Pages

21 Februari 2012

Mr Pai Epal 20

Mr Pai Epal 20! Jemput baca semua. Saya mengalami masalah writer block! Sungguh-sungguh saya kehilangan idea! Tetapi saya bangunkan kembali jemari. Maaf ya, lambat semua! Selalu hari Isnin memang dah siap bertapa di blog, kan? Nah - semoga suka dan selamat membaca ya!



Maaf jika ada kekurangan untuk bab ini! Senyum comel-comel semua!


7





Izz Amir serius cemburu!






3 minggu yang berlalu dengan cepat ! 3 minggu di Pai Epal Cafe yang penuh dengan debaran dan sesekali menyesakkan. Rutin jadual hidupku yang berubah seratus peratus dari asal. Isnin sehingga Jumaat, aku akan berperang dan bersilat di dapur Pai Epal Cafe! Dapur Pai Epal Cafe yang mengandungi banyak cerita dan kisahnya.

Gelagat dan perangai manusia boleh aku teliti melalui wajah semua pekerja Pai Epal Cafe. 30 orang pekerja. Ada yang masih belum mampu aku kenali dan hafal namanya. Ada yang cuma mengangguk dan memanggil namaku tanda menghormati kedatanganku di sini.

Chef Ridzuan - Banyak ilmu dan pengalaman yang aku perolehi dari Chef Ridzuan yang juga sebenarnya seorang Executive Chef di Pai Epal Cafe. Seorang yang tegas, dan menawarkan aku menjadi ‘kitchen helper’nya. Kata Izz Amir, dia sudah ada anak tiga ! Tapi kenapa perutnya tidak ke depan ya ? Nampak muda belia dan sentiasa tersenyum jika ada pelanggan memberi komen mengenai masakannya.

“Awak bantu saya! Tengok bagaimana saya bekerja. Tengok bagaimana saya memasak! Bagaimana saya mengatur pergerakan dapur. Pedulikan pekerja-pekerja lain di sini. Awak di bawah penjagaan saya, Yaya!”

Katanya juga kepada aku, “Memasak itu keghairahan, Yaya! Passion! 18 tahun saya bekerja di bidang ini! Pengalaman saya di serata dunia. Tapi bila Izz Amir tawarkan saya bekerja di sini, saya terus sambar tanpa fikir apa-apa. Nampak ringan bukan bekerja di dapur mewah ni? Tapi penuh cabaran, Yaya!”

“Saya kenal dengan arwah ayah awak, Yaya! Jangan sia-siakan bakat terpendam yang awak ada!” Suara Chef Ridzuan terapung-apung lagi. Tambah bersemangat lagi aku mendengar tazkirah ringkasnya. Ceh tazkirah sangatlah ya!

“Awak kena ingat, Yaya! Seorang chef itu juga seorang yang boleh mengawal tekanan! Memerlukan kemahiran komunikasi, berbincang tentang gaya masakan dan resipi-resipi baru. Juga memperkenalkan mutu dalam masakan. Ingat pesanan saya, Yaya!” Chef Ridzuan memberi pesanan. Aku rekodkan pesanannya di dalam kepalaku. Kepalaku terangguk-angguk lagi.

“Ada empat chef yang akan mengawal selia awak. Selain saya, ada Chef Rita yang awak boleh jumpa dan belajar dengannya di ‘Malay Kitchen’. Chef Ng di bahagian ‘Chinese Kitchen’. Chef Fikri juga. Meski dia adalah seorang sous chef, tetapi beliau ditempatkan di ‘Western Kitchen’. Saya akan awasi semua pergerakan awak dan minta laporan dari mereka juga sebelum Chef Izz luluskan. Mengerti!”

Aku telan air liur. Arahan ringkas bagaikan taufan dan ribut yang akan melanda. Kenapa aku perlu berjumpa dengan ketiga-tiga chef berkenaan? Aku bayangkan wajah Chef Rita yang serius. Juga wajah Chef Ng dengan giginya yang sudah tiada di depan. Juga Chef Fikri yang pemalu lapan belas juta kali itu.

Bagaimanakah, Yaya?

Aku garu dahi yang tidak gatal!

