+Yaya
nak balik Malaysia. Yaya nak raya kat Malaysia.
-Tapi
kenapa hati incik suami ni kering ya amatsss!
+Yaya…yaya
kan nak syurga. Sabarlah ya.
-Syurga-syurga…habis,
mana janji dan lafaz setia Izz Amir? Masa sarat mengandung dulu, dia dah janji tau nak bawak
Yaya balik. Sedihlah Yaya macam ni.
+Izz
Amir kan ambik kos pastry kat LCB. Sabarlah. Kesian incik suami tu tau.
-Ahh,
menci…menci. Yaya nak balik raya kat Malaysia jugak. Yaya tak kira.
"Ibu call malam tadi." Aku memandang Izz Amir.
Dia masih leka membaca buku masakan. Esok, entah apa pula resipi baru dari
encik suami untuk menu berbuka kami.
"Hmm..okey." Jawapan biasa dari Izz Amir. Dia gariskan sedikit
senyuman. Bibir merahnya kejap-kejap digigit-gigit. Nampak kering sangat kerana
cuaca di sini yang hangat. Izz Amir leka lagi membaca entah apa resipi di dalam
buku berkenaan. Habis buku aku dipunggahnya semata-mata mahu mencari resipi baru. Aku tercongok depan mata pun,
Izz Amir buat tak nampak. Kalau mula aku bercakap mengenai ibu, dia akan diam
seribu bahasa. Tahukah dikau wahai suami, yang aku merindui ibu, Fatin dan
Malaysia?
"Ibu sampaikan salam. Assalammualaikum." Senada
sahaja ucapanku. Bibir sudah senget. Mata sudah bertakung dengan air mata.
Tahan Yaya..tahan!
"Waalaikumsalam....eh eh..." Izz Amir membuka
helaian buku berkenaan. Mula merapati aku. "Tengok ni..tengok ni!"
Bersinar-sinar matanya. "Ni isteri abang kan? Bila punya gambar ni tak nak
beritahu abang?"
Aku panjangkan leher. Melihat wajah sendiri di dalam buku
berkenaan. Mengangguk. "LCB ada buat makan-makan bulan lepas. Kami
masaklah. Tu resipi isteri abang yang buat. Ramai yang puji.""Mee
kari kat LCB? Waaa..."
Haaa..mulalah encik suami ni. Kita sedang bersedih bagai
rindukan ibu, sebut pula mee kari. Memang sengaja off topic! Bencinya.
"Bila kita nak balik Malaysia?" Aku terus
sandarkan kepala ke bahu Izz Amir. Memeluk lengannya dan mula bermanja-manja.
Aku angkatkan kening. Menyengih sambil menjeling Izz Amir. "Tak lama lagi
nak raya kan?"
"Eh eh....mee kari ni buat untuk berapa orang ya
sayang? Guna resipi siapa ni?"
Bukan aku sudah maklumkan ke yang aku membuat mee kari
berkenaan. Ish! Terkebil-kebil aku memerhatikan Izz Amir yang masih fokus
dengan buku masakan berkenaan. Ahh....aku terus diam. Makin hiba. Sayu mengetuk
pintu hati. Janji Izz Amir membawa aku pulang ke Malaysia macam mimpi lagi.
Wajah ibu dan senyuman ibu mengetuk-ngetuk minda.
Hening. Sambil aku menyandarkan kepala ke bahunya, tiba-tiba air mata mengalir lesu. Air mata terus membasahi pipi.
Hening. Sambil aku menyandarkan kepala ke bahunya, tiba-tiba air mata mengalir lesu. Air mata terus membasahi pipi.
"Sampai hati abang."
