Pages

31 Julai 2013

Mr Pai Epal : Edisi Khas I (Cerpen Ramadhan & Aidilfitri)




+Yaya nak balik Malaysia. Yaya nak raya kat Malaysia.
-Tapi kenapa hati incik suami ni kering ya amatsss!
+Yaya…yaya kan nak syurga. Sabarlah ya.
-Syurga-syurga…habis, mana janji dan lafaz setia Izz Amir? Masa sarat mengandung dulu, dia dah janji tau nak bawak Yaya balik. Sedihlah Yaya macam ni.
+Izz Amir kan ambik kos pastry kat LCB. Sabarlah. Kesian incik suami tu tau.
-Ahh, menci…menci. Yaya nak balik raya kat Malaysia jugak. Yaya tak kira.






"Ibu call malam tadi." Aku memandang Izz Amir. Dia masih leka membaca buku masakan. Esok, entah apa pula resipi baru dari encik suami untuk menu berbuka kami.  

"Hmm..okey." Jawapan biasa dari Izz Amir.  Dia gariskan sedikit senyuman. Bibir merahnya kejap-kejap digigit-gigit. Nampak kering sangat kerana cuaca di sini yang hangat. Izz Amir leka lagi membaca entah apa resipi di dalam buku berkenaan. Habis buku aku dipunggahnya semata-mata mahu mencari resipi baru. Aku tercongok depan mata pun, Izz Amir buat tak nampak. Kalau mula aku bercakap mengenai ibu, dia akan diam seribu bahasa. Tahukah dikau wahai suami, yang aku merindui ibu, Fatin dan Malaysia?

"Ibu sampaikan salam. Assalammualaikum." Senada sahaja ucapanku. Bibir sudah senget. Mata sudah bertakung dengan air mata. Tahan Yaya..tahan!

"Waalaikumsalam....eh eh..." Izz Amir membuka helaian buku berkenaan. Mula merapati aku. "Tengok ni..tengok ni!" Bersinar-sinar matanya. "Ni isteri abang kan? Bila punya gambar ni tak nak beritahu abang?"

Aku panjangkan leher. Melihat wajah sendiri di dalam buku berkenaan. Mengangguk. "LCB ada buat makan-makan bulan lepas. Kami masaklah. Tu resipi isteri abang yang buat. Ramai yang puji.""Mee kari kat LCB? Waaa..."

Haaa..mulalah encik suami ni. Kita sedang bersedih bagai rindukan ibu, sebut pula mee kari. Memang sengaja off topic! Bencinya.  

"Bila kita nak balik Malaysia?" Aku terus sandarkan kepala ke bahu Izz Amir. Memeluk lengannya dan mula bermanja-manja. Aku angkatkan kening. Menyengih sambil menjeling Izz Amir. "Tak lama lagi nak raya kan?"  

"Eh eh....mee kari ni buat untuk berapa orang ya sayang? Guna resipi siapa ni?"  
Bukan aku sudah maklumkan ke yang aku membuat mee kari berkenaan. Ish! Terkebil-kebil aku memerhatikan Izz Amir yang masih fokus dengan buku masakan berkenaan. Ahh....aku terus diam. Makin hiba. Sayu mengetuk pintu hati. Janji Izz Amir membawa aku pulang ke Malaysia macam mimpi lagi. Wajah ibu dan senyuman ibu mengetuk-ngetuk minda.

Hening. Sambil aku menyandarkan kepala ke bahunya, tiba-tiba air mata mengalir lesu. Air mata terus membasahi pipi.  

"Sampai hati abang."

***

"Assalammualaikum Cik Yaya sayang …" Suara Izz Amir di hujung telinga mengganggu. Aku terkebil-kebil menahan kantuk. Izz Ashfan yang letaknya di lengan aku betul-betulkan kedudukannya. Kepala si comel aku alaskan dengan bantal kekabu yang diposkan oleh Fatin. Sarungnya khas juga dibuat oleh Lily. Siap berpos dengan bermacam-macam jenis warna. Aku pandang jam di dinding. Oh, aku lewat lagi untuk menyediakan menu bersahur kami berdua. Sudah beberapa hari aku lewat untuk bangun. Jam 3 pagi yang dingin. Terasa sangat cepat waktu di sini.

Iya, sahur kami di sini berakhir jam 3.41 pagi. Berpuasalah sehingga waktu berbuka yang menginjak sehingga ke jam 9.40 malam. Hanya lebih kurang enam ke tujuh jam sahaja untuk meneruskan tarawikh dan merehatkan diri. Mentelah lagi kehadiran Izz Ashfan di sisi. Masa cukup-cukup mencemburui.