Aku angguk lagi. Mengerti dan buat-buat faham. Mata kini memandang pula ke arah Chef Fikri! Chef Fikri – dia seorang Sous Chef di Pai Epal Café. Chef Fikri selalu membantu Izz Amir menyusun jadual pekerja di Pai Epal Café. Chef Fikri juga kadang kala membantu Chef Ridzuan sekiranya diperlukan. 3 minggu, memang sukar mendekatkan diri dengan Chef Fikri yang pendiam orangnya. Dia tidak banyak bercakap selain memberi arahan kepada Kartina, Salmi dan beberapa orang chef. Arahannya ringkas dan padat!

“Untuk makluman, Chef Fikri sudah bertunang ya, Yaya!” Izz Amir tersengih ketika sesi memperkenalkan aku kepada Chef Fikri 2 minggu lepas. Chef Fikri tersenyum malu. Hari pertama ketika aku bertembung dengannya, dia tunduk memandang lantai. Sukar pula untuk memandang biji matanya. Izz Amir gigit bibir bawah. Seolah-olah memberi arahan agar aku tidak lagi bertanyakan soalan-soalan cepu emas kepada Chef Fikri yang boleh tahan kacaknya. Kalau Izz Amir empat belas juta kali, Chef Fikri sebanyak dua juta sahaja. Ceh !

Aku tersengih sambil mengangkat kening dan memandang wajah Izz Amir yang kedut seribu!

“Okey, saya tak ingin merampas tunangan orang! Berdosa!” jawabku membuatkan Chef Fikri tersenyum bersama Izz Amir. Ah, kenangan 3 minggu yang terlalu banyak! Diari Miss MJ Unguku juga penuh dengan cerita kawan-kawan di Pai Epal Café.

Kartina - Dia selalu memandang serong kepada aku ! Menjeling dan marah-marah tak tentu hala ! Haid hari-harikah ? Wajah masam mencuka! Kartina secara amnya menjadi commis pertama di Pai Epal Cafe. Yang aku arif mengenai Kartina - dia akan membantu semua chef memasak. Sikap Kartina juga agak kasar dan sukar didampingi!

“Dia pernah suka dengan Chef Izz dulu!” Adnan bercakap perlahan sambil mulutnya muncung sedepa kepada aku ketika upacara memotong bawang yang tak habis-habis dibuat oleh aku. Bilalah nak habis agaknya segala projek mengupas ni ? Iyalah, setiap hari dalam tempoh 3 minggu ini aku hanya diberikan bawang, kentang, lobak merah dan timun untuk dikupas kulitnya. Bukan satu beg. Tapi banyak betul begnya dan besar pula !

“Oh, Chef Izz sukakan dia ke, Adnan?” dadaku berdebar-debar. Dengan tiba-tiba. Hairan pun ada, musykil pun ada. Apa kena dengan aku kala ini? Cemburukah?

Adnan geleng kepala sambil tersengih. “Izz tak akan suka Kartina ! Saya berani kerat jari manis saya ni, Yaya ! Dia suka awaklah Yaya!”

Aku tersenyum memandang bawang! Bawang dimataku telah bertukar menjadi bunga ros yang berkembang-kembang mekar! Kemudian kentang di dalam sebuah bakul kecil ini juga bertukar menjadi bunga-bunga sakura! Alahai seronoknya rasa jiwa ini! Bawang pun boleh bertukar menjadi bunga ros. Kentang juga bertukar kepada bunga sakura! Alahai, Yaya!

“Ye ke?” aku menduga lagi Adnan yang aku kira sebagai sahabat baik Izz Amir di sini. Walaupun Adnan hanya seorang pembantu dapur, tetapi Izz Amir tidak pernah memarahi Adnan. Jauh sekali melihat Adnan ditengking-tengking atau dimarah sesiapa di sini. Adnan bagaikan pekerja emas di Pai Epal Café. Adnan itu bagaikan adik dan abang kepada Izz Amir.

Adnan angguk seribu kali! “Sudah tahu bertanya pula! Siap berbintang dan bulanlah bos saya tu dengan awak! Angau satu badan!” Adnan menyengih!