***
"Assalammualaikum
Cik Yaya sayang …" Suara Izz Amir di hujung telinga mengganggu. Aku
terkebil-kebil menahan kantuk. Izz Ashfan yang letaknya di lengan aku betul-betulkan
kedudukannya. Kepala si comel aku alaskan dengan bantal kekabu yang diposkan
oleh Fatin. Sarungnya khas juga dibuat oleh Lily. Siap berpos dengan
bermacam-macam jenis warna. Aku pandang jam di dinding. Oh, aku lewat lagi
untuk menyediakan menu bersahur kami berdua. Sudah beberapa hari aku lewat
untuk bangun. Jam 3 pagi yang dingin. Terasa sangat cepat waktu di sini.
Iya,
sahur kami di sini berakhir jam 3.41 pagi. Berpuasalah sehingga waktu berbuka
yang menginjak sehingga ke jam 9.40 malam. Hanya lebih kurang enam ke tujuh jam
sahaja untuk meneruskan tarawikh dan merehatkan diri. Mentelah lagi kehadiran
Izz Ashfan di sisi. Masa cukup-cukup mencemburui.
Wajah
Izz Amir aku renung. “Waalaikumsalam. Ohh….Yaya lewat lagi laaaa.” Aku
muncungkan bibir. Rasa marah dengan diri sendiri kerana sikap yang satu ini.
Dia
mengukir senyuman. “Tak apa. Awak tu penat sangat saya menegoknya. Cepat
bangun, tinggal setengah jam saja lagi ni.” Izz Amir angkat keningnya dan
bercekak pinggang.
“Bangun
jom. Sahur.” Suaranya perlahan. Izz Amir agaknya tidak mahu mengganggu lena si
kecil. Selepas sahaja dia mengejutkan aku, tubuhnya terus hilang. Agaknya ke
dapur menyiapkan menu untuk bersahur. Bunyi cawan dan pinggan bersatu masuk
mengetuk gegendang telinga.
Haruman
asam pedas dari dapur mengasyikkan. Aku terus mengambil getah pengikat rambut
di meja kecil. Sambil bangun dan
mengikat rambut, mata tidak lepas memerhatikan Izz Ashfan. Lepas kami solat tarawikh di Grande Mosquee
De Paris, tergesa-gesa kami pulang ke Rue Detot. Musim panas menyambut Ramadhan
di sini yang cukup memberi kejituan minda dan fizikal. 17 jam mengharungi saat
getir dan cuaca yang hangat di sini memberikan aku lelah yang
berpanjangan. Mujur juga Casey jiran sebelah
rumah kami ini sudi menjagakan Izz Ashfan. Aku terus mengayun kaki menuju ke bilik air.
Ah, mengantuknya masih terasa sungguh.
Aku
nekad untuk menyusukan Izz Ashfan. Sokongan penuh Izz Amir berikan aku semangat
untuk meneruskan penyusuan penuh untuk anak kami ini. Malam tadi, entah kenapa ragamnya buat kami
tidak tidur. Sudahlah penat siangnya berpuasa. Menahan lapar selama 17 jam, dan
baru sahaja mahu terlena Izz Ashfan menangis tak henti-henti. Mama cuma ada beberapa jam sahaja sayang
untuk berehat. Janganlah meragam begini.
Bila
Izz Amir bangun, membantu mendodoikan…barulah Izz Ashfan tidur dengan
nyenyaknya. Entah jam berapa aku melelapkan mata, aku sendiri tidak pasti. “Eh, makanlah. Penat saya baca doa makan.”
Izz Amir menarik jemari ini.
Ahh.
Sedihnya. Aku sudah leka melayani encik suami. Asyik sahaja aku mengenangkan si
comel. Dalam keadaan begini, tumpuan terlebih kepada anak kami. Sampaikan menu
bersahur pagi ini juga disediakan oleh Izz Amir. Aku angguk. Roti untuk dicicah
dengan asam pedas yang dimasak oleh Izz Amir terus mengasak perut untuk diisi.
“Terima
kasih.” Itu sahaja yang mampu aku ucapkan. Izz Amir merenung aku dengan penuh
kasihnya. Dia hadiahkan senyuman manis. Mengangguk dan buat-buat makan dengan
berselera. Emosi aku benar-benar teruji untuk pertengahan Ramadhan ini.