Wajah Izz Amir aku renung. “Waalaikumsalam. Ohh….Yaya lewat lagi laaaa.” Aku muncungkan bibir. Rasa marah dengan diri sendiri kerana sikap yang satu ini.

Dia mengukir senyuman. “Tak apa. Awak tu penat sangat saya menegoknya. Cepat bangun, tinggal setengah jam saja lagi ni.” Izz Amir angkat keningnya dan bercekak pinggang.

“Bangun jom. Sahur.” Suaranya perlahan. Izz Amir agaknya tidak mahu mengganggu lena si kecil. Selepas sahaja dia mengejutkan aku, tubuhnya terus hilang. Agaknya ke dapur menyiapkan menu untuk bersahur. Bunyi cawan dan pinggan bersatu masuk mengetuk gegendang telinga.

Haruman asam pedas dari dapur mengasyikkan. Aku terus mengambil getah pengikat rambut di meja kecil.  Sambil bangun dan mengikat rambut, mata tidak lepas memerhatikan Izz Ashfan.  Lepas kami solat tarawikh di Grande Mosquee De Paris, tergesa-gesa kami pulang ke Rue Detot. Musim panas menyambut Ramadhan di sini yang cukup memberi kejituan minda dan fizikal. 17 jam mengharungi saat getir dan cuaca yang hangat di sini memberikan aku lelah yang berpanjangan.  Mujur juga Casey jiran sebelah rumah kami ini sudi menjagakan Izz Ashfan.  Aku terus mengayun kaki menuju ke bilik air. Ah, mengantuknya masih terasa sungguh.

Aku nekad untuk menyusukan Izz Ashfan. Sokongan penuh Izz Amir berikan aku semangat untuk meneruskan penyusuan penuh untuk anak kami ini.  Malam tadi, entah kenapa ragamnya buat kami tidak tidur. Sudahlah penat siangnya berpuasa. Menahan lapar selama 17 jam, dan baru sahaja mahu terlena Izz Ashfan menangis tak henti-henti. Mama cuma ada beberapa jam sahaja sayang untuk berehat. Janganlah meragam begini.

Bila Izz Amir bangun, membantu mendodoikan…barulah Izz Ashfan tidur dengan nyenyaknya. Entah jam berapa aku melelapkan mata, aku sendiri tidak pasti.  “Eh, makanlah. Penat saya baca doa makan.” Izz Amir menarik jemari ini.

Ahh. Sedihnya. Aku sudah leka melayani encik suami. Asyik sahaja aku mengenangkan si comel. Dalam keadaan begini, tumpuan terlebih kepada anak kami. Sampaikan menu bersahur pagi ini juga disediakan oleh Izz Amir. Aku angguk. Roti untuk dicicah dengan asam pedas yang dimasak oleh Izz Amir terus mengasak perut untuk diisi.

“Terima kasih.” Itu sahaja yang mampu aku ucapkan. Izz Amir merenung aku dengan penuh kasihnya. Dia hadiahkan senyuman manis. Mengangguk dan buat-buat makan dengan berselera. Emosi aku benar-benar teruji untuk pertengahan Ramadhan ini. Sedihnya sekarang betul-betul di tahap yang  paling tinggi.

***

“Terima kasih untuk apa ya? Masa sahur tadi kenapa tiba-tiba beremosi isteri abang ni?” Izz Amir sandarkan tubuh ke dinding. Izz Ashfan yang sedang aku susukan diam sahaja. Dia merenung aku.

Izz Ashfan yang menginjak ke angka 7 bulan sedang membesar. Perlahan-lahan, Izz Amir bangun mendekati aku. Duduk di sebelah aku dan dia mengusap-usap lembut dahi anak ini. Kasih sayangnya betul-betul tertumpah untuk Izz Ashfan. Tengoklah cara dia merenung anak kecil kami ini. “Sedih apa lagi ni?” Izz Amir seakan mengerti. Sudah beberapa kali dia beralah dengan emosi aku yang tidak stabil ini.

Aku gumamkan bibir. “Sebab abang sediakan menu lagi untuk bersahur. Yaya lupa lagi bangun. Tak larat sangat.”

“Laaa…benda simple pun. Cef Izz Amir kan ada.” Dia terus mengucup pipi Izz Ashfan. Wangi anak yang kecil ini betul-betul membahagiakan naluri kami. Ini agaknya perasaan seorang mama dan papa kan? Hari-hari kalau boleh, mahu duduk mengadap si kecil.

