Pages

28 Februari 2012

Mr Pai Epal 21

Menyambung bab ke 21 untuk Mr Pai Epal. Jeng jeng jeng. Puan Penulis nak rehat sampai hari Khamis kemudian baru saya akan menyambung bab seterusnya untuk Yang Terindah. Okey semua ! (Macamlah ko popular, Mardihah) Wakakaka.

Tarik nafas dan senyum comel-comel semua. Semoga terhibur dan moga dapat hilangkan stress you allz semua. Ceh!

comel




“Ucu Zainal !” aku menjerit keriangan. Ah, tidak terjangka pula yang hari ini aku akan ketemu lagi dengan ucu Zainal. Kakiku pantas melangkah meluru ke arah Ucu Zainal yang sedang menikmati secangkir kopi. Dia duduk sambil terus-terusan memandang aku. Ulas senyuman masih sama seperti tahun-tahun lalu. Oh, rindunya dengan sepupu aku yang seorang ini !

Mata aku memerhati Izz Amir yang sedang serius duduk di kaunter ! Matanya sekejap-sekejap menjeling aku dan kemudian mengarah itu dan ini kepada beberapa orang cleaner. Bagaikan ada saja yang tidak kena. Meja tidak berlap, lantai harus dimop sekali lagi dan susunan meja disuruh perbetulkan lagi.

“Ucu Zainal !” aku terus menarik kerusi kayu yang sinonim dengan Pai Epal Cafe ini.

Zainal memberi senyumannya. Melipat surat khabar dan memandang wajahku. Cawan antik berbentuk epal ditolak ke tengah. “Wajah Yaya yang sama dan tak berubah-ubah. Kalau penat dan malu mesti bertukar pipinya menjadi merah-merah pink ! Kenapa Yaya lama tak balik ke kampung ? Ucu nak heret Yaya balik kampung sekarang juga ! Kami semua rindu dengan Yaya tau !”

Aku tersenyum geli hati. Zainal masih tersenyum memandang aku. “Yaya bukan tak nak balik. Sibuk dengan kerja! Eh, mana ucu tahu yang Yaya kerja di sini? Eeee, rindunya dengan ucu. Empat tahun kita tak jumpa kan?”

“Fatin yang suruh ucu cari Yaya di sini! Iyalahkan, dia manalah rindu dengan kita ! Kita sahaja yang terhegeh-hegeh dengan dia. Sebab rindulah, ucu sanggup cari Yaya sampai ke sini!” Zainal tersenyum lagi!

“Ucu dah sampai sini dua minggu lepas, tau! Tunggu punya tunggu, SMS pun tak berbalas! Sibuk sangatlah bakal chef kita ni ya!” Zainal menyambung lagi ketidakpuasan hatinya. Memang aku malas membalas SMS darinya. Ada sepuluh SMS tidak aku endahkan. Fatin saja sibuk membalas dan beria-ia menceritakan kepulangan Zainal ke Malaysia dan asyik merengek memujuk ibu balik ke kampung. Nah – sekarang Nek Pa sedang sakit. Haruslah semua balik ke kampung. Ibu juga pasti akan balik dengan segera.

Ah, Zainal memang sepupu paling rapat! Juga sepupu yang sentiasa dekat dengan aku dan Fatin. Selalu menaruh hati dan katanya mahu berkahwin dengan aku. Tapi, aku tahu Zainal suka main-main ! Suka buat pipi ini menjadi merah-merah pink. Aku selalu berpesan dengannya, ‘Ucu kan sepupu, Yaya ! Mana boleh kita kahwin !’

“Eh, tak apa kita bual-bual di sini? Tak ganggu kerja Yaya?” Wajah Zainal berubah bila memandang ke arah kaunter. “Siapa yang duduk di kaunter tu. Siap topi tinggi! Chef ya? Mata dia asyik menjeling-jeling saja. Kawan Yaya ke?” empat soalan terpacul dari bibir Zainal.

Aku pantas berpaling. Oh, Izz Amir sedang memandang kami dengan wajah merahnya. Hik hik hik. Aku tergelak di dalam hati melihat wajah Izz Amir begitu.

+Cemburu itu tandanya sayang, Yaya!
-Serius merah betul wajahnya ya ? Hik hik hik !
+Jarang betul tengok muka Izz Amir merah begitu, ya ! Macam kena simbah lada!
-Bukan lada, tapi cili padi!

Aku memandang kembali wajah Zainal. Memang lama aku tidak berjumpa dengan sepupu aku yang seorang ini. Selepas Zainal menyambung pelajarannya ke Korea, langsung satu berita tidak kami terima daripadanya.

“Eh, tak ganggu pun ! Kalau sekejap bolehlah.” Aku menariak nafas dan kepala terteleng lagi memandang Izz Amir yang serius sahaja mukanya. Aku menjawab lagi soalan dari Zainal, “Dia tu bos Pai Epal Café. Izz Amir! Seorang chef juga. Err, memang kawan Yaya !”

“Dia tak kisah ke Yaya duduk di sini?” Zainal bertanya lagi.

“Akan kisah. Ucu tunggu sekejap ya! Yaya minta kebenaran darinya. Tunggu tiga puluh minit! Boleh?”

‘Akan kisah?’ Memandai-mandai aku membuat andaian mengenai Izz Amir. Aku ketap bibir bawah. Zainal dengan mata bundarnya masih setia memandang wajah aku. “Kita balik kampung hari ni? Nek Pa sakit!” wajah Zainal berubah sedikit keruh.

Nek Pa sakit? Terukkah sakit Nek Pa? “Ibu tak ada beritahu pun!”

“Ni yang ucu datang beritahu. Mahu bawa balik Yaya sekali. Kalau Yaya balik, Nek Pa mesti sihat dan segar bugar ! Eh, pergi cepat minta kebenaran. Cuti dua hari, boleh?” Sepupu aku lancar sahaja memberi idea. Bibir Zainal menyambung lagi bicaranya. Ah, lelaki ini memang peramah sekali ! “Ibu pun baru ucu maklumkan! Lepas makan nasi goreng yang ibu buat pagi tadi, terus ucu Zainal datang ke sini! Yaya minta cuti dua hari ya? Esok dan Jumaat!” Ideanya masih ligat! Ingat senang sangatkah aku mahu memohon cuti dari Izz Amir ? Dua hari ? Cuti yang diperuntukkan untuk aku hanya sebanyak 12 hari sahaja. Tetapi mengenangkan Nek Pa, rasa sedih pula. Adakah Izz Amir akan memberi keizinan ? Dengan wajah merahnya sekarang ini, adakah dia akan membenarkan aku balik ke kampung dan bertemu Nek Pa yang aku rindui itu ?

Aku bangun dan membetulkan kerusi. “Ucu tunggu sekejap ya!” aku membalas senyuman Zainal. Dia mengangguk dan perlahan-lahan menarik cawannya. Bibirnya pantas menghirup secangkir kopi pekat kegemarannya. Aroma kopi yang dipesannya pantas menusuk ke dalam hidung. Tiga biji muffin blueberry terhidang kini. Aku betulkan apron dan cepat-cepat bangun.

Izz Amir buat-buat tidak perasan dengan langkah ini. Cet! Muka merah macam biji saga! Sehingga aku sampai ke kaunter. Dia langsung tidak mempedulikan aku!

“Awak!” aku panggilnya dengan perlahan.

Izz Amir diam. Buat-buat tidak dengar. Aku menghembus nafas!

“Awak!” bibir ini memanggil lagi dia.

Diam. Izz Amir buat-buat sibuk mencatat itu dan ini di atas sehelai kertas.

“Mata bulat macam guli. Cemburunya bukan main lagi!” aku siap berpantun mahu melihat dia tersenyum seperti selalu. Tiga puluh saat berlalu dan tiada jawapan dari bibirnya. Izz Amir sibuk pula membaca menu yang rasanya memang telah dihafal. Atau dia memang sengaja buat aku ternanti-nanti ?

Gunawan di sebelahnya sibuk melayan pelanggan yang datang membayar harga makanan.

Aku berdiri kaku tanpa apa-apa reaksi dari Izz Amir. Aku ini patungkah untuk dia ? Aku terus memaklumkan tujuan aku berjumpa dengannya. Dengar atau tidak, biarlah ! Kalau Izz Amir tidak izinkan sekalipun, aku akan naik bas ke Mersing tengah malam ini juga. Apa akan jadi, jadilah ! “Saya nak minta izin tiga puluh minit sahaja berbual dengan ucu Zainal. Lepas tu nak minta cuti dua hari. Esok dan Jumaat. Kebetulan Sabtu dan Ahad ni, kuliah dibatalkan. Boleh ya, chef ? Nek Pa sakitlah !”

Izz Amir meletakkan menu yang selesai dibeleknya dan memandang aku. “Pai Epal Café ni, ucu Zainal awak yang punya ke?”

Amboi, bahasa dia ! Aku terlongo dan terkebil-kebil.

“Dua minit sahaja!” pintaku sekali lagi,

“Dia boleh bayar harga dua minit awak bekerja di dapur?” Izz Amir bersahaja dan bangun dari duduknya. Dia berdiri memandang dan secepat kilat menjeling aku. Lelaki kacak empat belas juta kali di depan mataku ini terus melangkahkan kakinya. Aku memandang susuk tubuhnya yang berjalan perlahan menaiki tangga ke tingkat atas. Biliknya memang ada di atas. Aku maklum yang setiap chef tertinggi mempunyai sebuah bilik di atas. Tetapi, sehingga sekarang, aku belum pernah masuk ke dalam bilik Izz Amir dan masuk ke semua bilik chef.

Amboi, kasarnya bahasa! Sekali lagi Izz Amir membuatkan aku terkebil-kebil. Aku gigit bibir bawah. Ini memang dasar cemburu buta. Aku berpaling dan mengisyaratkan agar Zainal menantikan kedatangan aku semula. Aku perlu berjumpa dengan Izz Amir. Aku pantas berlari mencari Izz Amir. Aku garu kepala yang tidak gatal ! Aku lebih pantas mengekor punggungnya. Rentaknya senada sahaja.

“Dua minit sahaja. Salahkah saya nak berbual sekejap dengan ucu Zainal?”

Izz Amir melangkah lagi menaiki tangga. Seorang pelayan turun dan memberi hormat kepada Izz Amir. Dia diam dan melangkah lagi. Aku turuti. Entah kenapa dada ini terus berdebar-debar. “Okey, kalau chef tak benarkah saya berbual dua minit. Satu minit sahaja ! Boleh ? ”

Kaki Izz Amir terus mendaki. Lelaki di depanku ini masih diam. Aku ketap bibir tanda geram! Aku mengikut lagi sehingga Izz Amir melalui kawasan café yang dipenuhi pelanggan. “Buat bising dalam pejabat saya saja, Yaya! Ramai pelanggan di sini! Masuk !” Suaranya keras. Macam batu!

Aku mengikut jejak langkahnya. Pintu pejabatnya dibuka. Izz Amir meletakkan topi chefnya di atas sebuah meja. Mata aku memerhati ruang atur pejabatnya. Cantik! Dekorasi moden dan gabungan perabot antik menyerlahkan tata rias bilik ini. Paling penting, ia besar dan ada sebuah katil untuk berehat. Juga sebuah peti sejuk comel! Wah, cantiknya!

Ada robot transformers kecil di atas mejanya. Eh, samalah seperti yang dia hadiahkan kepada aku! Wah! Rasa terharu pun ada! Aku memerhati Izz Amir yang sedang duduk di atas kerusi besarnya.

Matanya sudah terlelap! Aku ketap bibir! Izz Amir memang sengaja mahu melewatkan masa aku. “Awak cemburu memang buruk!”

Izz Amir langsung tidak menunjukkan reaksinya. Matanya masih terlelap! Kakinya boleh pula diletakkan di atas meja. Izz Amir berpeluk tubuh. Nafasnya kedengaran lagi. Ah, kacaknya dia! Waktu tidur pun kacak empat belas juta kali, inikan pula waktu dia membuka matanya yang redup itu!

“Saya nak minta cuti dua hari. Balik kampung ! ”tegasku.

Izz Amir diam. Matanya masih terlelap seperti tadi. Jemarinya bergoyang-goyang pula. Kakinya turut sama mengikut rentak jemarinya. Aku memandang dinding di belakang kananku. Rasa terharu tadi terus mendadak. Jika tadi aku terharu kerana robot transformers di atas mejanya sebanyak lima. Sekarang rasa itu melonjak kepada sepuluh! Gambar kami berdua sedang menikmati kepingan Pizza Hut di atas bukit berkenaan kini dijadikan wallpaper dindingnya! Amat cantik!

Kaki aku terus melangkah mendekati dinding berkenaan. Adakah ini kerja Adnan yang mengambil gambar ini tanpa persetujuan dari aku? Jemari ini pantas melayang di atas dinding berkenaan. Aku terus terlupa pada ucu Zainal yang sedang menantikan kehadiranku di bawah. Permohonan cuti juga terus terkubur dari bibir ini! Mulut aku juga terus terkunci melihat wajahnya yang sedang tersenyum dan memandang aku. Ah, kacaknya dia. Betulkah dia kacak sebanyak empat belas juta kali seperti yang aku selalu sebut-sebutkan? Aku pandang lagi wajah Izz Amir. Ya, memang kacak! Berjuta-juta kali kacaknya dan paling bahagia adalah aku di sisinya. Aku sedang tersenyum dan pipiku bulat membesar sedang mengunyah pizza. Ah, buruknya! Kenapa pula dia memilih gambar ini menjadi wallpaper dinding pejabatnya?

Haish! Aku menoleh memandang Izz Amir yang masih melelapkan matanya. Mata aku pantas memandang dinding indah berkenaan.

Ah – aku masih mengingati kenangan dengannya. Bersama Izz Amir, Adnan, Liy dan Fatin di atas bukit ini. Ketika aku menikmati semangkuk sup dan baru sahaja aku mahu menyuapnya untuk kali kelima, suara Izz Amir gemersik mengusik hati dan jiwaku. Berjiwang karat pula dia dengan ayat yang akan aku ingat sampai bila-bila ! “Kalau saya nampak matahari, saya sentiasa nampak wajah awak yang bercahaya! Kalau saya nampak bulan, saya sentiasa nampak awak yang sentiasa tersenyum dan kalau saya nampak bintang, saya sentiasa rasa awak bintang di hati saya! Entah – saya tak tahu kenapa dengan hati saya sekarang ni, Yaya!”

Rasa mahu gelak guling-guling saja ya! Kelakar betul Izz Amir ketika itu.

“Cik Yaya sayang!” panggilnya. Aku menoleh kembali dan tersengih. Keningku terangkat-angkat sambil mata aku terarah kepada dinding di sebelahku.

Izz Amir angguk sambil tersenyum. “Sumber inspirasi saya! Gambar tu, gambar saya dengan kekasih saya. Awak kenal? Tengok pipi dia yang penuh dengan Pizza Hut tu! Comelkan?” tanyanya sambil tersengih! Dan mata Izz Amir melirik kepadaku agar duduk berhadapan dengannya. Aku tersenyum sumbing dan mara ke arah kerusi yang masih kosong. Rasa malu menebal pula mengenangkan wajah burukku ketika mengunyah pizza hut berkenaan. Boleh pula ditepeknya menjadi wallpaper? Sadisnya rasa!

