Pages

31 Disember 2007

~Semusim Berlalu~

Selamat menyambut Maal Hijrah 1429 dengan berbagai keberkatan dalam kehidupan, insyaAllah. Bagaimana menerapkan islam dalam diri meski hakikatnya kadangkala kita dilanda dengan iman yang naik dan turun. Kesyukuran untuk nikmat islam, iman dan ihsan. Ibadat sepanjang tahun , mari kita muhasabahkan diri. Semakin meningkat atau menurunkah? Juga perjalanan perjuangan kepada Islam, menginfakkan sebahagian harta, diri, masa untuk Islam, ilmu yang dipupuk ke dalam diri, majlis agama yang dihadiri…..ahh…alangkah kerdilnya diri, Tuhan.

Selamat menyambut tahun baru 2008 dengan penuh nikmat kesyukuran kepada diri, kita masih dianugerahkan Negara Malaysia yang makmur, meski tahun ini berbagai isu menarik politik, rasuah, korupsi, penyapu, Angkasawan Malaysia yang tampan, BERSIH, Hidraf yang panas! Benazir Bhuto, Sukan SEA, kisah artis sana sini kahwin yang dah basi, tangkap khalwat, Perhimpunan aman yang masih susah nak dapat permit yang sentiasa diistilahkan haram…ups…!! Isu alam sekitar yang makin merumitkan, banjir…juga kenangan peribadi – kalian juga saya sendiri…….

Kesempatan ini, saya hulurkan kemaafan untuk semua pembaca blog dikasihi. Saya akan rindu tahun 2007, saya mengenali blog bermula membaca laman Faisal Tehrani (bukan mengiklannya ya, tapi saya suka karyanya…), kembali hangat apabila jemari saya aktif melakar sifat, sikap, kenangan dan terjemahan diri. Sukar juga. Menterjemah sesuatu penulisan jadi terbantut kadang kala. Faktor masa, idea juga kekurangan bahan bacaan. Itu saya akui. Kepenatan dan penghujung tahun saya untuk 2007 menyuramkan, ahlami (impian) / lap top kesayangan saya, rosak….alahai..Memeritkan di tambah dengan berbagai perkara menguji diri.

Tahniah untuk semua sahabat dan sahabiah yang melangsungkan walimah pada tahun ini. Semoga diberkati dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Semoga perjalanan kita semua terus diredhaiNya, amin

**************************************************

Terampunkah diri?

Terampunkah diri dengan dosa dan noda lalu
Terampunkah diri dengan lontaran kata tidak disengaja...
Terampunkah diri dengan lagha yang terlupa
Terampunkah diri dengan nista yang melanda
Terampunkah diri dengan kurang mengHamba
Terampunkah diri bersemi bersama Cinta
Terampunkah diri andai tiba-tiba terleka
Tuhan..
Ampunkan diri
Jauh sekali....hasrat hati , mendamba cintanya.....

Salam 1 Muharam,
qudwah_mardihah; 3;24; 31 Disember 2007

18 Disember 2007

Layar Keinsafan



~Mestica~

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora


~ Lagu yang menitiskan, membuai jiwa. Saya menjadi semakin optimis, menyendiri dan adakala waktu-waktu tertentu memberikan saya banyak bicara kepada diri. Senyuman saya makin tawar dan bicara mesra saya semakin kelam...tawa saya makin meresahkan.....


11 Disember 2007

Team Building Finance Part II~~~~~

Gambar-gambar menarik ni dari paparan album Team Building saya...Kenangan Terindah..



Meredah ombak...




Team Champion Team Building kami ~Fulamax~ mengatur strategi.Jeles betul Dihah



Yang ni team Dihah V2..cuba cari mana satu Dihah? Kami masa ni dah tak larat nak mendayung....



Kami kusyuk siapkan rakit dalam masa 30 minit sahaja...Times Up!!!




Mengenal keluasan laut...kedamaian dalam diri....




Sesuatu yang mendamaikan.




Hijau..




Gambar kenangan kami setelah penat 2 hari ber"Team Building"



Sape paling comel dalam gambar ni?




Dihah paling suka picture ni......cute sangat, walau semua tak bersedia...Erm,,...lupa pula, apa yang kami gelakkan.......Kak Intan? Pakwe akak tu yang mana satu ya?

06 Disember 2007

~Keabadian Cinta~

Peminat Karya Habiburrahman, nantikan kemunculan ini...best bangat!http://www.ayatayatcintathemovie.com

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Firman Allah S.W.T.

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."


(Yaasin: 36)

Kak Salina & Faiz...ana doakan kekal hingga akhir hayat...

Allah telah menjadikan setiap makhluk sama ada bernyawa atau tidak dengan setiap pasangannya. Allah melengkapkan fitrah kasih sayang manusia dengan sepenuh jiwa untuk memastikan manusia manjadi sempurna.

Lelaki dan perempuan dibentuk dari acuan yang sama, naluri kemanusiaan dan mempunyai sifat-sifat tersendiri. Lembut hati wanita dan keras hati lelaki pastinya membentuk sesuatu “luar biasa” dalam hidup. Luar biasa yang bagi saya akan mewujudkan kebahagiaan. Rumah tangga yang dibina sewajarnya menjadi medan kepada kita untuk berfikir sejauh mana perhubungan kita dengan Ilahi.

Sa'adiah & Rahman..menyimpul senyuman bermakna.......

Sesuai dengan firman Allah :

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "

(ar-Ruum:21)

Firdaus & Marlina........



Salehhuddin & isteri, Natasya..segaknya....


Hikmah kasih sayang Allah ini pastinya untuk kita menjadi Khalifah terbaik, mempunyai hala tuju dalam sebuah organisasi dan memberikan matlamat supaya manusia sentiasa menjaga hubungan dengan Allah s.w.t

Pembentukan keluarga islam adalah sebagai Nizamul Hiyah ( peraturan hidup) yang syumul. Bagi saya, pembentukan keluarga mestilah berlandaskan prinsip islam dan sentiasa sedar wujudnya Allah s.w.t di samping keharmonian rumah tangga dijaga sebaik mungkin dengan kesedaran kepada garis panduan kehidupan islam.

"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik” (Diriwayatkan oleh Ibn Majah).

Pesan saya kepada diri dan kalian, kahwinilah seseorang kerana agamanya…InsyaAllah.



Yang ni pula Faizul & isterinya, Izwani...pun segak jugak. comeynyerr...meski lewat memberi ucapan, tapi ucapan di blog ini bermakna ..kira tumpang glamour lah...:)


Entri khas untuk Tinta, ehh…boleh kan, sebab Tinta pun tak lama lagi nak kahwin…Aiceh..

Entri ini juga di abadikan untuk sahabat & sahabiah tersayang ..

~ Mohd Faizul Abdul Hadi Nor & isteri, Izwani.

~ Muhamad Salehhuddin Nordin & isteri , Natasya.

