Pages

25 September 2008

SALAM AIDILFITRI

Dihah tersenyum mendapat duit raya,
Jemputlah datang ke Melaka,
Hari Raya disambut seadanya,
Kasih sayang bersemi selamanya.

Daun ketupat dianyam cantik,
Tersenyum Dihah pada si teruna,
Lemang dihidang bersama rendang itik,
Selamat Hari Raya untuk semua

Sungguh manis si anak dara,
Berjalan-jalan bersama keluarga,
Berhati-hati di jalan raya,
Pohon kemaafan untuk semua.

Salam Aidilfitri untuk semua peminat setia
http://mardihah.blogspot.com

Salam Kasih Sayang,
Mardihah

23 September 2008

Back To The Future

Majlis berbuka puasa anjuran AI PC Polimas pada 21 September 2008, kami meriahkan bersama di Kajang. Kak Long, Sue, Ummu, Nida (x UiTM), Ina, Kak Azlin dan suami, Kak Fiza Haron dan suami juga sebahagian rakan-rakan muslimin.

Saya menuntut sebuah persahabatan dengan sahabiah-sahabiah. Lama tidak berjumpa. Kesihatan saya yang tidak menentu tidak mematahkan semangat untuk bersama mereka. Hilang sedikit rindu dalam hati. Terubat pada kembar saya, Kak Long. Erm,..memang banyak diskusi menarik dan sebenarnya memang banyak tersimpan rahsia lagi. Saya sedar, banyak berahsia kebelakangan ini pada kalian semua. Rahsia yang barangkali banyak membuatkan hati Kak Long sedikit terguris. Terguriskah? Risau sungguh saya, bahkan rasanya saya menyimpan rasa bersalah sehari-hari. Semalam, Kami berym, malah ia sedikit sebanyak meletakkan bahawa Ukhwah kami masih tetap dan tidak berubah. Kak Long, ukhwah kita masih kuat. Jangan rasa sesuatu, bahkan berita gembira akan disusuli kelak. Cuma, ia mengambil masa untuk diceritakan.

Tetapi menatap blog ini, mungkin kalian semua tahu dan mengerti. Bacalah dan mengertikan sendiri. Saya cuma pandai melayani isi, cinta, kasih sayang, persekitaran,perasaan, iri hati, kecewa, bungkam dan segalanya di sini. Saya tidak mempunyai sesuatu yang saya percaya melainkan blog ini dan orang yang rapat sahaja dengan Dihah. :) so, senyum lah semua ya. Erm, kita abaikan sahaja penulisan kali ini. Imbaskan kembali betapa kita berjaya mendepani perjuangan, mehnah dan tribulasi dengan kenangan yang cukup berharga dan manis sekali.
Saya terkenangkan zaman berpuasa di Polimas. Makan di dalam talam, dan bertadarus bersama. Semuanya menggamit kenangan dan barangkali mahu sahaja memusingkan masa kembali kepada zaman silam. Bolehkeeeee? Panggil Doraemon...hehehe. Atau kadangkala
mahu sahaja menyimpan mesin kembali ke masa lama " Back To The Future"Huhuhu.

Hmm, mahu sahaja Dihah menganyam kembali bibit perjuangan dan bersama meredah kembali manisnya pertemuan dan perpisahan. Inilah yang Dihah katakan, persahabatan. Saya cukup mengerti andai dewasa ini, kita makin sibuk dengan urusan sendiri. Bahkan, kita semua sedang menuntut kepada kerjaya, peribadi, rumah tangga, keinginan dan banyak perkara. Satu perkara yang masih kita akan panjangkan."Doa" dan semoga ukhwah kita bersama doa. Kak Long, Sya, Hanes, Lily, Paah & Umi semoga kalian sihat dan sentiasa dalam kelapangan.

Terima kasih tuan rumah Abang Sobri dan zaujahnya yang melayan kami seadanya. Makanan sedap sekali, tapi saya nyata tidak berselera. Selsema dan batuk menguasai diri. Frust juga saya. Beberapa sahabiah menegur, saya makin kurus dan cengkung. Berpuasa dan kesihatan yang tidak menentu. Bahkan, saya juga tidak berselera.