Izz Amir mengangkat keningnya. “Awak tak kenal kan?”

+Cet! Sengaja buat-buat tanya. Bukankah aku yang berada di depannya ni, sama dengan gambar yang terpampang di dinding itu? Sudah gaharu bercanda ria, sudah tahu bertanya pula.
-Yaya! Salah kiasan tu, Yaya!
+Ah, hantam saja (Puan penulis pun main hantam saja. Lupalah, entah apa yang gaharu)
-Hik hik hik.
+ Bukankah gambar di dinding itu ialah aku? Siap jadi wallpaper lagi. Katanya tadi, menjadi sumber inspirasi! Mr Pai Epal ni gilakah? Sasaukah? Itu adalah aku. Nur Alya, okey! Mana boleh orang lain. Itu Yaya!

“Itu sayalah!” jawabku jujur. Izz Amir sedikit senyum. Dia sengaja menyembunyikan senyuman kacak ‘empat belas juta kali’ dengan jemari runcingnya itu. Pen di jemari kirinya juga bergerak-gerak. Pun terletak sama dengan laras bibirnya. Matanya memandang aku. Tadi dia terlelap, sekarang matanya terbuntang bulat!

“Kenapa awak nak cuti?” tanyanya. Aku tarik nafas lega. Izz Amir sedang fokus dengan permohonan dariku. Hanya meja besarnya yang menjadi pemisah antara kami.

“Balik kampung!”

“Dengan ucu Zainal? Awak kata saya cemburu ya? Bila pula saya cemburu?”

“Eh eh! Muka merah tahan marah! Hentak-hentak kaki macam baby! Mengada-ngada! Mata saya ni masih jelaslah, chef Izz Amir! Cemburu buta!”

Izz Amir ketawa sambil menutup mulutnya. “Saya rasa saya perlu minta umi segerakan rombongan merisik. Makin lama, saya makin cemburulah, cik Yaya sayang!”

Erk! Darah terus menyerbu naik ke mukaku. Nervous pula tiba-tiba!

“Balik kampung buat apa?” Izz Amir menolak sehelai kertas supaya ia dekat denganku. Borang permohonan berkenaan segera aku ambil. Aku kawal kenervousan yang melanda gara-gara permintaannya yang mahu menghantar rombongan merisik. Biar betul! Ah- Wajibkah aku pengsan kali ini? Wajibkah juga aku berlari ke Uganda kerana mendengar cadangannya mahu merisik aku itu? Apa gilakah lelaki ini?

“Nek Pa sakit!”

“Ucu Zainal?” tanyanya sekali lagi.

Mata kami bertentangan. Aku tarik nafas. Perlahan-lahan aku mengeluarkan suara, “Dulu dia kata nak kahwin dengan saya!”

Buk!

Izz Amir terus terjelepuk jatuh ke bawah meja. Entah bila, kerusi berkenaan terus membawanya jatuh ke bawah! Segala kertas dan pen bertaburan bagaikan gunung berapi telah melanda. Beberapa orang pekerja terus meluru masuk melihat apa yang berlaku. Aku berdiri sambil terkebil-kebil.

“Kenapa, Yaya? Siapa yang jatuh?” Sakinah dengan dulang yang berisi nasi goreng dan segelas tembikai laici memandang aku. Aku tersengih sambil menggaru kepalaku.

Gurauanku menyebabkan Izz Amir terus mengerang kesakitan!

“Gila! Siapa lelaki yang akan kahwin dengan awak, dia memang akan malang! Kecuali saya!” suara Izz Amir dari bawah meja kedengaran. Sakinah pula yang tersengih memandang aku sambil melihat beberapa orang pekerja menarik Izz Amir keluar dari bawah meja.

***
“Awak wajib luluskan cuti saya!”

“Tak! Saya tak akan luluskan. Nek Pa sakitkah, masuk hospitalkah. Saya peduli apa!” jawabnya di dalam telefon.

Aaaaa!” aku menjerit

“Punggung saya yang sakit ni awak tak tanya pun! Jeritlah sekuat hati awak, saya tetap kata tak boleh!” tegasnya.

“Saya nak cuti!” bentakku lagi.

“Tak boleh!”

“Boleh!”

“Tak boleh!”

Huh!” aku pantas mematikan telefon. Haish…memang kepala batu betul Izz Amir ini! Geramnya! Dengkinya dia!

Aku berbaring di atas katil sambil memandang telefonku. Aku gigit bibir sambil mengherotkan bibirku. Bagaimana lagi mahu memujuk Izz Amir agar dia meluluskan cuti untukku itu? Sudahnya, Zainal, Fatin dan ibu bertolak awal ke kampung. Ibu tergesa-gesa mahu berangkat bersama dengan Zainal. Petang tadi juga Fatin menyerahkan kunci rumah kepadaku dan aku hanya dapat melambai sahaja pemergian mereka semua. Dan aku di dapur Pai Epal Café terkebil-kebil membuat kerja. Menahan hingus dari terkeluar dan menahan geram kepada lelaki berwajah empat belas juta kali itu. Arghhh!

Dan malam ini, aku sedang keseorangan. Semua lampu di rumah telahpun aku pasang. Fatin berkali-kali menghantar SMS, ‘Kak long..ada hantu! Huarghhhh!’ Akibatnya, aku telah memasang mangga di semua pintu! Lampu halaman rumah juga terpasang bagaikan ada pesta muda mudi lagaknya!

Tanganku pantas mengambil patung transformers yang berwarna kuning pemberian Izz Amir. Aku layang-layangkannya dan lagak sedang berperang. Patung berwarna merah menjadi lawan. Seronok pula bermain perang-perang! Ah – inilah kegiatan utamaku sebelum tidur dengan nyenyaknya.

Uuuuu….Hiak! Hiak!” Mereka bertempur lagi! Aku ketawa. Perlawanan terus berlangsung sehingga telefon bimbitku menyanyi minta diangkat.

Izz Amir?

“Saya tak nak cakap dengan awak!”

Terdengar ketawanya yang bersisa dan membunuh lagi salur darahku. Suara dia kategori lemak merdu! Kategori tangkap cintan! Buat pembuluh darahku berhenti selalu! Memang Izz Amir pakejnya lengkap. Suara juga sedap! Kalaulah dia berbisik sesuatu ke telinga ni, kan? Mesti aku pengsan! Wakakaka.

“Kalau saya luluskan, awak nak balik bila?”

Patung transformers terus aku baringkan di sisiku. Terperanjat beruk dibuatnya. Apa mimpi Izz Amir ini. “Betul ke, chef?”

“Ya, cik Yaya sayang!”

“Sukanya saya. Malam ni juga saya balik!”

“Naik apa?” tanyanya lagi.

“Bas!”

“Eh, mana ada bas jam 11 malam begini, cik Yaya sayang!”

“Saya jalan kaki!”

“Gila betullah awak ni, cik Yaya sayang!”

Aku ketawa. Dia juga. “Ucu Zainal siapa?” tanyanya lagi.

Aku tersedak! Mahu lagi dia bertanya mengenai ‘ucu Zainal’. Kalau dia jatuh tersembam seperti pagi tadi, bagaimana?

“Betulkah dia nak kahwin dengan awak? Awak jangan jadi gila, cik Yaya sayang! Kalau nak dibandingkan dia dengan saya, saya rasa saya lebih kacak empat belas juta kali! Hidung terletak, bibir merah macam letak lip-ice! Mata sikit-sikit sepet! Kulit putih, berdada bidang dan tinggi pula tu! Baik awak mengaku dengan saya!”

Aku terkedu. Mulalah lelaki ini berjiwang karat! Nampak gayanya aku perlu lebih tabah berhadapan dengan lelaki berspesis begini. Pengsan aku hari-hari kalau Izz Amir mengarangkan karangan cinta selepas kami berkahwin nanti. Eh eh, terfikir mengenai kahwin pula I! Gatal!

+Perasan..bibir macam letak lip-ice yang buat I nak gelak guling-guling!
-Wakakaka.. (gaya gelak seperti di dalam facebook muncul juga akhirnya. Ah, manuskrip saya, kan? Apa saya peduli!)
+ Izz Amir memang kacak empat belas juta kali! Serius, tak dapat ditandingi sesiapa. Kalau I tak nervous dan pengsan bila melihat wajah Izz Amir, tipulah namanya kan yang I tak terpikat!

Aku ketawa dan ketawa. Menggelengkan kepala dengan telatahnya yang suka serkap jarang. Izz Amir pantas menyambung gertakannya. Kali ini dia betul-betul membuatkan aku sasau! “Kalau betullah kan ucu Zainal tu kembali ke Malaysia atas dasar nak kahwin dengan awak? Sekarang juga saya ambil awak dan kita akan bergerak ke kampung cik Yaya yang saya sayang ni dan terus merisik! Esok kita akan menikah terus!” gertaknya.

Aku terkaku!

“Adnan! Adnan!” suara Izz Amir menjerit kedengaran. “Kemas baju cepat! Kita balik kampung cik Yaya sayang!”

Mataku terkelip-kelip. Rasa mahu pengsan kala ini!

“Saya datang sekarang! Lima belas minit, awak mesti siap!” arahan Izz Amir masuk lagi ke dalam telingaku.

Bagaikan mimpi! Rasa mahu tercabut jantung. “Eh eh, kita nak pergi mana ni chef?”

“Balik kampung awak, cik Yaya sayang!” suaranya perlahan mentraumakan lagi sanubariku.

Izz Amir memang gila! Lelaki ini memang hilang akal!

+ Menipu itu memakan diri kamu, wahai Yaya! Janganlah kamu menipu hatta berbohong lagi.
-Erk!
+Hik hik hik hik

Dan tepat jam 12 tengah malam, kami bertiga meredah jalan raya. Volkswagen Beetle Izz Amir menderu sederhana. Aku dipaksa dan terpaksa. Jika tidak membuka pintu, Izz Amir mahu merobohkan pintu besi. Siap dibawanya sebekas peralatan yang dipenuhi dengan spanar, penukul, gerudi kecil dan bermacam-macam peralatan. Lelaki ini memang gila! Gila!

Aku di belakang masam mencuka! Izz Amir menyengih luar biasa! Melati turut sama di sebelahku terpinga-pinga! Tidak ada taufan dan ribut, Melati turut sama tersenarai dalam perjalanan malam ini. Melati tersenyum sahaja bila aku melihat dia betul-betul berada di muka pintu rumahku. Apa yang dikatakan oleh Izz Amir semuanya benar belaka! Adnan di tempat duduk hadapan, sedang berdengkur dan kereta ini sudah seperti zoo pula!

Ah - Aku pasti akan ditelan hidup-hidup oleh ibu dan Nek Pa dengan kehadiran dua lelaki ini. Ibu? Bagaimana pula penerimaan ibu terhadap Izz Amir?

Aku tarik nafas sementara mata aku terpandangkan Izz Amir yang tidak habis-habis menjeling! Cucuk mata dengan garfu, baru tahu! Aku menjelingnya!

“Penggertak! Kaki buli!” aku menjelir lidah. Izz Amir ketawa.

“Bolehlah saya berkenalan dengan Nek Pa juga! Jangan marah haaaa!” Dia ketawa tanpa perasaan. Aku garu muka yang tidak gatal!

Ini bukan mimpi, tapi kenyataan yang kami sedang bergerak ke Selatan. Aku rindukan Mersing! Rindukan bau laut yang nyaman! Nek Pa, ibu, Fatin, Mak Su pastinya akan terkejut dengan kedatanganku pagi ini. Seorang lelaki kacaknya empat belas juta dan Adnan si botak yang suka menyengih!

Ah, serabut! Serabutnya kepala otakku! Mataku terkebil-kebil lagi! Aku menoleh memandang Melati yang sedang keasyikan dengan tidurnya. Ah, kenapa mata ini tidak mahu lelap?

Aku menjeling lagi wajahnya di cermin pandang belakang. Izz Amir pantas mengenyitkan mata. Aku pantas bersuara,“Gila!” aku gigit bibir bawah tapi kemudian perlahan-lahan aku membalas senyumannya. Alahai, Yaya! Malunya aku bila dia mencuri-curi memandang wajah klasik ini. Cet!

Iya, Yaya! Saya memang gila! Suruh saya terbang ke bulan pun saya sanggup! Gilakan awak, cik Yaya sayang!” dia menjeling aku dengan jelingan mautnya! Sumpah, kacak! Senak terus perut aku. Terburai isi perut dibuatnya!

Aku pantas menarik baju sejukku. Menutup wajahku dan ketawa geli hati. Lelaki jiwang karat ini memang akan mensasaukan aku! Hari-hari aku boleh jatuh tergolek dan pengsan!

21 Februari 2012

Mr Pai Epal 20

Mr Pai Epal 20! Jemput baca semua. Saya mengalami masalah writer block! Sungguh-sungguh saya kehilangan idea! Tetapi saya bangunkan kembali jemari. Maaf ya, lambat semua! Selalu hari Isnin memang dah siap bertapa di blog, kan? Nah - semoga suka dan selamat membaca ya!



Maaf jika ada kekurangan untuk bab ini! Senyum comel-comel semua!


7





Izz Amir serius cemburu!






3 minggu yang berlalu dengan cepat ! 3 minggu di Pai Epal Cafe yang penuh dengan debaran dan sesekali menyesakkan. Rutin jadual hidupku yang berubah seratus peratus dari asal. Isnin sehingga Jumaat, aku akan berperang dan bersilat di dapur Pai Epal Cafe! Dapur Pai Epal Cafe yang mengandungi banyak cerita dan kisahnya.

Gelagat dan perangai manusia boleh aku teliti melalui wajah semua pekerja Pai Epal Cafe. 30 orang pekerja. Ada yang masih belum mampu aku kenali dan hafal namanya. Ada yang cuma mengangguk dan memanggil namaku tanda menghormati kedatanganku di sini.

Chef Ridzuan - Banyak ilmu dan pengalaman yang aku perolehi dari Chef Ridzuan yang juga sebenarnya seorang Executive Chef di Pai Epal Cafe. Seorang yang tegas, dan menawarkan aku menjadi ‘kitchen helper’nya. Kata Izz Amir, dia sudah ada anak tiga ! Tapi kenapa perutnya tidak ke depan ya ? Nampak muda belia dan sentiasa tersenyum jika ada pelanggan memberi komen mengenai masakannya.

“Awak bantu saya! Tengok bagaimana saya bekerja. Tengok bagaimana saya memasak! Bagaimana saya mengatur pergerakan dapur. Pedulikan pekerja-pekerja lain di sini. Awak di bawah penjagaan saya, Yaya!”

Katanya juga kepada aku, “Memasak itu keghairahan, Yaya! Passion! 18 tahun saya bekerja di bidang ini! Pengalaman saya di serata dunia. Tapi bila Izz Amir tawarkan saya bekerja di sini, saya terus sambar tanpa fikir apa-apa. Nampak ringan bukan bekerja di dapur mewah ni? Tapi penuh cabaran, Yaya!”