~ Mohd Firdaus Mohd Noor & isteri, Marlina

~ Sa’adiah Bte Bakri & suami, Abdul Rahman Bin Talib

~ Rosmalinie Bte Hj Ismail & suami, Mohd Fuad Bin Hj Ahmad

~ Salina Khalil & suami, Kamarufaiza (kenduri 16 Disember 2007)

Ramainya dan banyaknyaaaaa kenduri kahwin…makan free, ambik berkat lah Dihah…tak apa…masa akan tiba..semua rahmat Allah. Amin…

Di, Ros & Kak Ina ucapan advance untuk kalian “Selamat Pengantin Baru”…semoga bahagia ke anak cucu dan bahagia hingga akhir hayat. Ana doakan sahabiah sentiasa mengharungi tarbiyah dan alam rumah tangga dengan bahagia dan ceria. Jangan lupakan ana…


Kalian, semoga sentiasa tabah, menjadi suami soleh juga isteri solehah dan sentiasa dalam perjuangan Islam…

~~~~ dihah tak berapa semangat..sebab (lap top) bermasalah…ingat nak mogok lapar…..malam-malam dihah bersama buku dan adakala buku membaca dihah (cuba bayangkan bagaimana buku-buku, majalah-majalah dihah berlingkar penuh sebelah katil. Hihihi. Kesian betul ! Kadang-kadang, nak baca pun tak ada mood…..tekanan juga bila ujian harta melanda diri…~~~~ arghhhhhh!!! Hantarkan mesin basuh kalian kat rumah dihah..nak basuh baju…tapi apa kena mengena mesin basuh dengan buku-buku dihah ya?...arghhhhh!!!!!

~Dihah tujukan lagu "Selamat Pengantin Baru untuk semua ya......." Selamat Pengantin Baru...Selamat ber...ber...ber...(lupa lirik..sambung sendiri la ye...)

04 Disember 2007

Sejenak kenangan bersama Dirimu


Al- Fatihah kepada sahabat saya, Siti Hajar Bte Yaakob, meninggal dunia semasa melakukan penerjunan ketika acara raptai sempena LIMA di Langkawi. Juga kepada 3 lagi rakannya , anggota Pasukan 10 Briged Para dari Kem Terendak, Melaka.

Siti Hajar pernah sekelas dengan saya ketika Tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Keb Ghafar Baba. 2 malam lepas, Ali ,Siti dan Diana turut sama menelefon saya. “ Siti Hajar meninggal…” Innalillah…

Saya terkejut. Seawal pagi saya mendapatkan akhbar. Ya benar…gadis pemalu yang duduk ditepi tingkap. Manis dengan senyuman. ….Akhirnya Hajar pergi dahulu menyambut seruan Ilahi. Kenakalan saya di kelas mengusiknya, masih terbayang. Gurau senda masih lagi menjelma. Sungguh saya tidak sangka.

Hakikat kematian pasti akan menjelma dan akan berlaku kepada setiap manusia. Seperti dalam firman Allah s.w.t :

“Tiap-tiap yang berjiwa akan menemui mati.”
- Surah Ali ‘Imran: ayat 185

Marilah kita menjalani kehidupan dengan mengetahui matlamat hidup,

Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri (kepadaKu).- Surah az-Zariyat: ayat 56

Juga kita memahami nilai dunia berbanding dengan nilai akhirat.

Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu:“Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempat kamu ? Apakah kamu berpuas hati dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat? Pada hal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan akhirat) hanyalah sedikit.”- Surah at-Taubah: ayat 38

Semoga roh Siti Hajar dan semua rakannya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Khabarnya, kenduri perkahwinan bulan Mac tahun hadapan, persiapannya hampir selesai. Takziah untuk keluarga arwah.

AL-FATIHAH


30 November 2007

Surah Al-Baqarah Ayat 216

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

26 November 2007

Part I ~~Team Building Finance..Sweet Memoriesssss~~~

Assalammualaikum w.b.t ,

Lama saya tidak update blog, sehingga Kak Intan berpesan “Dik, update lah cepat…”
" Erm..adik update gambar Team Building lah ye?"

So, ini saatnya saya balas dendam meski dilanda kesedihan…lap top rosak….huwaaaa….pesan Pak Su.. ‘harta itu satu ujian..rosak itu juga satu ujian, tarbiyah diri juga…’ 2 minggu saya akan merindui ahlami saya……bersabarlah wahai diri.

Saya kongsikan dengan semua gambar-gambar kenangan semasa menghadiri Team-Building di PD Sanctuary Port Dickson : 10-11 November 2007.
Seronok dan mencuit hati. Menambah keakraban semua kakitangan dan rasanya paling tidak boleh saya lupa, melihat Pengarah tergelongsor depan mata. Juga saya yang disimbah dengan lumpur semasa War Games. Memang saya paling bersemangat berperang sehingga jerangkap samar memenuhi diri. Terkenangkan diri berperang di kampung ketika zaman kanak-kanak. Saya balas dendam segala kenangan, muslimah boleh!!!chaiyok!chaiyok!!

Membina rakit, dan berkayak…..Nasib baik muslimah ni terror bab-bab mengikat tali. Sana sini saya periksa. Tapi akhirnya utuh rakit kami, bertukar tangan kepada kumpulan lain. Sabar aje!

Saya ada dalam gambar-gambar menarik ini, carilah kalau jumpa..(kalau)

Ok gurls and guys, semua rakan-rakan blog, selamat menjamu mata….



Luas Kebesaran Ilahi....Luas Pandangan Hati...

Team V2...chaiyok!chaiyok!


Saya ada di depan Tn Hj Khalid....tangan dah tak larat nak mendayung....rasa putus asa pun ada...


Team Numero Uno..berjuang habis-habisan..cayalah..



Kapten kapal kami, Encik Mokhzani yang berlagak macho.....erk...kaki saper pulak ni.....?





Saya, 4 dari kiri....dari belakang sahaja ya...:)




Masa makan-makan...best lauk dan hidangannya...menyelerakan..




19 November 2007

Sapu.....

Permintaan sebatang penyapu dan harga penyapu dijangka meningkat terus kepada RM 15.00 sebatang. Ini diurakan lagi dengan kemunculan panyapu jenis ' Sel-Maju 2007'.

“Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara: Percakapan, diam, pandangan, gerak. Tiap2 percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia, tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka, tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai, tiap-tiap gerak yang tidak disertai penghambaan adalah kosong. Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakur, pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan & tangannya, manusia mendapat kesejahteraan. “
-Kata2 hikmah Saidina Ali...-

12 November 2007

BERSIH


























Gambar-gambar terbaru yang dapat saya update untuk tatapan anda semua.... :P...just to wish...suara RAKYAT akan memulakan satu arus berterusan...Amin...TAKBIR!