Hari Jumaat lepas, Dihah bercuti. Mujur juga bercuti, demam yang datang, saya tidak endahkan. Bersama mak, saya berjalan-jalan bershoping serba sederhana membeli bahan membuat biskut. Nyum-nyum,
memang sudah rutin setiap Aidilfitri, Dihah akan memastikan biskut di hidangkan dengan penuh selera. Nak rasa, silalah datang rumah. Sabtu demam saya kembali panas. Air mata mengalir dan akhirnya, ayah dan Dihah ke klinik. Satu perkara yang saya malas dan benci, adalah ke klinik. Kenapa? sebabnya ; doktor hanya periksa nak tak nak, bagai tidak endah, tanya ubat apa alergik, ada muntah-muntah, suhu saya tidak diperiksa dan kemudian mengambil ubat. Rawatan dan pemeriksaan, RM 30. Semudah itu? Doktor melayan bagaikan saya peminta sedekah.

Isnin, saya kembali ke pejabat. Batuk menguasai diri, dan bos yang baik hati memberi half day. Saya ke klinik pagi itu, tetapi pertemuan saya dan doktor adalah satu perkara yang sama berulang kembali. Petang saya ke klinik lagi....dan ia sama. Rawatan dan ubat RM 45.00. Percuma tanpa ada sesuatu luar biasa. Allah benar menguji.

Malam saya merehatkan diri. Pagi ini saya bersikap sesuatu" rahmat kepada diri". InsyaAllah, kesihatan akan pulih selepas banyak mengumpul ubat dari 3 klinik dengan rawatan yang sama tanpa ada sikap kesedaran diri seorang doktor. Dan saya akui, suhu akan bertambah panas apabila malam menggamit. Uhh...saya benar marah pada sikap segelintir mereka yang mengakui diri sebagai doktor tetapi menganggap pesakit datang seperti mahu berjalan-jalan hujung minggu. Saya benar bosan dan marah. Ini membuatkan saya benar tidak mahu ke klinik. Saya lebih rela mengambil ubat dan membeli dari farmasi.

Penulisan saya ditutup dengan harapan,

1) Semua sahabiah dan sahabat - terima kasih. Juga pada Sue, menumpang kereta barunya. Maaflah sesat malam tersebut. Dihah lupa jalan daa.

2) Semua doktor di klinik-klinik swasta (hanya sebahagian sahaja) - jagalah pesakit anda dengan baik hati. Kami datang bukan saja-saja sakit. Nak minta MC pun payahnya.


* Selamat Menyambut Aidilfitri dengan kesederhanaan....

16 September 2008

16 September 2008

Tarikh keramat...

Entah..
Ermmmm

Semoga Malaysia dinaungi dengan selamat dan sentiasa dalam perlindunganNya.

Amin.

Menu berbuka puasa hari ini :
Bihun Sup Malaysia
Murtabak DSAI
Sirap Pak Lah
Kurma Pak Zaid

kihkihkih

P/s : Menu berkenaan tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati, hanya secara kebetulan sahaja........

11 September 2008

Rezeki Ramadhan

Setiap hari saya akan terfikir, apa menu untuk saya berbuka nanti. Arghh...bila fikir kan bab makanan ini, terasa mewahnya kita rakyat Malaysia. Terasa berlebih-lebihan. Alhamdulilah, kami rakan serumah mengawal belanja dan pemakanan.Kata orang, bulan berdiet, adalah ketika Ramadhan.
So, no Nasi! hehe....tapi kalau balik kampung...selera saja menikmati masakan mak. Ahh...saya jadi rindu pula pada kampung saat ini.

Kami makan cucur ikan bilis, ada kentang, ada sosej dalamnya. Nyum-nyum .Kira-kira kami menjadi orang arab yang menunya roti. Adakala lempeng, cucur sayur dan sesekali mata menjengah ke pasar ramadhan mencari roti john, murtabak, laksa atau bihun sup. Semalam, rasa berselera sekali menikmati sambal ikan bilis yang Dihah buat. Cicah dengan roti. Erm, ada orang tegur, bermsg dengan Dihah, masak sedap-sedap tau. Saya ketawa riang.

Malam, berkunjung ke tarawikh dan alhamdulilah setakat ini, waktu cuti awal Ramadhan sahaja ketinggalan. Semoga kita terus merajinkan diri menikmati keindahan Ramadhan. Mari kita sama-sama merendahkan diri beribadat dan sentiasa merenung kebesaran Ilahi. Ini bulan untuk kita.

