Pages

07 Februari 2012

Mr Pai Epal 18

Tadaaaaaa… I nebes okey, semasa menyiapkan bab 18 ni! Hik hik hik. Haish, jangan tak tahulah kan, saya ni kan peminat setia Yaya dan juga Izz Amir! Okeylah, bagi meredakan dup dap dup dap jantung I ni kan, jom baca Mr Pai Epal 18! Semoga suka dan tersenyum comel-comel! Senyum nampak gigi, okey?


6




“Sungguh ke, Yaya dapat tawaran bekerja dan belajar di bawah tajaan Yayasan Marjan?” ibu mengalirkan air mata suka. Ibu mengucapkan kesyukuran berkali-kali. Fatin ketawa dan gembira juga. Kami berdua meloncat-loncat di atas katil! Aku masih memegang tawaran dari Yayasan Marjan. Aku masih kemas menyimpan setiap susunan ayat dari Yayasan Marjan. Seronoknya kerana aku bakal memasak di dapur. Seronoknya kerana hari-hari jariku akan terkena pisau! Erk. Eh, bukan-bukan! Seronoklah sebab ada Mr Pai Epal! Yaribba!

Ibu pantas berjalan bersama tongkatnya dan memeluk aku. Aku membalas dengan rasa sungguh luar biasa. Inilah kasih sayang ibu kepada kami. Jika kami akan melakukan kesalahan, ibu akan mendapatkan kami berdua dan memeluk sambil mengusap-ngusap belakang kami. Dinasihati perlahan-perlahan agar melakukan perkara yang ibu mahukan dan menjelaskan baik buruk dari setiap tindakan kami. Jika kami berdua juga dalam kegembiraan, ibu akan pantas memeluk juga.

“Yaya kena berusaha rajin-rajin!” pesan ibu. Aku angguk dan mengusap juga belakang ibu. Lama kami berdiri. Terdiam seketika acara main loncat-loncat atas katil. “Insyaallah, ibu! Yaya akan berusaha.”

“Kan elok jika Yaya solat sunat dua rakaat. Kemudian sujud syukur! Itu kan lebih penting dari terloncat-loncat dengan Fatin! Isk…anak dara ibu memanglah suka buat ibu pening!” lembut teguran ibu. Aku tersengih dan membuat isyarat dari belakang jari agar Fatin segera turun dari katilku.

“Baik, nanti Yaya buat ya ibu!” aku ambil pesanan ibu dengan rasa selesa. Tidak sekali tercuit rasa marah atau menidakkan kebenaran dari ibu. Aku dan Fatin tersengih dan menutup mulut. Mahu ketawa pula kerana adegan loncat-meloncat di atas katil telah digempur oleh ibu.

Pelukan kami sedikit renggang. Aku dudukkan ibu di sebuah kerusi. Tongkat ibu segera aku letakkan betul-betul di sebelah ibu. Fatin kembali duduk bersimpuh di atas katilku.

Aku betulkan rambut. “Tapi Yaya akan juga bekerja di pasaraya Yesco ya ibu!” kemudian aku memandang Fatin yang wajahnya penuh persoalan.

“Eh, biasiswa Yayasan Marjan kan ada? Kemudian gaji yang diberikan pun ada kan kak long? Mencukupi kan?” Fatin memandang aku.

“Kak long harus bayar hutang pasu pecah dan skuter yang dibetulkan. Bil hospital yang ibu suruh kak long jelaskan juga belum berbayar. Duit bulanan kepada Chef Daud juga harus kita bayar. Duit biasiswa kak long khaskan membeli buku rujukan dan alat-alatan untuk bekerja. Selepas kira-kira rasanya belum mencukupi!”

“Pasaraya Yesco, kerjanya waktu bila, pula?” ibu pantas bertanya.

“Sabtu bermula jam 6 petang dan Ahad pun 6 petang sehingga 11.00 malam!” aku menjawab segera.