Aku terkekek ketawa sambil mata memandang Izz Amir yang tiba-tiba terpacul sambil bercekak pinggang. “Mengumpat! Mengumpat saja ya! Kerja tak siap-siap lagi!”

“Eh, mana ada Chef!” jawabku sambil menjeling Adnan yang terkesima. Izz Amir memandang kami dan berdiri di sebelahku. Dibelek-belek bawang yang sedang aku hiris dengan teliti.

“Belum lulus!” tegasnya sambil meletakkan bawang yang telah aku hiris di dalam sebuah bekas.

“Dah lima puluh beg awak tahu tak? Begini halus cara saya hiris pun masih belum lulus? Kupas sudahlah berhari-hari! Haihhh! ” aku ketap bibir bawah.

Ala Yaya… baru lima puluh beg. Jangan bantah! Jangan bantah! Belum seratus lima puluh beg lagi. Kalau bantah cakap saya, saya tambah lagi dua puluh beg untuk hari ni. Nak?” dia memandang aku sambil bercekak pinggang.

Aku menjeling Izz Amir yang tersengih! Geramnya! Perlahan-lahan aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Izz Amir ketawa perlahan dan dia pantas berjalan memeriksa segala makanan yang sedang terhidang di atas meja. Chef Fikri dan Chef Ridzuan terangguk-angguk menerima arahan serius dari Izz Amir. Gerak kerja mereka semua pantas. Chef Ng dari dapurnya dipanggil! Ah, aku tidak ambil peduli tentang kerja mereka kali ini. Badlishah pula berjalan pantas menghantar pesanan. Wan Kamal menampal-nampal pesanan mengkut urutan. Kuali dan sudip berlawanan lagi! Semua Chef semakin sibuk. Semua pembantu dapur juga tidak menang tangan!

Bekerja di Pai Epal Cafe memang terlalu mengujakan aku sebenarnya. Aku memerlukan tahun-tahun yang panjang untuk berdiri sama tinggi seperti Chef Ridzuan, Chef Ng, Chef Rita dan Chef Fikri! Paling tidak sabar ialah berdiri berdua dengan Izz Amir memasak bersamanya. Izz Amir akan memandang aku sambil mengajar itu dan ini. Kalau peluh Izz Amir perlahan-lahan turun dari dahinya, Yayalah yang akan lapkan dengan perlahan-lahan. Cewah!

Erk!

+Amboi, Yaya! Gatai nooo!
-Ala, apa pula yang gatalnya! Betullah!
+ Mana boleh lap-lap peluh di dahi Izz Amir. Tak boleh! Tak boleh!
-Eh, kenapa pula tak boleh?
+Dah kahwin, barulah boleh! Angan-angan tinggi! Cet!

Salmi tiba-tiba datang meletakkan sebakul lagi kentang! Angan-angan punah akhirnya! Angan-angan mengesat dahi Izz Amir terlerai apabila mataku melihat sebakul kentang dihenyakkan di atas meja! “Yaya, kupas kulit kentang ni dulu ya! Untuk esok. Requested from malay kitchen ! ” Salmi memberi arahan sambil mengesat peluhnya dengan tuala di bahu. Aku terngaga sambil terkebil-kebil! Rasa mahu menangis pun ada. Pembulian apa namanya ini?

Salmi – dia menjawat jawatan sebagai commis kedua. Salmi ramah tamah juga orangnya. Biarpun dia berkawan rapat dengan Kartina, tetapi aku bolehlah ngam-ngam oi dengan Salmi ini. Dia mudah tersenyum dan sentiasa menghulurkan bantuan. Salmi yang sedang aku kenali dengan perlahan-lahan ini seorang yang gigih bekerja! Salmi juga khabarnya sedang membantu adiknya yang sedang sarat sakit di hospital. Katanya ketika kami berdua selesai bersolat di surau tingkat bawah Pai Epal Cafe, “Aku kena cari duit lebih, Yaya! Adik aku sakit! Sebab tulah kau tengok aku asyik sangat bekerja. Kalau bos suruh kerja sampai malam pun aku sanggup! Bawa ke pagi pun boleh!”