Sedihnya sekarang betul-betul di tahap yang
paling tinggi.
***
“Terima
kasih untuk apa ya? Masa sahur tadi kenapa tiba-tiba beremosi isteri abang ni?”
Izz Amir sandarkan tubuh ke dinding. Izz Ashfan yang sedang aku susukan diam
sahaja. Dia merenung aku.
Izz Ashfan
yang menginjak ke angka 7 bulan sedang membesar. Perlahan-lahan, Izz Amir
bangun mendekati aku. Duduk di sebelah aku dan dia mengusap-usap lembut dahi
anak ini. Kasih sayangnya betul-betul tertumpah untuk Izz Ashfan. Tengoklah
cara dia merenung anak kecil kami ini. “Sedih apa lagi ni?” Izz Amir seakan
mengerti. Sudah beberapa kali dia beralah dengan emosi aku yang tidak stabil
ini.
Aku
gumamkan bibir. “Sebab abang sediakan menu lagi untuk bersahur. Yaya lupa lagi
bangun. Tak larat sangat.”
“Laaa…benda
simple pun. Cef Izz Amir kan ada.” Dia terus mengucup pipi Izz Ashfan. Wangi
anak yang kecil ini betul-betul membahagiakan naluri kami. Ini agaknya perasaan
seorang mama dan papa kan? Hari-hari kalau boleh, mahu duduk mengadap si kecil.
“Kesian
kat abang.” Sudahnya aku kesat air mata yang menitis-nitis. Sebak sungguh bila
berada jauh dari ibu. Mentalah lagi, semalam ibu menelefon berbual-bual dengan
aku. Fatin turut sama beria-ia. Katanya sudah belikan baju baru untuk anak kami
ini. ‘Baliklah along…baliklah. Rindunya kat dia sangat-sangat. Nak sangat peluk
cium si Izz Ashfan tu.’
Hati
isteri mana yang tidak terkilan kerana melihat Izz Amir yang sentiasa membantu
aku menguruskan rumahtangga. Lagi bertambah sayu bila Syawal semakin
menghampiri. Antara suami dan keluarga di Malaysia…ah, aku jadi sedih sungguh.
Sayu sahaja jiwa. Mana harus aku dahulukan, sampai naik buntu fikiran ini.
“Yaya
dah kurang nak bermesra dengan abang. Yaya dah kurang nak melayan abang makan
itu dan ini. Yaya minta maaf ya abang.” Gerimis lagi. Aku kesat air mata.
Sudahnya Izz Ashfan terlena di pangkuan aku.
“Yaya..”
Nada suara Izz Amir rendah sahaja. Dia terus mengambil Izz Ashfan. Aku betul-betulkan
baju dan serentak itu bangun. Sama-sama mengikut ayunan suami membawa Izz
Ashfan yang sudah terlena menuju ke katil comelnya. “Suami dan isteri tu
melengkapi. Susah dan senang sama-sama. Dah berapa kali abang cakap,
benda-benda begini, kita boleh selesaikan berdua.”
Aku
duduk di hujung katil comel milik Izz Ashfan. Merenung Izz Amir yang
membetulkan selimut. Bibir comel Izz Ashfan dikesat lembut. Izz Amir menoleh
dan merenung aku. Punggungnya serentak itu duduk bersebelahan dengan aku.
Kepala
ini dicapai, rambut diusap dan dibenamkan wajah ini ke dadanya. “Jangan risau
sangatlah. Abang sentiasa ada. Sentiasa sama-sama dengan isteri abang jaga
Ashfan dan uruskan rumah tangga kita. Boleh tak sekali lagi abang nak
tekankan..jangan fikir sangat fasal abang tolong buat kerja-kerja rumah ni.
Kita dah ada Ashfan. Takkan semua kerja harus isteri yang buat. Dahlah. Jangan
sedih-sedih gini. Ishhh…” Memujuk lagi.