Thanks to "Encik Pak Su" yang memberikan gambar di dalam email....banyak tak terkira...











Grab gambar dari Ukhwah.com..

















Masih belum terlewat saya menyatakan perasaan yang sungguh kagum dan segala luar biasa kepada kalian. Bukan kita pinta, tetapi mereka yang meminta kita supaya menjadi sebegini. Saya akan paparkan gambar-gambar yang akan diperolehi dari sahabat saya nanti. Pesannya "saya sedih tidak dapat join awal..roadblock! komuter delay hampir satu jam..seorang sahabat tertangkap, apa yang dirancang tidak menjadi...ada hikmah di sebalik perancangan ini...."

Ulasan lebih menarik di blog HusamMusa http://n32.blogspot.com/


Psst ~: Kak Long, Diq Sue, warga RSK II, didn’t join all, sorry yer..give up sebab ke PD – Team building!!

Pertemuan 200,000 kita nantikan!

05 November 2007

Pada Karya Diri


Pada karya diri,
Menjerit arca,
Pada sebuah citra
Penuh warna cinta

Pada karya diri
Memaksa menelan hirisan pilu
Pada sebuah singgahsana
Penuh warna jiwa

Pada karya diri
Mengalir penuh bicara
Pada sebuah jalan cerita
Penuh warna si lara


Uda & Dara
Perjalanan abadi kekasih Ilahi
Mendamba cinta menuju redha
Segaris singgahsana
Cinta suci
Muhammad & Khadijah……


Pada karya diri
Mencipta anyaman rindu
Pada bait Ar-Raudhah
Memohon keizinan,
Diri yang hina
Mengecap nikmat bahagia


Pada karya diri,
Mencipta keagungan sirna
Meski sedar,
Hati ini,
Adalah untuk seorang kekasih
Yang Bernama Lelaki

Tuhan,
Pada karya diri,
Bukan dipersembah sebarangan kepada lelaki
Tetapi ia kekasih sejati,
Memandang penuh tenang,
Alirnya agama, jiwa penuh murni,
Senyuman garis berbicara, santun berbudi
Kalimat sentiasa benar, memuji Ilahi

Itulah kekasih hati
Yang Bernama Lelaki…
Pada karya diri….

::9:53am, alirnya saya tidak tahu mengapa puisi ini terjadi begitu pantas. 10 minit....saya termenung seketika......

!@##$%^&*()_+-*/=-~~


29 Oktober 2007

Sayembara


Motor yang membawa hujan.........membawa kenangan terindah...




Kongsi-kongsi makan Hari Raya Jabatan Kewangan...tinggal ni sahaja untuk tatapan.... :)



Saya memaksakan diri bermain-main dengan jemari untuk meneruskan ingatan terhadap blogging. Kadang-kadang paksaan memberikan satu penulisan yang baik juga ya....
Tiada yang terindah masa dan kenangan saya, melainkan kenangan berhari raya. Perlu ada satu masa untuk memperbaharui minda saya yang semakin kelam timbul dan semakin hilang idea. Kalian..ada idea? sumbang-sumbanglah......

Hajat di hati, berhari raya di rumah makcik di Cheras Perdana, terbantut. Konon kami, (adik & saya) buat surprise, tapi tiada sesiapa di sana. Sudahlah berhujan dan lencun, akhirnya berpatah balik ke Taman Melawati mengunjungi Makcik di sana. Alahai....itulah natijahnya sebab tidak mahu temujanji di awalkan. Lapar satu, penat juga terasa...tapi penuh kenangan bersama adik saya menyusuri jalan raya dalam keadaan basah dan lencun... Tidak sedikit menyesal tetapi kasihan pada adik saya yang kelihatan penat. Inilah adat, kunjung-mengunjung di hari raya ( saya masih mood hari raya, so post pasal raya lagi lah ye)...yang muda merapatkan dan yang tua mempertemukan sesama saudara. Carilah saudara dan sentiasa hormat menghormati. ...

Saya teringatkan sahabiah saya ; L ..kami pernah basah di atas motor...Berhujan dan menolak motor kerana tayar pecah. Sampai lewat...markah Praktikal dapat ciput ajerk...kesian....kenangan kan L?..latihan praktikal kami penuh warna & warni....Menyusuri usrah, kelas, sehingga kepada sebuah perpisahan yang saya kira menyayat hati...Tangisan kami pernah bersama. Air mata saya pernah tumpah kerana persahabatan ini......terasa jauh kini, namun saya yakin, masih ada Hidayah dalam perjalanan hidup. Saya percaya, kenangan kami masih utuh dalam setiap naluri. Saya masih ingat, kami pernah melewati satu zaman perjuangan dan perubahan yang membawa kepada eratnya hubungan persahabatan. Jika merasakan semakin lemah, saya juga makin lemah, tetapi sahabiah, setiap tarbiyah itu dan kenangan cukup menjadikan saya kuat, biar sendiri, biar melayari kepayahan dunia dengan menyusuri perjalanan di sini. Kalian, sahabiah dan sahabat-sahabat, tidakkah lupa pada Bai'ah itu....pada perjalanan itu......Jika saya boleh....kalian juga boleh...kuatkan keyakinan diri dan penyerahan kepada Allah..InsyaAllah...benar, saya cukup rindu pada kalian semua...

Ibnu Qayyim pernah menegaskan bahawa dalam hati itu terdapat kekalutan yang tidak boleh diperbetulkan kecuali dengan mengadap kepada Allah

1. Dalam hati itu terdapat sifat liar yang tidak mungkin dihilangkan kecuali dengan berjinak-jinak dengan Allah

2. Dalam hati itu terdapat rasa dukacita yang tidak mungkin dihapuskan kecuali dengan merasa gembira dengan ma'rifat terhadapNya dan juga benar dalam bermuamalah dengannya

3. Dalam hati itu terdapat perasaan keluh kesah yang tidak mungkin ditenangkan kecuali dengan berkumpul dan menumpukan diri kepadanya

4. Dalam hati itu terdapat kegolojohan dan penyesalan yang tidak mungkin dipadamkan kecuali dengan redha dengan perintah, larangan dan qada' Allah dan menahan sabar menghadapi perkara tersebut sehinggalah ke masa pertemuan denganNya

5. Dalam hati itu terdapat rasa kepapaan yang tidak mungkin disekat kecuali dengan perasaan kasih dan penyerahan diri kepadaNya,berterusan berzikir dan kebenaran keikhlasan kepadaNya. Jika dikurniakan dunia dan segala kandungannya kepada hati yang dihidapi perasaan papa maka ia tidak dapat menghilangkan perasaan tersebut.

19 Oktober 2007

~Ceritera~



Masih sempat saya mengisi masa untuk menulis di sini. Idea saya semakin kering dan semakin menghilang semenjak Ramadhan dan Syawal. Atau jemu menjamah rendang juga masakan berempah yang dijamu. Idea saya perlu bangkit untuk ~Cinta Aisya~. Selamat kembalikan diri ke alam nyata. Selamat kembalikan diri wahai diri!