“Saya kenal dengan arwah ayah awak, Yaya! Jangan sia-siakan bakat terpendam yang awak ada!” Suara Chef Ridzuan terapung-apung lagi. Tambah bersemangat lagi aku mendengar tazkirah ringkasnya. Ceh tazkirah sangatlah ya!

“Awak kena ingat, Yaya! Seorang chef itu juga seorang yang boleh mengawal tekanan! Memerlukan kemahiran komunikasi, berbincang tentang gaya masakan dan resipi-resipi baru. Juga memperkenalkan mutu dalam masakan. Ingat pesanan saya, Yaya!” Chef Ridzuan memberi pesanan. Aku rekodkan pesanannya di dalam kepalaku. Kepalaku terangguk-angguk lagi.

“Ada empat chef yang akan mengawal selia awak. Selain saya, ada Chef Rita yang awak boleh jumpa dan belajar dengannya di ‘Malay Kitchen’. Chef Ng di bahagian ‘Chinese Kitchen’. Chef Fikri juga. Meski dia adalah seorang sous chef, tetapi beliau ditempatkan di ‘Western Kitchen’. Saya akan awasi semua pergerakan awak dan minta laporan dari mereka juga sebelum Chef Izz luluskan. Mengerti!”

Aku telan air liur. Arahan ringkas bagaikan taufan dan ribut yang akan melanda. Kenapa aku perlu berjumpa dengan ketiga-tiga chef berkenaan? Aku bayangkan wajah Chef Rita yang serius. Juga wajah Chef Ng dengan giginya yang sudah tiada di depan. Juga Chef Fikri yang pemalu lapan belas juta kali itu.

Bagaimanakah, Yaya?

Aku garu dahi yang tidak gatal!

Aku angguk lagi. Mengerti dan buat-buat faham. Mata kini memandang pula ke arah Chef Fikri! Chef Fikri – dia seorang Sous Chef di Pai Epal Café. Chef Fikri selalu membantu Izz Amir menyusun jadual pekerja di Pai Epal Café. Chef Fikri juga kadang kala membantu Chef Ridzuan sekiranya diperlukan. 3 minggu, memang sukar mendekatkan diri dengan Chef Fikri yang pendiam orangnya. Dia tidak banyak bercakap selain memberi arahan kepada Kartina, Salmi dan beberapa orang chef. Arahannya ringkas dan padat!

“Untuk makluman, Chef Fikri sudah bertunang ya, Yaya!” Izz Amir tersengih ketika sesi memperkenalkan aku kepada Chef Fikri 2 minggu lepas. Chef Fikri tersenyum malu. Hari pertama ketika aku bertembung dengannya, dia tunduk memandang lantai. Sukar pula untuk memandang biji matanya. Izz Amir gigit bibir bawah. Seolah-olah memberi arahan agar aku tidak lagi bertanyakan soalan-soalan cepu emas kepada Chef Fikri yang boleh tahan kacaknya. Kalau Izz Amir empat belas juta kali, Chef Fikri sebanyak dua juta sahaja. Ceh !

Aku tersengih sambil mengangkat kening dan memandang wajah Izz Amir yang kedut seribu!

“Okey, saya tak ingin merampas tunangan orang! Berdosa!” jawabku membuatkan Chef Fikri tersenyum bersama Izz Amir. Ah, kenangan 3 minggu yang terlalu banyak! Diari Miss MJ Unguku juga penuh dengan cerita kawan-kawan di Pai Epal Café.

Kartina - Dia selalu memandang serong kepada aku ! Menjeling dan marah-marah tak tentu hala ! Haid hari-harikah ? Wajah masam mencuka! Kartina secara amnya menjadi commis pertama di Pai Epal Cafe. Yang aku arif mengenai Kartina - dia akan membantu semua chef memasak. Sikap Kartina juga agak kasar dan sukar didampingi!

“Dia pernah suka dengan Chef Izz dulu!” Adnan bercakap perlahan sambil mulutnya muncung sedepa kepada aku ketika upacara memotong bawang yang tak habis-habis dibuat oleh aku. Bilalah nak habis agaknya segala projek mengupas ni ? Iyalah, setiap hari dalam tempoh 3 minggu ini aku hanya diberikan bawang, kentang, lobak merah dan timun untuk dikupas kulitnya. Bukan satu beg. Tapi banyak betul begnya dan besar pula !

“Oh, Chef Izz sukakan dia ke, Adnan?” dadaku berdebar-debar. Dengan tiba-tiba. Hairan pun ada, musykil pun ada. Apa kena dengan aku kala ini? Cemburukah?

Adnan geleng kepala sambil tersengih. “Izz tak akan suka Kartina ! Saya berani kerat jari manis saya ni, Yaya ! Dia suka awaklah Yaya!”

Aku tersenyum memandang bawang! Bawang dimataku telah bertukar menjadi bunga ros yang berkembang-kembang mekar! Kemudian kentang di dalam sebuah bakul kecil ini juga bertukar menjadi bunga-bunga sakura! Alahai seronoknya rasa jiwa ini! Bawang pun boleh bertukar menjadi bunga ros. Kentang juga bertukar kepada bunga sakura! Alahai, Yaya!

“Ye ke?” aku menduga lagi Adnan yang aku kira sebagai sahabat baik Izz Amir di sini. Walaupun Adnan hanya seorang pembantu dapur, tetapi Izz Amir tidak pernah memarahi Adnan. Jauh sekali melihat Adnan ditengking-tengking atau dimarah sesiapa di sini. Adnan bagaikan pekerja emas di Pai Epal Café. Adnan itu bagaikan adik dan abang kepada Izz Amir.

Adnan angguk seribu kali! “Sudah tahu bertanya pula! Siap berbintang dan bulanlah bos saya tu dengan awak! Angau satu badan!” Adnan menyengih!

Aku terkekek ketawa sambil mata memandang Izz Amir yang tiba-tiba terpacul sambil bercekak pinggang. “Mengumpat! Mengumpat saja ya! Kerja tak siap-siap lagi!”

“Eh, mana ada Chef!” jawabku sambil menjeling Adnan yang terkesima. Izz Amir memandang kami dan berdiri di sebelahku. Dibelek-belek bawang yang sedang aku hiris dengan teliti.

“Belum lulus!” tegasnya sambil meletakkan bawang yang telah aku hiris di dalam sebuah bekas.

“Dah lima puluh beg awak tahu tak? Begini halus cara saya hiris pun masih belum lulus? Kupas sudahlah berhari-hari! Haihhh! ” aku ketap bibir bawah.

Ala Yaya… baru lima puluh beg. Jangan bantah! Jangan bantah! Belum seratus lima puluh beg lagi. Kalau bantah cakap saya, saya tambah lagi dua puluh beg untuk hari ni. Nak?” dia memandang aku sambil bercekak pinggang.

Aku menjeling Izz Amir yang tersengih! Geramnya! Perlahan-lahan aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Izz Amir ketawa perlahan dan dia pantas berjalan memeriksa segala makanan yang sedang terhidang di atas meja. Chef Fikri dan Chef Ridzuan terangguk-angguk menerima arahan serius dari Izz Amir. Gerak kerja mereka semua pantas. Chef Ng dari dapurnya dipanggil! Ah, aku tidak ambil peduli tentang kerja mereka kali ini. Badlishah pula berjalan pantas menghantar pesanan. Wan Kamal menampal-nampal pesanan mengkut urutan. Kuali dan sudip berlawanan lagi! Semua Chef semakin sibuk. Semua pembantu dapur juga tidak menang tangan!

Bekerja di Pai Epal Cafe memang terlalu mengujakan aku sebenarnya. Aku memerlukan tahun-tahun yang panjang untuk berdiri sama tinggi seperti Chef Ridzuan, Chef Ng, Chef Rita dan Chef Fikri! Paling tidak sabar ialah berdiri berdua dengan Izz Amir memasak bersamanya. Izz Amir akan memandang aku sambil mengajar itu dan ini. Kalau peluh Izz Amir perlahan-lahan turun dari dahinya, Yayalah yang akan lapkan dengan perlahan-lahan. Cewah!

Erk!

+Amboi, Yaya! Gatai nooo!
-Ala, apa pula yang gatalnya! Betullah!
+ Mana boleh lap-lap peluh di dahi Izz Amir. Tak boleh! Tak boleh!
-Eh, kenapa pula tak boleh?
+Dah kahwin, barulah boleh! Angan-angan tinggi! Cet!

Salmi tiba-tiba datang meletakkan sebakul lagi kentang! Angan-angan punah akhirnya! Angan-angan mengesat dahi Izz Amir terlerai apabila mataku melihat sebakul kentang dihenyakkan di atas meja! “Yaya, kupas kulit kentang ni dulu ya! Untuk esok. Requested from malay kitchen ! ” Salmi memberi arahan sambil mengesat peluhnya dengan tuala di bahu. Aku terngaga sambil terkebil-kebil! Rasa mahu menangis pun ada. Pembulian apa namanya ini?

Salmi – dia menjawat jawatan sebagai commis kedua. Salmi ramah tamah juga orangnya. Biarpun dia berkawan rapat dengan Kartina, tetapi aku bolehlah ngam-ngam oi dengan Salmi ini. Dia mudah tersenyum dan sentiasa menghulurkan bantuan. Salmi yang sedang aku kenali dengan perlahan-lahan ini seorang yang gigih bekerja! Salmi juga khabarnya sedang membantu adiknya yang sedang sarat sakit di hospital. Katanya ketika kami berdua selesai bersolat di surau tingkat bawah Pai Epal Cafe, “Aku kena cari duit lebih, Yaya! Adik aku sakit! Sebab tulah kau tengok aku asyik sangat bekerja. Kalau bos suruh kerja sampai malam pun aku sanggup! Bawa ke pagi pun boleh!”

Mata hening Salmi aku pandang dan teliti. “Sakit apa, Mi?”

“Kanser tulang!” Salmi tersenyum. Tetapi dia nampak sebak. Matanya merenung aku dan bermula dari hari itulah juga, aku semakin akrab menemani Salmi ke surau.

“Bila-bila masa saja kita akan mati! Itu pesan adik aku, Yaya! Bila tengok kekuatan adik aku tu, rasa mahu sahaja aku berdoa agar Allah letakkan sakitnya tu kepada aku. Adik aku selalu pesan, Kak Mi kena jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah dan orang sekeliling!” Salmi rupa-rupanya memberi peringatan kepada aku juga. Aku renung anak mata Salmi. Ada sebak datang. Aku telan air liur.

Bibir comelnya terbuka lagi, “Aku tengok Kartina tu culas juga bab solatnya. Puas aku tegur, tapi dia marah! Sebagai kawan, aku dah jalankan tanggungjawab menegur. Dia kena pandai-pandailah!”

“Oh, kau nak tahu satu perkara?”

“Apa dia?”

“Tentang Chef Izz Amir!” matanya bulat lagi. Aku telan air liur. Sungguh, aku mahu tahu! Dengan pantas aku mengangguk.

“Dulu, surau Pai Epal Café kecil sangat-sangat. Belakang dapur sekangkang kera saja! Sedih betul sebab semewah- mewah Pai Epal Café hanya bilik kecil itu saja yang mampu dibina!” Salmi menutup tazkirah dan kisah adiknya mengenai Izz Amir pula. Aku terkesan untuk tahu dan mahu tahu. Apa pula kena mengena surau di belakang dapur yang telah menjadi stor itu dengan Izz Amir?

“Entah sejak beberapa bulan kebelakangan ni. Dia banyak berubah!” Salmi tarik nafasnya. Perlahan-lahan.

Aku terkebil-kebil mahu tahu dan mahu bibir Salmi pantas mengeluarkan suaranya. Cepatlah Salmi oi!

“Berubah tentang apa?” tanyaku pantas.

“Surau nilah, Yaya! Chef Izz renovate seluruh dapur dan bina surau untuk pekerja di tingkat bawah. Barulah selesa! Barulah nyaman dan bolehlah tidur-tidur sekali! Chef Ridzuan sampai buat pulut kuninglah!”

“Itulah yang aku hairankan sangat! Sebab sebelum ni, mana pernah aku tengok Chef Izz tu bersolat! Mana pernah aku tengok dia ajak Adnan dan Chef Ridzuan berjemaah sekali dengannya di surau! Alhamdulillah! Semua sukalah dengan perubahan mendadak Chef Izz! Dari panas barannya tahap tujuh menurun sebanyak tiga!” Salmi bercerita seolah-olah aku sudah dikenalinya sebanyak empat tahun. Beria-ia dan bersungguh-sungguh!

Salmi tersenyum. “ Macam tak percaya, kan? Siapa sangka! Hidayah Allah tu melantun sekejap saja! Aku sekarang menunggu si Kartina kepala batu tu datang ke sini dan bersolat!” Salmi memandang lagi mata ini.

Aku terkedu seribu bahasa! Benarlah seperti apa yang Izz Amir tuliskan selalu di dalam emelnya. Aku terharu. Ada sebak berganda-ganda menghujani hati. Aku bertasbih lagi! Teringat pesanan ibu kepada aku. ‘Lelaki yang akan menjadi suri Yaya, ibu rasa biar yang cukup agamanya. Biar baik hubungannya dengan Tuhan. Yaya kena tengok betul-betul ya! Solat, agama dan sikapnya. Ibu tak mahu anak ibu nanti kelak menyesal memilih teman hidup!’

Rasa mahu menangis dan memeluk ibu. Rasa seperti mimpi menjadi nyata. Doaku agar lelaki itu lembut hatinya akhirnya dimakbulkan. Izz Amir juga pernah berterus terang dahulu, yang dia rindu. Rindukan ketenangan yang sedang dia perolehi sekarang ini.

Umi pastinya suka melihat perubahan Izz Amir. Umi yang selalu Izz Amir ceritakan di dalam emelnya itu. “Nak cari calon isteri kena yang baik, Izz. Tapi kita dulu kena jadi baik dan lelaki yang baik! Berbuih-buih mulut umi cakap, solat. Solat! Izz selalu buat tak tahu dengan apa yang umi cakap!”

Aku tersenyum lagi dan lagi. Masa sedang berjalan dan terus bergerak dengan pantasnya! Apa yang aku tahu dari Salmi itu, aku pendam sendiri. Aku menoleh segera dan memandang Adnan! Adnan sedang tekun menumis bahan-bahan yang dimasukkan oleh Chef Ridzuan.

Tangan aku pantas mengambil sebij kentang. Proses membersihkan kulit kentang ini harus segera aku lakukan. Adnan sesekali mengerling mengawasi segala pekerjaanku.

Adnan – seperti yang aku kisahkan. Dia rakan, teman dan sahabat baik kepada Izz Amir. Ke mana sahaja mereka akan sentiasa berdua. Adnan boleh juga menjadi bodyguard Izz Amir yang setia! Adnan yang aku tahu, si yatim piatu.

“Saya duduk di rumah Izz Amir. Berdua di rumahnya!”