Mata hening Salmi aku pandang dan teliti. “Sakit apa, Mi?”

“Kanser tulang!” Salmi tersenyum. Tetapi dia nampak sebak. Matanya merenung aku dan bermula dari hari itulah juga, aku semakin akrab menemani Salmi ke surau.

“Bila-bila masa saja kita akan mati! Itu pesan adik aku, Yaya! Bila tengok kekuatan adik aku tu, rasa mahu sahaja aku berdoa agar Allah letakkan sakitnya tu kepada aku. Adik aku selalu pesan, Kak Mi kena jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah dan orang sekeliling!” Salmi rupa-rupanya memberi peringatan kepada aku juga. Aku renung anak mata Salmi. Ada sebak datang. Aku telan air liur.

Bibir comelnya terbuka lagi, “Aku tengok Kartina tu culas juga bab solatnya. Puas aku tegur, tapi dia marah! Sebagai kawan, aku dah jalankan tanggungjawab menegur. Dia kena pandai-pandailah!”

“Oh, kau nak tahu satu perkara?”

“Apa dia?”

“Tentang Chef Izz Amir!” matanya bulat lagi. Aku telan air liur. Sungguh, aku mahu tahu! Dengan pantas aku mengangguk.

“Dulu, surau Pai Epal Café kecil sangat-sangat. Belakang dapur sekangkang kera saja! Sedih betul sebab semewah- mewah Pai Epal Café hanya bilik kecil itu saja yang mampu dibina!” Salmi menutup tazkirah dan kisah adiknya mengenai Izz Amir pula. Aku terkesan untuk tahu dan mahu tahu. Apa pula kena mengena surau di belakang dapur yang telah menjadi stor itu dengan Izz Amir?

“Entah sejak beberapa bulan kebelakangan ni. Dia banyak berubah!” Salmi tarik nafasnya. Perlahan-lahan.

Aku terkebil-kebil mahu tahu dan mahu bibir Salmi pantas mengeluarkan suaranya. Cepatlah Salmi oi!

“Berubah tentang apa?” tanyaku pantas.

“Surau nilah, Yaya! Chef Izz renovate seluruh dapur dan bina surau untuk pekerja di tingkat bawah. Barulah selesa! Barulah nyaman dan bolehlah tidur-tidur sekali! Chef Ridzuan sampai buat pulut kuninglah!”

“Itulah yang aku hairankan sangat! Sebab sebelum ni, mana pernah aku tengok Chef Izz tu bersolat! Mana pernah aku tengok dia ajak Adnan dan Chef Ridzuan berjemaah sekali dengannya di surau! Alhamdulillah! Semua sukalah dengan perubahan mendadak Chef Izz! Dari panas barannya tahap tujuh menurun sebanyak tiga!” Salmi bercerita seolah-olah aku sudah dikenalinya sebanyak empat tahun. Beria-ia dan bersungguh-sungguh!

Salmi tersenyum. “ Macam tak percaya, kan? Siapa sangka! Hidayah Allah tu melantun sekejap saja! Aku sekarang menunggu si Kartina kepala batu tu datang ke sini dan bersolat!” Salmi memandang lagi mata ini.

Aku terkedu seribu bahasa! Benarlah seperti apa yang Izz Amir tuliskan selalu di dalam emelnya. Aku terharu. Ada sebak berganda-ganda menghujani hati. Aku bertasbih lagi! Teringat pesanan ibu kepada aku. ‘Lelaki yang akan menjadi suri Yaya, ibu rasa biar yang cukup agamanya. Biar baik hubungannya dengan Tuhan. Yaya kena tengok betul-betul ya! Solat, agama dan sikapnya. Ibu tak mahu anak ibu nanti kelak menyesal memilih teman hidup!’

Rasa mahu menangis dan memeluk ibu. Rasa seperti mimpi menjadi nyata. Doaku agar lelaki itu lembut hatinya akhirnya dimakbulkan. Izz Amir juga pernah berterus terang dahulu, yang dia rindu. Rindukan ketenangan yang sedang dia perolehi sekarang ini.