Ucapan khas : “Selamat Hari Raya Aidilfitri” , MAAF ZAHIR & BATIN untuk semua sahabat blogger ;

Terima kasih istimewa : Kieron (adik comel), faridmw, tintahati, ukhti27, achik_sufi, sofwah, untuk sunan_jati , 13May….dan semua lah……Maaf kiranya tidak dapat melayari blog kalian.

Oh ya, terima kasih kiriman kad hari raya untuk saya….erm, saya suka pada kad berwarna coklat, siap dihiasi sebuah rumah lama Melaka. Rumah tiang seribu…..Terima kasih pemberinya. Juga semua kad-kad yang datang dari rakan blogger.

Saya sampai di rumah, menjejakkan kaki pada malam hari raya. Pelita sudah siap dihiasi. Bersalaman dengan mak dan adik-adik mengungkai rasa sayu dan gembira. Ayah, abang-abang sudah lama keluar, bertakbir dari rumah ke rumah. Malam, pastinya menantikan kunjungan kelompok untuk bertakbir di samping kami menjamu. Biar letih dalam perjalanan (meski 2 jam) tapi cukup seronok.. Anak-anak buah berlari sana- sini. Menjerit-jerit. Gembira dan sesungguhnya inilah ciptaan kasih sayang yang bersemi.

2 rombongan bertakbir berkunjung. Hidangan sambal bali, lemang, ketupat, rendang dan istimewa ada periuk kera…(nak rasa….datanglah rumah ya).

Saat bersalaman dengan mak dan ayah = air mata dah berlinang. Ayah dan mak menanti sudah. Ayah handsome dengan baju melayu hadiah pemberian anak daranya..he he he. Mak sama juga, sedondon dengan ayah. Sengaja saya pilih warna peach…macam baru menikah…Along dan Kak Long juga anak-anak comelnya ; Afrina, Aiman dan Irfan. Tahun ni, Angah dan Kak Ngah berhari raya di Muar, (rindu pula saya keletah si Amar dan Athirah) turn saya ; Kak Lang (tahun ni single lagi), Abang Chik, Kembar, Kak Uda dan terakhir si Busu.

Saya memeluk mak….itu buat air mata saya jadi bertambah banyak dan bertakung-takung. Ni yang saya lemah…..akhirnya berderai. Adik-adik lagilah menangis….Duit raya bertukar tangan. Bila sudah bekerja, inilah nikmat pemberian Ilahi…sedekah pada anak-anak buah dan kanak-kanak.

Pastinya Syawal ini kita bersederhana. Kunjungan saudara mara, cukup lumayankan diri di dapur. Masak dan menjamu.

Kenangan saya = cukup banyak, untuk berkongsi kenikmatan, semestinya berlainan cara dan gaya. Cukup saya terasa, sekejap sangat masa berlalu, hujan juga anugerah di aidilfitri. Selamat merayakan Aidilfitri selama 1 bulan. Puasa 6 dan jangan lupa kawal kolesterol anda.


~ Salam Perpaduan~

09 Oktober 2007

~Sayang Selalu~

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin....

Atas segala kesilapan dan kesalahan...

Sayang-sayang selalu...

02 Oktober 2007

Siapakah Engkau Laila?

Peti E-mail saya mengundang rasa sayu, lantaran bait-bait indah ini. Pemberinya membuatkan saya termenung panjang lantaran harus kita bermuhasabah diri tentang kelekaan diri….Ramadhan, adakah berpeluang berjumpa lagi….?

Siapakah engkau Laila?
Apakah engkau Laila yang masyhur di dalam kisah cinta Laila dan Majnun.
Adakah engkau Laila yang membuatkan seorang lelaki menjadi gila kerana setia pada cintanya.

Siapakah engkau Laila?
Apakah engkau seorang gadis yang cantik memikat hati semua jejaka.
Atau engkau umpama sekuntum bunga yang harum di taman memikat kesemua kumbang yang senang berterbangan.

Siapakah engkau Laila?
Hinggakan manusia menyebut-nyebut namamu.
Manusia berebut-rebut mendapatkan mu.
Siapakah engkau Laila hinggakan manusia sanggup bersengkang malam menanti kehadiranmu.
Hingga manusia menitiskan air mata mengharapkan perjumpaan dengan mu.
Siapakah engkau Laila sehingga menjadi kerinduan semua manusia.

Siapakah engkau Laila?
Aku mencari-cari siapakh engkau wahai Laila. Akhirnya aku temui namamu di dalam kitab Tuhan.

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam al-Qadr.
Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadr itu?
Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.

Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan ar-Ruh (malaikat Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.

Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

(Surah al-Qadr 97:1-5)

Baru ku tahu rupanya engkaulah yang penuh barkah. Engkaulah yang lebih baik daripada 1000 bulan.
Apakah nilai mu wahai si Laila sehingga manusia berebut-rebut mendapatkanmu?

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

“ Sesiapa yang menghidupkan malam lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharap, nescaya diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (al-Bukhari dan Muslim)

Bilakah dapat aku bertemu dengan mu Laila.
Bilakah dapat ku hidu keharuman mu ya Laila.
Bilakah dapat ku lepaskan rinduku ini pada mu Laila.
Bilakah kita dapat menghabiskan masa bersama ya Laila.
Bilakah cinta yang bersemi ini akan menjadi realiti ya Laila.

Ibn Umar RA berkata: “Beberapa orang daripada sahabat Nabi saw telah melihat malam al-Qadr di dalam tidur pada tujuh (malam) yang terakhir. Maka berkata Rasulullah SAW: “Aku melihat mimpi kamu bertepatan dengan tujuh (malam) yang terakhir. Sesiapa yang benar-benar mencarinya (malam al-Qadr), maka carilah ia di tujuh (malam) yang terakhir. (al-Bukhari dan Muslim).

Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW mengasingkan diri (di dalam masjid; beri’tikaf) pada sepuluh (malam) terakhir di dalam Ramadhan. Dan Rasulullah SAW berkata:

“Carilah malam al-Qadr pada sepuluh malam terakhir dari Ramadhan.” (al-Bukhari dan Muslim).

Aisyah RA berkata lagi, bahawa Rasulullah SAW berkata:

“Carilah malam al-Qadr pada (malam-malam) yang ganjil daripada sepuluh malam yang akhir di bulan Ramadhan.” (al-Bukhari)

Bagaimanakah boleh ku mendapatkan cinta mu Laila?
Apakah harga dirimu yang perlu ku bayar wahai Laila?
Apakah yang perlu ku korbankan untuk menggapaimu Laila?

Dari Aisyah lagi, beliau berkata:

“Adalah Rasulullah SAW apabila telah memasuki sepuluh (malam) yang terakhir daripada Ramadhan, (baginda) akan menghidupkan malam tersebut, mengejutkan ahli keluarganya dan mengetatkan ikatan kainnya.” (al-Bukhari dan Muslim).