Fatin gelengkan kepala. “Tak boleh. Tak boleh. Nanti kak long penat. Sabtu dan Ahad bukankah ada kuliah juga. Isnin nak mula kerja lagi. Penat nanti. Fatin pun akan mula kerja minggu depan. Tak payahlah, kak long!”

“Iya, ibu pun ada gaji sikit-sikit bantu Yaya dan Fatin. Pasti cukuplah!”

“Eh, kak long tak minta free ke dari encik Izz Amir tu? Dia kan suka kak long. Kalau kak long ganti semua duit pun, mesti dia tak akan terima! Kan? ” mulut Fatin bagaikan peluru hidup! Aku terus berpusing dan mulut muncung ke depan! Aku bulatkan mata agar Fatin menutup mulut. Ibu ada di sini! Ibu sedang dengar! Fatinnnnnn!

“Eh, jangan! Yaya harus serahkan juga pada dia. Hutang tetap hutang. Jelaskan segera. Kalau betul tak mencukupi, ibu berikan duit. Esok atau lusa Yaya kena serahkan segera. Ibu tak mahu Yaya tangguh-tangguh lagi!”

Fatin tersengih-sengih! Aku menjeling Fatin.

“Yaya, jangan lupa.” Ibu berikan arahan.

“Lupa apa, bu?”

“Esok, serahkan semula duit kepada encik Izz Amir.” Ringkas arahan ibu dan ibu kemudian menyambung lagi ‘diskusi hangat’ hari ini. “Yaya tak perlu bekerja di Pasaraya Yesco. Duit ibu dan Fatin mencukupi untuk bayarkan hutang kepada chef Daud.”

Aku tarik nafas dan mengangguk. Ibu dan Fatin sudah maklum mengenai bayaran bulanan yang harus aku bayar kepada Chef Daud. Rahsia terbongkar ketika aku menulis jumlah perbelanjaan di dalam buku. Fatin mengorek-ngorek rahsia untuk apa dan untuk apa. Kenapa perlu bayar duit kepada Chef Daud? Mengapa? Bagaimana? Soalan-soalannya bertubi-tubi bagaikan senapang.

Pembohongan pertama keluar dari mulutku, “Duit hutang arwah abah dulu dengan Chef Daud. Abah ada buat pinjaman dengan Chef Daud untuk beli bangunan Yayasan Marjan. Itu yang kak long ansur-ansur bayar!”

“Sebanyak ini?” soal Fatin!

“Ya!”

“Kak long tak beritahu kami semua. Fatin beritahu ibu!” Fatin pantas berlari naik ke atas. Mencari ibu. Arghhhh!

Lamunan terhenti lagi. Kenangan lewat malam itu bermain di minda. Aku pantas duduk di atas katil. Mengawal resah dan debar. Kalaulah Fatin tahu aku membohongi dirinya dan ibu, pasti aku akan dikerat lapan belas. Aku menoleh memandang Fatin. Fatin sudah terbaring. Mahu melelapkan mata.

“Yaya akan bekerja di restoren mana untuk praktikal selama setahun ni, ya?” ibu bertanya lembut. Aku tersenyum memandang Fatin. Fatin terus terbuka matanya. Bulat!

Debaran yang semakin dahsyat aku tempuhi. Bagaikan kapal akan karam! Haruskah aku membohongi ibu untuk kali kedua? Haruskah juga aku membawa Fatin dan kancah pembohongan ini? Terjebakkan Fatin untuk debaran ini?

Fatin telan air liur. Segera dia bangun dan mengambil surat tawaran dari Yayasan Marjan. Membacanya semula satu persatu. Aku diam memandang ibu yang menanti aku memberi jawapan. Mata Fatin terbeliak. Mulutnya terbuka perlahan. Berbisik! “Pai Epal Café, kak long?”

Bisikannya kali kedua menghantar degupan, “Mr Pai Epal?”