Umi pastinya suka melihat perubahan Izz Amir. Umi yang selalu Izz Amir ceritakan di dalam emelnya itu. “Nak cari calon isteri kena yang baik, Izz. Tapi kita dulu kena jadi baik dan lelaki yang baik! Berbuih-buih mulut umi cakap, solat. Solat! Izz selalu buat tak tahu dengan apa yang umi cakap!”

Aku tersenyum lagi dan lagi. Masa sedang berjalan dan terus bergerak dengan pantasnya! Apa yang aku tahu dari Salmi itu, aku pendam sendiri. Aku menoleh segera dan memandang Adnan! Adnan sedang tekun menumis bahan-bahan yang dimasukkan oleh Chef Ridzuan.

Tangan aku pantas mengambil sebij kentang. Proses membersihkan kulit kentang ini harus segera aku lakukan. Adnan sesekali mengerling mengawasi segala pekerjaanku.

Adnan – seperti yang aku kisahkan. Dia rakan, teman dan sahabat baik kepada Izz Amir. Ke mana sahaja mereka akan sentiasa berdua. Adnan boleh juga menjadi bodyguard Izz Amir yang setia! Adnan yang aku tahu, si yatim piatu.

“Saya duduk di rumah Izz Amir. Berdua di rumahnya!”

Aku angguk lagi! Tapi mulut terus bertanya. “Bukan Izz Amir duduk dengan umi?”

“Dia yang nak duduk berasing! Saya pun ditawarkan duduk dengannya. Kalau Izz Amir rasa nak pulang ke rumah umi dan papanya, dia baliklah. Saya tinggal seorang pun dah selamat. Bolehlah jagakan rumahnya yang besar tu.” Adnan bercerita penuh perasaan. Oh, banyak betul yang aku tahu mengenai Izz Amir dari mulut Adnan.

Adnan bercerita dan akan terus bercerita! Sementara telinga aku akan menadah apa juga kisahnya.



***

Aku kini cukup sebati dengan peperangan di dapur! Bekerja di Pai Epal Café, juga membawa pengenalan dan kisah mengenai Izz Amir! Dia yang cukup tegas menilai setiap menu di Pai Epal Café. Izz Amir akan memulakan kerjanya dengan bergerak ke dapur memberi arahan ringkas dan kemudian ke depan Pai Epal Cafe yang besar itu. Izz Amir akan memberi penerangan ringkas kepada pelayan-pelayan Pai Epal Cafe dan dia akan duduk sebentar di kaunter. Entah apa yang disemaknya, aku tidak tahu ! Semua chef di dapur berperang di sini, dia senang lenang duduk bercanda ria di depan sana !

+Yaya !
-Ya ! Nak apa ?
+Fitnah tu ! Fitnah ! Izz Amir bukankan bos besar di Pai Epal Cafe. Suka hati dialah nak buat apa pun ! Hish !
-Cet ! duduklah di dapur ni ! Menolong apa yang patut ke. Tumis nasi goreng Pai Epal Cafe ke !? Bancuh air sirap ke !? Suka bagi arahan, saja !
+ Eleh, kalau Izz Amir duduk di dapur, senanglah kau nak teropong, dia kan ? Tenung-tenung mata dia ke… Kan ?
-Iyalah-iyalah ! Jangan sibuk-sibuk, boleh tak ?
+Berdosa tahu tak ! Dosa !

Aku tersengih-sengih mengendap Izz Amir yang sedang tekun membaca sebuah akhbar. Kaki kemudian melangkah perlahan-lahan ke ruang dapur yang semakin sesak dengan para pekerja Pai Epal Cafe.

Terasa rindu pula aku dengan usikan-usikan nakal Izz Amir ! Aku tahu dia sibuk ! Sibuk ke sana dan ke mari menguruskan Pai Epal Cafenya ini ! Tetapi selalu juga Izz Amir akan datang ke dapur dan matanya akan mencuri-curi memandang aku yang terkial-kial mengikut arahan itu dan ini. Izz Amir akan memberi senyuman mahalnya untuk aku ! Lelaki itu akan terus tersenyum dan bersinar-sinar matanya. Wajahnya nampak berseri-seri dan aku akan meneruskan pelajaranku dengan penuh semangat kejituan ! Mencukupi satu SMS darinya setiap pagi.