Aku angguk lagi! Tapi mulut terus bertanya. “Bukan Izz Amir duduk dengan umi?”

“Dia yang nak duduk berasing! Saya pun ditawarkan duduk dengannya. Kalau Izz Amir rasa nak pulang ke rumah umi dan papanya, dia baliklah. Saya tinggal seorang pun dah selamat. Bolehlah jagakan rumahnya yang besar tu.” Adnan bercerita penuh perasaan. Oh, banyak betul yang aku tahu mengenai Izz Amir dari mulut Adnan.

Adnan bercerita dan akan terus bercerita! Sementara telinga aku akan menadah apa juga kisahnya.



***

Aku kini cukup sebati dengan peperangan di dapur! Bekerja di Pai Epal Café, juga membawa pengenalan dan kisah mengenai Izz Amir! Dia yang cukup tegas menilai setiap menu di Pai Epal Café. Izz Amir akan memulakan kerjanya dengan bergerak ke dapur memberi arahan ringkas dan kemudian ke depan Pai Epal Cafe yang besar itu. Izz Amir akan memberi penerangan ringkas kepada pelayan-pelayan Pai Epal Cafe dan dia akan duduk sebentar di kaunter. Entah apa yang disemaknya, aku tidak tahu ! Semua chef di dapur berperang di sini, dia senang lenang duduk bercanda ria di depan sana !

+Yaya !
-Ya ! Nak apa ?
+Fitnah tu ! Fitnah ! Izz Amir bukankan bos besar di Pai Epal Cafe. Suka hati dialah nak buat apa pun ! Hish !
-Cet ! duduklah di dapur ni ! Menolong apa yang patut ke. Tumis nasi goreng Pai Epal Cafe ke !? Bancuh air sirap ke !? Suka bagi arahan, saja !
+ Eleh, kalau Izz Amir duduk di dapur, senanglah kau nak teropong, dia kan ? Tenung-tenung mata dia ke… Kan ?
-Iyalah-iyalah ! Jangan sibuk-sibuk, boleh tak ?
+Berdosa tahu tak ! Dosa !

Aku tersengih-sengih mengendap Izz Amir yang sedang tekun membaca sebuah akhbar. Kaki kemudian melangkah perlahan-lahan ke ruang dapur yang semakin sesak dengan para pekerja Pai Epal Cafe.

Terasa rindu pula aku dengan usikan-usikan nakal Izz Amir ! Aku tahu dia sibuk ! Sibuk ke sana dan ke mari menguruskan Pai Epal Cafenya ini ! Tetapi selalu juga Izz Amir akan datang ke dapur dan matanya akan mencuri-curi memandang aku yang terkial-kial mengikut arahan itu dan ini. Izz Amir akan memberi senyuman mahalnya untuk aku ! Lelaki itu akan terus tersenyum dan bersinar-sinar matanya. Wajahnya nampak berseri-seri dan aku akan meneruskan pelajaranku dengan penuh semangat kejituan ! Mencukupi satu SMS darinya setiap pagi.

Pagi ini juga SMS dari Mr Pai Epal membuatkan jiwa melayang-layang. Biar ayatnya ringkas. Tetapi bagi aku, ia ayat yang penuh cinta! Cik Yaya sayang. Kerja elok-elok !

Oh, syurganya rasa ! Tergedik-gedik pun ada ! Aku akan sembunyikan senyuman dan akan meloncat-loncat di dalam bilik persalinan. Ketawa seorang diri sehingga Kartina merenung aku seperti gunung berapi !

“Kau ni kenapa, Yaya? Terkekek-kekek ketawa macam pontianak!”

Aku menyengih lagi. “Eh, punya sukalah!”

“Perempuan gatal! Jangan ingat Chef Izz terhegeh-hegeh dengan kau, okey!” Kartina menutup lokernya. Dia menghempas kuat lokernya dan menjeling aku! Aku menjelirkan lidah dan pantas keluar dari bilik persalinan. Malas melayan karenah Kartina yang tidak habis-habis menunjukkan marahnya terhadap aku.

Sesi pembelajaran kini bermula lagi!

Izz Amir menolak pintu kayu yang mengasingkan dapur dengan ruang hadapan. Kakinya pantas berjalan dan mara ke arah aku. Dia melihat aku yang sedang memotong bawang, menghiris halia, memotong sayur-sayuran dan segala benda perkara remeh temeh di dapur! Cara penggunaan pisau juga amat ditekankan.

“Cepat sikit, Yaya! Terhegeh-hegeh!” Izz Amir menghampiri tempat aku berdiri dan membetulkan kedudukan pisau di jariku. Pisau dari atas meja dicapainya dan Izz Amir dengan laju menghiris bawang merah dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan! Fuhhh! Memang dahsyatlah! Pengsan dibuatnya, melihat gaya Izz Amir menghiris bawang. Tiga ulas bawang sekejapan menjadi mangsa hirisannya.

Izz Amir pantas meletakkan pisau dengan berhati-hati. Bibirnya pantas terbuka. “Awak dah baca SMS dari saya?” soalan cepu emas keluar akhirnya. Aku angguk sambil memerhati kawasan dapur.

Dia menoleh memandang aku. “Kenapa tak balas?” Izz Amir gigit bibir bawah.

“Sekejap lagi saya balaslah! Nanti Chef Ridzuan nampak. Habis kena potong markah bulanan saya!”

“Pemalas!” Izz Amir tersengih. Amboi-amboi, senang hati betul cakap aku pemalas.

“Nantilah saya balas. Saya penat nak taip SMS. Butang telefon bimbit saya banyak yang dah tercabut! ” Jawabku selamba sambil mengambil sebiji lagi bawang untuk dihiris.

Iyalahkan. Sekurang-kurangnya saya pun naklah juga SMS saya dibalas dan kata-kata semangat dari orang yang saya sayang! Tunggu punya tunggu tak berbalas-balas!”

Aku tersenyum dan menjelingnya. “Nanti saya balaslah, chef!” aku angguk seronok.

“Kuliah setiap Sabtu dan Ahad, bagaimana? Okey?” tanyanya. Aku menoleh memandang Izz Amir yang kacak! Kacak empat belas juta kali, okey! Rasa terharu kerana selepas beberapa minggu proses menyesuaikan diri di sini, dia datang bertanya mengenai proses pembelajaranku di Yayasan Marjan. Aku yakin, Izz Amir mahu bertanya dari awal lagi. Tetapi masaku agak terhad dan jadualku agak padat. Pastinya Izz Amir mencari masa yang sesuai untuk berbual denganku.

“Semua okey! Berjalan lancar!” aku senyum. Izz Amir juga.

“Nanti saya bagi buku nota saya dekat cik Yaya sayang ya! Saya ada bawa hari ni.”

“Panggil saya Yaya! Nanti alamatnya masinlah nasi goreng Pai Epal Café!” seruku kepadanya. Lantas aku teringatkan janjinya mahu memanggil aku dengan nama ‘Yaya’ sahaja di sini. Izz Amir ketawa. Matanya tertutup dan kemudian terbuka semula. Izz Amir memandang aku sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Entah apa yang kelakar, aku tidak tahu.

“Saya ada hadiah untuk awak juga!”

Izz Amir mengulum lidahnya. Matanya terkejip-kejip lagi. “Hadiah apa?”

“Buku!” aku teringatkan buku yang telah dibayar sendiri oleh Izz Amir. Akan menjadi hadiah untuknya pula! Malam tadi, puas juga aku membalutnya. Siap berkad-kad dan berorigami lagi. Aku selitkan sejumlah wang untuk membayar semula harga buku ini. Juga wang bayaran bagi menggantikan duitnya ketika skuterku rosak dahulu. Duit pasu yang pecah turut sama aku gantikan. Fatin menggelengkan kepala melihat telatahku membalut buku berkenaan! Sudah lama juga buku itu terperam. Kasihan! Kalau buah mangga, pastinya sudah boleh dingap dan dicicah dengan kicap.

“Buku?” matanya melilau melihat kawasan dapur yang bersih. Chef Ridzuan telah tiba! Izz Amir memandang lagi wajahku. Aku angguk. Penuh bahagia! “Cik Yaya sayang tunggu sekejap. Nanti lepas ni, semua sibuk. Saya lagilah sibuk. Buku nota saya ada di depan. Saya letak dalam satu beg. Semua untuk awak, cik Yaya sayang! Tunggu ya! Kita tukar hadiah!” Izz Amir mengenyit mata dan pantas berjalan keluar dari dapur.

Sehingga beberapa minit berlalu dan aku akhirnya memulakan tugas sambil memandang buku yang berbalut kemas di dalam beg kertas yang turut sama aku buat. Aku letak elok-elok buku berkenaan di atas rak. Pasti dia sibuk menguruskan hal-hal di depan. Sampai lupa terus janjinya mahu menukar buku notanya dengan hadiah ini. Haish!!

Empat puluh minit berlalu!

Ketika aku sedang membantu Chef Ridzuan mengambil bahan-bahan utama di atas meja, Izz Amir meluru perlahan ke arah aku. Wajahnya tegang dan muram sahaja. Kenapa dia boleh berubah sikapnya? Jika tadi, dia akan tersenyum dan bersinar-sinar matanya. Kini, matanya mendung! Kenapa dengan Izz Amir? Apa yang berlaku dalam tempoh empat puluh minit, sebentar tadi?

“Yaya!” Izz Amir berdiri di hadapanku. Sekelip mata dia muncul.

Aku dongakkan kepala memandang wajah anehnya. Merah menyala.

“Ada seseorang datang! Katanya mencari Yaya!” serius.

“Siapa?” aku letakkan mangkuk yang berisi udang.


“Melati?”

Izz Amir menggelengkan kepala.

“Lily?”

Dia menggeleng juga. “Lelaki!” tegasnya.

“Siapa?” tanyaku. Mata kami bertentang lagi.

“Ucu Zainal!” dan Izz Amir menoleh serta melangkah pergi.

13 Februari 2012

Mr Pai Epal 19

Mr Pai Epal 19 kini! Ahhh, leganya saya rasa! Alhamdulillah! Siap untuk minggu ini. Saya sedang sakit belakang! Perlu urut akibat tangan kanan yang pernah terseliuh dan bila saya kerap/laju menulis ia mengganggu bahu dan seluruh bahagian belakang saya. Huuu..harap-harap saya akan selesaikan Yang Terindah bab 14! Ceh! Jika terlewat, saya susun sepuluh jari ya!


Saya ni, bila menulis..makan pun tak ingat! Haih! Tangan dan belakang yang sakit pun rasa tak sakit! Haishhh...(ceh, buat aduan rasmi dalam blog) Iyalah kan, dengan siapa lagi saya nak mengadu kan? Semua pembaca setia sayalah kan? kan? kan?


Okey jom baca sambungan Mr Pai Epal 19! Senyum comel-comel semua!

8





Selamat pagi cik Yaya sayang!

Mata aku terbuntang melihat sekeping nota berwarna kuning yang melekat di depan lokerku. Itu baru satu nota. Kartina yang ada di sebelahku turut sama tersenyum. Dia bercekak pinggang memerhatikan lokerku. Kartina pantas menutup lokernya. Bunyi kunci bersatu dengan lokernya! Pantas lokernya ditutup! Aku memerhati lagi bahagian depan lokerku yang dilekatkan dua nota ringkas. Ini tak lain tak bukan dari Mr Pai Epal!

Aku pandang lagi nota kedua. Kertas comel berwarna merah jambu pula. Ada lagi 1 beg kentang dan 2 beg bawang besar yang harus disiapkan. Perlu siap hari ini!

Aku gigit bibir bawah. Sudahlah semalam aku ditipu hidup-hidup oleh lelaki itu. Sampai ke tengahari, seorang makhluk pekerja café ini langsung tak nampak bayang! Batang hidung pun tak muncul-muncul! Dengan ibu jari aku yang dibalut kemas dan panggilan telefon dari Adnan betul-betul menyelamatkan keadaan. Rahsia pekerja Pai Epal Café bercuti semalam juga terbongkar apabila aku mengangkat telefon.

Kenangan semalam menerjah lagi!

Suara Adnan tanpa memberi salam terus memecah gegendang telinga aku !

“Bos, kenapa saya tengok Pai Epal Cafe terang benderang bos ? Kata semua kena cuti. Ribut tak ada, taufan pun tak ada, Kartina SMS saya hari ni semua pekerja Pai Epal Café diberikan cuti! Saya tengok ada cik Yaya sayang bos yang cun melecun tu, tengah kupas kulit kentang sikit punya baik dekat meja tengah! Saya teropong punya teropong dari pintu kaca, tengok bos ke hulur hilir ke dapur dan ke tengah. Cik Yaya sayang tu duduk diam saja mengupas kulit kentang. Bos punya mata menjeling dia, bagai sepuluh tahun tak tengok dia! Bos nak kena tangkap basah ke? Saya panggilkan pak imam nak?”

Aku ketap gigi! Suara Adnan mengekek ketawa! Sekali hala saja nafasnya bercakap. “Bos, kenapa bos diam ni? Betul ke nak suruh saya panggilkan pak imam ni ? Eh, cik Yaya sayang bos tu bekerja di Pai Epal Café ya? Haih, alamatnya masinlah nasi goreng kita bos !”

Aku tarik nafas ! Sabar Yaya ! Sabar Yaya !

“Oh, jadinya hari ni semua cutilah ya ? Dasar penipu betul chef Izz tu ! Dengan awak-awak, esok saya belasah ! Eeee..geramnya ! Saya tak nak kena tangkap basah dengan Chef Izz awak tu ! Tak pasal-pasal kahwin free!” jeritku!

Izz Amir tergamam dan terkedu! Aku letakkan telefon dengan kasar. Menghempas telefon berbentuk epal sampai terpelanting ganggangnya. Aku geram! Sepantas kilat ketika itu aku menoleh memandang Izz Amir yang tersengih-sengih!

Err…err…” Izz Amir terkulat-kulat menjejaki aku yang kini sudah sampai ke dapur.

Aku berjalan dengan pantas! Ibu jariku yang telah dibalutnya tadi aku pandang. Aku tinggalkan meja yang penuh dengan sampah sarap kulit kentang. Sebaldi air untuk merendam kentang juga aku biarkan. Pantas aku berjalan laju ke dapur dan mengambil helmet bersama baju sejukku. Izz Amir mengekor lagi.

“Kalau kita kena tangkap basah pun, saya rela!” Izz Amir tersengih sambil cuba mencapai helmet dari tanganku.

“Hei, tepilah! Saya nak balik! Penipu!” aku tarik helmet. Izz Amir serta merta menarik baju sejukku dan hampir-hampir aku terbabas memeluk lelaki ini. Mujur juga aku pantas mengelak dan kaki aku pantas memijak kakinya. Peluang yang tidak akan aku tolak ! Terus sekali lagi aku memijak kakinya.

“Rasakan!” aku hentak lagi kaki kananku yang sekuat transformers!