Aisyah berkata lagi: “Adalah Rasulullah SAW bersungguh-sungguh (dalam beribadah) pada bulan Ramadhan melebihi bersungguh-sungguh baginda pada bulan yang lain, dan lebih bersungguh-sungguh (untuk beribadah) pada sepuluh (malam) terakhir (Ramadhan) melebihi daripada malam-malam yang lain. (Muslim)

Wahai Laila, kata apakah yang patut ku ucapkan apabila bertemu denganmu?

Aisyah RA berkata lagi: “Aku pernah berkata”: “Ya Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku mengetahui malam yang mana ia ialah malam al-Qadr, apakah yang patut aku sebutkan padanya? Jawab Baginda SAW:

“Sebutlah!
(Allahumma innaka `afuwwun, tuhibbul-`afwa, fa`fu `anni).
Ya Allah! Sesungguhnya Engkau maha Pengampun, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku.

(at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Abu Usamah

21 September 2007

Nurin Jazlin Dalam Ingatan - Al-Fatihah




Allah s.w.t berfirman : Ertinya " Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah! Dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang diusahakan untuk esok (hari kiamat), dan bertakwalah kepada kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.."
Surah Al-Hasyr ayat 18

Tempatkan Nurin Jazlin, adik kami ini Ya Allah, dengan kasih sayangmu..amin. Ramadhan ini, semoga memberikan kekuatan ibu bapa Nurin.

Kak Ngah,
Semoga Damai Di sana
Semoga Tenang Di sana
Semoga Rahmatmu sentiasa di hati kami..

Kak Ngah,
Sebak jiwa,
Sedih rasa,
Pilu kesannya.....

Duhai manusia..
Mengapa Kak Ngah menjadi 'mangsa'
Pada nafsu buas mereka...

Kak Ngah,
Senyummu...
Persis kami kini...
Semoga menjadi azimat diri...
Semoga Kak Ngah aman, damai dan tenang DI SANA..

Al-Fatihah......

http://nurinjazlin.blogspot.com

18 September 2007

TITIK


Saya mencari sesuatu lagi. Mungkin kebebasan dalam melakukan semua kerja dengan sendiri dan tanpa ada perasaan dengki, marah, kecewa dan bermacam halusinasi yang menguasai diri. Inilah sebenarnya manusia. Saya mesti sentiasa bersangka baik biarpun tewas dan kadang-kadang meracuni diri. Khusnul Khatimah…..

Saya mahu lari dari masalah remeh temeh yang bagi mereka besar penyelesaiannya. Acapkali sudah dinasihati, akhirnya jalan yang sama. Sedangkan mereka masih terus mahu mencintai yang tidak hakiki. Itulah rencam remaja/gadis/wanita. Saya jadi begitu pasif, malas mengambil tahu cinta mereka, walhal banyak lagi perkara besar yang perlu mereka ambil perhatian. Sosial, peperangan, perhubungan, aurat, akhlak, kebebasan, naluri, dan segenap percaturan hidup. Adakah hidup mereka sentiasa mahukan kegembiraan? Atau saya jadi patung yang melihat kepada kemungkaran? Atau saya telah gagal menjalankan tanggung dan jawab kepada mereka? Bulu roma kian meremang-remang……Adakah keprihatinan saya makin jauh terbelakang. Saya jadi penat, saya menjadi takut, dan teramat kecewa. Adakah pandangan mereka hipokrit semata-mata atau sekadar mahu mengambil hati yang makin menjauh? Atau masa yang buat saya leka dan mereka mengambil istilah “siapa peduli?”


Ya Allah..jauhkan hati kami dari sifat sebegini. Suburkan kasih sayang kami. Kasih sayang itu, menyentuh naluri. Seringkali, kenangan bersama ukhwah menyemai dalam diri. Itu jiwa saya, lantaran jiwa saya bukan seperti mereka sekarang ini. Ya…saya makin rindu dengan perjalanan dahulu, makin membuatkan jiwa terlalu disayat cinta dengan persahabatan. Tiada kebebasan di sini. Mutlak. Titik.

Lihatlah bagaimana pendirian yang bebas, tegas dan berani yang ditunjukkan oleh seorang mu'min yang sejati Rab'i bin Amir ketika berhadapan dengan raja Rum, yang bermaksud:

'Allah sesungguhnya mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah hanya kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan keluasan akhirat daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.'

Bibir ini sentiasa mahu mencari cinta kepada kebenaran, sentiasa mahu basah dengan peringatan, tetapi tiada kekuatan. Lantaran , satu berlawan lima. Tiada tandingan. Kuasa.

Saling kita sentiasa berpesan-pesan, andai diri terlupa, peringatan kalian umpama permata. Seorang mu'min berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa ia adalah hamba kepada Allah S.W.T. Segala perbuatannya akan dinilai dan dihitung serta diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama. Wawasannya, tidak semata-mata untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia, tetapi juga di akhirat. Tentunya, ganjaran di akhirat adalah lebih baik dari di dunia. Kerana itu, ia sanggup mengorbankan kurniaan Allah di dunia, untuk mendapatkan kurniaan Allah di akhirat.

Semoga RAMADHAN ini beri peluang kita memperbaiki diri. Saya, dia, kamu, kalian, mereka dan semua.

16 September 2007

Keberkatan dalam berSAHUR

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat".
(Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah)

Dalam riwayat Abu Sa‘id al-Khudri , Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t. dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur."
(Riwayat Imam Ahmad)



14 September 2007

Mayat Ngeri


Bila imam dipecat, kerana rusuhan….mungkin kerana banyak faktor :

‘‘Kita tidak akan berkompromi dalam hal ini dan tindakan memecat imam tersebut mesti diambil,’’

Justeru, katanya, apabila seorang imam terlibat dalam kegiatan negatif seperti rusuhan, ia adalah satu kesalahan yang sangat sukar untuk dimaafkan. (keratan dari akhbar tempatan)

Polis yang menembak tu ….? Bagaimana?

Mereka main kejar-kejar…

Bendera Malaysia yang dibakar tu….?Dibahas...Tapi bila Al-Quran dicincang…..??pernah ingat isu black metal (akhirnya sepi sahaja) walhal muda-mudi di KL makin menjadi-menjadi…. Saya geleng-geleng kepala. Istighfar kena banyak di bulan Ramadhan….

Kita berlawan dengan ‘petir’ yang menguasai segenap penjuru. Media, kuasa ekonomi, politik, pembudayaan hiburan, ….

Namun kita masih ada Allah yang mereka tidak mampu lawan segenapnya….

Semoga Ramadhan berikan kita kekuatan….

Ameen……


10 September 2007