“Cik
Yaya sayang ni dah hadiahkan abang Izz Ashfan, Itu dah sungguh berbesar hati
untuk abang. Tak terbalas jasa seorang isteri tu. Kan?”
Aku
senyum. Angguk lagi. Tiba-tiba mahu memujuk hati encik suami. Dalam sebak,
boleh terfikirkan ibu dan Fatin. “So, kalau gitu…kita balik Malaysia ya?” Ah
sudah. Aku mengambil hati Izz Amir ketika sesi pujuk memujuk ini.
“Ehh..…petang
ni ada murtabak arab. Nak berapa, abang belikan. Dua ke tiga?” Kening Izz Amir
bercantum. Dahi berkerut-kerut. Tayang muka slumber seperti biasa.
“Eeee..”
aku panggung kepala. Memandang wajah kesayangan yang buat-buat tak dengar
mengenai perancangan untuk balik ke Malaysia. “Kalau cakap fasal Malaysia, ada
saja helah abang. Itulah, inilah…eee sedihnya.”
Sudahnya,
selepas hajat aku tidak diendahkan oleh Izz Amir dan selepas pemergian Izz Amir
ke tempat kerjanya, aku terus menyebamkan wajah diatas bantal. Menangis lagi sambil
menahankan rindu untuk ibu dan Fatin.
Whatsapp
menjengah. Dari encik suami. Abang kena
kerja. Tak boleh cuti. Yaya kena faham ya.
Faham abang aje. Bencinya!
Please. Kita memilih untuk kekal di
sini sampai abang habis kos pastri kat LCB. Yaya juga yang setuju kan?
Janganlah sedih ya. Bulan puasa ni, janganlah begini. Janganlah merajuk lagi.
…..
Whatsapp
dari Izz Amir tidak aku balas. Sampai ke dinihari. Merajuk aku entah kali ini
berlipat kali ganda tahapnya. Sehingga suara keras Izz Ashfan mengejutkan aku
dari lamunan. Ya Allah, patutnya Ramadhan ini, bawa-bawa diri mengaji dan
membaca tafsirMu.
Yaya nak syurga kan? Hihi. Sekali lagi Izz Amir mengganggu rehat
kami. Aku memandang tafsir Al-Quran sambil tersengih-sengih. Iphone aku letak
di atas riba.
Ah,
bencinya. Boleh pulak buat lawak waktu-waktu begini.
haha. kesian yaya. cepat next entry
BalasPadamhaha. insyaallah. tunggu ya. ;)
PadamNak smbungan Mr.pai epal lagi....best sngt....^_^
PadamKak mardihah....sye minat sngt novel Mr.Pai Epal.....:D
PadamKak Mar thanks sebab sudi postkan MPE kat sini.....terharu sgt2 bila sorang writer sanngup memenuhi permintaan saya...Kak Mar memng writer berjiwa besar dan dekat dengan peminat..terharu sgt2
BalasPadamsama-sama. small matter. sebab memang harus diletak dalam blog ini. ;) tapi terlambat sikit sebab paham2lah bz mengalahkan gabenor bank negara aje. hahaha.
Padamterubat rindu dengan mr pai apple. syg kak dihah 14 juta mcm nih.
BalasPadamsayang juga 14 juta. heh
PadamBest.... #^_^
BalasPadamnuratiza, ;)
Padamterlepas rindu...
BalasPadamrindu itu indah linda ;)
Padamada lagi tak akak?..rasa mcm tak puas je baca..hehhee
BalasPadam* x sabar nak tunggu mrs pai epal plak...weee..;)
ada-ada. beberapa hari sebelum hari raya. ceh. ni pun dah kira lagi beberapa hari kan?
Padammrspaiepal tunggu ya. ;) macam lambat saja bunyinya. hihihi
tima kasih daun keladi
BalasPadamklau boleh nak lagi hehe....
sama-sama senyum nampak gigi,
Padamkita tunggu sambil menghitung hari!
;)