Sahur pula, menikmati kurma dan menjamah menu ringan yang tinggal. Rumah anak dara, jarang masak, huhuhu...beli sahaja. Sahur banyak keberkatannya. Pesan saya, jangan tidur selepas sahur ya,...mari kita melipatkan gandakan pahala dengan membaca al-quran dan bertahajud. InsyaAllah. Amin.

"Ya Allah! Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan Baik, dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaanMu dan api neraka dengan pertolonganmu, Wahai penolong Orang-Orang yang meminta pertolongan"

p/s : Saya rasa macam mahu terbang tinggi sahaja. "Jika ada sayap...silalah terbang"....

06 September 2008

Cetusan Hati


Selelai sudah saya bertafakur, kembali mengilhamkan diri. Masuk dewan peperiksaan penuh dengan harapan. Lulus dan dipermudahkan. InsyaAllah.

Ada juga cerita mahu saya kongsikan iaitu awal Ramadhan, pulang ke kampung, menyambut mesra sahur dan berbuka dengan ibu juga ayah, Abang Chik, Uda dan Busu... saya gembira sekali.

Berita menarik pada manuskrip saya....akan terbitkah penghujung bulan Disember ini? Penuh sabar Dihah menanti dan rasa bagai mahu meloncat tinggi. Semoga doa yang dipanjatkan bersama. Setahun melakar jemari dan kemudian setengah tahun menanti. Kalau kahwin, dah dapat anak seorang dah...huhuhuhuhu..macam proses kejadian kita juga...begitu juga manuskrip. Terfikir juga di benak saya, adakah manuskrip berkenaan perlu perubahan atau tidak sesuai untuk dikeluarkan. Emel dari editor buat saya rasa kesyukuran itu melepasi diri. Amin Ya Allah.... Semoga semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Ia hadiah Ramadhan buat saya.

Lama saya tidak fokus kepada dunia penulisan. Bahang gembira saya terasa dan kemudian Dihah kembali mencari manuskrip lama dan mula membaca. Rupanya setiap manusia ada keistimewaan tersendiri. Saya harus menyiapkan manuskrip kedua agar proses keistimewaan ini berjalan dengan lancarnya.

Dihah mula juga terkenangkan zaman menyambut Ramadhan bersama sahabiah tersayang. Rindunya saya dengan surau itu. Rindu juga bertadarus dengan semua sahabiah di sana. Apa khabar kalian? Ingatkan kalian pada Dihah? Semoga ingatan pada diri ini masih segar dan masih bersama erti "sebuah persahabatan"...InsyaAllah....

Saya melambai-lambai pada kenangan itu dan ternyata ia sukar dipadam lagi...

Manuskrip kedua saya berkisar kepada perjuangan muslimah bersama ternakan ikan air tawar, bersama cinta dan bersama keluarga dan persahabatan. Lama saya tinggalkan ia kerana kekeringan idea dan kerosakan lap top. Cuma 30 muka surat sahaja yang saya simpan di dalam pen drive. Sambungan di dalam lap top sehingga ke muka surat 100 hilang begitu sahaja. Ia buat Dihah bertambah-tambah kecewa...Tapi manusia tidak kenal erti putus asa bukan?

Dihah ada seorang kawan, katanya " Pilihan pertama adakala kita sangka yang terbaik, tetapi bila tiada jodoh, akhirnya pilihan kedua yang ditemukan merupakan yang lebih terbaik....ada hikmahnya setiap yang berlaku...dan pilihan kedua ini rasanya yang lebih mendamaikan...lebih membahagiakan..." Dihah tahu kan? Dia mengucapkan kata itu buat saya terkedu dan ketawa...

Dia kawan saya yang menerbitkan hujan, panas, pelangi, ribut dan taufan....semuanya tentang hati.....

p/s :Lagu-lagu dari Album Opick -Cahaya Hati- saya godek-godek dari internet. Download dengan mudah. Album baharu nya memang mengenyangkan. Lagu "Ramadhan Tiba" muzik yang agak catchy dan penuh dendang...Erm,...kalau dapat satu CD original, memang umphh. Cahaya Hati yang meruntun jiwa. Sebelum ini, Dihah suka juga dengar Irhamna, Bila Waktu Telah Berakhir, Rapuh dan banyak lagi...