Aku angguk. Berfikir banyak kali untuk memberitahu ibu tentang perkara ini. Adakah ibu bersetuju sekiranya aku bekerja di Pai Epal Café? Adakah ibu yakin bahawa jari ini tidak akan terhiris kerana kekacakan empat belas juta kali, ‘Izz Amir’ itu?

Fatin menggeleng sambil meletakkan kembali surat tawaran di atas meja kecilku.

Suara ibu bergema lagi, “Restoren mana, Yaya?”

Aku dan Fatin berpandangan. Sama-sama menelan air liur. Saluran pernafasan rasa terhenti! Jantung rasa berhenti mengepam. Urat rasa mahu putus tiba-tiba!

Mulut celupar aku boleh tahan menyambung. “Gemilang Café!”

Dan Fatin ternganga sekali lagi atas pembohongan kali kedua aku!

***
Pai Epal Café!

Mata aku memerhati! Inilah tempat pertemuan pertama aku dan dia! Cewah! Tempat di mana hati, jiwa dan rasa ini bertemu dengan dia! Dan hari ini aku ke sini semula. Kerana Pai Epal Café jugalah, aku telah melakukan pembohongan paling dahsyat kepada Fatin dan ibu! Pembohongan yang akan Allah swt turunkan balasan kepada aku. Aku telan air liur. Terasa meremang-remang bulu roma!

Aku berdiri tegak lagi di hadapan Pai Epal Café! Dengan pakaian seragam putih tebal, seluar hitam dan kasut bagaikan kasut Sir Mc’Donald. Tetapi aku tersenyum kerana inilah pakaian rasmi arwah abah. Inilah kebanggaan yang selalu arwah abah susuri dalam detik hidupnya. Aku pandang pintu gril Pai Epal Café yang masih belum terbuka. Akukah pekerja yang paling awal menyerah diri?

Aku pusing ke belakang. Memandang ‘Hei MJ Unguku’ yang terlentok manja! Aku pusing kembali ke hadapan. Beg galas aku betulkan. Sebenarnya aku nervous! Kerana hari ini, merupakan hari pertama aku untuk masuk ke dapur! Lagi pula bertemu dengan Izz Amir!

Hon tiba-tiba bergema. Bingit telingaku. Pantas aku menoleh semula ke belakang. Volkswagen Beetle Izz Amirlah! Aku perhatikan siapa di dalamnya. Sudah semestilah ‘dia’! Izz Amir tersenyum luar biasa. Aku memandang dia yang keluar dari keretanya.

“Jangan pandang saya lama-lama, cik Yaya sayang!” usiknya dengan ketawa. Aku menggeleng malu.

“Kereta saya duduk betul-betul sebelah skuter comel awak. Sesuaikan?” dia memandang aku dengan ulas senyuman yang tidak berhenti-henti.

“Tak sesuai pun!” jawabku dan Izz Amir menggeleng lagi. Pantas lelaki itu menyembunyikan wajahnya. Menunduk dan mencari kunci di dalam poket seluarnya. Segugus kunci terpacul. Izz Amir memandang jamnya.

“Hari pertama yang tepat. Ini kuncinya.” Izz Amir pantas berjalan ke arah aku. Secara automatik jemari aku menadah kunci berkenaan. Harumannya menerpa lagi. Matanya tajam memerhatikan aku.

“Jangan pandang saya lama-lama Chef Izz Amir! Bahaya!” aku membalas usikannya. Serta merta Izz Amir ketawa. Sambil matanya tertutup dan kemudian terbuka semula. Ohhhh, kacaknya dia! Gugur jantung dibuatnya. Aku kawal ‘kewanitaan’ aku agar tidak terloncat-loncat! Iyalah, mahu pengsan ditengok, cik Yaya sayangnya menjerit suka hati!