Jeritan Izz Amir menggegarkan Pai Epal Cafe ! Aku berlari cepat mengelak dari dikejar Izz Amir. “Sakitlah. Kaki awak ni kaki besi ya ? ” Izz Amir terencot-encot. Mukanya berkeringat menahan kesakitan.

“Kalau ibu tahu awak tipu macam ni kan? Habislah awak ! Ni mana kunci pintu ni ? Saya nak balik sekarang ! Buka !” aku bercekak pinggang sambil memandang Izz Amir yang meluru datang membawa kunci. Aku gigit bibir bawah !

Dia tersengih macam kerang busuk ! Segugus kunci diambil dari sebuah meja. Izz Amir berjalan ke arah aku. Aku berdiri di sebelahnya. Kali ini memang betul-betul bersebelahan dengannya.

Lambat-lambat dia mencari kunci. “Saya bukan sengajalah, cik Yaya sayang ! Bukan selalu saya dapat duduk berdua-duaan dengan awak. Hari ni sajalah!”

“Cepat buka! Saya nak balik!” aku memandang pintu kayu yang siap dimanggakan. Amboi-amboi! Banyak cantik betul muka dia! Izz Amir berhenti mencari kunci. Memandang aku dan sekelip mata dia berhadapan denganku. Dia melangkah dekat dan terus dekat lagi! Matanya memandang mataku.

Gulp!

Dan aku kini berdiri dan bersandar betul-betul di dinding. Dihadang olehnya dan aku cepat-cepat menekupkan dadaku dengan beg galas. Izz Amir masih mengenyit wajahnya menahan sakit akibat aku memijak kakinya! “Buka apa?” soalnya main-main.

“Buka pintulah!” jeritku lagi.

Dia mendekati lagi aku. Okey, kawal nervous Yaya! Izz Amir memang sengaja cari masalah! Memang sengaja mengusik. Izz Amir tersengih lagi ! Dia pandang lagi mataku. “Awak serius tak mahu berkahwin dengan saya ? Kalau pak imam datang pun, kita boleh nikah free. Tak mahu?”

Aku gelengkan kepala. “Saya nak balik! Cepatlah bukakan pintu!”

“Saya dah pun buatkan awak mee goreng basah yang paling sedap dalam dunia ni. Siap tolong balutkan lagi luka di ibu jari awak, cik Yaya sayang! Setengah hari duduk dengan saya dalam café ni, masih tiada perasaan kasih dan sayang awak pada saya?”

Gulp! Apa kena dengan lelaki ini? Jiwang karat betullah dia ni! Aku tekapkan lagi beg galasku ke dada. “Awak tipu saya kata kerja bermula hari ni! Ni awak tutup pintu cafe ni siap bermangga-mangga! Saya cakap dengan ibu awak ti…ti…tipu ! ” aku tersasul-sasul! Ibu juga menjadi alat untuk aku keluar dari kepungan dan debaran maha dahsyat ini.

“Cakap betul-betul! Kalau awak tak mengaku, saya tak akan lepaskan awak!” Izz Amir menjeling. Aku nampak peluh mengalir perlahan dari hujung rambutnya. Eh, dia yang nervous ke atau aku yang nervous?

“Mengaku apa? Hei, saya nak balik! Saya nak baliklah!” aku menjerit lagi.

“Mengaku yang awak suka dengan saya! Sayang saya!” Izz Amir kelihatan serius. Aku mahu pengsan kala ini. Sudahlah aku berdua-duaan dengannya dan kelakuan lelaki ini boleh mengundang bahaya kepada kami berdua. Saat ini, aku rasa syaitan memang sedang berlumba-lumba mengerumuni kami berdua. Ya Allah, ampunkan segala dosaku. Kini, dia suruh aku mengaku itu dan ini. Aku mengucapkan takbir, tasbih dan tahmid. Memang aku sengaja buka mulutku untuk Izz Amir dengari. Biar dia dengar dan biar dia melepaskan aku. Jalan cerita plot kali ini sudah seperti cerita ala-ala novel kahwin paksa rela gamaknya pula ya! Aku mahu gelak guling-guling ! Tetapi aku buat muka serius. Kalaulah Melati dan Lily tahu, habislah aku digelakkan ! Ini belum ibu yang tahu ! Belum juga ibu tahu bahawa aku sebenarnya bekerja di Pai Epal Cafe ! Kes naya betul !

“Gila!” jeritku.

Izz Amir ketawa. Matanya tepat lagi memandang aku dan dia bercekak pinggang. “Mengaku! Awak perlu mengaku dan baru saya akan buka pintu ni!”

“Iyalah… iyalah….!” Aku menjeling Izz Amir. Izz Amir ketawa lagi. Galak sungguh mempermainkan aku. Pantas dia melangkah ke belakang dan mencari kunci. Aku berdiri kembali dengan betul. Debaran di hati kini sedikit berkurangan. Tragis sungguh lelaki ini mempermainkan aku.

Iyalah apa?” tanyanya sambil memegang mangga. Izz Amir tersenyum kecil. Kemudian menoleh memandang aku.

“Jawablah cik Yaya sayang oi! Dari saya suruh Adnan panggilkan pencegah maksiat. Mengakulah!”Ulasnya dengan gaya manja! Izz Amir angkat keningnya!

+Eh, eh! mengada-ngada betul lelaki ni!
-Ala Yaya! Mengaku cepat! Kau nak balik tak? Nak balik tak?
+Nak! Nak! Jahat tau Izz Amir ni. Menci I ! menci I !
-Ala, menci kunun ! Entah-entah suka !
+Hahahahaha, okey-okey, Yaya perlu tarik nafas. Yaya perlu kawal nervous Yaya.
-Dia nakal-nakal mengusik tu ! Cepatlah Yaya, mengaku !

Aku pandang Izz Amir yang mengangkat kakinya. Diliuk lentukkan kasutnya. Seperti menahan kesakitan akibat dipijak kuat oleh aku. Ala, kasihannya dia ! Tetapi dalam hati aku menggelakkan dia. Rasakan! Itu adalah tanda peringatan kerana menipu aku! Mangga lantas terus terbuka. Izz Amir meleraikan jeriji yang menghubungkan pintu kayu berkenaan.

Izz Amir kemudian memegang tombol pintu. Sebelum dibuka, mulutnya berbicara lagi. “Mengakulah cik Yaya sayang oi!” Dia memandang aku dan terus tersengih!

“Mengaku apa?” Ceh! Aku jual mahal lagi. Sudahlah Yaya! Jangan disorok-sorok rasa cinta dan sayang itu. Mengaku sajalah! Hik hik hik (Yaya malulah) Puan penulis gelak guling-guling. Malu betul saya menulis bab cintan-cintan ni. Ahaks! Jangan gelak! Jangan gelak!

“Mengaku awak sayang saya dan suka saya! Saya nak dengar dari mulut awak sendiri!” gertaknya dan dengan mata yang bulat-bulat memandang aku !

Kaki aku secara automatiknya melangkah setapak ke belakang. Menjauhi dirinya. Aku tarik nafas. Pengsanlah hendaknya saat ini. Tetapi semakin mahu aku pengsan, semakin sukar pula rasa ! Izz Amir tersenyum kacak empat belas juta kali ! Keningnya terangkat-angkat.

“Awak ada satu tahun belajar di sini! Kalau awak tak mengaku sekarang. Siaplah awak ! Esok, lusa dan hari-hari cik Yaya yang saya sayang ni akan diganggu selalu ! ”

Ceh ! Usik-mengusiknya mengalahkan drama cinta ! Mana Izz Amir yang penuh tawaduk mahu menginsafkan diri menjadi lelaki baik itu ? Mana ? Mana ?

+Ewah-ewah Yaya ! Hati manusia ni macam bola, Yaya ! Izz Amir tu bukankah kaki mengusik ? Bukankah dia suka tengok muka Yaya bertukar menjadi merah-merah pink ? Nakal-nakal saja, Yaya! Izz Amir kan mengaku dia suka lihat Yaya gelabah tak tentu arah begini! Kan? Kan?
-Eh, iyakah ? (Yaya angkat keningnya pula)

“Eh, awak !” aku pandangnya. Tersengih lagi !

Wajah Izz Amir penuh kehairanan. “Apa ?! ”

“Muka saya sekarang ni merah-merah pink ya ? ”soalan sengal terpacul akhirnya.

Izz Amir mengangguk, mengiyakan soalan dari bibir ini dan terus ketawa. “Iya ! Merah-merah pink !”

Pantas aku menggalas beg ! Mencari kunci dan berjalan ke arahnya. Izz Amir membuka pintu. Ah, sekali lagi haruman minyak wanginya menusuk ke hidung. Bau mee goreng basah memang langsung tiada ! Cet ! Helmet aku sarungkan ke kepala. Aku mahu sembunyikan malu yang semakin menebal di muka ! Kalau ada meja, sudah lama aku jadikan ia sebagai tempat menyembunyikan diri. Aku kini sudah melangkah beberapa tapak ke depan. Dengan helmet di kepala, aku memusing memandang Izz Amir atau lebih tepat dengan gelarannya, ‘Mr Pai Epal !’

Aku bercekak pinggang, “Hei Mr Pai Epal!”

Izz Amir tersenyum memerhati aku. Dia pantas meletakkan tubuh tinggi lampainya di bahagian penjuru pintu dan terus bersandar. Berpeluk tubuh dan memang kacak empat belas juta kali! Aku tersengih malu! Mana mahu aku meletakkan wajah ini atas segala yang telah berlaku beberapa minit tadi! Aku tertipu dan ditipu! Kenapa aku tidak mampu berfikir saat mula aku datang ke Pai Epal Café ini dan ketika kami sama-sama menikmati mee goreng basahnya itu ?

“Hei cik Yaya sayang ! ” tambahnya.

Aku turunkan visor. Memandang lagi dia yang kacak! Lesung pipitnya terserlah lagi. Aku tarik nafas!

Iyalah, saya mengaku.” Nafasku terhenti!

“Mengaku apa?” keningnya terangkat! Sumpah, aku rasa mahu berlari ke Uganda saat ini. Malunya !

Jantung rasa berhenti dengan sendirinya. “Saya suka awak dan sayang awak!”

Aku rasa ingin terbang tinggi! Ada bunga sakura berguguran lagi dan lagi!

Izz Amir ketawa dan mengenyitkan mata!

***

“Hei! Hei!” Kartina menepuk loker aku. Mataku terkebil-kebil! Sejarah malu semalam terpadam akhirnya! Aku toleh melihat Kartina yang masih memerhatikan lokerku. Kartina tanpa persetujuan, terus membuka lokerku. Mata kami berdua turut sama memerhati segala barangan yang terletak di dalam lokerku.

“Mengelamun tak habis-habis lah ! Cepat, kerja awak dengan Chef Ridzwan bermula hari ni. Wah, ada memo panjang berjelalah!” mata Kartina amat pantas. Tangannya terus masuk menuju ke dalam lokerku tetapi dengan pantas aku tepis. Kami berpandangan.

“Hello! Ini loker saya ya dan jangan sebarangan awak usik! Itu memo untuk saya!” aku bertegas. Tetapi aku tetap menyengih. Dua keping memo bertulis tangan itu segera aku lekatkan di dalam loker.

“Amboi! Baru hari pertama, dah loyar buruk! Tak apa. Hari ni, kau selamat! Esok lusa, kita tengok siapa yang kena!” Kartina memasukkan jemarinya ke dalam kocek seluar. Gangster tak gangster sangatlah dia ni! Aku memerhati Kartina yang berlalu keluar dari bilik persalinan dan bilik loker.

Pantas aku mengambil memo yang tergantung. Ia tidak dibaca olehku tetapi aku lipat ia dengan cermat menjadi origami berbentuk hati. Aku tersengih seorang diri. Nanti balik rumah baru boleh baca. Feel akan zero kalau baca memo cintan cintun dari Izz Amir di sini! Aku letakkan memo yang telah dilipat berbentuk hati itu di dalam beg galas. Duduk diam-diam, okey! Ceh! Aku perhati lagi lokerku.

Buku yang dibayarkan oleh Izz Amir turut sama ada. Ah, ini buku untuk aku hadiahkan kepada dia. Aku masukkan ke dalam beg galas. Perlu mencari masa membalut dan menghadiahkan semula kepada Izz Amir. Duitnya juga harus aku kembalikan. Mata kemudian menerobos ruang lokerku. Ada dua robot transformerslah. Satu berwarna kuning dan merah di bawah lokerku. Pantas aku mengambil dan mata bulat ini memerhati. Kedua robot berkenaan aku peluk seeratnya. Inilah robot transformers yang paling aku minati dan sukai. Rasa seronok mahu meloncat-loncat pun ada!

+Eh, eh, awak! Kita dapat hadiahlah! Robot transformers lagi! Kau ada? Kau ada? Tak ada kan? Tak ada kan? (Yaya tersengih)
-Eleh! Setakat transformers, I pun boleh pergi beli!
+Eh, ni Izz Amir yang beri tau! Kau ada? Kau ada?
-Tak ada….(sila rendahkan nada suara anda)

Aku pantas mengambil hadiah berkenaan. Setiap robot ini telah diselitkan dengan nota-nota ringkas dari Izz Amir. Aku tersengih!

Robot berwarna kuning. Pantas aku mengambil nota kecil yang dilekatkan di depan muka robot berkenaan. Hei Cik Yaya Sayang! Saya minta maaf ya mengenai semalam! Saya kan suka usik-usik awak! Selamat bekerja!

Robot berwarna merah. Notanya di atas perut pula! I Love You. Jangan nakal-nakal!

Aku tersenyum geli hati. Tak tahu malu betul! Eeee…jiwang karat juga dia ya! Perlahan-lahan aku menyusun robot-robot berkenaan di dalam lokerku. Beg galas, helmet dan baju sejukku, aku masukkah ke dalam loker. Semangat mula membara! Loker pantas dikunci.

“Cik Yaya!” suara yang aku kenali kedengaran. Aku mendongak. Adnan tersengih dengan kepala botaknya.

“Bos suruh awak ikut dia.” Adnan memberi arahan.

“Bos?” aku buat-buat bertanya. Adnan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Chef Izz! Saya dan awak kena ikut bos ke pasaraya! Bos kata tugasan pertama hari ni!”

“Ye ke? Chef Ridzwan suruh saya berjumpa dia hari ni!”

“Awak tak baca ke memo tu?”

Aku gelengkan kepala. Adnan serta merta menepuk dahinya. “Tu tugasan pertama awak. Bos cakap, dia tunggu awak selama dua minit. Kalau lambat, potong markah tugasan!” Adnan pantas berlalu. Buat muka sepuluh sen!

Pantas aku mencari kunci lokerku. Saat itu juga kunci jatuh ke bawah loker. Sudahnya, aku tertonggeng-tonggeng mencari kunci lokerku. Dengan penuh haru-biru, aku terus membuka loker. Menggeledah beg sendiri dan mencari memo yang telah aku lipat menjadi origami berbentuk hati. Aku gigit bibir bawah. Menyusahkan betullah, Izz Amir ni! Lain kali cakap! Ada mulut tu, cakap! Buat itukah, buat inikah! Memang sengaja menyusahkan akal fikiran aku untuk berproses! Memo akhirnya berjaya dibuka.

