Gambar ini bukan gambar close up pengantin ya! Yang terlebih tersengih adalah saya ya! Comel tak saya? comel tak?
Perasan!^&*(^%$#@
Ini gambar selepas selesai majlis akad nikah adik saya. Alhamdulillah selesai sudah perjalanan dua hati ini. Banyak cabaran dan rintangan sebenarnya. Boleh buat novel saya rasa! Ngee~~~~
Pengantin memayung diri sendiri! Maaflah sebab gambar tak teratur susunannya. Gasak! Pengapit pula yang sedang disiapkan. Terbalik sudah!
Pesan saya kepada Fared : semoga kalian berdua bahagia sampai ke syurga. Ini saat-saat sedih juga di hati dan jiwa. Mengalir-ngalir juga air mata semasa selesai akad nikah. Mana tidaknya, sudah emak menangis, saya pun menangislah!
Sebelum Fared bergelar suami. Emak setia di sisi. Belum akad nikah, belum imam baca khutbah nikah,emak sudah menangis. Sob...sob...
Dari kiri, ayah, Fared, emak dan saya! Gambar ini saya tak nampak gemuk. Sebab itu saya berani 'opload'. Hak hak!
Nanti saya akan ceritakan lagi dan paparkan gambar-gambar menarik sekitar majlis pernikahan, majlis kenduri dan majlis kenduri di rumah kami pada 11 Jun nanti. Sebenarnya gambar sudah menceritakan banyak kisah. Betul kan?
Oh ya, maaf tak dapat mencoret panjang lebar kerana saya sibuk dengan kerja dan kemudian pruf manuskrip ketiga harus disegerakan penyerahannya pada 02/06 ini. Untuk pembaca senyap saya, terima kasih kerana sudi menjejaki blog sederhana ini. Maaf sekiranya tak banyak berita menarik yang seharusnya saya paparkan di dalam blog ini. Banyak yang berbentuk peribadi dan 'lalai' belaka! Ngeeee~~~~~
Rindu pula mahu menulis secara serius.

Masih tak terlalu lambat untuk saya mengucapkan
Selamat Pengantin Baru, Fared & Roziana.
Semoga bahagia sampai ke syurga!
Dulu saya selalu tertanya-tanya. Mengapa pula kaum ibu ini gemar benar menangisi perkahwinan anak mereka ?, baik anak yang lelaki apatah lagi anaknya yang perempuan. Bila selesai saja upacara akad, pakat menangis lah semuanya....
BalasPadamItulah nikmat bahagia... mereka terlalu bahagia melihat saat anak mereka bahagia barangkali...