“Jom masuk! Cik Yaya sayang kena buka pintu Pai Epal Café! Mula bertugas di dalam bermula hari ini.” Ulasnya.

Errr…errr…” aku berjalan ke hadapan. Jemari sedang mencuba membuka pintu besi pertama. Izz Amir di sebelah menanti. Aku menelan air liur. Harumannya memang akan memengsankan aku. Kekacakan yang ‘overdose’ padanya pasti buat aku tidak fokus ketika bekerja.

“Kenapa?” soalnya.

Aku tersengih! “Janganlah panggil saya, cik Yaya sayang. Cik Yaya sayang! Malulah saya kalau satu Pai Epal Café tahu! Boleh ya?” permintaan aku untuk kali ke berapa bergema lagi. Sudah puas aku SMS pinta dia menghentikan memanggil nama aku sebegitu. Tapi sumpah, tidak pernah dilayan!

Pintu besi pertama berjaya aku buka. Pantas Izz Amir membantu menariknya ke atas. Pintu kayu pula perlu aku buka. Izz Amir mengambil kunci dari jemari aku. Mencari kunci yang mana. Hampir dekat lagi dia dengan aku.

“Ini kunci kedua!” dia pandang aku dengan mata tajamnya. Ada senyuman lagi dihadiahkan untuk aku.

-Jangan nervous, Yaya! Control-control!
+Aku nak pengsan sekali lagi!
-Hahahahaha. Cool down Yaya! Tarik nafas. Hembus.

Aku tarik nafas perlahan. Kemudian hembus juga dengan perlahan-lahan. Izz Amir menanti aku membuka pintu kayu berkenaan. Dia memeluk tubuh memerhatikan aku yang dalam kegelabahan. Kunci yang ditunjuk, terus bercampur aduk dengan kunci-kunci yang lain. Pintu rasanya adalah dalam enam buah. Tapi ada lebih kurang tiga puluh batang kunci! Banyaknya saiz! Aku telan air liur. Mana pula kunci tadi?

Bibir Izz Amir terus terbuka! “ Saya akan tetap panggil awak Cik Yaya sayang! Sampai bila-bila. Biarlah satu Pai Epal Café tahu. Saya tak kisah pun. Sebab…” Tetapi terhenti bila aku memandangnya. Aku gigit bibir bawah. Sambil menghulur semula segugus kunci Pai Epal Café. Aku gagal mencari kuncinya semula. Aku tersengih lagi!

“Sebab apa?” kunci diambil semula oleh Izz Amir. Izz Amir tersengih macam kerang busuk. Sekali sahaja dia mencari dan membantu aku membuka pintu kayu berkenaan. Adakah tugas seorang chef membuka pintu restoren mereka atau café mereka? Bertubi-tubi soalan keluar dari mindaku.

Pintu kayu akhirnya terbuka. Izz Amir melangkah masuk. Dituruti aku. Mana pekerja yang lain? Kenapa mereka tidak muncul-muncul lagi? Penghawa dingin dionnkan. Lampu dibuka dan terserlah susunan Pai Epal Café yang cantik. Mata aku meneliti dekorasi Pai Epal Café. Sama seperti ketika aku menjejakinya kali pertama dahulu. Pintu kayu dihubungkan dengan cermin kaca bagi membolehkan pelanggan memandang ke dalam Pai Epal Café. Tangan Izz Amir terus menerbalikkan perkataan ‘Tutup’ kepada ‘Buka’. Ukiran kayu berkenaan memang terletak betul-betul di sebelah pintu kayu dan digantung di cermin kaca. Ia memudahkan pelanggan melihat dengan cepat dan tanpa berfikir panjang terus sahaja masuk ke dalam Pai Epal Café.

