Saya menuntut sebuah persahabatan dengan sahabiah-sahabiah. Lama tidak berjumpa. Kesihatan saya yang tidak menentu tidak mematahkan semangat untuk bersama mereka. Hilang sedikit rindu dalam hati. Terubat pada kembar saya, Kak Long. Erm,..memang banyak diskusi menarik dan sebenarnya memang banyak tersimpan rahsia lagi. Saya sedar, banyak berahsia kebelakangan ini pada kalian semua. Rahsia yang barangkali banyak membuatkan hati Kak Long sedikit terguris. Terguriskah? Risau sungguh saya, bahkan rasanya saya menyimpan rasa bersalah sehari-hari. Semalam, Kami berym, malah ia sedikit sebanyak meletakkan bahawa Ukhwah kami masih tetap dan tidak berubah. Kak Long, ukhwah kita masih kuat. Jangan rasa sesuatu, bahkan berita gembira akan disusuli kelak. Cuma, ia mengambil masa untuk diceritakan.
Tetapi menatap blog ini, mungkin kalian semua tahu dan mengerti. Bacalah dan mengertikan sendiri. Saya cuma pandai melayani isi, cinta, kasih sayang, persekitaran,perasaan, iri hati, kecewa, bungkam dan segalanya di sini. Saya tidak mempunyai sesuatu yang saya percaya melainkan blog ini dan orang yang rapat sahaja dengan Dihah. :) so, senyum lah semua ya. Erm, kita abaikan sahaja penulisan kali ini. Imbaskan kembali betapa kita berjaya mendepani perjuangan, mehnah dan tribulasi dengan kenangan yang cukup berharga dan manis sekali.
Saya terkenangkan zaman berpuasa di Polimas. Makan di dalam talam, dan bertadarus bersama. Semuanya menggamit kenangan dan barangkali mahu sahaja memusingkan masa kembali kepada zaman silam. Bolehkeeeee? Panggil Doraemon...hehehe. Atau kadangkala
mahu sahaja menyimpan mesin kembali ke masa lama " Back To The Future"Huhuhu.
Hmm, mahu sahaja Dihah menganyam kembali bibit perjuangan dan bersama meredah kembali manisnya pertemuan dan perpisahan. Inilah yang Dihah katakan, persahabatan. Saya cukup mengerti andai dewasa ini, kita makin sibuk dengan urusan sendiri. Bahkan, kita semua sedang menuntut kepada kerjaya, peribadi, rumah tangga, keinginan dan banyak perkara. Satu perkara yang masih kita akan panjangkan."Doa" dan semoga ukhwah kita bersama doa. Kak Long, Sya, Hanes, Lily, Paah & Umi semoga kalian sihat dan sentiasa dalam kelapangan.
Terima kasih tuan rumah Abang Sobri dan zaujahnya yang melayan kami seadanya. Makanan sedap sekali, tapi saya nyata tidak berselera. Selsema dan batuk menguasai diri. Frust juga saya. Beberapa sahabiah menegur, saya makin kurus dan cengkung. Berpuasa dan kesihatan yang tidak menentu. Bahkan, saya juga tidak berselera.
Hari Jumaat lepas, Dihah bercuti. Mujur juga bercuti, demam yang datang, saya tidak endahkan. Bersama mak, saya berjalan-jalan bershoping serba sederhana membeli bahan membuat biskut. Nyum-nyum,
memang sudah rutin setiap Aidilfitri, Dihah akan memastikan biskut di hidangkan dengan penuh selera. Nak rasa, silalah datang rumah. Sabtu demam saya kembali panas. Air mata mengalir dan akhirnya, ayah dan Dihah ke klinik. Satu perkara yang saya malas dan benci, adalah ke klinik. Kenapa? sebabnya ; doktor hanya periksa nak tak nak, bagai tidak endah, tanya ubat apa alergik, ada muntah-muntah, suhu saya tidak diperiksa dan kemudian mengambil ubat. Rawatan dan pemeriksaan, RM 30. Semudah itu? Doktor melayan bagaikan saya peminta sedekah.
Isnin, saya kembali ke pejabat. Batuk menguasai diri, dan bos yang baik hati memberi half day. Saya ke klinik pagi itu, tetapi pertemuan saya dan doktor adalah satu perkara yang sama berulang kembali. Petang saya ke klinik lagi....dan ia sama. Rawatan dan ubat RM 45.00. Percuma tanpa ada sesuatu luar biasa. Allah benar menguji.
Malam saya merehatkan diri. Pagi ini saya bersikap sesuatu" rahmat kepada diri". InsyaAllah, kesihatan akan pulih selepas banyak mengumpul ubat dari 3 klinik dengan rawatan yang sama tanpa ada sikap kesedaran diri seorang doktor. Dan saya akui, suhu akan bertambah panas apabila malam menggamit. Uhh...saya benar marah pada sikap segelintir mereka yang mengakui diri sebagai doktor tetapi menganggap pesakit datang seperti mahu berjalan-jalan hujung minggu. Saya benar bosan dan marah. Ini membuatkan saya benar tidak mahu ke klinik. Saya lebih rela mengambil ubat dan membeli dari farmasi.
Penulisan saya ditutup dengan harapan,
1) Semua sahabiah dan sahabat - terima kasih. Juga pada Sue, menumpang kereta barunya. Maaflah sesat malam tersebut. Dihah lupa jalan daa.
2) Semua doktor di klinik-klinik swasta (hanya sebahagian sahaja) - jagalah pesakit anda dengan baik hati. Kami datang bukan saja-saja sakit. Nak minta MC pun payahnya.
* Selamat Menyambut Aidilfitri dengan kesederhanaan....
Semoga cepat sembuh ya..
BalasPadamsalam,
BalasPadamukhaiyati...
Allah Yasyfik, insyaAllah!
Wassalam.
Kak Sofwah
moga cepat sembuh dihah...
BalasPadamSelamat hari raya!
:)
salam , moga cepat sembuh
BalasPadam