“Kesian kat abang.” Sudahnya aku kesat air mata yang menitis-nitis. Sebak sungguh bila berada jauh dari ibu. Mentalah lagi, semalam ibu menelefon berbual-bual dengan aku. Fatin turut sama beria-ia. Katanya sudah belikan baju baru untuk anak kami ini. ‘Baliklah along…baliklah. Rindunya kat dia sangat-sangat. Nak sangat peluk cium si Izz Ashfan tu.’

Hati isteri mana yang tidak terkilan kerana melihat Izz Amir yang sentiasa membantu aku menguruskan rumahtangga. Lagi bertambah sayu bila Syawal semakin menghampiri. Antara suami dan keluarga di Malaysia…ah, aku jadi sedih sungguh. Sayu sahaja jiwa. Mana harus aku dahulukan, sampai naik buntu fikiran ini.

“Yaya dah kurang nak bermesra dengan abang. Yaya dah kurang nak melayan abang makan itu dan ini. Yaya minta maaf ya abang.” Gerimis lagi. Aku kesat air mata. Sudahnya Izz Ashfan terlena di pangkuan aku.

“Yaya..” Nada suara Izz Amir rendah sahaja. Dia terus mengambil Izz Ashfan. Aku betul-betulkan baju dan serentak itu bangun. Sama-sama mengikut ayunan suami membawa Izz Ashfan yang sudah terlena menuju ke katil comelnya. “Suami dan isteri tu melengkapi. Susah dan senang sama-sama. Dah berapa kali abang cakap, benda-benda begini, kita boleh selesaikan berdua.”

Aku duduk di hujung katil comel milik Izz Ashfan. Merenung Izz Amir yang membetulkan selimut. Bibir comel Izz Ashfan dikesat lembut. Izz Amir menoleh dan merenung aku. Punggungnya serentak itu duduk bersebelahan dengan aku.

Kepala ini dicapai, rambut diusap dan dibenamkan wajah ini ke dadanya. “Jangan risau sangatlah. Abang sentiasa ada. Sentiasa sama-sama dengan isteri abang jaga Ashfan dan uruskan rumah tangga kita. Boleh tak sekali lagi abang nak tekankan..jangan fikir sangat fasal abang tolong buat kerja-kerja rumah ni. Kita dah ada Ashfan. Takkan semua kerja harus isteri yang buat. Dahlah. Jangan sedih-sedih gini. Ishhh…” Memujuk lagi.

“Cik Yaya sayang ni dah hadiahkan abang Izz Ashfan, Itu dah sungguh berbesar hati untuk abang. Tak terbalas jasa seorang isteri tu. Kan?”

Aku senyum. Angguk lagi. Tiba-tiba mahu memujuk hati encik suami. Dalam sebak, boleh terfikirkan ibu dan Fatin. “So, kalau gitu…kita balik Malaysia ya?” Ah sudah. Aku mengambil hati Izz Amir ketika sesi pujuk memujuk ini.

“Ehh..…petang ni ada murtabak arab. Nak berapa, abang belikan. Dua ke tiga?” Kening Izz Amir bercantum. Dahi berkerut-kerut. Tayang muka slumber seperti biasa.

“Eeee..” aku panggung kepala. Memandang wajah kesayangan yang buat-buat tak dengar mengenai perancangan untuk balik ke Malaysia. “Kalau cakap fasal Malaysia, ada saja helah abang. Itulah, inilah…eee sedihnya.”

Sudahnya, selepas hajat aku tidak diendahkan oleh Izz Amir dan selepas pemergian Izz Amir ke tempat kerjanya, aku terus menyebamkan wajah diatas bantal. Menangis lagi sambil menahankan rindu untuk ibu dan Fatin.

Whatsapp menjengah. Dari encik suami. Abang kena kerja. Tak boleh cuti. Yaya kena faham ya.

Faham abang aje. Bencinya!

Please. Kita memilih untuk kekal di sini sampai abang habis kos pastri kat LCB. Yaya juga yang setuju kan? Janganlah sedih ya. Bulan puasa ni, janganlah begini. Janganlah merajuk lagi.

…..

Whatsapp dari Izz Amir tidak aku balas. Sampai ke dinihari. Merajuk aku entah kali ini berlipat kali ganda tahapnya. Sehingga suara keras Izz Ashfan mengejutkan aku dari lamunan. Ya Allah, patutnya Ramadhan ini, bawa-bawa diri mengaji dan membaca tafsirMu.

Yaya nak syurga kan? Hihi. Sekali lagi Izz Amir mengganggu rehat kami. Aku memandang tafsir Al-Quran sambil tersengih-sengih. Iphone aku letak di atas riba. 

Ah, bencinya. Boleh pulak buat lawak waktu-waktu begini.