Pages

11 September 2008

Rezeki Ramadhan

Setiap hari saya akan terfikir, apa menu untuk saya berbuka nanti. Arghh...bila fikir kan bab makanan ini, terasa mewahnya kita rakyat Malaysia. Terasa berlebih-lebihan. Alhamdulilah, kami rakan serumah mengawal belanja dan pemakanan.Kata orang, bulan berdiet, adalah ketika Ramadhan.
So, no Nasi! hehe....tapi kalau balik kampung...selera saja menikmati masakan mak. Ahh...saya jadi rindu pula pada kampung saat ini.

Kami makan cucur ikan bilis, ada kentang, ada sosej dalamnya. Nyum-nyum .Kira-kira kami menjadi orang arab yang menunya roti. Adakala lempeng, cucur sayur dan sesekali mata menjengah ke pasar ramadhan mencari roti john, murtabak, laksa atau bihun sup. Semalam, rasa berselera sekali menikmati sambal ikan bilis yang Dihah buat. Cicah dengan roti. Erm, ada orang tegur, bermsg dengan Dihah, masak sedap-sedap tau. Saya ketawa riang.

Malam, berkunjung ke tarawikh dan alhamdulilah setakat ini, waktu cuti awal Ramadhan sahaja ketinggalan. Semoga kita terus merajinkan diri menikmati keindahan Ramadhan. Mari kita sama-sama merendahkan diri beribadat dan sentiasa merenung kebesaran Ilahi. Ini bulan untuk kita.

Sahur pula, menikmati kurma dan menjamah menu ringan yang tinggal. Rumah anak dara, jarang masak, huhuhu...beli sahaja. Sahur banyak keberkatannya. Pesan saya, jangan tidur selepas sahur ya,...mari kita melipatkan gandakan pahala dengan membaca al-quran dan bertahajud. InsyaAllah. Amin.

"Ya Allah! Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan Baik, dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaanMu dan api neraka dengan pertolonganmu, Wahai penolong Orang-Orang yang meminta pertolongan"

p/s : Saya rasa macam mahu terbang tinggi sahaja. "Jika ada sayap...silalah terbang"....

10 ulasan:

  1. nak ikut terbang boleh? hehehe

    BalasPadam
  2. sebab itu YAB Tn Gru Nik Abd Aziz dalam satu wasiat sebelum Ramadhan hari tu mengajak umat Islam mengubah persepsi dari melihat Ramadhan sebgai bulan posa kepada melihat Ramadhan sebagai bulan ibadah atau al-quran atau sabar..
    kan berbeza tu :)

    Kalau nampak bulan ramadhan sbg bulan posa, maka apa yang dia bayang posa dan bukak saha lalu terlintas la pelbagai menu di pikiran...
    huhu.

    Salam Ramadhan :)

    BalasPadam
  3. Bestnye..mcm2 jenis roti..rindu nk mkn murtabak..

    BalasPadam
  4. nak ikut terbang jugaaaa :P

    BalasPadam
  5. Salam..

    eehh..makan gandum jer..selera arab betul ler..
    tapi kalau masakan mak..jangan ditolak..

    p/s sesungguhnya dengan mendekatkan diri padaNya membuatkan kita terasa damai dan tenang..umpama beburung terbang di awanan..

    BalasPadam
  6. salam..sedap makanan tu.. selamat berpuasa.. moga kita diberkati selalu dgn ibadah yang kita lakukan

    BalasPadam
  7. Patutnya rumah anak dara rajin masak rumah orang bujang jarang-jarang masak.

    Rumah sewa tinta masak nasi tapi lauk simple2 jer. Balik rumah mak baru makan sedap tp tetap simple :)

    BalasPadam
  8. salam...semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan... amin.. selamat berpuasa..

    BalasPadam
  9. Betul, bulan ramdhan bulan diet tapi akak duk umah dengan mak, emm mak masak sedap sangat. Sampai mak marah kenapa makan nasi bertambah. Akak jawab balik kenapa mak masak sedap2, hehehehe..

    Sahur tak makan nasi dah. Makan ringan2 dan kurma.. pastu baca buku sementara tunggu subuh dan terus tak tido2..

    BalasPadam
  10. salam,

    alex lacey,
    mari ikut terbang...tapi kita tiada sayap..

    bayusenja,
    salam ramadhan juga ya...

    sofienur,
    murtabak megi penah rasa...best juga..

    ayu,
    sama macam alex lacy, mari kita terbang...hehe

    naz ilyn,
    kadang-kadang kita kena kena tukar selera juga.

    faridmw,
    selamat berpuasa..:)

    tintahati,
    aiceh...anak dara ni rajin, tapi bila solo-solo macam ni, tak ada idea nak makan ape...hehe...kadang-kadang nak makan ape, menu ape, pun dah pening.

    purpleheart,
    gelak dihah baca..huhuhhu..betul..bila balik kg, selera betul kan?masakan mak lagi pulak...tambah-tambah...

    BalasPadam