Harapan

Saya akan redha, saya akan terus berusaha, saya akan teruskan langkah jika manuskrip ini tidak diminati/ditolak/direject. Semoga Ramadhan membawa banyak harapan dan ganjaran.

Putus harapan juga ….

Berharap juga….

Kesempatan ini, untuk semua pembaca blog, semua peminat-peminat saya yang jauh di mata dan dekat di hati, yang sentiasa memberikan semangat untuk saya, kritikan, idea, jerkahan, nasihat dan panduan. Peminat PAS, UMNO, KeADILan, MCA, MIC, puak-puak tertentu – saya pohon ribuan ampun dan maaf.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, sama ada penulisan saya juga yang sengaja atau tidak disengajakan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.




04 September 2007

Merdeka Mereka yang Sia-Sia

"KEMERDEKAAN yang sebenar adalah apabila insan dapat membebaskan diri dari menjadi hamba sesama makhluk kepada perhambaan diri hanya kepada Tuhan segala makhluk."

Tidak ada kemerdekaan mutlak dalam kehidupan insan. Jika insan berjiwa hamba atau menghina diri sesama mereka, maka dia tidak akan lagi menjadi hamba yang sebenar kepada Allah, Tuhan segala ciptaan yang wujud. Jika insan benar-benar menjadi hamba yang penuh ikhlas akidahnya kepada Allah, maka dia akan berjaya membebaskan diri dari cengkaman perhambaan sesama makhluk. Dalam erti kata lain, jika insan benar-benar tulus akidahnya, maka merdekalah dirinya dari kerendahan perasaan dan penghinaan jiwa terhadap selain Allah. Begitulah sebaliknya. Tiada insan yang merdeka mutlak dalam hidupnya. Hingga mereka yang mendakwa tidak mempercayai Tuhan dan bebas dari sebarang peraturan manusia pun, mereka tetap menjadi hamba nafsu dan pemikiran sesat yang akhirnya merobohkan nilai keinsanan mereka yang sebenar.

Lihatlah apa yang berlaku kepada penganut ajaran dan blok komunis. Akhirnya Lenin dan Karl Mark menjadi tuhan baru dalam kehidupan mereka. Firman Allah dalam surah al- Jathiyyah ayat 23 (maksudnya):

Maka tidakkah kamu lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan (yang dipatuhinya), dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan ditutupi pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak insaf?

Sebab itulah, apabila tentera Islam memasuki sesebuah negara maka itu tidak dinamakan dengan penaklukan atau penjajahan. Sebaliknya dipanggil al-Fath iaitu pembukaan seperti Fath al-Makkah yang bermaksud Pembukaan Mekah. Maka gerakan umat Islam pada zaman kegemilangannya apabila memasuki sesebuah wilayah dinamakan al-Futuhat al-Islamiyyah iaitu pembukaan-pembukaan Islami. Ini bermaksud kedatangan umat Islam kepada sesuatu wilayah atau negara bertujuan memberikan kemerdekaan jiwa dari penindasan, kehinaan, kekejaman kepada satu sistem yang adil, yang berteraskan akidah yang benar.

Jika hal itu tidak berlaku, maka bererti penaklukan atau penjajahan telah dilakukan. Ini menafikan tabiat Islam yang tulen, kerana Islam bukan agama yang diutuskan untuk menjajah orang lain, sebaliknya peranan umat ini adalah membebaskan kehidupan manusia keseluruhannya dari perhambaan sesama mereka, kepada mendaulatkan sistem Allah yang adil untuk semua. Inilah yang ditegaskan oleh Rib’i bin ‘Amir di hadapan angkatan tentera Parsi:

“Allah yang membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dari pengabdian sesama hamba menuju pengabdian kepada Allah, dari kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat.” (lihat: Ibn al-Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, 1/413).

Misi inilah yang cuba dilaksanakan oleh umat Islam pada zaman kegemilangannya. Maka apabila umat Islam menguasai dunia pada zaman tersebut mereka membina jiwa yang merdeka dan pembangunan tamadun untuk dikongsi oleh semua. Di bawah panji-panji Islam kaum Muslimin Arab telah berjaya membawa obor gemilang kepada manusia sejagat. Empayar Islam berkembang, bernaung di bawahnya manusia tanpa mengira bangsa dan agama, keadilan untuk semua. Tanyalah orang-orang Yahudi, bilakah penulisan ilmu mereka berkembang?

Tidak lain hanyalah pada zaman mereka hidup di bawah kerajaan Islam di Baghdad. Padahal sebelum itu mereka sentiasa ditindas oleh berbagai-bagai puak dan agama. Namun mereka bangsa yang melupai jasa. Tanyalah kepada agama-agama lain, pernahkah mereka diburu dan dibunuh secara kejam di bawah pentadbiran yang menjadikan Islam sebagai terasnya? Malangnya, umat Islam sentiasa mempunyai pengalaman diburu dan dibunuh secara rakus di bawah sistem kuasa yang mengambil agama selain Islam sebagai pegangan.

Adapun umat Islam sesama mereka, tanpa mengira bangsa yang penting al-ukhuwah al-Islamiyyah iaitu persaudaraan Islam, mereka berkongsi ketamadunan yang agung. Sehinggakan lahirnya tokoh-tokoh besar yang bukan Arab ketika pemerintahan umat Islam berada di tangan yang berbangsa Arab. Di dalam bidang hadis yang merupakan sumber agung Islam umpamanya; al-Imam al-Bukhari iaitu Abu Abdillah Muhammad bin Ismail (wafat 256H), pengarang Sahih al-Bukhari bukan seorang Arab. Beliau berasal dari Bukhara, Ukzbek. Al-Imam Abu Isa, Muhammad bin Saurah al-Tirmizi (wafat 297H), pengarang Sunan al-Tirmizi juga bukan seorang Arab. Beliau berasal dari Tirmiz. Pengarang Sunan Abi Daud, Sulaiman bin al-Asy‘ath al- Sajistan (wafat 275H) juga bukan seorang Arab. Berasal dari Sajastan.

Demikian pengarang Sunan al-Nasai Ahmad bin ‘Ali bin Syu‘aib al-Nasai (wafat 303H) juga bukan Arab. Berasal dari Nasa, salah satu negeri di Khurasan. Begitu juga pengarang Sunan Ibn Majah, Muhammad bin Yazid al-Qazwaini (wafat 279H), bukan Arab, berasal dari Qazwain. Adapun al-Imam Muslim bin al-Hajjaj (wafat 261H), pengarang Sahih Muslim, para pengkaji berbeza pendapat sama ada beliau seorang Arab atau tidak. Ramai yang menyatakan beliau juga bukan seorang Arab. Walaupun mereka semua bukan Arab tetapi Islam menjadikan mereka tokoh-tokoh hadis umat, kedudukan yang begitu tinggi yang diiktiraf oleh Arab dan bukan Arab. Dalam politik, Salahuddin al-Ayubi (wafat 589H) juga bukan seorang Arab. Dia berbangsa Kurdi. Namun dia berjaya menjadi sultan yang disayangi Arab dan bukan Arab. Dia berjaya mentadbir kerajaan Islam pada zamannya sehingga berjaya mengembalikan al-Masjid al-Aqsa.

