, Mak Yang..." Afrina masuk ke dalam bilik dan saya membalas senyumnya. Keletah mereka menghiburkan diri. Aiman, Irfan, Amar dan Athirah..mereka makin membesar.

Ia mengundang satu kisah dan pengalaman dalam meniti hari sebagai seorang anak. Ya, bila sakit sebegini, keprihatinan mereka
memberi satu undangan halus dalam jiwa. Ini yang dinamakan kasih sayang seorang mak dan ayah. Cuti Awal Muharam memberi rehat seribu makna dalam tahun 1429Hijrah. Memberi tahu diri tentang muhasabah diri, sakit, kenangan, cinta, persahabatan, kerjaya, keluarga dan segalanya.

Panas membara ini seolah menolak pembalasan kepada rejim Yahudi dan Israel terhadap semua penduduk Palestin yang digamit demam
peperangan dan erti kebebasan! Sungguh mereka kejam dan keji sekali! 26 Disember seolah Tsunami kepada semua penduduk Gaza. Doa itu saya panjangkan......

Selamat Menyambut Awal Muharam...

p/s : maafkan akak Hasuga, tak dapat ke Kuala Pilah meraikan hari istimewa kamu! Maafkan akak ya...
Aiman dengan jenama "world". Aiman senang sekali sebegini...
30 Zulhijjah, si hencem berlari masuk ke dalam rumah.
" Nengok kepala Aiman...."
" Ha..ha..ha...." tawa kami berderai.

22 Disember 2008

Idea tiba.....

Maha suci Tuhan, bahawa setiap kecantikan manusia itu adalah tidak sia-sia belaka melainkan dengan nilai Taqwa.

"Mari kita bersatu membina maqam Taqwa itu!" ucapnya lembut. Kami memandang pesona malam. Angin membawa hembusan secara damainya.

Saya memandang wajahnya, matanya dan segenap wajahnya. Kelip-kelip lampu membawa kepada senyumannya. Dia suami saya kini. Saya akan dapat membilang kerlipan matanya, meneliti senyumannya dan menjadi suri hatinya. Mampukah saya mendapat Redha suami, sebagai isterinya?

Dia memandang saya.....Penuh bahagia.

Muharam, bulan ijab kabul kami. Bulan pertemuan kami.

Jiwa saya sebak dan hiba. Pernah saya berkata kepadanya

" Siapalah saya untuk awak jadikan teman hidup..saya tak punya apa-apa...wajah biasa sahaja...cantik tiada....sederhana hidupnya..tidak kaya..."ucap saya biasa. Mengawal debaran jiwa.

Saya memandangnya lagi.

Setitis air mata saya jatuh dan jemari kasarnya menyapu lembut pipi ini.

" Allah memberikan abang seorang isteri yang cekal hatinya, cantik budi bahasanya, kaya agamanya, walau sederhana, isteri abang ini istimewa gerak dan lakunya. Manusia tidak sempurna, sayang..."

Hati saya berdegup kencang..mak aii...'sayang'..hehehe....

Balqis selalu sahaja mengusik saya sebelum 1 minggu tarikh akad nikah kami. " Nanti Abang Najmi akan panggil Aisya sebagai sayang..hahahahaahahahaa..". Saya mencubit peha Balqis kuat. Kami ketawa menahan usikan Balqis. Mak memandang serong tanda supaya menjaga laku. Hati saya tergelak kecil.

Bahagia dan memandang suami saya, kini di depan mata.

Ini sebahagian dari manuskrip yang sedang Dihah siapkan........
Idea sepintas lalu selepas meraikan cinta An-Tusufi dan zaujahnya...
Idea selalu datang!Tanpa dipinta!

19 Disember 2008

Raikan Cinta!!!!!




Raikan Cinta meraikan cinta mereka...Raikan Cinta menghulurkan keindahan cinta....!!

Ya Allah, satukan cinta mereka dengan cinta-Mu...

"Selamat Pengantin Baru istimewa untuk An-Tusufi dan isteri....

"Semoga Bahagia, kekal ke anak cucu...amin.....

Dihah tumpang gembira meski tak dapat turut serta dengan sahabat baik saya...nak ke Ganu...waaaaaa...
tapi tak apa..nanti Dihah datang sana, mu dengan isteri kena layan tetamu dan meraikan Dihah...tau!Nak hadiah ape? Ermmmm......