Ada lima buah epal besar yang di lubangkan tengahnya dan diletakkan di dalamnya meja unik bersama kerusi kayu berbentuk pokok dan akar untuk bersantai. Epal berwarna merah yang memikat! Meja dan kerusi berwarna kuning yang mempesonakan. Hiasan dalaman Pai Epal Café yang diubah sedikit dengan paduan warna memikat! Lihat dindingnya yang ditampal dengan paduan berbagai-bagai warna epal yang comel! So cute!

Mata aku memandang pasu berbentuk epal yang disusun cantik. Kerana kaulah pasu aku bertemu dengan jejaka kacak ini. Oh…aku tersengih!

Suara Izz Amir melantun tiba-tiba! “Sebab saya suka tengok muka awak yang merah-merah pink! Saya seronok tengok awak tak tentu arah bila saya panggil awak dengan gelaran, cik Yaya sayang, cik Yaya sayang!”

Aku menoleh memandangnya! Izz Amir tersenyum geli hati. Lelaki itu pantas menuju ke ruang hadapan. Entah apa yang dibuat berdekatan dengan pintu, aku tidak peduli! Kaki aku pantas berjalan melihat susunan indah café ini. Aku terpandangkan pai epal yang disusun di dalam rak kaca. Ada kek dan juga muffin! Terus aku kelaparan.

“Siapa yang membuat semua pai epal di sini, Chef Izz?” Aku memanggilnya dengan nama Chef Izz pula hari ini. Sekejap aku memanggilnya tuan, sekejap aku panggilnya Izz dan sekarang kerana aku sudah tahu statusnya seorang chef, maka nama Chef Izz aku rasa cukup memikat untuk dirinya. Izz Amir yang berdiri di depan cermin kaca pantas menoleh.

Mulutnya terherot lagi. “Chef Izz?”

Walau dia berada jauh di hadapan, aku dapat melihat gerak mulutnya yang kelakar itu. “Panggillah saya abang Izz ke. Seronoklah saya bekerja hari-hari di sini! Abang Izz ya?” tersenyum lagi.

+ Rasa nak termuntah pun ada ni! Abang Izz? Oh tidak!
-Apa nak dimalukan, Yaya? Abang Izz.. Okey apa! Manja sikit gelaran tu.
+(Yaya gelengkan kepala) Oh, tidak!
-Cik Yaya sayang dan Abang Izz. Wah! Sepadan tau!
+Chet!

“Chef Izz sesuai! Nantilah saya panggil abang Izz!” aku mahu ketawa. Tetapi mata memerhati lagi bentuk pai epal berkenaan.

“Lepas kahwin, bolehlah ya?” usik Izz Amir. Dia bercekak pinggang! Aku memandang dia yang masih berada di ruang hadapan. Entah apa yang dia buat di pintu kayu dan cermin kaca berkenaan, aku tidak ambil peduli. Sudah sepuluh minit dia berada di sana dan aku di sini.

“Siapa yang buat pai epal ni ya?” tanyaku sekali lagi.

“Saya, chef Izz!” sambutnya dengan ketawa dan sekarang dia sudah berada di hadapanku. Tubuh yang sedikit tunduk kerana memerhatikan bentuk pai epal aku betulkan. Aku berdiri betul-betul di sebelahnya.

“Mana semua pekerja Pai Epal Café? Kenapa tak sampai lagi?”

“Sekejap lagi mereka sampai. Okey. Kerana hari ni adalah hari pertama awak. Saya tak mahu serius dan tak mahu awak stress bila di dapur nanti. Jom ikut saya ke dapur! ” Tiba-tiba Izz Amir menjadi serius! Eh, bukan tadi dia kata tak mahu serius? Akukah yang harus serius atau dia? Mata Izz Amir memandang ruang cafenya. Aku mengikut punggungnya ke bahagian dapur.

Aku ternganga. Ia sama besar seperti dapur ketika aku membantu arwah abah di Yayasan Marjan. Cantiknya dapur! Boleh baring dan tidurlah!