Cik Yaya Sayang,
Sila salin semua barangan yang saya beli di pasaraya. Tak kira rempah apa. Tak kira sayur apa sekalipun. Tak kira semua jenis sos dan kicap! Juga barangan basah. Sila guna mata dan hati! Dan hafal semua jenis barangan ini selama dua hari!

Chef Izz yang awak sayang!

Aku berjalan sambil menghentakkan kaki! Ini memang kes aku dibuli! Ini bukan belajar memasak. Ini namanya senior membuli junior! Menciiiinyaaaa!

***

Pantas. Semuanya bergerak laju! Izz Amir membawa troli ke sana dan ke mari. Adnan di belakangku bagaikan seorang bodyguard. Buku nota kecil dan pen di jemariku sudah penuh sebanyak dua muka surat.

Dia meneliti satu jenis bahan lebih kurang satu minit. Meneliti penuh minat dan dimasukkan ke dalam troli. Sesekali dia menjeling aku dan kadang-kadang buat endah tak endah.

“Nanti kita dah kahwin, awak yang masak ya! Masak sedap-sedap!” Izz Amir menjeling aku. Pen di jemari terus terpelanting dan terjatuh ke bawah rak. Baru satu permintaannya sudah buat aku gelabah tak tentu arah. Hanya disuruh masak selepas kami berkahwin! Wah! Tingginya angan-angan dia! Izz Amir menggelengkan kepala. Dia pantas mengeluarkan pen dari kocek seluarnya dan diberikan kepada aku.

“Pen ni mahal tau! Kalau jatuh ke bawah rak, sila tonggengkan badan dan cari!”

Perlahan-lahan aku mengambil pen dari jemarinya. “Terima kasih Chef Izz! Eleh, saya boleh gantilah!” Aku gigit bibir bawah. Adnan masih lagi tersengih. Dia membelek-belek sos yang ada dihadapannya. Kadang-kadang turut sama memasukkan beberapa botol sos pilihannya.

“Saya suka yang pedas!” Izz Amir mentraumakan lagi sanubariku. Jemarinya pantas mengambil beberapa jenis sos. Aku hilang fokus menulis segala jenis bahan yang telah dipilih. Sambil Izz Amir memasukkan bahan ke dalam troli, sambil itu juga aku menggeledah troli berkenaan dan cepat-cepat menulisnya. Apa jenis soskah ini? Bunyi botol sos berlaga-laga. Aku tidak peduli! Asalkan aku menulis semua jenis bahan yang ada di dalam troli ini. Dan harus menghafalnya apabila aku pulang nanti. Dua hari yang pendek! Mampukah aku?

Kami menolak lagi troli ke bahagian rempah ratus.

“Saya suka ikan siakap tiga rasa!” Izz Amir memandang aku yang sedang terkial-kial menulis nama rempah ratus yang dimasukkan oleh Adnan. Apa kena mengena ikan siakap dengan proses aku menulis semua bahan ini? Adakah ini kaedah pembelajaran utama sepanjang aku bergelar pelajar di Pai Epal Café?

Aku buat tidak peduli. “Ikan siakap tiga rasa, okey!” sekali lagi Izz Amir menggangu gerak kerjaku.

“Ikan siakap mahallah!” aku memandang Izz Amir sambil mata masih memerhati tangannya yang mencapai itu dan ini. Troli semakin penuh.

Izz Amir menggelengkan kepala. “Tak. Saya tak kira! Ikan siakap tiga rasa juga! Sos mesti lebih!”

“Saya boleh beli dekat kedai!” jawabku.

“Amboi! Saya nak awak masak! Tak boleh beli di kedai. Semua masakan dan makanan yang dibeli luar dari rumah saya adalah diharamkan!” permintaannya nampak muktamad. Rasa bahagia tiba-tiba! Cewah!

Aku menjeling Izz Amir. Jemarinya pantas pula memilih rempah ratus. Barangan yang telah dipilih oleh Adnan, diperhatikan betul-betul dan ada barangan yang diletakkan semula ke raknya. Kelam kabut dibuat! Aku ke sana dan ke sini! Menulis itu dan ini.

“Perlu ada sup sayur juga! Saya kuat makan sayur dan jangan terlalu masin!” ulasnya lagi. Aku mengetap bibir. Kini kami berada di bahagian sayur-sayuran. Kami bergerak terlalu cepat! Troli bergerak juga pantas! Jemariku pula menulis dengan ligat! Izz Amir meneliti segala jenis sayur-sayuran. Aku tulis lagi dan meneliti semua sayur-sayuran yang masuk ke dalam troli. Adnan pula datang dengan sebuah lagi troli. Dia menyengih sambil menyumbat lolipop ke dalam mulutnya! Rasa mahu pengsan dan berlari jauh ke Uganda pun ada! Dua buah troli yang akan penuh dengan berbagai bahan dapur! Mampukah aku menghafal semua ini?

Mata aku terkelip-kelip memerhati gerak Izz Amir yang serba pantas. Sayur-sayuran yang dipilihnya bermutu tinggi! Sekejap-kejap dia menjeling aku dan tersengih suka hati melihat kegelabahan aku menulis. Adnan juga memerhati tanpa bercakap banyak. Dia menjadi patung bisu menyaksikan aku sebegini!

“Jangan lupa!” Izz Amir memandang aku yang tekun menulis.

“Lupa apa?” sumpah aku suka melihat cara dia memandang diri ini. Dia melirik dan kemudian buat-buat fokus memandang barang yang sedang dipilihnya. Sesekali Izz Amir akan menjeling senarai barangan yang telah aku tulis. Dia akan angguk berkali-kali dan kadang-kadang mencebik.

“Saya suka makan sup sayur. Jangan terlalu masin!”

“Masak sendirilah! Memilih!”aku menjelirkan lidah.

Izz Amir yang sedang memegang beberapa jenis sayur bayam terus berhenti. Dia memandang aku tanpa berkelip. “Saya serius, cik Yaya sayang!”

Aku menulis dan terus menulis. Aku sudah beberapa kali hilang fokus! Beberapa jenis rempah ratus dan jenis sayuran tadi, memang tidak sempat aku tulis. Buku notaku sudah caca marba! Perlukah aku menggeledah segala barangan ini dan menyalinnya semula? Perlukah aku menyalinnya kembali selepas kami sampai di Pai Epal Café?

+Huwaaaaa..Yaya mahu menangis kuat-kuat!
-Bertabah Yaya! Inikan pelajaran.
+Ini membuli Yaya namanya! Izz Amir memang suka buli Yaya!
-Ala, buli-buli manja!

Aku pandang Izz Amir yang tersengih. Eh, eh! Boleh pula dia tersengih di saat getir aku sedang menyalin senarai barang yang kini sudah dua troli!

“Saya seriuslah! Boleh tak awak serius sikit, Yaya!” tegasnya buat aku terkedu. Pen yang sedang bergerak terhenti. Serius? Apa yang serius? Kepalaku ligat berfikir. Aku tersengih teringatkan permintaannya.

“Oh, sup sayur! Okey! Nanti saya masak! Jangan masin sangat kan?” aku angguk berkali-kali.

Izz Amir tersengih! “Awak tak tulis makanan kegemaran saya dalam buku nota tu ya? Nanti macam mana awak nak ingat?” kepalanya panjang memerhati buku nota kecilku. Aku gelengkan kepala. Izz Amir menggaru kepalanya yang aku rasa tidak gatal. Iyalah, dia mesti selalu pergi saloon steamkan rambut dan mencuci rambutnya. Mana mungkin kepalanya boleh gatal!

Izz Amir pantas mengambil buku notaku. Dia perhati satu demi satu. Menyelak helai demi helai. Tersenyum!

Selain dari berpuluh jenis barangan yang sempat aku tulis. Pesanan Izz Amir sebenarnya turut sama dicatit. Aku menulis sebegini. Ikan siakap tiga rasa. Pedaslah konon! Di helaian berikutnya, aku mencatat, Sup sayur jangan masin! Tawar-tawar manja ya!

Izz Amir ketawa. Menutup buku notaku dan memasukkannya ke dalam kocek seluar. Jejaka kacak empat belas juta kali ini memandang aku dengan senyuman. Ada lesung pipit menghiasi pipinya. Hidung mancungnya terus terletak kemas.

“Dan awak tak lupa kan?” matanya memandang aku.

Aku tersengih luar biasa. Apa pula jiwangnya kali ini? Ah, ada juga lelaki berjiwang sebegini dalam dunia ya! “Lupa apa?”

“Impian saya!” tegasnya. Gulp!

Suara Izz Amir terus buat jantungku berdegup kencang! Salur darah laju berproses! Aku mahu pitam dan pengsan! “Awak akan teman saya makan setiap hari! Masak untuk saya sedap-sedap. Selalu buat saya tersenyum macam sekarang ni dan teman saya setiap detik dan waktu! Awak dan saya. Hanya kita berdua. Dan kita berdua akan duduk di dalam sebuah rumah mewah dengan ada anak-anak bersama! 11 orang. Mesti comel kan? Dan tambahan perlu ada ikan siakap tiga rasa dengan sup sayur yang sederhana rasanya!”

Pitam! Pitam dibuatnya seluruh hidupku. Nafas! Nafas! Aku mahu bernafas!

07 Februari 2012

Mr Pai Epal 18

Tadaaaaaa… I nebes okey, semasa menyiapkan bab 18 ni! Hik hik hik. Haish, jangan tak tahulah kan, saya ni kan peminat setia Yaya dan juga Izz Amir! Okeylah, bagi meredakan dup dap dup dap jantung I ni kan, jom baca Mr Pai Epal 18! Semoga suka dan tersenyum comel-comel! Senyum nampak gigi, okey?


6




“Sungguh ke, Yaya dapat tawaran bekerja dan belajar di bawah tajaan Yayasan Marjan?” ibu mengalirkan air mata suka. Ibu mengucapkan kesyukuran berkali-kali. Fatin ketawa dan gembira juga. Kami berdua meloncat-loncat di atas katil! Aku masih memegang tawaran dari Yayasan Marjan. Aku masih kemas menyimpan setiap susunan ayat dari Yayasan Marjan. Seronoknya kerana aku bakal memasak di dapur. Seronoknya kerana hari-hari jariku akan terkena pisau! Erk. Eh, bukan-bukan! Seronoklah sebab ada Mr Pai Epal! Yaribba!

Ibu pantas berjalan bersama tongkatnya dan memeluk aku. Aku membalas dengan rasa sungguh luar biasa. Inilah kasih sayang ibu kepada kami. Jika kami akan melakukan kesalahan, ibu akan mendapatkan kami berdua dan memeluk sambil mengusap-ngusap belakang kami. Dinasihati perlahan-perlahan agar melakukan perkara yang ibu mahukan dan menjelaskan baik buruk dari setiap tindakan kami. Jika kami berdua juga dalam kegembiraan, ibu akan pantas memeluk juga.

“Yaya kena berusaha rajin-rajin!” pesan ibu. Aku angguk dan mengusap juga belakang ibu. Lama kami berdiri. Terdiam seketika acara main loncat-loncat atas katil. “Insyaallah, ibu! Yaya akan berusaha.”

“Kan elok jika Yaya solat sunat dua rakaat. Kemudian sujud syukur! Itu kan lebih penting dari terloncat-loncat dengan Fatin! Isk…anak dara ibu memanglah suka buat ibu pening!” lembut teguran ibu. Aku tersengih dan membuat isyarat dari belakang jari agar Fatin segera turun dari katilku.

“Baik, nanti Yaya buat ya ibu!” aku ambil pesanan ibu dengan rasa selesa. Tidak sekali tercuit rasa marah atau menidakkan kebenaran dari ibu. Aku dan Fatin tersengih dan menutup mulut. Mahu ketawa pula kerana adegan loncat-meloncat di atas katil telah digempur oleh ibu.

Pelukan kami sedikit renggang. Aku dudukkan ibu di sebuah kerusi. Tongkat ibu segera aku letakkan betul-betul di sebelah ibu. Fatin kembali duduk bersimpuh di atas katilku.

Aku betulkan rambut. “Tapi Yaya akan juga bekerja di pasaraya Yesco ya ibu!” kemudian aku memandang Fatin yang wajahnya penuh persoalan.

“Eh, biasiswa Yayasan Marjan kan ada? Kemudian gaji yang diberikan pun ada kan kak long? Mencukupi kan?” Fatin memandang aku.

“Kak long harus bayar hutang pasu pecah dan skuter yang dibetulkan. Bil hospital yang ibu suruh kak long jelaskan juga belum berbayar. Duit bulanan kepada Chef Daud juga harus kita bayar. Duit biasiswa kak long khaskan membeli buku rujukan dan alat-alatan untuk bekerja. Selepas kira-kira rasanya belum mencukupi!”

“Pasaraya Yesco, kerjanya waktu bila, pula?” ibu pantas bertanya.

“Sabtu bermula jam 6 petang dan Ahad pun 6 petang sehingga 11.00 malam!” aku menjawab segera.

Fatin gelengkan kepala. “Tak boleh. Tak boleh. Nanti kak long penat. Sabtu dan Ahad bukankah ada kuliah juga. Isnin nak mula kerja lagi. Penat nanti. Fatin pun akan mula kerja minggu depan. Tak payahlah, kak long!”

“Iya, ibu pun ada gaji sikit-sikit bantu Yaya dan Fatin. Pasti cukuplah!”

“Eh, kak long tak minta free ke dari encik Izz Amir tu? Dia kan suka kak long. Kalau kak long ganti semua duit pun, mesti dia tak akan terima! Kan? ” mulut Fatin bagaikan peluru hidup! Aku terus berpusing dan mulut muncung ke depan! Aku bulatkan mata agar Fatin menutup mulut. Ibu ada di sini! Ibu sedang dengar! Fatinnnnnn!

“Eh, jangan! Yaya harus serahkan juga pada dia. Hutang tetap hutang. Jelaskan segera. Kalau betul tak mencukupi, ibu berikan duit. Esok atau lusa Yaya kena serahkan segera. Ibu tak mahu Yaya tangguh-tangguh lagi!”

Fatin tersengih-sengih! Aku menjeling Fatin.

“Yaya, jangan lupa.” Ibu berikan arahan.

“Lupa apa, bu?”

“Esok, serahkan semula duit kepada encik Izz Amir.” Ringkas arahan ibu dan ibu kemudian menyambung lagi ‘diskusi hangat’ hari ini. “Yaya tak perlu bekerja di Pasaraya Yesco. Duit ibu dan Fatin mencukupi untuk bayarkan hutang kepada chef Daud.”

Aku tarik nafas dan mengangguk. Ibu dan Fatin sudah maklum mengenai bayaran bulanan yang harus aku bayar kepada Chef Daud. Rahsia terbongkar ketika aku menulis jumlah perbelanjaan di dalam buku. Fatin mengorek-ngorek rahsia untuk apa dan untuk apa. Kenapa perlu bayar duit kepada Chef Daud? Mengapa? Bagaimana? Soalan-soalannya bertubi-tubi bagaikan senapang.

