Pages

26 Ogos 2008

Antara Kita

Hmm, atas sokongan beberapa rakan blogger, akhirnya saya melayari jemari ke keyboard. Pagi yang mendamaikan dan diselaputi kabus sederhana. Hari-hari berlalu dengan pagi yang lembab kerana kesan hujan. Menarik dan seringkali rasa seperti di luar negara. Hahaha...merepek pagi sahaja...Sejuk benar rasa.

Payah juga mendapatkan hasil penulisan semenjak ini. Kenapa? Saya sendiri musykil. Mungkin malas dan payah dapatkan sesuatu yang baru.
Hasil pembacaan terbatas sedikit. Minggu ini rumah agak sunyi dari televisyen. Kak Ita berpindah ke rumah baru, jadi separuh barangnya telah dipindahkan. Saya berkira-kira dengan Wana untuk mendapatkan televisyen ala-ala cap ayam untuk melengkapkan kemeriahan malam-malam kami. Berita, perkembangan Permatang Pauh dan soal basi Jam 8 malam saya tinggalkan. (sekurangnya saya masih mendapat info dengan Malaysiakini, Akhbar Harakah, Malaysia Today dan bahan-bahan terkini yang lain melalui internet di pejabat)
Saya juga harus mengulangkaji kerana peperiksaan menjengah awal September nanti. Dua kisah yang paling saya tungu-tunggu adalah ;

1) Masuk dewan peperiksaan..(lamanya saya tinggalkankan kenangan)
2) Selepas 16 September...siapa jadi PM Malaysia.......?

Radio sahaja peneman kami dan rumah agak luas dengan berkurangnya barang-barang asas. Saya juga berkira-kira mahu membeli serba sedikit bahan asas keperluan yang lain. Hmm..sebelum kahwin, kenalah mengumpul kan? Kita dan semua...kumpul harta. Peti ais, Televisyen, Dapur gas, rak kasut seumpamanya dan barang keperluan asas dapur untuk memasak. Wahh....... betul juga pada fikiran saya kerana lebih baik saya mahupun kalian mempunyai barang sendiri sebelum berkeluarga. Mengumpul harta......Memudahkan bukan? meski setiap bulan gaji dipotong sedikit. Serba sedikit lama-lama jadi manfaat kepada diri sendiri. Itu pada perkiraan saya....perkiraan kalian? Harta dunia dan akhirat. Jangan lupa meski mencari kebendaan, biarlah kesederhanaan. Beli ikut kemampuan. Saya terbayangkan ramai di antara kita, mempunyai kemewahan tahap luar biasa.
Saban hari, rakan-rakan dan saya ke sogo, menikmati makan tengahari, gedung beli-belah berkenaan tetap dipenuhi. Aikk...melayu selalu merungut, minyak naik, gula naik, tepung naik, barang mahal, tapi...shopping tetap nombor satu. Hobi dan mungkin kepuasan...Adakah ia satu perkara menjadi keutamaan? Atau mungkin mereka sekadar membeli yang termampu...

Ramadhan akan menjelang dalam beberapa hari sahaja lagi...saya menggamit kesyukuran kepada diri. Semoga Ramadhan ini memberikan kekuatan kepada diri, keluarga, sahabiah serumah (saya paling gembira melihat beberapa perubahan kepada setiap rakan-rakan di rumah), ".......", rakan sekerja dan semua pembaca. Maafkan saya jika ada sesuatu di luar batas dan perkiraan saya sepanjang perkenalan dan persahabatan. Nikmat islam, iman dan ihsan ini kita titipkan dalam setiap kehidupan.

Salam Ramadhan,
Mardihah

1 ulasan:

  1. Salam Mardihah...

    Seronok baca entry kali ini.

    Membeli yg perlu & ikut kemampuan, itu yg penting...

    Selamay menyambut Ramadha Al Mubarak. semuga ibadah yg kita jalani diterima Allah, insyaAllah..

    BalasPadam