Pagi ini juga SMS dari Mr Pai Epal membuatkan jiwa melayang-layang. Biar ayatnya ringkas. Tetapi bagi aku, ia ayat yang penuh cinta! Cik Yaya sayang. Kerja elok-elok !

Oh, syurganya rasa ! Tergedik-gedik pun ada ! Aku akan sembunyikan senyuman dan akan meloncat-loncat di dalam bilik persalinan. Ketawa seorang diri sehingga Kartina merenung aku seperti gunung berapi !

“Kau ni kenapa, Yaya? Terkekek-kekek ketawa macam pontianak!”

Aku menyengih lagi. “Eh, punya sukalah!”

“Perempuan gatal! Jangan ingat Chef Izz terhegeh-hegeh dengan kau, okey!” Kartina menutup lokernya. Dia menghempas kuat lokernya dan menjeling aku! Aku menjelirkan lidah dan pantas keluar dari bilik persalinan. Malas melayan karenah Kartina yang tidak habis-habis menunjukkan marahnya terhadap aku.

Sesi pembelajaran kini bermula lagi!

Izz Amir menolak pintu kayu yang mengasingkan dapur dengan ruang hadapan. Kakinya pantas berjalan dan mara ke arah aku. Dia melihat aku yang sedang memotong bawang, menghiris halia, memotong sayur-sayuran dan segala benda perkara remeh temeh di dapur! Cara penggunaan pisau juga amat ditekankan.

“Cepat sikit, Yaya! Terhegeh-hegeh!” Izz Amir menghampiri tempat aku berdiri dan membetulkan kedudukan pisau di jariku. Pisau dari atas meja dicapainya dan Izz Amir dengan laju menghiris bawang merah dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan! Fuhhh! Memang dahsyatlah! Pengsan dibuatnya, melihat gaya Izz Amir menghiris bawang. Tiga ulas bawang sekejapan menjadi mangsa hirisannya.

Izz Amir pantas meletakkan pisau dengan berhati-hati. Bibirnya pantas terbuka. “Awak dah baca SMS dari saya?” soalan cepu emas keluar akhirnya. Aku angguk sambil memerhati kawasan dapur.

Dia menoleh memandang aku. “Kenapa tak balas?” Izz Amir gigit bibir bawah.

“Sekejap lagi saya balaslah! Nanti Chef Ridzuan nampak. Habis kena potong markah bulanan saya!”

“Pemalas!” Izz Amir tersengih. Amboi-amboi, senang hati betul cakap aku pemalas.

“Nantilah saya balas. Saya penat nak taip SMS. Butang telefon bimbit saya banyak yang dah tercabut! ” Jawabku selamba sambil mengambil sebiji lagi bawang untuk dihiris.

Iyalahkan. Sekurang-kurangnya saya pun naklah juga SMS saya dibalas dan kata-kata semangat dari orang yang saya sayang! Tunggu punya tunggu tak berbalas-balas!”

Aku tersenyum dan menjelingnya. “Nanti saya balaslah, chef!” aku angguk seronok.

“Kuliah setiap Sabtu dan Ahad, bagaimana? Okey?” tanyanya. Aku menoleh memandang Izz Amir yang kacak! Kacak empat belas juta kali, okey! Rasa terharu kerana selepas beberapa minggu proses menyesuaikan diri di sini, dia datang bertanya mengenai proses pembelajaranku di Yayasan Marjan. Aku yakin, Izz Amir mahu bertanya dari awal lagi. Tetapi masaku agak terhad dan jadualku agak padat. Pastinya Izz Amir mencari masa yang sesuai untuk berbual denganku.

“Semua okey! Berjalan lancar!” aku senyum. Izz Amir juga.

“Nanti saya bagi buku nota saya dekat cik Yaya sayang ya! Saya ada bawa hari ni.”