Namun apabila umat Islam gagal menunaikan misi ini, mereka menjadi umat yang amat hina. Bayangkan, bagaimana mungkin Belanda yang kecil boleh menyeberangi lautan yang luas lalu menjajah Indonesia yang besar? Begitu juga Portugis yang datang begitu jauh dengan beberapa kapal mampu menjajah Melaka. Demikian tentu lebih dahsyat halnya di negara-negara Arab. Satu umat yang pernah membina tamadun gemilang akhirnya bertukar menjadi bangsa yang dijajah dan melutut hina di hadapan penjajahan. Aduhai, benarlah dikau Wahai Amirul Mukminin Umar ibn al-Khattab, ungkapan keramatmu ketika pembukaan Masjid al-Aqsa:

“Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah.” (Riwayat ini sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi, lihat: Al-Mustadrak, 1/237, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

Namun dengan kurniaan Allah, penjajah kebanyakannya telah keluar dari bumi umat Islam. Itu pun setelah mereka merampas hasilnya dan memerah keringat dan darah umat ini. Mungkin kesan ajaran Islam, menyebabkan umat ini tidak dapat menerima kelangsungan penjajahan. Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat: 75 (maksudnya):

"Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak- kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihak-Mu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihak-Mu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh."

Kata al-Qurtubiy (wafat 671H): “Allah menggesa untuk berjihad bertujuan menyelamatkan golongan yang ditindas (Muslimin) oleh kuffar musyrikin yang menyeksa mereka dengan seburuk-buruk seksaan dan memfitnah agama mereka. Maka Allah Taala mewajibkan jihad untuk menegakkan kalimah-Nya, memenangkan agama-Nya dan menyelamatkan hamba-hamba-Nya yang lemah.” (al- Qurtubiy, al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/279, Beirut: Dar al-Fikr).

Sama ada disebabkan kesedaran agama atau politik, kebangkitan menentang penjajahan berlaku hampir seluruh negara-negara yang dijajah. Namun, keluarnya penjajah dari sesebuah wilayah tidaklah bererti berakhirnya penjajahan dalam segenap aspek. Bangsa yang dijajah, jika gagal menegakkan identiti murni sendiri, mereka akan sangat terkesan dengan bangsa yang pernah menjajah mereka. Penjajah keluar meninggalkan tanah air, namun bangsa yang lemah selalu memandang tinggi dan ingin bersama bangsa yang lebih gagah dan hebat. Atau, manusia apabila tertindas, ada yang hanya memikirkan kepentingan diri, bukan umatnya.

Maka tidak hairan jika kita melihat ramai yang sanggup menjadi talibarut bagi setiap penjajah. Merekalah yang membawa misi dan polisi penjajahan. Sebab itu jika kita berjaya mempertahan identiti diri, kita akan merdeka sekalipun bumi terjajah. Dalam sejarah Islam, bangsa Mongol yang menjajah umat Islam bertukar menjadi Muslim. Walaupun ada kekurangannya, namun ia adalah lambang tidak tumpasnya umat yang dijajah sekalipun kekuatan ketenteraan gugur dan hancur.

Bercakap soal kerendahan harga diri, umpamanya kita temui sesetengah orang Melayu yang hanya beberapa tahun berada di negeri ‘orang putih’ mendakwa kononnya dia sudah kurang mampu bercakap Melayu. Bahkan saya pernah menemui pensyarah di universiti saya bertugas yang menyatakan beliau sukar bercakap Melayu kerana setahun setengah berada di England dan bapa angkatnya ‘orang putih’. Dia kononnya lupa bahasa yang dia hidup lebih 20 tahun dengannya dan bahasa bapa sebenarnya yang menjaganya sejak kecil.

Namun demikianlah contoh kehinaan jiwa. Isu sebenarnya, bangsa yang lemah berasa bangga jika mereka berjaya menjadi sebahagian dari bangsa yang kuat. Jika ‘mamat Bangla’ yang datang beberapa bulan boleh bercakap Melayu, adakah kerana beberapa potongan keju lidah Melayu menjadi kaku?

Jelas, bukan soal bahasa sebenarnya, tapi soal kerendahan jiwa dan kegagalan memerdekakan perasaan. Justeru dalam dunia tanpa sempadan, penjajahan tidak semestinya memerlukan tentera dan peralatan perang, sebaliknya kekuatan identiti dan propaganda. Demikian pemikiran Hollywood berjaya menjajah anak-anak muda kita. Dunia ini sebenarnya dalam banyak hal terus dijajah oleh propaganda Barat melalui media, kuasa ekonomi dan ketidak- merdekaan jiwa bangsa-bangsa lain.

Justeru bagi umat Islam, membina identiti Muslim dan jiwa yang merdeka adalah amat mustahak sebagai lambang kemerdekaan. Bukan kita tidak boleh mengambil manfaat dari Barat, namun identiti Islam mesti dipelihara. Saya amat bergembira apabila Tun Ahmad Fairuz mencadangkan supaya undang-undang Inggeris Common Law diganti dengan undang-undang yang berasal dari tanah air di sini serta yang sesuai dengan syariah. Hal ini disokong pula oleh Peguam Negara dan pimpinan kerajaan. Ini adalah perlambangan jiwa yang merdeka dan kembali kepada identiti asal. Namun hasrat itu mesti terus berkobar, bukan sekadar berita akhbar sahaja.

Makna kemerdekaan yang seperti ini perlulah sentiasa diterapkan. Sambutan kemerdekaan memang baik. Namun ciri-ciri sambutan itu bagi seorang Muslim hendaklah beridentitikan Islam. Sebab itu saya amat tidak bergembira dengan sebuah iklan televisyen yang menampilkan tabik hormat kepada Tugu Negara. Walaupun itu bukan satu penyembahan, namun ajaran Islam amat sensitif kepada sebarang unsur seumpama itu dan budaya berkenaan pun bukan dari kita, bahkan warisan penjajahan.

Bergembira menyambut kemerdekaan agar kita tahu bersyukur, tidaklah salah. Demikian juga kita boleh berhibur dengan aturan yang diizinkan syarak. Namun sambutan kemerdekaan hendaklah tidak menenggelamkan makna kemerdekaan. Janganlah anak-anak muda berkumpul dan melaung kemerdekaan bukan kerana jiwa yang merdeka, tetapi sekadar acara tanpa menghayati makna. Gaya dan cara mereka hendaklah melambangkan jiwa yang merdeka dari cengkaman penjajahan manusia kepada tauhid yang luhur.