“Saya akan jadi cikgu awak di sini! Di dapur saya akan panggil cik Yaya sayang saya ni, dengan nama Yaya! Boleh jadi awak! Saya takut saya termasinkan nasi goreng Pai Epal Café nanti. Lagi satu saya takut saya terhiris jari saya dengan pisau kalau panggil awak dengan nama cik Yaya sayang! Mengerti!”

Aku menutup mulut dengan lima jemari kananku. Mengawal ketawa yang semakin mahu menghambur dengan dahsyatnya. Hik hik hik! Akukah yang akan menghiris jari dengan pisau atau dia? Hik hik hik!


“Cik Yaya sayang!” panggilnya. Dia yang sedang berdiri di hujung dapur memandang aku dengan serius. Aku tarik nafas.

“Serius!” dia mahu tersenyum. Aku ketap bibir ketawa. Lawak antarabangsa betullah Chef Izz Amir ni!

“Saya dan Chef Ridzwan akan awasi awak di sini. Chef Ridzwan dah kahwin dan ada anak tiga okey!”

Aku terkebil-kebil. “Isteri satu?” tanyaku.

Serta merta Izz Amir ketap bibirnya dan memandang aku. “Saya potong lima markah setiap kali awak mengurat atau awak dingurat seseorang di dalam Pai Epal Café. Markah setiap bulan awak yang akan dihantar ke Yayasan Marjan saya akan tolak juga.”

Aku terdiam. Menggertak tak habis-habis! Eleh, cemburulah tu!

“Cemburu tanda saya sayang, okey?” Izz Amir pantas membuka peti sejuk. Sebesar dinding bilik di rumah! Aku tersenyum geli hati. Ada rasa suka dan semakin sayang pula. Kalau semalam rasa sayang aku terhadapnya di tahap 4, hari ini rasa sayang itu sudah di tahap 6.

Aku perhatikan ruang dapur. Ruang dapur yang akan bersama dengan aku selama satu tahun. Juga dia yang sedang mencari sesuatu di dalam peti sejuk. Kalau aku tolak Izz Amir masuk ke dalam peti sejuk pun, muat rasanya! Pantas aku berjalan ke arahnya.

“Chef cari apa?” aku turut sama memandang peti sejuk berkenaan.

“Cik Yaya sayang lapar tak?” tanyanya. Kemudian dua bungkus mee dikeluarkan. Diletak di atas meja berwarna kelabu. Lengan bajunya disinsing lagi.

Aku pegang perut. “Fatin buatkan sandwic tadi. Dua keping saya ngap!” jawabku.

Udang sebanyak sepuluh ekor dikeluarkan. Izz Amir pantas ke ruang belakang. Mencari bekas dan entah apa-apa barang lagi. Debaran aku semakin berkurangan. Semakin senada rentaknya kerana melihat cara Izz Amir bekerja. Ke sana dan ke sini. Izz Amir keluar dari bahagian dapur kering dengan bawang putih, bawang besar, tauge dan sawi. Ada bahan-bahan lain di dalam sebuah mangkuk besar.

Bahan-bahan tersebut diletakkan betul-betul di hadapan aku. Pisau di ambil dan juga didekatkan dengan aku. Tangannya juga memegang pisau.

“Kita masak mee goreng basah! Saya lapar ni! Cik Yaya sayang tolong saya bersihkan semua sayur, bawang, udang dan bahan mentah lain. Sekarang saya mahu menumis!”

Aku terkedu. Pelajaran pertama adalah memasak mee goreng basah yang kacang ngam oi bagi aku! Tetapi Izz Amir sudah mengambil kuali dan mula menonggengkan minyak.

Dia memerhatikan aku dengan penuh minat. “Tiga puluh saat, saya mahu menumis. Bersedia atau tak bersedia, Yaya! Saya mahu bawang, udang dan cili untuk menumis. Sila carikan saya garam. Sayur di potong halus dan tauge juga dibersihkan. Cuci bersih!” arahnya tegas.