SELAMAT PENGANTIN BARU!!

p/s : jelesnyaaaaaaaaaaaaaaa

12 Disember 2008

Titik


"Saya berhenti sekejap menulis untuk kali ini ya"...

Dan berhenti sekejap mencari ilham..
Saya mahu titik
Tapi titik saya tidak akan terhenti
Kita jumpa lagi..

Operasi blog ini tergendala sehingga Jadual ringan sikit..hehe
Doakan kesihatan saya dan diberi idea panjang berjela.....

Tergendala!
Saya dalam work station yang bahaya. Tahap tinggi. Meski PRIME tidak mencecah keinginan. Saya kecewa. Terkilan.
Kata Marina,
Untuk pujuk hati kita: ingat kerja kerana Allah.
Reward dia, Allah sahaja yang tahu. Syukur ada kerja. Dpt duit bagi mak abah.
Ada la hapnes kat lain

Salam Raikan Cinta!
Mardihah



05 Disember 2008

Salam Aidiladha

Dari ‘Abdullah bin Qorth dari Nabi saw beliau berkata :
“Sesungguhnya
hari yang paling agung di sisi Allah s.w.t adalah hari an-Nahar (‘Idul Adhha dan hari al-Qurr (sehari setelah ‘Idul Adhha tanggal 11 Dzhul Hijjah).” (HR Ahmad)

Salam Aidiladha;
Semoga Tahun ini menjanjikan kebaikan dan sentiasa memberikan kita
penghijrahan ke arah pengorbanan diri yang lebih besar.
InsyaAllah

01 Disember 2008

Kembali Menyegar Diri


Salam Disember.
Saya kembali semula.
Menyorot kepada perihal diri dan blog. Untuk Bulan Disember Dihah akan berkarya dan mengumpulkan tulisan yang bersahaja dan mudah dibaca. Santai dan sesekali kita akan mengintai politik semasa. Saya sedang menyiapkan manuskrip kedua. Manuskrip pertama, entah apa khabarnya. Rasa teruja saya berdikit-dikit jadi biasa sahaja. Tawakal perlu ada. Saya senang andai manuskrip saya yang pertama, di bawa berbincang secepatnya. Jika mahu, katakan mahu. Jika tidak mahu, katakan sahaja ' kami reject manuskrip ini' . Jadi saya tidak perlu rasa sebegini lagi. Penulis muda yang berjiwa sensitif. Uuuu..sedihnya...
Emmmmm...kita tutup cerita manuskrip ini. Biarkan ia berlalu. Semoga tetap ia menjadi salah satu impian saya!

Sekarang,
Saya makin suka pada pepohon yang menghijau.
Entah kenapa, melihat tumbuhan ini hidup subur di rumah, juga di meja pejabat. Ia menjadi penghibur. Menjadi satu kepuasan melihatnya membesar. Tenang dan bukankah kalian juga tahu, pepohon ini akan sentiasa berzikir kepada Ilahi. Ikan Ila kini diganti dengan pohon menghijau yang masih kecil mahu membina diri. Saya sentiasa melihat perkembangan pohon hijau ini.

Kak Azlin memberi hadiah.
Pohon hijau yang dikelilingi duri. Pesan Kak Lin, 'Tengok pokok ni, nanti ingat akak tau...'. Saya sebenarnya nak minta 1 pokok sahaja. Tapi dengan bekas-bekas dapat sekali. hik hik...alamak, malunya. Orang memberi, saya menadah tangan menerima...tak malu nye anak dara! Di rumah, ada dua bekas pohon hijau. Masih comel dan Dihah belum mendapatkan bekas sesuai untuknya. Nanti akan di cari segera. Tak sabar rasanya.

Bulan Disember ini,
Saya tidak bercuti, tetapi akan memenuhi jadual kerja yang agak padat. Doakan semoga segala berjalan lancar..Penghujung tahun yang meresahkan jiwa! Semoga Allah melindungi kita semua. InsyaAllah.
Juga kepada semua sahabat dan sahabiah Dihah yang sedang bekerja keras untuk program perjumpaan Alumni pertengahan Januari tahun hadapan.
Mari Mahabah Perjuangan!