Pembohongan pertama keluar dari mulutku, “Duit hutang arwah abah dulu dengan Chef Daud. Abah ada buat pinjaman dengan Chef Daud untuk beli bangunan Yayasan Marjan. Itu yang kak long ansur-ansur bayar!”

“Sebanyak ini?” soal Fatin!

“Ya!”

“Kak long tak beritahu kami semua. Fatin beritahu ibu!” Fatin pantas berlari naik ke atas. Mencari ibu. Arghhhh!

Lamunan terhenti lagi. Kenangan lewat malam itu bermain di minda. Aku pantas duduk di atas katil. Mengawal resah dan debar. Kalaulah Fatin tahu aku membohongi dirinya dan ibu, pasti aku akan dikerat lapan belas. Aku menoleh memandang Fatin. Fatin sudah terbaring. Mahu melelapkan mata.

“Yaya akan bekerja di restoren mana untuk praktikal selama setahun ni, ya?” ibu bertanya lembut. Aku tersenyum memandang Fatin. Fatin terus terbuka matanya. Bulat!

Debaran yang semakin dahsyat aku tempuhi. Bagaikan kapal akan karam! Haruskah aku membohongi ibu untuk kali kedua? Haruskah juga aku membawa Fatin dan kancah pembohongan ini? Terjebakkan Fatin untuk debaran ini?

Fatin telan air liur. Segera dia bangun dan mengambil surat tawaran dari Yayasan Marjan. Membacanya semula satu persatu. Aku diam memandang ibu yang menanti aku memberi jawapan. Mata Fatin terbeliak. Mulutnya terbuka perlahan. Berbisik! “Pai Epal Café, kak long?”

Bisikannya kali kedua menghantar degupan, “Mr Pai Epal?”

Aku angguk. Berfikir banyak kali untuk memberitahu ibu tentang perkara ini. Adakah ibu bersetuju sekiranya aku bekerja di Pai Epal Café? Adakah ibu yakin bahawa jari ini tidak akan terhiris kerana kekacakan empat belas juta kali, ‘Izz Amir’ itu?

Fatin menggeleng sambil meletakkan kembali surat tawaran di atas meja kecilku.

Suara ibu bergema lagi, “Restoren mana, Yaya?”

Aku dan Fatin berpandangan. Sama-sama menelan air liur. Saluran pernafasan rasa terhenti! Jantung rasa berhenti mengepam. Urat rasa mahu putus tiba-tiba!

Mulut celupar aku boleh tahan menyambung. “Gemilang Café!”

Dan Fatin ternganga sekali lagi atas pembohongan kali kedua aku!

***
Pai Epal Café!

Mata aku memerhati! Inilah tempat pertemuan pertama aku dan dia! Cewah! Tempat di mana hati, jiwa dan rasa ini bertemu dengan dia! Dan hari ini aku ke sini semula. Kerana Pai Epal Café jugalah, aku telah melakukan pembohongan paling dahsyat kepada Fatin dan ibu! Pembohongan yang akan Allah swt turunkan balasan kepada aku. Aku telan air liur. Terasa meremang-remang bulu roma!

Aku berdiri tegak lagi di hadapan Pai Epal Café! Dengan pakaian seragam putih tebal, seluar hitam dan kasut bagaikan kasut Sir Mc’Donald. Tetapi aku tersenyum kerana inilah pakaian rasmi arwah abah. Inilah kebanggaan yang selalu arwah abah susuri dalam detik hidupnya. Aku pandang pintu gril Pai Epal Café yang masih belum terbuka. Akukah pekerja yang paling awal menyerah diri?

Aku pusing ke belakang. Memandang ‘Hei MJ Unguku’ yang terlentok manja! Aku pusing kembali ke hadapan. Beg galas aku betulkan. Sebenarnya aku nervous! Kerana hari ini, merupakan hari pertama aku untuk masuk ke dapur! Lagi pula bertemu dengan Izz Amir!

Hon tiba-tiba bergema. Bingit telingaku. Pantas aku menoleh semula ke belakang. Volkswagen Beetle Izz Amirlah! Aku perhatikan siapa di dalamnya. Sudah semestilah ‘dia’! Izz Amir tersenyum luar biasa. Aku memandang dia yang keluar dari keretanya.

“Jangan pandang saya lama-lama, cik Yaya sayang!” usiknya dengan ketawa. Aku menggeleng malu.

“Kereta saya duduk betul-betul sebelah skuter comel awak. Sesuaikan?” dia memandang aku dengan ulas senyuman yang tidak berhenti-henti.

“Tak sesuai pun!” jawabku dan Izz Amir menggeleng lagi. Pantas lelaki itu menyembunyikan wajahnya. Menunduk dan mencari kunci di dalam poket seluarnya. Segugus kunci terpacul. Izz Amir memandang jamnya.

“Hari pertama yang tepat. Ini kuncinya.” Izz Amir pantas berjalan ke arah aku. Secara automatik jemari aku menadah kunci berkenaan. Harumannya menerpa lagi. Matanya tajam memerhatikan aku.

“Jangan pandang saya lama-lama Chef Izz Amir! Bahaya!” aku membalas usikannya. Serta merta Izz Amir ketawa. Sambil matanya tertutup dan kemudian terbuka semula. Ohhhh, kacaknya dia! Gugur jantung dibuatnya. Aku kawal ‘kewanitaan’ aku agar tidak terloncat-loncat! Iyalah, mahu pengsan ditengok, cik Yaya sayangnya menjerit suka hati!

“Jom masuk! Cik Yaya sayang kena buka pintu Pai Epal Café! Mula bertugas di dalam bermula hari ini.” Ulasnya.

Errr…errr…” aku berjalan ke hadapan. Jemari sedang mencuba membuka pintu besi pertama. Izz Amir di sebelah menanti. Aku menelan air liur. Harumannya memang akan memengsankan aku. Kekacakan yang ‘overdose’ padanya pasti buat aku tidak fokus ketika bekerja.

“Kenapa?” soalnya.

Aku tersengih! “Janganlah panggil saya, cik Yaya sayang. Cik Yaya sayang! Malulah saya kalau satu Pai Epal Café tahu! Boleh ya?” permintaan aku untuk kali ke berapa bergema lagi. Sudah puas aku SMS pinta dia menghentikan memanggil nama aku sebegitu. Tapi sumpah, tidak pernah dilayan!

Pintu besi pertama berjaya aku buka. Pantas Izz Amir membantu menariknya ke atas. Pintu kayu pula perlu aku buka. Izz Amir mengambil kunci dari jemari aku. Mencari kunci yang mana. Hampir dekat lagi dia dengan aku.

“Ini kunci kedua!” dia pandang aku dengan mata tajamnya. Ada senyuman lagi dihadiahkan untuk aku.

-Jangan nervous, Yaya! Control-control!
+Aku nak pengsan sekali lagi!
-Hahahahaha. Cool down Yaya! Tarik nafas. Hembus.

Aku tarik nafas perlahan. Kemudian hembus juga dengan perlahan-lahan. Izz Amir menanti aku membuka pintu kayu berkenaan. Dia memeluk tubuh memerhatikan aku yang dalam kegelabahan. Kunci yang ditunjuk, terus bercampur aduk dengan kunci-kunci yang lain. Pintu rasanya adalah dalam enam buah. Tapi ada lebih kurang tiga puluh batang kunci! Banyaknya saiz! Aku telan air liur. Mana pula kunci tadi?

Bibir Izz Amir terus terbuka! “ Saya akan tetap panggil awak Cik Yaya sayang! Sampai bila-bila. Biarlah satu Pai Epal Café tahu. Saya tak kisah pun. Sebab…” Tetapi terhenti bila aku memandangnya. Aku gigit bibir bawah. Sambil menghulur semula segugus kunci Pai Epal Café. Aku gagal mencari kuncinya semula. Aku tersengih lagi!

“Sebab apa?” kunci diambil semula oleh Izz Amir. Izz Amir tersengih macam kerang busuk. Sekali sahaja dia mencari dan membantu aku membuka pintu kayu berkenaan. Adakah tugas seorang chef membuka pintu restoren mereka atau café mereka? Bertubi-tubi soalan keluar dari mindaku.

Pintu kayu akhirnya terbuka. Izz Amir melangkah masuk. Dituruti aku. Mana pekerja yang lain? Kenapa mereka tidak muncul-muncul lagi? Penghawa dingin dionnkan. Lampu dibuka dan terserlah susunan Pai Epal Café yang cantik. Mata aku meneliti dekorasi Pai Epal Café. Sama seperti ketika aku menjejakinya kali pertama dahulu. Pintu kayu dihubungkan dengan cermin kaca bagi membolehkan pelanggan memandang ke dalam Pai Epal Café. Tangan Izz Amir terus menerbalikkan perkataan ‘Tutup’ kepada ‘Buka’. Ukiran kayu berkenaan memang terletak betul-betul di sebelah pintu kayu dan digantung di cermin kaca. Ia memudahkan pelanggan melihat dengan cepat dan tanpa berfikir panjang terus sahaja masuk ke dalam Pai Epal Café.

Ada lima buah epal besar yang di lubangkan tengahnya dan diletakkan di dalamnya meja unik bersama kerusi kayu berbentuk pokok dan akar untuk bersantai. Epal berwarna merah yang memikat! Meja dan kerusi berwarna kuning yang mempesonakan. Hiasan dalaman Pai Epal Café yang diubah sedikit dengan paduan warna memikat! Lihat dindingnya yang ditampal dengan paduan berbagai-bagai warna epal yang comel! So cute!

Mata aku memandang pasu berbentuk epal yang disusun cantik. Kerana kaulah pasu aku bertemu dengan jejaka kacak ini. Oh…aku tersengih!

Suara Izz Amir melantun tiba-tiba! “Sebab saya suka tengok muka awak yang merah-merah pink! Saya seronok tengok awak tak tentu arah bila saya panggil awak dengan gelaran, cik Yaya sayang, cik Yaya sayang!”

Aku menoleh memandangnya! Izz Amir tersenyum geli hati. Lelaki itu pantas menuju ke ruang hadapan. Entah apa yang dibuat berdekatan dengan pintu, aku tidak peduli! Kaki aku pantas berjalan melihat susunan indah café ini. Aku terpandangkan pai epal yang disusun di dalam rak kaca. Ada kek dan juga muffin! Terus aku kelaparan.

“Siapa yang membuat semua pai epal di sini, Chef Izz?” Aku memanggilnya dengan nama Chef Izz pula hari ini. Sekejap aku memanggilnya tuan, sekejap aku panggilnya Izz dan sekarang kerana aku sudah tahu statusnya seorang chef, maka nama Chef Izz aku rasa cukup memikat untuk dirinya. Izz Amir yang berdiri di depan cermin kaca pantas menoleh.

Mulutnya terherot lagi. “Chef Izz?”

Walau dia berada jauh di hadapan, aku dapat melihat gerak mulutnya yang kelakar itu. “Panggillah saya abang Izz ke. Seronoklah saya bekerja hari-hari di sini! Abang Izz ya?” tersenyum lagi.

+ Rasa nak termuntah pun ada ni! Abang Izz? Oh tidak!
-Apa nak dimalukan, Yaya? Abang Izz.. Okey apa! Manja sikit gelaran tu.
+(Yaya gelengkan kepala) Oh, tidak!
-Cik Yaya sayang dan Abang Izz. Wah! Sepadan tau!
+Chet!

“Chef Izz sesuai! Nantilah saya panggil abang Izz!” aku mahu ketawa. Tetapi mata memerhati lagi bentuk pai epal berkenaan.

“Lepas kahwin, bolehlah ya?” usik Izz Amir. Dia bercekak pinggang! Aku memandang dia yang masih berada di ruang hadapan. Entah apa yang dia buat di pintu kayu dan cermin kaca berkenaan, aku tidak ambil peduli. Sudah sepuluh minit dia berada di sana dan aku di sini.

“Siapa yang buat pai epal ni ya?” tanyaku sekali lagi.

“Saya, chef Izz!” sambutnya dengan ketawa dan sekarang dia sudah berada di hadapanku. Tubuh yang sedikit tunduk kerana memerhatikan bentuk pai epal aku betulkan. Aku berdiri betul-betul di sebelahnya.

“Mana semua pekerja Pai Epal Café? Kenapa tak sampai lagi?”

“Sekejap lagi mereka sampai. Okey. Kerana hari ni adalah hari pertama awak. Saya tak mahu serius dan tak mahu awak stress bila di dapur nanti. Jom ikut saya ke dapur! ” Tiba-tiba Izz Amir menjadi serius! Eh, bukan tadi dia kata tak mahu serius? Akukah yang harus serius atau dia? Mata Izz Amir memandang ruang cafenya. Aku mengikut punggungnya ke bahagian dapur.

Aku ternganga. Ia sama besar seperti dapur ketika aku membantu arwah abah di Yayasan Marjan. Cantiknya dapur! Boleh baring dan tidurlah!

“Saya akan jadi cikgu awak di sini! Di dapur saya akan panggil cik Yaya sayang saya ni, dengan nama Yaya! Boleh jadi awak! Saya takut saya termasinkan nasi goreng Pai Epal Café nanti. Lagi satu saya takut saya terhiris jari saya dengan pisau kalau panggil awak dengan nama cik Yaya sayang! Mengerti!”

Aku menutup mulut dengan lima jemari kananku. Mengawal ketawa yang semakin mahu menghambur dengan dahsyatnya. Hik hik hik! Akukah yang akan menghiris jari dengan pisau atau dia? Hik hik hik!


“Cik Yaya sayang!” panggilnya. Dia yang sedang berdiri di hujung dapur memandang aku dengan serius. Aku tarik nafas.

“Serius!” dia mahu tersenyum. Aku ketap bibir ketawa. Lawak antarabangsa betullah Chef Izz Amir ni!

“Saya dan Chef Ridzwan akan awasi awak di sini. Chef Ridzwan dah kahwin dan ada anak tiga okey!”

Aku terkebil-kebil. “Isteri satu?” tanyaku.

Serta merta Izz Amir ketap bibirnya dan memandang aku. “Saya potong lima markah setiap kali awak mengurat atau awak dingurat seseorang di dalam Pai Epal Café. Markah setiap bulan awak yang akan dihantar ke Yayasan Marjan saya akan tolak juga.”

Aku terdiam. Menggertak tak habis-habis! Eleh, cemburulah tu!

“Cemburu tanda saya sayang, okey?” Izz Amir pantas membuka peti sejuk. Sebesar dinding bilik di rumah! Aku tersenyum geli hati. Ada rasa suka dan semakin sayang pula. Kalau semalam rasa sayang aku terhadapnya di tahap 4, hari ini rasa sayang itu sudah di tahap 6.

Aku perhatikan ruang dapur. Ruang dapur yang akan bersama dengan aku selama satu tahun. Juga dia yang sedang mencari sesuatu di dalam peti sejuk. Kalau aku tolak Izz Amir masuk ke dalam peti sejuk pun, muat rasanya! Pantas aku berjalan ke arahnya.