Aku terkulat-kulat!

Izz Amir memandang aku, “Sekarang, Yaya!”

Bagaikan lipas kudung! Bagaikan ombak menghempas pantai dan peluh turun dengan banyaknya! Arwah abah pun tidak pernah memberikan arahan sebegini kepada aku. Aku bagaikan berperang. Berlari ke sana dan ke sini! Macam orang gila kerana aku tidak biasa dengan sususan dapur ini. Di mana garamnya? Mana sosnya? Mana kicapnya?

Aku hulurkan bawang, cili dan udang. “Lambat satu minit!” Izz Amir menjeling.

Kemudian aku hulurkan air, telur, kicap, sayur dan semua bahan yang sudah aku proses kepadanya. “Lambat juga!” Izz Amir gelengkan kepala.

Aroma mee goreng basah dari Izz Amir menggamit selera. Terus lapar aku memerhatikan mee goreng berkenaan. Aku perhatikan gaya Izz Amir memasak. Chef kacak empat belas juta ini, terus membuatkan jantungku berdegup kencang! Api marak menyala-nyala. Rasa sayang tadi dari tahap 6 kini menceah tahap 7!

Aku hulurkan sebuah mangkuk kepada Izz Amir. Izz Amir tersenyum lagi. Aku lupa yang kami kini hanya berdua di dapur! Aku juga tidak tahu bahawa tanda ‘Buka’ di bahagian cermin kaca sudah diubah kepada ‘Tutup’ oleh Izz Amir! Dan aku sendiri tidak tahu, Izz Amir memberi cuti kepada semua pekerjanya hari ini kerana aku. Pintu kayu di hadapan juga sebenarnya sudah dikunci rapat oleh Izz Amir!

Dan kami berdua di dapur! Sedang duduk bersebelahan. Izz Amir menyendukkan aku mee goreng basah yang buat aku terliur! Paduan daun sup dan bawang yang dihiris nipis-nipis menyemarakkan bau mee goreng basah ini. Lagi pula dengan aroma bawang goreng! Dalam fikiranku cuma satu, mabeles!

Piringku terisi. Ada udang dan berbagai rencah di dalamnya. Aku tersengih. Aku gigit sudu seolah rasa tidak percaya yang Izz Amir membuat dan menghidangkan kepadaku sepiring mee goreng basah!

“Makanlah! Saya belanja!” dia tersenyum kacak. Aduhai kacaknya! Hik hik hik!

Izz Amir mendekatkan piring yang berisi mee goreng berkenaan denganku. Tersenyum lagi.

“Terima kasih. Saya memang terus lapar lepas penat berlari-lari cari garam di belakang! Sumpah saya lapar!” aku menolak kembali sudu yang aku gigit! Izz Amir ketawa. Bersisa sehingga dia memulakan upacara menikmati mee goreng basahnya dengan doa makan!

Berdua dengannya. Garfu dan sudu berlawanan! Angin dingin menemani kami. Hari ini, aku rasa terus rapat dengannya. Bercerita apa sahaja dan ketawa bersama-sama. Mee goreng basahnya memang sedap! Memang tidak sesedap yang pernah aku masak di rumah. Bila dia merenung aku, rasa sayang tahap 7 tadi meningkat naik sebanyak 8!

“Makan sampai kenyang! Lepas ni mop satu Pai Epal Café dengan saya!” Izz Amir tersenyum. Lesung pipitnya terserlah. Udang di dalam piringku di ambil perlahan dan dikopek kulitnya. Dia menunjukkan rasa sayangnya kepadaku tanpa apa-apa rasa malu.

Aku terkesima. Terkujat pun ada! Mahu tersengih pun aku malu!

“Lepas tu, cik Yaya sayang nampak kentang di belakang tadi?” Izz Amir menyuap lagi sesudu mee.

Aku angguk. “Ada dua beg! Besar pula tu!”