Kita amat tidak dapat menerima pelaksanaan perkara-perkara agama tanpa memahami dalil dan maknanya. Tentu sekali kita juga tidak dapat menerima mereka yang menyambut kemerdekaan tapi kontang dari penghayatan sebagai umat yang merdeka. Perhimpunan anak muda semperna kemerdekaan jika hanya untuk melihat hiburan di atas pentas semata, tentu tidak mencapai matlamatnya. Sebaliknya, mereka hendaklah berhimpun bagi menggambar kecintaan yang jujur kepada negara yang telah memberikan perlindungan kepada rakyat, agama dan kehormatan diri. Bukan sekadar acara tahunan.

Setelah memahami hakikat ini, maka laungkanlah Merdeka! Merdeka! Merdeka!

S.S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis

- Saya kongsikan dengan kalian artikel yang saya perolehi dari emel. Menarik bila membacanya dan setiap pendapat ini wajar kita fikirkan meski berlainan "aliran, mazhab dan bangsa..."Meski September bermula, namun Ogos akan sentiasa kita kenang sebagai bulan kemerdekaan. Tunggu dan lihat sahaja tahun hadapan.

Adakah muda-mudi kita sudah merdeka? Saya terkenangkan sahabiah saya, nyaris-nyaris menjadi mangsa lelaki yang tidak bertanggungjawab. Hikmahnya, bila cinta beraja kerana nafsu, hilanglah akal dan iman. Bila cinta kerana Allah, nikmatnya terasa hingga ke akhir hayat. Cinta kerana Allah, membawa kepada bahagia.

Saranan saya, usahlah terlalu mencari cinta manusia / lelaki yang tidak lagi merdeka dirinya, yang tidak lagi merdeka jiwanya. Carilah yang baik agamanya, budinya dan pekertinya. Menghormati orang tua dan sentiasa teguh dirinya. Memperingati dan sentiasa tahu tanggung dan jawab kepada keluarga. Kerana bagi saya malam merdeka di Malaysia…sia-sia sambutannya. Bukan tidak suka….tapi saya yakin, ramai yang rela dan terpaksa. Hanya kerana mahu membuktikan mereka sudah merdeka yang “sia-sia”.

02 September 2007

September bermula

Jenuh saya pikir..
kosong dan bungkam. Kelu dan pilu. Awal September yang memerlukan kebangkitan. Saya tidak tahu ke mana arah jemari ini....Gambaran kasar saya adalah jemu dan suram. Warna-warna kanvas seolah hitam. Tidak putih. Terkilan dan sesekali rasa jemu. Walhal diri telah bangkit dari dulu. Apa agaknya mahu diri ini?

Penat dan sepi.

Merepek. Semangat!!!!..silalah kembali semula.

Saya terkenang kesedihan yang sentiasa dirawat rakan seperjuangan. Benar,bila terlupa akan sentiasa diperingatkan. Bila lalai, zikir-zikir akan datang menjelma bersama halaqah. Bila sendiri, ada rakan datang menemani. Berbual mesra sehingga ketawa menjelma. Bila lemah, ada kekuatan rakan menguasai diri. Bila sedih, mereka ubati. Bila kecewa, semangat perjuangan itu menjelma. Inilah semangat itu...semangat yang sentiasa menjelma dalam minda. Saya cuma ada jari yang menari-nari mengungkai rindu pada kalian. Semoga diberi kita kekuatan. Di mana sahaja.

Selamat Menjalani Peperiksaan adik tersayang - Nor Hazimah - UPSR. Semoga cemerlang dunia & akhirat.

Selamat Pengantin Baru - Norida & Najib - semoga bahagia ke akhir hayat.

~psst : Lukisan Jiwa siap sepenuhnya. Alhamdulillah.

26 Ogos 2007

Saya Anak Malaysia


Merdeka,
Pada asas yang penuh hiba..
Biar merdeka hanya pada nama..
Namun sia-sia bagi mereka..

Merdeka
Pada asas perjuangan agama..
Lantaran merdeka sudah sebati dalam jiwa
Namun mereka banyak lupa..

Merdeka
Pada anak muda belia
Pada pendaki malam
Pada jeritan kelip-kelip malam
Separuh mereka tidak sedar
Akan bermakam durja

Merdeka
Yang hanya tinggal pada nama
Saya bangga menjadi Rakyat Malaysia
Namun ramai termenung penuh sia-sia

Hanya jasad, katakan cinta negara
Namun islam tergadai nyawa
Tinggal kenangan
Mereka...yang di sana....

Menjeritlah..jeritlah....!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Di sini,
Tiada lara...
Tiada jiwa...
Lantaran ramai yang terlupa...
Kerana merdeka...
Lalai seketika...

21 Ogos 2007

Yang Mana Satu??

Kalian diberi PILIHAN :

Kuih Donut yang gebu....menyelerakan (perut sedang lapar ni ) Diamnya sebegini:

1) Di dalam bekas yang terdedah. Gulanya masih ada, tapi macam tak ada. 'Makcik memang sengaja buka penutup bekasnya, beri pelanggan nampak'.

2) Di dalam bekas yang tertutup cantik. Gulanya masih elok melekat. 'Makcik memang tutup yang ni..pelanggan banyak pilihan...ha...pilih-pilih...pilih...laungnya.....'

16 Ogos 2007

Bagai Pinang Dibelah Dua

Sabtu – 18 Ogos 2007. saya dan sahabat sepejabat ke Bangi mengunjungi teman sekerja yang selamat menjadi raja sahari. Alhamdulillah. Seronok tidak dapat saya gambarkan. Ucapan Khas Selamat Pengantin Baru – Wan Nur Saaraa Wan Manshol & Mohd Zulhisham Ismail : Semoga bahagia ke akhir hayat dan sentiasa dirahmati. Bahagia ke anak cucu dan rezeki dilimpahkan. Amin. Kesyukuran dipanjatkan dan semoga sentiasa mengurusi diri ke arah keluarga islami dan bersemi menjadi cinta sejati. Bulan merdeka dan cuti sekolah, ramai sahabat-sahabat akan menamatkan zaman bujang. Ada juga suara-suara mengusik… “ Ha…bila lagi…?”
“Lepas ni siapa pula..?” Saya senyum sokmo sahaja. InsyaAllah. Hari bahagia akan mendatang. 1, 2, 3 atau 4 tahun menjelang. Doakan kita semua semoga beroleh kejayaan, kebahagiaan dunia dan akhirat.



Ehem-ehem.........



Terdapat satu kisah bersemi mengenai “Cinta Sejati” . Cinta yang membawa kepada Ilahi. Cinta yang pasti membawa kepada bahagia.

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman."
Mendengarkan jaminan Allah ini,Tsauban menjadi gembira semula. Gambaran ini jelas memperdengarkan kita tentang perhubungan, persahabatan, ukhhwah dan jalinan sesama insan.



Tak sempat bergambar dengan pengantin, tapi sempat juga merakam kenangan di belakang pelamin dan hantaran. Istimewa hantaran Kak Saraa, kerana dibuat sendiri. Cantik dan tak jemu mata memandang.
Saya kongsikan gambar-gambar kenangan di sana.
“ SELAMAT PENGANTIN BARU KAK SARAA DAN ABANG SHAM”