Pages

27 Ogos 2008

Comelnya...


Saya menghirup udara segar. Nyaman dan selesa sekali. Berita baru, DSAI menang di Permatang Pauh. Walau rumah tiada
tibi, tetapi radio sudah menjadi peneman setia sejak malam tadi.
Bersiap-siap dan mencomelkan diri....

I

Dalam tren, saya terpandangkan sepasang suami isteri (memang gaya suami isteri, dah memang kenal pun). Kita akan perasan,
adakah mereka suami isteri atau sepasang kekasih. Tengok cara dan gaya, kita warga kota sudah memahami. Berbual di dalam tren, nampak
si suami penuh kusyuk memerhati isteri bercerita.

Saya di belakang mengekori hingga kami sampai ke jambatan (jambatan yang menghubungkan (Stesen Star LRT Bandaraya dan Stesen Komuter Bank Negara).Ehh, saya bukan mengekori, tapi memang itu juga laluan saya..secara kebetulan tau.
Si isteri mengendong sebuah beg di bahu. Lantas perlahan si suami memujuk mahu mengambil dan membantu mengendongnya.
Dramatik dan saya pula tersenyum seorang diri. Alamak ai.....suspen aje...saya pulak yang tersipu-sipu melihat betapa baik hatinya suami dan romantik nya mereka.
Si isteri pula tak larat nak mendaki jambatan, lantas memapah lengan suami dan beriringan ke destinasi mereka.

Comelnya......

II

Esok angkat sumpah. Semalam dah bersumpah. Hari-hari tengok benda pasal sumpah. Kesian sesumpah. aikk???Tapi saya senyum meleret. Sebab sesumpah punya pasal, jadi trend pulak..hari-hari makan menu "Nasi Ayam Sesumpah.." hahahaha.

Sumpah
Menyumpah
Disumpah
Sesumpah
Menyampah....!!

Khabarnya esok DSAI akan angkat sumpah menjadi Anggota Parlimen. Tahniah memiliki Pingat Emas dari Permatang Pauh.

Comelnya hari esok..



Ehh..Dihah dapat Award, Akak bagi hadiah..comelnya...Terima kasih. Sukanya dapat bunga-bunga...

26 Ogos 2008

Antara Kita

Hmm, atas sokongan beberapa rakan blogger, akhirnya saya melayari jemari ke keyboard. Pagi yang mendamaikan dan diselaputi kabus sederhana. Hari-hari berlalu dengan pagi yang lembab kerana kesan hujan. Menarik dan seringkali rasa seperti di luar negara. Hahaha...merepek pagi sahaja...Sejuk benar rasa.

Payah juga mendapatkan hasil penulisan semenjak ini. Kenapa? Saya sendiri musykil. Mungkin malas dan payah dapatkan sesuatu yang baru.
Hasil pembacaan terbatas sedikit. Minggu ini rumah agak sunyi dari televisyen. Kak Ita berpindah ke rumah baru, jadi separuh barangnya telah dipindahkan. Saya berkira-kira dengan Wana untuk mendapatkan televisyen ala-ala cap ayam untuk melengkapkan kemeriahan malam-malam kami. Berita, perkembangan Permatang Pauh dan soal basi Jam 8 malam saya tinggalkan. (sekurangnya saya masih mendapat info dengan Malaysiakini, Akhbar Harakah, Malaysia Today dan bahan-bahan terkini yang lain melalui internet di pejabat)
Saya juga harus mengulangkaji kerana peperiksaan menjengah awal September nanti. Dua kisah yang paling saya tungu-tunggu adalah ;

1) Masuk dewan peperiksaan..(lamanya saya tinggalkankan kenangan)
2) Selepas 16 September...siapa jadi PM Malaysia.......?

Radio sahaja peneman kami dan rumah agak luas dengan berkurangnya barang-barang asas. Saya juga berkira-kira mahu membeli serba sedikit bahan asas keperluan yang lain. Hmm..sebelum kahwin, kenalah mengumpul kan? Kita dan semua...kumpul harta. Peti ais, Televisyen, Dapur gas, rak kasut seumpamanya dan barang keperluan asas dapur untuk memasak. Wahh....... betul juga pada fikiran saya kerana lebih baik saya mahupun kalian mempunyai barang sendiri sebelum berkeluarga. Mengumpul harta......Memudahkan bukan? meski setiap bulan gaji dipotong sedikit. Serba sedikit lama-lama jadi manfaat kepada diri sendiri. Itu pada perkiraan saya....perkiraan kalian? Harta dunia dan akhirat. Jangan lupa meski mencari kebendaan, biarlah kesederhanaan. Beli ikut kemampuan. Saya terbayangkan ramai di antara kita, mempunyai kemewahan tahap luar biasa.
Saban hari, rakan-rakan dan saya ke sogo, menikmati makan tengahari, gedung beli-belah berkenaan tetap dipenuhi. Aikk...melayu selalu merungut, minyak naik, gula naik, tepung naik, barang mahal, tapi...shopping tetap nombor satu. Hobi dan mungkin kepuasan...Adakah ia satu perkara menjadi keutamaan? Atau mungkin mereka sekadar membeli yang termampu...

Ramadhan akan menjelang dalam beberapa hari sahaja lagi...saya menggamit kesyukuran kepada diri. Semoga Ramadhan ini memberikan kekuatan kepada diri, keluarga, sahabiah serumah (saya paling gembira melihat beberapa perubahan kepada setiap rakan-rakan di rumah), ".......", rakan sekerja dan semua pembaca. Maafkan saya jika ada sesuatu di luar batas dan perkiraan saya sepanjang perkenalan dan persahabatan. Nikmat islam, iman dan ihsan ini kita titipkan dalam setiap kehidupan.

Salam Ramadhan,
Mardihah

21 Ogos 2008

Ramadhan, menggamit....

Kelebihan Bulan Ramadhan sangat dinantikan oleh seluruh umat islam kerana bulan Ramadhan ialah bulan keberkatan, bulan rahmat, bulan keampunan serta banyak kelebihannya.

Berikut dinyatakan beberapa hadis yang berkisar kelebihan dan ganjaran Bulan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w bersabda "Bersahur itu seluruhnya berkat, kerana itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan seteguk air,
Kerana Allah dan malaikatNya memberi selawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur" (HR Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda " Tiga doa yang sangat mustajab ialah doa orang yang berpuasa, orang yang dizalimi dan orang musafir"
(HR Ahmad, Bukhari, Abu Dawud dan Tirmidzi)

Sabda baginda "Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan"
(HR Imam Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w bersabda "Segala amal kebajikana anak adam itu dilipatgandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda. "Allah s.w.t berfirman, "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk Ku dan Aku memberikan balasan pahala kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku" (HR Muslim)

Sumber : Majalah DARA.com

11 Ogos 2008

Jemari Lesu

Saya meluahkan rasa kepada sahabiah saya minggu lepas, kata saya, entahlah blog saya sekarang sudah tidak ada rasa dan idea lagi.

" Dah rasa macam caca marba pulak, masuk puisi tak berkenaan pulak, repek-repek je....huhu"

" Ha'a lah, erm masuklah bahan pergi kelas..boleh kongsi ilmu sikit-sikit.." pesannya.

" Erm sekarang tak ada idea, susah nak bertandang agaknya, dah lama tak baca buku...asyik sibuk dengan kerja sahaja.." saya merungut
dalam hati.

" Boleh punya, cari idea baru.." tambah semangat beliau.

Saya termenung lagi depan pc. Merenung jemari yang semakin malas berligar.