“Kupas kulitnya sampai siap dengan pisau ini!” Izz Amir mengeluarkan pisau kecil dari poket bajunya. Aku yang sedang mengunyah mee, terhenti! Anggota rahang yang sedang menikmati kesedapan mee goreng basah terbantut!

Rasa sayang tahap 8 menjunam jatuh terus ke tahap 2!

“Saya awasi awak di tengah-tengah Pai Epal Café!” perintahnya dan menyendukkan lagi mee goreng basah kepadaku. Erk!

Tetapi bagi aku, hari ini adalah hari yang paling indah! Diari , Hei MJ Unguku pasti disinari aroma cinta! Chet! Kerana hari ini adalah hari aku berdua dengannya di dalam Pai Epal Café! Berlari-lari mengemop lantai! Berpeluh-peluh mengemas susun atur Pai Epal Café dengannya. Dia akan memerhatikan aku tanpa rasa jemu. Izz Amir akan berpeluk tubuh di hadapan cermin kaca dan kadang-kadang duduk membaca akhbar mengawasi segala kerjaku. Meski berdua, tetapi dia membatasi sikapnya sebagai seorang lelaki. Menghormati aku seadanya sebagai seorang teman dan rakan. Juga sahabat kepadanya.

Dan aku tahu, dia masih menyembunyikan rasa cintanya kepada aku! Melalui matanya itu, aku jelas dan mengerti!

Pisau kini bersatu dengan kentang. Kulitnya harus nipis-nipis dibuang. Aku perhatikan Izz Amir yang sedang duduk membaca akhbar. Sesekali dia mencuri pandang aku yang tekun.

Ouch!” aku menahan sakit.

“Itulah. Buat kerja tak ikhlas. Dua beg kentang di sebelah awak tu, harus siap petang ni juga!” Izz Amir bercakap kuat dari tempat duduknya. Aku gigit bibir bawah.

Aku perhatikan darah yang betul-betul keluar dari ibu jariku. “Sebab asyik perhatikan awaklah sampai ibu jari saya terhiris!” aku mendongak dan dia kini betul-betul di hadapanku. Menarik kerusi dan duduk memerhati darah yang mengalir dari ibu jariku.

“Sebab saya kacak empat belas juta kali, kan?” selorohnya dan Izz Amir ketawa ligat!

+Perasan!
-Hik hik hik
+Awak, benarkah jika saya bintang, awak akan menjadi ruang angkasa itu? Awak, benarkah jika saya matahari dan awak akan menjadi siangnya?
-Yaya! Yaya!
+Apa?

6 ulasan:

  1. Tanpa Nama7/2/12 17:26

    Dup Dap Dup Dap tau! akak pun jadi nebes ko buatkan, Dihah! Aduhai Izz Amir. Terus jatuh chenta akak! hahaha

    BalasPadam
  2. sye pung nebes, nsib kentang kalo bawang lgi la nebes nk kupas... hehehe

    BalasPadam
  3. Ahkak RSL8/2/12 14:40

    Ha ah laa. Seb baik kentang kan. Kalo bawang cam Zawani cakap... huhuhu... malunyerr... ayaq mata sure dok kluaq ja. Abes la semua jari luka tgk Chef Izz (ahkak pun nak tukaq panggil Chef Izz la.. ahak ahak..)

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama8/2/12 19:59

    Saya sudi jadi bintang dan matahari! Adushhhh...

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama13/2/12 18:26

    nebes..nebes..napa lah cheff iz kacak sangat..buat cik yaya sayang tak keruan...jatuh cinta lagi..lagi..lagi ku jatuh cinta..hikhik

    BalasPadam
  6. baru terjumpa blog akak nie..bahasa penulisan sungguh membuai perasaan..seolah2 pembca dpt merasai setiap perasaan izz mahupun yaya...well done kak Mardihah n gud luck too:)

    BalasPadam