Pages

26 Jun 2014

Udin & Jen 4 II



Sofee Jameela (Jen)




Tak perlulah kau nak sembang banyak dengan mama aku tu wahai Zainal Syah. Aku pusingkan tubuh. Mata menangkap Fakhrul Sufi yang sakan sungguh memeluk papanya. Kaki terus mengerinjang mahu terus menuju ke dapur. Malas aku mahu melayan perbualan mama, Zainal Syah dan anaknya itu. Pedih. Bukan aku tak tahu yang Zainal Syah itu masih terhegeh-hegeh hendakkan aku.

Sorry!

Mama pun sudah berbuih mulut memujuk aku, “Terima saja balik si Nal tu, Jen. Bukan payah sangat pun. Demi si Sufi. Kesian mama menengok si Sufi. Sekejap dia balik rumah papa. Sekejap balik rumah kita. Kalaupun kamu berdua sudah boleh berbincang demi si Sufi, tapi ikhlaskan hati tu terima dia semula.”

“Tak nak lah mama. Jen lagi sudi berlakikan seorang bujang yang baik hati dan setia dengan Jen dari Jen kahwin balik dengan dia tu. Mama ni…”

Puan Hendon sudah mencebik. “Haaa..mulalah tu nak tinggikan suara.”

Aku hembuskan nafas. Susah betullah kalau hendak berterus terang dengan mama. Kalau jawab sikit, mama akan kata aku tinggikan suara. Jawab b, mama akan kata aku ini anak yang derhaka. Jawab a, aku yang makan hati.

Akhirnya, kenangan dua hari lalu aku biarkan menepek sahaja ke dalam kepala. Soal dan jawab antara aku dan mama aku pasti akan bersambung lagi. Entah sekejap lagi, bila Zainal Syah pulang membawa si Sufi ke rumah mewahnya, mama akan datang lagi ke dapur sambil membebel-bebel minta aku melayani perasaan sedihnya dengan nasib anak, menantu dan cucu.

Ah – apa lagi yang aku boleh buat?
Mahu kahwinkan aku kembali dengan Zainal Syah?
Sorry! Aku tak hingin.
Mahu aku melutut kembali supaya Zainal Syah mencintai aku?
Sorry! Aku tak akan buat. Takkan sekali aku buat.
Mahu aku menjalinkan kembali cinta dan kasih kami demi Fakhrul Sufi?
Sorry! Sampai kiamat pun aku tak akan.
“Jen...,” suaranya terasa dekat. Aku pusingkan badan. Grrrr… Mata bundarnya tepat menikam wajah ini. Tubuhnya semakin dekat dengan aku. Dia di anjung dapur sedang berjalan mara mendekati aku. Bencilah! Mamalah ni.

Harumannya masih sama. Suaranya masih tidak berubah, malah parau suaranya juga sesekali membuatkan detak jantung ini berpalu laju. Mana mungkin aku boleh menghilangkan khayal ini kalau terkenangkan saat manis bila bersamanya. Zainal…sampai hati kau melukai hati aku. Sampai hati.

“Hmmm…” itu sahaja jawapan yang terkeluar. Anak tekak terasa payau. Tangkai hati aku yang sudah kau robek, takkan mudah tercantum lagi, Zainal!

“Boleh I duduk sini?”

“Kalau you tak malu, duduklah.” Jemari aku rakus membuka kepala paip. Pinggan mangkuk yang masih ada di dalam sinki menjadi penyelamat untuk pertemuan ini. “You nak cakap apa….cakap aje. I nak basuh pinggan. Telinga I akan dengar. Jangan risau.”

“Mama ada cakap apa-apa tak?

“Mama?” aku gigit bibir. Sah-sahlah mama dan dia berbincang hati ke hati mengenai ‘perkara’ berkenaan. Dasar lelaki. Kan kau cintakan si Farina. Dia sudahpun jadi isteri halal kau, Zainal Syah. Apa lagi yang kau mahu dari aku? Bincang apa lagi?

“Iya.” suaranya melekat lagi. Kali ini jantung berproses dengan kadar kelajuan maksimum. Aku tarik nafas, cuba mengawal diri dari terus meletakkan nama dia di dalam hati. Sudahlah Zainal Syah! Suaranya bergetar lagi, “tentang kita dan Sufi.”

“Kita?” Okey Jen. Dia sudah hamburkan sejarah lagi. Zainal Syah sedang menitikan manis-manis dan janji-janji seorang lelaki. Begitu mudah hubungan kami dileraikan dan kini dengan janjinya ini, dia datang kembali. Zainal Syah ini, adakah kau sengaja untuk 'mengikat' hati? Aku angkat kening. Kain pencuci pinggan di tangan aku tonyoh-tonyoh di permukaan mangkuk. Berkilat sungguh rasanya.

“Kita dah tak ada apa-apa lagi, Zainal Syah. Pergilah balik. I malas nak layan janji manis you tu. Malas nak dengar permintaan you lagi. You nak bawa balik Sufi, pergilah. Kan ke weekend ni waktu you pulak untuk jaga Sufi. I dah boleh terima semua ni dan please…” aku tutup kepala paip. Tubuh terus berpusing untuk mengadap ‘wajah’ yang pernah aku cintai. Satu masa dahulu, iya..dia lelaki pertama yang aku sayangi.

Pap!

Dia sudah tegak berdiri di depan aku. Mengelak? Mana mungkin untuk aku melangkah melarikan diri darinya.. bila secara tiba-tiba, Zainal Syah lelaki yang kini aku benci sedang mendaratkan jemari kasarnya di pinggang aku. Ianya berlaku dengan sungguh pantas dan deras. “I masih sayangkan you, Jen. Kahwin dengan I balik.”

Kaku.

Aku tidak tahu apa yang berlaku dengan rumahtangganya. Sudah berapa lama juga aku tidak bertemu dengan Farina. Jauh sekali juga untuk aku merosakkan hubungan mereka suami dan isteri. Zainal Syah merenung aku.

“Please, Jen.” Suaranya merayu. Entah kenapa ada air mata bergenang di sebalik bundar matanya. Zainal Syahkah ini?

:::Saya rindukan semua. Hahaha. I'm back!:::