Pages

31 Mei 2011

Bahagia ke syurga

Gambar ini bukan gambar close up pengantin ya! Yang terlebih tersengih adalah saya ya! Comel tak saya? comel tak?




Perasan!^&*(^%$#@




Ini gambar selepas selesai majlis akad nikah adik saya. Alhamdulillah selesai sudah perjalanan dua hati ini. Banyak cabaran dan rintangan sebenarnya. Boleh buat novel saya rasa! Ngee~~~~




Pengantin memayung diri sendiri! Maaflah sebab gambar tak teratur susunannya. Gasak! Pengapit pula yang sedang disiapkan. Terbalik sudah!


Pesan saya kepada Fared : semoga kalian berdua bahagia sampai ke syurga. Ini saat-saat sedih juga di hati dan jiwa. Mengalir-ngalir juga air mata semasa selesai akad nikah. Mana tidaknya, sudah emak menangis, saya pun menangislah!





Sebelum Fared bergelar suami. Emak setia di sisi. Belum akad nikah, belum imam baca khutbah nikah,emak sudah menangis. Sob...sob...









Dari kiri, ayah, Fared, emak dan saya! Gambar ini saya tak nampak gemuk. Sebab itu saya berani 'opload'. Hak hak!



Nanti saya akan ceritakan lagi dan paparkan gambar-gambar menarik sekitar majlis pernikahan, majlis kenduri dan majlis kenduri di rumah kami pada 11 Jun nanti. Sebenarnya gambar sudah menceritakan banyak kisah. Betul kan?





Oh ya, maaf tak dapat mencoret panjang lebar kerana saya sibuk dengan kerja dan kemudian pruf manuskrip ketiga harus disegerakan penyerahannya pada 02/06 ini. Untuk pembaca senyap saya, terima kasih kerana sudi menjejaki blog sederhana ini. Maaf sekiranya tak banyak berita menarik yang seharusnya saya paparkan di dalam blog ini. Banyak yang berbentuk peribadi dan 'lalai' belaka! Ngeeee~~~~~


Rindu pula mahu menulis secara serius.



Masih tak terlalu lambat untuk saya mengucapkan



Selamat Pengantin Baru, Fared & Roziana.


Semoga bahagia sampai ke syurga!

27 Mei 2011

Saat yang bahagia

Teman tapi mesra saya!





Alhamdulillah,

Itu yang saya simpulkan selepas selesai memberikan tajuk novel ketiga kepada editor. Paling bahagia tajuk novel berkenaan dipersetujui pula oleh editor! Yeah!

Apabila editor perolehan PTS Litera, SMS saya mengenai perihal manuskrip yang akan dihantar untuk pruf dan berjanjian saya jadi hairan…lajunya mereka bekerja. Ataupun mungkin saya dihimpit dengan kesibukan dan diam tak diam masa berjalan dengan sebegitu pantas sekali! Tup tap, SMS bertandang!

Dulu, ketika Lukisan Jiwa dan Andai Gerimis Berhenti, asyik sahaja saya mengira hari dan detik yang berlalu. Asyik-asyik bertanyakan editor sehingga saya rasa editor mesti marah dengan sikap saya. Betul juga kata sesetengah orang, buku pertama, anak pertama kita, bagaikan sesuatu yang penuh dengan jiwa!

Jangan lupa juga tajuk novel ya! Pesan lagi editor tabah itu. Alahai, dan ketika saya sedang sibuk bekerja ditambah dengan ramai kawan-kawan yang sedang berkursus. Tak menang tangan saya! Memang saya sudah senaraikan 22 tajuk. 22 tajuk tuuuu…..! Kesemua tajuk saya senaraikan ketika sama-sama menonton televisyen dengan suami. Adakala turut sama menjengah ketika saya sedang memandu.

Ajaibnya, ketika mahu segera menghantar emel, satu tajuk lantas terlintas dan terus sahaja saya senaraikan dan memasukkan tajuk berkenaan di tempat yang pertama.

SMS kemudian dihantar oleh editor. “Saya sudah pilih tajuk, Alhamdulillah.”

“Apa tajuknya?”

“……….” *saya rahsiakan sehingga kavernya dan segalanya siap di tangan editor. Sebenarnya tak sabar mahu umumkan satu dunia mengenai tajuk novel ketiga ini. Haih..tak sabarnya saya!

“Oh, saya sudah agak! Itu tajuk terlintas di fikiran pada saat-saat akhir. Terima kasih ya.”

“Sama-sama kasih.” SMS saya dibalas dengan penuh jiwa.

Saya pula tersenyum-senyum seorang diri! Ini namanya mabuk dan cinta kepayang! hahaha

Sekarang ini, apa perasaan saya? Ohh…rasa baru makan dengan kenyangnya, mandi dengan basahnya dan boleh tersenyum sampai telinga dan tidak lagi setiap masa asyik sahaja mulut dan minda ini mencari idea. Encik abang juga tak menjadi mangsa, “tolonglah bagi ilham ni! Bagi tajuk yang sejuk-sejuk sikit dan mengancam jiwa!”.

Ketika ini, saya tak sabar menerima manuskrip untuk diprufkan. Saya mahu habiskan masa saya seminggu ini dengan penuh hati dan perasaan. Sungguh, jika diberi pilihan saya mahu sebenarnya menulis sepenuh masa, mahu duduk di rumah sahaja tanpa penghawa dingin yang selalu menyebabkan saya demam dan tekanan yang sedang melanda perasaan. Saya mahu menulis sepuas hati saya. Adakala apabila terpandangkan komputer riba yang tidak terusik selama sebulan itu, membuatkan saya benar rasa bersalah! Sungguh sebenarnya saya bersalah pada diri kerana meninggalkan kepuasan diri ini!