“Panggil saya Yaya! Nanti alamatnya masinlah nasi goreng Pai Epal Café!” seruku kepadanya. Lantas aku teringatkan janjinya mahu memanggil aku dengan nama ‘Yaya’ sahaja di sini. Izz Amir ketawa. Matanya tertutup dan kemudian terbuka semula. Izz Amir memandang aku sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Entah apa yang kelakar, aku tidak tahu.

“Saya ada hadiah untuk awak juga!”

Izz Amir mengulum lidahnya. Matanya terkejip-kejip lagi. “Hadiah apa?”

“Buku!” aku teringatkan buku yang telah dibayar sendiri oleh Izz Amir. Akan menjadi hadiah untuknya pula! Malam tadi, puas juga aku membalutnya. Siap berkad-kad dan berorigami lagi. Aku selitkan sejumlah wang untuk membayar semula harga buku ini. Juga wang bayaran bagi menggantikan duitnya ketika skuterku rosak dahulu. Duit pasu yang pecah turut sama aku gantikan. Fatin menggelengkan kepala melihat telatahku membalut buku berkenaan! Sudah lama juga buku itu terperam. Kasihan! Kalau buah mangga, pastinya sudah boleh dingap dan dicicah dengan kicap.

“Buku?” matanya melilau melihat kawasan dapur yang bersih. Chef Ridzuan telah tiba! Izz Amir memandang lagi wajahku. Aku angguk. Penuh bahagia! “Cik Yaya sayang tunggu sekejap. Nanti lepas ni, semua sibuk. Saya lagilah sibuk. Buku nota saya ada di depan. Saya letak dalam satu beg. Semua untuk awak, cik Yaya sayang! Tunggu ya! Kita tukar hadiah!” Izz Amir mengenyit mata dan pantas berjalan keluar dari dapur.

Sehingga beberapa minit berlalu dan aku akhirnya memulakan tugas sambil memandang buku yang berbalut kemas di dalam beg kertas yang turut sama aku buat. Aku letak elok-elok buku berkenaan di atas rak. Pasti dia sibuk menguruskan hal-hal di depan. Sampai lupa terus janjinya mahu menukar buku notanya dengan hadiah ini. Haish!!

Empat puluh minit berlalu!

Ketika aku sedang membantu Chef Ridzuan mengambil bahan-bahan utama di atas meja, Izz Amir meluru perlahan ke arah aku. Wajahnya tegang dan muram sahaja. Kenapa dia boleh berubah sikapnya? Jika tadi, dia akan tersenyum dan bersinar-sinar matanya. Kini, matanya mendung! Kenapa dengan Izz Amir? Apa yang berlaku dalam tempoh empat puluh minit, sebentar tadi?

“Yaya!” Izz Amir berdiri di hadapanku. Sekelip mata dia muncul.

Aku dongakkan kepala memandang wajah anehnya. Merah menyala.

“Ada seseorang datang! Katanya mencari Yaya!” serius.

“Siapa?” aku letakkan mangkuk yang berisi udang.


“Melati?”

Izz Amir menggelengkan kepala.

“Lily?”

Dia menggeleng juga. “Lelaki!” tegasnya.

“Siapa?” tanyaku. Mata kami bertentang lagi.

“Ucu Zainal!” dan Izz Amir menoleh serta melangkah pergi.

6 ulasan:

  1. Wah, aura jeles yang kuat!

    Saya tunggu sambungan!

    Oh ya Kak Dihah, Bab 2 Amethyst & Violet sudah disiarkan! ^^_

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama22/2/12 08:04

    wahhhh.....Izz Amir dah jeles la...konflik bermula! kak dihah...saya tunggu sambungan next entry ya

    BalasPadam
  3. owhhh....uhuk uhuk uhuk...batuk i...tak nampak mcm ada writer block pun puan author. Fighting! (ecehhh!!)

    BalasPadam
  4. Siapa Ucu Zainal tu?
    mesti Izz Amir jeles ade lelaki nak jumpa Cik Yaya...

    BalasPadam
  5. Ahkak RSL24/2/12 10:51

    kah kah kah... gelak guling2. Cemburu buta! Tak tau ujung pangkal dah nak jeles. Apa daa... Com skali karanggg... oppss...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama25/2/12 09:24

    haaaa...suspen nie....ape crita...

    BalasPadam