Selelai sudah saya bertafakur, kembali mengilhamkan diri. Masuk dewan peperiksaan penuh dengan harapan. Lulus dan dipermudahkan. InsyaAllah.
Ada juga cerita mahu saya kongsikan iaitu awal Ramadhan, pulang ke kampung, menyambut mesra sahur dan berbuka dengan ibu juga ayah, Abang Chik, Uda dan Busu... saya gembira sekali.
Berita menarik pada manuskrip saya....akan terbitkah penghujung bulan Disember ini? Penuh sabar Dihah menanti dan rasa bagai mahu meloncat tinggi. Semoga doa yang dipanjatkan bersama. Setahun melakar jemari dan kemudian setengah tahun menanti. Kalau kahwin, dah dapat anak seorang dah...huhuhuhuhu..macam proses kejadian kita juga...begitu juga manuskrip. Terfikir juga di benak saya, adakah manuskrip berkenaan perlu perubahan atau tidak sesuai untuk dikeluarkan. Emel dari editor buat saya rasa kesyukuran itu melepasi diri. Amin Ya Allah.... Semoga semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Ia hadiah Ramadhan buat saya.
Lama saya tidak fokus kepada dunia penulisan. Bahang gembira saya terasa dan kemudian Dihah kembali mencari manuskrip lama dan mula membaca. Rupanya setiap manusia ada keistimewaan tersendiri. Saya harus menyiapkan manuskrip kedua agar proses keistimewaan ini berjalan dengan lancarnya.
Dihah mula juga terkenangkan zaman menyambut Ramadhan bersama sahabiah tersayang. Rindunya saya dengan surau itu. Rindu juga bertadarus dengan semua sahabiah di sana. Apa khabar kalian? Ingatkan kalian pada Dihah? Semoga ingatan pada diri ini masih segar dan masih bersama erti "sebuah persahabatan"...InsyaAllah....
Saya melambai-lambai pada kenangan itu dan ternyata ia sukar dipadam lagi...
Manuskrip kedua saya berkisar kepada perjuangan muslimah bersama ternakan ikan air tawar, bersama cinta dan bersama keluarga dan persahabatan. Lama saya tinggalkan ia kerana kekeringan idea dan kerosakan lap top. Cuma 30 muka surat sahaja yang saya simpan di dalam pen drive. Sambungan di dalam lap top sehingga ke muka surat 100 hilang begitu sahaja. Ia buat Dihah bertambah-tambah kecewa...Tapi manusia tidak kenal erti putus asa bukan?
Dihah ada seorang kawan, katanya " Pilihan pertama adakala kita sangka yang terbaik, tetapi bila tiada jodoh, akhirnya pilihan kedua yang ditemukan merupakan yang lebih terbaik....ada hikmahnya setiap yang berlaku...dan pilihan kedua ini rasanya yang lebih mendamaikan...lebih membahagiakan..." Dihah tahu kan? Dia mengucapkan kata itu buat saya terkedu dan ketawa...
Dia kawan saya yang menerbitkan hujan, panas, pelangi, ribut dan taufan....semuanya tentang hati.....
p/s :Lagu-lagu dari Album Opick -Cahaya Hati- saya godek-godek dari internet. Download dengan mudah. Album baharu nya memang mengenyangkan. Lagu "Ramadhan Tiba" muzik yang agak catchy dan penuh dendang...Erm,...kalau dapat satu CD original, memang umphh. Cahaya Hati yang meruntun jiwa. Sebelum ini, Dihah suka juga dengar Irhamna, Bila Waktu Telah Berakhir, Rapuh dan banyak lagi...
alhamdulillah..syukur pdmu Ya Allah..Setiap sesuatu tu pasti ade hikmahnya..cuma akal kita mgkn tidak mampu menafsirkan pelbagai perkara yang tersirat
BalasPadamTAHNIAH..........
BalasPadamsalam perkenalan...ni nanti keluar buku la ni? tahniah!!...war-warkan la bila dah ada dipasaran...:D
BalasPadamSalam perkenalan buat Dihah,
BalasPadamDush ... noveliskah ini? Semoga berjaya dan jangan lupa bila dah terbit novel tu warwarkanlah pada akak InsyaAllah boleh didapatkan di pasaran :)
Menulis itu suatu kedamaian, kan???
salam Dihah
BalasPadammudah2an semuanya dipermudahkan.. nanti bgtau akak eh.. kite boleh membeli dan membaca serta memberikan pandangan .. amcam?
salam,
BalasPadamanonymous,
terima kasih. setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya...amin
haris hauzah,
terima kasih ya..
alex lacey,
salam perkenalan ya...
izariza,
novelis?erm, saya baru berjinak-jinak tapi tidaklah sepopular FT atau penulis buku-buku alaf 21...:)tapi insyaAllah..selagi ada keistimewaan ini...akan dicurahkan..
salam perkenalan juga buat izariza.
ayu,
nanti Dihah g tahu akak tau. memberi komen dan pandangan, amat dialu-alukan.silakan...:)