Ingat lagi tragedi si jari manis? Ini ketika jari manis saya membengkak. Hari pertama kejadian!


Okey alls! Nanti saya tulis lagi ya! Seminggu ini saya akan duduk membuat pruf pada manuskrip ketiga ini. Doakan saya dan baby ketiga ini pastinya lebih umpph dan mengancam sanubari semua pembaca. Insya-Allah. Ada sesuatu pelajaran dan pengertian di dalamnya untuk semua pembaca.

Untuk semua yang bertanya bila sambungan Andai Gerimis Berhenti..bila? bila? bila? haaaaa……nantikan ya!

24 Mei 2011

Oh...*&^%$#@



Minggu sibuk! Saya mengasingkan diri! Mana tidaknya, saya demam dan selsema hampir seminggu! Sakit tekak dan sudah sepuluh tajuk manuskrip untuk AGB ke II ditolak oleh editor. Saya buntu dan masih buntu tika ini. Memang inspirasi saya hilang sebenarnya kerana ‘mind setting’ saya bahawa novel ketiga ini tetap dengan tajuk Andai Gerimis Berhenti II. Tetapi apabila diminta memberikan tajuk baharu untuk manuskrip ini, saya hilang arah dan setiap malam membelek kamus, menonton televisyen dan membuka berbagai-bagai majalah untuk mencari tajuk yang sesuai! Memang satu usaha yang diharapkan berhasil. Encik abang juga tidak putus-putus memberi ilham walau mengundang ketawa dan tajuk tidak masuk akal dan tidak bermain dengan jiwa ini! Oh….

Sabtu ini juga, adik kesayangan saya akan bakal menikah dengan gadis pilihannya. Tidak banyak coretan yang sempat dilakarkan untuknya, tetapi saya akan cuba menulis serba sedikit mengenai majlis yang akan berlangsung kelak. Doa saya, pastinya mahu adinda bahagia dan tabah dengan banyak cabaran! Moga Fared bahagia bersama Roziana sampai ke syurga.

Okey, mari kita fikirkan lagi tajuk sesuai untuk manuskrip ketiga ini ya! Mata sudah juling-juling! Kepala sudah pening-pening. Untuk cikpuan editor yang amat tabah dan memahami serta banyak kali meminta saya mengusahakan tajuk baharu, saya akan cuba ya!

09 Mei 2011

Mari bergembira




Muka seharusnya menunjukkan tanda 'suka' atas jadual perjalanan yang kami tidak tahu! Mengikut sahaja kata pengarah program. Panas terik ketika di PD Ostrich!








Marilah kita bercerita mengenai perjalanan ke Port Dickson. Kata orang, jalan-jalan cari makan kan! Yeah! Minggu yang amat sibuk dan penat tetapi menyeronokkan!

Tempat yang kami tuju ini namanya, PD Ostrich. Cuaca memang panas! Kami sampai jam 11.30 pagi. Matahari tegak atas kepala. Yang nama Mardihah Adam tu sudahlah pakai skirt warna hitam, baju hitam dan tudung hitam! Tak ka naya! Berapa kali saya tanya suami,

“Apa agenda pertama ni, bang?”

“ Ala, lupalah, jadual di kilang!”

Argh….

Kesimpulannya, saya memang panas ya! Tetapi buat-buatlah macam sedang berjalan-jalan di tepi pantai di Hawaii! Dan salji memang sedang berguguran dari atas langit! Hak hak! Tapi agenda pertama pakai baju warna hitam adalah supaya saya nampak kurus! Ulang sekali lagi, supaya nampak kurus ya!





Muka masa ni, memang tak boleh tengoklah!Takutttt







Haa, ini semasa saya sudah berjaya memberi burung Ostrich makanan! Yeah!



Mari saya pendekkan cerita dan gambar-gambar ini adalah buktinya ya! Pertama sekali pengalaman baru adalah memberi Burung Ostrich makan. Takut memang lah ada. Terjerit-jerit tak control ayu! Lepas dua kali memberi makanan, saya pun dengan selamba memberi makan kepada burung besar ini. Kira okeylah kan! Tapi muka macam ketat jugalah! Yaribba! Pengalaman yang tak pernah dikutip baik kita kutip, betul tak? Satu sahajalah yang saya tak berapa suka dengan tempat ini ialah keadaan persekitarannya. PD Ostrich sepatutnya dibesarkan lagi dan dijadikan salah satu tempat pelancongan yang cantik supaya ramai lagi yang tertarik untuk datang. Ini pendapat saya sahajalah ya, sebab saya memang suka mengkritik. Siapa-siapa yang tak profesional, sila angkat mouse, klik tempat lain! Hehe (sebab sudah ada pengalamanlah, jadi baik saya warning awal-awal)








Dapat sijil tu, naik burung Ostrich! Sekali ada satay Ostrich. RM 10.00 untuk 6 batang.







'Orang lelaki' : memang layan!




Jika ke pantai, memanglah melihat pantai bukan. Jadinya aktiviti kami berdua adalah berjalan-jalan menyedut angin pantai sambil makan jagung! Selepas itu dua ketul putu piring! Memang sedap betullah! Lain kali datang PD lagi, kita serbu gerai kakak itu ya, abang!

Malam hari pula seperti biasa barbeque!







Teman-teman suami yang 'sporting'. Mereka panggil saya 'kakak novel!'. Erk!


Family Day yang enjoy dan serba ringkas untuk kami semua. Jadual tidak begitu ketat dan memang yaribba! Tetapi cuaca panas terik! Musim panas melanda Malaysia!