“Chef cari apa?” aku turut sama memandang peti sejuk berkenaan.

“Cik Yaya sayang lapar tak?” tanyanya. Kemudian dua bungkus mee dikeluarkan. Diletak di atas meja berwarna kelabu. Lengan bajunya disinsing lagi.

Aku pegang perut. “Fatin buatkan sandwic tadi. Dua keping saya ngap!” jawabku.

Udang sebanyak sepuluh ekor dikeluarkan. Izz Amir pantas ke ruang belakang. Mencari bekas dan entah apa-apa barang lagi. Debaran aku semakin berkurangan. Semakin senada rentaknya kerana melihat cara Izz Amir bekerja. Ke sana dan ke sini. Izz Amir keluar dari bahagian dapur kering dengan bawang putih, bawang besar, tauge dan sawi. Ada bahan-bahan lain di dalam sebuah mangkuk besar.

Bahan-bahan tersebut diletakkan betul-betul di hadapan aku. Pisau di ambil dan juga didekatkan dengan aku. Tangannya juga memegang pisau.

“Kita masak mee goreng basah! Saya lapar ni! Cik Yaya sayang tolong saya bersihkan semua sayur, bawang, udang dan bahan mentah lain. Sekarang saya mahu menumis!”

Aku terkedu. Pelajaran pertama adalah memasak mee goreng basah yang kacang ngam oi bagi aku! Tetapi Izz Amir sudah mengambil kuali dan mula menonggengkan minyak.

Dia memerhatikan aku dengan penuh minat. “Tiga puluh saat, saya mahu menumis. Bersedia atau tak bersedia, Yaya! Saya mahu bawang, udang dan cili untuk menumis. Sila carikan saya garam. Sayur di potong halus dan tauge juga dibersihkan. Cuci bersih!” arahnya tegas.

Aku terkulat-kulat!

Izz Amir memandang aku, “Sekarang, Yaya!”

Bagaikan lipas kudung! Bagaikan ombak menghempas pantai dan peluh turun dengan banyaknya! Arwah abah pun tidak pernah memberikan arahan sebegini kepada aku. Aku bagaikan berperang. Berlari ke sana dan ke sini! Macam orang gila kerana aku tidak biasa dengan sususan dapur ini. Di mana garamnya? Mana sosnya? Mana kicapnya?

Aku hulurkan bawang, cili dan udang. “Lambat satu minit!” Izz Amir menjeling.

Kemudian aku hulurkan air, telur, kicap, sayur dan semua bahan yang sudah aku proses kepadanya. “Lambat juga!” Izz Amir gelengkan kepala.

Aroma mee goreng basah dari Izz Amir menggamit selera. Terus lapar aku memerhatikan mee goreng berkenaan. Aku perhatikan gaya Izz Amir memasak. Chef kacak empat belas juta ini, terus membuatkan jantungku berdegup kencang! Api marak menyala-nyala. Rasa sayang tadi dari tahap 6 kini menceah tahap 7!

Aku hulurkan sebuah mangkuk kepada Izz Amir. Izz Amir tersenyum lagi. Aku lupa yang kami kini hanya berdua di dapur! Aku juga tidak tahu bahawa tanda ‘Buka’ di bahagian cermin kaca sudah diubah kepada ‘Tutup’ oleh Izz Amir! Dan aku sendiri tidak tahu, Izz Amir memberi cuti kepada semua pekerjanya hari ini kerana aku. Pintu kayu di hadapan juga sebenarnya sudah dikunci rapat oleh Izz Amir!

Dan kami berdua di dapur! Sedang duduk bersebelahan. Izz Amir menyendukkan aku mee goreng basah yang buat aku terliur! Paduan daun sup dan bawang yang dihiris nipis-nipis menyemarakkan bau mee goreng basah ini. Lagi pula dengan aroma bawang goreng! Dalam fikiranku cuma satu, mabeles!

Piringku terisi. Ada udang dan berbagai rencah di dalamnya. Aku tersengih. Aku gigit sudu seolah rasa tidak percaya yang Izz Amir membuat dan menghidangkan kepadaku sepiring mee goreng basah!

“Makanlah! Saya belanja!” dia tersenyum kacak. Aduhai kacaknya! Hik hik hik!

Izz Amir mendekatkan piring yang berisi mee goreng berkenaan denganku. Tersenyum lagi.

“Terima kasih. Saya memang terus lapar lepas penat berlari-lari cari garam di belakang! Sumpah saya lapar!” aku menolak kembali sudu yang aku gigit! Izz Amir ketawa. Bersisa sehingga dia memulakan upacara menikmati mee goreng basahnya dengan doa makan!

Berdua dengannya. Garfu dan sudu berlawanan! Angin dingin menemani kami. Hari ini, aku rasa terus rapat dengannya. Bercerita apa sahaja dan ketawa bersama-sama. Mee goreng basahnya memang sedap! Memang tidak sesedap yang pernah aku masak di rumah. Bila dia merenung aku, rasa sayang tahap 7 tadi meningkat naik sebanyak 8!

“Makan sampai kenyang! Lepas ni mop satu Pai Epal Café dengan saya!” Izz Amir tersenyum. Lesung pipitnya terserlah. Udang di dalam piringku di ambil perlahan dan dikopek kulitnya. Dia menunjukkan rasa sayangnya kepadaku tanpa apa-apa rasa malu.

Aku terkesima. Terkujat pun ada! Mahu tersengih pun aku malu!

“Lepas tu, cik Yaya sayang nampak kentang di belakang tadi?” Izz Amir menyuap lagi sesudu mee.

Aku angguk. “Ada dua beg! Besar pula tu!”

“Kupas kulitnya sampai siap dengan pisau ini!” Izz Amir mengeluarkan pisau kecil dari poket bajunya. Aku yang sedang mengunyah mee, terhenti! Anggota rahang yang sedang menikmati kesedapan mee goreng basah terbantut!

Rasa sayang tahap 8 menjunam jatuh terus ke tahap 2!

“Saya awasi awak di tengah-tengah Pai Epal Café!” perintahnya dan menyendukkan lagi mee goreng basah kepadaku. Erk!

Tetapi bagi aku, hari ini adalah hari yang paling indah! Diari , Hei MJ Unguku pasti disinari aroma cinta! Chet! Kerana hari ini adalah hari aku berdua dengannya di dalam Pai Epal Café! Berlari-lari mengemop lantai! Berpeluh-peluh mengemas susun atur Pai Epal Café dengannya. Dia akan memerhatikan aku tanpa rasa jemu. Izz Amir akan berpeluk tubuh di hadapan cermin kaca dan kadang-kadang duduk membaca akhbar mengawasi segala kerjaku. Meski berdua, tetapi dia membatasi sikapnya sebagai seorang lelaki. Menghormati aku seadanya sebagai seorang teman dan rakan. Juga sahabat kepadanya.

Dan aku tahu, dia masih menyembunyikan rasa cintanya kepada aku! Melalui matanya itu, aku jelas dan mengerti!

Pisau kini bersatu dengan kentang. Kulitnya harus nipis-nipis dibuang. Aku perhatikan Izz Amir yang sedang duduk membaca akhbar. Sesekali dia mencuri pandang aku yang tekun.

Ouch!” aku menahan sakit.

“Itulah. Buat kerja tak ikhlas. Dua beg kentang di sebelah awak tu, harus siap petang ni juga!” Izz Amir bercakap kuat dari tempat duduknya. Aku gigit bibir bawah.

Aku perhatikan darah yang betul-betul keluar dari ibu jariku. “Sebab asyik perhatikan awaklah sampai ibu jari saya terhiris!” aku mendongak dan dia kini betul-betul di hadapanku. Menarik kerusi dan duduk memerhati darah yang mengalir dari ibu jariku.

“Sebab saya kacak empat belas juta kali, kan?” selorohnya dan Izz Amir ketawa ligat!

+Perasan!
-Hik hik hik
+Awak, benarkah jika saya bintang, awak akan menjadi ruang angkasa itu? Awak, benarkah jika saya matahari dan awak akan menjadi siangnya?
-Yaya! Yaya!
+Apa?

02 Februari 2012

Ya Be Da Be Du!

Entry istimewa ini dari Kak Amy : Klik SINI. Istimewa kerana sudi Kak Amy bercerita mengenai Mr Pai Epal. Tadaaa

Bila masa saya lapang, selepas penat menulis saya juga suka blokwalking. Suka melihat blog adik-adik penulis dan blogger yang comel-comel belaka. Memang saya agak lambat kalau ada kawan-kawan follow blog saya, dua minggu kemudian barulah saya follow. Hehehe. Ampun ya! Tapi memang saya akan follow kecuali ada blog yang memang tak boleh buka linknya. Paling saya suka juga blog ada resipi. Macam blog Kak Amy! Dan kami mula berkenalan bila saya mula follow blog kak amy dan siap sekali komen-komen comel kak Amy dalam entry Mr Pai Epal.

Wah-wah ! Iyalahkan, siapa penulis yang tak suka bila ada peminat. Semestinya kita ada rasa suka. Sebut Alhamdulillah banyak-banyak ya Mardihah! (Mardihah, sila kawal nervous, okey ?Jangan loncat-loncat ! ) Hik hik hik. Terharulah sebenarnya saya. Senyum lebar saya di depan komputer. Alhamdulillah, kerana Kak Amy suka dan sudi bercerita pula mengenai blog saya dan kisah Mr Pai Epal di dalam blognya. Terima kasih kak Amy ! Berjuta bintang di langit saya hadiahkan untuk Kak Amy kerana sudi menjeling blog saya sampai dia tertoing toing membaca Mr Pai Epal. Hik hik hik (gelak suka macam Yaya) .

Okey, jom membaca coretan hati Kak Amy !

***

Bila menulis blog, saya tak memikirkan samada blog akan glemer, fofular atau ramai follower. Hik...hik..hik. sebab tu blog saya tak ada iklan contohnya nuffnang ....hua...hua..hua...saya juga selalunya hanya menjadi SR atau blogwalking tanpa meninggalkan jejak. Walaupun ada blog yang saya linkkan pada blog saya, tapi tanpa pengetahuan tuan empunya. Maafkanlah hamba!
Bukanlah maknanya saya langsung tak jadi follower, Ada. Tapi blog orang yang saya kenal, atau tuan punya blog tu menjadi follower saya, dengan maksud "Orang berbudi, kita berbahasa" . Tak gitu?


Tetapi dalam blogwalking atau silent readers saja, ada blog-blog yang sangat-sangat saya suka. Kalau blog masakan contohnya, gambar masakan tak kiralah kuih, puding, biskut atau lauk-pauknya amat cantik-cantik belaka, kreatif sungguh! Nanti saya akan menulis blog masakan yang sangat saya suka dan kenapa? InsyaAllah, kalau masa mengizinkan.

Tapi kali ini, saya ingin menulis tentang blog yang buat saya jatuh cinta, berdebuk-debuk, jatuh tergolek-golek macam nangka??? Atau dalam bahasa anak muda jatuh tergolek dok! (Who let's the dog out...whuff...whuff...???) hik...hik..hik..Blog ini membuat saya rasa muda remaja!Ewahhhh!!!!Perasannya! Ngeeeeeeeeeeeee.^__^. Membuat jantung saya gedebak-gedebuk! Toing!toing! Dan taraaaaa! Inilah blognya:



mardihah header






mr_pai_epal_kaver




Saya susah untuk jatuh cinta dengan penulis baru. Maksudnya dengan tulisan mereka, sama ada jalan cerita, atau pun gaya bahasanya. Bukanlah tak ada langsung, ada, apatah lagi jika penulis baru itu menggunakan bahasa segar dengan gaya memikat. Tulisannya berwarna-warni bak pelangi. Umpama sebuah "lukisan" yang cantik sekali! Gaya tersendiri, terasa dekat di hati, mengesankan pada sesiapa yang sudi berkongsi rasa, sungguh warna-warni persembahannya, membuat anda terpesona! Tak gitu?kan?kan?kan? Saya pulak lebih-lebih..ekekekekeke! Insya Allah saya akan tulis juga mengenai penulis-penulis novel yang saya suka!

Saya termasuk ke blog Mardihah ni secara tak sengaja. Biasalah, kalau silent readers atau blogwalking..he..he..he...dan saya terbaca sinopsis "Mr Pai Epal" bertulis begini (pesan utk Mardihah - akak kena taip balik, coz akak nak copy and paste tak dapat! Ngeeee...! (Jawapan saya : Alahai, maaf ya kak, blog saya memang diharamkan copy and paste. Kikikiki)

Begini sinopsis manuskrip "Mr. Pai Epal"

Ibu kata, satu hari nanti Yaya akan jatuh cinta! Tetapi cinta itu akan jatuh pada hati dan jiwa lelaki yang benar-benar menyayangi Yaya sepenuh hati. Cinta itu akan bawa Yaya sampai ke syurga. Benarkah ibu? Benarkah anak ibu kini dilanda cinta? Bolehkah Yaya jatuh cinta pada lelaki bermata redup itu. Pada lelaki yang sudah punyai kekasih cantik jelita? Layakkah Yaya, ibu?

Aduhhhh! asyik sekali! Dalam senyum-senyum, meleleh juga air mata! Sob..sob..sob..saya terkesan kerana watak ibu Yaya yang inginkan menantu lelaki yang soleh, sentiasa menjaga solatnya, sama impiannya seperti saya, apatah lagi tiga-tiga anak saya perempuan. Saya bagitau anak-anak, kebetulan yang sulung balik bercuti sempena Cuti Tahun Baru Cina, bacalah "Mr.Pai Epal” ceritanya bagus dan besttttt! Sangat-sangat! Meleleh air mata!

Anak-anak remaja saya pun baca...mula-mula ok, Alih-alih, tengok-tengok masing-masing mengesat tangan ke muka! Saya kata, haa, nangis??? Saya pun cakap macam mana "ibu Yaya" macam tulah juga ibu, nak anak-anak ibu dapat suami nanti lelaki yang soleh, yang menjaga solatnya. Anak-anak gadis saya sengih je....ngeeeeeeeee!

Saya baru selesai membaca satu lagi manuskrip bertajuk " Yang Terindah". Ohh, pun best gilerrr!

Yang_Terindah2


Untuk anda yang suka membaca, atau perasaannya jiwang seperti saya, ‘ya be da be du’ Asalkan tidak senget hatinya! Ha ha ha.

***
Kalau dapat ku capai bintang di langit,
Akan kuhadiah untuk Kak Amy,
Kalau dapat ku peluk pelangi tinggi melangit,
Err…Err…mana mungkin, kerana pelangi itu tinggi!

Hahahaha, pantun hantam tapi asal sedap! Terima kasih Kak Amy. Seluas langit dan hamparan laut penghargaan saya untuk akak.

Doa akak di dalam blog akan saya kenang. Mudah-mudahan, saya akan terus menulis dan menulis dengan cantik, dengan memberi ‘rasa’ dan ‘jiwa’ kepada pembaca. Amin-amin. Eh, nanti saya sambung Yang Terindah okey? Episod minggu ini belum satu pun saya keletak keletuk....